HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT 1
TEMA
JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN
TAJUK
SEMANGAT PATRIOTIK Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
OBJEKTIF
i. Membaca, mengakses dan mendapatkan maklumat penting daripada bahan teks dan grafik. ii. Menyenaraikan Menyenaraikan 3 ciri seorang pegawai Palapes i.
Teknik Bacaan : 5W1H (Apa, Bila, Mengapa, Siapa, Di Mana dan Bagaimana)
STRATEGI/ PENDEKATAN ABAD KE-21
ii. KBAT : Mengingat, Mengingat, memahami dan mencipta iii. Nilai : Cinta Cinta akan negara iv. Strategi P&P Kolaborasi i.
Audio / Komputer / Internet – Internet – Laman Laman Web
ii. Grafik, MEDIA
iii. Petikan Akhbar, iv. Gambar * mengikut kesesuaian
SITUASI
Peribadi dan/ atau Awam
FORMAT TEKS
Teks Gabungan (petikan akhbar dan gambar)
JENIS TEKS
Keperihalan
PROSES KOGNITIF
i. ii.
Mengimbas dan mengenal pasti Memahami isi tersurat
85
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
AKTIVITI
CATATAN
LANGKAH 1 a. Membaca lirik lagu ”Inilah Barisan Kita”. b. Menyanyikan Menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita” c. Memahami maksud seni kata lagu
Lampiran 1 * Kad lagu * Petikan Youtube ”Inilah Barisan Barisan Kita” * Mengimbas & mengenal pasti * Sumbang saran
LANGKAH 2 a. Membaca petikan akhbar akhbar (aktiviti kumpulan) kumpulan) b. Berdasarkan petikan akhbar, akhbar, nyatakan nyatakan ciri-ciri pegawai Palapes dengan menggunakan peta iThink. c. Menyatakan kepentingan Palapes kepada negara.
Lampiran 2 Teknik 5W1H Panduan guru: -
-
Murid mesti memikirkan peta yang sesuai dan melakar sendiri. Peta i-Think yang sesuai ialah peta buih (menggunakan kata adjektif untuk menyatakan ciri-ciri).
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif LANGKAH 3 a. Mencari maklumat maklumat tentang tentang pasukan pasukan keselamatan keselamatan negara. b. Menentukan pasukan keselamatan yang diminati diminati oleh pelajar. Diberikan contoh seperti pada Lampiran 3. c. Melengkapkan Peta Pemikiran (i-Think ) untuk membanding beza dua pasukan keselamatan k eselamatan negara yang diminati oleh pelajar. d. Nyatakan perkara yang yang perlu dilakukan untuk untuk mencapai cita-cita tersebut.
Sumber : https://www.mkn.gov.my/ Lampiran 3 Panduan guru: -
-
Murid mesti memikirkan peta yang sesuai dan melakar sendiri. Peta i-Think yang sesuai ialah peta buih berganda (membanding beza).
LANGKAH 4 a. Menghasilkan brosur salah salah satu satu pasukan keselamatan negara.
Brosur
86
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
LAMPIRAN 1
87
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
LAMPIRAN 2
88
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
Lampiran 3
Lampiran 3
89
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
90
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
91
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT 2
TEMA
JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN
TAJUK
ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i.
OBJEKTIF
ii.
Membaca dan mentafsir maklumat dari teks berkaitan adat dan budaya masyarakat Malaysia. Menghasilkan tugasan kumpulan, mewujudkan interaksi, semangat bekerja sepasukan dan latihan kepimpinan dengan mengenal pasti golongan kata daripada lirik lagu.
i. Teknik Bacaan: KWLH STRATEGI/ PENDEKATAN ABAD KE-21
ii. KBAT: Mengaplikasi, memahami, menganalisis, mencipta iii. Nilai: Menghayati budaya iv. Strategi P&P: kolaborasi i.
MEDIA
Audio / Komputer / Internet – Laman Web
ii. Peta/ grafik iii. Gambar
SITUASI
Awam
FORMAT TEKS
Teks Pelbagai
JENIS TEKS
Pendedahan
PROSES KOGNITIF
i. Mengimbas dan mengenal pasti ii. Menganalisis: Membeza, menilai, membanding, menerangkan
92
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
AKTIVITI
CATATAN
LANGKAH 1 a. Menonton Video. b. Arahan sebelum menonton video. Fahami dan dapatkan pelbagai maklumat daripada video tersebut.
c. Bersoal jawab mengenai lirik lagu. - Negeri yang mempunyai dialek - Nilai-nilai murni LANGKAH 2
Lampiran 1 Youtube - Lagu Kurik Kundi oleh Siti Nurhaliza https://www.youtube.com/wat ch?v=jikHWd72-JE ’
’
Mengakses dan mendapatkan maklumat
Panduan guru:
a. Secara berkumpulan, senaraikan adat dan budaya yang masih lagi diamalkan oleh kaum-kaum terbesar di Malaysia dengan menggunakan Peta i-Think.
-
b. Ketua Kumpulan membentangkan kepada kumpulan lain.
-
Murid mesti memikirkan peta yang sesuai dan melakar sendiri. Peta i-Think yang sesuai ialah peta pokok (mengklasifikasi).
Pembelajaran koperatif LANGKAH 3 a. Baca dan fahami teks Keunggulan Adat Perpatih. b. Nyatakan ciri-ciri yang diamalkan dalam Adat Perpatih.
Lampiran 2 Mengimbas & mengenal pasti. Laman Web: www.pmr.penerangan.gov.my /index.php/budaya/7589keunggulan-adatperpatih.html
LANGKAH 4 b. Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan adat dan budaya kaum yang terdapat di negara kita. Contoh pada Lampiran 3.
Lampiran 3 Mencipta pantun Laman Web
c. Andaikan pantun itu terpilih untuk diterbitkan, hasilkan sebuah video berkaitan pantun tersebut untuk dimuat naik dalam media massa sebagai iklan.
93
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
LAMPIRAN 1
LIRIK LAGU ‘KURIK KUNDI’ oleh Siti Nurhaliza
Nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan Nak berkisah kaya tutur bicara Kalau tinggi untung jadi bintang Kalau rendah masih jadi intan Teratak mahligai bak dipayung teduhnya Bila budi melingkar anak asuhan Adat yang lama berbudi berbahasa Akar kehidupannya Chorus Yang kurik kundi yang merah saga Baik budi indahlah bahasa Pantun lama tinggi kiasannya Berpantun seloka sambil menari canggung Serentak melangkah rentak timur diarak Gurau senda sopannya dijaga Sepakat makin kukuh terikat
(Pulau Pinang) Hang dok pi hang dok mai Lagu tu lagu mana Pi sini pi sana depa menghela sakan Awatlah dok kalut megah condong ke barat Mai kita Pakat tarik ramai-ramai Biar ke timur condongnya
(Perak) Ada O ada E Bunyinya tidaklah serupa Erti tidak berbeza Betui yong betui sungguh Betui ape di kate Selembut tarian hoi Nak muda berlotah Tutur bahasanya Maghi yop maghilah yong Maghi kita memikio Parit dengan Kuala Cakap tidak serupe Dihitung beratus-ratus bilangan Digali beratus-ratus terpendam Di lubuk yang mana Tak terjangkau ingatan Makin dibongkar Makin banyak yang terpendam Di sini ibunya Tersurat kurik itulah kundi Tertulis merah itulah saga Saga dalam lagu pada indah syairnya Kundi dalam tarian Indah lenggok tarinya Aduhai indahnya
94
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
(Neg eri S embilan) Mana usang diperbarui Mana lapok hai dikajangi Mana elok dipakai ondeh dipakai Kalau singkat cantik manis Disambungkan Kalau panjang cantik manis Minta dikerat Yo sungguh yo bonar Kato sungguh dikato Muafakat ya tuan Ibu adat di ondeh tidak dilupa Tak boghodat Minum tidak bergula Tak bobudi Pohon tidak berbuah Tak boghodat Minum tidak bergula Tak bobudi Bagai pohon tidak berbuah
( K elantan ) Teghtek teghning oghe kito Hok tu keno jago Jange sapa berlete kale Luar napok come jange dale Habih kuca lembe Luar napok come Jange dale habih kuca lembe
(Sabah)
(Terengganu) Halus manis hai bila berkata Hai lapik berkias molek sungguh la wei Santun lakunya wei merendah suara Bagai berpayung wei rasa teduhnya
Membubutlah bayu Lalu limpas siring semalu Mengalai bagai tari sesuku Tari sesuku
(Sarawak) Selembut madah begitu taghi Sek ada sakit ghasa di hati Kamek nyambut madah tuan hulurkan Kitak nyambut madah kamek hulurkan
95
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
LAMPIRAN 2
KEUNGGULAN ADAT PERPATIH
Tarian Minangkabau Adat Perpatih Adat ini berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Pada umumnya Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
96
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
Adat Perpatih tidak akan lekang dek zaman Biar Mati Emak Jangan Mati Adat Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu. Adat Merupakan Peraturan Hidup Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap. Perlantikan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Struktur Masyarakat Adat Perpatih Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan.
97
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Keutamaan Wanita Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Harta Sepencarian Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja). Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bu kan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.
98
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
Prinsip-prinsip Adat Perpatih Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama. 1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggotaanggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya. 2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya. 3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya. 4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat. 5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya. Amalan Adat Perpatih Masakini Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusanurusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan. Pembahagian Harta Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.
99
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin macam mana pun tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Kesimpulan Walau pun adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman. iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa. Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebabsebab terjadinya hukum atau adat tersebut. Sumber dari suntingan : Akhbar Harian Kosmo (7 LAMPIRAN 3 Januari 2009) Wikipedia.org/wiki/adat perpatih
100
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
CONTOH PANTUN EMPAT KERAT (BUDAYA)
101
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT 3 TEMA
JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN
TAJUK
PELAJAR SEBAGAI DUTA DI NEGARA LUAR
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Merumus dan menilai maklumat. ii. Menghasilkan tugasan kumpulan, mewujudkan interaksi, semangat bekerja sepasukan dan latihan kepimpinan iii. Menyenaraikan 5 peranan pelajar sebagai duta selain daripada petikan.
STRATEGI/ PENDEKATAN ABAD KE-21
i. ii. iii. iii.
MEDIA
i. Internet – Laman Web ii. Peta / Grafik, iii. Petikan
SITUASI
Awam
FORMAT TEKS
Teks Berurutan
JENIS TEKS
Pelbagai
PROSES KOGNITIF
i. Mengimbas dan mengenalpasti
Teknik Bacaan: CHATT KBAT: peta pemikiran Nilai: Cintai Malaysia Strategi P&P: Kolaborasi
ii. Menerangkan, menilai, fakta dan bukti.
102
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
AKTIVITI
CATATAN
LANGKAH 1 a. Pelajar menonton klip video lagu. Pelajar menyatakan pendapat tentang video klip tersebut.
Lampiran 1 Klip video: ’Warnawarna gemilang’
LANGKAH 2 a. Guru memberikan jadual statistik jumlah pelajar Malaysia di luar negara. Pelajar mengenal pasti rakyat negara manakah yang akan melancong ke Malaysia dan menyatakan TIGA sebab pelajar memilih negara tersebut. b. Sesi pembentangan.
Lampiran 2 Menganalisis data
LANGKAH 3 a. Membaca artikel Pelajar Sebagai Duta diLuar Negara. b. Mencari isi dan memindahkan maklumat dalam borang CHATT yang telah disediakan. c. Sesi perbentangan.
Lampiran 3 Teknik bacaan CHATT LPG
LANGKAH 4 a. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan b. Setiap kumpulan diminta menyatakan satu peranan pelajar sebagai duta selain yang terdapat dalam petikan. c. Setiap peranan perlu dihuraikan dalam satu perenggan karangan dan dibentangkan menggunakan slaid.
Kemahiran menulis
103
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
LAMPIRAN 1
(Korus) Warna warna Malaysiaku cemerlang warna warna Malaysiaku gemilang Warna-warna Malaysiaku terbilang Ayuh tunjukkan simbol perpaduan Ku sahut suara semangatku Ku semata dalam perjuanganku Ku bangga kini Malaysiaku Terus gemilang Walaupun berbilang bangsa Bersama pemimpin waja Gagah berjasa Gabungkan tanganmu teman Itu simbol perpaduan Ayuh mara ke hadapan menjana impian (Ulang korus) Sama tujuan sama semangat Mencapai satu kata sepakat Buangkanlah segala anasir jahat Ayuh tunjukkan simbol perpaduan Tingkat prestasi sumbangkan bakti Bangunkan pertiwi siswa dan siswi Lakukan sesuatu jangan berlengah lagi Ayuh tunjukkan simbol perpaduan
https://www.youtube.com/watch?v=I0hIyQzdeOU
104
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
LAMPIRAN 2
JUMLAH PELAJAR MALAYSIA YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA TAHUN 2014 DAN 2015 Negara China
2015
2014
Tajaan
Persendirian
Jumlah
2792
2114
119
2673
2792
UK
13796
5265
5067
8729
13796
Australia
20493
17311
3486
17007
20493
New Zealand
2305
1672
1257
1048
2305
Indonesia
5588
5844
2759
2829
5588
Sumber :www.mohe.gov.my/web_statistik 2010
LAMPIRAN 3 PELAJAR SEBAGAI DUTA DI NEGARA LUAR BEIJING, 4 Feb - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar pelajar Malaysia di China dilantik menjadi duta kecil bagi memperkenalkan nilai, budaya dan bahasa masyarakat berbilang kaum di negara ini. Beliau berkata ia boleh dilakukan dengan penglibatan pelajar Malaysia seramai 841 orang di China untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan atau melibatkan diri dalam pertunjukan di radio dan televisyen. "Mungkin elaun tertentu dapat dikeluarkan pihak swasta sebagai galakan dan memberi insentif untuk mereka dalam mempromosi destinasi pelancongan Malaysia," katanya kepada media hari ini. Beliau berkata perancangan terperinci akan dibincang di pihak Kedutaan Malaysia di China dan pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempertingkatkan kedatangan lebih ramai pelancong China ke Malaysia.
105
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
Menurutnya pelancong China membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,345 seorang dan jumlah itu membolehkan negara mendapat manfaat dari sudut pendapatan yang boleh dibahagikan kepada duta kecil yang turut terlibat. Ahmad Zahid berkata demikian pada Rabu semasa sesi soal jawab bersama pelajar Malaysia di Beijing di majlis makan malam di Kedutaan Malaysia, sambal menambah kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar di luar negara. Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mencari titik persamaan supaya negara mencapai status negara maju menjelang 2020, walaupun tempoh empat tahun itu dilihat agak mencabar. Katanya setiap pendapat pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang kaum perlu dinilai secara rasional dan bukan emosional serta tidak salah mempunyai perbezaan pendapat tetapi ia perlu diluahkan dengan cara tertib mengikut lunas yang betul. "Kerajaan menyediakan saluran pendidikan yang baik untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan keturunan. Bagaimanapun, ilmu yang ada sepatutnya digunakan untuk mewujudkan daya pemikiran yang seimbang dengan peribadi dan akal yang baik agar tidak terlalu mementingkan diri. "Rakyat perlu berpendidikan tetapi tidak boleh lupa ilmu yang ada perlu dimanfaatkan kepada komuniti kita dan bukan untuk mencorak sesuatu yang boleh memecah-belahkan bangsa," katanya. Ahmad Zahid turut mengulas mengenai kad diskaun pelajar dan berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat jemaah menteri untuk kelulusan.- Suraya Ahmad (WD MY)
Sumber: laman web Bhonline(
[email protected])
106
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 5 : JATI DIRI
PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN
•
ISU / PERSOALAN
•
Persoalan: Masih terdapat Negara-negara yang mengalami krisis ekonomi walaupun kita sedang dihambat tuntutan sara hidup yang tinggi . Anda berhasrat untuk merasai kehidupan rakyat yang mengalami k risis tersebut untuk mendapatkan pengalaman baharu dan memperkukuh semangat patriotisme .
•
Oleh itu, anda diminta menjalankan satu program yang sesuai untuk merasai sendiri keperitan dan kesengsaraan rakyat di Negara tersebut.
BIL 1. 2.
3.
PERAKARA a) Mengenal pasti negara-negara asia yang mengalami masalah ekonomi a) Kumpulkan maklumat tersebut dari segiDemografi i.
Sosiobudaya
ii.
Kelebihan dan Kekurangan Negara yang dikaji
iii.
Prosedur untuk mendapatkan kelulusan.
iv.
Cadangkan program yang bersesuaian dalam usaha menjalinkan hubungan baik antara dua negara (Contoh: Program Anak-Anak).
Lengkapkan hasil tugasan anda menggunakan kaedah yang sesuai Cadangan Jangka masa kajian : 2 (DUA) minggu
107