Topi
3
Keseimbangan Pasaran
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menunjukkan bagaimana kuantiti dan harga keseimbangan dicapai dengan menggunakan diagram dan persamaan;
2.
Menerangkan bagaimana keseimbangan pasaran boleh berubah;
3.
Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan;
4.
Mentafsirkan keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan; dan
5.
Mengaplikasikan konsep keanjalan dalam analisis pasaran.
PENGENALAN
Kita telah lihat di Topik 2 bagaimana kuantiti permintaan berhubung kait secara negatif dengan harga dan kuantiti penawaran berhubung kait secara positif dengan harga. Namun, hubungan tersebut adalah terlalu umum. Kita mungkin perlu tahu banyak manakah kuantiti yang diminta akan jatuh sekiranya naik sebanyak 10%. Dalam Topik 3 ini, anda akan mempelajari tentang keseimbangan pasaran. Anda juga akan mempelajari tentang sejauh mana kuantiti diminta sensitif kepada perubahan harga. Maklumat ini penting kepada firma untuk menentukan harga barangan yang dikeluarkan. Kepada ahli ekonomi pula, maklumat ini penting dalam menganalisis dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sensitiviti kuantiti terhadap perubahan harga boleh diukur dengan menggunakan konsep keanjalan yang akan diterangkan di dalam topik ini.
50
3.1
TOPIK 3
KESEIMBANGAN EIM BANGAN PASARAN
KESEIMBAN EIMBANG GAN PASARA ASARAN N
Apakah keseimbangan pasaran? Bagaimanakah permintaan dan penawaran berhubung kait? Permintaan dan penawaran adalah model yang menerangkan gelagat pengguna dan penjual di pasaran.
Untuk menunjukkan menunjukkan bagaimana kedua-duanya berinteraksi dalam menentukan harga dan kuantiti, kita perlu melakar keluk permintaan dan penawaran dalam satu diagram. Titik persilangan antara keluk permintaan dan penawaran adalah .
Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan untuk berubah.
Pada titik keseimbangan pasaran, kehendak pembeli adalah sama dengan kehendak penjual iaitu kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan pada harga yang tertentu. Kuantiti dan harga ini dikenali sebagai dan Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang keluk permintaan mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran pula bercerun positif. Di dalam Rajah 3.1, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang sama. Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E. Titik E ini dikenali sebagai , manakala Pe dan Q e mewakili harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.
50
3.1
TOPIK 3
KESEIMBANGAN EIM BANGAN PASARAN
KESEIMBAN EIMBANG GAN PASARA ASARAN N
Apakah keseimbangan pasaran? Bagaimanakah permintaan dan penawaran berhubung kait? Permintaan dan penawaran adalah model yang menerangkan gelagat pengguna dan penjual di pasaran.
Untuk menunjukkan menunjukkan bagaimana kedua-duanya berinteraksi dalam menentukan harga dan kuantiti, kita perlu melakar keluk permintaan dan penawaran dalam satu diagram. Titik persilangan antara keluk permintaan dan penawaran adalah .
Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan untuk berubah.
Pada titik keseimbangan pasaran, kehendak pembeli adalah sama dengan kehendak penjual iaitu kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan pada harga yang tertentu. Kuantiti dan harga ini dikenali sebagai dan Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang keluk permintaan mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran pula bercerun positif. Di dalam Rajah 3.1, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang sama. Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E. Titik E ini dikenali sebagai , manakala Pe dan Q e mewakili harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN EIM BANGAN PASARAN
51
K eseimbangan pasaran
3.1. 3.1.1 1 Keseimban Keseimbangan, gan, Lebihan dan Berkuran Berkurang g Jadual 3.1 menerangkan konsep keseimbangan, lebihan permintaan dan lebihan penawaran. Kadang-kadang, lebihan permintaan juga dipanggil sebagai berkurang manakala lebihan penawaran sebagai lebihan. Ini bermakna, lebihan permintaan diwakili dengan nilai negatif manakala lebihan penawaran dengan nilai positif. Lebihan sifar pula menunjukkan yang kita berada pada titik keseimbangan. L ebihan, Berkurang dan Keseimbangan Pasaran
1
18
2
-16
Meningkat
2
16
4
-12
Meningkat
3
14
6
-8
Meningkat
4
12
8
-4
Meningkat
5
10
10
0
Keseimbangan
6
8
12
+4
Menurun
7
6
14
+8
Menurun
8
4
16
+12
Menurun
9
2
18
+16
Menurun
52
TOPIK 3
KESEIMBANGAN EIM BANGAN PASARAN
Pengurangan berlaku apabila pada tahap harga tertentu, kuantiti permintaan melebihi kuantiti penawaran. Jadual 3.1 menunjukkan pengurangan atau lebihan permintaan berlaku pada harga RM1 hingga RM4 seunit. Apabila harga adalah RM1, terdapat pengurangan sebanyak 16 unit manakala apabila harga adalah RM4, pengurangan berlaku menjadi empat unit. Pengurangan akan memberi tekanan kepada harga untuk naik dan kenaikan harga ini akan mengurangkan permintaan dan seterusnya mengurangkan pengurangan dalam pasaran. Lebihan pula berlaku apabila pada tahap harga yang tertentu, kuantiti yang ditawarkan melebihi kuantiti yang diminta. Lebihan akan berkurangan apabila harga menurun. Justeru itu, lebihan akan memberi tekanan kepada harga untuk turun. Berdasarkan Jadual 3.1, kita boleh lihat bagaimana lebihan berkurangan daripada 16 unit kepada 14 unit apabila harga turun daripada RM9 kepada RM6 seunit. Keseimbangan akan dicapai apabila tiada lebihan atau pengurangan. Di sini, tiada lagi tekanan ke atas harga untuk berubah. Pada Jadual 3.1, keseimbangan dicapai pada harga RM5 seunit dan kuantiti 10 unit. Perhatikan bahawa pengurangan akan menyebabkan harga meningkat dan lebihan akan mendorong harga untuk jatuh. Rajah 3.2 menunjukkan keadaan pengurangan, lebihan, keseimbangan dan tekanan kepada harga.
K eseimbangan, berkurang dan lebihan
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
53
SEMAK KENDIRI 3.1 Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan = Kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta = Fikirkan yang manakah merujuk kepada .
dan yang mana
AKTIVITI 3.1 Dengan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan bagaimana pasaran mencapai keseimbangan. Kongsi jawapan anda dengan rakan yang lain.
3.1.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa di pasaran yang mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun, permintaan dan penawaran akan sentiasa bergerak ke kiri atau kanan apabila penentu permintaan dan penawaran berubah.
(a) Secara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberi kesan yang boleh dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti berikut: (i)
Apabila permintaan meningkat manakala penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan peningkatan permintaan ke atas keseimbangan pasaran, mari kita lihat Rajah 3.3(a). Keluk D0 dan S adalah titik keseimbangan asal. Titik E 0 adalah titik keseimbangan asal di mana keluk permintaan D 0 bersilang dengan keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P 0 dan Q0. Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D 0 akan beralih ke D1. D1 dan E 1 adalah keluk permintaan titik keseimbangan yang baru; dan
54
(ii)
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b]).
K esan peralihan keluk permintaan kepada keseimbangan
(b) (i)
Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan jatuh dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.4[a]); dan
(ii)
Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan naik dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.4[b]).
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
55
K esan peralihan keluk penawaran kepada keseimbangan
(c) Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan berubah seperti berikut: (i)
Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.5[a]); dan
(ii)
Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.5[b]).
K esan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang sama
56
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pula tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkara terutamanya sejauh mana keluk berubah dan juga keanjalan keluk iaitu: (i)
Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.6[a]); dan
(ii)
Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbangan akan turun. Kesan kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkan oleh perkara yang sama seperti di atas (rujuk Rajah 3.6[b]).
K esan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang berlainan
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
57
LATIHAN 3.1 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah
atau
1.
Apabila pasaran mencapai keseimbangan, perubahan permintaan dan penawaran akan menyebabkan berlakunya lebihan atau berkurang.
2.
Kebanyakan pasaran dapat mengekalkan keseimbangan untuk jangka masa yang lama.
3.
Lebihan permintaan atau berkurang akan menyebabkan harga jatuh.
4.
Jika permintaan meningkat dan penawaran kekal tidak berubah, harga dan kuantiti keseimbangan akan naik.
3.2
PASARAN DALAM BENTUK PERSAMAAN
Kita juga boleh menerangkan hubungan antara permintaan pasaran dan penawaran pasaran untuk sesuatu barangan dan penentu-penentu mereka dalam bentuk persamaan. Persamaan boleh dinyatakan dalam bentuk fungsi yang umum atau dengan memberikan nilai yang tertentu kepada pemboleh ubah tertentu. Persamaan ini dikenali sebagai fungsi permintaan dan fungsi penawaran. Selain itu, keseimbangan pasaran juga boleh diperoleh daripada fungsi-fungsi tersebut.
3.2.1 Fungsi Permintaan Fungsi permintaan menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta dan penentunya dalam bentuk fungsi: Fungsi permintaan yang umum boleh ditulis seperti berikut: Q d = , P s , P c , Y, T, P eg ) f(P g Fungsi umum ini menyatakan secara amnya yang kuantiti diminta, Q d, berfungsi kepada harganya sendiri, P g ; harga barangan pengganti, P s; harga barangan
58
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
penggenap, P c; pendapatan, Y ; cita rasa, T ; dan jangkaan harganya pada masa hadapan, P eg . Kebiasaannya, fungsi permintaan yang digunakan hanya menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta dengan harga barangan tersebut. Persamaan ini boleh ditulis dalam bentuk Q d = a bP , di mana Q d = a = b = P =
Kuantiti diminta Pemalar ( constant ) Kecerunan keluk permintaan Harga barangan
Persamaan mudah ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa lain-lain penentu permintaan tidak berubah. Semua pemboleh ubah yang konstant dimasukkan dalam nilai konstant a . Sekiranya berlaku perubahan dalam pemboleh ubah yang lain, keluk permintaan akan beralih. Kecerunan keluk permintaan akan berubah sekiranya nilai b berubah. Rajah 3.7 adalah keluk permintaan yang dilakarkan berdasarkan kepada fungsi permintaan Q d = 20 2P.
K eluk permintaan
3.2.2 Fungsi Penawaran Sama seperti permintaan, penawaran juga boleh dipersembahkan dalam bentuk persamaan.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
59
: Q s = , C g , P s , P c , P eg ) f(P g Fungsi umum ini menyatakan bahawa kuantiti ditawarkan berfungsi kepada harga barangan tersebut, P g ; kos pengeluaran, C g ; harga barangan pengganti dalam pengeluaran, P s; harga barangan yang dihasilkan bersama, P c; dan jangkaan harga, P eg . Persamaan penawaran yang mudah pula menunjukkan hubungan antara kuantiti ditawarkan dan harga barangan tersebut. Lain-lain pemboleh ubah diandaikan sebagai tidak berubah. Fungsi ini boleh ditulis dalam bentuk Q s = c+ dP di mana Q s = c = d = P =
Kuantiti ditawarkan Konstant Kecerunan keluk penawaran Harga barangan
Apabila lain-lain pemboleh ubah berubah, c akan berubah dan keluk penawaran akan beralih. Perubahan dalam nilai d pula akan menyebabkan kecerunan keluk berubah. Rajah 3.8 adalah keluk penawaran yang dilakar berdasarkan kepada persamaan Q s = -5 + 3P.
K eluk penawaran
60
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
3.2.3 Keseimbangan Pasaran Kita telah mengetahui bahawa keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran atau Q d = Q s. Dengan menggunakan persamaan permintaan dan penawaran yang dinyatakan di atas, kita boleh mendapatkan harga dan kuantiti keseimbangan seperti berikut: Q d 20 2 P 5P P
= Q s = 5 + 3P = 25 = 5
Gantikan nilai P ke dalam fungsi permintaan dan fungsi penawaran untuk mendapatkan nilai kuantiti keseimbangan (anda akan memperoleh nilai yang sama). Q d = 20 2 P atau Q s = 5 + 3P = 20 2(5) = 5 + 3(5) = 10 = 10 Rajah 3.9 menunjukkan keseimbangan pasaran yang dicapai dengan harga keseimbangan RM5 dan kuantiti keseimbangan 10 unit.
K eseimbangan pasaran
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
LATIHAN 3.2
1.
Pasaran adalah institusi atau mekanisme yang menemukan _____________dan _____________ untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan.
2.
Selain harga, faktor yang boleh mempengaruhi keputusan untuk membeli adalah _____________, _____________ dan _____________.
3.
Hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan adalah _____________, manakala dalam jadual penawaran, hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan adalah _____________.
4.
Penurunan permintaan bermakna pengguna akan membeli pada kuantiti yang _____________ pada setiap tahap harga atau hanya sanggup membayar _____________ untuk kuantiti yang sama.
5.
Hukum penawaran menyatakan bahawa harga yang lebih tinggi akan mendorong penjual untuk menawarkan _____________ barangan kepada pengguna dan sebaliknya.
6.
_____________ pasaran dicapai pada tahap harga di mana kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti _____________.
7.
Pengurangan berlaku apabila harga pasaran _____________ harga keseimbangan kerana kuantiti _____________ lebih tinggi daripada kuantiti _____________. Sekiranya harga pasaran melebihi harga keseimbangan, maka _____________ akan berlaku kerana kuantiti _____________ melebihi kuantiti _____________.
8.
Jika permintaan meningkat dan penawaran berkurangan, harga keseimbangan akan _____________ manakala kuantiti keseimbangan akan _____________. Jika permintaan dan penawaran kedua-duanya meningkat, _____________ akan meningkat tetapi perubahan _____________ tidak dapat ditentukan.
61
62
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
LATIHAN 3.3
1.
2.
Berikut adalah jadual permintaan tiga individu iaitu A, B dan C untuk barang X . Sekiranya pasaran barang X terdiri daripada tiga individu tersebut: (a)
Dapatkan jadual permintaan pasaran; dan
(b)
Lakarkan keluk permintaan pasaran untuk barang X .
0.40
1
4
0
0.36
3
5
1
0.32
6
6
15
0.28
10
7
10
0.24
15
8
16
Persamaan permintaan dan penawaran untuk barang X adalah: Q d = 20 + 3P Q s = 220 5 P
(a)
Kirakan harga dan kuantiti keseimbangan menyelesaikan persamaan di atas secara matematik;
(b)
Lakarkan kedua-dua persamaan di dalam diagram yang sama di atas kertas graf dan tunjukkan titik keseimbangan sebagai titik E ; dan
(c)
Berdasarkan kepada persamaan di atas, kirakan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan untuk setiap tahap harga seperti yang ditunjukkan di bawah dan nyatakan sama ada berlaku lebihan atau pengurangan di pasaran.
Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit) Lebihan/Berkurang (unit)
dengan
TOPIK 3
3.3
KESEIMBANGAN PASARAN
63
KEANJALAN DAN SENSITIVITI
Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan? boleh didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pemboleh ubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahan penentu-penentunya (seperti harga atau pendapatan).
Secara amnya, nilai keanjalan diperoleh melalui formula berikut: Keanjalan
Peratus perubahan kuantiti Peratus perubahan penentu
Terdapat beberapa sebab kenapa keanjalan diukur dengan peratus perubahan: (a)
Keanjalan membolehkan perbandingan dibuat terhadap perubahan dua subjek yang diukur dalam unit yang berbeza. Sebagai contoh, kita boleh membandingkan perubahan kuantiti dengan perubahan harga dalam nilai mata wang;
(b)
Kita boleh mengelakkan masalah penentuan saiz unit yang digunakan. Sebagai contoh, peningkatan daripada RM1 kepada RM2 dianggap sebagai peningkatan satu unit harga tetapi perubahan daripada 100 sen ke 200 sen adalah 100 unit harga. Apabila kita menggunakan peratusan, nilai peningkatan yang sama akan diperoleh tanpa perlu mengambil kira unit yang digunakan; dan
(c)
Perubahan mutlak tidak dapat menerangkan sama ada sesuatu perubahan itu penting atau tidak. Ini hanya boleh diketahui sekiranya kita diberi nilai asal. Sebagai contoh, perubahan sebanyak RM1 untuk satu barangan yang asalnya berharga RM5 boleh dianggap sebagai penting. Namun, jika harga asalnya adalah RM100, perubahan sebanyak RM1 dianggap sebagai tidak penting. Dengan kata lain, apa yang perlu kita lihat adalah peratus perubahan bukannya perubahan mutlak.
Konsep keanjalan boleh diaplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga pengguna. Contohnya, firma boleh menggunakan konsep ini untuk menentukan penggunaan sumber pengganti apabila harga input meningkat. Sekiranya kos modal meningkat, firma boleh menggantikan modal dengan buruh tetapi kadar pertukaran akan ditentukan oleh nilai keanjalan.
64
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Ada empat jenis keanjalan yang biasanya digunakan (rujuk Rajah 3.10) iaitu keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Kita akan membincangkan jenis keanjalan permintaan terlebih dahulu sebelum kita membincangkan keanjalan penawaran.
J enis keanjalan
AKTIVITI 3.2 Pada pendapat anda, kenapa kita perlu mengukur keanjalan? Apakah kepentingan keanjalan dalam kehidupan seharian kita?
3.4
KEANJALAN PERMINTAAN HARGA
mengukur respons kuantiti diminta bagi sesuatu barangan terhadap perubahan harga barangan tersebut.
Ia diukur melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga sebanyak satu peratus. Ukuran ini tidak memiliki sebarang unit.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
65
AKTIVITI 3.3 Anda sedia maklum bahawa peningkatan harga barangan akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan. Namun, tahukah anda sebanyak mana kuantiti diminta akan jatuh? Bagaimanakah caranya untuk kita mengukur perubahan atau penurunan tersebut?
3.4.1 Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula berikut: E d
Peratus perubahan kuantiti diminta Peratus perubahan harga
Jika peningkatan harga sebanyak 10 peratus akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan sebanyak 20 peratus, maka keanjalan permintaan harga adalah 20% / 10% = 2.
mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas keluk manakala adalah purata keanjalan antara dua titik di atas keluk yang sama.
Nilai keanjalan boleh dikira menggunakan dua kaedah iaitu kaedah keanjalan titik dan kaedah keanjalan lengkuk atau titik tengah. Formula keanjalan titik adalah seperti berikut:
E d
Q 1 Q 0 100 Q0 P 0 Q P1 P 0 P Q 0 100 P 0
di mana, Q 0 adalah kuantiti asal dan Q 1 adalah kuantiti baru, manakala P 0 harga asal dan P 1 harga baru. Simbol digunakan untuk mewakili perubahan, contohnya: Q =
Q 1 Q 0
66
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Terdapat satu masalah utama yang timbul apabila kita menggunakan formula keanjalan titik. Nilai keanjalan yang diperoleh adalah berbeza untuk peningkatan harga dan penurunan harga. Ini disebabkan oleh nilai pembawah yang berbeza. Untuk memahami masalah ini, mari kita lihat contoh berikut:
Andaikan harga X turun dari RM10 ke RM5 dan kuantiti diminta naik dari 4 unit ke 7 unit.
Dengan menggunakan formula keanjalan titik, nilai keanjalan yang diperoleh adalah -1.5 sepertimana yang ditunjukkan oleh pengiraan di bawah:
E d
Q
P 0 P Q 0
7 4 10 5 10 4
3 10 4 5
1.5
Sekarang, mari kita lihat apa yang berlaku apabila harga naik daripada RM5 ke RM10 dan kuantiti diminta turun daripada 7 unit kepada 4 unit. Nilai keanjalan yang diperoleh adalah:
TOPIK 3
E d
Q P
P 0 Q 0
KESEIMBANGAN PASARAN
67
3 5 0.43 5 7
Contoh ini menunjukkan bahawa walaupun kita mengira keanjalan dalam lingkungan harga yang sama (iaitu antara RM5 dan RM10), nilai keanjalan yang diperoleh adalah berbeza, bergantung kepada sama ada harga naik daripada RM5 ke RM10 atau harga turun daripada RM10 kepada RM5. Di sini kita dapati bahawa apabila harga turun, permintaan adalah anjal (-1.5) tetapi apabila harga naik, permintaan menjadi tidak anjal (-0.43). Perbezaan ini mungkin tidak begitu besar sekiranya perubahan harga adalah kecil. Namun, untuk perubahan yang besar, perbezaan tersebut juga akan menjadi semakin besar. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan satu lagi formula keanjalan iaitu . Keanjalan lengkuk mengukur keanjalan purata antara dua titik di atas keluk yang sama. Formulanya adalah seperti berikut: Q 1 Q 0 100 Q 1 Q 0 / 2 Q E d = = P1 P 0 P 100 P1 P 0 / 2
P1 P0 Q 1 Q 0
Dengan menggunakan contoh yang sama seperti di atas, keanjalan lengkuk adalah:
E d
Q P
P1 P 0 3 15 = = 0.7 Q 1 Q 0 5 13
Nilai 0.7 ini bermakna, apabila harga berubah sebanyak 1%, kuantiti diminta akan berubah sebanyak 0.7%. Oleh itu, permintaan adalah tidak anjal untuk lingkungan harga tersebut. Nilai keanjalan yang sama akan diperoleh sama ada harga naik atau harga turun. Nilai keanjalan titik boleh juga dikira atau dianggar dengan melihat Rajah 3.11.
68
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
P engiraan keanjalan
Keanjalan pada titik B adalah: HE HB
HB OH
HE 600 =3 OH 200
GE GC
GC OG
GE 400 =1 OG 400
dan pada titik C:
AKTIVITI 3.4 Andaikan harga minyak petrol naik sebanyak 60%. Keadaan ini menyebabkan kuantiti diminta untuk minyak petrol turun sebanyak 15%. Apakah keanjalan permintaan harga minyak petrol? Sekiranya harga tepung gandum turun sebanyak 10% dan kuantiti naik sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga tepung gandum? Pada pendapat anda, yang mana satu antara minyak petrol dan tepung gandum yang lebih anjal?
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
69
3.4.2 Tahap Keanjalan Untuk memudahkan kita dalam menganalisis keanjalan permintaan, kebiasaannya kita akan mengabaikan tanda negatif keanjalan yang diperoleh dan hanya akan mengambil kira nilai mutlak. Ini adalah kerana nilai keanjalan permintaan adalah sentiasa negatif disebabkan oleh hubungan negatif antara perubahan harga dan perubahan kuantiti yang diminta. Secara amnya, keanjalan boleh digambarkan melalui bentuk keluk permintaan. Namun, sepertimana yang diterangkan sebelum ini, nilai keanjalan adalah berbeza-beza bagi setiap titik di atas keluk yang sama kecuali dalam tiga kes: keluk mendatar, keluk menegak dan keluk berbentuk hiperbola. Keluk permintaan yang mendatar dikatakan sebagai anjal sempurna dan nilai keanjalan adalah sama di sepanjang keluk iaitu infiniti. Untuk keluk permintaan yang menegak, nilai keanjalan adalah sifar di sepanjang keluk. Manakala untuk keluk permintaan hiperbola, keanjalan adalah sentiasa bersamaan dengan satu (anjal unit) di sepanjang keluk. Anjal unit bermaksud nilai peratus perubahan kuantiti diminta adalah sama dengan nilai peratus perubahan harga. Jadual 3.2 merumuskan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk keluk permintaan. T ahap Keanjalan dan Bentuk Keluk Permintaan
E d =
Anjal sempurna
Mendatar
1 < E d <
Anjal
Condong
E d = 1
Anjal unit
Hiperbola
0 < E d < 1
Tidak anjal
Curam
E d = 0
Tidak anjal sempurna
Menegak
SEMAK KENDIRI 3.2 Bagaimanakah caranya untuk kita tentukan sama ada permintaan sesuatu barangan adalah anjal?
70
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
3.4.3 Keanjalan Permintaan Harga dan Jumlah Perbelanjaan/Pendapatan Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa konsep keanjalan boleh membantu dalam membuat keputusan mengenai pengeluaran dan penggunaan. Sensitiviti kuantiti terhadap harga membolehkan kita mengira sensitiviti jumlah hasil terhadap harga kerana formula untuk mengira jumlah hasil (TR ) adalah TR = P x Q di mana P adalah harga dan Q kuantiti. Di samping membantu pengeluar untuk meramal perubahan jumlah hasil, keanjalan juga boleh membantu pengguna untuk meramal perubahan jumlah perbelanjaannya.
D
J umlah hasil
Rajah 3.12 menunjukkan bagaimana pengiraan jumlah hasil dilakukan. Sebagai contoh, 1,000 unit barangan yang dijual pada harga RM2 seunit akan menghasilkan RM2,000. Di dalam Rajah 3.12, jumlah ini ditunjukkan sebagai kawasan yang dilorek di mana jumlah pendapatan adalah harga (RM2) kali kuantiti (1,000 unit). Apa yang perlu dilakukan sekiranya firma berhasrat untuk meningkatkan jumlah hasilnya? Bolehkah ia dicapai dengan menaikkan atau menurunkan harga semata-mata? Firma boleh menjawab persoalan ini dengan menggunakan nilai permintaan harga. (a) Apabila permintaan adalah anjal, peratus perubahan kuantiti adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga. Ini bermakna, perubahan kuantiti akan memberi kesan yang lebih besar kepada jumlah hasil berbanding perubahan harga.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
71
Maka, Jika P meningkat, peratus penurunan Q adalah lebih besar. Oleh itu, TR akan menurun. Jika P menurun, peratus kenaikan Q juga adalah lebih besar. Oleh itu, TR akan meningkat.
Di sini, kita boleh lihat bahawa apabila permintaan adalah anjal, perubahan dalam jumlah hasil adalah seiring dengan perubahan kuantiti.
D
J umlah hasil permintaan anjal
Rajah 3.13 menggambarkan perbezaan antara jumlah hasil yang diperoleh daripada dua harga yang berbeza ke atas satu keluk permintaan yang anjal. Andaikan harga meningkat daripada RM5 kepada RM6. TR akan menurun daripada RM100 kepada RM60. Tetapi apabila harga menurun daripada RM6 kepada RM5, TR akan meningkat daripada RM60 kepada RM100. Oleh itu, jika permintaan adalah anjal, firma harus mengurangkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil. (b) Apabila permintaan tidak anjal, perkara yang sebaliknya akan berlaku. Nilai perubahan harga adalah lebih besar berbanding dengan peratus perubahan kuantiti. Perubahan harga akan mempunyai kesan yang lebih besar berbanding perubahan kuantiti.
72
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Jika P naik, peratus kejatuhan Q adalah lebih kecil. Justeru, TR akan naik. Jika P turun, peratus peningkatan Q adalah lebih kecil dan TR akan berkurangan.
Perubahan dalam jumlah hasil berlaku seiring dengan perubahan harga. Keadaan ini digambarkan pada Rajah 3.14.
D
Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal
Jika harga turun daripada RM6 kepada RM4, TR akan turun daripada RM60 kepada RM48. Sebaliknya, jika harga meningkat daripada RM4 kepada RM6, TR akan naik dari RM48 kepada RM60. Oleh itu, jika firma mempunyai permintaan yang tidak anjal, harga boleh ditingkatkan untuk meningkatkan jumlah hasil. (c) Jika peratus perubahan harga adalah sama dengan peratus perubahan kuantiti diminta, permintaan ini dikatakan sebagai anjal unit. Apabila peningkatan harga sebanyak satu peratus diikuti dengan penurunan kuantiti sebanyak satu peratus juga, maka kesan kenaikan harga dihapuskan sepenuhnya dengan penurunan kuantiti. Ini seterusnya akan menyebabkan tiada perubahan langsung dalam TR . Rajah 3.15 adalah contoh keluk permintaan yang anjal unit di sepanjang keluk. Sepertimana yang dapat kita lihat, jumlah hasil pada harga RM10 seunit adalah TR = RM10 2 = RM20. Nilai TR yang sama diperoleh pada tahap harga RM5, TR = RM5 4 = RM20.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
73
D
J umlah hasil apabila permintaan anjal unit
(d) Apabila permintaan adalah anjal sempurna, keluk permintaan berbentuk mendatar. Pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran, permintaan adalah sifar tetapi pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, permintaan adalah infiniti. Peratus perubahan jumlah hasil adalah sama dengan peratus perubahan kuantiti. Dalam keadaan ini, satusatunya cara untuk meningkatkan jumlah hasil adalah dengan meningkatkan kuantiti.
D
Jumlah hasil apabila permintaan anjal sempurna
Keadaan ini ditunjukkan dalam Rajah 3.16. Jumlah hasil (seperti yang ditunjukkan di kawasan berlorek) meningkat apabila kuantiti meningkat dari Q 0 kepada Q 1 .
74
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
(e) Permintaan seperti ini diwakili dengan keluk permintaan yang menegak dengan nilai keanjalan bersamaan sifar di sepanjang keluk. Kuantiti diminta adalah tidak sensitif kepada perubahan harga. Peratus perubahan jumlah hasil adalah bersamaan dengan peratus perubahan harga. Dalam kes ini, jumlah hasil boleh ditingkatkan dengan menaikkan harga. Rajah 3.17 menunjukkan peningkatan jumlah hasil (kawasan berlorek) apabila harga naik dari P 0 kepada P 1. D
J umlah hasil apabila permintaan tidak anjal sempurna
AKTIVITI 3.5 Andaikan permintaan untuk satu barangan adalah tidak anjal. Adakah perbelanjaan pengguna akan meningkat apabila harga barangan tersebut meningkat?
3.4.4 Keanjalan Keluk Permintaan Bergaris Lurus Berdasarkan kepada perbincangan sebelum ini, kita mengetahui bahawa keanjalan untuk keluk permintaan menegak dan mendatar kekal sama di sepanjang keluk. Namun, keluk permintaan bergaris lurus yang bercerun ke atas mempunyai keanjalan yang berbeza di sepanjang keluk tersebut. Sepertimana yang telah diterangkan di atas, perubahan keanjalan berlaku kerana keanjalan diukur dalam bentuk nisbah. Oleh itu, apabila harga berubah, nisbah perubahan adalah lebih besar untuk nilai asal harga (kuantiti) yang kecil berbanding dengan nilai asal harga (kuantiti) yang lebih tinggi.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
75
Kita juga telah membincangkan sebelum ini tentang hubungan antara jumlah hasil dan keanjalan permintaan. Apabila keanjalan berubah di sepanjang satu keluk, maka arah perubahan jumlah hasil juga akan berubah. Di sini, kita akan lihat contoh keluk permintaan dengan kecerunan -1. Jadual 3.3 dan Rajah 3.18(c) diperoleh dan dilakar berdasarkan kepada persamaan permintaan Qd = 100 10 P . Sementara itu, Rajah 3.18(a) menunjukkan keanjalan yang berdasarkan kepada fungsi Qd = a bP . Rajah 3.18(b) dan 3.18(d) adalah keluk yang menggambarkan hubungan antara jumlah hasil dan kuantiti.
F ungsi Permintaan Bergaris Lurus
0
100
0
Tidak Anjal
1
90
90
Tidak Anjal
2
80
160
Tidak Anjal
3
70
210
Tidak Anjal
4
60
240
Tidak Anjal
5
50
250
Anjal Unit
6
40
240
Anjal
7
30
210
Anjal
8
20
160
Anjal
9
10
90
Anjal
10
0
0
Anjal
Berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan Rajah 3.18(b) dan 3.18(d), perhatikan bagaimana jumlah hasil meningkat sekiranya harga meningkat, apabila keluk permintaan adalah anjal iaitu dari P = 1 hingga P = 4. Namun, apabila keluk permintaan tidak anjal iaitu dari P = 6 hingga P = 10, jumlah hasil berkurangan apabila harga meningkat.
76
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
K eluk permintaan bergaris lurus dan jumlah hasil
3.4.5 Penentu Keanjalan Permintaan Tahap keanjalan permintaan harga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk: (a) Antara penentu utama keanjalan permintaan harga adalah bilangan barangan pengganti yang ada serta tahap persamaan di antara barangan pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang ada dan semakin hampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal permintaan barangan tersebut. Sebagai contoh, permintaan untuk minyak petrol adalah tidak anjal kerana tidak banyak barangan lain yang boleh menjadi pengganti kepada minyak petrol. Namun, sekiranya kita lihat kepada jenama minyak petrol, kenaikan harga bagi satu jenama akan menyebabkan pengguna beralih kepada jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu jenama minyak petrol adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
77
penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jika terdapat lebih banyak barangan pengganti yang wujud. (b) Semakin tinggi nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita akan mengurangkan penggunaan barangan tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu, permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian dan pengangkutan. Sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam dan roti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kita adalah rendah. (c) Apabila harga barangan meningkat, kita memerlukan masa untuk membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk mencari pengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjal permintaan harga sesuatu barangan. (d) Semakin banyak kegunaan sesuatu barangan, semakin anjal permintaan harganya.
SEMAK KENDIRI 3.3 1.
Kenapakah sesetengah barangan adalah sesetengah yang lain sangat tidak anjal?
sangat
anjal
dan
2.
Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga?
78
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
LATIHAN 3.4 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah
atau
1.
Apabila peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti, nilai keanjalan permintaan adalah lebih besar dari satu.
2.
Keanjalan adalah lebih tinggi pada harga yang rendah dan lebih rendah pada harga yang tinggi.
3.
Titik keanjalan unit untuk keluk permintaan bergaris lurus dengan kecerunan yang menurun berada pada titik pertengahan keluk tersebut.
4.
Kesemua keluk permintaan memiliki bahagian yang anjal, tidak anjal dan unit anjal.
3.5
KEANJALAN PERMINTAAN SILANG
mengukur sensitiviti permintaan sesuatu barangan terhadap perubahan harga barangan yang lain iaitu barangan pengganti dan barangan penggenap.
Ukuran ini membolehkan kita untuk membuat ramalan tentang perubahan permintaan sesuatu barangan disebabkan oleh perubahan harga barangan yang lain. Keanjalan silang diukur dengan: E XY
Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang X Peratus perubahan harga barang Y
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
79
3.5.1 Pengiraan Keanjalan Silang Keanjalan silang adalah: E XY
Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang X Peratus perubahan harga barang Y
Nilai keanjalan silang boleh dikira dengan formula keanjalan titik:
E XY
Q X 1 Q X 0 100 QX 0 PY 1 P Y 0 100 P Y 0
Q X PY
P Y 0 Q X 0
Atau dengan formula keanjalan lengkuk:
E XY
Q X 1 Q X 0 100 Q X 1 Q X 0 / 2 PY 1 PY 0 Q X PY 1 P Y 0 PY Q X 1 Q X 0 100 PY 1 P Y 0 / 2
Kini, anda seharusnya lebih yakin untuk mengira nilai keanjalan. Cuba dapatkan nilai keanjalan silang antara barang X dan barang Y serta di antara barang X dan barang Z dengan menggunakan formula keanjalan lengkuk dan berdasarkan kepada maklumat di Jadual 3.4. P engiraan Nilai Keanjalan Silang
2
10
20
3
5
30
80
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
3.5.2 Penggunaan Keanjalan Silang Sekiranya barang Y adalah pengganti kepada barang X , permintaan barang X akan meningkat apabila harga barang Y meningkat. Oleh itu, keanjalan silang adalah positif. Namun, jika barang Y adalah penggenap kepada barang X , permintaan untuk X akan jatuh apabila harga Y naik. Oleh itu, keanjalan silang adalah negatif. Sebagai contoh, keanjalan silang antara roti dan mentega adalah negatif kerana roti dan mentega adalah barang penggenap kepada satu sama lain. Sebaliknya, keanjalan silang antara mentega dan marjerin adalah positif kerana kedua-dua barangan ini adalah pengganti antara satu sama lain. Keanjalan silang antara mentega dan kasut pula adalah sifar kerana kedua-duanya tiada kaitan antara satu sama lain. (i)
E XY < 0, barang X dan barang Y adalah penggenap;
(ii)
E XY > 0, barang X dan barang Y adalah pengganti; dan
(iii) E XY = 0, barang X dan barang Y tidak berkaitan. Semakin tinggi tahap penggantian antara dua barangan, semakin tinggi nilai keanjalan yang diperoleh. Begitu juga untuk barangan penggenap, semakin hampir dua barangan sebagai penggenap kepada satu sama lain, semakin tinggi nilai keanjalan. Nilai positif dan negatif yang tinggi menunjukkan sejauh mana kesan perubahan harga sesuatu barangan memberi kesan kepada permintaan barangan yang lain. Firma boleh mengaplikasikan konsep keanjalan silang ini untuk tujuan perancangan dan mengenal pasti kesan perubahan harga barangan pesaing mereka kepada barangan mereka.
AKTIVITI 3.6 Filem dan kamera adalah barangan penggenap manakala ayam dan itik barangan pengganti. Tentukan sama ada keanjalan silang dua set barangan ini adalah positif atau negatif dan nyatakan sebabnya.
TOPIK 3
3.6
KESEIMBANGAN PASARAN
81
KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN
Seperti yang kita sedia maklum, pendapatan adalah penentu utama dalam peralihan keluk permintaan. Oleh itu, keanjalan permintaan pendapatan mengukur tahap sensitiviti permintaan terhadap perubahan pendapatan. atau keanjalan pendapatan adalah ukuran yang membolehkan kita menganggar perubahan permintaan apabila berlaku perubahan pendapatan.
3.6.1 Pengiraan Keanjalan Pendapatan Keanjalan pendapatan dikira melalui formula berikut: E Y
Peratus perubahan kuantiti diminta Peratus perubahan pendapatan
Dengan Y mewakili pendapatan, maka formula keanjalan pendapatan titik adalah:
E Y
Q 1 Q 0 X 100 Q0 Y1 Y 0 X 100 Y 0
Q Y
X
Y 0 Q 0
X
Y1 Y 0 Q 1 Q 0
Manakala formula lengkuk pula adalah:
E Y
Q 1 Q 0 X 100 (Q 1 Q 0 )/ 2 Y1 Y 0 X 100 (Y1 Y 0 )/ 2
Q Y
82
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
3.6.2 Kegunaan Keanjalan Pendapatan Keanjalan pendapatan boleh digunakan untuk mengkategorikan barangan kepada barang mewah, barang normal, barang keperluan dan barang bawahan. Sekiranya sesuatu barangan memiliki nilai keanjalan pendapatan yang tinggi, maka jualan dijangka akan meningkat dengan cepat apabila pendapatan meningkat. Sebaliknya, jualan akan menurun dengan cepat jika pendapatan menurun. N ilai Keanjalan Pendapatan dan Jenis Barangan
E Y= 0
Tidak Anjal Sempurna
Barang Keperluan
E Y> 1
Anjal
Barang Mewah
O < E Y < 1
Tidak Anjal
Barang Normal/Biasa
E Y< 0
Keanjalan Negatif
Barang Bawahan
Anda mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk mentafsir tahap keanjalan seperti yang dirumuskan dalam Jadual 3.5. Contohnya, apabila E y = 0, sebarang perubahan dalam pendapatan tidak akan memberi kesan kepada kuantiti diminta. Oleh itu, barangan ini dianggap sebagai barang keperluan. Jika E y > 1, kadar perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada kadar perubahan pendapatan pengguna. Oleh itu, ini adalah barang mewah. Manakala, apabila keanjalan pendapatan adalah negatif (E y < 0), kadar perubahan kuantiti diminta bergerak adalah arah yang bertentangan dengan kadar perubahan pendapatan. Justeru, ini bermakna barangan ini adalah barang bawahan. Sekarang, cuba tafsirkan apa yang dimaksudkan oleh keanjalan pendapatan yang bernilai 0 < E y < 1.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
83
P elbagai tahap keanjalan pendapatan
Rajah 3.19 menunjukkan hubungan antara pendapatan pengguna dan kuantiti yang diminta untuk sesuatu barangan. Keluk ini dikenali juga sebagai keluk Engel (kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang keluk Engel di Topik 4). Barang keperluan ditunjukkan dengan keluk yang menegak manakala barang normal dan barang mewah dengan keluk yang bercerun positif. Barang bawahan pula diwakili dengan keluk yang bercerun negatif.
3.7
KEANJALAN PENAWARAN
Keanjalan penawaran mengukur sensitiviti penawaran terhadap perubahan harga seperti yang ditunjukkan formula berikut: E S
Peratus perubahan kuantiti ditawarkan Peratus perubahan harga
Pengiraan nilai keanjalan penawaran adalah sama seperti pengiraan untuk keanjalan pendapatan. Walau bagaimanapun, di sini kuantiti merujuk kepada kuantiti ditawarkan. Sama seperti keanjalan permintaan, keanjalan penawaran juga terdiri dari: (a)
Anjal sempurna;
(b)
Anjal;
84
(c)
Anjal unit;
(d)
Tidak anjal; dan
(e)
Tidak anjal sempurna.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Apabila keluk penawaran menegak, penawaran adalah tidak anjal sempurna manakala apabila ia mendatar, penawaran adalah anjal sempurna. Jadual 3.6 menunjukkan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk keluk penawaran. T ahap Keanjalan Penawaran dan Keluk Penawaran
E S = 0
Tidak anjal sempurna
Menegak
E S < 1
Tidak anjal
Bersilang dengan paksi kuantiti
E S = 1
Anjal unit
Bermula dari titik asal
E S > 1
Anjal
Bersilang dengan paksi harga
E S =
Anjal sempurna
Mendatar
Sesuatu yang agak luar biasa tentang keanjalan penawaran adalah nilainya boleh diperoleh dengan mudah dengan hanya melihat persilangan keluk dengan paksi. Jika keluk penawaran bersilang dengan paksi harga seperti di Rajah 3.20(a), maka penawaran adalah anjal (E S > 1). Jika ia bersilang dengan paksi kuantiti seperti di Rajah 3.20(b), maka penawaran adalah tidak anjal (E S < 1). Keluk penawaran yang bergaris lurus dan yang bermula daripada titik asal (0,0) akan memiliki keanjalan penawaran unit walaupun pada tahap kecerunan yang berbeza (lihat Rajah 3.21). Dengan menggunakan pengetahuan anda setakat ini, anda seharusnya dapat membuktikan kenapa keadaan yang dinyatakan di atas berlaku. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
85
K eanjalan penawaran
K eluk penawaran keanjalan unit
3.7.1 Penentu Keanjalan Penawaran Nilai keanjalan penawaran ditentukan oleh beberapa faktor: (a) Masa memberi pengeluar peluang untuk membuat perubahan dalam penawaran. Oleh itu, masa boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu jangka masa sangat pendek, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Dalam jangka masa sangat pendek, firma mungkin tidak dapat membuat banyak perubahan dalam pengeluarannya. Penawaran adalah tetap atau
86
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
hanya boleh diubah sedikit berdasarkan jumlah stok yang ada. Oleh itu penawaran adalah tidak anjal.
K eanjalan penawaran dalam tempoh masa berbeza
Merujuk kepada Rajah 3.22, S 1 adalah keluk penawaran untuk tempoh masa sangat pendek. Peningkatan permintaan dari D 0 ke D 1 , menyebabkan harga meningkat dengan banyak dari P 0 ke P 1, tetapi kuantiti hanya berubah sedikit dari Q 0 ke Q 1 . Sementara itu, dalam jangka masa pendek, beberapa input boleh ditambah untuk meningkatkan penawaran. Ini ditunjukkan oleh keluk S 2 di Rajah 3.22, di mana kuantiti keseimbangan meningkat dari Q 0 ke Q 2, tetapi peningkatan harga masih lagi tinggi iaitu dari P 0 ke P 2. Dalam jangka masa panjang, firma mempunyai masa dan ruang untuk meningkatkan jumlah input. Firma lain juga boleh memasuki industri tersebut. Oleh itu, keluk penawaran akan menjadi lebih anjal seperti yang ditunjukkan oleh S 3 dalam Rajah 3.22. Peningkatan permintaan mendorong kepada peratus peningkatan dalam kuantiti berbanding dengan peratus peningkatan harga, di mana harga meningkat dari P 0 ke P 3 dan kuantiti meningkat dari Q 0 ke Q 3 . (b) Penawaran dalam industri yang kecil adalah lebih anjal berbanding penawaran industri yang besar. Industri kecil menggunakan jumlah input yang lebih sedikit. Oleh itu, mereka boleh mendapatkan input tanpa mengganggu harga input tersebut. Justeru, kos pengeluaran tidak akan
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
87
meningkat dan penawaran adalah lebih sensitif terhadap perubahan harga. Akan tetapi, untuk industri besar, peningkatan permintaan untuk input akan meningkatkan harga input. Justeru, penawaran dalam industri yang besar adalah kurang anjal. (c) Keanjalan penawaran adalah lebih tinggi untuk barangan yang menggunakan faktor pengeluaran yang mudah ditukar penggunaannya atau barangan yang menggunakan proses pengeluaran yang mudah dikongsi dengan barangan lain. Contohnya, dalam pengeluaran tepung beras dan tepung pulut, pengeluar boleh menukar dengan mudah penggunaan pengisar daripada tepung beras kepada tepung pulut. Oleh itu, jika permintaan untuk tepung pulut meningkat, pengeluar boleh dengan mudah meningkatkan pengeluaran tepung pulut dengan mengurangkan pengeluaran tepung beras. Jika pengeluaran sesuatu barangan memerlukan peralatan atau kemahiran khusus yang tidak boleh diubah dengan mudah, maka penawaran akan menjadi kurang anjal. Kita boleh menggunakan khidmat guaman sebagai contoh. Walaupun permintaan untuk perkhidmatan ini meningkat, kita tidak boleh dengan mudah meningkatkan jumlah peguam untuk memenuhi permintaan tersebut.
AKTIVITI 3.7 Dengan menggunakan kreativiti anda, lakarkan diagram yang merumuskan kesemua faktor yang mempengaruhi dan menentukan keanjalan penawaran. Bentangkan diagram tersebut di kelas tutorial dan bandingkan dengan jawapan rakan anda. Dapatkan maklum balas dari rakan anda yang lain.
3.8
APLIKASI KONSEP KEANJALAN
Salah satu aplikasi konsep keanjalan adalah untuk menganalisis soalan siapa sebenarnya yang menanggung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Selain itu, siapakah sebenarnya yang layak untuk mendapat subsidi dari kerajaan? Cukai mengurangkan insentif penjual untuk menjual dan pengguna untuk membeli. Oleh itu, cukai kebiasaannya akan menyebabkan output dan jualan
88
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
berkurangan dan seterusnya akan menyebabkan penggunaan input berkurangan. Justeru, cukai dikatakan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dan sesetengah ahli ekonomi menghuraikan kesan cukai sebagai . Walau bagaimanapun, cukai tidak semestinya akan menyebabkan output berkurangan. Seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang isu ini.
3.8.1 Beban Cukai Apabila cukai dikenakan kepada penjual bagi setiap unit barangan yang dijual, ia akan menyebabkan harga yang dibayar pembeli berbeza dengan harga yang akan diterima oleh penjual. Perbezaan antara kedua-dua harga ini adalah hasil cukai yang akan diperoleh oleh kerajaan. Beban cukai kepada penjual adalah dalam bentuk harga yang lebih rendah yang akan diterima dan jumlah jualan yang lebih rendah. Sebaliknya, kepada pengguna, beban cukai adalah dalam bentuk harga yang lebih tinggi dan penggunaan yang lebih rendah. Beban cukai kebiasaannya akan ditanggung oleh penjual dan pengguna tetapi nisbah beban antara keduaduanya bergantung kepada keanjalan atau kecerunan keluk permintaan dan penawaran.
K esan cukai kepada keseimbangan pasaran
Cukai menyebabkan kos penjual meningkat. Justeru, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Rajah 3.23 menunjukkan kesan cukai kepada keluk penawaran dan nisbah beban cukai yang akan ditanggung oleh penjual dan pembeli. Tanpa cukai, keseimbangan dicapai pada titik A dengan harga keseimbangan P 0 dan
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
89
kuantiti keseimbangan Q 0 . Andaikan cukai t untuk setiap unit dikutip oleh kerajaan daripada penjual. Keluk penawaran akan beralih secara menegak sebanyak nilai y bagi setiap unit kuantiti. Sementara itu, keluk permintaan kekal tidak berubah. Apabila keluk penawaran beralih dari S 0 ke S 1, keseimbangan pasaran akan beralih dari titik A ke titik B . Pada titik B, kuantiti diminta selepas cukai adalah sama dengan kuantiti ditawarkan selepas cukai iaitu Q 1 . Bagaimanapun, harga yang dibayar pengguna dan harga yang diterima penjual adalah berbeza sebanyak nilai t . Peningkatan harga yang perlu dibayar pengguna adalah bahagian cukai yang perlu ditanggung oleh pengguna. Rajah 3.22 menunjukkan jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan adalah bersamaan dengan kawasan P 1 P 2 BC ; jumlah yang ditanggung oleh pengguna adalah P 0 P 2 BE dan selebihnya iaitu P 1 P 0 EC , adalah beban cukai yang ditanggung penjual. Secara amnya, nisbah beban cukai boleh dirumuskan seperti berikut: (a)
Untuk keluk permintaan yang sama, semakin rendah keanjalan penawaran, semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh penjual. Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan penawaran, semakin besar beban cukai yang akan dialihkan kepada pengguna; dan
(b)
Untuk keluk penawaran yang sama, semakin rendah keanjalan permintaan, semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh pengguna. Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan permintaan, semakin besar beban cukai yang akan dialihkan kepada penjual.
B eban cukai dan keanjalan keluk penawaran
90
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Sebagai bukti kepada formula, perhatikan Rajah 3.24 dan 3.25. Rajah 3.24 menunjukkan dua bentuk keluk penawaran di mana Rajah 3.24(a) mengilustrasi keluk yang tidak anjal dan Rajah 3.24(b) memaparkan keluk penawaran anjal. Titik A dalam kedua-dua diagram adalah titik keseimbangan asal dan titik B adalah titik keseimbangan selepas pelaksanaan cukai. Daripada Rajah 3.24(a), anda boleh lihat yang beban cukai yang ditanggung oleh penjual adalah kawasan GHEF , manakala pengguna menanggung beban yang diwakili oleh kawasan HCBE . Anda boleh melakukan analisis yang sama untuk Rajah 3.24(b).
B eban cukai dan keanjalan keluk permintaan
Sementara itu, Rajah 3.25(a) dan 3.25(b) menunjukkan nisbah beban cukai untuk dua keluk permintaan dengan keanjalan berbeza. Berdasarkan kepada diagram tersebut, anda seharusnya dapat membuat analisis dan kesimpulan anda sendiri. Selain daripada beban cukai, kita juga boleh membuat analisis berkenaan kesan cukai kepada output keseimbangan. Berdasarkan kepada Rajah 3.24 dan 3.25, kita boleh merumuskan bahawa apabila keanjalan permintaan atau penawaran bertambah kecil, output akan berkurangan kerana cukai juga akan berkurangan (contohnya, dari Q * ke Q 1). Justeru, anda boleh buktikan dengan menggunakan diagram bahawa jika keluk permintaan dan penawaran adalah tidak anjal sempurna, maka output keseimbangan langsung tidak akan berubah. Sementara itu, dalam kes beban cukai, jika permintaan adalah tidak anjal sempurna, semua beban akan ditanggung oleh pengguna. Manakala, jika penawaran tidak anjal sempurna, semua beban akan ditanggung oleh penjual.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
91
Melalui analisis beban cukai, kita boleh merumuskan bahawa jika kerajaan ingin memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi, cukai boleh dikenakan ke atas komoditi atau barangan yang mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran yang rendah. Ini adalah kerana cukai tersebut tidak akan menyebabkan penurunan yang tinggi dalam kuantiti keseimbangan. Rokok adalah contoh barangan yang keanjalan permintaannya adalah sangat rendah disebabkan oleh masalah ketagihan yang dihadapi oleh kebanyakan perokok. Justeru, beban cukai yang dikenakan kebanyakannya akan ditanggung oleh pengguna.
3.8.2 Manfaat Subsidi Subsidi (Ŝ ) boleh diandaikan sebagai satu bentuk cukai yang negatif kerana bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada penjual, pengeluar atau pengguna sebagai satu cara untuk menggalakkan pengeluaran atau penggunaan. Oleh itu, subsidi adalah bertentangan dengan cukai. Kos pengeluaran akan berkurangan apabila pengeluar menerima subsidi. Oleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan pada kadar subsidi yang diterima. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Rajah 3.26, keluk penawaran beralih dari S 0 ke S 1 , dan jumlah subsidi per unit yang diterima adalah BC (Ŝ ).
K esan subsidi
Kuantiti keseimbangan sebelum subsidi adalah Q 0. Ia akan meningkat menjadi Q 1 selepas subsidi. Pada masa yang sama, harga akan jatuh dari P 0 ke P 1. Harga yang diterima oleh penjual adalah P 2 manakala pembeli membayar harga P 1 . Nisbah manfaat yang diperoleh daripada subsidi juga bergantung kepada keanjalan permintaan dan penawaran.
92
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Kini, anda seharusnya berasa lebih yakin untuk membuat analisis anda sendiri tentang kesan subsidi apabila keluk permintaan dan penawaran memiliki nilai keanjalan yang berbeza. Antara kesimpulan yang anda harus peroleh dari analisis anda adalah semakin anjal keluk permintaan, semakin besar manfaat subsidi yang akan dinikmati oleh penjual; dan semakin anjal keluk penawaran, semakin besar manfaat yang diterima oleh pembeli. Anda juga boleh melakukan analisis yang berkaitan subsidi diberi kepada pengguna.
LATIHAN 3.5 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah
atau
1.
Keanjalan pendapatan adalah positif untuk barang normal dan negatif untuk barang bawahan.
2.
Jika keluk penawaran adalah bergaris lurus dan melalui titik asal, keanjalan penawaran adalah berbeza di sepanjang keluk.
1.
___________ adalah satu konsep umum yang mengukur ___________ perubahan antara dua barangan yang berkaitan.
2.
Keanjalan berubah di sepanjang keluk permintaan yang bercerun negatif, apabila harga jatuh dan kuantiti ___________, keanjalan permintaan harga adalah ___________.
3.
Jika nilai keanjalan permintaan harga adalah lebih dari satu, permintaan adalah ___________dan peningkatan harga akan menyebabkan jumlah hasil ___________. Jumlah hasil tidak akan dipengaruhi oleh harga apabila keluk permintaan adalah ___________.
4.
Keanjalan permintaan __________ menunjukkan perubahan penggunaan apabila kuasa beli berubah. Ia diukur dengan membahagikan peratus perubahan kuantiti diminta dengan peratus perubahan ___________.
5.
Keanjalan permintaan ___________ mengukur peratus perubahan kuantiti diminta untuk sesuatu barangan apabila harga barangan lain berubah sebanyak 1%. Nilai yang positif menunjukkan keduadua barangan tersebut adalah ___________, manakala nilai negatif menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah ___________.
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
LATIHAN 3.6
1.
Jika harga barang X meningkat sebanyak 10% dan kuantiti berkurangan sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga untuk barangan tersebut?
2.
Fungsi permintaan untuk barang M adalah Q d = 100 2 P . Kirakan keanjalan permintaan harga untuk M jika harga naik dari RM2 seunit kepada RM3 seunit.
3.
Jika keanjalan permintaan harga adalah 2, kenaikan harga daripada RM10 seunit kepada RM12 seunit akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan daripada 20 unit kepada _________ unit.
4.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dan kuantiti diminta untuk barang R , barang S dan barang T .
RM1,000 RM2,000
5.
20 10
50 50
(a)
Kirakan keanjalan permintaan pendapatan untuk barang R , barang S dan barang T ; dan
(b)
Nyatakan jenis barangan berdasarkan kepada nilai keanjalan yang diperoleh di (a).
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara barang A dan kuantiti diminta untuk barang K , barang L dan barang M .
2 3
6.
20 40
10 5
20 30
40 40
(a)
Kirakan keanjalan silang antara barang A dengan barang K , barang L dan barang M; dan
(b)
Nyatakan hubungan antara barang K dan A; L dan A; M dan A.
Jika harga naik dari RM20 seunit kepada RM30 seunit dan kuantiti ditawarkan meningkat daripada 120 kepada 140 unit, kirakan keanjalan penawaran.
93
94
TOPIK 3
KESEIMBANGAN PASARAN
Keseimbangan pasaran dicapai apabila permintaan menyamai penawaran. Kuantiti dan harga keseimbangan tidak akan berubah selagi tiada perubahan dalam permintaan dan penawaran. Lebihan permintaan atau pengurangan memberi tekanan kepada harga untuk naik dan lebihan penawaran atau lebihan menyebabkan munculnya tekanan kepada harga untuk turun. Kuantiti dan harga keseimbangan boleh berubah apabila salah satu antara keluk permintaan atau keluk penawaran beralih atau kedua-duanya beralih. Keanjalan permintaan harga mengukur respons kuantiti diminta terhadap perubahan harga. Permintaan boleh menjadi anjal, tidak anjal, anjal sempurna atau tidak anjal sempurna bergantung kepada nilai keanjalan yang diperoleh. Semakin besar nilai keanjalan, semakin anjal permintaan tersebut. Penentu utama keanjalan permintaan adalah bilangan barangan pengganti, masa dan kepentingan barangan dalam bajet perbelanjaan pengguna. Keanjalan pendapatan adalah peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan peratus perubahan pendapatan. Nilai negatif bermakna barangan itu adalah barang bawahan, sifar untuk barang keperluan dan positif untuk barang normal dan mewah. Keanjalan silang adalah peratus perubahan kuantiti barangan dibahagi dengan peratus perubahan harga barangan yang lain. Jika keanjalan adalah positif, kedua-dua barangan tersebut adalah barang pengganti antara satu sama lain. Jika ia negatif, barangan tersebut adalah penggenap kepada satu sama lain. Keanjalan penawaran adalah peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan dibahagi dengan peratus perubahan harga. Penentu utama keanjalan penawaran adalah tempoh masa, saiz industri dan pergerakan faktor pengeluaran. Antara penggunaan konsep keanjalan ialah menentukan beban sebenar cukai dan juga manfaat sebenar yang diperoleh daripada subsidi.