Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian
UNIT 4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
TUGASAN: Analisiskan cabang falsafah dan elemen-elemen pendidikan yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan yang sewajarnya dilaksanakan oleh pendidik menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah guruguru memainkan peranan ke arah mencapai matlamat pendidikan yang dihasratkan? Rujukan: http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/bsk/bpanduan/fpk.pdf
4.0 Peta Minda
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran unit ini, anda dapat: i. Menyatakan kandungan FPK. ii. Menghuraikan elemen-elemen kandungan FPK. iii. Membincangkan FPK dari aspek bentuk, proses dan matlamat pendidikan di Malaysia. iv. Merumuskan peranan guru ke arah mencapai matlamat FPK.
1
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian 4.1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996) i.
Pernyataan kandungan FPK
Penjelasan cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Jasmani
BERSEPADU
HARMONI
Aksiologi Nilai, estetika dan etika
MENYELURUH Intelek
Rohani
Epistemologi Teori pengetahuan perihal mengetahui
LOGIK
Emosi
Metafizik Realiti / kewujudan
SEIMBANG
ii.
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
2
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian
Unsur Pendidikan Intelek
Rohani
Emosi
Jasmani
Penjelasan
Contoh
Keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan dengan agama. Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada Pencipta
•Mempunyai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira) •Berfikir secara kreatif dan kritis •Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu •Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain • Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta • Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta • Menyedari dan menginsafi tanggungjawab • Membentuk akhlak mulia • Memupuk dan membina disiplin kendiri • Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal • Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang • Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan • Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian • Menjaga kesihatan badan • Melakukan riadah • Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif • Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari • Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari • Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat • Berusaha meningkatkan daya pengeluaran • Mampu dan berupaya menguasai semua aspek pembelajaran
Berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititikberatkan kerana emosi mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya.
Jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia.
Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah Menyeluruh bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai diperlukan oleh manusia dalam
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
4.2. Penjelasan Mengenai Unsur-unsur Pendidikan dalam FPK
3
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian
Seimbang
Harmoni
Memberi ruang dan peluang kepada pelajar dalam mengembangkan potensi diri.
Memiliki emosiyang stabil, bijak berfikir, tubuh badan yang sihat dan memiliki pengetahuan agama.
-Mempunyai pendidikan agama Islam -Pendidikan Jasmani -Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
4.3. Bentuk Pendidikan di Malaysia yang Dirujuk Sebagai Pendidikan Berterusan Kriteria Reka bentuk Pengajaran Pembelajaran
Institusi Kurikulum
Pendidikan Formal Kementerian Pendidikan Malaysia - Pendidikan sekolah - Universiti - Latihan perguruan - Kejururawatan - Ahli Saintis
- Sekolah rendah - Sekolah menegah - Universiti/ Kolej Berlandaskan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
Bentuk Pendidikan Pendidikan Informal Yang dipertanggunjawabkan dari ibu bapa Lebih kepada kemasyarakat - Diperoleh daripada turun temurun - -pelajaran dari ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat. - Rumah - Sekolah pondok Berasaskan kepada keperluan dan minat.
Pendidikan Nonformal - Persendirian - Kerajaan - Swasta - Berlaku di luar bilik darjah (terbuka) - Menekankan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugasan. - Pusat Latihan Kemahiran
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
Bersepadu
memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu, perkembangan keempatempatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan. Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri Pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.
- Kursus teknikal dan vokasional - Berasaskan kemahiran
4
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian Penilaian
Dinilai melalui sistem peperiksaan
Pengiktirafan
- Diploma - Ijazah Sarjana Muda
Organisasi
- penjawat awam - pelajar - pengetua - adminstrasi
dinilai melalui kefahaman dan aplikasi dalam kehidupan Diiktiraf ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat - unit kekeluargaan - unit kelompok masyarakat
dinilai melalui kursus kemahiran dan kompetensi yang dilakukan - Sijil penghargaan - penyertaan - lembaga kursus - lembaga pelatih - kelompok pelajar
Proses i. Mendidik adalah satu usaha berterusan.
ii. Mendidik ke arah mengembangkan potensi murid.
Keterangan & Contoh Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh sejak lahir hingga ke akhir hayat, pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan melibatkan: Pengetahuan Nilai murni Kemahiran Pendidikan berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal yang memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut: Pertuturan Bimbingan agama Asuhan budi pekerti Penjagaan kesihatan Perhubungan fizikal Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap cemerlang. Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil dan dipertingkatkan secara berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu: Intelek Rohani Emosi Jasmani
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
4.4 Pelaksanaan Pendidikan yang Dituntut Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
5
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian
Fokus mendidik terhadap individu murid.
iv. Mendidik secara bersepadu & menyeluruh.
v. Proses mendidik melibatkan komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid.
Pendidik perlu fokus dengan keadaan disekelilingnya. Contohnya, jika pelajar kurang berminat dan lemah dalam mata pelajaran matematik, maka guru perlu mencari inisiatif bagi menarik minat para pelajar. Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai diperlukan oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu, perkembangan keempat-empatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan. i. Intelek Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh yang berikut: • Mempunyai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira) • Berfikir secara kreatif dan kritis • Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu • Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusiasejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan. ii. Rohani Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut: • Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta • Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta • Menyedari dan menginsafi tanggung jawab • Membentuk akhlak mulia • Memupuk dan membina disiplin kendiri iii. Emosi Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik beratkan kerana emosi mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut: • Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal • Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
iii.
6
vi. Pendidikan mestilah membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis.
vii. Pendidikan mestilah berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
• Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan • Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian iv. Jasmani Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti yang berikut: • Menjaga kesihatan badan • Melakukan riadah • Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif • Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari • Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari • Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat • Berusaha meningkatkan daya pengeluaran Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu. Dalam FPK, pembangunan diri individu adalah berpaksikan ketuhanan iaitu: Mengakui wujudnya Pencipta Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya Setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara. Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah dipertanggungjawabkan
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian
7
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian untuk menjaga dan mentadbir alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh membawa kepada bencana dan malapetaka yang boleh mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.
4.5 Proses Menentukan Keberhasilan Pendidikan yang Dilaksanakan i. Dimensi intrinsik (Apa yang sepatutnya diperolehi oleh setiap warganegara menerusi pendidikan?)
ii. Dimensi ekstrinsik (Apakah bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh setiap warganegara?) a)
Sumbangan kepada keluarga Guru di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya dan dalam keluarga .Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang bersama keluarga yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
b) Sumbangan kepada masyarakat Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. c)
Sumbangan kepada negara
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
Melahirkan individu rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan kepada tuhan,patuh pada agama,berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesihatan,keselamatan dan kesejahteraan diri. Menghormati kebudayaan kaum-kaum lain dan menghargai kebudayaan kebangsaan.
Berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
8
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian
4.6 Peranan Guru ke Arah Memastikan Matlamat Pendidikan Tercapai. Keterangan & Contoh Penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan i. Ketuhanan kepatuhan kepada ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang mulia di sisi agama. -Istilah pengajaran dan guru yang baik sebenarnya telah diungkapkan dengan pelbagai cara. Contohnya “mengajar dengan baik” (Brown & McIntyre, 1993), “pengajaran berkesan” (Perrot, 1982), “mengajar dengan kreatif” (Woods & Jeffrey, 1996), “guru professional” (Shulman, 1987), “pengajaran berkualiti” (Stones, 1992) dan “guru yang cukup baik” (Cullingford, 1995). ii. Pengajaran. -Pengajaran berkesan bukanlah lahir dengan sendirinya, ia merupakan pengetahuan dan kemahiran kompleks yang dipelajari oleh seorang guru. Pada tahun 1960 – 1990 menunjukkan kaedah dan gaya pengajaran guru menjadi ilmu penting yang dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pengajaran berkesan. Sebagai contoh Shulman (1986), telah mengariskan beberapa jenis pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasai untuk menjadi guru profesional: I. Pengetahuan tentang pedagogi umum II. Pengetahuan tentang kandungan subjek III. Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek IV. Pengetahuan tentang kurikulum V. Pengetahuan tentang pelajar VI. Pengetahuan tentang konteks pendidikan VII. Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan iii. Penyelidikan Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut: 1.Guru
i. ii.
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
2. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
i. ii. iii. iv.
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
Peranan Guru
3. Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
i. ii. iii.
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.
9
Unit 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian 4. Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru. 5. Agensi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. iii. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik. Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi iv. Perundingan latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: K3.1 Sekolah K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan Permainan Pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam v. Profesional menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
KPF3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar
i. ii.
1 0