1.0
PENGENALAN
Setiap Setiap manusi manusiaa yang yang di lahirk lahirkan an di dunia dunia ini mempuny mempunyai ai pelbag pelbagai ai keboleh kebolehan an yang yang tersendiri yang dicipta oleh Allah. Kita sebagai manusia seharusnya bersyukur telah dikurniakan kebolehan tersebut untuk mendapat kehidupan yang diredhai olehNYA. Setiap anugerah yang diberi olehNYA adalah berbeza bagi setiap individu. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan masing-masing menyebabkan perbezaan individu. Menurut Mok Soon Sang (2001), perbezaan individu adalah ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial sosial di kalang kalangan an indivi individu. du. Mok Soon Soon Sang Sang (2001) (2001) juga juga menyat menyatakan akan bahawa bahawa aspek-a aspek-aspe spek k perbezaan individu boleh dihuraikan dalam beberapa aspek perbezaan. Pertama, aspek fizikal adalah dari segi jantina, rupa, saiz badan serta kemahiran jasmani. Kedua, aspek kognitif dari segi keupayaan keupayaan berfikir, berfikir, belajar, mengingat, mengingat, menaakul, menaakul, menganalisi menganalisiss serta serta bakatnya. bakatnya. Ketiga, Ketiga, aspek emosi menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang sama. Keempat, aspek tingkah laku laku dari dari segi segi pergau pergaulan lan,, intera interaksi ksi dan aktivi aktiviti ti sosial sosial.. Kelima Kelima,, aspek aspek sosial sosial,, setiap setiap indivi individu du mempuny mempunyai ai cara cara kehidup kehidupan an yang yang tersen tersendir dirii dan berbez berbezaa di antara antara satu satu sama sama lain lain termas termasuk uk individu-individu dalam keluarga. Keenam, aspek rohani, perbezaan dalam falsafah hidup dan agama antara individu berbeza. Menuru Menurutt Papali Papaliaa (2001) (2001) pula, pula, perbez perbezaan aan indivi individu du adalah adalah manusi manusiaa berbez berbezaa dari dari segi segi jantina, jantina, berat, bentuk badan, kesihatan kesihatan tahap tenaga personaliti personaliti dan emosi. emosi. Perbezaan Perbezaan individu individu juga boleh dipengaruhi oleh persekitarannya. Mok Soon Sang (2001) menyatakan unsur-unsur institusi keluarga yang mempengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Slavin (1997) mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Menurut Santrock, (2001) perbezaan individu ialah cara yang stabil, konsisten di mana orang itu berbeza daripada satu sama lain. Banyak maklumat hasil daripada penyelidikan dan pembangunan boleh digunakan dalam usaha menangani cabaran dan perubahan yang pesat masa kini untuk mencapai pemindahan pembelajaran yang sempurna. Sejajar dengan perubahan dan inovasi yang meluas dalam bidang pendidikan, para pendidik harus menerima dan mengaplikasikan pengetahuan baru ini dalam prose prosess pengaj pengajara aran n dan pembel pembelaja ajaran ran bagi bagi melahi melahirka rkan n indivi individu du yang yang berket berketram rampil pilan an selara selarass 1
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan hasrat pendidikan di Malaysia dalam mementingkan perkembangan potensi individu secara optimum dan menyeluruh. Berdasarkan pegangan bahawa setiap murid mempunyai potensi yang boleh
diperkembangkan,
adalah
menjadi
tanggungjawab
para
pendidik
untuk
memperkembangkan potensi ini. Walau bagaimanapun masalah yang timbul ialah setiap murid menunjukkan perbezaan individu yang amat nyata. Menurut Joyce and Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid. Oleh kerana murid berbeza dari segi kebolehan, guru perlu menggunakan pendekatan yang berbeza semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran matematik.
2.0
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
Menurut Kluckhohn, Murray and Schneider, (1953), “ Every man is in certain respects like all other men, like some other men and like no other men”. Pernyataan tersebut menyatakan setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Setiap manusia berkongsi banyak ciri-ciri yang menyeluruh dengan semua manusia yang lain. Setiap manusia juga berkongsi banyak ciri-ciri hubungan dalam berkumpulan dengan hanya sesetengah individu sahaja. Corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik. Setiap manuasia adalah berbeza dari pelbagai aspek. Antara aspek-aspek perbezaan individu adalah dari segi kognitif, jantina, fizikal, personaliti, emosi, gaya belajar, sosial dan nilai. 2.1
Kognitif
Menurut Sundberg. N.D, (1977) menyatakan bahawa kognitif dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu pemikiran, perasaan dan keinginan. Ketiga-tiga perkara tersebut tidak boleh dipisahkan. Pemikiran ialah istilah umum bagi sebarang proses untuk mengetahui tentang sesuatu objek atau memikirkan tentang sesuatu objek atau situasi. Pemikiran tersebut merujuk kepada pancaindera, memahami, mengingat, mengenalpasti, membezakan, membina konsep dan membuat kesimpulan atau menyatakan sebab tentang suatu. Dari segi kognitif, individu adalah berbeza dalam kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logik, berbahasa, mengira dan 2
berimaginasi). Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal (imaginasi dan penaakulan), keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa. Kajian yang dikendalikan oleh ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) and Shieldo (1962) telah dibuktikan bahawa setiap individu mempunyai perbezaan dari segi kebijaksanaan dan kebolehan mental di antara rakan sekumpulan. Perbezaan dalam kebijaksaan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi akademik mereka di dalam kelas.
2.2
Jantina
Aspek jantina pula, sifat kanak-kanak lelaki lebih berani, dianggap ketua keluarga dan menjadi harapan keluarga. Murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin berbanding murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Menurut Maccoby dan Jacklin (1974), kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. Dalam kajian Muller C. (1998), mendapati pencapaian murid lelaki adalah lebih baik daripada perempuan dalam mata pelajaran matematik.
2.3
Fizikal
Dari segi fizikal, Sheldon (1942) mengkategorikan temperamen kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat), suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah di serang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat), bersifat agresif, bertenaga, kuat bersukan. Ektomorf (kurus dan tinggi), bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia. Temperamen adalah pembawaan yang lahir dalam diri seseorang yang berkait rapat dengan pembawaan emosi. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran seperti perasaan gembira. Setiap individu kecuali anak kembar mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik seperti saiz badan, ketinggian, bentuk dan organ deria. Dapatan dari sebahagian kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran, terutamanya warna rambut kanak-kanak dan organ deria diwarisi daripada ibu bapa.
2.4
Personaliti
3
Aspek personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Menurut Sukardi, Azreem, Md Faizal , (2008), Ragbir Kaur (2005) menyatakan mengenai perbezaan sahsiah. Beliau menjelaskan bahawa dalam perbezaan individu, ada murid yang mempunyai sahsiah ekstrovet dan dapat memilih lebih ramai kawan daripada kanak-kanak yang lain. Ada juga murid mempunyai sahsiah introvert yang bersikap pemalu, mempunyai konsep kendiri yang rendah dan mungkin memiliki kurang kawan. Menurut Carl Jung (1961), personaliti individu dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu ekstrovet, introvert dan ambivert. Menurut Garger (1985), gaya pembelajaran individu ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza. Murid yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi. Golongan murid gemarkan keadaan formal amat berstruktur dan mempunyai personaliti introvert. Golongan ini menonjolkan cirri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat, sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak dan kurang bersedia menanggung risiko. Bagi murid yang suka belajar di tempat informal misalnya sebuah kerusi berkusyen, katil atau lantai, mereka dikaitkan mempunyai personaliti ekstrovert. Murid perlu tahu memilih tempat pembelajaran yang sesuai dan selesa untuk mereka memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Golongan ini pula, menonjolkan ciri-ciri gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif dan inovatif, gemarkan aktiviti-aktiviti luar dan mempunyai cirri-ciri kepimpinan. Kebanyakan murid mempunyai kedua-dua personaliti tersebut yang dikenali sebagai ambivert.
2.5
Emosi
Emosi pula adalah cara seseorang menzahirkan perasaan sama ada secara sedar atau pun tidak. Aspek-aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Contoh, sensitif, marah, gembira, sedih, suka, benci, cinta, kasih sayang dan sebagainya. Merujuk kepada hasil kajian ahli psikologi, emosi individu juga diwarisi dari ibu bapa.
2.6
Gaya Pembelajaran
4
Menurut Ragbir Kaur, (2005), Hunt, (1981) menyatakan stail (gaya) pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang itu memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar. Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar secara sambil mendengar muzik, ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu dan ada juga secara berkumpulan. Menurut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran didefinisikan sebagai cara seseorang mula menumpu perhatian, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang baru dan susah. Kategori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn ialah Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan rekabentuk. Dunn dan Dunn mendapati cahaya memberikan kesan yang berbeza pada individu dan terdapat pelajar sangat sensitif terhadap cahaya. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Menurut kajian Dunn dan Dunn (1978), terdapat individu yang memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran mereka. Bagi mereka yang suka belajar dalam suasana yang sunyi pula, mereka lebih gemar belajar bersendirian berbanding secara berkumpulan kerana perbincangan yang berlaku dalam kumpulan akan menganggu tumpuan mereka. Menurut Ibrahim Abu Samah (1995), didapati faktor persekitaran yang bising serta tidak menyenangkan boleh mengurangkan minat murid terhadap pembelajaran mereka. Kebanyakan murid memerlukan persekitaran yang sunyi dan senyap untuk belajar supaya untuk menumpu perhatian terhadap pelajaran mereka. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran (Dunn dan Dunn, 1978). Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang. Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. 5
Apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat (Siti Hawa Munji, 1990). Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu murid belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Ada segelintir murid yang mudah hilang minat serta berasa bosan terhadap kerja kerana mereka hanya mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang pendek sahaja. Individu yang ingin berjaya belajar perlu tekun bertanggungjawab (Bell, 1972). Murid yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri (Dunn dan Dunn, 1978). Dunn dan Dunn (1978) mendefinisikan struktur sebagai suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan menyiapkan tugasan. Pelbagai jenis struktur yang berbeza yang diambil oleh murid bergantung kepada cara belajar setiap individu dan kebolehannya membuat keputusan. Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Dunn dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terus oleh guru kepada murid. Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang pada kebiasaannya melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran yang berkesan. Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Bagi murid yang kurang selesa belajar dengan murid yang sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau orang dewasa. Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan, minuman, waktu belajar dan pergerakan. Menurut Atan Long (1988), pembelajaran merupakan satu proses yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi semua lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan 6
variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat
informasi
iaitu
secara
visual (pembelajaran
melalui
pengamatan),
auditif
(pembelajaran melalui bunyi), taktual (pembelajaran melalui sentuhan) dan kinestetik (pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikal dan gerak kerja). Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen yang berikut iaitu analitik/global, impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan. Murid analitik melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Bagi murid global mereka akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka. Murid ini akan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk berkumpulan berbanding secara individu. Individu yang impulsif gemar membuat keputusan yang cepat dan sering mengikut gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, individu yang reflektif lebih berhati-hati semasa membuat kerja. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama. Terdapat 9 gaya pembelajaran yang digunakan oleh murid semasa di dalam kelas. Gaya pembelajaran tersebut adalah bahasa visual, nombor visual, bahasa auditori, nombor auditori, auditori-visual-kinestetik, pelajar individu, pelajar kumpulan, pernyataan lisan dan pernyataan bertulis. Gaya pembelajaran ini diperolehi daripada Babich, A.M., Burdine, P., Allbright, L., & Randol, P. (1975). Centre for Innovative Teaching Experience Learning Styles Instrument (CITE). Dari segi bahasa visual, murid yang menunjukkan kecenderungan gaya pembelajaran ini belajar dengan lebih baik apabila melihat perkataan di dalam buku, di atas papan kapur, dalam carta atau di dalam buku kerja. Mereka akan menulis perkataan yang mereka dengar untuk membolehkan mereka belajar dengan melihat perkataan ini di atas kertas. Nombor visual pula, murid yang menunjukkan kecenderungan gaya pembelajaran ini melihat nombor bagi membolehkan mereka belajar. Mereka dapat ingat dan memahami fakta matematik sekiranya mereka dapat melihat nombor-nombor itu. mereka tidak memerlukan banyak keterangan lisan. Seterusnya gaya bahasa auditori ialah murid ini belajar dengan lebih baik melalui pendengaran. Selalunya mereka akan menyuarakan bacaan mereka apabila mereka hendak memahami sesuatu maklumat yang baru. Mereka memahami dan mengingati dengan lebih baik fakta-fakta yang 7
mereka dengar. Dari segi nombor auditori, murid yang mengamalkan gaya ini belajar lebih baik dengan dengar penerangan-penerangan tentang angka. Mereka boleh mengingati nombornombor seperti nombor telefon dan sebagainya melalui penerangan secara lisan. Mereka mampu mengcongak atau mengira dengan menggunakan otak tanpa kertas dan pensil. Gaya auditorivisual-kinestetik pula, murid yang mengamalkan gaya ini belajar dengan lebih baik melalui pengalaman. Mereka memerlukan kombinasi rangsangan-rangsangan melalui penglihatan, pendengaran dan kemudian melibatkan diri secara fizikal dalam pembelajaran. Pelajar individu adalah murid yang mengamalkan gaya ini belajar lebih baik secara perseorangan. Mereka mampu berfikir, memaham dan mengingat sesuatu dengan lebih baik apabila bersendirian. Mereka juga lebih mementingkan pendapat mereka sendiri daripada pendapat orang lain. Dari segi pelajar kumpulan pula, murid yang mengamalkan gaya ini belajar dengan lebih baik secara berkumpulan. Interaksi dalam kumpulan membantu meningkatkan pembelajaran mereka dari asek sosialisasi antara ahli kumpulan adalah sangat perlu bagi mereka. Manakala pernyataan lisan, murid yang mengamalkan gaya ini lebih mudah menerangkan sesuatu secara lisan. Mereka fasih bertutur dan menghuraikan sesuatu dengan lebih baik secara lisan daripada apa yang boleh dilahirkan secara bertulis. Mereka mampu bercakap dan mengeluarkan pendapat tanpa perasaan takut atau malu. Bagi mereka, melahirkan pemikiran secara kertas dan pensil adalah suatu kesukaran. Gaya pembelajaran secara pernyataan bertulis pula, murid yang mengamalkan gaya ini mampu menyampaikan pendapat atau menjawab soalan dengan lebih baik secara bertulis. Mereka sukar menyusun dan menyampaikan buah fikiran secara lisan.
2.7
Sosial
Aspek sosial pula, tahap pergaulan seseorang individu dengan masyarakat sekelilingnya, kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak-kanak sejak dilahirkan. Dengan ini keadaan keluarga yang berlainan latar belakang sosial boleh menyumbang kepada perbezaan pencapaian di kalangan pelajar pelajar sekolah. Latar belakang sosial meliputi status sosio-ekonomi keluarga dan saiz keluarga yang berbeza. Status sosio-ekonomi keluarga adalah dari segi pendapatan keluarga, tahap pendidikan ibu bapa dan jenis pekerjaan ibu bapa. Menurut Hess dan Shipman, (1965), mendapati dalam masyarakat terdapat amalan budaya yang berbeza di kalangan institusi sosial seperti keluarga dalam masyarakat dan sosialisasi keluarga mempengaruhi proses pendidikan 8
anak-anak mereka. Kajian tentang keciciran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, (1973) menunjukkan kedudukan sosial yang berbeza dan pengalaman hidup yang berbeza memberi peluang-peluang persekolahan yang berbeza. Kajian Haron (1977) mendapati pengaruh status sosio-ekonomi terhadap pencapaian pendidikan dan akademik di kalangan kumpulan-kumpulan etnik di lokasi yang berbeza di Malaysia.
2.8
Nilai
Manakala aspek nilai merupakan keutamaan peribadi berkaitan standard individu untuk mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara bagi mereka sendiri untuk berfikir dan bertindak (Mohd Uzi, 2007, Chin dan Lin, 2001). Nik Azis (1995) menegaskan dari sudut afektif, nilai merujuk satu rangka keutamaan dalam membuat pilihan berfungsi yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Nilai mencerminkan falsafah peribadi kehidupan seseorang dan membekalkan kepuasan diri yang paling tinggi. Menurut (Mohd Uzi, 2007, Tan, 1997), nilai merupakan cerminan individu dan masyarakat. Dalam konteks individu, nilai merupakan cerminan konseptual dan emosi, suatu jalan bagi membolehkan seseorang menilai atau melihat bergunanya sesuatu benda, tindakan dan matlamat. Dalam konteks masyarakat pula, nilai merupakan sebahagian daripada budaya bagi sesuatu komuniti yang membantu memandu jalan bagi tindakan ahlinya dalam perhubungan sesama ahli dalam komuniti, antara komuniti dengan komuniti yang lain, antara komuniti dengan persekitaran yang hidup atau yang bukan hidup. Pengetahuan yang dibina murid tidak boleh diterima secara sempurna daripada persekitarannya tetapi dibina sendiri berasaskan kemahiran sedia ada serta budaya yang dimiliki oleh pelajar. Kepentingan budaya dalam pembelajaran matematik murid ditonjolkan apabila (Mohd Uzi, 2007, Nunes, 1992) menjelaskan bahawa matematik adalah percantuman simbolik dan prosedur memanipulasi yang terbina berasaskan sesuatu budaya. Budaya juga dapat memastikan matematik sesuai dan mampu digunakan bagi mencapai matlamat mereka. Usaha untuk menerapkan nilai dalam pengajaran matematik dilakukan di negara ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) telah melaksanakan dasar agar nilai instrinsik diterapkan serentak dengan penerapan nilai murni. Nilai instrinsik adalah seperti berfikir secara logik, membuat pengiraan dan membuat pernyataan yang tepat dan jelas, berfikir secara analitikal dan menyelesaikan masalah secara sistematik. Nilai ini tidak terpisah daripada amalan budaya dalam masyarakat dan ianya ditekankan dalam pendidikan matematik di sekolah. Contoh nilai 9
matematik ialah teratur, berakhlak baik, teliti, berwaspada, berasa gembira, berasa puas, menghargai keindahan, kesenian, adat resam dan budaya.
3.0
PERBEZAAN
INDIVIDU
DALAM
PROSES
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Perbezaan individu telah membawa beberapa kesan sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang lain, sesetengah
murid
mendekati
tugas
pembelajaran
secara
berbeza, bagaimana tepat mereka mengingat maklumat, bagaimana rela mereka menghubungkait pelbagai idea dan bagaimana kreatif mereka dalam mengaplikasi perkara-perkara terhadap situasi dan masalah (Ormord, 1995). 3.1
Implikasi Perbezaan Individu Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru terutamanya murid-murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan kemungkinan besar akan menjadi murid tercicir. Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak -kanak yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza. Setiap murid juga mempunyai konsep kendiri yang berbeza. Ada murid yang mempuyai kendiri positif iaitu mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif dan ada juga kendiri negatif iaitu tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran malah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri. Setiap murid mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mengubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif. Setiap murid mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakang kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah murid agar mempunyai nilai yang baik terhadap pelajaran. 10
Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid-muridnya. Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan menggangu perhatian orang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contohnya, murid membuat bising, menganggu murid yang lain, agresif dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain dan dikenali sebagai mengganggu yang positif. Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai deng an aktiviti pembelajaran. Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain. Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. Persediaan dan strategi pengajaran guru juga boleh mempengaruhi murid dalam pembelajaran matematik. Menurut kajian Nor Azian Aini (2002) mendapati antara punca utama kegagalan murid menguasai konsep-konsep matematik adalah kelemahan guru. Antara aspek kelemahan guru adalah guru kurang bersedia, kurang kreatif dalam penyampaian, kelemahan dalam pengendalian alat bantu mengajar serta gagal menyatupadukan isi pelajaran matematik dengan mata pelajaran yang lain. Marzita Puteh (2002) pula melaporkan dapatan kajian bahawa apabila guru tidak mempersembahkan keyakinan terhadap pengajaran matematik, ia boleh menyebabkan pelajar tidak berminat terhadap matematik dan kurang berkeyakinan. Kajian daripada Hamidah dan Mirza (2002) menyatakan bahawa strategi pengajaran secara inkuiri dapat mempertingkatkan pencapaian penaakualn saintifik di kalangan pelajar tahap rendah dan peralihan. 11
3.2
Kepelbagaian Jenis Murid Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Pressley M. dan McCormick C. B (1995), kepelbagaian jenis pelajar dikelaskan kepada tiga katogeri dalam proses pengajaran dan pelajaran iaitu kelembapan mental (mental retardation), ketidakmampuan pembelajaran (learning disabilities) dan pelajar berbakat ( gifted ). Setiap jenis pelajar ini mempunyai taahap pembelajaran yang berbeza. Menurut Clarke, Clarke dan Beng (1985), semua aspek psikologi dikelaskan adalah tidak tepat tidak terkecuali dengan kelembapan mental. Menurut Grossman (1983), American Association on Mental Deficiency telah membuat kajian dengan mendalam tentang kepelbagaian faktor yang melibatkan kelembapan mental bagi mendapatkan takrifan sebenar tentang penyakit ini. Tiga kriteria seseorang dikategorikan lembap iaitu tahap pembelajaran di bawah paras sederhana dengan darjah kecerdasan IQ 70 dan ke bawah, kelembapan ditunjukkan semasa kecil atau kanak-kanak dan perbezaan sikap terutamanya personal dan sosial. Antara punca kelembapan ini adalah keganjilan kromosom termasuk Down Sindrom, faktor kandungan, kecederaan semasa kelahiran, kelahiran pramatang, penyakit mental termasuk autism, schizophrenia dan penyakit saraf. Ketidakmampuan belajar merujuk kepada murid yang menghadapi kesukaran untuk memperolehi dan menggunakan pendengaran, pertuturan, pembacaan, penulisan, memberi sebab dan kebolehan matematik dengan baik. Kesukaran ini dialami individu apabila murid mengalami gemuruh semasa pembelajaran terutamanya dalam subjek matematik. Masalah kendiri, persepsi sosial dan hubungan sosial mungkin wujud bersama ketidakmampuan pembelajaran tetapi tidak menjadikan mereka tidak mampu belajar. Walaubagaimanapun ketidakmampuan pembelajaran boleh berlaku apabila ia disertai dengan keadaan beban-beban lain contohnya kelembapan mental, gangguan emosi yang serius atau dengan pengaruh ekstrinsik seperti perbezaan budaya dan ketidaktepatan arahan, ( National Joint Commission on Learning Disabilities, Memorandom, 1988) dilaporkan di Torgesen (1991). Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan masalah ketidakmampuan belajar. Antaranya dyslexia ( sukar dalam memproses bahasa yang memberi kesan kepada bacaan, tulisan dan ejaan, dysgraphia (sukar menulis termasuk ejaan, penulisan dan kefahaman, dyscalculia (sukar dalam kemahiran matematik dan memberi kesan kepada
12
perhitungan matematik, ingatan fakta matematik, konsep masa dan wang dan dyspraxia ( sukar dalam perancangan motor dan memberi kesan kepada keupayaan membuat pergerakan badan. Pelajar berbakat (cerdas) adalah murid yang mempunyai darjah kecerdasan IQ antara 130 ke atas tetapi IQ bukanlah ukuran sebenar bagi murid ini. Pelajar berbakat mesti seimbang dari semua segi. Menurut Bloom (1985), pelajar berbakat ini adalah murid yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, mempunyai kelebihan yang luar biasa, karisma sebagai pemimpin, kebolehan guru melatih murid berbakat, sokongan ibu bapa, motivasi jangka panjang untuk membina kebolehan, ganjaran kepada murid berbakat dan keyakinan terhadap kebolehan mereka. Terdapat empat faktor yang ditekankan dalam meningkatkan prestasi pelajar berbakat iaitu dari segi stategi, metakognisi, pengetahuan dan motivasi. Dari segi strategi, sentiasa melakukan pemerhatian yang berulang, menggabungkan maklumat dan pengetahuan untuk menghasilkan idea baru, Feldman (1982). Menggunakan tahap kemahiran yang tinggi didalam tugasan pelbagai dan tugasan akademik, Jackson & Butterfield (1986). Meningkatkan kebolehan menterjemah masalah kepada ekspresi matematik, Duck & Benbow (1990). Dari segi metakognisi adalah cemerlang dalam mengawal dan menyelaras proses kognisi dalam pengetahuan, Simmerman & Martines (1990). Menurut Sternberg, (1981) pengetahuan adalah memahami dan menguasai pengetahuan berbanding pelajar normal. Dari segi motivasi pula mempunyai komitmen yang tinggi untuk berjaya dan berkebolehan untuk menguasai lebih daripada satu bidang, Terman & Oden (1959).
4. 0
PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU
Guru memainkan peranan yang besar terhadap pembangunan murid dari segi fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Guru yang mempunyai sifat impati dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang efisyen di dalam kelas mampu untuk menghasilkan muridmurid yang berilmu pengetahuan, berdaya saing, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Mereka juga mampu untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran, di mana ia akan membolehkan mereka untuk menyumbang kearah pembinaan masyarakat yang harmoni dan progressif. Guru perlu mempunyai kesedaran dan
kefahaman tentang masalah perbezaan
individu, mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, peka pada faktor penyebab perbezaan individu, terima hakikat bahawa setiap 13
individu itu berbeza, berpengetahuan khas tentang perbezaan individu, sedar faktor perbezaan individu kerana setiap pelajar adalah berbeza, mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan tersebut, mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap (G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson: Terjemahan Noran Fauziah, 1994). Memahami dan membuat persediaan cara untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada perbezaan individu dengan berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM / ABM) tempat yang berbeza ikut minat, kebolehan dan kemampuan individu. (Mohd Salleh, 1991). Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru adalah kaedah kumpulan, pengayaan dan pemulihan, pengajaran terancang, pembelajaran koperatif, pengajaran dan pembelajaran individu, mempelbagaikan bentuk penilaian, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan bahan bantu mengajar, peneguhan positif dan pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan. Dalam strategi pengajaran matematik, guru boleh menggunakan teknik penyampaian bagi pembelajaran konsep matematik yang lebih berkesan mengikut konsep Gagne (1977). Antaranya memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi, memberi contoh yang beza tetapi berkaitan supaya dapat membuat pembezaan, memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat pembezaan dan generalisasi dan memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep yang tepat. Setiap murid adalah seseorang individu yang berlainan daripada murid-murid lain dalam kelas. Terdapat tiga jenis pendekatan yang digunakan dalam bilik darjah iaitu pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu. Dalam pengajaran matematik, interaksi pelbagai hala perlulah sentiasa diamalkan untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran matematik yang lebih berkesan. Kaedah pengajaran secara kumpulan merupakan orientasi pengajaran yang berpusatkan kepada murid. Tujuan kaedah ini diadakan dalam pembelajaran adalah membolehkan murid mengambil bahagian yang aktif di samping memenuhi keperluan murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan, guru perlulah merancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kebolehan murid yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam bilik darjah. Perancangan ini hendaklah disusun dari segi alatan, kaedah pengajaran, latihan dan juga aktiviti setara dengan murid dalam sesuatu kumpulan. Secara umumnya terdapat dua cara 14
mengelolakan pengajaran secara kumpulan di dalam kelas iaitu kumpulan dibentuk berdasarkan kebolehan murid dan kumpulan pelbagai kebolehan murid. Bagi kumpulan yang berdasarkan kebolehan murid, dikelaskan kepada kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Murid yang cerdas dalam sesuatu kumpulan perlu diberi latihan tambahan atau pengukuhan dengan aktiviti pengayaan, murid sederhana akan diberi latihan berbentuk kemahiran dan murid yang lemah perlu diberi aktiviti pemulihan. Tujuan pengayaan matematik dilaksanakan untuk murid yang cerdas adalah untuk mengembangkan kemahiran yang kreatif dalam matematik, meningkatkan kemahiran dan aplikasi dalam matematik dan dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan matematik. Antara contoh aktiviti pengayaan adalah projek, folio, permainan dan sebagainya. Manakala aktiviti pemulihan adalah untuk murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam sesuatu konsep matematik dan sukar untuk mempelajari kemahiran matematik. Murid ini akan diberi latihan asas dengan bimbingan guru. Guru juga perlu menyediakan tugasan mengikut kesesuaian dan kebolehan murid dalam kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan pelbagai kebolehan pula, adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Tujuannya supaya memberi peluang kepada semua murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan murid-murid cerdas boleh membantu atau membimbing murid yang sederhana dan lemah untuk menjalankan aktiviti di dalam kelas. Peneguhan positif yang dipelopori B.F Skinner (1938) juga penting dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan. Melalui peneguhan positif iaitu pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya, kemahiran-kemahiran matematik dapat dikuasai dengan berkesan dan minat murid dalam matematik dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara koperatif adalah penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil bagi memaksimakan hasil pembelajaran samada secara individu atau kumpulan. Koperatif merujuk kepada bekerjasama bagi mencapai objektif yang ditetapkan bersama. Guru akan memulakan pengajaran secara kelas dan memberikan penerangan awal aktiviti seperti objektif dan langkahlangkah yang perlu diambil perhatian oleh murid. Kemudian guru membahagikan murid mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan tugasan-tugasan tertentu. Murid perlu sedar peranan masing-masing bagi menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Dalam kaedah ini terdapat kebebasan yang positif di kalangan murid yang menentukan pencapaian maklamat kumpulan bagi mencapai objektif masing-masing.
15
Tujuan menggunakan bahan bantu mengajar adalah membolehkan murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang lebih berkesan. Perkara utama yang perlu diambil perhatian sewaktu menyediakan bahan bantu mengajar adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid. Guru perlu menguasai kemahiran penggunaan alat-alat bahan bantu mengajar bagi mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya alat-alat teknologi seperti televisyen, video, slaid projektor, komputer dan alat multimedia yang lain. Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi murid yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Pengajaran secara individu apabila guru hanya mengajar seorang murid sahaja iaitu bagi membaiki kelemahan pembelajaran kelas atau memenuhi keperluan murid yang cemerlang bagi meningkatkan prestasi mereka. Guru perlu menentukan bahan bantu mengajar yang perlu digunakan dan langkah-langkah mengajar yang sesuai dengan murid tersebut. Selain itu, aspek penilaian juga perlu diambil kira bagi mengukur pencapaian murid. Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti penilaian samada secara tidak formal atau formal. Penilaian secara tidak formal adalah melalui pemerhatian dan bersoal jawab dengan murid dan melalui penyemakan kerja harian mereka. Dengan cara ini guru dapat membetulkan kesilapan murid dan memberikan bimbingan dan mengukuhkan kemahiran yang diajar. Guru juga boleh menilai dari segi perlakuan, sikap dan minat murid dengan penilaian serta merta. Bagi penilaian secara formal dilakukan setelah guru mengajar beberapa kemahiran dalam sesuatu unit atau tajuk pembelajaran. Tujuannya untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelbagai bidang pelajaran dari masa ke semasa dan dengan maklumat ini, guru dapat merancang tindakan susulan.
5.0
KESIMPULAN
Semasa mengajar matematik, guru sentiasa berhadapan dengan masalah yang berpunca daripada sikap murid yang beranggapan matematik adalah sukar. Akibatnya murid tidak berminat terhadap matematik, malu untuk bertanya kepada guru dan tidak berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik yang sudah dipelajari. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk belajar matematik. Antaranya menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik, menggunakan 16
contoh-contoh analogi, penggunaan teknolgi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, melatih murid akses kendiri maklumat dari internet dan sebagainya. Setiap guru akan sentiasa menemui murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Setiap murid adalah unik dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza diantara satu sama lain. Oleh itu, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid. Selain itu, guru juga perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya. Ini boleh memotivasikan murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Guru perlu mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu dari aspek kemampuan latar belakang, bakat, minat dan kesediaan untuk belajar. Maka, guru perlu merancang aktiviti pemulihan untuk murid yang masih tidak mampu memahami tentang konsep matematik yang diajar, dan pada masa yang sama merancang dan melaksanakan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang telah menguasai ilmu pengetahuan atau kemahiran matematik yang diajar di dalam kelas. Guru perlu merangsang murid dengan menekankan tiada kegagalan dalam pembelajaran murid misalnya mengajar semula bahagian yang murid tidak faham dan beri keyakinan kepada mereka tentang kebolehan mereka. Murid yang mengalami masalah sosial dan emosi perlu didorong supaya memahami orang lain di samping mengajar mereka tingkah laku yang positif. Dalam semua keadaan, kesabaran dan komitmen guru adalah penting. 6.0
RUJUKAN
Amaljaya, (2010). Info Pendidik Guru. Info about Teaching & Learning. 17 Februari 2010. http://amaljaya.com/guru/2010/01/19/
Amstrong D.G dan Savage T. V, (2002). Teaching in the Secondary School . Columbus, Ohio. Merrill Prentice – Hall.
Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, UTM Johor . Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian. 19 Januari 17
2010, from http://www.scribd.com/doc/3932226/kepelbagaian-gaya-pembelajarandan-kemahiran-belajar
Mohd Uzi Dollah, (2007). Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia. 19 Januari 2010 from http://docs.google.com/viewer? a=v&q=cache:RvzqdecjMUwJ:eprints.usm.my/9189/1/PENERAPAN_NILAI_DAL AM_PENGAJARAN_GURU_MATEMATIK_SEKOLAH_MENENGAH.pdf+moh d+uzi+bin+dollah
Mok Soon Sang, (1988). Panduan Mengajar Matematik KBSR. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (1997). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2006). Education Studies for KPLI (Theme 1) Educational Psychology. Perak. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.
Pressley M. and McCormick C. B, (1995). Cognition, Teaching and Assessment. New York. HaperCollins College Publishers.
Seow Siew Hua, (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam, Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad, (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Sukardi kaderi, Azreem Ramli dan Md Faizal Zaini (2008). Perbezaan Individu. Kertas kerja Kursus, Bachelor of Education in Primary Education, Pendidikan Jasmani, 19 Januari 18
2010 from http://www.scribd.com/doc/8647194/LAPORAN-KERJA-KURSUS-1-PP1216-PERBEZAAN-INDIVIDU
Sundberg N. D, (1977). Assessment of Persons. Eaglewood Cliffs, New Jersey. Prentice – Hall Inc.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd Majid Konting dan Rohani Ahmad Tarmizi (2005). Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik . Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi.19 Januari 2010,fromhttp://docs.google.com/viewer? a=v&q=cache:XmIsbgvFKC0J:www.penerbit.utm.my/onlinejournal/43/E/JTDIS43 E4.pdf+KEFAHAMAN+guru+tentang+nilai+matematik
19