FAKULTI
: FAKULTI PERAKAUNAN
PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN NAMA KURSUS TAJUK
: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
: SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH KEPADA PERADABAN DUNIA
NAMA
: MUHAMMAD LUTFI ZUQHAIR BIN NOR AZMAN (2010477076) : AMIR SYAMIM IZZAN BIN RAMIZAN (2010621314)
KELAS
: AC2G
NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH
: USTAZ MUHAMMAD NAIM BIN DAUD
: 28-01-2011
0
ISI KANDUNGAN
SENARAI
MUKA SURAT
Penghargaan
2
Pendahuluan
3
Pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyyah
4
Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyyah
5
Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah
9
Kesimpulan
10
Rujukan
11
1
PENGHARGAAN
Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan CTU 151 yang bertajuk Sumbangan Kerajaan Uthmaniyyah kepada Peradaban Dunia. Selain itu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah CTU 151 kami iaitu Ustaz Muhammad Naim bin Daud kera na memberikan kami tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kami. Di samping itu, kami berterima kasih kepada ibu bapa kami kerana menghantar sumber tugasan kami ini. Akhir kata, kami mengucapkan tyerima kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu kami untuk mencari sumber tugasan ini.
2
PENDAHULUAN
y
Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah.
y
Pada hujung pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah menjadi lemah dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Turki dan Parsi.
y
Pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah tamat apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol pada tahun 1258 Masihi.
y
Antara kerajaan kecil di Turki yang penting termasuklah kerajaan Saljuk.
y
Kerajaan Uthmaniyyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia (Turki pada hari ini).
y
Pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran.
y
Kawasan barat Anatolia ini merupakan sebuah kerajaan kecil, namun, kerajaan ini Berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya menubuhkan kerajaan Uthmaniyyah.
3
PEMBENTUKAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
1. Perkataan Uthmaniyyah berasal daripada pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. 2. Asalnya Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia yang bersempadan Rom Timur. 3. Uthman telah berjaya menewaskan tentera Byzantine pada tahun 1301 Masihi. Kesan langsung daripada kemenangan ialah ramai Ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam meluas kawasan jajahan penaklukannya. 4. Uthman mula menawan kawasan sekitar Anatolia dan bandar Bursa dijadikan sebagai ibu negerinya. 5. Usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya, Orhan I dan pemerintahan Uthmaniyyah yang seterusnya selepas kematian Uthman (132 6 Masihi). 6. Pada 1336 hingga 1354 Masihi, Orhan 1 berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai Aegean, Ankara dan Gallipo li. 7. Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I, kerajaan Uthmaniyyah berjaya menguasai kawasan Balkan selatan, utara Bulgaria, Kosovo, Wallachia, dan utara Albania. 8. Semasa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan berjaya menawan Istanbul (Costantinople), ibu negeri Rom Timur (1453 Masihi). Bermulalah pengukuhan empayar Uthmaniyyah. 9. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul (1453 Masihi) hinggalah ke tarikh kematian Sulaiman I (1566 Masihi).
4
SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
1. Tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah yang lama (abad ke-14 hingga abad ke-20) dan berterusan ini telah membawa sumbangan yang besar. 2. Kerajaan Uthmaniyyah telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang islam di seluruh dunia. 3. Kota Istanbul juga telah di anggap pusat pentadbiran Dunia Islam. 4. Kerajaan Uthmaniyyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia, setelah Makkah di kuasai Sultan Selim I(1517 Masihi). 5. Sultan Selim I telah ³Pelindung Dua Bandar Suci´. Dua Bandar suci tersebut ialah Makkah dan Madinah. 6. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam pentadbiran dan perundangan: a) Sultan Suleiman I memperkenalkan sistam perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama. b) Undang-undang baru ini dikenali sebagai kanun Suleiman. c) Jawatan Kadi dan Mufti menjadi sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama islam. d) Jawatan
Sheikh-ul-Islam
iaitu
ketua
ulama
telah
diperkenalkan
untuk
mengeluarkan fatwa. Fatwa yang dikeluarkan menjadi sumbangan utama kerajaan Uthmaniyyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal yang digunakan sehingga hari ini. 7. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah kepada sektor ekonomi : a) Dalam sektor ekonomi diwujudkan jalinan perdagangan antara timur dan barat serta antara dunia Islam dan dunia bukan Islam. b) Jalinan perdagangan meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan Mediterranean. c) Jalinan pelabuhan yang dikuasai kerajaan ini telah membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.
5
8. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam bidang sosial : a) Di Balkan telah diperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang menyebabkan wujud mobiliti sosial. b) Sistem bangsawan dihapuskan. c) Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha setiap individu. d) Ini juga membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah. 9. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan : a) Kerajaan Uthmaniyyah memainkan peranan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, penerbitan, dan penterjemahan serta kebudayaan. b) System pendidikan Uthmaniyyah yang amat berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah system madrasah. c) Terdapat juga system pendidikan lain seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, da n kolej perubatan. d) Golongan intelektual kerajaan Uthmaniyyah telah memberikan sumbangan besar dalam bidang penulisan ensiklopedia. Antara penulis terkenal ialah Mehmed alFanari, Mofla Lufti dan Katib Clebi. e) Kerajaan Uthmaniyyah juga menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, dan rumah. 10. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam bidang seni bina : a) Antara sumbangan yang masih kekal sehingga hari ini ialah masjid. b) Tokoh senibina Turki ialah Mimar Sinan. c) Hasil seninya yang paling berpengaruh ialah Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Istanbul, Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan S uleiman. d) Landasan Keretapi Hijaz ialah landasan kereta api yang dibangun pada masa pemerintahan khilafah Turki Uthmaniyyah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid
II.
Pembangunan
landasan
keretapi
ini
sudah
dilakukan
pada
tahun 1840 M namun baru direalisasikan pada tahun 1908. Rancangan ini dilakukan untuk lebih menyatukan wilayah kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang
6
luas dengan alat pengangkutan dan telekomunikasi yang memadai dimana saat itu alat pengangkutan darat yang lebih memadai adalah keretapi. 11. Kerajaan Uthmaniyyah telah mengembalikan semula kesatuan umat Islam pada waktu itu dengan mempertahankan agama tauhid dan syariat Islam. Kerajaan ini telah menyatukan dunia Islam ketika itu seperti Iraq, Syria, Palestin, Mesir, Semenanjung Arab, Toroblus, Algeria, Morocco dan Tunis dalam satu kelompok bersama-sama dengan Semenanjung Balkan dan Turki serta sebahagian besar Eropah Timur bagi menghadapi serangan Portugal dan Sepanyol. 12. Pada 1494 Masihi, kerjaan Uthmaniyyah berjaya mempertahankan negara-negara Islam daripada serangan Portugal dan Sepanyol. Kerajaan ini juga berjaya menyekat kemaraan tentera Salib selama 600 tahun bermula pada kurun ke 7 Masihi sehinggan pada kurun ke 13 Masihi. 13. Kerajaan Uthmaniyyah juga member sumbangan dalam meneruskan dakwah Islam. Usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW diteruskan dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru. Kemuncak kejayaan ialah pembukaan Kota Constantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih setelah lapan kurun perkhabaran Rasulullah SAW. Seterusya kota tersebut ditukar nama kepada Istanbul iaitu Bandar Islam. 14. Kerajaan Uthamniyyah menjaga hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Pemerintah pemerintah zaman pemerintahan Uthmaniyah sentiasa menjalin hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam. Buktinya, selepas kejatuhan Kota Constantinopel pada tahun pada 1453 Masihi ke tangan tentera Islam, hubungan pemerintah Islam dengan pihak gereja semakin kukuh. 15. Kerajaan Uthamaniyyah telah mempertahanka n tanah suci Islam Iaitu Makkah, Madinah, dan Palestin daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Contohnya, Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang sama sekali bangsa Yahudi berhijrah ke tanah Sinai. 16. Kerajaan ini juga telah mewujudkan amalan syura. Pelaksanaan pentadbiran kerajaan didirikan dengan asas syura ulama atau dengan maksud lain ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran Negara da n bertindak mengawasi gerak-geri pemimpin supaya bertepatan dengan kehendak Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pelucutan jawatan khalifah yang berlaku kepada Sultan Salim III. 7
17. Kerajaan Uthmaniyyah telah mengharumkan nama agama Islam dengan menguasai tiga lautan utama sehingga dikenali sebagai Lautan Islam iaitu Laut Mediterranean, Laut Merah, dan Laut Hitam. Kesan daripada penguasaan tersebut, kawasan Afrika dan Asia dalam keadaan aman dn bebas daripada pengaruh Salibiyyah.
8
KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
Di akhir kurun ke-18 Masihi, kerajaan Uthmaniyyah mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas daripada penguasaan mereka kepada kuasa Eropah atau kepada serpihan kerajaan Islam lain. Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya telah runtuh apabila sultan terakhirnya, Sultan Abdul Hamid telah digulingkan daripada pemerintahannya oleh kumpulan belia Turki pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal Artatuk dan setrusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup.
9
KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyyah merupakan empayar yang penting terhadap peradaban dunia. Kerajaan Uthmaniyyah banyak memberi sumbangan dalam pentadbiran dan perundangan, ekonomi, social, ilmu pengetahuan serta senibina. Kerajaan ini juga berjasa terhadap aga ma Islam kerana menyatukan negara-negara Islam, mempertahankan negara-negara Islam dan meneruskan usaha dakwah Rasulullah SAW. Selain itu, kerajaan ini menjaga imej umat Islam dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bukan Islam.
Di samping itu, kerajaan Uthmaniyyah menyumbang kea rah zaman Renaissance di Eropah. Tamadun Eropah banyak menerima sumbangan dan pengaruh tamadun Islam meliputi setiap dimensi kehidupan daripada persoalan kebudayaan dan cara hidup. Sewajarnya Barat berterima kasih kepada budi dan jasa umat Islam kerana mengeluarkan mereka daripada alam kejahilan.
10
RUJUKAN
Buku teks Sejarah tingkatan 4, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, cetakan 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Abdul Rahman Haji Abdullah, 1984, penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia, Azam Hamzah, 1991, Klang Fontarz Enterprise.
Empayar Uthmaniyyah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm
httpsaku30.tripod.comBab6SEJ4.htm
11