SUMBANGAN IBNU KHALDUN
SUMBANGAN DALAM ILMU FALSAFAH
Dalam kajian sejarah beliau, beliau telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan menfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama ialah akal. Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibnu Khaldun telah menekankan kepada empat pekara dalam menganalisis sesuatu peristiwa sejarah. Pertama sekali beliau mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang. Seterusnya Ibnu Khaldun mengambil kira kesan terhadap persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi.
Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibnu Khladun kerana jasa beliau dalam memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau merupakan orang yang pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Beliau merupakan insan yang pertama yang mengkaji sejarah dari skop sebab dan akibat.
Pandangan Ibn Khaldun terhadap falsafah bersamaan dengan Al-Ghazali di mana beliau juga berfokuskan kepada ilmu mystic dan teologi. Sebenarnya, sumbangan utama Ibn Khaldun adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat). Beliau telah berusaha menulis mengenai sejarah dunia di mana naskah pertama beliau mengandungi analisis peristiwa-peristiwa sejarah. Naskah tersebut yang dikenali sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena mengenalpasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbangkan kepada tamadun kita serta sejarah masa kini. Di samping itu, beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-„Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat. Antara hasil karya Ibn Khaldun dalam bidang sejarah ialah Universal History dan Sejarah Maghrib.
SUMBANGAN DALAM ILMU SOSIOLOGI Dunia telah mengiktiraf Ibnu Khladun sebagai bapa sosiologi kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejarah yang sedia ada. Ibnu Khaldun juga mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka. Ahli-ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibnu Kaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, kaedah yang dibawa Ibnu Khaldun ini lebih teliti dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya merekod sejarah tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku.
Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalm mengkaji sesebuah usia kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan kepada empat tahap. Pertamanya ialah primitive, keduanya ialah pemilikan, ketiga beradab dan kemakmuran. Tahap keempat pula ialah kelemahan dan kerosakkan. Teori ini telah digunakan oleh ahli-ahli sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangunya sesebuah kerajaan.
Dr. Bryan S. Turner, pakar sosiologi di Universiti of Aberdeen, Scotland dalam artikelnya “The Islamic Review & Arabic Affairs” telah mengulas tentang karya-karya Ibnu Khaldun. Beliau menyatakan, “Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibn Khaldun hanya satusatunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di dunia Barat, terutama ahli-ahli sosiologi dalam bahasa Inggeris. Salah satu tulisan yang sangat menonjol dan popular adalah Muqaddimah (pendahuluan) yang merupakan buku terpenting tentang ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga saat ini”. Beliau juga menganggap Ibnu Khladun sebagai orang yang pertama yang mencuba menerangkan dengan lengkap evolusi dan kemajuan sesuatu masyarakat melalui sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku dan juga pengaruh persekitaran. Selain itu, Jamil Ahmad seorang ilmuan Pakistan melalui bukunya “Seratus Muslimin Terkemuka” menyatakan “cendikiwan-cendikawan barat terhutang budi pada rakyat Tunisia yang cendikiwan ini kerana bimbingannya dalam bidang sosiologi.
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulis-penulis buku kini. Itu penulisan autografi pengarang pada akhir buku. Ibnu Khladun melalui kitab agung nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara yang ditulis oleh Ibnu Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulispenulis buku telah meniru cara Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku di pasaran. Di bahagian luar buku-buku pasti aka nada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh ibnu kahldun, si pemikir agung.
Karya Ibnu Khaldun sangat bermutu dan diterima pakai sehingga hari ini. Karya-karya yang Ibnu Khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai lidah bahasa. Kitab “Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi AlSultan Al-Akhbar”. Kitab ini terdiri dari muqaddimah dan tiga bab yang dibincangkan dalam tujuh jilid. Mukadimah dan bab satu kepada kitab ini dimuatkan didalam satu jilid yang dikenali sebagai “Muqaddimah Ibnu Khaldun”. Kitab ini dikarang oleh Ibnu Khaldun sekitar tahun 779 hijrah/ 1377 masihi semasa beliau tinggal di benteng Ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Melalui kitab ini, Ibnu Khaldun telah menganalisis mengenai gejala-gejala sosial yang berlaku. Seterusnya bahagian kedua kitab Al-Ibar ditulis dalam empat jilid membahaskan mengenai sejarah kehidupan bangsa arab. Ibnu Khaldun telah membahaskan mengenai sejarah keturunan arab sejak mereka diciptakan sehingga zaman kehidupan Ibnu Khaldun. Karya-karya lain yang bernilai sangat tinggi diantaranya, “Lubab al-Muhassal fi Ushul ad-Diin” yang merupakan sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi. Ia adalah ringkasan dari kitab “Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimin wa al-Muta‟ akh-khiriin” karya imam Fakhruddin ar-Razi. Selain itu, Ibnu Khaldun juga telah mengarang sebuah buku Matematik. Tetapi, buku tersebut tidak wujud lagi. Pengaruh pemikiran Ibnu Khaldun dalam bidang sejarah, falsafah sejarah, sosiologi, sains politik dan pendidikan amat besar sehinggakan buku-bukunya telah diterjemah dalam banyak bahasa timur dan barat antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Turki dan juga Bahasa Melayu.
SUMBANGAN DALAM EKONOMI
Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh ekonomi Islam yang unggul mendahului tokohtokoh ekonomi barat seperti Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Beliau telah membahagikan sektor ekonomi kepada tiga
bahagian iaitu, sektor pengeluran, pertukaran dan khidmat awam. Dalam tulisanya beliau amat menitik beratkan soal ekonomi. Ini adalah kerana, menurut pandangan Ibnu Khaldun, ekonomi yang baik dan makmur dapat memberi memberi kesenangan hidup kepada rakyat disamping dasar-dasar pemerintah yang baik. Keadaan ini akan melahirkan para perniaga yang baik dan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian. Pendapatpendapat beliau dalam bidang percukaian telah mempengaruhi presiden Amerika Syarikat, Presiden Reagan untuk menggunakan pandangan percukaian Ibnu Khladun di dalam pemerintahnya. Presiden Reagan dengan terang-terangan telah memuji pandangan Ibnu Khladun dalam bidang percukaian. Selain itu, Ibn Khaldun sempat memajukan beberapa perkara penting dalam bidang ekonomi dan teori kewangan. Beliau telah membuktikan bahawa dalam beberapa keadaan masyarakat, pendapatan kerajaan yang lumayan tidak akan menjejaskan ekonomi secara menyeluruh sedangkan dalam keadaan yang lain pula, sebuah kerajaan yang kurang makmur mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan perbelanjaan kerajaan.
SUMBANGAN DALAM MANUSIA DAN EKONOMI
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
SUMBANGAN DALAM TEORI PENGELUARAN
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir. Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.
SUMBANGAN DALAM TEORI NILAI, WANG DAN HARGA
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.
SUMBANGAN DALAM TEORI PENGAGIHAN
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian.