Isu pembuangan bayi menjadi semakin serius dari hari ke sehari. Walaupun usaha-usaha pencegahan telah dan terus dijalankan nampaknya seolah-olah perkara ini gagal dibendung. Apapun, semua pihak jangan sekali-kali berputus asa untuk menangani isu ini. Berikut adalah statistik berkaitan jumlah kes pembuangan bayi sebagaimana yang dilaporkan diseluruh negara; Statistik Kes Pembuangan Bayi Tahun 2004-2010 Bil
Tahun
Jumlah
1
2004
78
2
2005
67
3
2006
83
4
2007
76
5
2008
102
6
2009
79
7
2010
91
Jumlah
576
Sumber: PDRM Berdasarkan statistik 2004-2010 terdapat 576 orang bayi telah dibuang di seluruh negara. Di mana kes tertinggi dicatatkan ialah pada tahun 2008 iaitu 102 orang. Jumlah bagi tahun ialah 2004 (78) orang, 2005 (67), 2006 (83), 2007 (76), 2008 (102) dan 2010 (91) orang. Purata bagi 7 tahun kes pembuangan bayi ialah 82 orang. Statistik Pembuangan Bayi Mengikut Negeri Tahun 2009-2010 NEGERI
2009
2010
PULAU PINANG
5
9
KEDAH
3
4
PERLIS
1
0
PERAK
7
7
SELANGOR
16
21
KUALA LUMPUR
0
6
NEGERI SEMBILAN
8
5
MELAKA
0
5
JOHOR
11
10
PAHANG
6
3
TERENGGANU
1
3
KELANTAN
4
4
SABAH
12
6
SARAWAK
5
8
JUMLAH
79
91
Sumber: PDRM Berdasarkan statistik bagi dua (2) tahun 2009-2010 seramai 170 orang bayi telah dibuang. Iaitu 79 bagi tahun 2009 dan 91 orang bagi tahun 2010. Bagi negeri yang teramai terdapat kes pembuangan
bayi ialah Selangor iaitu 37 orang iaitu bagi tahun 2009 (16) orang dan tahun 2010 (21) orang. Ini diikuti oleh Johor melibatkan 21 orang iaitu (2009 (11) orang dan tahun 2010 (10) orang. Seterusnya Sabah pula mencatatkan kes pembuangan bayi seramai 18 orang iaitu tahun 2009 (12) orang dan 2010 (6) orang. Negeri-negeri lain yang mencatatkan kadar pembuangan bayi yang tinggi melebihi 10 orang bagi dua tahun ialah Pulau Pinang 14 orang, Perak 14 orang, Negeri Sembilan 13 orang dan Serawak 13 orang. Berapapun jumlah kes pembuangan bayi yang dilaporkan, sebagai umat yang prihatin marilah kita sama-sama berfikir untuk mencari jalan mengatasinya. Jangan biarkan bayi-bayi lain yang belum dilahirkan akan menerima nasib yang sama seperti angka-angka bayi yang disebutkan di atas tadi. Apakah agaknya jawapan yang akan kita berikan dihadapan Allah nanti apabila seluruh bayi-bayi tersebut menuntut haknya diakhirat kelak di hadapan Allah atas kegagalan kita menangani isu sekejam ini. Kalau kita yang tidak bersalah pun akan ditanya, pastinya ibu-ibu yang kejam ini akan lebih berat persoalannya. Apakah agaknya jawapan ibu-ibu tadi apabila anak yang dikandungnya bertanya mengapa ibu buang saya, bunuh saya sehingga saya mati digongong anjing dan sebagainya ?
Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Menurut statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 mengikut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoritinya 92% iaitu 532 kes adalah bayi yang baru lahir sementara 8% iaitu sebanyak 48 kes adalah janin. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula terdapat peningkatan yang ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah.
Manakala bagi statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2005 sehingga 2009, jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes. Selain itu, Sarawak 34 kes, Pulau Pinang 22 kes, Perak 19 kes, Pahang dan Kedah 17 kes, Kelantan 10 kes, Terengganu 5 kes, Melaka 3 kes, Kuala Lumpur 2 kes dan Perlis 1 kes. Manakala Negeri Sembilan tidak mempunyai catatan. Tetapi pada tahun 2010 untuk kes pembuangan bayi iaitu dari bulan Januari dan Februari mencatat sebanyak 12 kes.
Statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009 seramai 17,303 orang iaitu di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna tidak kurang 47 orang bayi berketurunan melayu dilahirkan setiap sepanjang tahun 2009. Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya iaitu bayi yang dibuang dan tidak dijumpai.
Manakala mengikut kronologi kes pembuangan bayi pula ialah pada 26 Mac 2010 mayat bayi yang masih bertali pusat dibuang di jalan padang Tembak, Kampung Melayu Subang dengan sebelah tangannya bercerai dari badan dan digonggong anjing dari sekawanan anjing. 21 Mac 2010 pula seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui basah kuyup dan tersangat lemah di Ipoh. Pada 15 Mac 2010 mayat bayi lelaki ditemui di dalam plastik sampah berhampiran surau sebuah stesen minyak di Klang. 6 Mac 2010, mayat bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang berdekatan pasar di Kuching. Mayat bayi yang masih terlekat dengan uri dan tali pusat ditemui dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah di Kelantan iaitu pada 13 Februari 2010. 10 Februari 2010 pula mayat bayi perempuan yang dihurung semut ditemui di masjid di
Melaka. 8 februari 2010, mayat bayi perempuan berbungkus plastik ditemui ditanam di belakang sebuah kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada 26 November 2009, mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Hulu Selangor. 4 November 2009 pula kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di setiu, dipercayai telah menjadi santapan binatang. Pada 18 Oktober 2009, mayat bayi perempuan ditemui di asrama kosong di Pontian, Johor. 5 Oktober 2009 pula mayat bayi cukup sifat ditemui terapung di Sungai Pinang, Georgetown. 13 Ogos 2009, mayat bayi lelaki yang disangka bangkai kucing ditemui dalam mangkuk pengepam tandas di tandas sekolah Menengah Sains Pokok Sena. 16 Jun 2009, mayat bayi perempuan dikerumuni ulat ditemui dalam plastik sampah di sebuah surau, Kajang. 17 mei 2009, mayat bayi dalam tong sampah, Kuala Lumpur. 21 Mac 2009, seorang bayi lelaki ditemui di kawasan pembuangan sampah dekat Mersing, Johor. 15 Mac 2009, satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifat ditemui dalam dua beg plastik yang dibuang di Taman Keramat, Kuala Lumpur dan pada 8 Januari 2009, mayat bayi lelaki yang berbungkus surat khabar ditemui di Kg Raja, Cameron Highlands. Jun 15, 2012
Statistik Kes Buang Bayi Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd. Bakri, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini. Yang menakutkan kita ialah statistik ini dilihat semakin hari semakin bertambah dan belum menampakkan titik noktah yang kita harapkan. Buktinya, bagi tahun ini sahaja, statistik menunjukkan sebanyak 19 kes telah dilaporkan untuk bulan Januari yang jelas dilihat sebagai permulaan yang tidak sihat bagi tahun 2011 kepada kehidupan sosial masyarakat kita. Daripada 517 bayi yang dibuang, 203 bayi lelaki, 164 bayi perempuan dan lebih menyedihkan lagi apabila 150 bayi lagi tidak diketahui jantinanya kerana dilahirkan ketika belum cukup sifat. Kes paling banyak dilaporkan pada tahun 2008 dengan 102 kes dan diikuti 91 kes pada tahun 2010. Sepanjang enam tahun tersebut, hanya 37 orang suspek sahaja yang berjaya ditahan untuk membantu siasatan termasuk empat orang pada tahun ini. Hal ini menunjukkan ramai pelaku jenayah ini yang masih bebas dan tidak dibawa ke muka pengadilan. Statistik ini mencetuskan persoalan yang penting untuk perhatian semua pihak. Antaranya, apakah hala tuju kehidupan sosial masyarakat kita? Adakah kita mahu terus membiarkan gejala ini berlarutan dan menghantui kita? Apakah punca yang menyebabkan berlakunya gejala ini? Sejauh manakah pula masyarakat memainkan peranan dalam membantu menangani gejala ini? Persoalan seperti ini sudah sering kali dilontarkan oleh pelbagai pihak sejak kes buang bayi menggemparkan masyarakat kita secara serius dalam tempoh dua tahun belakangan ini. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita masih gagal menangani gejala ini seperti yang diharapkan, malah banyak orang meramalkan kes buang bayi akan terus meningkat pada tahun ini. Walaupun pelbagai program dan kempen kesedaran dianjurkan kerajaan, NGO, agensi yang berkaitan serta masyarakat, hasilnya masih belum membanggakan. Pendedahan statistik ini menyebabkan kita berasa ragu terhadap keberkesanan program tersebut. Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed Dewan Masyarakat