SKEMA JAWAPAN Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal [40 markah] Jawab semua soalan. 1. (a) Nyatakan tiga proses edaran air tanih. [3] -
larian air permukaan
-
resapan / infiltrasi
-
cegatan / pintasan silara / aliran batang
-
aliran air bawah tanah
-
simpanan air / storan
(b)Huraikan dua faktor semula jadi yang mempengaruhi imbangan air tanih. [4] i.
kerpasan – ciri-ciri hujan
ii.
litupan tumbuhan / hutan
iii. ciri-ciri batuan / tanih – jenis tanih, struktur, tekstur iv. pengaruh badan air (sungai, paya, tasik dll) v. (c)
topografi / cerun Bagaimanakah aktiviti pertanian menyebabkan perubahan imbangan air tanih? [4]
i. penyediaan tapak pertanian / penebangan hutan – kurangan simpanan air tanih ii. pembinaan sistem saliran / perparitan – meningkatkan larian air permukaan, mengurangkan takungan air permukaan dan simpanan air tanih (d)Cadangkan dua langkah melestarikan sumber air bawah tanih. [4] i. penghutanan semula kawasan tadahan – simpanan air tanih meningkat 1
ii.
langkah perundangan / akta / kuatkuasa undang-undang / EIA – untuk pembangunan di kawasan tadahan
Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3 2. (a) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi unsur-unsur cuaca di suatu kawasan. [12] i.
Pembandaran – peningkatan suhu / pulau haba
ii.
Pembalakan – CO2 meningkat / peningkatan suhu, kelembapan bandingan berkurangan
iii. Perindustrian – gas rumah hijau meningkat / peningkatan suhu, peningkatan partikel / jerebu, iv. Perlombongan kuari / dedah – suhu meningkat, partikel meningkat / jerebu v.
Pertanian – penyahutanan / peningkatan suhu, pembakaran terbuka / jerebu,
vi. Pembinaan empangan – peningkatan wap air / peningkatan kelembapan udara vii. Penghutanan semula / penanaman pokok di bandar – meningkatkan wap air / kelembapan udara, mengurangkan penerimaan pancaran matahari, merendahkan suhu (b) Bagaimanakah sistem ramalan cuaca mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembab? [13] i.
ramalan keamatan sinaran matahari – IKS / pengeringan, pelancongan, rekreasi
ii.
ramalan arah dan halaju angin – pengangkutan udara, laut, darat, sukan udara
iii.
ramalan hujan – aktiviti membaja, menyembur racun, menorah getah, menuai 2
iv.
ramalan tekanan udara / angin – aktiviti pelancongan dan rekreasi, sukan
v.
ramalan pencemaran udara / jerebu – pengangkutan udara, darat, laut, rekreasi, promosi pelancongan
vi.
ramalan keadaan awan – pelancongan, rekreasi
(6x2 markah + kesimpulan 1 markah = 13 markah) Nota: Mesti kaitkan dengan unsur cuaca dan aktiviti yang berbeza
3. (a). Jelaskan peranan tumbuh-tumbuhan dalam mempengaruhi kitaran hidrologi. [12] i.
Pintasan / cegatan silara
ii.
Aliran batang
iii. Resapan / infiltrasi iv. Proses perpeluhan / transpirasi v.
Mengurangkan larian air permukaan
vi. Meningkatkan simpanan air tanih / mata air vii. Aliran air bawah tanah /akuifer (b). Bincangkan bagaimana kekurangan air memberi kesan terhadap sistem fizikal. [13] i. Sistem Geomorfologi – luluhawa fizikal, luluhawa kimia, pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan ii. Sistem Atmosfera – kelembapan bandingan, awan, angin dan kerpasan iii.Sistem Hidrologi – kesan terhadap proses kitaran air menegak / mendengar 3
iv.Sistem Ekologi - komponen ekosistem, fotosintesis, aliran tenaga (siratan makanan), spesies, kitar nutrient, sumber air/makanan 4x3 markah – (sistem fizikal + proses + kesan / perubahan) + kesimpulan 1 markah = 13 markah
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [ 40 markah ] Jawab semua soalan.
4 (a) Senaraikan tiga contoh pengangkutan awam moden di bandar Metropolis di Malaysia. [3] (i)
Monorel, LRT, ERL, MRT,
(ii)
Komuter,
(iii)
Rapid KL
(b) Mengapakah trend penggunaan pengangkutan rel bandar semakin meningkat di kalangan penduduk Metropolis. [6] (i)
Mengelakkan kesesakan 4
• Kesesakan jalan raya dapat dielakkan kerana perkhidmatan rel bandar menggunakan laluan berbeza seperti jalan raya, laluan LRT, Monorel di ruang atas, tidak berkongsi dengan laluan lain
(ii)
Mengurangkan pencemaran
•
Pencemaran udara berkurang
•
Sistem rel bandar bersifat mesra alam
• Menggunakan tenaga alternatif seperti komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya bahan bakar petroleum • Kadar pencemaran bunyi juga berkurang berbanding dengan pengangkutan awam yang lain
(iii)
Perkhidmatan yang berkualiti dan selesa
• Mementingkan keselamatan dan keselesaan penumpang, selesa : berhawa dingin dan ruang duduk yang luas; lebih santai. •
Sistem tiket yang cekap dan cepat
•
Boleh bawa ramai penumpang/ kapasiti tinggi dalam satu-satu masa
(iv)
Ketersampaian tinggi/cepat dan mudah sampai
•
Cepat sampai : perkhidmatan laju seperti bullet train
•
Banyak stesen hentian, memudahkan pergerakan penumpang
•
Kekerapan perjalanan: tempoh menunggu dijimatkan
•
Mengikut jadual: tepati masa
(v)
Menjimatkan kos/tambang berpatutan
• Kos tambang berpatutan sesuai dengan jarak, masa dan kualiti perkhidmatan yang disediakan • Menjimatkan kos petrol dan kos tol berbanding dengan penggunaan kenderaan sendiri untuk ulang alik ke tempat kerja.
5
(vi)
Risiko kemalangan rendah
• Risiko kemalangan yang rendah kerana ciri-ciri keselamatan yang tinggi • lain
Menggunakan laluan khas : tidak bertembung dengan kenderaan Pemarkahan : 3 isi X 2 M=6 M
(c) Huraikan kesan pengangkutan darat terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [6] Isi Utama
Huraian dan Contoh
Pencemaran udara meningkat • Perlepasan asap kenderaan yang tinggi hasil pembakaran bahan api fosil yang tidak lengkap • Perlepasan karbon monoksida, plumbum oksida dan hidrokarbon yang lain •
IPU meningkat : menyumbang kepada kejadian jerebu
•
Mengurangkan jarak penglihatan, risiko kemalangan
•
Menjejaskan kesihatan penduduk,
Pencemaran bunyi dan bau busuk • Bunyi bising dari enjin kenderaan yang semakin bertambah khususnya lori, bas dan kereta api • Mengganggu ketenangan dan kualiti hidup terutamanya di kawasan bandar •
Bau busuk asap kenderaan
Hakisan tanah dan tanah runtuh
6
• Pembinaan jaringan lebuh raya/ jalan raya di kawasan berbukit, contohnya Cameron Highlands •
Aktiviti menebuk, meneres dan memotong bukit.
• Penambakan paya , untuk dibina jalan raya, lapangan terbang dan lain-lain •
Risiko hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap
Perubahan landskap yang ketara • Penggondolan hutan untuk membina jaringan lebuh raya/ jalan raya contohnya LPT • Pembinaan pelabuhan, lapangan terbang, medan letak kereta dan lain-lain contohnya KLIA • Pembinaan terowong, pemotongan bukit, landskap hutan semula jadi berubah. Peningkatan suhu mikro • Pembebasan haba terma dari enjin bas, lori dan teksi, khususnya di stesyen hentian, Pemanasan setempat, contohnya Lembah Klang • Pembebasan gas-gas rumah hijau dari asap kenderaan : karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum oksida dan lain-lain • Memerangkap bahangan bumi menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat. Pemarkahan : 3 isi X 2 M=6 M
Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6. 5 (a) Bezakan ciri-ciri pertanian Sara Diri Intensif dengan pertanian Komersil. [4] Ciri-ciri 1. Jenis tanaman
Sara Diri Intensif Padi sawah 7
Komersil Getah, kelapa sawit
2. Taburan
Dat. Kedah Perlis, Delta Kelantan, Tg Karang
Segitiga Jengka, Dataran Johor
3. Skala operasi
Kecil, 0.5 – 1.0 hektar
4. Skala pengeluaran 5. Ciri Modal
Kegunaan sendiri,lebihan dijual dalam negara Kecil dan persendirian
Besar, melebihi 40 hektar Dalam Negara dan eksport
6. Ciri buruh
Ahli keluarga
7. Teknologi
Tradisional + moden Moden dan R&D (jentera) Pemarkahan : 2 isi X 2 M=4 M
Besar-besaran, melibatkan pelaburan asing eg. Sime Darby, Dunlop Buruh tempatan dan asing
(b) Jelaskan bagaimana usaha yang dilakukan untuk meningkatkan produktiviti pertanian di sesebuah negara di rantau Asia Tenggara. [11] (i) Penggunaan benih baka yang dipelbagai dan bermutu seperti benih padi MR81,MR87,MR106, MR123, MRQ50,MRQ74. Padi Sri Malaysia I dan II mempunyai tempoh matang cuma 125 hari dan mempunyai daya tahan rintang terhadap penyakit karah,pokok rendah dan tidak rebah dan potensi hasil tinggi. (ii) Penggunaan baja kimia seperti fosfat dan urea- meningkatkan hasil tanaman dengan berlipat ganda sebab kesuburan bertambah. (iii) Memperbaiki sistem saliran – penggunaan sistem tali air berupaya meningkatkan pengeluaran dari 100% kepada 400%. (iv) Penggunaan jentera moden – mempercepatkan aktiviti penanaman dan penuaian serta proses penanaman mengikut jadual eg. Jentera penuai, jentera pembajak, (v) Penyelidikan dan pembangunan (R&D) – teknologi CREST-DSS (Crop Establishment-Decision Support System). Agensi MARDI menjalankanR&D dalam penanaman padi tabor terus, baka durian D24, Musang King, Raja Kunyit dan lain-lain.
8
(vi) Bantuan modal dan khidmat nasihat – Agro Bank memberi kredit (pinjaman modal), manakala Jabatan Pertanian menyediakan modul dan siri penerangan. (vii) Peranan kerajaan – menyediakan prasarana seperti jalan di ladang, kebun, jentera dan pameran seperti MAHA (Transformasi Pertanian Melalui Inovasi) sebagai tema (viii) Memperluaskan kaedah bioteknologi – bioteknologi mewujudkan (GMOs) – genetically modified organism. Pemarkahan : 5 isi X 2 M=10 M Negara
1
M (c) Bincangkan kesan negatif pembangunan pertanian moden terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [10] (i) Perubahan pandang darat yang meluas dan secara besar-besaran – landskap hutan berubah dan terdedah, gondol di peringkat awal pembukaan kawasan baharu serta penanaman semula, hutan bertukar menjadi landskap tanaman atau kawasan ladang getah dan kelapa sawit eg. Gua Musang, Cameron Highlands. (ii) Peningkatan kadar hakisan tanah atau hakisan cerun – Pembinaan teres di kawasan cerun bukit yang meluas untuk penanaman kelapa sawit dan getah boleh menyebabkan lereng dan butir tanah yang longgar akan dihakis dan diangkut menuruni cerun dan permukaan (hakisan galur dan galir) masuk ke dalam parit dan sungai. Sungai menjadi semakin keruh, berkelodak serta berlumpur dan menjadi semakin cetek dan apabila tiba musim hujan, banjir mudah berlaku. (iii) Pencemaran sumber air – Air sungai, tasik, paya dan air bawah tanah tercemar akibat penggunaan baja kimia (fosfat dan nitrat) dan racun serangga secara besar-besaran menjejaskan hidupan akuatik. (iv) Pencemaran udara – Membakar secara terbuka sisa tanaman daun tebu dan jerami padi secara besar-besaran yang ditebang dan dituai menyebabkan kejadian jerebu eg. Dataran Kedah Perlis (v) Kemusnahan kawasan tadahan air dan gangguan kitaran hidrologi – Peranan hutan musnah apabila hutan di tebang serta proses susupan dan aliran air bawah tanah dan air permukaan terganggu (vi) Kemusnahan ekosistem hutan – Kepupusan kepelbagaian biologi (biodiversity) seperti rantaian makanan terputus, kepupusan flora dan 9
fauna dalam ekosistem berlaku apabila hutan ditebang dan dibersihkan untuk pembukaan kawasan baharu pertanian. (vii) Peningkatan suhu setempat atau suhu mikro- Kemusnahan hutan akibat pembukaan kawasan baharu untuk pertanian telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di kawasan tersebut. Hal ini kerana apabila hutan tiada, cahaya matahari terus dipancarkan ke permukaan bumi tanpa diserap terlebih dahulu oelh tumbuhan dan seterusnya dapat meningkatkan suhu setempat di kawasan tersebut. (Kesimpulan : Menyebut kesemua fakta/isi yang telah dibincangkan dalam jawapan) Pemarkahan : 5 isi X 2 M= 10M ,Kesimpulan : 1M , Maksimum 10M.
6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Segitiga Pertumbuhan? [3] Kawasan segitiga pertumbuhan merujuk kepada kawasan kerjasama ekonomi dan pembangunan kawasan-kawasan sempadan ASEAN pada kawasan atau wilayah yang lebih kecil melibatkan tiga buah negara yang berjiran. Asas kerjasama adalah untuk sama-sama memperoleh keuntungan dari kelebihan dan pengkhususan masing-masing di mana negara-negara boleh saling membantu dan melengkapi jika diadakan kerjasama. Fokus bidang kerjasama kawasan segitiga pertumbuhan lebih kepada bahan mentah atau sumber, teknologi, buruh, modal dan kepakaran masing-masing. Antara pakatan itu adalah pakatan IMT-GT, IMS-GT dan BIMP-EAGA. Pemarkahan : 3 isi X 1 M=3M (b) Berdasarkan mana-mana Kerjasama Ekonomi Serantau yang disertai Malaysia di rantau Asia Tenggara, bincangkan kepentingan yang diperolehi Malaysia hasil daripada penglibatan dengan pakatan tersebut. [12] Menyatakan sebuah pakatan ekonomi yang dipilih –ASEAN,AFTA,IMS-GT dan EAGA – BIMP Lima faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada penglibatannya dengan pakatan ekonomi ialah : (i) Perluasan pasaran ke negara anggota lain : melalui pertambahan penduduk dan kuasa beli serantau. Penembusan pasaran ke seluruh negara anggota 10
(ii) Meningkatkan aliran perdagangan antara Malaysia dengan negaranegara yang berada di bawah pakatan ekonomi yang terlibat. Melalui penglibatan FTA yang mengurangkan sekatan dan tariff. Harga barangan menjadi lebih murah. Contoh AFTA (iii) Perkongsian pintar melalui R&D dan teknologi yang boleh dimajukan secara bersama. Peningkatan teknologi dalam negara boleh meningkatkan kualiti produk untuk berdaya saing di pasaran antarabangsa. (iv) Pertambahan modal/dana dalam negara menerusi konsep pelaburan silang atau pelaburan bersama antara pihak kerajaan dan swasta pelbagai negara. (v) Kesan positif dari pengaliran buruh dan tenaga pakar/tenaga mahir, menjadi lbih mudah dan telus. Kerenah birokrasi antara negara boleh dikurangkan. Keperluan buruh dalam negara boleh dipenuhi. (vi) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi, terlalu bergantung kepada negara maju khususnya USA dan Kesatuan Eropah (EU). Pemarkahan : 5 isi X 2 M=10 M Negara Kesimpulan
1M 1M
(c) Huraikan isu dan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Ekonomi Serantau tersebut. [10] Isu dan masalah yang dihadapi oleh pakatan ekonomi serantau di dalam rantau ASEAN (i) Perbezaan ekonomi antara negara anggota-, jurang ekonomi yang terlalu besar. Ada negara yang kaya dan ada negara yang terlalu miskin. Contohnya Singapura dan Brunei (kaya) manakala Laos dan Myanmar (miskin). Kesannya, sukar melaksanakan konsep AFTA (ii) Konflik politik wilayah dalam negara anggota – seperti tuntutan bertindih. Contoh Kepulauan Spratly, Pulau Sipadan dan Ligitan. Pulau Batu Putih yang boleh menjejaskan hubungan kejiranan antara negara anggota (iii) Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau: masalah kekurangan modal, kekurangan kepakaran, masalah birokrasi dan lain-
11
lain. Kerjasama antara pihak swasta antara negara juga kurang memberangsangkan. (iv) Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau. Kepentingan negara terpaksa diutaamakan berbanding dengan kepentingan serantau (v) Masalah alam sekitar seperti pencemaran rentas sempadan, jerebu dan pencemaran Selat Melaka. Saling tuding jari antara negara anggota misalnya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia (vi) Keselamatan serantau seperti pergolakan di Selatan Thailand dan Selatan Filipina, etnik Rohingya di Myanmar dan lain-lain yang boleh mengganggu keharmonian serantau.
Pemarkahan : 5 isi X 2 M=10 M
SKEMA TAMAT
12