SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG SERAI, 09400 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN
Nama Murid :.............................................. :........................................................... ............. Tingkatan :................................................... :................................................................ ............. Nama Cikgu:.............................................................. Cikgu:..............................................................
.......................
.....................
T.Tangan Murid
T.Tangan Murid
Parlimen
Malaysia mengamalkan system Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembangan.Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara.Sistem demokrasi berparlimen merupakan pemerintahan yang oleh rakyat secara perwakilan di parlimen dan raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem ini,rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya .Rakyat bebas memilih perwakilan dan berhak menyokong ,mengekal atau menukar kerajaan.Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen .Perlembagaan Malaysia antaranya memperuntukkan pekara-pekara berikut bagi menjamin:
Kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Hak asasi dan kebebasan rakyat. Kerjasama, kesepakatan, keadilan, dan kepentingan bersama-sama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri
Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dikendalikan oleh tiga badan yang mempunyai kuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan. Badan tersebut ialah Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman sebagaimana digambarkan dalam rajah berikut
Parlimen
Malaysia mengamalkan system Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembangan.Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara.Sistem demokrasi berparlimen merupakan pemerintahan yang oleh rakyat secara perwakilan di parlimen dan raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem ini,rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya .Rakyat bebas memilih perwakilan dan berhak menyokong ,mengekal atau menukar kerajaan.Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen .Perlembagaan Malaysia antaranya memperuntukkan pekara-pekara berikut bagi menjamin:
Kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Hak asasi dan kebebasan rakyat. Kerjasama, kesepakatan, keadilan, dan kepentingan bersama-sama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri
Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dikendalikan oleh tiga badan yang mempunyai kuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan. Badan tersebut ialah Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman sebagaimana digambarkan dalam rajah berikut
Parlimen
Dewan Rakyat
Ahli Parlimen
Ahli Dewan Rakyat digelar ahli Parlimen. Dilantik setelah memenangi pilihan raya bagi kerusi Parlimen sesuatu kawasan pilihan raya. Tepoh jawatan tidak lebih daripada lima tahun bagi satu penggal. Kedudukan ahli Dewan Rakyat berakhir dengan pembubaran Parlimen
Peranan:
Menggubal rang undang-undang. Meluluskan rang undang-undang. Memindakan undang-undang. Membatalkan undang-undang.
parlimen
Dewan Negara
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Negara digelarkan senator. Mewakili setiap negeri. Dilantik tidak melalui pilihan raya. Dilantik oleh Yang di-Pertuan agong. Tempoh jawatan tiga tahun.
Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Peranan: Membentang,membahas dan menyerahkan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenakan dan diperakukan. .
Majlis Raja-Raja
Dianggotai oleh Sembilan orang raja-raja Melayu. Keahlian bertambah kepada 13 orang dengan kemasukan empat orang Yang DiPertua(Melaka, Pulau Pinang, dan Sarawak). Pentadbiran Majlis Raja-Raja Dikendalikan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Fungsi:
Melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan orang Raja-raja Melayu secara bergilir-gilir. Melantik anggota Majlis Angkatan Tentera. Mempunyai kuasa pengampunan untuk kes-kes khas yang berkaitan dengan kerabat diraja. Dirundingi untuk perlantikan Ketua Hakim, Ketua Audit, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihan Raya
Sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama Negerinya. Menjadi Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Mengetuai tiga badan kerajaan. (Badan Perundangan, Badan Pelaksana, Badan Kehakimanan Berkuasa menangguh dan mengampunkan hukuman oleh mahlamah tentera. Menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Mempunyai kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri.
YANG DI-PERTUAN AGONG Majlis Raja-Raja Melayu
Badan Legislatif (Perundangan)
Badan Eksekutif
Badan Kehakiman
(Pelaksana)
Kabinet
Mahkamah Atasan
Mahkamah Dewan Negara Rendah
No.
Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong
Raja Permaisuri Agong
Tempoh memerintah
Negeri
1
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Negeri Sembilan
2
Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
14 April 1960 - 1 September1960
Selangor
Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
21 September 1960 20 September 1965
Tunku Intan Zaharah binti Al marhum Tengku Omar Setia Raja
21 September 1965 Terengganu 20 September 1970
5
Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Hajah Bahiyah binti Al marhum Tuanku Abdul Rahman
21 September 1970 20 September 1975
Kedah
6
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
21 September 1975 30 Mac 1979
Kelantan
7
Sultan Haji Ahmad Shah AlMustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
26 April 1979 - 25 Apr il1984
Pahang
3
4
Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III
Perlis
8
Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
26 April 1984 - 25 Apr il1989
Johor
9
Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullah
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
26 April 1989 - 25 Apr il1994
Perak
10
Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
26 April 1994 - 25 Apr il1999
Negeri Sembilan
11
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
Tuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman
26 April 1999 - 21 November2001
Selangor
12
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
13
Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Tuanku Nur Zahirah
13 Disember 2006 12 Disember 2011
14
Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultanah Haminah Hamidun
13 Disember 2011 kini
Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
13 Disember 2001 12 Disember 2006
Perlis
Terengganu
Kedah
Pembubaran Parlimen
Penamaan Calon
Kempen
Pengundian
Pengiraan Undi Pembentukan kerajaan
Pengisytihran Pemenang
Keperc ayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara K e l u h u r a n P er l e m b a g a an K e d a u l a t an U n d a n g - u n d a n g K e s o p a n a n d a n K e s u s i l a an
Maksud ruk un Negara
Keperc ayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
K e l u h u r a n P e r le m b a g a an
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang -Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. K e s o p a n a n d a n K e s u s i l a an
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Tidak mengkhianati Negara-Mematuhi undang – undang dan peraturan Negara-Menghormati sistem pemerintahan Negara-Mempertahankan Negara daripada dicerobohi/dijajah oleh kuasa asing-Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kedaulatan Negara-Kemakmuran Negara dinikmati bersama secara adil dan saksama-Mengamalkan cara hidup yang liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaan yang pelbagai Generasi muda merupakan bakal pemimpin dan pewaris negara pada masa depan. Sebagai pewaris negara, pelajar-pelajar perlu lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pewaris negara yang bertanggungjawab dan layak untuk menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan mestilah mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, memiliki kerohanian yang teguh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. JATI DIRI Menghormati peraturan, tradisi dan undangundang negara. Mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri. Berkomunikasi dengan selesa dengan kaum lain. Menyokong hasrat dan cita-cita negara. Meletakkan kedudukan Bahasa Melayu di tempat yang dihormati. ROHANI Memiliki kerohanian diri yang teguh dengan mengamalkan nilai perikemanusiaan. Tidak takut kepada cabaran. Tidak tunduk kepada tekanan. Tidak mudah berputus asa. ILMU Melengkapkan diri dengan ilmu yang baru dan inovatif, sains dan teknologi, teknologi maklumat, bioteknologi dan juga ilmu agama. SEKIAN TERIMA KASIH A+ PERSIAPAN DIRI MEWARISI NEGARA Generasi muda merupakan bakal pemimpin dan pewaris negara pada masa depan.
Sebagai pewaris negara, pelajar-pelajar perlu lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pewaris negara yang bertanggungjawab dan layak untuk menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan mestilah mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, memiliki kerohanian yang teguh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganudan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Bahagian sebelah kiri perisai itu Pokok Pinang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Neger iMelaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warnaNegeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negerinegeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan Tulisan Rumi di sebelah kiri dan Tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara,Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November , satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genusHibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur , Bunga Teratai, Bunga Mawar , Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu.
Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH.
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-m ajlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.
Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas bijipermata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.
Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala "Garuda".
Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di -Pertuan Agong.
Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.
Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering.
Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga.
Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat -istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikan loket dan keronsang
Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.
Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.
Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas
Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.
Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.
Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.
L’
Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.
Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah „pancaragam‟ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negerinegeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah: NEGERI PERAK NEGERI KEDAH NEGERI SELANGOR NEGERI TERENGGANU
Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.
Tunku Abdul Rahman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia Tempoh berjawat 31 Ogos 1957 – 22 September 1970 Raja
Abdul Rahman Hisamuddin Alam Shah Putra Ismail Nasiruddin Shah
Timbalan Didahului oleh
Abdul Razak Hussein Pejabat ditubuhkan
Digantikan oleh Abdul Razak Hussein
Tarikh lahir Tempat lahir Meninggal
8 Februari 1903 Alor Star , Kedah, British Malaya 6 Disember 1990 (umur 87) Kuala Lumpur , Malaysia
Parti politik
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front
Pasangan
Meriam Chong (1933 – 1935) Violet Coulson (1935 – 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
Pekerjaan Agama
Peguam Islam
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menter iPersekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Kehidupan peribadi Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar , Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid , telah pun berumur 30 tahun ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adikberadiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk
pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Pendidikan Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa ber bahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School ). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat Britishkepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok. Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku. Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir . Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah. Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam .[1] Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
Keluarga Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff . Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid . Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura. Kerjaya politik Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Laluan ke kemerdekaan Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa. Sebagai Perdana Menteri Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundipengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan
dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967. Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpinpemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengahtengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Dengan pakaian rasmi. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Kehidupan kemudian Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star , sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruangruangnya, "Mengenang kembali" (" Looking Back ") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" (" As I See It ") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Meninggal dunia Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar , Alor Star . Garis masa
1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
1919 (umur 16): Belajar di England.
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat UndangUndang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
Yang Amat Berbahagia Berbahagia Tun Abdul Razak Hussein
Perdana Menteri Malaysia ke-2
Abdul Razak Hussein Hussein
Tempoh berjawat 22 September 1970 September 1970 – – 14 Januari 1976
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976 1976))
Raja
Sultan Abdul Halim (1970 - 1975)
merupakan Perdana Menteri
Sultan Yahya Petra (1975 - 1979)
Malaysia kedua yang berkhidmat
Didahului oleh
Tunku Abdul Rahman
Digantikan oleh
Tun Hussein Onn
dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971 1971)) yang bertujuan untuk mengatasi masalah
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tempoh berjawat 1 September 1957 September 1957 – September 1970 – 21 September 1970 Digantikan oleh
Tun Dr Ismail Abdul Rahman
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang
Tarikh lahir
11 Mac 1922
sebagai "Bapa Pembangunan". Kehidupan peribadi
Tempat lahir
Pekan,, Pahang Pekan Beliau dilahirkan di Pulau
Meninggal
Parti politik
14 Januari 1976 (umur 53)
Keladi,, Pekan, Pahang serta Keladi
London,, England London
merupakan anak sulung kepada
UMNO
Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Daud. Beliau
Pasangan
Tun Rahah binti Tan Sri Mohammad Noah
juga merupakan merupakan keturunan bangsawan yang selama ini menjadi ketua-ketua bagi suku
Pekerjaan Agama
Peguam Islam
kaum di Pahang. Tun Hussein Onn juga Onn juga merupakan merupakan abang ipar kepada beliau serta
berperanan untuk menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Razak , menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawipada Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya Anak-anaknya yang lain ialah ialah Datuk Ahmad Johari Johari Razak, Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir . Pendidikan
Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar , Kangsar , Perak Perak.. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Pentadbiran Tanah Melayu. Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya pendidikannya terpaksa t erpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. II . Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undangundang. Sewaktu menuntut di England England,, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya Malaya.. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London London.. Kerjaya Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Pelajaran . Beliau juga menyertai misi Februar i Februar i1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Selepas pilihan raya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah". Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan
untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum. Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik. Disebabkan sebahagian daripada penyakit leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan yang berdekatan denganMasjid Negara, Kuala Lumpur . Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Garis masa
1922: Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno.
1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat leukimia di London pada Januari. Dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Sumbangan Tun Abdul Razak
Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
Dianugerah „Kerusi Kehormat‟ oleh Lincoln‟s lnn, London pada 1988
Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999
Hussein Onn Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn
Perdana Menteri Malaysia ke-3 Tempoh berjawat 15 Januari 1976 – 16 Julai 1981 Raja
Sultan Yahya Petra (1975 - 1979) Sultan Ahmad Shah (1979 1984)
Didahului oleh
Tun Abdul Razak
Digantikan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh lahir Tempat lahir Meninggal
12 Februari 1922 Johor Bahru, Johor 29 Mei 1990 (umur 68) San Francisco Selatan, Amerika Syarikat
Parti politik
UMNO Barisan Nasional
Pasangan
Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah
Pekerjaan Agama
Peguam Islam
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan". Kehidupan awam Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun1946. Ibunya bernama Datin Halimah Hussein. Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar "), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi. Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun. Beliau pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor . Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor .
Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor. Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri dari UMNO, beliau kemudianyannya menyertai bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958. Sekembalinya ke Malaysia, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri daripada arena politik, tapi UMNO telah mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.
Kebangkitan untuk berkuasa
Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Peranan dan sumbangan Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini. Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu, rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis. Semasa pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan yang dikatakan berjaya. Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebebkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan programprogram yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau
berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981. Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri daripada kepimpinan negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981. Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia. Selepas persaraan Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas. Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur . Keistimewaan Beliau adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.
Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan komentar dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau adalah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu. Garis masa
1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato ‟ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.
1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO
1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada Jun.
1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Mahathir bin Mohamad
Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tempoh berjawat 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003 Raja
Sultan Ahmad Shah (1979 1984) Sultan Iskandar (1984 - 1989) Sultan Azlan Shah (1989 - 1994) Tuanku Ja'afar (1994 - 1999) Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001) Tuanku Syed Sirajuddin (2001 -
2006) Didahului oleh
Tun Hussein Onn
Digantikan oleh
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tempoh berjawat 15 September 1978 – 16 Julai 1981 Didahului oleh
Tun Hussein Onn
Digantikan oleh
Tun Musa Hitam
Tarikh lahir
10 Julai 1925 (88 tahun)
Tempat lahir
Alor Star , Kedah Darul Aman
Parti politik
UMNO
Pasangan
Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali
Pekerjaan Agama
Doktor Islam
Tandatangan
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi:
, dilahirkan pada 10 Julai
1925). Beliau yang cukup dikenali dengan " Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, " Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri ).[2]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju
di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire). Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah) ]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia. Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia. Latar belakang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar , Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada
bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
Pendidikan Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu , beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia. Kerjaya dan keluarga Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anakanak beliau adalah:
Marina Mahathir
Mirzan Mahathir
Melinda Mahathir
Mokhzani Mahathir
Mukhriz Mahathir
Maizura
Mazhar
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari
selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober , 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawisebagai penggantinya. Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar , Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.
Kesihatan Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur . Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat. Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang. Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2. Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun. Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne. Kontroversi Krisis perlembagaan Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas
30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka. Pemecatan Anwar Ibrahim Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto diIndonesia atas isu yang sama. Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia. Keluar UMNO Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO [14]. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah. Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO.
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu. Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan
Hasil Penulisan Buku
The Malay Dilemma (1970) ISBN 981-204-355-1
The Challenge,(1986) ISBN 967-978-091-0
Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the Challenge of Change into the 21st century (1989) ISBN 981-3035-49-8
The Pacific Rim in the 21st century ,(1995)
The Challenges of Turmoil , (1998) ISBN 967-978-652-8
The Way Forward , (1998) ISBN 0-297-84229-3
A New Deal for Asia, (1999)
Islam & The Muslim Ummah, (2001) ISBN 967-978-738-9
Globalisation and the New Realities (2002)
Reflections on Asia, (2002) ISBN 967-978-813-X
The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened ,(2003) ISBN 967-978-756-7
Achieving True Globalization, (2004) ISBN 967-978-904-7
Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006) ISBN 983-3698-03-4
Principles of Public Administration: An I ntroduction, (2007) ISBN 978-983-195-253-5
Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual) , (2008) ISBN 967-969-589-1
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad , (8 Mac 2011) ISBN 978-967-599-722-8
Abdullah bin Ahmad Badawi Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tempoh berjawat 31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Raja
Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Mizan Zainal Abidin
Timbalan
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Didahului oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad
Digantikan oleh
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8 Tempoh berjawat Januari 1999 – 31 Oktober 2003 Didahului oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim(Dipecat)
Digantikan oleh
Mohd Najib bin Abdul Razak
Ahli Parlimen bagi kawasan Kepala Batas Penjawat kini Mula berkhidmat 1978
Setiausaha Agung NAM Tempoh berjawat 31 Oktober 2003 – 15 September 2006 Didahului oleh
Mahathir bin Mohamad
Digantikan oleh
Fidel Castro
Tarikh lahir Tempat lahir
26 November 1939 (73 tahun) Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik Pasangan
UMNO Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak (meninggal Okt 2005) Tun Jeanne Abdullah
Agama
Islam
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Biodata peribadi Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam [2]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007. Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan. Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespearekegemaran beliau ialah „Julius Caesar ‟. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak. Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.
Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'
Antara peristiwa peristiwa dunia yang meninggalkan meninggalkan kesan yang yang mendalam pada pada diri beliau beliau ialah peristiwa 9/11, 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari. Hadhari. Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf , melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – „My Fair Lady‟ Lady‟ antara yang paling diminatinya – diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Cole . Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia Malaysia,, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan rotan..
Kerjaya dan politik Menyertai UMNO Abdullah menyertai menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas diSeberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Kewangan ,Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang seorang penyokong penyokong kuat kepada Musa Musa Hitam, mentor politiknya, politiknya, beliau beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Abdullah dikembalikan dikembalikan jawatannya jawatannya dalam dalam kabinet pada pada 1991 dan diberikan diberikan jawatan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah W ilayah Persekutuan (1978-80)
Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
Menteri Pelajaran (1984-86)
Menteri Pertahanan (1986-87)
Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar pemecatan Anwar Ibrahim Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban Iban.. Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri
Abdullah Badawi Badawi dengan George W. Bush Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis polis.. Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat
jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Pasca Perdana Menteri Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM). Sebagai Presiden Barisan Nasional Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya. Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iait uSelangor , Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. Melepaskan jawatan Perdana Menteri
Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. Kontroversi Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah. Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [4] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".
[5]
Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet
dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia. Kebebasan media Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. [3] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar. Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008. Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan. Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen . Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia. Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan k eputusan Abdullah untu7676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676767676 7676767676ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga. Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global. Usul undi tidak percaya Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."
Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sr iPandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[6] SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Datuk Seri Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[7] Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai ,Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang,Sarawak. Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara
Anugerah
Tahun
Nama Anugerah
Daripada
2010
Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama
Persekutuan
2009
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun
Persekutuan
2007
Bintang Republik Indonesia Adi Pradana
Indonesia
2005
Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.)
Terengganu
2004
Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)
Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004
Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)
Cuba
2004
Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama
Melaka
2004
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.)
Johor
2003
Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi Sarawak
2003
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja
Perak
2001
Fellowship Kehormat
Institute of Engineers Malaysia
2001
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja
Perlis
2000
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri Utama
Negeri Sembilan
2000
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri
Selangor
1999
Fellowship Kehormat
London Chartered Institute of Marketing
1999
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' Seri
Pahang
1999
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima
Sabah
1997
First Class Order Of Friendship Of DPRK
Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea
Utara)
1997
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri
Pulau Pinang
1994
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The W hite Elephant
Thailand
1994
Grand Cross Of The Order Of Merit
Chile
1992
Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'
Selangor
1992
Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea
Republik Korea (Korea Selatan)
1991
Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure
Jepun
1987
Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
1983
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan
Republik Korea (Korea Selatan)
1981
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk
Pulau Pinang
1979
Darjah Johan Negeri (D.J.N.)
Pulau Pinang
1974
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
Persekutuan
1971
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Persekutuan
Garis masa
1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November .
1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober
Mohd Najib bin Abdul Razak Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia ke-6 Penjawat kini Mula berkhidmat 3 April 2009 Raja
Tuanku Mizan Zainal Abidin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Timbalan
Muhyiddin Yassin
Didahului oleh
Abdullah bin Ahmad Badawi
Kawasan
Pekan, Pahang
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-9 Tempoh berjawat 7 Januari 2004 – 3 April 2009 Perdana Menteri
Abdullah bin Ahmad Badawi
Didahului oleh
Abdullah bin Ahmad Badawi
Digantikan oleh
Muhyiddin Yassin
Menteri Besar Pahang ke-12 Tempoh berjawat 4 Mei 1982 – 14 Ogos 1986 Monarki
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Didahului oleh
Abdul Rashid Abdul Rahman
Digantikan oleh
Mohd Khalil Yaakob
Ahli Parlimen Parlimen bagi P85 Pekan, Pahang Penjawat kini Mula berkhidmat 1986 Majoriti
35,613 (PRU-13)
Tarikh lahir
23 Julai 1953 (60 tahun)
Tempat lahir
Kuala Lipis, Pahang
Parti politik Pasangan
-
BN-UMNO
Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (1976 –1987) Rosmah Mansor (1987 –)
Anak Alma mater Agama Laman web
5 Universiti Nottingham Islam pmo.gov.my
YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.[2] Latar belakang Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein. Pendidikan Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur , dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974. Politik Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu. Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun. Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981. Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000. Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah. Gagasan 1 Malaysia Rencana utama: 1Malaysia Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Sila bantu dengan menambah pautan yang berkaitan, atau dengan membaiki susun atur rencana ini. Klik [tunjuk] di sebelah kanan untuk butiran lanjut .[sorok] Tiada sebab telah disebut untuk tag Wikikan pada rencana ini.Kamu boleh masukkan sebuah sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut:{{Wikikan|reason=Sebab }} kamu disini
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan
Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia. Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu. 1 Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib. Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti. Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial. Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan [4]. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai
kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan. Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama. Bantuan Rakyat 1 Malaysia Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan. Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih 2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M. Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya dikawasan Bandar. Mereka yang berpendapatan pertengahan ini dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM 2,500-RM 7,500. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat prihatin dengan tekanan yang dikenakan oleh penduduk di kawasan Bandar yang berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan ekonomi Malaysia, Datuk Seri Najib mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi focus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat. Program Transformasi Kerajaan Rencana utama: Program Transformasi Kerajaan Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk
meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI untuk memastikan menteri yang terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka, dengan menggunakan media seperti twitter and Facebook [ untuk berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang berlaku di dalam kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik, dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan.
]
Anugerah diterima
Tahun
Nama Anugerah
Pemberi Anugerah
2012
Imam Khalifah Agung
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011
Anugerah Kepimpinan Transformasi
Forum Ekonomi Cina Dunia
2010
AFC Diamond of Asia
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010
King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)
Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010
Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob
Kontroversi
Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kecamankecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga di mana kenyataan bersumpah dilakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa Rencana utama: Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati. Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda. Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan. Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas. Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang. Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister ] pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi. Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini. Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011. Penyiasatan tentang isu pembelian kapal selam Pakatan Rakyat yang merupakan barisan alternatif di Malaysia telah membuat pendakwaan atau pertuduhan kepada Najib melalui organisasi Suaram yang mengupah peguam Perancis William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham, dengan mendakwa Najib terjebak dalam sindiket penerimaan komisyen terbesar untuk pembelian dua kapal selam pertama negara Malaysia iaitu Scorpène, 18 buah jet tempur Sukhoi, 12 buah Eurocopter (helikopter) dan didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam terhadap wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.[27][28] Mahkamah Perancis kini dilaporkan sedang menyiasat syarikat yang terlibat dalam isu pembelian kapal selam yang didakwa mempunyai skandal rasuah. Pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel menafikan berlangsung sebarang perbicaraan di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel sebaliknya berkata "media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan".
Perhimpunan Kampung Baru 1987 Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen antiCina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana sepanduksepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan ].Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara." Perkauman Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. ] Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut. Kecekapan dan kemampuan diragui Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad sebagai berkata "Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".
Penyandang Terdahulu Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Penyandang Terdahulu
Perdana Menteri Malaysia 3 April 2009 – "Kini"
Penyandang Kemudian "Masih berkhidmat" Penyandang Kemudian
??
Timbalan Menteri Pendidikan 1980 –1981
Penyandang Terdahulu
Timbalan Menteri
Penyandang Kemudian
??