PENGENALAN Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Ianya merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imejnya terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, Styrofoam, logam, kadboard dan bahan-bahan lain. Cetakan mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri iaitu blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan ‘artist’s proofs’(AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli. SEJARAH CETAKAN Sejarah Awal Cetakan Sejarah cetakan di katakana telah bermula pada tahun 3000 SM apabila cetakan timbul telah dihasilkan oleh orang Sumeria dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi. Namun begitu cetakan blok kayu buatan tangan terawal muncul pada abad ke-7 Masihi di China.
Cetakan dari Dinasti Tang, China (868 TM)
Seterusnya industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan.
Cetakan blok kayu terawal di Barat (1474 TM) Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi dan pada kurun ke 16, cetakan muncul mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan Karya Albrecht Durer dan karyawan seni daripada Eropah Utara. Perkembangan Seni Cetakan Di Malaysia Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan memperluaskannya . Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan kedalam sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.
Contoh kaedah cetakan blok Cetakan popular dan digemari ramai kerana a) Menyediakan beberapa salinan setiap edisi b) Harganya tidak mahal seperti hasil karya seni lain c) Bersaiz sederhana yang membolehkannya menjadi bahan koleksi orang ramai Secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia. Teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi. Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturan-peraturan seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri kini menjadi semakin kabur. Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman tanahair yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan. Pengarah Galeri Petronas, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, “ Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan (seni cetakan) kerana mudah bagi orang ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Bagaimanapun, kami ingin mencabar pemikiran
orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas selembar kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi”. Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik dan media. Antaranya media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan, kolograf dan cetakan saring. Proses menghasilkan cetakan timbul ialah dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki.
Blok Kayu/Lino
Cetakan timbul- Imej dan posisi dakwat Bidang seni cetakan mempunyai potensi dan masa depan yang tersendiri di negara ini. Bidang ini amat jarang diterokai oleh pelukis di negara ini berbanding dengan para pelukis barat yang telah maju dalam seni tersebut. Hakikat ini telah diakui sendiri oleh seorang pelukis tanahair iaitu Izan Tahir. Menurut beliau, seni cetakan mempunyai potensi untuk dikembangkan di negara ini kerana pelukis di negara ini masih kurang mendapat pendedahan tentang seni cetakan yang terkini. “Penggiat seni cetakan di beberapa Negara Eropah dan Amerika Syarikat terbukti telah maju dalam bidang itu”. “Kemajuan yang mereka capai dan kesungguhan mereka mempelajari teknik tersebut amat besar faedahnya kepada penggiat seni. “Walaupun dinegara ini ada juga pelukis yang menceburi bidang tersebut namun keupayaan mereka masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu, pelukis perlu mempelajari pelbagai teknik cetakan terkini bagi membolehkan seni itu dimajukan di Negara ini.(Izan Tahir).
Antara Koleksi Seni Cetakan Karya Artis Tempatan
Said Aniff Hossanee/Orange Safari/Silkscreen/2001
Fauzan Omar/Unity in Diversity/Colour Linocut/2000
Rahman Mohamed/Conversation/Lithography/2006
Loo Foh Sang/Sunset Series: Festival Dance/ Etching & Aquatint/2006
Artis Seni Cetakan Malaysia Redza Piyadasa
Sumbangan dan jasa Redza Piyadasa terhadap seni cetakan di Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan. Beliau amat terkenal sebagai pengkritik seni halus yang disenangi. Redza Piyadasa dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers’ College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.) Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the University of Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.) Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center.
Beliau yang begitu prihatin terhadap dunia seni visual dan seni persembahan moden di Malaysia adalah juga salah seorang pengasas pertubuhan seni, Five Arts Centre bersamasama mendiang Krishen Jit dan balunya Marion D’Cruz. Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998 dari Belanda atas jasanya di dalam dunia seni visual antarabangsa. Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni. Karya-karya Redza Piyadasa Karya-karya beliau banyak mengingatkan kita kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya, tentang penghijrahan, asimilasi budaya, tradisi dan warisan, sejarah politik serta soaial. Antara karya beliau ialah The Baba Family (1986), The Indian Family, The Haji Family (1990), Malay Story No.2, Seated Malay Girl (1991).
Seated Malay Girl, 1991
The Haji Family, 1990
The Indian Family
Dua Wanita, 1982
Kebanyakan hasil karya Redza Piyadasa adalah berdasarkan media campuran dan kolaj dengan dipersembahkan secara gambar foto dengan imej menghadap kehadapan. Sebagai seniman visual moden awal di Malaysia, karya-karya beliau dilihat seperti begitu menekankan isu-isu integrasi dikalangan bangsa Melayu, sekaligus menghargai pembentukan nilai-nilai ketimuran dan tradisi di dalam berkarya. Dalam konteks ini, misalnya karya beliau Dua Wanita yang dihasilkan pada tahun 1982 dikategorikan sebagai diantara karya-karya agung Balai Seni Lukis Negara kita dapat melihat secara jelas apa yang diketengahkan oleh beliau.
Redza Piyadasa/Dua Wanita/Media Campuran/1982
Tema yang digunapakai dalam persembahan beliau ialah Wanita dalam fesyen pakaian Melayu tradisional tahun 1909. Gaya menunjukkan imej utama dalam karya dicetak, ditambahkan penggunaan kertas yang berbeza jalinan dan warna. Sapuan warna spontan untuk mewujudkan kesan yang unik. Aspek nilainya memperkenalkan keistimewaan budaya tempatan.