especificaciones para el calculo de valvulas de seguridad en la industria
PSV Calculation
iiiiFull description
Full description
Deskripsi lengkap
PSV
RELIEF VALVE SIZING CALCULATIONS
rph seni tg 2 kssmFull description
kssm t2Full description
Full description
FOLIOPENDIDIKAN SENI DAN VISUAL
CETAKAN Ahli-Ahli kumpulan : Muhammad Zikry bin Mohammad Muslim Amjad Fakhri bin Kamarulzaman Nur Umairah binti Zuhairi Zati Akhtar binti Khairul ‘Azmi Tuan Amni Syamimi binti Tuan Ibrahim
Pengenalan Cetakan
Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.Keistimewaan cetakan inilah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke-15. Di Malaysia, cetakan digunakan dalam penghasilan kain batik saring.
SEJARAH CETAKAN 1. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China. 2. Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15. 3. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia. 4. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan. 5. Pada akhir tahun 1950-an, beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan (contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu). 6. Awal tahun 1960-am, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan matapelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan. 7. Seterusnya, diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individuindividu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.
Cetakan Timbulan
Cetakan Stensil
Jenis Jenis Cetakan
Cetakan Planograf
Cetakan Benaman
Cetakan Timbulan (Relief) Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.
Blok kayu/Lino Contoh Cetakan Timbulan: a) Cetakan Kayu b) Cetakan Lino c) Cetakan Kolograf d) Cetakan Kolaj
Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej (Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.)
Contoh Cetakan Benaman a) Kaedah Turisan ( engraving) b) Kaedah Gurisan Asid (etching) c) Kaedah Akuantin (aquantint) d) Kaedah Mesotin (mezotint)
Cetakan Planograf/cetakan dasar • Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. • Dikenali juga sebagai Litografi. • Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. • Menggunakan blok batu kapur. • Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
Cetakan Stensil/Skrin • Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. • Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. • Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
Contoh Cetakan Stensil/Skrin a) Kaedah Potongan Kertas Pendua b) Kaedah Filem Laker c) Kaedah Skrin Foto
proses cetakan timbulan menggunakan blok kayu.
Alatan dan Bahan Yang Diperlukan untuk cetakan:
Proses Cetakan:
Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.
Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir.
Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudu untuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.
Imej cetakan yang terhasil.
PROSES Cetakan Stensil Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah.
1) Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang.
2) Lukis imej yang dikehendaki daripada kertas seperti imej flora, lisan atau logo tertentu.
3) Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.
4) Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak.
5) Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
6) Tuang dye fabric di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki.
7) Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapatkan kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.