REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
Nurul Hidayah Binti Ahmad Shahbudin 89030505-05-5254
Pada 8 Mac 2012, 2012, saya bersama-sama bersama-sama guru-guru pelatih PISMP PISMP Semester 5 iaitu kelas Pendidikan Jasmani, Kajian Sosial, Pengajian Agama, Pengajian Cina, Muzik dan Sains telah berjaya menganjurkan sebuah Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) bertempat di Astaka Waja IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Kejohanan ini merupakan satu program tahunan tahunan maktab maktab yang yang perlu perlu
diuruskan oleh semester 5 bagi memenuhi silibus iaitu bagi mata pelajaran Gerko iaitu Olahraga. Kami telah bertungkus –lumus menjayakan program ini.
Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besarbesaran,dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama serta pengurusan para bakal guru ini.
Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas. Fasa pertama melibatkan melibatkan fasa sebelum KOT KOT berlangsung. Antara Antara yang
dilakukan
adalah
memilih
jawatan
kuasa
yang
terlibat,
mesyuarat,
perbincangan, sukantara dan yang paling kami didedahkan dengan setiap acara padang dan acara trek yang bakal dipertandingkan.
Selepas
pensyarah
memberi
taklimat,
kami
telah
melantik
sebuah
jawatankuasa yang terdiri daripada 11 kelas. Kami telah menerima bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata sudah berpengalaman dalam menganjurkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.Saya telah diamanahkan sebagai AJK Makanan sepanjang program ini berlangsung.
Kami menjalankan kerja selepas menerima tugas yang diamanahkan. Ajk Makanan merupakan satu Ajk yang peting dalam setiap organisasi. Terdapat tiga fasa tugas Ajk Makanan, iaitu fasa sebelum hari kejadian KOT, fasa semasa dan fasa selepas. Fasa pertama merupakan fasa sebelum hari KOT iaitu fasa persediaan. Fasa ini merupakan fasa menyediakan surat menyurat, tempahan makanan, penyediaan air untuk pegawai di petang bagi setiap kali latihan dan sukan tara, urusan barang di stor dan sebagainya. Pembahagian tugas dijalankan dengan baik sekali oleh setiap ahli. Pelbagai pengalaman baharu ditimba melibatkan komunikasi antara pihak luar.
Pada hari kejadian, kami membahagikan tugas yang telah diberikan. Setiap daripada kami menjaga bahagian masing-masing iaitu di kantin untuk tetamu dan VIP, di garaj tempat letak kereta untuk para pensyarah, dan untuk pegawai KOT semester 5. Selain itu, Ajk Makanan turut menyewa tapak untuk berniaga di padang. Semua urusan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa.
Pada pukul 2.00 petang semua acara telah tamat dan kami sekali lagi telah bergotong-royong untuk membersihkan padang. Saya dan pelajar lain telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik dan bersih seperti biasa. Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para pensyarah juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan
pengalaman dari penganjuran ini.
Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubunga siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4 tahun saya meneruskan pengajian bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, tetapi masih terdapat segelintir daripada pelajar semester 5 ini yang saya kurang berkomunikasi dan kurang rapat.
KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur.
Sikap ini dapat dilihat
sebelum, semasa dan selepas KOT berlansung. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan
bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di institut pendidikan guru ini serta memudahkan lagi pengajuran KOT berlansung.
Secara keseluruhannya, lebih banyak kebaikan yang diperolehi berbanding dengan kelemahan. Kelemahan ini bolehlah diperbaiki dari semasa ke semasa. Bagi saya KOT ini memberi banyak faedah dan input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya telibat dalam pengajuran KOT ini diharapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya.
Saya bersyukur kerana telah melalui KOT ini yang banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu saya membina jati diri sebagai seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya guna semasa berada di sekolah satu hari nanti.
`