PYGMALION
KARYA : GEORGE BERNARD SHAW
TERJEMAHAN & OLAHAN SEMULA : CYNTHIA MOHD
1
SENARAI WATAK
ALIZA PROFESOR HUSSIN KOLONEL IBRAHIM MAK PIAH DATIN SHARIFAH IBU
2
SENARAI WATAK
ALIZA PROFESOR HUSSIN KOLONEL IBRAHIM MAK PIAH DATIN SHARIFAH IBU
2
BABAK 1
Rumah Profesor Hussin Aliza sedang berusaha mengeja dan membetulkansebutannya. Disisnya adalah profesor husin yang sekali sekala menegurnya dengan keras kerana sebutan yang salah. Masuk mak piah membawa minuman. Mak piah kasihan melihat aliza. MAK PIAH
Tuan, tuan tak boleh buat aliza begitu. Menyuruh dia mengeja terus terusan. Sejak matahari terbit sampai tenggelam, bahkan waktu makan pun terbuang. Bila semua ini akan selesai tuan?
PROFESOR HUSSIN
Sampai dia melakukkannya dengan betul mak piah!
MAK PIAH DIAM DAN MAHU BEREDAR. KEMUDIAN DIA BERPATAH BALIK KEPADA PROFESOR.
MAK PIAH
tadi ada surat sampai tuan …
PROFESOR HUSSIN
buang!
MAK PIAH
surat dari seorang jutawan jutawan singapura. dia masih nakkan tuan mengajarnya tentang ….
PROFESOR HUSSIN
buang!
3
MAK PIAH
ini suratnya yang ketiga tuan. setidak tidaknya tuan balaslah sekali.
PROFESOR HUSSIN
baiklah tinggalkan di atas meja mak piah. Aku akan cuba balas kalau ada masa. Mak piah keluar. Profesor hussin kembali kepada aliza yang sudah mula letih dan berhenti mengeja.
PROFESOR HUSSIN
teruskan latihan vokalmu, Aliza.
ALIZA
aku dah tahulah!
PROFESOR HUSSIN
Berhenti!
ALIZA
Itulah yang aku sebut, A-E-I-O-U. itu yang aku sebut selama tiga hari ni. Aku tak mau menyebutnya lagi.
PROFESOR HUSSIN
Aliza, kau dengar sini! Aku bersumpah, kalau esok kau belum dapat menyebut huruf huruf vokal ini dengan betul, kau tak boleh makan siang atau makan malam. Dan taka da coklat lagi untuk kau! Profesor Hussin keluar meninggalkan Aliza dalam bilik.
4
ALIZA
Tunggu saja, Tuan Profesor Hussin! tunggu saja! Satu hari nanti kau akan menyesal. Tapi ketika itu, air matamu sudah terlambat. Kau akan gagal dan aku akan kaya. Kalau aku kaya kau ingat aku nak tolong kau?! Jangan mimpi! Tunggu saja, Hussin! Tunggu saja! Tunggu saja! Sampai kau sakit dan menjerit memanggil doktor. Aku akan berlenggang saja memerhatikanmu Sambil masuk ke panggung wayang! Suatu masa nanti, aku akan menjadi terkenal. Aku menjadi orang terhormat. Megah menuju ke Golden Horses! Aku akan menyebutnya Golden Horses! Oh Aliza! Aku ingin menyanyi untukmu. Tapi sebelum itu apa yang ingin aku lihat Adalah kematian Tuan Profesor Hussin!
Rupanya Profesor Hussin sudah lama memerhatikan Aliza dari jauh.
PROFESOR HUSSIN
A..E..I..O..U ….
ALIZA
A…..E….I…O….U… 5
LATAR BERTUKAR KEPADA MONOLOG ALIZA .
ALIZA
Pada suatu petang yang baik, ketika itu aku sedang menjual bunga! Tiba tiba datang seorang lelaki yang mengaku pandai lalu pandai pandai mengatakan bahawa cara aku bercakap bahasa melayu tu tak betul. Rupanya dia asyik mengekori aku ke mana mana dan mencatat semua kata kataku di dalam buku notanya. Semua yang aku sebut tu kononnya salah-salah-salah!
ALIZA (MENGAJUK PROFESOR)
Perempuan yang suka membebel dengan kata kata bodoh tidak ada hak untuk berada di mana mana pun, dan tidak ada hak jugak untuk hidup. Ingat! Kau adalah manusia yang mempunyai jiwa dan kemampuan bercakap. Bahasa asli kau adalah bahasa Tun Seri Lanang, Zaab a dan Tuhfat Al-Nahfis. Jangan tengok aku macam burung merpati. Perempuan tidak beradab, suka membebel. Sepatutnya dia dibawa keluar dari Negara ini dan digantung kerakyatannya.
ALIZA
Aku tak tahu kenapa dia cakap begitu, tapi konon kononnya dia pencinta bahasa dan marah kerana cara aku bercakap salah. Apa nak buat? Sejak aku lahir aku dengar mak, bapa, jiran dan nenek aku bercakap macam ni. Aku pun cakaplah macam ni.
ALIZA (MENGAJUK PROFESOR)
Perosak bahasa! Ketinggalan zaman! Kau Nampak bodoh bukan kerana baju yang buruk dan wajah kau yang kotor tu. Tapi kerana mak bapak kau tidak megajar kau bercakap dengan betul! Kenapa ibu bapa tidak dapat mengajar anak anak mereka cara bercakap? Kalau kau bercakap macam dia, kau juga akan jadi penjual bunga macam dia! Cara seseorang bercakap akan membuatnya berbeza daripada orang lain.
Mengapa orang melayu tidak boleh memberi contoh yang baik, kepada orang melayu yang bahasanya hancur? Ada tempat bahasa melayu sudah musnah. Mengapa orang mela yu tidak boleh mengajar anak anak mereka bercakap?
6
Orang jepun ada bahasa jepun. Orang yunani ada bahasa yunani. Di Perancis setiap orang menggunakan bahasa mereka dari A sampai Z. Orang Arab belajar bahasa arab, dengan secepat kilat. Orang Hebrew belajar secara terbalik, sangat menakutkan. Tapi jika kau menggunakan bahasa melayu yang betul, kau dikatakan aneh. Kenapa tak boleh? Kenapa tak boleh? Belajar bercakap? Dan kau, bahasa melayu kau telah menjadikan kau ketinggalan zaman? Hmm.. dalam 6 bulan aku boleh jadikan kau seorang bangsawan kelas atasan. Bahkan aku boleh mencarikan kau pekerjaan sebagai pelayan, atau pembantu kedai yang boleh bertutur dalam bahasa mela yu baik.
ALIZA
Baik aku tuntut janji kau. Dan kerana itu, aku berada disini.
GELAP.
7
BABAK 2 RUMAH PROFESOR HUSSIN.
Profesor Hussin sedang sibuk mengkaji bahasa bersama KOLONEL IBRAHIM dengan memasang alat gramofon.
PROFESOR HUSSIN
Kau rasa ada berapa bunyi vocal yang kau dengar?
KOLONEL IBRAHIM
Aku yakin aku mendengar 24.
PROFESOR HUSSIN
Salah seratus peratus!
KOLONEL IBRAHIM
Kenapa?
PROFESOR HUSSIN
Sebenarnya kau sedang mendengar 130 bunyi. Sekarang dengar untuk kali terakhir.
KOLONEL IBRAHIM
Ah! Cukuplah untuk pagi ni! Mana Aliza?
PROFESOR HUSSIN
Aku sedang menunggu dialah ni! Ada pelajaran baru untuknya, sebab nampaknya dia boleh menyebut vokal dengan baik. 8
KOLONEL IBRAHIM
Bagaimana dengan cakap besar kau untuk menjadikan Aliza seorang wanita bangsawan di tahap atasan. Aku akan kata kau adalah guru terhebat jika kau dapat membuat begitu. Kau tahu kan aku bertaruh besar untuk melihat kau gagal.
PROFESOR HUSSIN
Bukankah aku berjanji aku akan menjadikan makhluk itu wanita bangsawan dalam masa 6 bulan?
Aliza muncul.
ALIZA
Selamat pagi, Tuan Kolonel Ibrahim pun ada?
PROFESOR HUSSIN
Aliza, ada pelajaran baru hari ini! Ke sini dan sebut ini!
ALIZA (loghat)
Ribut taufan di utara Semenanjung!
PROFESOR HUSSIN
Rebut taufan di utara Semenanjung!
ALIZA
Itulah yang aku sebut.
9
PROFESOR HUSSIN
Tidak Aliza, kau tidak menyebut itu. Setiap malam sebelum kau tidur, aku nak kau menyebut “ribut taufan di utara Semenanjung” sebanyak 50 kali! Sekarang betulkan sebutan huruf R kau! (Kepada Kolonel) Ibrahim, yang ini lagi teruk! KOLONEL IBRAHIM
Jangan macam tu Hussin, beri dia peluang. PROFESOR HUSSIN
Jangan harap dia dapat sebut betul betul untuk pertama kali. Ke sini Aliza, dan lihat lebih dekat. Searang kau tengok cermin tu. Setiap kali menyebut huruf R dengan betul, cermin tu bersih. Dan bila kau salah sebut, air liur kau akan tersembur pada cermin tu. Itu cara supaya kau tahu sebutan kau salah. Dan untuk melatih telinga kau supaya dapat bezakan sebutan yang salah dan betul, kau lihat cermin tu baik baik! Dengar ni, di “Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar” ikut apa yang aku sebut! Di Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar.
ALIZA (loghat)
Di Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar.
PROFESOR HUSSIN
Salah .. salah .. salah ..kau tak ada telinga ke?
ALIZA
Ada!
10
PROFESOR HUSSIN
Mula dari awal begini. Ra…ra…ra…ra…
ALIZA
Ra..ra..ra..ra..ra..
PROFESOR HUSSIN
Teruskan, teruskan!
ALIZA
Ra….
PROFESOR HUSSIN
(kepada kolonel) Di China, ada masalah yang sama juga. Susah sangat sebut R, LARI jadi LALI dan RANTAI jadi LANTAI. Ada juga yang bermasalah dengan huruf S. Untuk belajar bahasa melayu kau mesti pandai sebut semua huruf.
KOLONEL IBRAHIM
Aliza, kau nak minum jus kundur?
ALIZA (loghat)
Jus kundur! (terliur dan mahu minum)
11
PROFESOR HUSSIN
Salah tu, jus kundur! Teruskan! Sedap betul karipap ni, dari mana Mak Piah beli ni? ( Aliza makin terliur)
KOLONEL IBRAHIM
Memang sedap! Kuih seri muka ni pun sedap! Kau nak cuba kuih seri muka Aliza?
PROFESOR HUSSIN
Cuba lagi. (kepada Aliza)
KOLONEL IBRAHIM
Cuba karipap!
PROFESOR HUSSIN
Kolonel ! teruskan latihan Aliza!
ALIZA
Jus kundur! Karipap! (sambil melihat minuman dan makanan yang sedap)
PROFESOR HUSSIN
Salah, salah, salah! Kau tak boleh dengar ke perbezaannya? Julurkan lidahmu ke depan sampai menyentuh hujung gigimu.
Aliza menurut. Professor mendekati Aliza sambil memegang karipap dekat dengan mulut Aliza.
12
PROFESOR HUSSIN
Sebut karipap!
ALIZA
(seperti hendak menggigit karipap itu).
PROFESOR HUSSIN
Kemudian sebut “kundur”.
ALIZA
Kundur!
PROFESOR HUSSIN
Sebut karipap, karipap, karipap. Kundur, kundur, kundur!
KOLONEL IBRAHIM
Hussin, sedap betul jus kundur Mak Paih ni. Kau habiskanlah karipap tu, aku dah kenyang!
Aliza gembira kerana menyangka Profesor akan beri kepadanya.
PROFESOR HUSSIN
Oh tidak! Aku tahu siapa yang suka sangat dengan karipap ni! Memberikannya kepada burung di sebelah Aliza, yang kemudian berasa sangat sedih.
13
PROFESOR HUSSIN
Sekarang Aliza, kau gigit ni (memasukkan batu ke dalam mulut Aliza) sekarang aku mahu kau baca ni dan mengejanya. Setiap kali menyebut, buat seolah olah batu ini tidak ada dalam mulut kau. (membaca nota) ular lari lurus melingkar atas pagar.
ALIZA
(mencuba tapi gagal) oh, aku tidak boleh, aku tidak boleh.
KOLONEL IBRAHIM
Hussin, batu itu perlu ke?
PROFESOR HUSSIN
Perlu untuk makhluk macam dia! Teruskan Aliza.
Aliza mencuba lagi tetapi gagal.
PROFESOR HUSSIN
Aku tak mengerti satu huruf pun.
Aliza mencuba dengan bersungguh sungguh dan akhirnya marah.
KOLONEL IBRAHIM
Hussin, mungkin itu terlalu susah untuk dia.
Aliza masih terus mencuba.
14
KOLONEL IBRAHIM
Mengapa tak cuba yang lebih sederhana contohnya “burung hantu kejar kucing”.
PROFESOR HUSSIN
(marah) diam Ibrahim! Aku tak dapat mendengar sebutan dia. (Aliza terperanjat mendengar tengkingan Profesor lalu tertelan sebiji batu). Kau kenapa?
ALIZA
Aku tertelan sebiji!
PROFESOR
tak apa! batu aku masih banyak lagi. Buka mulut!
Profesor mengisi batu ke mulut Aliza. Kolonel dan Mak Piah hanya menggeleng geleng. Latar bertukar kepada monolog Aliza.
ALIZA
Aku tidak boleh, aku terlalu letih, terlalu letih. Sudah pukul 3 pagi. Di Rawang, Rembau, Ranau pernah berlaku gegaran gempar. Oh aku sakit kepala, sarafku lemah seperti daging di kedai daging. Tetapi lelaki terkutuk itu kata, “Fikir apa yang kau cuba buat. Fikirkan apa yang kau lakukan. Kemuliaan dan kejayaan adalah misi terbesar kita. Fikirkan yang terbaik untuk setiap perkara. Kau boleh menguasainya. Kau boleh. Cuba lagi!” Suasana diam seketika.
15
ALIZA
Di Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar.
(mengulangnya beberapa kali sehingga pada satu peringkat- sebutannya betul. Ketika ini latar berubah kepada kemunculan semula Profesor.
PROFESOR HUSSIN
Apa?
Aliza mengulang ayat tersebut dengan penuh berhati hati.
PROFESOR HUSSIN
Betul kataku! Dia boleh!
*Aliza
Di Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar.
PROFESOR HUSSIN
Ya Tuhan! Dia sudah boleh. Sekarang cuba lagi, di mana gegarannya?
*Aliza
Di Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar.
*KORUS
Di Rawang, Rembau, dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar.
16
PROFESOR HUSSIN
Hebat!
*KORUS
Di Rawang, Rembau dan Ranau pernah berlaku gegaran gempar!
Tarian dan nyanyian kegembiraan sambil mengulang- ulang ayat tersebut. Tarian itu membawa kepada waktu Aliza tidur.
*ALIZA
Tidur, tidur, aku tak dapat tidur. Kepalaku terlalu ringan untuk disandarkan. Tidur, tidur, aku tidak boleh tidur malam ini. Walaupun diberi semua permata di Mahkota. Aku boleh menari sepanjang malam. Aku dapat membentangkan sayapku. Dan melakukan beribu ribu perkara, Yang belum pernah aku lakukan sebelumnya. Apa yang membuatnya begitu menakjubkan? Mengapa hatiku akan melayang? Aku hanya tahu ketika dia mula menari bersamaku. Aku dapat menari nari sepanjang malam.
GELAP.
17
BABAK 3 Rumah Profesor Hussin Professor muncul dengan wajah sangat gembira. Sedia menantinya adalah Kolonel dan Mak Piah muncul menghidangkan minuman.
MAK PIAH
Tuan Nampak gembira hari ini!
PROFESOR HUSSIN
Ya, aku sangat gembira! Mak Piah gembira?
MAK PIAH
Gembira tuan!
PROFESOR HUSSIN
Bagus! Hari ini Kolonel Ibrahim, aku akan m engujinya di dunia luar, untuk melihat kemajuannya! Mak Piah, tolong belikan baju yang cantik dan sesuai untuk Aliza. Jangan beli yang terlalu berbunga. Biar kelihatan sederhana dan moden. Aku akan membawanya keluar ke dunia bangsawan.
KOLONEL IBRAHIM
Hendak membawanya ke mana?
PROFESOR HUSSIN
Malam minggu ini kelihatan Negara akan mengadakan satu keramaian menyambut kedatangan Ratu. Aku akan membawanya ke sana dan melepaskan dia sesuka hatinya. Aku akan lihat adakah pengajaranku selama berbulan bulan ini mampu mengubah makhluk ini menjadi golongan yang lebih berbudi bahasa. Dan yang lebih penting, aku akan menang pertaruhan kita. 18
Aliza mendengar perbualan ini dan kelihatan wajahnya sedikit berubah apabila mendengar perkataan “pertaruhan”. Tetapi dia ditarik oleh Mak Piah untuk bersiap di dalam bilik. Tarian dan nyanyian korus membawa kepada perubahan latar kepada pesta golongan atasan. Dalam tarian dan nyanyian ini, Aliza diajar cara orang bangsawan berjalan dan bercakap. Bajunya juga ditukar dalam gerak tarian sehinggalah dia kelihatan begitu cantik dan sempurna, menghilangkan imej asalnya sebagai seorang perempuan yang kasar dan hodoh.
19
BABAK 4 BALLROOM KEDUTAAN
Majlis keramaian bermula, kelihatan Aliza diiringi Profesor dan Kolonel masuk ke dalam ballroom. Profesor menemui seorang wanita yang kemudian dikenali sebagai ibunya.
IBU
Hussin, terkejut ibu tengok kau di sini. Apa kau buat? Kau dah berjanji tak akan dating lagi ke majlis begini kan?
PROFESOR HUSSIN
Saya ke sini kerana ada kerja ibu. Saya ada tugas untuk ibu. Saya membawa seorang gadis. Tapi ini bukan hubungan cinta. Dia penjual bunga. Saya membawanya ke mari hanya untuk menguji dia. Saya mengajarnya cara bercakap yang betul, peraturan, disiplin, dan tingkahlaku. Tapi tak banyak yang dia tahu, ibu kena tolong dia. Dia hanya boleh bercakap p asal cuaca dan haiwan kesayangan.
IBU
Kau nak suruh ibu bantu dia bercakap pasal cuaca dan haiwan kesayangan di majlis macam ni? Mana dia?
Profesor menghampiri aliza dan membawanya kepada ibu sementara beberapa wanita dari golongan atasan mula berkumpul berhampiran ibu. Antaranya Datin Sharifah, Puan Sri Jamilah, Datin Maimun dan beberapa orang lagi. Ketika Profesor sampai bersama Aliza, ibu terus menarik tangan Profesor dan memperkenalkan kepada Datin Sharifah.
IBU
Hussin, ingat lagi tak dengan Datin Sharifah ni?
20
Datin Sharifah
Apa khabar anak muda?
PROFESOR HUSSIN
Khabar baik Datin. Ibu, inilah aiza!
IBU
Hai, Aliza yang manis!
ALIZA
Baiknya hati Puan. Apa khabar puan?
IBU
Baik, saying. Ini Datin Sharifah.
DATIN SHARIFAH
Apa khabar? (salam tidak ikhlas)
ALIZA
Apa khabar?
IBU
Yang ini Puan Sri Jamilah.
21
PUAN SRI JAMILAH
Apa khabar?
ALIZA
Apa khabar?
IBU
Ini Datin Maimun, Aliza.
DATIN MAIMUN
Apa khabar?
IBU
Dan ini anak mudanya Farid.
ALIZA
Apa khabar?
FARID
Apa khabar?
PROFESOR ALIZA
Aliza!
22
ALIZA
Selamat petang, Profesor Hussin.
Profesor memberi isyarat menyuruh Aliza duduk.
FARID
Tadi ada persembahan tarian di luar cik Aliza. Sayangnya awak terlepas. Tapi mereka akan menari di perkarangan taman sebentar lagi.
IBU
Kau rasa cuaca malam ini bagaimana?
ALIZA
Ribut petir di utara Semenanjung!
Semua memandang Aliza dengan rasa hairan.
ALIZA
Tapi di Rawang, Rembau, dan Ranau berlaku gegaran gempar.
FARID
Kelakarnya!
DATIN SHARIFAH
Saya harap kita tidak dilanda selsema lagi. Banyak yang dijangkiti influenza. Seluruh keluarga kami pun kena. 23
ALIZA
Pembantu rumah saya meninggal dunia kerana influenza. Tapi saya rasa mereka yang mencekiknya.
DATIN SHARIFAH
Mencekiknya?
Kolonel dan Profesor risau kerana Aliza mula merepek.
ALIZA
YA, Tuhan lebih menyayanginya. Mengapa dia harus meninggal kerana influenza? Sedangkan setahun sebelum itu dia telah menderita penyakit barah, badannya sudah menjadi biru, tapi tak juga meninggal. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri. Ayah saya yang menuang jus oren dikerongkongnya.
Profesor bengang dan berdiri.
DATIN SHARIFAH
Apa dia?
ALIZA
Sekarang apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan seorang wanita yang kuat tetapi meninggal kerana influenza? Kenapa boleh terjadi? Seseorang, sebenarnya telah mencekiknya. Dan macam yang saya katakana tadi bahawa ada orang yang mencekiknya.
DATIN MAIMUN
Mencekiknya?
24
PUAN SRI JAMILAH
Apa maksudnya?
PROFESOR HUSSIN
Itu adalah istilah baru, maksudnya membunuhnya.
DATIN SHARIFAH
Tapi kau tidak percaya pembantu rumahmu dibunuh?
ALIZA
Saya tidak percaya. Tapi mereka mungkin saja membunuhnya demi sebuah topi. (Profesor semakin gelisah)
DATIN SHARIFAH
Salah cara ayahmu menuang jus oren ke dalam kerongkongnya. Itu boleh membunuhnya.
ALIZA
Tidak, jus oren umpama susu ibu baginya. Dia sendiri suka minum jus oren dengan banyaknya.
FARID (ketawa)
Istilah baru. Awak menggunakannya dengan baik.
ALIZA
Jika aku menggunakannya dengan baik, apa yang kau ketawakan? Apakah aku berkata sesuatu yang tidak sepatutnya?
25
IBU
Oh, sama sekali tidak, sayangku. Ibu menarik Profesor jauh daripada orang lain.
IBU
Adakah kau yakin membiarkan dia bertemu dengan golongan bangsawan pada mala mini?
PROFESOR HUSSIN
Jangan bimbang ibu, dia boleh.
PENGUMUMAN KETIBAAN RATU. SUARA PENGUMUMAN. Ketibaan Permaisuri Ratu dan Putera Mahkota. Ratu berjalan di atas permaidani merah dan semua orang berdiri memberi laluan dalam keadaan hormat dan sangat beradab. Ratu berhenti di hadapan Aliza dan memandangnya dengan kagum. Aliza berlagak benar benar bagai seorang bangsawan.
RATU
Memikat, sangat memikat. Beta pasti puteraku ingin menari denganmu.
Putera menghampiri Aliza dan mereka menari. Semua orang memandang penuh kagum dan Profesor seronok.
GELAP.
26
BABAK 5 RUMAH PROFESOR HUSSIN. Dari dalam keadaan gelap kedengaran ketawa Profesor, begitu senang hati. Lampu terang dan semua berada di ruang tamu, baru balik dari pesta tadi. Professor dan Kolonel berbicara tanpa mempedulikan Aliza dan Aliza sungguh rasa tersinggung.
KOLONEL IBRAHIM
Bagus! Bagus usahamu Prof!
PROFESOR HUSSIN
Pencapaian yang luar biasa.
MAK PIAH
Tuan!
KOLONEL IBRAHIM
Semua berjaya Mak Piah! Berjaya! Hussin, kau memang luar biasa, sungguh luar biasa.
PROFESOR HUSSIN
Aku dah tahu aku akan menag pertaruhan ini. Aku lepaskan dia seperti beruang di dalam kandang yang bergantung gantung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
KOLONEL IBRAHIM
Pencapaian yang luar biasa.
27
PROFESOR HUSSIN
Kalaulah aku tak kuat semangat, aku sudah menyerah dua bulan yang lalu.
KOLONEL IBRAHIM
Fantastic! Aku kagum! Kau menang pertaruhan kita!
PROFESOR HUSSIN
Yahoo! Mereka kata bahasa melayunya terlalu bagus, hanya aku yang tahu dia tu orang utara. Adakah patut mereka cakap dia tu kerabat diraja.
Semua orang ketawa besar. Aliza tersinggung.
PROFESOR HUSSIN
Terima kasih tuhan, semua telah berakhir. Sekarang aku boleh pergi tidur tanpa takut akan esok.
KOLONEL IBRAHIM
Dan aku rasa aku sepatutnya balik, selamat malam. Inilah pengalaman yang hebat.
Kolonel pergi. Aliza masih disitu, memandang Profesor dengan marah, tetapi dia tidak dipedulikan. Mak Piah telah beredar.
PROFESOR HUSSIN
Selamat malam Ibrahim. Mak piah! Eh, alamak. Aku nak minta dia buat kopi esok dan jangan buat jus oren. Tinggalkan pesan ini untuknya, boleh Aliza? Dan matikan lampu.
Profesor pergi sambil bersiul. Aliza menangis. Profesor muncul kembali.
28
PROFESOR HUSSIN
Eh, mana buku aku tadi?
ALIZA
Ini buku kau! (membalingkannya ke arah muka professor). Ambil buku kau dan semoga kau lahanat selamanya.
PROFESOR HUSSIN
Ya, tuhan ada apa apa masalah?
ALIZA
Tidak. Tidak ada masalah bagiku. Aku memenangkan taruhanmu bukan? Aku rasa tidak ada masalah.
PROFESOR HUSSIN
Kau memang taruhan dariku, perempuan busuk. Aku menang taruhan. Kenapa kau baling buku itu padaku.
ALIZA
Lebih baik daripada aku tampar muka kau. Sombong! Mengapa kau tidak mencampakkan aku di mana mana?
PROFESOR HUSSIN
Wah, Takutnya aku!
Aliza cuba mencakar muka profesor tetapi tidak berjaya.
29
PROFESOR HUSSIN
Cuba kau duduk dan bertenang.
ALIZA
Nah, ambil balik semua!
PROFESOR HUSSIN
Bagi sini! Kalaulah ini barang aku, aku akan …. Aku akan jerut saja di leher kau.
ALIZA
Cincin ini bukan perhiasan. Ini yang kau belikan untukku di Habib Jewels dulu. Aku tak ingin pun.
PROFESOR HUSSIN
Kau menyakitkan hatiku. Kau buat aku hilang sabar. Belum pernah aku marah begini. Aku tidak mahu bercakap lagi. Aku mahu tidur.
ALIZA
Aku takkan beritahu Mak Piah yang kau nak minum kopi esok pagi.kau cakaplah sendiri.
PROFESOR HUSSIN
Mak Piah bodoh, kopi bodoh dank au pun bodoh.dan kebodohan aku juga sendiri kerana mewariskan pengetahuan pada kau.
Profesor pergi. Aliza sedih.
30
*ALIZA
Tunggu saja, Tuan Profesor Hussin! Tunggu saja! Satu hari nanti kau akan menyesal. Tapi ketika itu air matamu sudah terlambat.
Pertukaran kepada monolog Aliza.
*ALIZA
Hari ini aku akan kembali di tempat asalku bermula. Gadis penjual bunga di Utara. Ibuku lama sudah tiada, Ayah juga pergi entah ke mana, Aku si penjual bunga dari Utara, Pernah merasa indahnya hidup dalam dongeng manusia, Apa yang aku inginkan adalah sebuah bilik. Jauh dari udara malam yang dingin. Dengan kerusi mewah. Oh, bukankah itu menyeronokkan? Banyaknya coklat untukku makan, Banyak minyak untuk aku memasak, Wajah hangat, tangan hangat, kaki hangat, Bukankah itu menyeronokkan? Oh, sungguh menyeronokkan! Tapi semua sudah hilang sekelip mata, Bodohnya aku kerana mengharapkan dia, Sedangkan aku pernah terdengar dia berkata.. 31
(mengajuk Profesor)
Mengapa wanita tidak seperti lelaki? Lelaki selalu jujur dan tegas. Selalu jujur dan adil. Tidak bolehkah wanita belajar menggunakan kepalanya? Mengapa mereka melakukan apa yang dilakukan ibu mereka? Mengapa mereka tidak berkembang seperti ayah mereka? Mengapa wanita tidak seperti lelaki? Lelaki selalu bersahabat, selalu berkawan. Tetapi wanita akan marah, Jika lelaki tidak bercakap kepadanya lebih satu jam.
*ALIZA
Hari ini aku akan pergi Kembali ke utara. Kembali ke bumi.
Ketika nyanyian tadi Aliza sedang mengemaskan semua pakaiannya dan di akhir nyanyian dia telah berada di muka pintu untuk pergi. Profesor sebenarnya sudah lama memerhatikannya dan ketika Aliza mahu pergi Profesor bersuara.
PROFESOR HUSSIN
Aku pasti merinduimu Aliza. Aku banyak belajar daripada idea idea bodohmu. Aku mengaku itu.
ALIZA
Kau memiliki suaraku di gramofon. Jika kau kesepian, kau boleh mainkannya. 32
PROFESOR HUSSIN
Supaya dapat ku hidupkan jiwamu semula.
ALIZA
Kau iblis! Kau dapat memutar hati seorang gadis, semudah memutar lengannya untuk menyakitinya. (dalam marah itu Aliza tidak sedar dia sudah berpatah balik dan meletakkan begnya)
Eh! Untuk apa aku berpatah balik ni?
PROFESOR HUSSIN
Untuk aku .. dan untuk kau juga ..
ALIZA
Dan esok kau mungkin membuang aku, bila aku tidak melakukan kehendakmu.
PROFESOR HUSSIN
Ya, dan kau mungkin pergi esok jika aku tidak melakukan keinginanmu.
33
ALIZA
Aku selalu dipihak yang salah kepadamu, Aku nak pergi! Musim bunga akan muncul juga tanpa dirimu, Malaysia akan tetap disini tanpamu, Pokok dan pantai juga kekal disitu, Jus oren dan karipap tetap wujud tanpamu, Melodi dan lagu akan terus berirama tanpamu, Ribut di Utara Semenanjung akan terus berlaku tanpamu, Kau pun boleh pergi ke Rawang, Rembau dan Ranau sesuaka hatimu!
PROFESOR HUSSIN
Kau yang tidak tahu malu!
*ALIZA
Air pasang tetap akan datang tanpa kau panggil, Bumi akan berputar tanpa kau putar, Awan akan bergulung tanpa kau dorong, Jika mereka dapat buat semua tanpamu, aku juga boleh. Aku tidak kesepian tanpamu. Aku dapat berdiri sendiri tanpamu, Jadi balik ke sarangmu, Aku dapat melakukan semua dengan baik tanpamu. (tamat lagu) Selamat tinggal Profesor Hussin. Kau tidak akan berjumpa dengan ku lagi. 34
Aliza pergi. Profesor tinggal seorang diri. Termenung lama.
PROFESOR HUSSIN
Bodoh! Celaka! Aku sudah terbiasa dengan wajahnya, Dia selalu bersamaku setiap hari, Aku sudah terbiasa dengan nada suaranya, Senyumnya, marahnya, ketika dia naik, ketika dia turun, Aku sudah terbiasa dengannya, Terbiasa dengan suaranya, Terbiasa dengan wajahnya.
Aku terbiasa mendengar ucapan selamat pagi setiap hari, Kegemarannya, nada tingginya, nada rendahnya, adalah dunia kedua bagiku. Seperti menghembus dan menarik nafas. (cuba menenangkan diri)
Ah! Aku kan lelaki yang hebat, Dia adalah wanita yang mudah untuk aku lupakan, (sedih semula)
Tapi aku sudah biasa dengan keistimewaannya.
Profesor melangkah dengan sedih. Meninggalkan buku yang dipegangnya di muka pintu dan duduk di kerusinya untuk tidur. Dia cuba tidur walaupun kelihatan gelisah. Lantas membuka suara Aliza di gramofon. Aliza muncul semula .
35