MENGURANGKAN TINGKAH LAKU NEGATIF MURID BERMASALAH EMOSI DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TOKEN EKONOMI NURUL AINA BINTI ZAKARIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku negatif responden bermasalah kecelaruan emosi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan ke atas dua orang responden tahap tinggi yang bermasalah tingkah laku dan emosi di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Pendekatan token ekonomi telah digunakan dalam kajian ini untuk membantu guru mengatasi masalah tingkah laku responden yang mengganggu kelancaran sesebuah proses pembelajaran. Kaedah ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh responden supaya penglibatan secara aktif semasa sesi pembelajaran dapat ditingkatkan. Berdasarkan tinjauan awal, responden didapati kurang bermotivasi untuk melibatkan diri semasa sesi pembelajaran. Responden didapati sering mendiamkan diri apabila disoal oleh guru dan mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran. Bagi meningkatkan motivasi responden dalam sesi pembelajaran, token ekonomi digunakan untuk mengubahsuai masalah tingkah laku responden. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru memberikan token bintang ke atas setiap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh responden, manakala penarikan token bintang berlaku apabila wujud tingkah laku negatif. Ganjaran yang sesuai dengan minat responden diberikan pada akhir bulan jika token bintang berjaya dikumpulkan mengikut mata ganjaran yang disenaraikan oleh pengkaji. Hasil dapatan kajian selama 3 minggu telah membuktikan bahawa penggunaan token ekonomi dapat memotivasikan responden bermasalah emosi kepada perubahan positif di mana tingkah laku negatif responden berkurang.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Berdasarkan pengalaman pengkaji sepanjang menjalani praktikal di Sekolah X, pengkaji mendapati Murid X, telah banyak mempamerkan masalah tingkah laku sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Berdasarkan hasil maklumat yang didapati daripada pemerhatian dan temubual bersama guru-guru yang mengajar Murid X, pengkaji mendapati bahawa Murid X mempunyai masalah kecelaruan emosi. Masalah kecelaruan emosi Murid X seperti sering dalam kebimbangan dan rasa cemas, mudah menangis dan merajuk, tidak suka berkomunikasi dan sering mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran telah mengundang ketidaklancaran proses pengajaran yang disampaikan oleh guru. Permasalahan ini telah memberi kesan buruk ke atas Murid X, guru-guru yang mengajar serta rakan-rakan sebayanya. Kesan buruk ke atas guru dapat dilihat apabila proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disampaikan dengan lancar kerana guru terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menangani masalah tingkah laku murid. Apabila perkara ini berlaku, objektif pengajaran yang telah dirancang sebelumnya adalah sukar untuk dicapai. Selain itu, murid-murid lain yang berada dalam bilik darjah tersebut juga turut menerima kesan buruk akibat permasalahan ini. Masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh Murid X telah menyekat peluang murid-murid lain untuk menerima pengajaran. Contohnya apabila Murid X menangis dengan kuat dalam bilik darjah, murid-murid lain tidak dapat fokus terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Seterusnya, minat mereka untuk mengikuti pembelajaran juga turut hilang kerana perhatian mereka telah diganggu oleh Murid X. Disamping itu, pengkaji juga mendapati masalah Murid X telah memberi kesan buruk terhadap dirinya sendiri.
Apabila masalah tingkah lakunya tidak dibendung oleh guru, Murid X sering ketinggalan dalam pembelajarannya. Selain itu, rakan-rakan sebayanya juga sering menyisihkan Murid X kerana tidak menggemari tingkah laku Murid X. Kedua-dua perkara ini telah menyebabkan Murid X ketinggalan dari segi akademik, dan menjadi terasing dari masyarakat. FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada kaedah modifikasi tingkah laku untuk mengurangkan tingkah laku negatif responden yang bermasalah emosi dengan menggunakan token ekonomi. Kajian ini menjurus kepada strategi penyelesaian masalah untuk pengkaji yang mengalami kesukaran dalam menguruskan responden bermasalah tingkah laku dan emosi kerana karakter responden yang sering berubah-ubah seperti mudah marah, mudah merajuk, sering mengasingkan diri dari guru dan rakan-rakan, tidak suka berkomunikasi dan bersosial telah mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu. Masalah tingkah laku responden perlu dibendung supaya tingkah laku responden dapat diperbaiki dan diubahsuai. Justeru itu, kajian ini menyarankan penggunaan token ekonomi sebagai pengubahsuaian tingkah laku, supaya tingkah laku responden yang menggangu kelancaran proses pembelajaran dapat dikurangkan serta menambah penglibatan responden secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Tinjauan dan Analisis Masalah Terdapat tiga cara pengumpulan data digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan mengikut tiga fasa iaitu sebelum intervensi digunakan, semasa intervensi dijalankan dan juga selepas intervensi dihentikan. Ketiga-tiga cara pengumpulan data ini dianalisiskan seperti penerangan dibawah.
Cara Mengumpul Data Sebelum Intervensi Tinjauan masalah melalui temubual dijalankan sebelum intervensi. Pengkaji telah menemubual guru-guru yang mengajar responden dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang mengenali responden. Rakaman temubual dilakukan semasa berbual dengan guru dan juga Pembantu Pengurusan Murid. Apabila sesi temubual selesai, hasil rakaman dicatat dalam bentuk trankripsi temubual. Selain itu, pengkaji juga telah membuat tinjauan masalah melalui senarai semak. Untuk mengenalpasti tingkah laku negatif responden, senarai semak telah diagihkan kepada guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar responden. Senarai semak diisi berdasarkan pengalaman guru tersebut sepanjang mengajar responden (rujuk lampiran A). Cara Mengumpul Data Semasa Intervensi dan Selepas Intervensi Dihentikan Kaedah pengumpulan data semasa intervensi dijalankan dan selepas intervensi dihentikan adalah sama iaitu kaedah pemerhatian. Pemerhatian dijalankan semasa responden mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh pengkaji. Pemerhatian dilakukan adalah bertujuan untuk memerhati kekerapan tingkah laku negatif responden dalam bilik darjah semasa sesi pembelajaran serta menilai perubahan tingkah laku responden dari minggu pertama hingga minggu ketiga. Untuk menunjukkan “A-B-A or hasil pemerhatian ke dalam graf, pengkaji telah m enggunakan rekabentuk “A-B-A Reversal Design”. Rekabentuk A-B-A lebih dikenali sebagai rekabentuk pembalikan di mana ianya melibatkan data baseline diikuti dengan intervensi dan kembali semula
kepada data baseline. Oleh itu, rekabentuk ini digelar sebagai rekabentuk pembalikan (reversal design) di mana intervensi ditarik balik pada hujung pemerhatian (rujuk rajah 2 dan rajah 3). OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan dua jenis tingkah laku negatif responden iaitu mendiamkan diri ketika disoal oleh guru dan mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengubahsuaian tingkah laku iaitu token ekonomi. Objektif khusus Responden melakukan aktiviti nyanyian sambil membuat pergerakan seperti haiwan yang disebut dalam lagu. Responden melakukan aktiviti mengeja, menaip dan menyebut nama haiwan dengan menggunakan komputer riba. Responden melibatkan diri dalam aktiviti soal jawab dan mengamalkan angkat tangan sebelum menjawab soalan. Responden menyumbangkan pendapat sendiri semasa sesi perbincangan. Responden mengamalkan ucapan memberi salam dan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang akan menjadi responden bagi kajian ini terdiri daripada 2 orang responden berumur 11 tahun dan 12 tahun yang bersekolah di Sekolah X, yang terletak sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kedua-dua responden adalah berjantina lelaki dan merupakan bangsa Melayu. Mereka ini menetap di kawasan sekitar Kampung Baru. Responden tergolong dalam kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mempunyai tahap keupayaan yang tinggi iaitu berkebolehan untuk menulis, membaca dan mengira. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji menjalankan tindakan sebagaimana yang telah diaplikasikan dalam kajian Abdul Rahim dan rakan-rakan (2009) iaitu mengaplikasikan kaedah token ekonomi mengikut tiga fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Rajah 1 menunjukkan proses melaksanakan sistem token ekonomi.
1. Rekodkan pemerhatian tingkah laku
2. Kenal pasti tingkah laku sasaran.
3. Pemilihan to token
4. Peraturan Kelas
5. Perolehan token
6. Menu ganjaran
Fasa 1 – Data Dasar
7. Penarikan Penarikan Token & Item Sewaan
Fasa 2 – Intervensi
8. Rekodkan perubahan tingkah laku
Fasa 3 – Susulan
Rajah 1 : Proses Melaksanakan Sistem Token Ekonomi Fasa 1 – Data Dasar
Rekodkan Pemerhatian Tingkah Laku Sebelum menjalankan intervensi, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku responden terlebih dahulu. Pemerhatian dilakukan semasa responden mengikuti pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, pengkaji juga memerhatikan gerak geri responden ketika mereka makan di kantin dan ketika responden bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Pemerhatian ini bertujuan untuk melihat perwatakan responden, serta masalah tingkah laku responden secara rawak. Kenalpasti Tingkah Laku Sasaran Walaupun pemerhatian ke atas responden telah dijalankan, tingkah laku negatif yang ingin diperhatikan adalah masih belum jelas. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah temubual dan senarai semak untuk mengenalpasti tingkah laku negatif responden. Apabila maklumat berkenaan tingkah laku negatif responden telah siap dikumpulkan, pengkaji meneliti dan mengenalpasti tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh responden dan menyenaraikan tingkah laku tersebut. Tingkah laku yang paling kerap dan sering mengganggu kelancaran proses pembelajaran akan dianggap tingkah laku sasaran. Berikut adalah hasil dapatan daripada senarai semak yang telah diagihkan kepada guru-guru yang yang mengajar responden. Melalu dapatan ini, pengkaji telah memilih dua jenis tingkah laku negatif yang paling kerap ditunjukkan oleh responden iaitu tingkah laku mendiamkan diri ketika disoal dan mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran (rujuk lampiran A).
Jadual 1 : Hasil Dapatan Melalui Senarai Semak R
Tidak menyiapkan tugasan
R1 R2 JUM
0 1 1
Tidak tumpu perhatian 3 2 5
Berdiam diri ketika disoal
Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran
4 3 7
3 3 6
Menangis dan merajuk apabila dimarahi 1 4 5
Petunjuk : R = Responden , R1 = Responden 1, R2 = Responden 2.
Fasa 2 – Intervensi
Pemilihan Token Pengkaji telah memilih token bintang yang dirasakan bersesuaian bagi kajian ini. Penkaji mendapati bahawa token bintang adalah sistematik dan sesuai digunakan kerana ianya cepat dan mudah diberikan kepada responden. Token diberikan kepada responden dengan cara melukis simbol bintang ke atas jadual token ekonomi. Jika sebarang tingkah laku negatif wujud, token bintang yang dilukis dengan pen marker akan dipadam oleh pengkaji. Peraturan Kelas Pengkaji telah menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan peraturan ini haruslah dipatuhi oleh responden. Jika responden melanggar peraturan yang diberi, token bintang akan dipadam dari jadual token ekonomi. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pengkaji diterangkan terlebih dahulu kepada responden demi mengelakkan kekeliruan. Pengkaji memastikan agar semua responden faham tentang isi peraturan dan membuat demonstrasi bagaimana responden boleh mendapatkan token bintang. Jadual 2 : Peraturan Dalam Bilik Darjah Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Peraturan dalam bilik bilik darjah Duduk di tempat sendiri semasa guru sedang mengajar. Dilarang bergerak ke sana sini. Dilarang bising semasa guru sedang mengajar. Dilarang bermain semasa guru sedang mengajar. Dilarang bertutur perkara yang tidak sopan. Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan. Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Patuhi segala arahan yang diberikan kepada guru. Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar. Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar.
Perolehan Token Token diberikan setiap kali responden melakukan tingkah laku positif yang disasarkan oleh pengkaji. Pengkaji memberitahu kepada responden bahawa setiap tingkah laku positif yang mereka tunjukan mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai tingkah laku ini ditetapkan sendiri oleh pengkaji dan dipamerkan di dalam bilik darjah sebagai bahan rujukan ketika pemberian token dibuat. Dengan wujudnya nilai bagi setiap tingkah laku ini, responden akan berusaha mengumpul token disamping melakukan sesuatu tingkah laku yang lebih baik dari semasa ke semasa. Jadual 3 menunjukkan nilai token bagi setiap tingkah laku positif. Jadual 3 : Perolehan Token Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
ingkah laku positif
Nilai Token
Responden mengangkat tangan ketika menjawab soalan Responden tidak membuat bising semasa pengkaji sedang mengajar. Responden memberi perhatian semasa pengkaji sedang mengajar. Responden memberi salam semasa masuk dan keluar bilik darjah. Responden menyiapkan tugasan yang diberikan. Responden menyumbang pendapat semasa sesi pembelajaran. Responden dapat menjawab soalan dengan betul. Responden bertutur dengan sopan. Responden menunjukkan sahsiah dan contoh yang baik. Responden patuh pada arahan yang diberikan oleh pengkaji.
5 bintang 5 bintang 5 bintang 4 bintang 4 bintang 3 bintang 3 bintang 2 bintang 2 bintang 2 bintang
Menu Ganjaran Pemilihan menu ganjaran adalah berdasarkan minat responden. Responden diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan dengan mengumpul token bintang sebanyak yang mungkin. Jika responden berjaya mengumpul token seperti jadual dibawah, responden akan mendapat ganjaran yang mereka inginkan. Jika responden tidak berjaya mencapai sasaran tersebut, responden hanya akan mendapat ganjaran yang kecil sahaja. Jadual 4 : Sasaran Untuk Mengumpul Bilangan Token Bil.
Ganjaran
Kereta mainan Bola sepak Kek Mainan plastesin Donat Coklat coki-coki
Jumlah token yang perlu dikumpul 50 bintang 50 bintang 30 bintang 30 bintang 20 bintang 10 bintang
Penarikan Token Dendaan atau hukuman terhadap responden dikenakan dengan cara penarikan balik token. Penarikan balik token adalah dendaan yang diberikan kepada responden jika responden melakukan tingkah laku negatif (Abdul Rahim, 2009). Jika responden melanggar peraturan bilik darjah, token bintang akan dipadam dari jadual token. Jumlah penarikan token adalah bergantung kepada kehendak pengkaji. Jadual 5 : Cara Penarikan Token Bintang Cara penarikan token bintang Responden A memperoleh Pengkaji menarik token Penarikan token Jumlah token
5 token bintang 2 token bintang 5 – 2 – 2 3 token bintang
Fasa 3 – Susulan
Rekodkan Perubahan Tingkah Laku Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pemerhatian secara sistematik dengan recording”. menggunakan borang data perekodan kekerapan atau peristiwa iaitu “event recording”. counting”. Melalui pemerhatian ini, Pemerhatian ini telah direkodkan dengan cara “tally counting”. pengkaji dapat mencatatkan jumlah tingkah laku yang diperhatikan dalam tempoh masa yang telah dirancang serta melihat perubahan tingkah laku responden (rujuk lampiran B). Selepas perlaksanaan sistem token ekonomi, pengkaji akan menilai kembali perubahan-perubahan tingkah laku ke atas responden yang disasarkan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas responden, perubahan tingkah laku responden dapat dilihat menerusi Rajah 2 dan Rajah 3. Melalui rajah ini, pengkaji dapat membuat perbandingan prestasi responden sebelum, semasa dan selepas token ekonomi digunakan ke atas responden. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Hasil pemerhatian direkodkan dalam borang “Event Recording” di mana setiap tingkah laku negatif yang wujud dicatat kekerapannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Pemerhatian telah dilakukan sebanyak 9 kali dalam dalam masa 3 minggu. Jangka masa bagi setiap satu sesi pembelajaran ialah 60 minit. Rajah 2 adalah hasil pemerhatian ke atas dua jenis tingkah laku negatif yang telah dipamerkan oleh Responden 1 dan Responden 2 sepanjang tempoh 3 minggu.
Analisis Data Tingkah Laku Negatif Responden 1 6 Tiada Intervensi (baseline)
Intervensi Dijalankan (intervensi)
Intervensi Dihentikan (baseline 2)
5
4
TL 1 Mendiamkan diri ketika disoal
3
2
TL 2 Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran
1
0 5 Julai 2010
6 Julai 2010
7 Julai 2010
11 Julai 12 Julai 13 Julai 19 Julai 20 Julai 21 Julai 2010 2010 2010 2010 2010 2010
Rajah 2 : Kekerapan Tingkah Laku Negatif Responden 1
Rajah 2 menunjukkan bahawa kekerapan tingkah laku negatif bagi Responden 1 adalah tinggi pada minggu pertama di mana tiada intervensi dijalankan. Kekerapan tingkah laku negatif semakin menurun pada minggu kedua apabila sistem token ekonomi dijalankan. Manakala bagi minggu ketiga pula, tingkah laku negatif masih lagi berlaku namun kekerapannya adalah yang rendah. Jadual 6 : Jumlah Tingkah Laku Negatif Responden 1 Fasa Minggu Pertama (Tiada intervensi) Minggu Kedua (Intervensi) Minggu ketiga (Intervensi dihentikan)
Kekerapan Tingkah Laku Negatif TL 1 + TL 2 23 kali 8 kali 4 kali
Analisis Data Tingkah Laku Negatif Responden 2 6 Tiada Intervensi (baseline)
Intervensi Dijalankan (intervensi)
Intervensi Dihentikan (baseline 2)
5
4 TL 1 Mendiamkan diri ketika disoal
3
TL 2 Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran
2
1
0 5 Julai 2010
6 Julai 2010
7 Julai 2010
11 Julai 12 Julai 13 Julai 19 Julai 20 Julai 21 Julai 2010 2010 2010 2010 2010 2010
Rajah 3 : Kekerapan Tingkah Laku Negatif Responden 2
Rajah 3 menunjukkan bahawa kekerapan tingkah laku negatif bagi Responden 2 adalah tinggi pada minggu pertama di mana tiada intervensi dijalankan. Kekerapan tingkah laku negatif didapati semakin menurun pada minggu kedua apabila sistem token ekonomi dijalankan. Manakala bagi minggu ketiga pula, kekerapan tingkah laku negatif didapati meningkat namun bilangannya masih pada kadar yang rendah. Jadual 7 : Jumlah Tingkah Laku Negatif Responden 2 Fasa Minggu Pertama (Tiada intervensi) Minggu Kedua (Intervensi) Minggu ketiga (Intervensi dihentikan)
Kekerapan Tingkah Laku Negatif TL 1 + TL 2 19 kali 5 kali 5 kali
Analisis Data Tingkah Laku Negatif Responden 1 dan Responden 2 25
20
15
Responden 1
10
Responden 2
5
0 Minggu Pertama (Tiada Intervensi)
Minggu Kedua (Token Ekonomi)
Minggu Ketiga (Token Ekonomi Ditarik)
Rajah 4 : Perbandingan Kekerapan Tingkah Laku Negatif Responden 1 dan Responden 2 Sepanjang 3 Minggu
Rajah 4 menunjukkan prestasi tingkah laku negatif kedua-dua responden dalam kajian ini. Statistik menunjukkan bahawa kekerapan tingkah laku negatif responden mula berkurang pada minggu kedua dan minggu ketiga. Berdasarkan rajah tersebut, kadar kekerapan tingkah laku negatif adalah tinggi pada minggu pertama semasa intervensi token ekonomi belum diaplikasikan ke atas keduadua responden. Sebelum menggunakan token ekonomi pada minggu pertama, kaedah amaran digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku murid. Pengkaji mendapati bahawa kaedah amaran didapati kurang berkesan kerana kekerapan tingkah laku negatif murid pada minggu pertama adalah tinggi. Kekerapan tingkah laku negatif mula beransur kurang pada minggu kedua di mana sistem token ekonomi mula dijalankan. Semasa minggu kedua, pengkaji telah berjaya melakukan sistem token ekonomi dengan lancar kerana token ekonomi telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari kalangan responden. Minggu kedua adalah titik kejayaan bagi pengkaji kerana pengkaji telah berjaya menguruskan bilik darjah dengan baik, mengawal disiplin murid, serta melibatkan responden secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya, kekerapan tingkah laku negatif pada minggu ketiga adalah tidak begitu memuaskan. Pengkaji mengharapkan bahawa tingkah laku negatif murid kekal berkurangan, namun sangkaan pengkaji meleset. Ini kerana, responden mula melanggar peraturan yang perlu dpatuhi di dalam bilik darjah setelah sistem token ekonomi
dihentikan. Responden juga didapati tidak bermotivasi untuk belajar apabila token bintang tidak lagi digunakan dalam sesi pembelajaran. Perkara ini telah menyebabkan prestasi responden pada minggu ketiga tidak memberangsangkan. REFLEKSI
Penyelidikan tindakan telah banyak memberi pengetahuan kepada pengkaji berkenaan murid-murid berkeperluan khas dengan lebih mendalam. Pengkaji juga merasakan bahawa pengetahuan dalam melaksanakan penyelidikan tindakan adalah penting dan perlu dilaksanakan bagi individu yang bergelar guru. Pengkaji berpendapat bahawa sesuatu permasalahan boleh dikaji dengan lebih mendalam. Malah, strategi untuk menyelesaikan masalah tersebut juga boleh diketahui dengan melaksanakan penyelidikan tindakan. Kajian ini telah membuahkan kejayaan bagi pengkaji dalam mengurangkan tingkah laku negatif responden. Kaedah token ekonomi ternyata membuatkan responden berusaha dengan gigih untuk menunjukkan tingkah laku positif disamping mengumpul token bintang supaya token tersebut dapat ditebus kepada ganjaran yang disukainya. Pengkaji juga mendapati bahawa, tingkah laku responden semasa sesi pembelajaran dalam bilik darjah semakin mudah dikawal dengan menggunakan token ekonomi.Kesan positif juga turut dapat dilihat apabila token ekonomi dihentikan pada minggu terakhir. Ini kerana, walaupun sistem token ekonomi telah dihentikan kadar kekerapan tingkah laku negatif responden didapati masih berkurang. Pengkaji juga berpendapat bahawa responden mula membiasakan diri dengan perubahan positif melalui token ekonomi, dan telah berusaha untuk menjadikan perubahan tingkah laku itu sebagai rutin harian. Walaubagaimanapun, pengkaji mengakui bahawa terdapat kelemahan penggunaan token ekonomi dalam mengubahsuai tingkah laku negatif responden. Kelemahan yang ketara dapat dilihat semasa pengkaji mengumpul data melalui pemerhatian. Semasa pemerhatian dibuat, pengkaji terpaksa melakukan dua perkara dalam satu masa iaitu mengajar dan memerhati tingkah laku. Perkara ini boleh menyebabkan ketidakadilan dalam pengagihan token kepada responden kerana pengkaji mungkin terlepas pandang akan tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh responden semasa sesi pembelajaran. Pengkaji juga mengakui bahawa guru seharusnya konsisten dengan pemberian token supaya responden dapat memperoleh jumlah token yang berpatutan dengan tingkah laku positif yang mereka tunjukkan. Pengagihan token haruslah diberi dengan lebih sistematik supaya tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh responden dihargai sepenuhya.
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini telah membuktikan kejayaan pengkaji dalam menggunakan token ekonomi sebagai ganjaran untuk mengubah tingkah laku bermasalah murid berkeperluan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga didapati banyak membantu pengkaji dalam meningkatkan tingkah laku positif responden. Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang, iaitu : Penggunaan buku token untuk meningkatkan nilai kendiri murid. Keberkesanan penggunaan buku token perlu dikaji untuk melihat sejauh mana kanakkanak khas boleh berdikari dengan menggunakan buku token tersebut. Kajian ini boleh dijalankan dengan memberikan buku token kepada murid supaya murid dapat belajar mengumpul mata token tanpa bimbingan pengkaji. Setiap kali tingkah laku positif dilakukan, murid akan menandakan buku tokennya dengan arahan pengkaji. Pemberian ganjaran pada setiap pencapaian mengikut objektif pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji menyenaraikan objektif yang sesuai dengan tahap keupayaan murid dan murid haruslah berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Fokus kajian adalah bertumpu samaada ganjaran berbentuk hadiah dapat memotivasikan murid dalam mencapai objektif pembelajaran tersebut. Oleh itu, kajian ini haruslah menunjukkan bahawa ganjaran berbentuk hadiah dapat meningkatkan motivasi murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam bidang akademik. Lanjutan tempoh kajian. Kajian juga boleh diteruskan dengan melanjutkan tempoh penyelidikan tindakan kepada dua bulan. Tempoh sebulan sahaja mungkin tidak menunjukkan perubahan tingkah laku yang begitu ketara, namun jika tempoh kajian dilanjutkan ke bulan yang kedua perubahan tingkah laku responden dapat dilihat dengan lebih jelas dan sahih. Kajian juga boleh dijalankan dengan menggunakan token ekonomi sebagai intervensi pada bulan pertama, kemudian token ekonomi diberhentikan pada bulan yang kedua. Perbandingan prestasi responden antara bulan pertama dan bulan kedua pasti menunjukkan perbezaan tingkah laku yang lebih jelas.
RUJUKAN
Abdul Rahim Marzuki, Amir Omar, dan Rosni Abdullah. (2006). Perlaksanaan program ekonomi token dalam menguruskan tingkah laku bermasalah murid pendidikan khas, 1, 22-23. Santhi Periasamy, Lew Moi Mooi dan Jeya Velu. (2009). Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan Pelajar , 1, 1 - 83.
LAMPIRAN A
Senarai Semak Tingkah Laku Negatif Responden 1 dan Responden 2 Tingkah Laku Responden 1 Ya / Tidak
Tingkah Laku Negatif
1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5.
Guru A Tidak menyiapkan tugasan Tidak menumpukan perhatian. Mendiamkan diri ketika disoal. Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran Menangis dan merajuk apabila dimarahi. Guru B Tidak menyiapkan tugasan Tidak menumpukan perhatian. Mendiamkan diri ketika disoal. Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran Menangis dan merajuk apabila dimarahi.
Tingkah Laku Responden 2 Ya / Tidak
/ /
/ /
/ -
/ /
/ /
/
/ -
/ /
Guru C 1. 2. 3. 4. 5.
Tidak menyiapkan tugasan. Tidak menumpukan perhatian. Mendiamkan diri ketika disoal. Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran. Menangis dan merajuk apabila dimarahi.
/ /
/ /
-
/
/
/ -
/ /
/ /
Guru D 1. 2. 3. 4. 5.
Tidak menyiapkan tugasan. Tidak menumpukan perhatian. Mendiamkan diri ketika disoal. Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran. Menangis dan merajuk apabila dimarahi.
Senarai Semak Guru A, B, C dan Guru D
Hasil Dapatan Melalui Senarai Semak R
R1 R2 JUM
Tidak menyiapkan tugasan 0 1 1
Tidak tumpu perhatian
3 2 5
Berdiam diri ketika disoal
4 3 7
Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran
Menangis dan merajuk apabila dimarahi
3 3 6
Petunjuk : R = Responden , R1 = Responden 1, R2 = Responden 2.
1 4 5
LAMPIRAN B
Lembaran Data Perekodan / Kekerapan ( Event Recording Data Sheet ) Sasaran
:
Tingkah laku 1 :
Responden 1 Mendiamkan diri ketika disoal
TARIKH 5/7/2010 6/7/2010 7/7/2010 11/7/2010 12/7/2010 13/7/2010 19/7/2010 20/7/2010 21/7/2010
Tingkah laku 2 :
KEKERAPAN /// ///// /// // / / / -
Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran
TARIKH 5/7/2010 6/7/2010 7/7/2010 11/7/2010 12/7/2010 13/7/2010 19/7/2010 20/7/2010 21/7/2010
Sasaran
:
Tingkah laku 1 : TARIKH 5/7/2010 6/7/2010 7/7/2010 11/7/2010 12/7/2010 13/7/2010 19/7/2010 20/7/2010 21/7/2010
Tingkah laku 2 : TARIKH 5/7/2010 6/7/2010 7/7/2010 11/7/2010 12/7/2010 13/7/2010 19/7/2010 20/7/2010 21/7/2010
Petunjuk : Tiada intervensi Intervensi dijalankan Intervensi dihentikan
JUMLAH 3 5 3 2 1 1 1 -
KEKERAPAN //// //// //// // / / / /
JUMLAH 4 4 4 2 2 1 1 1
Responden 2 Mendiamkan diri ketika disoal KEKERAPAN // ///// /// // / /
JUMLAH 2 5 3 2 1 1
Mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran KEKERAPAN /// //// // // / / //
JUMLAH 3 4 2 2 1 1 2