INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.
PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2010
KERJA KURSUS PENDEK PENDIDIKAN JASMANI :
PERMAINAAN TENG - TENG ( KERJA KUMPULAN )
NAMA PELAJAR
: NURUL FITTHIRIYYAH BINTI (). : SYARIFAH BINTI (). : SHAMINI A/P MURALLY ( 920513-05-5114 ) .
KUMPULAN / UNIT
: MT / EL / BM 2 .
NAMA M.P
: PENDIDIKAN JASMANI .
NAMA PENSYARAH
: PN. MELAWATI BINTI YACOB.
TARIKH SERAHAN
: 04 APRIL 2011.
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ...............................................................Error! Bookmark not defined. 2.0 PERMAINAN TENG - TENG ............................................ Error! Bookmark not defined. 2.1 ASAL USUL PERMAINAN TENG - TENG .................... Error! Bookmark not defined. 2.2 PERATURAN PERMAINAN TENG - TENG.................. Error! Bookmark not defined. 3.0 KESIMPULAN ..................................................................Error! Bookmark not defined. 4.0 REFLEKSI........................................................................Error! Bookmark not defined. 5.0 BIBLIOGRAFI ..................................................................Error! Bookmark not defined. 6.0 LAMPIRAN.......................................................................Error! Bookmark not defined. 6.1 LAMPIRAN A: KERTAS SOALAN KERJA KURSUS .... Error! Bookmark not defined. 6.2 LAMPIRAN B: INTERNET – GAMBAR ........................ Error! Bookmark not defined.
PENGENALAN
Permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh orang melayu dari dulu lagi Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masingmasing.Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.Kebanyakan permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang besar untuk dimainkan kerana bahan yang digunakan boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar.Permainan tradisional boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.Permainan tradisional juga tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja malah kaum wanita turut mempunyai jenis permainan tradisional mereka sendiri.Contohnya permainan tradisional orang dewasa ialah permainan wau, gasing pangkah, dam haji, sepak raga dan sebagainya.Contoh permainan tradisional kanak-kanak ialah layang-layang, ting-ting, kunda k indi, galah panjang, congkak, batu seremban dan banyak lagi. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Teng – Teng ".
ASAL USUL PERMAINAN TENG – TENG
Teng-teng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanakkanak. Teng-teng sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. . Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang Teng-teng tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain tengteng. Teng-teng sebenarnya mudah hendak dimain. Permainan teng-teng tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Teng-teng boleh dimain seorang ataupun secara kumpulan. Teng-teng sekurang-kurangnya mempunyai 9 rumah yang dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, dia boleh lompat ke 8 kotak yang lain dan tidak boleh pijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya.
KESIMPULAN Dalam semester kedua, kami telah mempelajari pelbagai jenis permainan traditional terutama permainan yang melibatkan kanak-kanak. Terdapat banyak jenis permainan tengteng yang dimainkan dalam masyarakat kita. Antaranya ialah tengteng yang berbentuk siput,kapal terbang dan ular.Dalam kerja kursus ini,kami memilih untuk mempersembahkan cara permainan tengteng yang berbentuk kapal terbang. Permainan tengteng adalah sejenis permainan yang menggunakan sebelah kaki untuk memainkannya.Permainan tengteng juga dikenali sebagai permainan ketinting. Biasanya permainan ini dimainkan oleh golongan kanak-kanak.Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini mungkin disebabkan permainan tengteng tidak begitu lasak dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Selain itu, ia cuma memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di perkampungan, gelanggang permainan tengteng dibuat dengan menggoreskan garisan di atas pasir sahaja,tetapi berbeza pula keadaannya dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan atau pekan yang tiada pasir dan tanah.Mereka akan menggunakan kapur tulis untuk membuat garisan bagi gelanggang tengteng tersebut di atas jalan bertar. Tengteng biasanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang pemain setiap gelanggang.Gelanggang tengteng hanya dilukiskan petaknya sahaja.Terdapat lapan petak dalam gelanggang tengteng kapal terbang ini.Selain daripada gelanggang, gundu juga adalah alat permainan yang pentig dalam permainan tengteng ini.Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di dalam petak gelanggang.Gundu ialah sebuah objek yang diperbuat daripada pelbagai alat.Terdapat banyak benda yang boleh dijadikan gundu,antaranya ialah pemadam,batu,dan alat yang berbentuk leper dan berat. Sebelum memulakan permainan, pemain perlu melakukan undian terlebih dahulu bagi menentukan pemain pertama, kedua dan seterusnya. Setelah bermain,perkara yang terakhir yang dilakukan ialah membina rumah.Pemenang bagi permainan ini merupakan pemain yang mempunyai paling banyak rumah.
REFLEKSI
Tugasan yang diberi oleh pensyarah Pendidikan Jasmani saya, iaitu Pn. Melawati binti Yacob ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Bagi menyempurnakan tugasan ini , kelas matematik kami telah terbahagi kepada beberapa kumpulan pelajar. Dengan syaratnya,setiap kumpulan mesti mempunyai pelajar tidak melebihi daripada 3 orang dan kumpulan kami terdiri daripada tiga orang sahaja. Setelah selesainya pembahagian kumpulan, semua kumpulan telah memulakan kerja kumpulan mereka masing – masing dengan serta – merta kerana masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan tugasan ini adalah sangat terhad, iaitu selama 2 minggu sahaja.Begitu juga dengan kumpulan kami telah memulakan tugasan ini dengan segera. Melalui tugasan ini, kami dapat mencari bahan yang sesuai dan juga berkaitan dengan tajuk tugasan kami, iaitu ‘Permainan Tradisional Teng – Teng..Kemudian , kami mampu mengenal pasti gaya hidup sihat yang dapat diperolehi melalui permainan tradisional teng-teng ini. Selain itu, kami juga dapat mengenal pasti kemahiran pergerakan asas yang terdapat dalam permainan yang kami telah pilih itu. Malah, kami juga dapat melaksanakan permainan tradisional ini dengan penuh berkesan hasil daripada pengetahuan yang kami perolehi melalui tugasan ini. Setelah memperoleh maklumat yang sebanyak mungkin,satu lagi perjumpaan telah diadakan di antara kami bagi berbincang balik tentang tugasan ini. Kami menghadapi sedikit kesukaran apabila mengkaji tentang sejarah permainan tradisional teng – teng secara lebih mendalam. Tetapi, dengan bimbingan dan dorongan yang diberi oleh pensyarah, kami dapat mengatasi masalah tersebut dengan jayanya. Akhir sekali,selepas perjumpaan demi perjumpaan akhirnya kami sudah pun menyempurnakan tugasan ini dengan penuh yakin. Hal ini kerana terdapatnya nilai tolong- menolong dan juga berkerjasama yang tidak terhingga antara kami berdua dan saya berharap keadaan sebegini akan berterusan pada masa akan datang.
LAMPIRAN LAMPIRAN A : KERTAS SOALAN KERJA KURSUS
LAMPIRAN B : INTERNET - GAMBAR
GELENGGANG TENG – TENG
CARA BERMAIN TENG – TENG
http://malaysiana.pnm.my/03/0313teng_teng.htm http://mazlan66.wordpress.com/2008/04/28/permainan-tradisional/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Teng_teng