FIQH MUAMALAT 1 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
Isi Kandungan Isi Kandungan........ ............... ............... ................ ................ ............... ............... ................ ............... ............... ............ ........ ........ ........ ........ ........ ........ ........ .... 1 PENDAHULUAN....... ............... ................ ............... ............... ................ ............... ............... ................ ................ ............... ............... ................ ............ ........ .... 2 KONSEP DAN DAN PENGERTIAN WAKAF....... ............... ................ ............... ............... ................ ............... ........... ........ ........ ........ ........ ........ ......4 HUKUM WAKAF....... ............... ................ ............... ............... ................ ............... ............... ................ ................ ............... ............... ................ ............. ..... 5 HIKMAH PENSYARIATAN WAKAF....... ............... ................ ............... ............... ................ ............... ........... ........ ........ ........ ........ ........ ...... .. 5 FENOMENA WAKAF DI MALAYSIA MALAYSIA........ ............... ............... ................ ................ ............... ............... ............... ........... ........ ........ ........ ........ .... 7 PERBEZAAN WAKAF DULU DAN SEKARANG SEKARANG........ ................ ............... ............... ............... ........... ........ ........ ........ ........ ........ ....... ... 9 a. Proses Perlaksanaan Wakaf Wakaf........ ................ ............... ............... ................ ................ ............... ............... ................ ............ ........ ........ .... 9 Benda yang boleh diwakafkan........................... diwakafkan. ..................................................... ..................................................... .......................... 12 Kegunaan harta wakaf........................ wakaf................................................... ................................................. .................................. .................. ...... 15 KESIMPULAN....... ............... ................ ............... ............... ................ ............... ............... ................ ................ ............... ............... ................ ............... .......... ... 20
FIQH MUAMALAT 2 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
PENDAHULUAN Dewas De wasa a ini, ini, insti institus tusii wakaf wakaf sem semaki akin n diber diberii perhat perhatian ian lantar lantaran an keseda kesedaran ran tentan tentang g kepenting kepentinganny annya a sebagai sebagai salah salah satu pemangk pemangkin in pembangun pembangunan an ekonomi ekonomi umat umat Islam. Islam. Wakaf Wakaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedekah. Ia adalah termasuk dalam mafhum infaq yang disebut oleh Allah sebanyak 60 kali dalam al-Quran. Amalan wakaf memainkan peranan penting penting dalam membangunkan membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf. Bahkan wakaf ini diinstitusikan diinstitusikan untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berper berperana anan n pentin penting g dalam dalam memban membangun gun kekua kekuatan tan dan keseja kesejahte hteraa raan n umat umat Islam Islam sej sejak ak berzaman. Muhammad Abu Zahrah dalam bukunya Muhadarat fi al-Waqf ( Perbahasan Mengenai Wakaf) Wakaf) menyeb menyebutk utkan an bahawa bahawa pembin pembinaan aan Mas Masjid jid al-Ha al-Haram ram dan Mas Masjid jid al-Aqs al-Aqsa a adalah adalah sebahagian daripada usaha kerja amal wakaf yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Sifat naluri manusia juga mahu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain selepas ia meningga meninggall dunia. dunia. Oleh itu, agama agama Islam Islam menggalak menggalakkan kan umatnya umatnya melakuka melakukan n amalan amalan wakaf wakaf supaya pahala tersebut akan berterusan walaupun ia telah meninggal dunia selagi mana harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umum. Rasulullah merupakan orang yang pertama mewakafkan hartanya selepas peperangan Uhud apabila baginda mewakafkan harta yang diberikan oleh sahabat yang bernama Mukhairiq daripada hasil habuan perang. Kemudian perkara tersebut diikuti oleh para sahabat seperti Umar bin al-Khatab. Amalan tersebut terus subur dalam masyarakat Islam sehingga kini. Begitu juga, pembinaan Masjid Masjid al-Nabawi adalah hasil hasil daripada harta wakaf. wakaf. Amalan jariah mendirikan mendirikan bangunan masjid tersebut menjadi amalan keseluruhan umat Islam. Antara masjid-masjid masjid-masjid yang masyhur adalah masjid al-Azhar,Masjid al-Azhar,Masjid al-Husain di Mesir, Masjid Umawi di Syria dan Masjid alQairawan di Tunis. Di Malaysia, amalan tersebut bermula sejak kurun ke 15, apabila Islam mula bertapak di sini dengan pembinaan masjid di seluruh Tanah Melayu. Antara tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan seorang seorang hamba dengan Allah. Oleh itu, wakaf hanya dibolehkan kepada perkara kepentingan umum umat Islam dan bukan kepada
FIQH MUAMALAT 3 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
tempat ibadat orang-orang kafir, atau disalurkan ke dalam aktiviti yang haram atau maksiat atau yang bertentangan dengan ajaran Islam. Muhammad Abu Zahrah menyatakan amalan wakaf tidak terhad kepada pembinaan masjid, bahkan merangkumi semua bentuk amalan yang berlaku pada sedekah seperti amalan mewakafkan harta benda, tanah, wang sewaan tanah, pembinaan hospital, rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin. Salah satu contoh harta wakaf umat Islam yang kekal sehingga kini ialah pembinaan Universiti al-Azhar semenjak 1000 tahun lalu. Sehingga kini pembiayaan dikendalikan daripada harta wakaf yang memberi khidmat percuma pengajian kepada pelajar Islam dari seluruh dunia.
FIQH MUAMALAT 4 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
KONSEP DAN PENGERTIAN WAKAF Terminologi wakaf berasal daripada perkataan arab “ waqafa ” yang bernaksud berhenti, menegah dan menahan. Sedangkan menurut istilah syarak, ialah menahan sesuatu benda yang kekal zatnya, untuk diambil manfaatnya untuk kebaikan dan kemajuan Islam. Menahan suatu benda yang kekal zatnya bermaksud tidak dijual dan tidak diberikan serta tidak pula diwariskan, tetapi hanya disedekahkan untuk diambil manfaatnya saja. Ada beberapa pengertian tentang wakaf. Pengertian wakaf menurut mazhab syafi’i dan hambali adalah seseorang menahan hartanya untuk dimanfaatkan di segala bidang kemaslahatan. Pengertian wakaf menurut mazhab hanafi adalah menahan harta-benda sehingga menjadi hukum milik Allah ta’alaa, maka seseorang yang mewakafkan sesuatu bererti ia melepaskan pemilikan harta tersebut dan memberikannya kepada Allah untuk memberikan manfaatnya kepada manusia secara tetap, tidak boleh dijual, dihibahkan, ataupun diwariskan. Pengertian wakaf menurut imam Abu Hanafi adalah menahan harta-benda atas pemilikan orang yang berwakaf dan bersedekah dari hasilnya atau menyalurkan manfaat dari harta tersebut kepada orang-orang yang dicintainya. Berdasarkan definisi dari Abu Hanifah ini, maka harta tersebut ada dalam pengawasan orang yang berwakaf (wakif) selama ia masih hidup, dan boleh diwariskan kepada ahli warisnya jika dia sudah meninggal baik untuk dijual atau dihibahkan. Pengertian wakaf menurut mazhab maliki adalah memberikan sesuatu hasil manfaat dari harta, pemilikan pemberi manfaat tersebut walaupun sesaat. Pengertian wakaf menurut peraturan pemerintah no. 28 tahun 1977 adalah perbuatan hukum seseorang atau badan hukum yang memisahkan sebagian harta kekayaannya yang berupa tanah milik dan melembagakannya untuk selama-lamanya bagi kepentingan ibadat atau keperluan umum lainnya sesuai dengan ajaran agama Islam. Dari definisi tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa wakaf itu termasuk salah satu pemberian, akan tetapi hanya boleh diambil manfaatnya. Jadi, harta yang layak untuk diwakafkan adalah harta yang tidak habis dipakai dan umumnya tidak dapat dipindahkan, mislanya tanah, bangunan dan sejenisnya. Utamanya untuk kepentingan umum, misalnya untuk masjid, mushala, pondok pesantren, panti asuhan, jalan umum, dan sebagainya.
FIQH MUAMALAT 5 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
HUKUM WAKAF
Hukum wakaf sama dengan amal jariyah. Sesuai dengan jenis amalnya maka berwakaf bukan sekedar berderma (sedekah) biasa, tetapi lebih besar pahala dan manfaatnya terhadap orang yang berwakaf. Pahala yang diterima mengalir terus menerus selama barang atau benda yang diwakafkan itu masih berguna dan bermanfaat. Hukum wakaf adalah sunah. Ditegaskan dalam hadith:
َْ ع ُ ْد َي حٍ ِص َ ِد َوَ وْ َا ِِب َُفت َنْيَ ٍمْلعِ وْ َا ٍةَيرِ جَ ٍةَقدَص َ : ثٍ َ َ ْ ِ ّ ِا ُُلَ عَ َطَ َْ اِ َ َ ا َ ْب ا َ َ َذاِا ( سلم رواه) ُ Artinya: “ Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), yaitu sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, atu anak shaleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)
Imam al-Rafi’i menjelaskan perkataan bersedekah jariah dalam hadith tersebut dengan maksud wakaf kerana pahala sedekah jariah wakaf terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain pahala tidak berpanjangan mengalir seperti wakaf. Harta yang diwakafkan tidak boleh dijual, dihibahkan atau diwariskan. Akan tetapi, harta wakaf tersebut harus secara terus menerus dapat dimanfaatkan untuk kepentingan umum sebagaimana maksud orang yang mewakafkan. Hadith Nabi yang artinya: “ Sesungguhnya Umar telah mendapatkan sebidang tanah di Khaibar. Umar bertanya kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah apakah perintahmu kepadaku sehubungan dengan tanah tersebut? Beliau menjawab: Jika engkau suka tahanlah tanah itu dan sedekahkan manfaatnya! Maka dengan petunjuk beliau itu, Umar menyedekahkan tanahnya dengan perjanjian tidak akan dijual tanahnya, tidak dihibahkan dan tidak pula diwariskan. ” (HR Bukhari dan Muslim)
HIKMAH PENSYARIATAN WAKAF Hikmah wakaf adalah sebagai berikut: 1. Melaksanakan perintah Allah SWT untuk selalu berbuat baik. Firman Allah SWT:
FIQH MUAMALAT 6 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan . ” (QS Al
Hajj : 77) 2. Memanfaatkan harta atau barang dalam tempoh yang tidak terbatas
Kepentingan diri sendiri sebagai pahala sedekah jariah dan untuk kepentingan masyarakat Islam sebagai upaya dan tanggung jawab kaum muslimin. Mengenai hal ini, rasulullah SAW bersabda dalam salah satu hadisnya: (دينى )ا ْ َ ْلََ َ ِِْل سْ ُ ْا ِ ْ َبِ ّمَتْ َي َ ْ َ Ertinya: “Barangsiapa yang tidak memperhatikan urusan dan kepentingan kaum muslimin maka tidaklah ia dari golonganku. ” (Al Hadis) 3. Mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi
Wakaf biasanya diberikan kepada pihak yang berkaitan dengan amaln kebajikan. Hal ini sesuai dengan kaedah usul fiqih berikut ini.
َ ح ْاِ ِ َ َ علىَ ُّد َُ َ ح ْاِ ِ َ َ Ertinya: “Kemaslahatan umum harus didahulukan daripada kemaslahatan yang khusus.”
FIQH MUAMALAT 7 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
FENOMENA WAKAF DI MALAYSIA Perkembangan wakaf sejak zaman Rasulullah SAW juga mempengaruhi kehidupan umat Islam di Malaysia sejak zaman pengIslamannya. Malaysia memiliki tanah wakaf yang amat besar dan jika dibangunkan boleh memberi impak kepada pembangunan ekonomi umat Islam khasnya dan Negara amnya. Keluasan tanah wakaf di Malaysia ialah sebanyak 20,735.61 ekar dimana sebanyak 14,815.787 ekar adalah wakaf khas dan 5,919.83. Negeri Johor adalah negeri yang paling banyak memiliki tanah wakaf diikuti oleh Perak dan Pahang. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain daripada wakaf tanah, terdapat banyak institusi pendidikan di Malaysia yang terus memberi bakti di atas asas wakaf seperti Madrasah al-Attas di Pekan, Madrasah al-Attas di Johor, Sekolah Agama Arab Al-Masriyah di Bukit Mertajam, Madrasah Khairiah Islamiah di Kepala Batas, Madrasah Masyhor al-Islamiyyah di Pulau Pinang, Maahad al-Yahyawiah di Padang Rengas, Perak, Maahad al-Ihya’ al-Syarif di Gunung Semanggol, Maahad Mahmud di Alor Setar, Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang dan lain-lain lagi. Masih terdapat banyak masalah dalam membangunkan harta wakaf di Malaysia. Masalah perundangan iaitu ketidakseragaman undang-undang wakaf antara negeri-negeri yang mewujudkan perbezaan dalam pemahaman, tafsiran, tatacara pengeluaran fatwa dan hukum. Ini berpunca daripada kedudukan harta wakaf sepertimana perkara-perkara agama lain terletak di bawah bidangkuasa negeri (Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai 2 (1)) dan tiada enakmen khusus berkaitan pengurusan dan pentadbiran wakaf di negeri-negeri kecuali Selangor (Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 7/1999). Kebanyakan tanah wakaf di kawasan bandar terletak di lokasi yang kurang strategik dan tidak berpotensi untuk dibangunkan. Manakala tanah wakaf di kawasan pedalaman tidak digunakan secara optima kerana kerana ketiadaan keperluan untuk dibangunkan. Terdapat juga kes pencerobohan tanah wakaf secara haram di beberapa negeri bukan sahaja untuk tujuan penempatan, malah digunakan untuk membina premis-premis perniagaan. Terdapat tanah wakaf yang belum didaftarkan di bawah pentadbiran pihak berkuasa agama menyebabkan ia tidak boleh dibangunkan. Ketiadaan pengkalan data yang lengkap tentang tanah-tanah wakaf.
FIQH MUAMALAT 8 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkembangan positif yang menggambarkan kesedaran yang tinggi dikalangan pelbagai pihak terhadap potensi harta wakaf. Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji pada 27 Mac 2004 oleh Kerajaan Malaysia. Objektif jabatan ini tentang wakaf ialah untuk mewujudkan institusi wakaf yang kemas, teratur, seragam, telus dan berkesan menurut lunas-lunas Syarak yang dapat membantu meningkatkan taraf sosiekonomi masyarakat Islam di Malaysia. Pengemukakaan cadangan pensekuritian harta wakaf melalui instrumen sukuk untuk mengembangkan lagi manfaat harta wakaf dalam cadangan 68, Pelan Induk Pasaran Modal Malaysia yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada Februari 2001. Penerbitan Saham Wakaf oleh beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Selangor. Cadangan ini adalah menepati keputusan Majma’ Fiqh Islamiy pada 24 November 2005 bahawa: “Adalah harus mewaqafkan bahagian-bahagian dan saham-saham syarikat kewangan yang diperniagakan dalam dagangan yang diharuskan oleh Syarak dengan syarat saham-saham ini beserta keuntungannya diagihkan sejajar serta mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh pewaqaf dimana ia adalah seperti nas Syarak iaitu satu kaedah yang telah disepakati oleh Ulama.” Saham Wakaf Johor telah membolehkan pembinaan Bangunan Saham Wakaf Johor di Skudai dengan kos RM 4 juta, pembangunan projek wakaf pertanian seluas 3800 hektar di Mersing, pembelian bangunan asrama 6 tingkat untuk pelajar di Kaherah, Mesir dan pemberian bantuan kepada umat Islam hasil sewaan bangunan wakaf dan lain-lain projek Wakaf. Penerbitan Pelan Takaful Wakaf oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang menggabungkan produk Takaful di bawah kontrak Mudharabah dengan wakaf tunai sejak tahun 1997. Produk ini telah memberi manfaat kepada golongan petani, nelayan dan orang kurang upaya (OKU) melalui penerima wakaf dinamakan iaitu Yayasan Di Raja Sultan Mizan Zainal Abidin, anak yatim dan orang tua di beberapa rumah anak yatim dan orang tua, pelajar-pelajar kurang bernasib baik di beberapa buah institusi pendidikan dan lain-lain lagi. Pengenalan Sistem Maklumat Wakaf Berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GISWAQF) iaitu mengambil manfaat daripada Geographic Information System (GIS) sebagaimana dicadangkan oleh sekumpulan penyelidik daripada Pusat Kajian Harta Tanah (CRES), Universiti Teknologi Malaysia. Usaha ini adalah untuk membolehkan tanah-tanah wakaf diuruskan dengan lebih efisien oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.
FIQH MUAMALAT 9 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
PERBEZAAN WAKAF DULU DAN SEKARANG a. Proses Perlaksanaan Wakaf Wakaf harta hanya akan menjadi sempurna atau sah apabila syarat-syarat wakaf dilaksanakan seperti berikut : a) Wakaf hendaklah dibuat secara kekal tanpa dihadkan untuk mana-mana tempoh
tertentu. b) Bagi wakaf khas, tujuan dan maksud wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas dan waqf menjadi tidak sah apabila tujuan dan maksud pewakafan tidak dinyatakan. c) Harta yang diwakafkan akan berkuatkuasa serta merta, tidak boleh ditarik balik, tidak
boleh diubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain kecuali melalui pelaksanaan waqf istibdal1
I.
Wakaf telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah s.a.w dan diikuti para sahabatnya, setengah pendapat ulamak mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w melaksanakan wakaf buat pertama kalinya adalah tanah milik Nabi s.a.w yang digunakan untuk membangunkan sebuah masjid. Pada tahun ketiga Hijriyah Rasulullah pernah mewaqfkan ketujuh kebun kurma di Madinah; antaranya ialah kebun A’raf, Shafiyah, Dalal, Barqah dan kebun lainya. Kaedah yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat adalah berasaskan hadis Ibn Umar yang diriwayatkan muslim, di dalam hadis tersebut telah dinyatakan bahawa sekiranya tanah dijadikan waqf, “ tanah itu tidak dijual, tidak diperniagakan, tidak dijadikan harta pusaka (tidak diwarisi) dan tidak dipindah milik kepada orang lain (hibah). Selain itu, kesemua hasil tanah (kebun) itu hendaklah diagih-agihkan kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba abadi, orang yang berada di jalan Allah (fisabilillah), ibnussabil dan pembiayaan kepada para tetamu. Tidak menjadi kesalahan (berdosa) bagi pemegang amanah tanah wakaf (pengurus) tersebut untuk mengambil hasil tanah wakaf secara berpatutan bagi 1
Istibdal bermaksud menggantikan harta waqf dangan harta lain yang lebih baik sama ada dengan tukaran, belian atau jualan menurut hukum syarak dangan tujuan mengekalkan dan mengalirkan manfaat harta waqf
FIQH MUAMALAT 10 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
menampung sara hidup atau untuk meraikan para tetamu, asalkan tidak dijadikan milik persendirian”. (Hadis Riwayat Muslim) Menurut pendapat Imam Syafie, Malik dan Ahmad, waqf dianggap terlaksana dengan adanya lafaz atau sighah (ijab dan qabul). Satu penyataan tawaran (ijab) dari pewaqf bagi mewujudkan waqf dan penyataan penerimaan (qabul) oleh penerima wakaf. Akad waqf boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu melalui jelas (soreh) dan simbolik (kinayah). Jelas (soreh) iaitu lafaz yang membawa satu maksud secara langsung contoh: “ Saya Siti NurHaliza bt Tarudin dengan ini mewaqfkan tanah saya seluas satu ekar berpegang kepada hakmilik………………… di lot 1234, Mukim/pekan/bandar……………… dalam
Daerah………………Negeri………………kepada
pihak
Majlis
Agama
Islam
mulai………………………..bagi tujuan kebajikan umum umat Islam”. Simbolik (kinayah) pula tiada lafaz waqf tetapi boleh membawa banyak maksud yang boleh member erti waqf, termasuk lafaz dalam bentuk tulisan, isyarat dan sighah kinayah. Contohnya: seseorang itu berkata, “hartaku adalah menjadi sedekah kepada fakir miskin, atau “ saya serahkan ia kepada mereka selama-lamanya”. Wakaf dianggap sah apabila sudah ada pernyataan tawaran (ijab) dari pewakaf dan pernyataan terima (qabul) dari penerima wakaf. II.
Proses pelaksanaan wakaf pada zaman sekarang dan zaman Rasulullah s.a.w sangat berbeza. Lazimnya pada zaman dahulu orang-orang yang ingin mewakafkan hartanya sama ada wakaf khas atau wakaf am, mereka berwakaf secara lisan dengan disaksikan oleh beberapa orang Islam yang amanah dan melantik pengurus wakaf dalam bentuk individu, kumpulan dan sebagainya untuk menguruskan harta wakaf. Pada zaman sekarang kesemua harta wakaf diwajibkan mendaftar sebagai wakaf. Di Malaysia pengurusan wakaf adalah di bawah pihak berkuasa agama negeri-negeri iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). MAIN adalah pemegang amanah tunggal bagi semua hartanah wakaf.
FIQH MUAMALAT 11 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
Anatara proses pemohonan mendaftarkan tanah waqf individu atau orang perseorangan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh MAIN adalah seperti berikut: I.
Permohonan untuk mendaftar tanah waqf boleh dilakukan oleh pewaqf dengan mengisi Borang Permohonan ( Borang A) yang disediakan oleh MAIN. Antara maklumat yang diperlukan ialah seperti berikut:
II.
•
Maklumat diri pewakaf
•
Maklumat tanah yang hendak diwaqfkan
•
Maklumat penerima manfaat waqf
•
Pernyataan tujuan waqf tanah sama ada waqf am atau khas
•
Dan beberapa salinan dokumen yang perlu disertakan seperti; o
Kad pengenalan.
o
Dokumen hakmilik/cabutan/carian rasmi hakmilik
o
Resit cukai tanah terkini
o
Pelan lokasi
o
Perjanjian (contoh salinan perjanjian jual beli)
Pengurus waqf iaitu Pegawai MAIN yang bertanggungjawab tentang waqf menyemak dan membuat siasatan ke atas kesahihah permohonan waqf.
III.
Pengurus waqf menyerahkan surat akuan terima permohonan waqf kepada pewaqf dan mengambil tindakan seperti berikut; •
Membuat semakan dan siasatan mengenai maklumat tanah dan status hak pewaqf ke atas tanah yang hendak diwaqfkan
•
Menyediakan lapora siasatan dan membentangkan hasil siasatan dalam jawatankuasa berkaitan untuk pertimbangan dan kelulusan
FIQH MUAMALAT 12 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang •
Keputusan iaitu pengurus waqf mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa MAIN.
•
IV.
Memaklumkan status keputusan permohonan waqf kepada pewaqf.
Sekiranya permohona waqf mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa MAIN, Pengurus waqf perlu mengambil tindakan seperti berikut: •
Tetapkan tarikh surat cara/hujah wakaf
•
Sempurnakan surat cara/hujah waqf
•
Urusan
pemindahan
milik
hendaklah
secepat
mungkin
menerusi
peletakhakan berkanun di bawah seksyen 416C KTN.
Benda yang boleh diwakafkan. Secara umumnya, benda yang boleh diwakafkan meliputi setiap aspek barangan atau harta yang boleh memberi manfaat dan faedah bagi manusia. Namun begitu, terdapat sedikit perselisihan pendapat dikalangan para ahli feqah berkenaan adakah benda yang diwakafkan itu mestilah sesuatu yang tetap dan tidak boleh dipindah tempatnya ataupun meliputi setiap jenis aset dan harta yang bermanfaat. Jumhur fuqaha’ (syafie, maliki,hanbali) berpendapat bahawa setiap apa yang harus hukumnya untuk dijual beli, dan bermanfaat berserta kekal ainnya maka harus hukumnya untuk diwakafkan.2 Sementara itu hanafi berpendapat bahawa setiap barang yang boleh berpindah tempat tidak harus hukumnya untuk diwakafkan. 3
Dalam sejarah Islam, Wakaf dikenal sejak masa Rasulullah SAW karena wakaf disyariatkan setelah nabi SAW Madinah, pada tahun kedua Hijriyah. Ada dua pendapat yang berkembang di 2 3
- AL-MUGHONNI (IBNU QUDAMAH) 8/231 - RODDUL MUKHTAR (IBNU A’BIDIN) 6/552
FIQH MUAMALAT 13 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
kalangan ahli fuqaha’ Islam tentang siapa yang pertama kali melaksanakan syariat wakaf. Menurut sebagian pendapat ulama mengatakan bahwa yang pertama kali melaksanakan wakaf adalah Rasulullah SAW ialah wakaf tanah milik Nabi SAW untuk dibangun masjid. Pendapat ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Umar bin Syabah dari ‘Amr bin Sa’ad bin Mu’ad, ia berkata: Dan diriwayatkan dari Umar bin Syabah, dari Umar bin Sa’ad bin Muad berkata: “Kami bertanya tentang mula-mula wakaf dalam Islam? Orang Muhajirin mengatakan adalah wakaf Umar, sedangkan orang-orang Ansor mengatakan adalah wakaf Rasulullah SAW.” 4
Rasulullah SAW pada tahun ketiga Hijriyah pernah mewakafkan tujuh kebun kurma di Madinah; diantaranya ialah kebun A’raf, Shafiyah, Dalal, Barqah dan kebun lainnya. Menurut pendapat sebagian ulama mengatakan bahwa yang pertama kali melaksanakan Syariat Wakaf adalah Umar bin Khatab. Pendapat ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Ibnu Umar ra, ia berkata: Dari Ibnu Umar ra, berkata : “Bahwa sahabat Umar ra, memperoleh sebidang tanah di Khaibar, kemudian Umar ra, menghadap Rasulullah SAW untuk meminta petunjuk, Umar berkata : “Hai Rasulullah SAW., saya mendapat sebidang tanah di Khaibar, saya belum mendapat harta sebaik itu, maka apakah yang engkau perintahkan kepadaku?” Rasulullah SAW. bersabda: “Bila engkau suka, kau tahan (pokoknya) tanah itu, dan engkau sedekahkan (hasilnya), tidak dijual, tidak dihibahkan dan tidak diwariskan. Ibnu Umar berkata: “Umar menyedekahkannya (hasil pengelolaan tanah) kepada orang-rang fakir, kaum kerabat, hamba sahaya, sabilillah, Ibnu sabil dan tamu. Dan tidak dilarang bagi yang mengelola (nazhir) wakaf makan dari hasilnya dengan cara yang baik (sepantasnya) atau memberi makan orang lain dengan tidak bermaksud menumpuk harta” 5 Kemudian syariat wakaf yang telah dilakukan oleh Umar bin Khatab dususul oleh Abu Thalhah yang mewakafkan kebun kesayangannya, kebun “Bairaha”. Selanjutnya disusul oleh sahabat Nabi SAW. lainnya, seperti Abu Bakar yang mewakafkan sebidang tanahnya di Mekkah yang diperuntukkan kepada anak keturunannya yang datang ke Mekkah. Utsman menyedekahkan hartanya di Khaibar. Ali bin Abi Thalib mewakafkan tanahnya yang subur. Mu’ads bin Jabal mewakafkan rumahnya, yang popular dengan sebutan “Dar Al-Anshar”. Kemudian pelaksanaan 4 5
- ASY-SYAUKANI: 129
- HADIS RIWAYAT MUSLIM
FIQH MUAMALAT 14 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
wakaf disusuli oleh Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Zubair bin Awwam dan Aisyah isteri Rasulullah SAW. Jelas di sini bahawa pada zaman nabi, wakaf tertumpu kepada benda-benda yang berbentuk tetap dan kekal ainnya beserta panjang manfaatnya seperti, tanah, kebun buah-buahan, perigi, dan lain-lain lagi.
Adapun pada zaman moden ini, amalan wakaf menjadi lebih fleksibel dan tersusun. Hal ini adalah disebabkan wujudnya satu jabatan yang khusus untuk mengendalikan harta-harta yang telah diwakafkan. Sebagai contoh,penubuhan Jabatan Wakaf,Zakat,Dan Haji (JAUHAR) Jabatan Perdana Menteri, yang menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan harta wakaf dan baitulmal. 6 Para ulamak bersependapat bahawa adalah sah mewakafkan sesuatu kepada anak-anak dan saudara mara, serta fakir miskin yang memerlukan, serta wakaf kepada apa yang membawa kepada kebaikan umat islam dan agama islam.
7
Secara terperincinya, benda benda yang diwakafkan pada zaman moden adalah seperti berikut: 1. Masjid. Wakaf masjid bukan hanya bermaksud tertumpu kepada pembinaan masjid semata-mata,bahkan ianya meliputi setiap aspek yang berkaitan dengan masjid. Seperti mewakafkan wang untuk membiayai pengajian-pengajian agama yang dijalankan di masjid, mewakafkan buku-buku ilmial untuk dibaca oleh Jemaah masjid serta berbagai lagi. 2. Sekolah. Kebiasaannya, wakaf sekolah lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah itu
sendiri. Namun begitu secara hakikatnya, wakaf sekolah ini meliputi segala aspek pembelajaran, termasuklah buku, baju uniform, meja tulis, dan lain-lain lagi keperluan sekolah. 8 3. Klinik dan hospital. Wakaf ini meliputi setiap aspek yang merangkumi kajian, perubatan,
pengajaran serta pembelajaran, bahkan juga ubat-ubatan. 6 7 8 9
- HTTP://WWW.JAWHAR.GOV.MY - AL-WASID FIL MAZHAB (AL-GHAZALI) 4/241 - AL-AWQAF FIL ASRIL HADIS (AL MASYIQAH) M/S17 - DAUR IJTIMAI LILWAQFI (AS-SAIYYID) M/S280
9
FIQH MUAMALAT 15 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang 4. Bangunan awam. Wakaf ini meliputi setiap banguna yang boleh digunakan oleh semua
umat islam. Sebagai contoh, membina pondok menunggu bas, membina rumah kebajikan untuk anak-anak yatim, ataupun rumah kebajikan untuk warga emas, serta berbagai lagi.
10
5. Kilang dan produktiviti. Sebagai contoh, wakaf untuk membina kilang penghasilan kertas
yang digunakan untuk kemaslahatan masyarakat islam seluruhnya, ataupun membina loji-loji air, serta berbagai lagi jenis kilang kilang dan produktiviti yang digunakan untuk kebaikan umat islam.
11
6. Mewakafkan sejumlah wang ringgit untuk tujuan membeli tanah dan bahan-bahan keperluan bangunan wakaf. 7. Saham wakaf. 8. Terdapat beberapa bentuk struktur sukuk yang boleh digunakan untuk membolehkan harta wakaf dibiayai mengikut teknik kewangan moden masa kini. Pentadbir wakaf perlu proaktif supaya harta wakaf dapat dikembangkan dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dengan cara ini pulangan daripada harta wakaf tersebut dapat dimaksimumkan bagi menyumbang kepada perkembangan ekonomi
umat Islam khasnya
dan
menyumbang kepada ekonomi negara amnya. Tahap pengurusan professionalisma pentadbir harta wakaf sangat perlu ditingkatkan. Ini bertujuan supaya harta wakaf diurus dengan lebih cekap. Disamping itu pentadbir wakaf juga dapat memanfaatkan peluang dan memahami peranan yang perlu dimainkan bagi membangunkan harta wakaf.
Kegunaan harta wakaf. Seperti yang kita sedia maklum, seiring dengan perkembangan semasa, pada masa kini wakaf boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut keupayaan dan kemampuan al-wafik (pemberi wakaf). Berbeza pada zaman rasulullah S.a.w dan para sahabat pemberian wakaf hanya bertumpu kepada harta yang jelas dan nyata sahaja seperti tanah,telaga, masjid, ladang kurma dan lain-lain. Manakala, pada masa kini ianya tidak lagi tertumpu dengan harta yang 10 11
- AL WAQFU FI ASRIL HADIS (AR-ROHMANI) M/S81 - ASARUL WAQFI FI INJAZIL TANMIIYYATIL SYAMILAH (SYAUQI DUNYA) M/S129
FIQH MUAMALAT 16 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
nyata sahaja, harta seperti duit tunai, kelengkapan harian untuk masjid seperti sejadah, AlQuran,dan lain-lain juga boleh diwakafkan. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi juga telah membawa sinar baru dalam system pengurusan wakaf di negara kita. Pengenalan E- Wakaf telah membantu dalam menyokong perkembangan pengurusan wakaf dan seterusnya dapat membangunkan ekonomi ummah. Pengurusan wakaf di negara ini tertakluk kepada pertubuhan yang telah dibangunkan di setiap negeri. Melalui pertubuhan ini, kerajaan akan memantau aktiviti pengurusan harta wakaf ini untuk menggelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Harta wakaf merupakan suatu amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pemiliknya kepada pemegang untuk memastikan tujuan
asal
dan
matlamat
al-wafik
itu
dapat
tercapai
manakala
orang
yang
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta tersebut haruslah memegang amanah tersebut dengan tulus dan jujur. Ia bukan sahaja untuk mengelak daripada berlakunya ketidakadilan dalam penggunaan harta wakaf tersebut kepada masyarakat, namun ianya juga bertujuan untuk mengelak pemegang amanah mendapat dosa atas ketidakadilanya dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Di Malaysia, pada peringkat awal, pengurusan wakaf diuruskan oleh perbadanan baitulmal yang telah ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia. Di Bawah perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, wakaf dimasukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri dan dikecualikan daripada peruntukan Kanun Tanah Negara. Namun kebelakangan ini, kerajaan pusat semakin bergiat aktif dalam menguruskan harta wakaf ini melalui penubuhan Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi membantu pengurusan bagi peringkat negeri. Manakala sebuah Yayasan Wakaf kebangsaan juga telah berjaya ditubuhkan hasil penggembelingan diantara Majlis Agama Islam Negeri dengan JAWHAR. Pada zaman rasulullah s.a.w dan para sahabat, Baitulmal belum diwujudkan secara formal namun pengurusan wakaf ataupun harta yang mahu diagihkan kepada umum akan diuruskan dimasjid dan masjid seterusnya menjadi pusat pentadbiran yang menguruskan hal ehwal ibadat dan kemasyarakatan. Menurut kitab Tanbihul Ghafilin oleh Abullaits Assamarqandi yang menghuraikan bahawa: “Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a.’ Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya. 1.sesiapa yang membangunkan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selama ada orang yang sembahyang di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai maka selama ada yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia
FIQH MUAMALAT 17 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang mendapat pahala selama ada orang yang membacanya. 4.sesiapa yang mengali sumur(perigi) selama mana orang menggunakan airnya. 5. Sesiapa yang menanam tanaman selama mana ia dimakan oleh manusia ataupun binatang. 6. Sesiapa yang mengajar ilmu yang berguna selama mana ilmunya dikerjakan dan digunakannya. 7. Orang yang meninggalkan anak soleh dan diajarnya
ilmu
agama dan
Al-quran maka pahala baginya
selama
mana anaknya
menamalkannya dan jika sebaliknya maka dia juga akan memperoleh dosa selama mana anaknya tidak bertaubat’”.
Melalui kitab tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa wakaf itu terlalu luas konteksnya dalam kehidupan berkeluarga apatahlagi dalam kehidupan bermasyarakat. Sumber-sumber wakaf yang diperolehi akan disalurkan melalui: I.
Membangunkan sektor pendidikan.
Berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad saw (maksudnya) “apabila mati sahaja anak Adam (manusia) maka terputuslahsegala amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah(wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya”.
Berdasarkan hadis tersebut, secara terang ianya telah menerangkan bahawa mewakafkan harta ke jalan Allah swt akan diberikan ganjaran kelak di akhirat. Pengurusan harta wakaf bukan sahaja terbatas kepada aktiviti agama sahaja, namun ianya juga dapat diperluaskan mengikut konteks pada masa kini. Bidang pendidikan merupankan salah satu cabang dalam pengurusan harta wakaf, melalui bidang pendidikan, wakaf bukan saja dapat diberikan dengan pemberian tanah atau pun tapak untuk dijadikan tempat untuk membina sekolah namun ianya juga boleh dimanfaatkan kearah yang lebih sistematik seperti pemberian peralatan bantu mengajar bagi sekolah-sekolah luar Bandar, pemberian podok perhentian bas bagi memudahkan pelajar untuk menunggu bas, pemberian bantuan dalam bentuk wang ringgit kepada sekolah untuk membaiki infrastruktur sekolah dan sebagainya. Kejayaan dalam pengurusan harta wakaf ini telahpun dapat dilihat pada zaman Khalifah Uthmaniyyah. Pada tahun 1576 di Istanbul. Telah wujud pelbagai jenis wakaf dalam melestarikan institusi pendidikan. institusi-institusi pendidikan dibina menggunakan harta wakaf bahkan kos menyelenggara dan kos menggembangkan institusi-institusi pendidikan
tersebut juga
menggunakan harta wakaf. Malahan antara university tertua di dunia yang terletak di Mesir
FIQH MUAMALAT 18 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
iaitu Institusi Pendidikan Agung Al-Azhar dikendalikan sepenuhnya melalui kaedah wakaf. Ianya bermaksud segala fasiliti-fasiliti, bahan-bahan pelajaran bahkan yuran pengajian juga ditanggung menggunakan harta wakaf. Selain daripada itu institusi-institusi pendidikan seperti Universiti Cardova di Andalus, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, Al-Qurawiyyin di Fez, Maghribi. Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah,Pondok Pesantren Darunnajah di Indonesia, Madrasah al-Juneid di Singapura dan banyak lagi sekolah-sekolah pondok dan sekolah agama yang dibiayai di bawah pengurusan harta wakaf. Pengurusan harta wakaf ini juga bukan sahaja diamalkan dinegara-negara islam bahkan negara-negara barat juga terpengaruh dangan amalan ini. Sebagai buktinya, Universiti Oxford yang terdapat di England, university Harvard dan Cambridge yang merupakan salah sebuah university terbaik dunia juga dibangunkan menggunakan kaedah wakaf biarpun tidak secara sepenuhnya. Insfrastruktur yang terdapat di Universiti tersebut merupakan hasil dana wakaf yang diwujudkan selepas perang salib.konsep wakaf yang diwujudkan di negara barat adalah berdasarkan konsep Endowment. Manakala hasil daripada wakaf ini digunakan untuk membaik pulih fasiliti ataupun t ujuan penyelidikan. Jika dilihat dari sudut pandang moden pula, pengurusan zakat di Malaysia lebih membantu institusi-institusi pendidikan di negara kita dengan menambah baikkan kemudahan teknologi, pembinaan asrama yang lebih luas untuk sekolah-sekolah luar Bandar, pembinaan sekolah agama secara meluas untuk menarik minat generasi muda untuk mendalami ilmu agama. Tindakan ini dianggap drastik ekoran keadaan dunia yang makin meruncing dewasa ini dan penularan budaya barat yang semakin berleluasa. II.
Membangunkan sektor pertanian .
Melalui sektor pertanian pula, pihak kerajaan melalui Yayasan Wakaf kebangsaan telah mewujudkan skim wakaf tunai ataupun saham. Skim ini telah menarik minat masyarakat untuk melakukan ibadah wakaf kerana keadaan ekonomi dan bentuk muka bumi yang terhad menyukarkan untuk masyarakat Malaysia amnya untuk melakukan wakaf tanah. Maka, sebagai jalan keluarnya, wakaf tunai dan skim saham telah diwujudkan. Wang yang diperolehi ini akan di kumpulkan oleh JAWHAR setiap negeri sebelum ianya digunakkan untuk membeli tanah pertanian. Tanah tersebut kemudiannya akan diusahakan dibawah kendalian jawatankuasa peringkat negeri yang telah ditubuhkan. Hasil daripada tanah tersebut kemudiannya akan digunakan untuk kepentingan umat sejagat.
FIQH MUAMALAT 19 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
Namun, pada zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyyah, banyak tanah telah pun diwakafkan termasuklah 3/4 tanah empire ottoman, 1/2 tanah pertaniah Algeria, 1/3 tanah pertanian Tunisia dan 1/8 tanah pertanian Mesir. Tujuan mewakafkan tanah pertanian ini juga sama seperti yang berlaku pada masa kini. Membantu masyarakat islam yang memerlukan merupakan tonggak utama dalam proses pewakafan ini. Manakala, bagi negeri-negeri di Malaysia, negeri Johor merupakan negeri yang paling banyak memiliki tanah wakaf diikuti perak dan Pahang. Jumlah keluasan tanah wakaf dimalaysia ialah sebanyak 20,735.61 ekar dimana 14,815.787 merupakan wakaf khas. Namun terdapat juga halangan –halangan dalam membangunkan tanah pertanian ini, sebagai contoh, lokasi harta wakaf yang kecil dan lot tanah yang kecil menyukarkan aktiviti pertanian dijalankan dan tanah tersebut kemudianya ditukarkan menjadi wakaf perkuburan dan melalui Majlis Agama Islam telah menetapkan dalam mesyuarat majlis bahawa tanah yang kurang daripada 40 pol boleh dijual. III.
Membangunkan sistem dalam pelaburan islam Sebuah bank milik orang Saudi iaitu Rusd Islamic Investment Bank yang mempunyai jumlah
modal sebanyak US$50 millon pada tahun 2004 telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melakukan penambah baikkan dalam system yang mereka tawarkan dam memperkenalkan suatu produk iaitu wakaf sebagai produk baru dalam pengurusan risiko dalam kewangan islam. Ianya bukan sahaja memberikan demensi baru kepada ekonomi kewangan islam namun ianya juga dilihat sebagai satu usaha yang dapat memberikan kesedaran kepada umat islam tentang kepentingan menjalankan waqaf disamping memberikan nilai tambah kepada system kewangan islam itu sendiri yang belakangan ini dilihat sebai salah satu system yang dapat membantu dunia dalam menyelesaikan masalah ekonomi Begitu juga dengan bank-bank islam yang lain. Sebagai contoh di Malaysia, Bank Islam Berhad telah pun menawarkan produk yang menggabungkan
wakaf
tunai
dengan
murabaha(partnership
principle).
Pelabur
akan
mewakafkan separuh daripada pendapatan yang mereka perolehi untuk kesejahteraan bersama. Konsep ini bukan sahaja melahirkan cara baru dalam memupuk budaya wakaf ini tetapi juga ianya telah membantu bank islam menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam system kewangan mereka. Hal ini secara tidak langsung mengukuhkan system kewangan islam dan perbankan itu sendiri secara tidak langsung.
FIQH MUAMALAT 20 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
IV.
Membantu komuniti yang memerlukan.
Bank Pembangunan Islam mewujudkan sebuah dana yang lebih dikenali sebagai “Special Assistant Acount” yang mana bertujuan untuk menggumpul dana sebanyak US$1.5 billion. Ianya bertujuan untuk membantu disaat-saat kecemasan,menyalurkan bantuan untuk negaranegara anggota yang mengalami bencana alam,kebuluran, banjir, bantuan untuk pelarian dan bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak. Selain daripada itu, dana tersebut juga bertujuan untuk membantu masyarakat islam yang tinggal di negara bukan anggota dan bukan negara islam di Asia, Afrika, Amerika selatan, Australia dan Europe.
KESIMPULAN Amalan wakaf di Malaysia mula subur dan berkembang dengan penubuhan pondokpondok pengajian agama secara tradisional yang mempengaruhi masyarakat setempat untuk mewakafkan harta mereka. Walaupun begitu dalam konteks zaman sekarang, amalan tersebut perlu diperluaskan terutama dalam mendirikan hospital wakaf yang memberi perkhidmatan percuma atau perkhidmatan yang rendah kosnya sebagaimana kita lihat persatuan-persatuan bukan Islam menubuhkan hospital dan pusat-pusat dialisis untuk pesakit buah pinggang. Di sampin itu, pembinan rumah-rumah anak yatim juga amat diperlukan bagi membiayai dan mendidik mereka dengan teratur. Ia tidak terhad dalam bentuk pembinaan masjid sematamata. Malahan dalam sejarah Islam terdapat rumah tumpangan yang didirikan secara wakaf di kota-kota besar Islam untuk para musafir seperti di Basrah, Baghdad, Damsyik dan Kaherah. Oleh kerana perkembangan wakaf semakin pesat, institusi wakaf di semua jabatan Agama seluruh Malaysia perlu dikemaskinikan dan bertanggungjawab untuk mengadakan satu bentuk pengurusan yang berkesan bertujuan untuk mengekalkan syiar amalan wakaf ini sebagai lambang pengorbanan yang suci kepada Allah. Perkara ini boleh membentuk satu masyarakat Islam secara bersepadu dan kuat melalui pengorbanan seseorang, sama ada dalam bentuk tanah atau hasil khazanah dan bangunan-bangunan lain seperti masjid, surau, sekolah dan lain-lain lagi.
FIQH MUAMALAT 21 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
Ia juga bertujuan supaya setiap pewakaf yang mewakafkan harta mereka mendapat keyakinan dan kepuasan bahawa amalan mereka benar-benar tercapai melalui institusi ini. Dari sudut ekonomi, harta wakaf mampu menjamin kekayaan dan keuntungan yang besar dalam pembangunan negara kerana ia mempunyai unsur-unsur penting dalam ilmu ekonomi. Harta wakaf boleh menjadi asset bernilai, boleh dilabur atau dibangunkan bagi meningkatkan hasil yang menguntungkan institusi wakaf sendiri. Ini kerana harta yang diwakafkan itu merupakan modal yang boleh berkembang dan membawa keuntungan. Pada masa sekarang, jenis perwakafan sudah berubah kepada jenis yang paling mudah diberi seseorang iaitu dengan mewakafkan sejumlah wang ringgit untuk tujuan membeli tanah dan bahan-bahan keperluan bangunan wakaf. Wang ringgit apabila diwakafkan akan memudahkan pengurusan tempat penerima wakaf dan penggunaanya juga lebih pelbagai asalkan dalam batasan niat atau tujuan wang itu diwakafkan. Berdasarkan perkara ini, institusi wakaf perlu mantap supaya pengurusan wang ringgit yang diwakafkan itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Mentadbir dan mengurus harta wakaf dengan lebih berkesan amat diperlukan. Oleh itu, penubuhan pemusatan institusi wakaf sangatlah tepat. Tanpa pendekatan ini institusi wakaf tidak mungkin berperanan untuk dikendali secara tersusun dan menyeluruh. Pentadbiran dan pelaksanaan institusi ini memerlukan kepada perubahan yang drastik untuk ia berperanan secara efektif. Di dapati banyak harta wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan, tetapi sehingga kini masih belum dimajukan sewajarnya. Malahan banyak harta wakaf yang tidak ada rekod dan maklumat sistematik. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam berusaha meletakkan kembali institusi wakaf ke taraf yang sebenar dan menjadikannya satu institusi terpenting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Beberapa masalah pembangunan harta wakaf perlulah segera di atasi seperti masalah perundangan yang berkaitan dengan Kanun Tanah Negara, menyusun semula struktur organisasi pentadbiran wakaf dan mewujudkan rekod maklumat hartanah wakaf berpusat. Kesimpulannya institusi wakaf dan harta wakaf sebagai sumber ekonomi “terpendam” umat Islam yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang sebaiknya bagi umat Islam. Menyedarkan masyarakat tentang wakaf dan potensinya. Dengan
FIQH MUAMALAT 22 Perbezaan Wakaf Dahulu Dan Sekarang
perancangan, pengurusan dan perlaksanaan saranan-saranan ini, tidak mustahil wakaf akan menjadi sumber baru kepada kekuatan ekonomi umat Islam.
Rujukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10