Langkah-langkah memajukan industri kecil dan sederhana
contoh aplikasi soal dengan matlabDeskripsi lengkap
SPO Pengadaan AlkesFull description
Elektronik Tingkatan 1Full description
cara kompas langkahFull description
Buku panduan kesihatan ini meliputi kesejahteraan rohani dan jasmani, gaya hidup, pemakanan dan lain-lain
seewingFull description
byFull description
Full description
Full description
by
SPO Pengadaan AlkesDeskripsi lengkap
langkah-langkah ahpFull description
PENYEDIAAN BATAS
1. Pemilihan tapak hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan hasil pengeluaran tanaman. Contohnya, kawasan yang terbuka, berhampiran punca air dan sebagainya.
2. Kemudian, kerja-kerja pembersihan hendaklah dilakukan di kawasan yang telah dipilih.
3. Kemudian, kerja pembajakan dilakukan iaitu menterbalikkan tanah bawah ke permukaan dengan menggunakan jentera atau cangkul.
4. Tanah tersebut dibiarkan selama 1 -2 minggu. Kemudian, aktiviti penggemburan tanah dilakukan.
5. Setelah siap, batas untuk tapak penanaman mula dibina mengikut ketinggian dan kelebaran batas yang dikehendaki.
6. Setelah siap dibina, kerja pengapuran dilakukan untuk menstabilkan pH tanah.
7. Setelah siap, pembajaan asas mula dilakukan bagi memastikan tanah mempunyai nutrien yang mencukupi sebelum penanaman dilakukan.
LANGKAH – LANGKAH PENYEDIAAN BATAS
1. Memilih kawasan yang strategik yang mengandungi tanah yang subur, pencahayaan yang baik dan mempunyai saliran air yang baik.
2. Melakukan aktiviti membersihkan kawasan yang hendak dibuat batas dan membuat aktiviti pembajakan.
3. Aktiviti mengembur tanah mula dilakukan. Seterusnya aktiviti pengapuran dan pembajaan dilakukan.
PENJAGAAN TANAMAN
Setelah anak benih ditanam di dalam medium tanaman, langkah -langkah penjagaan pula perlu dilakukan. Langkah – langkah penjagaan ini melibatkan aktiviti :
1. Merumput 2. Menyiram 3. Mengembur 4. Membaja 5. Mengawal pokok daripada serangan penyakit dan haiwan perosak
1.0
Merumput 1. Aktiviti merumput dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara tanaman dengan tanaman yang lain seperti rumput dan sebagainya. 2. Rumput atau rumpai di sekeliling pokok hendaklah dibuang dengan tangan ataupun dengan menggunakan alatan kerja yang sesuai seperti serampang tangan.
2.0
Menyiram 1. Aktiviti menyiram dilakukan bagi memenuhi keperluan asas pokok yang memerlukan air, nutrien dan cahaya matahari untuk membesar. 2. Aktiviti penyiraman ini dilakukan mengikut keperluan pokok dan bergantung kepada cuaca. Namun kebiasaannya, pokok disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
3.0
Mengembur 1. Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran. Di samping itu, mengembur juga dapat mengeluarkan atau menghalau serangga atau haiwan perosak yang hidup di dalam tanah. 2. Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera.
4.0
Membaja 1. Membaja dilakukan untuk memastikan dan mengekalkan kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan . 2. Membaja dilakukan mengikut aturan yang telah ditetapkan namun kebiasaannya membaja dilakukan setiap dua minggu. 3. Terdapat pelbagai jenis baja yang mengandungi pel bagai nutrien yang diperlukan oleh pokok. Antaranya baja NPK (natrium, fosforus, kalium) atau baja organik atau baja kompos.
5.0
Mengawal pokok daripada serangan penyakit dan haiwan perosak 1. Tanaman perlu dilindungi daripada musuh haiwan seperti serangga, siput, belalang, tikus dan kulat mahupun bakteria. 2. Kawalan boleh dilakukan secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya ialah melalui kaedah kimia iaitu penggunaan racun, kaedah biologi iaitu menggunakan haiwan pemangsa, kaedah kultur seperti menggilirkan tanaman dan kaedah fizikal seperti penggunaan jaring dan sebagainya. 3. Kawalan ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan pokok atau Tanaman sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berkualiti
Cadangan Aktiviti
Guru menyuruh murid melukis dan mereka bentuk kawasan landskap dan nyatakan jenis-jenis pokok yang ingin mereka letakkan. (KBKK)