LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA BULI Dewasa ini, banyak jenyaha berlaku di Negara kita terutamanya kes buli. Ini berdasarkan kes yang berlaku di suatu daerah di Terengganu, seorang pelajar bernama Mohd Faizal Yusmanheri berusia 15 tahun mendakwa dibelasah tiga pelajar senior di asrama sebuah sekolah sukan di sini. Berdasarkan kes berkenaan, kita dapat membuka mata bagi melihat betapa seriusnya gejala buli di Negara kita pada hari ini. Oleh sebab itu, kita perlulah mengambil langkahlangkahlangkah yang sewajarnya bagi membendung masalah ini dari menular dan merebak ke seluruh perosok Negara. Antara langkah untuk mengatasi gejala buli ialah dengan mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya gejala buli. Kempen kesedaran ini boleh dianjurkan di kawasan sekolah dan di institut-institut institut-institut pengajian tinggi. Ini kerana gejala buli biasanya berlaku dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan institute pengajian tinggi. Melalui kempen kesedaran ini, para pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak akan permasalahan ini. Para pelajar kan terdedah dengan penglibatan jenayah buli secara langsung atau secara tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. Oleh sebab itu, para p ara pelajar akan mengambil jalan inisiatif untuk mengelak menjadi mangsa buli seterusnya seterusnya mengelak menjadi pembuli. Selain itu, penguatkuasaan undang-undanng yang berat terhadap pembuli juga dapat dijadikan sebagai langkah untuk mengatasi gejala buli. Dalam perlaksanaan perlaksanaan hukuman ini, pihak kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan memastikan hukuman berat dikenakan ke atas pembuli. Dengan itu, pembuli akan berasa serik untuk membuli dan mereka tidak akan mengulangi lagi lagi jenayah ini. Ini kerana perlaksanaan hukuman berat seperti hukuman penjara atau denda yang mahal terhadap pembuli yang kebanyakkannya adalah pelajar sekolah akan berasa terbeban dengan hukuman tersebut. Oleh sebab itu, dengan mengatasi gejala buli, Negara kita akan menjadi kawasan bebas dari masalah masalah buli. b uli. Langkah seterusnya untuk mengatasi gejala buli ialah dengan mempelajari seni mempertahankan mempertahankan diri. Contoh seni mempertahankan diri yang boleh dipelajari oleh para pelajar di sekolah ialah taekwando, seni silat gayung dan sebagainya. Apabila seseorang pelajar mempelajari seni mempertahankan mempertahankan diri, mereka akan dapat mempertahankan diri mereka apabila diserang oleh pembuli. Mereka akan menggunakan teknik mempertahankan mempertahankan diri yang dipelajari di kelas seni mempertahankan mempertahankan diri. Dengan itu, pembuli akan berasa takut untuk membuli
kerana mereka berasa terancam dengan keselamatan diri mereka. Kesimpulannya, gejala buli adalah sangat serius kebelakangan ini dan perlu ditangani dengan segera oleh segenap lapisan masyarakat. Ini kerana gejala buli member impak yang negative kepada Negara kita. Justeru itu, semua pihak perlu bekerjasama dan bergandng bahu untuk membanteras gejala buli supaya Negara kita aman, damai dan sejahtera.
http://www.facebook.com/topic.php?uid=312240242824&topic=14633
1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama. 2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa ´memilih buluµ. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain. 3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. 4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan
diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah ²rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli. 5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.
http://my.opera.com/karanganbm/blog/langkah-langkah-untuk-mengatasi-masalah-buli
Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. ³Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang´. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kapada masalah kes buli ini. Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. Bak kata pepatah µtiada penyakit yang tiada penyembuhnya¶.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran
di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah µbapa borek, anak rintih¶, µketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget¶. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-
matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu µpemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara¶. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/03/buli/
Masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Menurut kajian yang dijalankan, antara punca utama kemerosotan disiplin pelajar ialah faktor diri pelajar, institusi kekeluargaan, persekitaran dan sekolah. Kemerosotan disiplin pelajar yang berpunca daripada faktor diri pelajar boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu sikap diri pelajar sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya ke atas diri pelajar memang diakui amat kuat. Perkembangan kongsi gelap atau kes buli dan peras ugut di kebanyakan sekolah menengah di seluruh negara berpunca daripada keterlibatan pelajar dalam kumpulan sebaya. Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca daripada latar belakang keluarga pelajar sendiri. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga yang goyang merupakan salah satu punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Ini kerana sesetengah pelajar terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar yang mewah pula, mereka terlalu mudah mendapat wang. Ini menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja yang diingini seperti menghabiskan masa berpeleseran di tempat-tempat hiburan dan melepak serta membeli-belah. Hal ini menyemarakkan lagi gejala ponteng sekolah, antara kes salah laku pelajar yang paling utama. Pengaruh persekitaran juga merupakan antara faktor wujudnya salah laku di kalangan pelajar. Tayangan filem yang diimport khususnya dari Barat yang mengandungi elemen yang tidak bermoral, berunsur ganas dan seks boleh mempengaruhi pemikiran dan membangkitkan keinginan pelajar untuk meniru perbuatan yang dipaparkan melalui rancangan televisyen atau filem. Hal ini sedikit sebanyak menjadi punca keterlibatan pelajar dalam kes-kes salah laku di sekolah. Pengaruh budaya hidup moden, terutamanya di bandar besar merupakan bentuk pengaruh negatif yang datang ke dalam hidup pelajar. Oleh itu, terdapat percanggahan di antara budaya sekolah yang bersifat murni dengan budaya di luar sekolah yang memberi pengaruh besar serta mencabar tingkah laku dan perlakuan pelajar. Pertentangan ini boleh menyebabkan berlakunya salah laku pelajar.
Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar tidak boleh dipandang ringan malah perlu diberi perhatian yang serius. Antara langkah menanganinya ialah melalui institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan institusi asas sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Keluarga merupakan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan anak-anak. Biasanya, pelajar yang berasal daripada keluarga yang harmoni dan mendapat kasih sayang adalah lebih bertanggungjawab serta kurang terbabit dalam kes salah laku di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga hares menangani kemerosotan disiplin pelajar dengan bijak dan bersungguhsungguh. Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin mengenai masalah disiplin pelajar. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa menjalankan kempen µSekolah Penyayang¶, `Sekolahku Rumahku¶ dan µDisiplin Sifar¶ secara berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin kepada manusia. Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab mereka. Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi, sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas. Kesimpulannya, gejala salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama menangani masalah ini.
http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kemerosotan-disiplin-pelajar-dan-langkahlangkah-mengatasinya/
Rabu, 1 September 2010
LANGKAH MENGATASI BULI TAHAP SEKOLAH
1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi t entang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan. 2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh di hubungi apabila berlaku kes
buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774. 3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. 4. Penggunaan kamera litar t ertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster. 5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan m enilai keberkesanannya. 6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Tahap kelas
1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. 2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. 3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa. Tahap individu
1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi
juga ibu bapa atau penjaga mereka. 2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.
http://pembuli6.blogspot.com/2010/09/langkah-mengatasi-buli.html
Cara-cara
membantu mangsa buli
1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli dan meminta pertolongan. Kadang-kadang mangsa hanya memerlukan perhatian dan seseorang untuk mendengar. 2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan. 3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan mereka. 4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru mengenai masalah ini. 5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh.
Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli? * Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan wujud. * Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh dipercayai seandainya anda tahu ada individu yang dibuli.
Sekolah atau institusi perlu * Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima (never acceptable) * Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya * Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima atau perkarangan dan sebagainya. * Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa mengambil berat. * Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain * Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif. * Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif. * Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar. * Menyediakan kotak permasalahan (problem box) di sekolah supaya pelajar dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan. * Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajar http://my.opera.com/karanganbm/blog/buli-kesan-dan-cara-mengatasinya
Pertama sekali, pihak sekolah haruslah mempunyai sistem pendisplinan yang berkesan. Ini akan mencetuskan rasa gentar di dalam diri pelajar, lebih- lebih lagi si pembuli, kerana mereka tahu akibat yang akan mereka hadapi jika mereka membuli. Disiplin yang ketat juga tidak akan membuat si mangsa berasa teragak- agak untuk melaporkan perkara itu kepada guru. Ini kerana, mereka tahu bahawa pihak sekolah akan melakukan sesuatu dan tidak akan berdiam diri. Si pembuli juga harus menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejinya itu, supaya dia tidak akan mengulanginya lagi. Ceramah tentang kes- kes buli juga patut diadakan di sekolahsekolah. Ini akan meningkatkan kesedaran para pelajar tentang betapa seriusnya kes buli, dan kesan buruk yang dihadapi si mangsa. Mungkin para pelajar tidak tahu bahawa buli boleh mengakibatkan si mangsa untuk hilang kepercayaan diri- tidak akan bercampur dengan masyarakat, kehidupan sehariannya akan terjejas, fikiran yang sering terganggu, dan yang lebih teruk lagi, hilang daya ingatan. Selalunya, perkara ini terjadi apabila si mangsa menghidapi kecederaan yang teruk pada bahagian kepala. Justeru, langkah ini harus diambil kerana masih rama yang tidak sedar akan bahaya membuli.
Program- program untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri pelajar juga boleh dibuktikan berkesan. Dengan ini, para pelajar akan dididik untuk melakukan perkara yang baik, dan menjauhkan diri dari perkara yang kurang elok. Selalunya, si pembuli tidak mempunyai akhlak yang baik, dan ini menjadi punca utama mereka membuli, dek kekurangan didikan, baik dari rumah ataupun sekolah. Oleh itu, sikap- sikap yang mulia boleh dipupuk dalam diri pelajar, untuk mengelakan perkara buli ini dari terus berlaku. Akhir sekali, di dalam masyarakat yang mementingkan hubungan kekeluargaan, pihak sekolah haruslah menjana sebuah hubungan yang baik bersama ibu bapa. Kerjasama dan sokongan daripada kedua- kedua pihak ini amat penting untuk seseorang pelajar sekolah itu, kerana dengan mempunyai perhatian yang mencukupi dari rumah hinggalah ke sekolah, kemungkinan besar dia tidak akan terjebak dalam perbuatan yang buruk, seperti membuli. Ini sekali lagi, dapat mengatasi masalah sedemikian. Oleh itu, langkah- langkah yang efektif lagi berkesan inilah, dapat mengatasi masalah buli ini. Nilai moral yang tinggi yang terdapat dalam diri pelajar itu, akan mencegahnya untuk melakukan perkara yang sedemiakan. Pemikiran para pelajar bahawa buli itu ialah sebuah benda yang remeh, haruslah diubah, kerana buli boleh mendatangkan kesan buruk yang serius. http://gurumelayuzss.multiply.com/journal/item/45
Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan
ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah m enghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, em osi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai m urni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
2.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan
sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di
peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan
Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang
kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah
pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling terse but. 6. Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perl u diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. 7.Nafsu
adalah perkara semulajadi, Allah menciptakan manusia itu berpasang-
pasangan, namun malangnya, manusia yang ingkar dengan arahan Allah serta cenderung menakrifkan islam mengikut akal dan logik mereka sendiri.