9
Pendapat Imam Shafie
Selagi tidak mencapai tahap mudghah atau segumpal daging, ia tidak boleh dikira sebagai janin.
Pendapat Imam Abu
Janin boleh dianggap ‘hidup’ dari satu sudut perspektif kerana ia
Hanifah
hasil percantuman benih manusia yang akan menghasilkan manusia,jika dilahirkan
Pendapat para ulama’
Jika janin itu tidak mempunyai bentuk manusia, sekiranya
Hanbali
berlaku keguguran, orang menyebabkan keguguran itu tidak akan dapat diabitkan atas apa-apa kesalahan. Walaubagaimanapun, jika terdapat bukti dari pakar bahawa gumpalan darah yang keluar itu adalah janin, mereka berpendapat bahawa hukuman boleh dikenakan ke atas penyebab keguguran
Pendapat majority para
Jika darah sahaja yang mengalir, tiada hukuman yang boleh
ulama’ Maliki
diberikan, tetappi jika terdapat alaqah atau gumpalan darah, maka mereka menganggapnya sebagai tanda bahawa janin tersebut hidup dan orang yang menyebabkan keguguran akan dihukum
Pendapat ulama-ulama
Janin boleh dianggap hidup apabila mencapai tahap alaqah atau
mu’tabar
gumpalan darah (yang melekat pada rahim ibunya)
Isu bila waktu penghidupan itu bermula menjadi begitu penting.
2.3
Pengklonan DNA dewasa.
Pengklonan DNA dewasa dibolehkan melalui teknologi yang dikenali s ebagai teknologi nuclear transfer atau pemindahan nucleus dan belum ada lagi manusia yang diklonkan melalui teknik ini setakat ini. Pada tahun 2001, sebuah syarikat teknologi dari Amerika Syarikat (Advance Cell Technologies) telah mengumumkan mereka berjaya mengklonkan sel kulit dan sel cumulus manusia melalui kaedah nuclear transfer bagi menghasilkan stem cell ata sel asas bagi tujuan perubatan.
10
2.3.1
Isu pengklonan DNA dewasa bagi tujuan pembiakan
Secara umumnya teknik ini tidak memerlukan penggunaan sperma. Teknik pembiakan ini dapat mengatasi masalah bagi pasangan yang sudah berkahwin. Manakala bagi pasangan yang tidak berkahwin pula masih boleh memiliki ‘keluarga’. Perbincangan isu ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut mengikut kategori seperti dalam jadual berikut.
Pengklonan Manusia Untuk Pasangan
Bagi pasangan yang mempunyai masalah
yang Berkahwin Tetapi Mempunyai
kemandulan boleh menggunakan teknik IVF
Masalah Mendapatkan Zuriat
dan pengklonan DNAdewasa sebagainya. Telur boleh diambil daripada wanita
penderma dan nucleus diambil daripada si suami dan setelah dicantumkan,janin yang terhasil boleh dikandungkan oleh si isteri dan ini membolehkan si siteri menjadi ibu kandung. Masalah yang akan timbul
I.
Bolehkah sel-sel badan, selain sel-sel reproduksi, digunakna untuk tujuan reproduksi?
II.
Apakah status anak dalam kes kedua di mana ovum perempuan selain daripada ovum isteri digunakan?
III.
Apakah status perbuatan pengklonan tersebut? Adakah dibenarkan atau tidak? Adakah menjadi kesalahan jarimah yang membolehkan hukuman dan jika boleh, apakah hukuman yang patut diberikan
Pengklonan Manusia untuk Pasangan
Teknik pengklonan boleh digunakan oleh
Bersekedudukan
pasangan yang bersekedudukan mendapat zuriat tanpa perlu menggunakan kaedahkaedah tabii. Boleh memperoleh anak tanpa
11
apa-apa implikasi undang-undang terhadap diri mereka Masalah yang timbul
I.
Status anak serta perbuatan mereka yang tidak dapat ditentukan membolehkan mereka melarikan diri daripada apa-apa globalisasi undangundang
II.
Kucar-kacir dalam industri keluarga dan masyarakat
Pengklonan Manusia untuk Wanita yang
Wanita boleh mengambill sel badannya
Tidak Berkahwin
sendiri dan nucleus sel tersebut boleh dicantumkan dengan sel telurnya yang telah dikosongkan dan janin yang dihasilkan boleh dikandung sendiri Masalah yang timbul
I.
Masalah status perbuatan dan anak menjadi pertikaian
Pengklonan Manusia untuk Pasangan
Seorang wanita membekalkan bahan genetic
Lesbian
dan seorang lagi membekalkan ovum.Setelah pencantuman berlaku janin boleh diakndung oleh mana-mana wanita, Masalah yang timbul
Status permasalahan masih belum dapat dipastikan
Syarat-syarat yang digariskan oleh seorang kadi di Mahkamah Arab Saudi (Nasir bin Zaid al Daud, al-Istinsakh bi Syurut Khamsah, Jaridah al-Muslimun, bil (644) 1977 ms: 8) Beliau mengatakan: 1. Mestilah pengklonan itu berlaku di dalam lingkungan suami isteri. 2. Perkara tersebut mestilah berlaku di waktu ikatan pernikahan masih wujud. 3. Persetujuan daripada suami.
12
4. Persetujuan daripada isteri. 5. Menghapuskan baki janin yang disimpan di dalam tabung janin (jika ada) setelah terputus ikatan pernikahan.
2.3.2
Fatwa hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan dari sudut syara’ (Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989)
(1) Menurut Hussain Fadhullah dalam bukunya al-Istinsakh; Jadal al-Ilmi wa al -Akhlaq, menyatakan pengklonan adalah pembentukan makhluk bernyawa sama seperti kejadian asal dan dari segi bentuknya ia seperti kembar. (2) (i) Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning); dan (ii)Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nuclear transfer technology). (3) Hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan adalah h aram. Ini berdasarkan hujjah seperti berikut: Sudut Aqidah
(i)
Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadikan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya; Bermaksud: “Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lal u dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendaki- Nya).” (Al-Furqan: 54)
(ii) Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada peraturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia at au keturunannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar dari pada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T: Bermaksud:
13
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At-Tin: 4) (iii)
Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya. Kepercayaan seperti ini bertentangan dengan akidah Islam yang menyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang zahir dan tersembunyi. Malahan hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang akan menimpa diri seseorang manusia dari alam rahim sehinggalah hari kematiannya.
Sudut Syariat
(iv)
Manusia tidak harus dijadikan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebih makhlukNya yang lain. Allah S.W.T telah melantik manusia sebagai khalifahNya di muka bumi dan manusia telah dijadikan lebih mulia daripada segala makhluk yang lain. Kejadian manusia bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. Mereka kemudian dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas agama. Justeru, pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan ke atas binatang akan menjadikan manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna dan manusia diberi tanggungjawab untuk mentadbir dunia i ni dengan sebaikbaiknya.
(v)
Pengklonan manusia akan mengganggu sistem keturunan dan kesucian s istem kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih sayang ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan tempat pergantungannya, Sebaliknya anak yang dilahirkan dari pengklonan boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan.
(vi)
Pengklonan juga membuatkan seseorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh mela hirkan anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud sela ma ini.
14
Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam. (vii)
Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu tunggal dan menidakkan hak seseorang anak untuk mendapat kasih sayang seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada sperma. Perhubungan seksual akan dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.
(viii)
Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang sepatutnya bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak tersebut.
(ix)
Dari segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan. Bagaimana pula hubungannya dengan kaum kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan bukan mahramnya.
(x)
Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama Anak klon tidak dapat diangkat menjadikan anak sendiri.
Fatwa-fatwa mengenai IVF Para Ulama di
Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang
Malaysia yang bergabung
dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi
dengan Jabatan Kemajuan
Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami
Islam Malaysia
isteri yang sah, bayi tabung itu adalah tidak sah.
Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.
15
Majlis Ulama Indonesia
(MUI)
Bayi Tabung Uji yang dihasilkan daripada Ovum isteri serta Sperma suami yang sah hukumnya adalah MUBAH (boleh), sebab ini termasuk didalam ihktiar didalam kaedah-kaedah agama.
HARAM apabila ovum dan sperma yang disenyawakan dimasukan kedalam rahim perempuan lain selain isterinya sendiri. Ini disebabkan, akan terdapat masalah yang timbul berkaitan dengan warisan
Bayi Tabung yang dihasilkan daripada sperma yang dibekukan dari suami yang telah meninggal dunia hukumnya adalah HARAM. Kerana mempunyai kemungkinan akan timbulnya masalah dari segi nasab atau pun warisan.
Bayi Tabung Uji yang dihasilkan dari ovum dan sperma yang bukan suami isteri adalah HARAM. Ini disebabkan oleh, statusnya sama dengan perzinahan.
Majlis Mujamma’ Fiqih
Empat perkara berikut ini diharamkan dan terlarang sama
Islami
sekali, karena dapat mengakibatkan percampuran nasab dan hilangnya hak orang tua serta perkara-perkara lain yang dikecam oleh syariat.
Sperma yang diambil dari pihak lelaki yang disemaikan dengan ovum pihak wanita yang bukan isterinya kemudian dimasukan ke dalam rahim istrinya.
Ovum yang diambil dari pihak wanita yang disemaikan dengan sperma yang diambil dari pihak lelaki yang bukan suaminya yang kemudiannya dimasukan ke dalam rahim si wanita.
Sperma dan ovum yang disenyawakan yang diambil dari lelaki dan wanita lain, yang kemudiannya dimasukan ke dalam rahim isteri.
16
Sperma dan ovum yang disenyawakan diambil dari seorang suami dan istrinya, kemudian dimasukan ke dalam rahim istrinya yang lain.
Sperma ovum yang disenyawakan tersebut diambil dari sepasang suami isteri, kemudian dimasukan ke dalam rahim wanita lain yang bersedia mengandung hasil pesenyawaan benih mereka.
Dua perkara berikut boleh dilakukan jika memang sangat diperlukan dan setelah memastikan keselamatan yang harus dilakukan terjamin, sebagai berikut:
Sperma tersebut diambil dari si suami dan ovemnya diambil dari isterinya yang kemudian disenyawakankan dan dimasukan ke dalam rahim istrinya.
Sperma si suami diambil dan kemudian disuntikkan ke dalam saluran rahim isterinya atau langsung ke dalam rahim istrinya untuk disenyawakan.
Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang Bagi Mendapatkan Zuriat
Kaedah ibu tumpang ini adalah satu kaedah moden yang terhasil melalui kajian dan ianya terbukti dalam menghasilkan zuriat. Namun, bagaimana pandangan Islam terhadap kaedah ini? Adakah ia benar-benar menepati kaedah syariah? Berdasarkan kaedah ibu tumpang ini, terdapat beberapa gambaran bagaimana kaedah ini dilakukan. Ianya diringkaskan seperti berikut: 1. Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain. 2. Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan ke rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang berpoligami). 3. Sperma dan ovum diambil dari lelaki dan perempuan yang berlainan disenyawakan di luar dan kemudiannya dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain dan apabila
17
telah selamat melahirkan anak, maka diserahkan kepada mereka yang menginginkan zuriat. 4. Sperma si suami disenyawakan dengan ovum perempuan ajnabi yang mana perempuan tersebut akan mengandungkan anak tersebut dan apabila selamat melahirkan anak tersebut maka akan diserahkan kepada pasangan bersama wang ganjaran diserahkan kepada perempuan ajnabi tersebut. 5. Ovum si isteri akan dimabil bersama sperma dari lelaki ajnabi dan kemudian dipindahkan ke dalam rahim perempuan ajnabi yang lain dan selepas mela hirkan anak tersebut maka diserahkan kepada pasangan yang menginginkan anak tersebut beserta bayaran kepada ibu tumpang tersebut.
18
BAB 3
KESIMPULAN
Konklusinya, di Malaysia teknik pengklonan masih terkawal dan teknologi ini diaplikasi berdasarkan Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama. Secara ringkasnya, kita dapat menghuraikan bahawa penggunaan Teknologi IVF atau Bayi Tabung Uji adalah dibenarkan dab sah disisi Islam jika mengikut fatwa-fat wa yang telah ditetapkan oleh para ulama dinegara masing. Ini disebabkan terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan mengikut negara masing mengenai Bayi Tabung Uji. Oleh itu, penggunaan Bayi Tabung Uji atau IVF mestilah digunakan sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi pasangan sua mi isteri yang menginginkan zuriat sendiri setelah mencuba kaedah-kaedah yang lain
19
RUJUKAN
1. Pengklonan manusia - Mudarat atau perubatan? http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia &sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz52ZkZod2x © Utusan Melayu (M) Bhd 2. http://irep.iium.edu.my/17141/1/Pengklonan_manusia_dari_sudut_syara%27.pdf 3. http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=2135 4. http://esrees.blogspot.my/2015/09/fatwa-fatwa-mengenai-ivf.html 5. Hukum terhadap penggunaan ibu tumpang Surrogate Mother http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1144irsyad-al-fatwa-ke-130-hukum-terhadap-penggunaan-ibu-tumpang-surrogate-mother