Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Abdul Halim 2011
PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) MURID PRASEKOLAH
Oleh : Mohamad Lutfi Bin Mat Saad IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan dan seterusnya untuk melihat adakah kaedah nyanyian ini dapat menarik dan mengekalkan minat murid untuk belajar. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Bedong. Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah seramai 25 orang yang yang terdiri daripada murid murid Prasekolah Nur’ Alif. Kajian ini dijalankan terhadap penggunaan kaedah nyanyian yang dilaksanakan oleh penyelidik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas Prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah ujian pengesanan bacaan, pemerhatian dan kaedah temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian responden dalam kajian ini dimana keseluruhan murid dapat membaca perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk). Ini menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian dalam pembelajaran meningkatkan meningkatkan kemahiran membaca perkataan perkataan adalah berkesan. PENGENALAN Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya diterimanya di rumah. rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998). Berdasarkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas, penyelidik mendapati murid kurang berminat berminat semasa mengikuti proses pengajaran pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran. Mereka juga mudah menunjukkan menunjukkan rasa bosan dan sering membuat membuat bising di dalam kelas. Walaupun peraturan telah telah ditetapkan, namun potensi untuk mengubah tingkah laku adalah sangat rendah. Penyelidik sempat melihat melihat rekod peribadi murid untuk mengetahui mengetahui sedikit sebanyak latar belakang murid-murid prasekolah ini dan penyelidik mendapati kebanyakan murid-murid prasekolah datang daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri. Namun begitu, terdapat juga murid murid yang jarang jarang datang ke sekolah sekolah tanpa ada alasan yang munasabah. Hal ini bukan sahaja sahaja membimbangkan penyelidik malahan apa yang menjadi kerisauan di sini ialah tahap perkembangan mereka tidak mencapai ke tahap yang maksimum. Berpunca daripada ini, mereka kurang dapat menguasai sesetengah kemahiran yang diajar oleh guru terutama kemahiran membaca di mana kemahiran membaca ini sangat penting untuk murid prasekolah sebelum mengikuti alam pembelajaran pembelajaran formal di tahun satu. Penyelidik mendapati semua murid berpotensi berpotensi untuk menguasai kemahiran ini. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyebut, mengingat, mengingat, menghafal dan yang paling ketara ketara ialah masalah dalam dalam membaca perkataan. Perkataanperkataan yang menjadi masalah kepada murid prasekolah ini untuk membaca ialah perkataan yang bersuku kata terbuka dan tertutup (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk). Penyelidik mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah ini. Banyak hasil kajian lalu (Colwell, 1994 dan Stanley & Hughes, 1997) telah menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Manakala bagi pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah nyanyian dapat mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. 1
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Abdul Halim 2011
Menyanyi juga dapat menguji kemahiran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada itu juga, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. (Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, 1992). Kanak-kanak berasa gembira dan seronok seronok apabila menyanyi menyanyi kerana nyanyian boleh meransang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi peluang mereka mereka melakukan pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992). Menurut Nani Menon ( 2005), kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar. Fokus Kajian Kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan teknik nyanyian dalam mengatasi masalah murid dalam kemahiran membaca perkataan yang bersuku kata terbuka dan tertutup vkv, kvkv, vkvk dan kvkvk. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan (vkv, kvkv, vkvk dan kvkvk) serta membolehkan murid suka untuk belajar. Soalan Kajian 1. Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan vkv, kvkv, vkvk dan kvkvk di kalangan murid prasekolah? 2.
Adakah kaedah nyanyian membolehkan murid menjadi suka untuk belajar?
METODOLOGI Instrumen Kajian Alat instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pengesanan bacaan, pemerhatian dan juga temubual. Ujian pengesanan bacaan ini dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang tahap perkembangan kemahiran kemahiran membaca murid-murid prasekolah prasekolah ini. Ujian ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu iaitu sebelum penyelidik menjalankan menjalankan intervensi dan selepas penyelidik penyelidik menjalankan intervensi. intervensi. Ujian ini digunakan untuk membandingkan prestasi tahap perkembangan membaca sebelum dan selepas intervensi yang dijalankan oleh penyelidik. Data pemerhatian di analisis tentang perlakuan murid semasa sesi pengajaran dijalankan. Pemerhatian dilakukan adalah untuk mengenalpasti respon dan minat mereka terhadap kaedah nyanyian yang dilakukan serta adakah mereka suka untuk melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dala m kelas. Manakala bagi instrumen temubual, penyelidik telah menganalisis kandungan hasil temubual bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan kaedah nyanyian dengan menekankan soalan-soalan yang berkaitan perasaan, minat, pendapat dan adakah mereka dapat mengingat dan membaca semula pekataan yang telah dinyanyikan. Responden Kajian ini melibatkan 25 orang murid prasekolah daripada Sekolah Kebangsaan Batu Ha mpar Bedong, Kedah. Mereka ini terdiri daripada beberapa orang murid murid yang mempunyai perbezaan dari segi jantina jantina (11 orang lelaki dan 14 perempuan), tahap umur (5 dan 6 tahun). Berikut adalah pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan dalam menjayakan
Membuat tinjauan awal
Melaksanakan sesi pengajaran 1
kajian ini:
Melaksanakan sesi pengajaran 2
2
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Abdul Halim 2011
• Ujian Pengesanan Bacaan
Membuat tinjauan awal
Melaksanakan sesi pengajaran 1
• Menggunakan kaedah nyanyian lagu vkv dan vkvk yang ditayangkan semasa set induksi, langkah 2 dan p enutup.
Melaksanakan sesi pengajaran 2
-Ujian Pengesanan Bacaan -Pemerhatian -Temubual
• Menggunakan kaedah nyanyian lagu kvkv dan kvkvk yang ditayangkan semasa set induksi, induksi, langkah 2 dan penutup
-Ujian Pengesanan Bacaan -Pemerhatian -Temubual
DAPATAN KAJIAN Soalan Kajian 1: Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan vkv, kvkv, vkvk dan kvkvk di kalangan murid prasekolah? Kemahiran membaca perkataan dalam kalangan murid prasekolah meningkat selepas intervensi dijalankan kepada murid Prasekolah Nur’ Alif . Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan seramai 7 orang murid telah telah mencapai objektif kajian. kajian. Kesemua murid ini boleh boleh membaca kesemua perkataan perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) dengan betul. betul. Walaupun murid murid lain tidak boleh membaca kesemua perkataan, namun dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap jumlah perkataan yang boleh boleh dibaca oleh mereka selepas intervensi intervensi dilakukan. Oleh itu, dapatan ini telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian ini dapat meningkatkan kemahiran membaca membaca (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) murid prasekolah. Data-data yang diperolehi dari ujian pengesanan bacaan sebelum intervensi dan selepas intervensi kaedah nyanyian dijalankan telah dianalisis dalam bentuk huraian dan deskriptif. Berdasarkan jadual 1.0 dan 2.0 (rujuk lampiran 1dan 2), bagi perkataan perkataan vkv data menunjukkan hanya 14 daripada 25 orang murid sahaja yang boleh membaca sebelum intervensi kaedah nyanyian dijalankan manakala jumlah bilangan murid yang boleh membaca perkataan vkv ini meningkat daripada 14 kepada 21 orang selepas intervensi dijalankan. dijalankan. Jumlah perbezaan peningkatan peningkatan ini adalah sebanyak 7 orang. orang. Bagi perkataan kvkv pula, hanya 12 orang murid sahaja yang boleh membaca pada awalnya namun jumlah ini juga meningkat meningkat setelah intervensi intervensi dijalankan iaitu iaitu daripada 12 kepada 17 orang murid. murid. Jumlah perbezaan peningkatan ini adalah adalah sebanyak 5 orang murid yang yang boleh membaca perkataan. perkataan. Sebanyak 6 daripada 25 orang murid sahaja yang yang boleh membaca membaca perkataan vkvk vkvk sebelum intervensi kaedah nyanyian dijalankan. dijalankan. Walau bagaimanapun jumlah ini menunjukkan peningkatannya setelah intervensi dijalankan iaitu daripada 6 orang murid 3
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Abdul Halim 2011
kepada 14 orang murid yang boleh membaca perkataan. Jumlah perbezaan peningkatan peningkatan ini adalah sebanyak 8 orang murid. Perkataan kvkvk menunjukkan bacaan terendah dan mengecewakan dimana tidak seorang murid pun yang boleh membaca membaca perkataan tersebut tersebut sebelum intervensi kaedah kaedah nyanyian dijalankan. dijalankan. Selepas intervensi intervensi ini dijalankan, bilangan murid yang yang tidak boleh membaca membaca perkataan kvkvk meningkat kepada kepada 7 orang murid. murid. Keseluruhan peningkatan bagi kemahiran membaca ini boleh dijelaskan lagi berdasarkan graf 1 dan jadual 3.0 di bawah.
25 20 15 Tinjauan Awal 10
Selepas intervensi
5 0 vkv
kvkv
vkvk
kvkvk
Rajah 1: Graf perbandingan peningkatan tahap bacaan murid melalui melalui ujian pengesanan tinjauan awal dan selepas intervensi kaedah nyanyian dijalankan
Jadual 1: Jumlah peningkatan selepas intervensi kaedah nyanyian dijalankan. Perkataan Vkv Kvkv Vkvk kvkvk
Jumlah Peningkatan 7 5 8 7
Oleh itu, analisis data di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran membaca murid bagi keseluruhan perkataan perkataan yang diuji oleh penyelidik. penyelidik. Walaupun begitu, terdapat juga juga 4 orang murid yang tidak menunjukkan apa-apa peningkatan. peningkatan. Hal ini boleh dijelaskan dengan dengan merujuk kepada Teori Kecerdasan Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner yang mengatakan bahawa setiap manusia di dunia ini mempunyai potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
Soalan Kajian 2: Adakah kaedah nyanyian membolehkah murid menjadi suka untuk belajar? Berdasarkan dari analisis data-data pemerhatian dan temu bual daripada sesi pengajaran satu dan dua, penyelidik mendapati bahawa keseluruhan murid- murid Prasekolah Nur’ Alif kelihatan gembira dan suka untuk belajar serta menunjukkan perlakuan yang baik baik dan menurut arahan guru semasa intervensi intervensi dijalankan. Mereka menunjukkan tingkah laku yang sepatutnya, tidak banyak menunjukkan bahasa badan yang kurang menyenangkan dan 4
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Abdul Halim 2011
keseluruhan murid juga tidak menunjukkan pergerakan yang tidak diperlukan di dalam kelas semasa intervensi kaedah nyanyian dijalankan. Berdasarkan pada catatan bebas, bagi sesi pengajaran 1, keseluruhan murid menunjukkan tingkah laku baik dan hanya terdapat tiga atau empat orang murid sahaja yang menunjukkan tingkah laku yang kurang memuaskan. Bagi sesi pengajaran 2, hanya satu atau dua orang murid sahaja yang telah menunjukkan tingkah laku yang kurang memuaskankan. Jadi, boleh dikatakan di sini bahawa kaedah nyanyian nyanyian ini berupaya merubah tingkah tingkah laku murid untuk belajar walaupun jumlah perubahannya kecil. Bagi bahasa badan dan pergerakan di dalam kelas yang difokus oleh penyelidik juga menunjukkan keseluruhan murid tidak banyak menunjukkan bahasa badan yang kurang menyenangkan dan keseluruhan murid murid juga tidak menunjukkan menunjukkan pergerakan pergerakan yang tidak diperlukan. Walaupun begitu, hanya terdapat dua atau tiga orang murid sahaja yang menunjukkan bahasa badan yang kurang memuaskan dan pergerakan yang tidak diperlukan di dalam kelas semasa intervensi kaedah nyanyian dijalankan. Selain itu, daripada temubual dari ketiga-tiga murid juga menunjukkan mereka suka untuk belajar dan menyanyi semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian dijalankan. Oleh itu, menunju kkan respon dan minat mereka penyelidik mendapati bahawa murid- murid Prasekolah Nur’ Alif ini telah menunjukkan terhadap kaedah nyanyian yang dilakukan. Mereka juga suka untuk belajar dan dapat memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas serta dapat meningkatkan tahap perkembangan membaca membaca perkataan vkv, kvkv, vkvk vkvk dan kvkvk. Secara kesimpulannya, kesimpulannya, hasil dapatan daripada daripada analisis pemerhatian dan temu bual ini dapat menunjukkan bahawa objektif penyelididkan ini tercapai.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN Bagi kaedah nyanyian ini, penyelidik mencadangkan agar kajian diteruskan lagi dengan memanjangkan tempoh masa pelaksanaan supaya supaya keberkesanan kaedah ini dapat ditingkatkan. ditingkatkan. Selain itu, kajian menggunakan menggunakan kaedah nyanyian ini boleh diubahsuai dengan menggunakan nyanyian sambil membuat pergerakan serta lagu-lagu yang ingin digunakan juga boleh dipelbagaikan. Selain daripada itu juga, kajian ini boleh diteruskan dengan menggunakan perisian multimedia interaktif supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan penglibatan murid dapat d itingkatkan. itingkatkan.
5
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Abdul Halim 2011
RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008), Guru Sebagai Penyelidik: PTS Professional: Kuala Lumpur. Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), ‘ Projek’ ‘ Projek’ Teknik Pengaj aran dan Pembelajaran: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL. Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, (1992) ’Nyanyian’ Aktiviti ’Nyanyian’ Aktiviti Bahasa: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 7. Kementerian Pendidikan. DBP: KL. Kamus Dewan, Edisi Baru, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah: Dokumen Standard Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen Standard Prasekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Madzniyah Md.Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Hj. Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani dan Zakiah Idris. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Program PIER (Program for Innovation, Excellence and Research) Nani Menon (2005), Permainan, Lagu Dan P uisi Kanak-kanak: PTS Professional: Bentong. Prof. Madya Norhashimah Hashim & Prof. Aminah Ayob (1982). Panduan Pemakanan Prasekolah: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. William B. Stanley (2001), Critical Issues in Social Studies Research for the 21 st Century: Publisher IAP.
6