PENGAWASAN DAN ORGANISASI TAPAK
Perancangan
Perancangan dilakukan dalam industri pembinaan kerana :
1.
Kesukaran untuk mendapatkan pekerja berikutan wujudkan akta pekerja.
2.
Kelengkapan yang mahal perlu digunakan secara ekonomi untuk mengelak berlaku pembaziran
3.
Kesukaran mendapatkan bahan binaan dalam masa yang singkat
PEMBINAAN PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM
BANGUNAN
Ex: Jalanraya, empangan, pelabuhan, jambatan, airport
Perlu kawasan tanah yg luas
Ex: Hospital, Perumahan, sekolah, balairaya kawasan tanah yg tidak terlalu luas
Biasanya melibatkan kerja-kerja di bawah aras tanah
Biasanya melibatkan kerja di atas aras tanah.
Pengujian bahan binaan di tapak
Slump Test (ujian penurunan)
Cube Test (ujian kiub)
Kaedah Gantian Pasir (sand replacement method)
California Bearing Ratio
Reinforcement test
Slump Test
Menentukan kebolehkerjaan bancuhan konkrit
Perubahan nilai penurunan menunjukkan perubahan bahan, kandungan air, nisbah bancuhan.
Menggunakan kon 100mm panjang, 200mm dalam, 300mm tinggi. Rod pemadat 600mm
panjang digunakan untuk memadat.
Permukaan kon mesti bersih sebelum digunakan. Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam kon dalam 4 lapisan dan setiap lapisan dipadatkan sebanyak 25 guna rod.
Selepas lapisan terakhir, permukaan konkrit diratakan.
Kon diangkat perlahan-lahan secara menegak dan biarkan konkrit menurun.
Nilai penurunan diukur.
U jian
Kiub
Menentukan kekuatan mampatan konkrit.
Biasanya, 3 kiub diambil secara rawak daripada sekumpulan konkrit untuk diuji. Setiap kiub ditanda dengan mencatat tarikh dihasilkan dan no rujukan berkaitan. 1 kiub akan diuji pada umur 7 hari, 1 lagi pada umur 21 hari dan seterusnya 28 hari.kekuatan mampatn konkrit akan tercapai pada umur 28 hari.
California Bearing Test
Menentukan nisbah galas california bagi setiap jenis tanah. Atau menentukan kekuatan galas tanah.
Dalam ujian ini, berat yang tertentu untuk menolak peralatan pengujian kepada tanah bergantung kepada nilai yg diperlukan.
STRUKTUR ORGANISASI TAPAK PEMILIK ARKITEK KONTRAKTOR UTAMA PENYELIA TAPAK SUB KONTRAKTOR BURUH -Kerja bata -Turapan simen
BURUH MAHIR -Pemasangan paip -Pemasangan elektrik -Mengecat
ARKITEK PILIHAN - Kerja terazo - Kerja jubin - Kerja-kerja lantai
SENARAI KERJA JURUTEKNIK
Membantu sub kontraktor dan memastikan penyiapan kerja adalah mengikut perancangan.
Memastikan bahan yg digunakan mengikut spesifikasi yg ditetapkan.
Memastikan segala kerja dalam perancangan dilaksanakan
Mengikuti perkembangan kerja dan memantau
Merekod pelaksanaan kerja dalam buku harian tapak.
Menulis laporan kepada arkitek
Menilai dan menaksirkan penyiapan kerja dalam menentukan pembayaran penyiapan dan
bahan-bahan yg rosak, kualiti kerja serta memberi arahan kerja untuk membaiki kerosakan
mencatat perubahan kerja.
SENARAI KERJA PENYELIA TAPAK
Mengemaskini perancangan kerja di tapak
Menganalisa dokumen kontrak
Memberi arahan kepada juruteknik, buruh mahir, tidak mahir
Membuat perundingan untuk bekalan pelalatan.
Memeriksa lokasi bangunan, kualiti kerja dan gred bahan
Menilai kos pengubahsuaian dan kesan terhadap bayaran
kemajuan kerja.
Menyediakan buku harian tapak dan carta kemajuan.
Memeriksa penyiapan kerja dan kemudahan
Istilah-istilah dalam pembinaan 1. Arahan perubahan kerja (Variation order) -
arahan berdasarkan perubahan darisegi rekabentuk, kualiti kerja, item kerja dan penggantian kerja.
-
Biasanya dibuta
dalam bentuk tulisan atau percakapan tetapi perlu disahkan melalui
penulisan. -
Perubahan kerja hanya boleh dibuat tidak melebihi 20% daripada harga kontrak.
-
Sekiranya perubahan kerja melebihi 20 %, maka kontraktor hanya akan dibayar 5% daripada jumlah 20% .
-
Perubahan kerja haruslah tidak menyebabkan kontrak terbatal.
-
Perubahan kerja yang disahkan oleh pegawai penguasa haruslah dinilai untuk menentukan penambahan atau pengurangan kos.
Istilah-istilah dalam pembinaan
Bayaran Kemajuan (Progress Payment)
-
Dalam melaksanakan kontrak, kontraktor akan dibayar secara berperingkat berdasarkan kepada kemajuan kerja.
-
Terdapat 3 komponen yang dinilai dalam pengiraan bayaran kemajuan iaitu nilai kerja berdasarkan harga bahan, wang tahanan, nilai perubahan kerja.
-
Nilai kerja ialah kemajuan kerja, termasukkos di tapak bina.setiap kerja dinilai dan bayaran akan dibuat setiap bulan mengikut perjanjian dalam kontrak.
Istilah-istilah dalam pembinaan
Program Kerja (Work Program)
-
Program kerja merupakan kerja yang dirancang sebelum dilaksanakan. Ianya sama seperti perancangan dan dibuat oleh jurutera ataupun perunding.
-
Dalam perancangan perkara-pekara berikut harus diambilkira: site condition, transportation,environmental area, weather, technical aspect, plant provided, skills workers,number of storey, building area, construction types, material types.
Istilah-istilah dalam pembinaan
Site diary (Buku harian tapak)
- penting dalam projek pembinaan untuk: 1.
Catat kemajuan kerja harian
2.
Catat cuaca dan keadaan pembinaan
3.
Catat aduan terhadap kualiti kerja
4.
Catat aduan umum terhadap projek
5.
Catat kehadiran pekerja
6.
Menyenaraikan pelawat yg datang ke tapak bina
LANGKAH KESELAMATAN DI TAPAK
Terbahagi kepada 2 iaitu: 1.keselamatan pekerja 2. keselamatan umum
Keselamatan pekerja 1.
Menjaga kesihatan diri
2.
Disiplin semasa bekerja
3.
Pengetahuan
4.
Pemakaian
5.
Pelindung mata
6.
Perlindungan kepala
7.
Perlindungan tangan
8.
Tali pinggang keselamatan
Keselamatan umum 1.
Papan tanda arahan dan amaran
2.
Pemasangan pagar di sekeliling tapak
3.
Pemasangan jaring
4.
Kawalan terhadap jentera dan peralatan yang rosak.