PENGAMALAN KONSEP INTEGRASI, AKULTURASI, AKOMODASI, ASIMILASI DAN AMALGAMASI DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN 1.0
2.0
Pengenalan ................................................................................................................................ 1 1.1
Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia ..........................................................1
1.2
Skop Perbincangan ..........................................................................................................2
Definisi Konsep-Konsep berkaitan Perpaduan Kaum dalam Masyarakat Majmuk ..................4 2.1
Integrasi ...........................................................................................................................4
2.2
Akulturasi ........................................................................................................................4
2.3
Akomodasi ......................................................................................................................5
2.4
Asimilasi .........................................................................................................................5
2.5
Amalgamasi ....................................................................................................................6
3.0
Sejarah Kewujudan Konsep-Konsep Perpaduan Kaum ............................................................7
4.0
Ciri-Ciri Konsep dalam Perpaduan Kaum ..............................................................................10
5.0
Pandangan Sarjana tentang Konsep-Konsep dalam Perpaduan Kaum ...................................15
6.0
Pengamalan Konsep-Konsep dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia ..................................16
7.0
Kesan dan Pengaruh Konsep-Konsep terhadap Hubungan Etnik di Malaysia .......................20
8.0
Penilaian terhadap Konsep-Konsep Perpaduan Kaum ............................................................ 22
9.0
Penutup ....................................................................................................................................24
RUJUKAN .........................................................................................................................................25
1.0
Pengenalan
1.1
Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan sering dianggap sebagai masyarakat pluralistik. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik atau kaum (Kamarulzaman, 2007). Menurut Jabatan Perangkaan Negara (2014), jumlah penduduk semasa di negara pada masa ini adalah 30,061, 133 orang iaitu negara ke-44 paling ramai penduduk di dunia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014). Banci 2010 yang ditunjukkan dalam Jadual 1 menunjukkan kumpulan etnolinguistik terbesar di Malaysia di mana kaum Melayu adalah yang teramai diikuti kaum Cina dan India.
Kaum Melayu merangkumi lebih kurang 50.4% daripada masyarakat Malaysia manakala Bumiputerat lain adalah sebanyak 11%. Kaum Melayu menurut peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah rakyat yang beragama Islam dan mengamalkan adatadat dan kebudayaan Melayu (Malaysia, 2012). Mengikut susur-galur sejarahnya, rakyat Melayu di Malaysia adalah dari kelasi-kelasi berbangsa Jawa, Bugis dan Minang dari Indonesia yang telah menetap di Tanah Melayu pada abad ke-17 sehingga awal abad ke-19 (Nazaruddin et al., 2003). Kaum Bumiputera pula adalah penduduk asli yang bertaraf Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti kaum Kadazan, Dusun, Rungus, Bajau dan Murut di negeri Sabah dan kaum Iban, Dayak, Bidayuh, Melanau dan Kelabit di negeri Sarawak.
Kaum bukan Bumiputera pula adalah kaum Cina dan India tetapi bilangan kaum Cina lebih besar. Terdapat juga kaum Cina dipanggil Baba dan Nyonya dan Cina Peranakan di Melaka, Terengganu dan Kelantan di mana mereka mengamalkan budaya Melayu dan berkahwin campur dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Kaum India pula mempunyai kepelbagaian etnik seperti Tamil, Malayalee, Telugu, Punjabi dan Hindi. Kebanyakan daripada mereka juga berkahwin campur dengan masyarakat Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.
1
Jadual 1: Kumpulan Etnolinguistik Terbesar di Malaysia (Berdasarkan Banci 2010) Kumpulan Melayu, Semenanjung Malaysia Cina Han, Hokkien Tamil Cina Han, Hakka Cina Han, Cantonese Melayu Banjar Cina Han, Teochew Cina Han, Mandarin Minangkabau Indonesia Iban Filipino Cina Han, Hainanese Cina Han, Min Bei Melayu, Malaysian Timur Cina Han, Min Dong Cina Selat Nepal Tausug Dusun, Pusat Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012
1.2
Jumlah 9, 041, 091 1, 848, 211 1, 743, 922 1, 679, 027 1, 355,541 1, 237, 615 974, 573 958, 467 874, 536 772, 558 666, 034 442, 933 380, 781 373, 337 271, 979 249, 413 236, 918 217, 587 201, 797 191, 146
Skop Perbincangan
Kertas tugasan ini membincangkan tentang empat konsep berkaitan hubungan etnik dan perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia iaitu integrasi, akulturasi, asimilasi, akomodasi dan amalgamasi. Perbincangan ini merangkumi huraian tentang definisi, sejarah kewujudan konsep, ciri-ciri konsep, perbincangan dalam kalangan sarjana tentang konsep tersebut, pengamalan konsep tersebut dalam masyarakat, kesan dan pengaruh konsep tersebut kepada hubungan etnik serta penilaian terhadap konsep tersebut.
Konsep-konsep yang dibentangkan ini amat berkaitan dengan konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada bulan April, tahun 2009. Konsep ini bertujuan untuk menerapkan semangat dan nilai bersama dan kekitaan dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan (Perry, 2009). Konsep ini beransur daripada sikap toleransi di antara satu sama lain kepada penerimaan antara satu sama lain atau “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity).
2
Konsep ini adalah kesinambungan kepada dua matlamat serampang dua mata dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira bangsa dan penstrukturan semula ekonomi yang dahulunya dilancarkan oleh Tun Abdul Razak, bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang selepas berlakunya Peristiwa Hitam 13 Mei pada tahun 1969. Konsep 1 Malaysia mengandungi elemen pembangunan berdasarkan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan untuk pembangunan negara. Konsep ini dikaitkan dengan tema “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat dan menegaskan tentang niat serius kerajaan untuk terus membawa pencapaian dan pembangunan kepada negara (Malaysia Insider, 2009). Konsep 1 Malaysia tidak sama dengan ideologi “Malaysian Malaysia” yang dicadangkan oleh Lee Kuan Yew melalui Parti Tindakan Rakyat apabila membawa Singapura keluar dari Maaysia pada tahun 1965 (New Strait Times, 2009). Menurut ideologi ini, semua kumpulan etnik mempunyai hak yang sama dan tidak ada kumpulan yang mempunyai hak istimewa. Namun, ini menyalahi Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 yang menyatakan hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta kedudukan dan hak bangsa-bangsa lain di negara ini. Pendekatan 1 Malaysia memastikan Dasar Tindakan Afirmatif diteruskan supaya orang Melayu yang miskin dan ketinggalan dapat berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa-bangsa lain dalam aspek ekonomi. Konsep 1 Malaysia menekankan perpaduan rakyat dengan menggalakkan empat proses serentak – asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi.
3
2.0
Definisi Konsep-Konsep berkaitan Perpaduan Kaum dalam Masyarakat Majmuk
2.1
Integrasi
Integrasi adalah istilah yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris, “integration” yang memberi maksud “kesempurnaan” atau “keseluruhan”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), integrasi diertikan sebagai “penggabungan” atau “pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan, penyatuan”. Dalam konteks sosial, integrasi adalah proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga terhasilnya pola kehidupan masyarakat yang mempunyai keserasian fungsi. Integrasi adalah keadaan di mana kumpulankumpulan etnik yang berlainan bersikap menerima dan bersikap kompromi atau toleran terhadap kebudayaan majoriti masyarakat tetapi dalam masa yang sama, masih mempertahankan kebudayaan mereka masing-masing.
Integrasi juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Di Malaysia, proses integrasi masyarakat adalah suatu usaha yang dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama agar adanya perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan kepercayaan. Perpaduan pula adalah proses yang menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya setiap individu mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.
2.2
Akulturasi
Akulturasi pula merujuk kepada pengambilan budaya sesebuah kumpulan yang lain daripada apa yang telah seseorang individu dibiasakan dengan budaya semasa dia membesar. Akulturasi melibatkan pembelajaran bahasa dominan dan mengambil nilai dan tingkah laku yang baru. Akulturasi menjelaskan proses perubahan budaya dan perubahan psikologikal yang terhasil daripada pertembungan budaya. Kesan akulturasi dapat dilihat pada pelbagai tahap dalam keduadua budaya. Di peringkat kumpulan, akulturasi menyebabkan perubahan dalam budaya, adat dan institusi sosial. Kesan pada peringkat kumpulan termasuklah perubahan dalam makanan, pakaian dan bahasa. Di peringkat individu pula, perubahan dalam cara individu berakulturasi ditunjukkan dengan perubahan dalam tingkah laku seharian tetapi juga dalam pelbagai keadaan psikologikal dan kesejahteraan fizikal.
4
2.3
Akomodasi
Akomodasi budaya bermaksud bahawa seseorang individu telah berpindah ke kawasan yang mempunyai budaya yang lain daripada apa yang dia sudah biasakan. Oleh itu, individu tersebut akan menyesuaikan diri dengan budaya baru menggunakan cara tertentu supaya serasi tinggal dalam persekitaran tersebut. Perundingan budaya ini perlu untuk mengimbangi dua budaya yang berlainan dalam kehidupan sendiri seperti tingkah laku dan amalan di tempat kerja yang mengikut budaya tertentu kemudian pulang ke rumah untuk mengamalkan budaya tradisional yang telah lama dilakukan.
2.4
Asimilasi
Asimilasi adalah proses di mana kumpulan yang pada awalnya berasingan telah muncul dan bersepadu menjadi satu. Asimilasi sekunder berlaku apabila kumpulan berlainan bersepadu di kawasan awam dan institusi sosial seperti kejiranan, sekolah, tempat kerja dan kerajaan. Asimilasi primer pula berlaku apabila ahli daripada kumpulan berlainan berintegrasi secara peribadi, pertubuhan dalam bentuk rakan, keluarga dan pasangan kelamin.
Definisi asimilasi seakan-akan sama dengan konsep integrasi tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini memberi maksud yang agak berlainan. Asimilasi bermaksud penerimaan iaitu manusia dari pelbagai latar belakang melihat diri mereka sebahagian daripada satu keluarga kebangsaan seperti masyarakat Malaysia yang mengamalkan satu budaya yang sama, budaya Malaysia. Sebaliknya, integrasi pula adalah tindakan untuk menggabungkan kaum dan kumpulan agama ke dalam suatu masyarakat.
Penyerapan budaya dan struktur sosial bagi kumpulan pendatang kepada suatu masyarakat yang dominan merujuk kepada asimilasi. Dalam keadaan ini, pendatang baru akan mengubah struktur sosio-budaya mereka untuk disesuaikan dengan budaya dan masyarakat yang dominan. Dalam keadaan asimilasi yang lain pula, di mana penyerapan sepenuhnya berlaku melibatkan percampuran antara budaya dominan dan sub-budaya pendatang dengan cara sehingga membawa kepada budaya baru. asimilasi dikatakan lebih mudah berlaku sekiranya kumpulan minoriti mempunyai persamaan dengan masyarakat dominan dalam aspek budaya dan biologikal.
5
2.5
Amalgamasi
Amalgamasi pula adalah keadaan apabila etnik atau kumpulan budaya yang berlainan berkahwin atau berpasangan sehingga melahirkan zuriat. Konsep ini agak berbeza daripada asimilasi yang bermaksud penggabungan sosial dan budaya manakala amalgasi merujuk kepada penggabungan secara biologikal antara kumpulan etnik dan kaum dalam populasi masyarakat.
Penjelasan definisi bagi kelima-lima konsep berkaitan hubungan etnik ini menunjukkan persamaan dan dibezakan secara halus. Secara amnya, integrasi membawa kepada pergabungan dalam masyarakat dalam keadaan setiap kaum dan etnik memelihara budaya masing-masing tetapi tolerans dan menerima budaya sesama mereka manakala akulturasi pula merujuk kepada pengamalan budaya kaum lain dalam kehidupan sendiri. Misalnya, dalam masyarakat bukan Melayu, memakan nasi lemak sebagai sarapan pagi atau memakai baju kurung untuk urusan rasmi pejabat adalah perkara yang biasa diamalkan. Akomodasi pula lebih kurang dengan akulturasi tetapi dalam hal ini, budaya sendiri masih diamalkan seperti memakai baju kurung yang dipotong seperti baju Cheongsam. Akhir sekali, asimilasi adalah pergabungan budaya menjadi satu budaya sahaja manakala amalgamasi pula melibatkan pergabungan biologikal.
6
3.0
Sejarah Kewujudan Konsep-Konsep Perpaduan Kaum
Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia adalah hasil daripada perkembangan sejarah yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu. Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan dan tempat berdagang saudagar dari Barat dan Timur dan dengan itu, saudagar Cina dan India juga sering mengunjungi ke tempat ini. Perdagangan emas dan sutera telah membawa pengaruh Hindu dan Buddha serta pengaruh Arab dan Islam di tanah Melayu sehingga mendorong kepada wujudnya budaya kosmopolitan yang ada sekarang.
Pertembungan budaya Melayu, Cina dan India telah membawa kepada usaha setiap kaum untuk mengekalkan identiti budaya masing-masing tetapi dalam masa yang sama, interaksi telah membawa kepada pelbagai aspek akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan semasa mereka berada dalam ruang lingkup yang sama. Salah satu contoh klasik tentang amalgamasi budaya dapat dilihat dalam bentuk pertembungan dan interaksi budaya Cina dan India. Pendatang Cina awal telah menetap di negara-negara Selat dan mengamalkan budaya Melayu. Mereka berkahwin campur dengan Melayu dan menghasilkan satu set generasi yang dikenali sebagai baba dan nyonya. Di samping itu, mereka juga telah membentuk set adat, kepercayaan, amalan dan seni yang menunjukkan percampuran kedua-dua Cina dan Melayu. Ini menunjukkan ciri-ciri akulturasi, akomodasi dan asimilasi yang telah berlaku secara semulajadi.
Corak pemerintahan kerajaan British pada masa dahulu juga telah mengukuhkan lagi masyarakat majmuk dan pluralistik di negara ini. Dasar imigrasi British yang bercorak bebas semasa pemerintahan mereka menyebabkan kemasukan orang asing digalakkan melalui sistem kangany, indenture, kontrak dan bebas. Ketiadaan dasar imigrasi sebelum tahun 1930-an berkaitan tapat dengan keperluan tenaga buruh untuk perlombongan, perladangan dan pembinaan infrastruktur di negara ini. Hanya selepas tahun 1930 sahaja barulah adanya sekatan imigrasi dengan tindakan menghantar pulang imigran ke negara asal mereka. Pihak British pada ketika itu juga telah mewujudkan Jabatan Perlindungan Orang Asing untuk melindungi buruh-buruh imigran daripada penindasan dan penganiayaan kongsi-kongsi gelap. Undang-undang Buruh pula diwujudkan untuk memastikan majikan memberi kemudahan sepatutnya kepada buruh imigran. Hal ini telah menambah kemasukan imigran dan menggalakkan mereka yang sudah berada di Tanah Melayu untuk terus menetap di sini.
7
Dasar Ekonomi Komersil yang berbentuk kapitalisme dan bebas juga telah menyebabkan banyak tanah dibuka untuk tujuan perlombongan dan perladangan. Ini menyebabkan keperluan tenaga buruh meruncing dan menggalakkan lebih ramai pendatang Cina dan India datang ke sini. Orang-orang Melayu bergiat dalam perkebunan kecil dan penanaman padi manakala orang Cina dalam bidang perniagaan, pertanian komersil dan perlombongan sementara orang India bekerja di kawasan perladangan. Pertempatan yang berlainan dan tahap sosio-ekonomi serta kegiatan yang berlainan ini jauh berbeza antara kaum. Oleh itu, setiap kaum seolah-olah hidup dengan budaya dan adat resam masing-masing.
Dasar pendidikan British juga telah menyebabkan masyarakat majmuk lebih ketara disebabkan adanya sekolah Inggeris, sekolah vernakular, sekolah pondok dan madrasah yang masing-masing mengamalkan sukatan pelajaran mereka. Ketidakseragaman ini telah menyebabkan masyarakat hidup berkongsi ruang kehidupan tetapi terpisah dari aspek semangat kenegaraan, taraf sosio-ekonomi, tempat tinggal dan budaya yang berlainan.
Pada tahun 1945, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mewujudkan satu entiti politik, Malayan Union daripada masyarakat pluralistik yang akan diikat bersama berdasarkan kewarganegaraan yang sama di bawah satu konsep negara, Malaysia. Namun, usaha ini bukanlah mudah kerana perdebatan tentang keistimewaan orang Melayu dan ketaatan pendatang Cina (khususnya) dan India kepada negara baru ini amat sengit. Tambahan pula, dasar pemerintahan British „pecah dan perintah‟ menyebabkan segregasi kaum sehingga muncul ketidaksenangan dan syak wasangka antara kaum. Proses integrasi kaum pada masa itu agak terhad disebabkan segregasi kaum dan adanya syak wasangka di antara kaum. Proses kemerdekaan yang membawa kepada persetujuan pemimpin-pemimpin pelbagai bangsa ini dicabar oleh keadaan masyarakat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu sehinggalah berlakunya Peristiwa Hitam 13 Mei pada tahun 1969. Pada ketika itu, elemen perpaduan antara kaum menjadi kritikal untuk memastikan negara terus makmur dan maju dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum.
Oleh itu, usaha perpaduan kaum yang melibatkan pelbagai pendekatan seperti integrasi, akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi telah digunapakai sama ada secara semulajadi maupun berdasarkan Dasar Afirmatif kerajaan Malaysia. Di dalam konsep 1 Malaysia, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menjadi satu wadah perjuangan demi untuk mencapai aspirasi negara iaitu Wawasan 2020.
8
Menurut kenyataan Dato‟ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia tentang 1 Malaysia: “1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”
Di dalam konsep 1 Malaysia, perpaduan amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Menurut konsep ini, prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identitiidentiti etnik setiap kaum di Malaysia dihargai dan dihormati. Sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum di mana setiap kaum menerima keunikan kaum yang lain agar semuanya dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara diberi penekanan.
9
4.0
Ciri-Ciri Konsep dalam Perpaduan Kaum Konsep-konsep seperti integrasi, akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi
mempunyai ciri-ciri yang sama dan agak berbeza. Jadual 1 menunjukkan definisi setiap elemen ini dengan lebih jelas.
Jadual 1: Definisi Elemen-Elemen Perpaduan Nasional Elemen Definisi dan Penerangan Akomodasi
Proses di mana individu dan kumpulan, walaupun sedar akan nilai dan norma masing-masing, membuat penyesuaian yang perlu kepada situasi sosial untuk mencegah dan mengurangkan konflik supaya dapat meneruskan aktiviti kehidupan yang pelbagai. Ini merupakan langkah pertama ke arah integrasi.
Akulturasi
Proses adaptasi di mana sesebuah kumpulan memperoleh, mengekal dan/atau melepaskan ciri-ciri tertentu dalam budaya dan tret mereka supaya dapat disesuaikan dengan budaya dan tret kumpulan yang dominan.
Asimilasi
Proses pengurangan sempadan yang melihat kumpulan menerapkan elemeelemen budaya dan tret kumpulan dominan sambil mengekalkan identiti etnik dan budaya sendiri. Ini merupakan percampuran tingkah laku dan nilai melalui interaksi sosial yang membawa kepada kehomogenan lebih tinggi dalam masyarakat.
Amalgamasi
Elemen ini dianggap sebagai integrasi tahap tertinggi dan dilihat sebagai satu indikator bahawa jarak sosial antara kumpulan telah dilemahkan dan keetnikan menjadi kurang penting.
Sumber: Mustapha et al., 2009
10
Integrasi nasional di Malaysia sering dikaitkan dengan usaha-usaha perpaduan negara. Menurut Mohamed Yusoof Ismail (2003), konsep ini menjelaskan proses menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan budaya yang berlainan di bawah satu bentuk identiti kebangsaan yang berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Panel Penasihat Perpaduan Nasional, 1992). Shamsul Amri (2007) menjelaskan bahawa integrasi adalah proses untuk mewujudkan identiti nasional dalam kumpulan yang terasing dalam aspek budaya, sosial dan politik. Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), integrasi dan perpaduan dapat diterangkan sebagai proses untuk menyatupadukan masyarakat di bawah satu identiti kebangsaan. Koperasi dan perpaduan ini dapat dipupuk melalui integrasi persekutuan, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan dan politik. Di dalam senario masyarakat Malaysia, elemen asimilasi kurang ditunjukkan tetapi elemen-elemen masyarakat majmuk yang lain seperti integrasi, akomodasi dan akulturasi lebih digalakkan. Secara semulajadinya juga, elemen amalgamasi dapat dilihat dalam masyarakat Malaysia sejak dahulu sehingga sekarang.
Konsep perpaduan di Malaysia lebih berbentuk integrasi kebangsaan yang merangkumi hubungan manusia yang sangat meluas di samping sikap seperti pembangunan semangat identiti kebangsaan, integrasi tradisi budaya yang pelbagai dan diskrit melibatkan kepercayaan, nilai, agama, budaya, bahasa, kaum, jantina dan sebagainya. Perpaduan kebangsaan menyentuh tentang sikap dan kepercayaan rakyat untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam hidup masyarakat dan dengan itu ciri-ciri budaya masyarakat secara langsung dipengaruhi oleh proses penggalakan perpaduan nasional. Pendekatan ini tidak berbentuk asimilasi yang mungkin membawa kepada penghapusan kumpulan etnik tertentu sepertimana dipraktikkan di negara-negara lain. Di Malaysia, konsep akomodasi lebih banyak diamalkan untuk membenarkan rakyat hidup dalam aman dan harmoni dengan keetnikan dan identiti kaum dikekalkan dan tidak dilupakan (Mohamed Yusoff Ismail, 2003). Oleh itu, pendidikan dikatakan perantara paling penting dan sesuai untuk mempengaruhi minda rakyat tentang ciri-ciri budaya yang lain dan seterusnya membawa kepada penerimaan dan tolerans terhadap budaya orang lain. Sekolah menjadi institusi sosial untuk memberi peluang interaksi kepada pelajar pelbagai kaum untuk memahami dan menerima kepelbagaian budaya mereka. Contohnya, Sekolah Wawasan adalah konsep sistem pendidikan yang telah dilaksanakan ke arah memupuk perpaduan rakyat Malaysia dengan cara integrasi.
11
Rajah 1: Integrasi Melalui Sistem Pendidikan Memberi Peluang Interaksi antara Kaum Sumber: http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/2010/08/kebaikan-sekolah-wawasan_13.html
Akulturasi pada asalnya dikonseptualkan sebagai satu proses unidimensional dengan pengekalan budaya warisan dan pemerolehan budaya yang diterimadalam satu kontinuum pada dua titik bertentangan (Gordon, 1964 dalam Schwartz et al., 2010). Akulturasi yang diasaskan kepada Model Berry (1980) menunjukkan empat kategori akulturasi iaitu: 1.
Asimilasi: mengambil budaya yang diterima dan meninggalkan budaya warisan;
2.
Pemisahan: menolak budaya yang diterima dan mengekalkan budaya warisan;
3.
Integrasi: mengambil budaya yang diterima dan mengekalkan budaya warisan; dan
4.
Marginalisasi: menolak kedua-dua budaya warisan dan budaya yang diterima. Mohd Arif (2008) menjelaskan konsep akomodasi dengan merujuk kepada rumus Ting
Chew Peh (1987) iaitu A + B + C = A + B + C di mana A, B dan C adalah budaya. Ini bermaksud bahawa pelbagai kumpulan etnik hidup bebas mengamal dan mempertahankan budaya masingmasing meskipun berinteraksi dengan etnik lain. Ini amat berbeza dengan konsep asimilasi yang dirumuskan sebagai A + B + C = A di mana budaya A adalah budaya dominan.
Di Malaysia, konsep asimilasi dapat dilihat dalam masyarakat Baba dan Nyonya iaitu etnik Cina yang telah menerap dan membudayakan amalan kaum Melayu dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan Cina Peranakan di kalangan masyarakat Cina dan India Peranakan di kalangan masyarakat India di Kelantan. Mereka mengasimilasikan budaya Melayu dari segi pakaian dan makanan. Mereka memakan nasi lemak dan memakai baju kurung serta fasih berdialek bahasa Melayu Kelantan.
12
Rajah 2: Perkahwinan Baba dan Nyonya Sumber: http://suhaney.wordpress.com/baba-nyonya-wedding/
Rajah 3: Masyarakat Cina Peranakan di Kelantan Sumber: http://peranakan-facts.blogspot.com/
Rajah 4: Masyarakat India Peranakan di Melaka Sumber: http://peranakan.hostoi.com/IndianPeranakans.htm 13
Di Malaysia, konsep asimilasi dapat dilihat dalam masyarakat Baba dan Nyonya iaitu etnik Cina yang telah menerap dan membudayakan amalan kaum Melayu dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan Cina Peranakan di kalangan masyarakat Cina dan India Peranakan di kalangan masyarakat India di Kelantan. Mereka mengasimilasikan budaya Melayu dari segi pakaian dan makanan. Mereka memakan nasi lemak dan memakai baju kurung serta fasih berdialek bahasa Melayu Kelantan. Selain itu, perkahwinan antara kaum seperti ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah menunjukkan konsep amalgamasi juga dilaksanakan di Malaysia.
Rajah 5: Perkahwinan Campur antara Orang Melayu dan Orang Cina Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/KeistimewaanIslamtakperludipertikai/Article/
14
5.0
Pandangan Sarjana tentang Konsep-Konsep dalam Perpaduan Kaum
Perpaduan nasional, integrasi nasional dan pendekatan-pendekatan seperti integrasi secara am, akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi telah banyak diperdebatkan dan diperkatakan sama ada dalam konteks masyarakat umum maupun dalam kalangan cendiakawan dan sarjana. Malah banyak kajian telah dilaksanakan tentang perpaduan kaum, hubungan etnik dan sebagainya di Malaysia dan juga di luar negara.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Chiok et al. (2012) mengenai pandangan belia/beliawanis terpelajar tentang Wawasan Malaysia menunjukkan bahawa terdapatnya pandangan yang berbezan tentang isu budaya di Malaysia. Namun dalam kajian mereka, kebanyakan kaum Cina Malaysia memihak kepada konsep amalgamasi ataupun periuk lebur (melting pot). Ini berbeza daripada idea kerajaan Barisan Nasional yang telah memformulasikan Dasar Budaya Kebangsaan 1971 yang menjelaskan bahawa asas kepada budaya Malaysia taua budaya kebangsaan ialah Melayu iaitu lebih kepada konsep asimilasi.
Swartz et al. (2010) pula menulis artikel tentang perubahan paradigma tentang konsep dan model akulturasi sedia ada. Menurut mereka, akulturasi tidak boleh dilihat sebagai satu proses unidimensional tetapi sebenarnya suatu proses yang multi-dimensional melibatkan pengaruh bersama antara nilai-nilai dan pengenalan budaya warisan dan amalan budaya yang diterima.
Berry (2005) menambah tentang isu akulturasi di mana beliau menyatakan bahawa pertembungan budaya yang berlainan pastinya akan membawa sama ada konflik ataupun perundingan. Semasa akulturasi, kumpulan orang dan ahli individunya terlibat dalam kontak antarabudaya dan dengan itu berpotensi menghasilkan konflik sehingga perlunya ada perundingan atau negosiasi bagi membawa penyesuaian dan adapatasi kepada kedua-dua kumpulan budaya. Menurut Berry lagi, strategi dan proses akulturasi berlaku dalam kumpulan besar dan kecil di mana beberapa pendekatan boleh digunakan seperti integrasi, asimilasi, pemisahan dan marginalisasi. Penggunaan strategi integrasi kurang memberikan stres dan mencapai adaptasi yang lebih baik berbanding marginalisasi manakala penggunaan asimilasi dan pemisahan memberi stres dan adaptasi pada tahap sederhana. Namun, integrasi memerlukan banyak perundingan untuk mencapai matlamat perpaduan. Walau bagaimanapun, Berry (2005) menyarankan penggunaan pendekatan integrasi kerana kurangnya konflik dan tekanan yang terhasil.
15
6.0
Pengamalan Konsep-Konsep dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia
Hubungan etnik, perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan beberapa perkara yang sering dikaitkan dengan masyarakat majmuk di sesebuah negara termasuklah Malaysia. Fokus pendekatanpendekatan atau dasar-dasar ini adalah untuk memastikan bahawa kaum-kaum yang berbilang dapat hidup rukun damai dan memastikan adanya kesejahteraan hidup dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. Namun, apabila kaum-kaum yang berbilang tinggal dalam ruang lingkup yang sama, pihak dominan mungkin akan menindas yang minoriti dan dengan itu, menimbulkan huru-hara dan kecelaruan. Dalam masa yang sama, kesemua pihak mungkin mengamalkan budaya masing-masing sehingga menimbulkan konflik di antara satu sama lain. Impak konflik ini mungkin akan melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa seperti yang disaksikan dalam Peristiwa Hitam 13 Mei 1969.
Pada awalnya, proses asimilasi digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia sepertimana ditunjukkan dalam Dasar Integrasi Nasional pada tahun 1971. Asimilasi budaya ini memerlukan pihak minoriti seperti Cina dan India bertolak-ansur dan menggabungkan pemikiran dan amalan budaya termasuk bahasa mereka kepada budaya kaum majoriti. Usaha ini diharap dapat memastikan adanya persefahaman antara satu sama lain dan seterusnya persamaan budaya yang dicapai akan membawa kepada perpaduan, keamanan dan keharmonian.
Lantaran itu, pendidikan menjadi saluran utama untuk mengasimilasikan budaya kaum lain mengikut budaya Melayu. Salah satu daripadanya adalah pengajaran di sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa Melayu manakala di sekolah-sekolah vernakular, mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan. Proses pendidikan ini seakan-akan mencapai matlamatnya apabila adanya anak-anak kaum yang lain yang bersekolah di sekolah kebangsaan tidak lagi fasih berbahasa ibunda mereka. Di Sabah misalnya, kebanyakan anak-anak kurang pandai berbahasa ibunda mereka dan lebih banyak menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di sekolah tetapi sebagai bahasa komunikasi di rumah dan juga dalam pergaulan masyarakat setempat.
Selain daripada sistem pendidikan, pergaulan di antara kaum yang lebih bebas juga telah membawa kepada perggabungan yang lebih ketara seperti pemakaian pakaian yang sama dan memakan jenis makanan yang serupa. Di restoran Cina dan India kini, banyak menghidangkan makanan ala Melayu manakala di restoran Melayu juga, makanan ala masakan Cina dan India turut dihidangkan.
16
Rajah 6: Pelbagai Makanan ala Malaysia Berbilang Kaum yang Dimakan oleh Semua Kaum
Rajah 7: Pelbagai Pakaian Melayu yang Digabungkan dengan Ciri-Ciri Kaum Lain
17
Proses akulturasi, akomodasi dan asimilasi seperti ini berlaku secara semulajadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, kaum-kaum minoriti selain bangsa Melayu masih ingin mengekalkan adat resam dan tradisi budaya mereka. Oleh itu, asimilasi yang mendalami sehingga kepada sikap dan pemikiran mereka dianggap tidak berjaya sepenuhnya. Ini kerana kaum-kaum minoriti mungkin membuat akomodasi terhadap budaya amalan kaum Melayu tetapi mereka juga masih tebal dengan amalan budaya mereka sendiri. Contohnya, kaum Cina yang beragama Budha masih menyembah nenek moyang mereka dan melakukan upacara memuja semangat nenek moyang sedangkan ajaran ini bercanggah dengan amalan orang Melayu yang berpaksikan agama Islam.
Selain dari itu, amalgamasi iaitu pergabungan dua budaya secara biologikal pula terjadi dalam perkahwinan campur iaitu perkahwinan di antara dua orang yang berlainan latar belakang budaya. Menurut Bean dan Stevens (2003), perkahwinan campur dianggap sebagai cara paling mungkin untuk melenyapkan batasan sosial dan budaya, seterusnya membawa kepada integrasi sosial dan budaya kerana interaksi dekat antara manusia daripada dua keetnikan berbeza dapat membawa kepada penerimaan dan pergabungan budaya yang berlainan. Di Malaysia, ciri masyarakatnya yang pluralistik memberi peluang untuk interaksi sosial daripada keetnikan yang berlainan dan dengan itu meningkatkan peluang untuk berkahwin campur. Interaksi ini juga semakin dirapatkan oleh faktor-faktor seperti akses kepada pendidikan, latihan dan pekerjaan dalam kalangan orang muda daripada latar belakang etnik yang berlainan serta peluang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan masyarakat (Penny & Khoo, 1996).
Di Malaysia, perkahwinan campur berlaku dalam kalangan bukan Islam dengan bukan Islam tetapi berlainan bangsa dan juga di antara bukan Islam dan Islam yang berlainan bangsa. Di dalam kes yang pertama, perkahwinan dalam kalangan bukan Islam, tidak ada obligasi untuk pertukaran agama di mana kedua-duanya boleh terus mengamalkan pegangan agama dan kepercayaan masingmasing atau salah seorang akan beralah dan menganut agama dan kepercayaan pasangannya. Namun, bagi yang bukan Islam berkahwin dengan seseorang yang berugama Islam, adalah wajib bagi pasangan bukan Islam untuk menganut dan menukar agamanya kepada Islam.
Konsep perkahwinan campur ini dianggap baik kerana proses amalgamasi yang berlaku akan menyebabkan pergabungan budaya dengan syarat adanya tolak ansur dan sifat terbuka dalam kedua-dua pasangan. Namun, konflik juga timbul kerana ketidakserasian dan perbezaan budaya akan menyebabkan pasangan bergaduh untuk menentukan mana satu budaya yang perlu diikut dan
18
mana yang perlu ditinggalkan. Lantaran perkahwinan campur juga banyak terdorong kepada isu perceraian kerana keadaan konflik perkahwinan yang besar.
Pendekatan integrasi yang digalakkan dalam konsep 1 Malaysia juga masih dipertikaikan oleh masyarakat di Malaysia. Kaum Melayu yang menjadi bangsa dominan berasa risau bahawa hak-hak ketuanan Melayu dan hak-hak istimewa mereka sepertimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mungkin akan dikurangkan atau ditiadakan memandangkan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India lebih mendahului dalam aspek sosio-ekonomi. Namun, usaha-usaha integrasi yang meningkatkan perpaduan antara kaum di mana setiap budaya diberi penghargaan dan penghormatan terus dilakukan. Contohnya, usaha untuk meningkatkan perkahwinan campur dan juga perayaan bersama seperti Kongsi-Raya (antara kaum Melayu dan Cina) dan Deepa-Raya (antara kaum India dan Melayu).
Rajah 8: Perayaan Integrasi Kaum: Deepa-Raya dan Kongsi-Raya
Perkongsian perayaan-perayaan ini memberi peluang kepada kaum yang berlainan untuk memahami budaya kaum yang lain dan dengan itu menimbulkan persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Amalan rumah terbuka di mana masyarakat mengeratkan lagi hubungan kejiranan dan persaudaraan dengan melawat rumah masing-masing semasa perayaan juga dapat mengurangkan jurang sosial antara kaum.
19
7.0
Kesan dan Pengaruh Konsep-Konsep terhadap Hubungan Etnik di Malaysia
Usaha perpaduan masyarakat pluralistik di Malaysia telah dilaksanakan sejak dari dahulu lagi iaitu semasa proses pembentukan negara Malaysia, bermula dengan usul Malayan Union sehinggalah tertubuhnya pula Barisan Nasional dalam arena politik untuk menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar kerajaan telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi interaksi sosial dan persefahaman antara kaum supaya perpaduan, keamanan dan keharmonian dapat dicapai. Pada awalnya, pendekatan asimilasi diberikan penekanan yang memerlukan kaum-kaum minoriti menerima-pakai budaya kaum majoriti iaitu Melayu. Pendekatan ini digunakan mengikut Dasar Afirmatif yang diamalkan oleh kerajaan pada masa itu bagi memelihara hak-hak orang Melayu di samping memastikan kaum-kaum lain tidak akan mencapai kelebihan dalam aspek sosio-ekonomi berbanding kaum Bumiputera. Oleh itu, sistem pendidikan yang digunakan sebagai alat perpaduan telah menyebabkan Bahasa Melayu dipelajari oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dasar Bahasa Kebangsaan mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pendidikan, bahasa rasmi dalam urusan pejabat dan kerajaan, bahasa rasmi dalam acara-acara dan majlis rasmi dan sebagainya. Pendekatan ini telah membawa kepada kefasihan berkomunikasi dalam bahasa Melayu bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi oleh rakyat yang berbangsa lain juga.
Hakikatnya, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan kaum nampaknya merapatkan lagi interaksi dan komunikasi antara kaum kerana jurang sosial yang dirapatkan apabila kaum berlainan berkomunikasi dengan bahasa yang sama memberi peluang untuk memahami dan seterusnya menerima antara satu sama lain. Namun demikian, penggunaan bahasa sahaja tidak memadai untuk integrasi yang mantap di antara kaum. Proses asimilasi tidak berjaya sepenuhnya walaupun semua rakyat dapat berbahasa dalam bahasa Melayu kerana apa yang berlaku adalah proses akomodasi iaitu penyesuaian bangsa minoriti kepada amalan dalam masyarakat tetapi apabila mereka kembali ke dalam ruang lingkup masyarakat mereka sendiri, amalan budaya kaum masih tebal diamalkan.
Dalam masa yang sama, impak globalisasi yang telah membawa beberapa transformasi dalam sistem pendidikan sejak dua dekad yang lalu juga telah sedikit sebanyak „menggagalkan‟ usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi-institusi pendidikan. Perlaksanaan Program PPSMI iaitu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Materimatik dalam Bahasa Inggeris sejak awal tahun 2000-an telah menyebabkan ramai anak-anak muda kurang memberi tumpuan kepada bahasa Melayu tetapi meningkatkan lebih usaha menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Malahan, di kalangan orang Melayu sendiri, kepetahan anak-anak Melayu bercakap dalam Bahasa Melayu turut terjejas tetapi semakin ramai pula yang lebih fasih berbahasa Inggeris. 20
Namun, asimilasi merupakan suatu usaha yang cuba menghapuskan sesuatu amalan bangsa dan seterusnya menyebabkan budaya itu dilupakan untuk memberi ruang kepada amalan budaya bangsa yang lain. Penghapusan kategori kaum di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Goldberg (1993), bangsa atau kaum dinyatakan sebagai wacana perkauman dan menentukan siapakah yang menjadi penduduk bumiputera dan siapa yang bukan; siapa yang wajar menjadi warganegara dan siapa tidak; siapa yang boleh mengundi dan siapa tidak; siapa yang dilindungi oleh undang-undang dan siapa tidak; dan siapa yang mempunyai akses dan keistimewaaan dan siapa yang dipinggirkan. Melalui konsep asimilasi, kaum Melayu dianggap kaum teristimewa di Malaysia manakala kaum-kaum yang lain perlu diasimilasikan untuk membudayakan amalan orang Melayu dalam kehidupan mereka dalam aspek bahasa, makanan, pemakaian dan melalui galakan dan usaha afirmatif, agama. Menurut Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, kaum Melayu dan Bumiputera di Malaysia diberikan kuota khas untuk perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, kemasukan ke institusi pendidikan awam dan pemberian lesen perniagaan. Peruntukan undangundang ini juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk membentuk monopoli Melayu dalam bidang perdagangan tertentu. Tindakan afirmatif ini dilaksanakan kerana diskriminasi Melayu dan Bumiputera lain dalam aspek pekerjaan dan ekonomi semasa pemerintahan koloni British manakala kaum Cina dan India lebih maju dalam aspek ekonomi dan pekerjaan pada ketika itu.
Isu perdebatan kaum, penyatupaduan kaum berbentuk afirmatif menggunakan pendekatan asimilasi ini menjadi isu yang sensitif dan boleh membawa kepada rusuhan kaum dan perpecahan antara rakyat negara ini. Oleh itu, konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak pada 5 April 2009 menekankan kepada bangsa Malaysia di mana semua tindakan adalah berdasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik. Tanpa menghapuskan keistimewaan yang diperuntukkan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera lain yang dinyatakan dalam Perkara 153, konsep 1 Malaysia mengusulkan agar penekanan juga diberi kepada perlindungan hak dan kebajikan rakyat bukan Melayu. Melaui konsep 1 Malaysia, asimilasi telah diganti dengan pendekatan integrasi iaitu keharmonian negara tanpa mengira bangsa dan tidak perlu mengubah identiti bangsa. Di bawah 1 Malaysia, sikap penerimaan terhadap kaum dan budaya lain dalam masyarakat pluralistik ini diberikan penekanan agar setiap bangsa menerima perbezaan kaum dan seterusnya hidup bersama-sama dengan menghormati satu sama lain sebagai rakyat negara ini. Oleh yang demikian, di masa kini, tumpuan lebih diberikan kepada usaha-usaha integrasi dan juga pendekatan-pendekatan seperti akulturasi, akomodasi dan juga amalgamasi. Pendekatan integrasi yang dilaksanakan memberi lebih ruang dan peluang untuk kontak sosial di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum supaya akulturasi, akomodasi dan amalgamasi berlaku secara semulajadi. 21
8.0
Penilaian terhadap Konsep-Konsep Perpaduan Kaum
Sebagai sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum dengan budaya dan warisan yang unik seperti bahasa, kepercayaan, tradisi dan agama, maka setiap kaum tentunya akan nilai-nilai dan ekspektasinya sendiri (Syed Serajul Islam, 2008). Konsep-konsep perpaduan kaum seperti integrasi, akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi sememangnya telah lama diamalkan oleh masyarakat di negara ini sama ada melalui tindakan aifrmatif maupun secara semulajadi dan menunjukkan kesan yang baik dan juga sebaliknya. Hal ini dapat dilihat daripada pencapaian Malaysia yang telah melalui transformasi ekonomi yang besar bermula dengan ekonomi berasaskan pertanian di awal 1960-an kepada pembuatan pada tahun 1970-an hingga 1980-an dan kini pembangunan berasaskan teknologi sejak tahun 1990-an (Abu Bakar et al., 2013). Pencapaian ini adalah hasil daripada kebolehan rakyat Malaysia berbilang budaya untuk bertolak-ansur dan hidup serta bekerja bersama-sama sambil merealisasikan matlamat pembangunan dan kemakmuran negara. Namun, Musa Hitam (2007) pernah menyatakan bahawa pembangunan bangsa bukan seperti menyediakan prasarana tetapi memupuk nilai-nilai kebangsaan dan kerakyatan bersama supaya setiap individu walau berbilang kaum, agama dan kepercayaan dapat hidup bersama dan bersatu-padu memajukan negara dengan nilai-nilai bersama dan semangat juang yang dikongsi.
Namun demikian, hakikatnya pada hari ini menunjukkan bahawa pembangunan bangsa Malaysia ini dengan nilai-nilai kebangsaan yang sama masih jauh daripada matlamat yang telah ditetapkan. Masih terdapat pergolakan kaum seperti yang berlaku pada tahun 1969 (antara Cina dan Melayu) dan pada tahun 2001 (antara India dan Melayu) yang harus dipastikan agar tidak berlaku. Walau bagaimanapun, secara amnya, hubungan etnik di negara ini adalah aman dan tidaklah seteruk seperti yang dihadapi di negara-negara berbilang bangsa seperti Nigeria, Rwanda, Bosnia, Thai, Sudan dan India (Zaid, 2007). Konflik-konflik yang timbul di antara etnik-etnik tersebut datang daripada perdebatan identiti dalam bentuk bahasa dan budaya (Shamsul, 2006). Sejarah hubungan etnik di negara kita di mana pendekatan asimilasi kurang diterima oleh bangsa Cina dan India sehingga seterusnya penggunaan kaedah yang lebih sederhana risiko konfliknya tetapi menghasilkan hubungan etnik yang lebih rapat seperti integrasi menjadi antara faktor kejayaan usaha-usaha perpaduan yang telah dilaksanakan. Pendekatan integrasi yang digunakan telah mengukuhkan lagi identiti rakyat Malaysia berdasarkan model pelbagai budaya (Abu Bakar et al., 2013).
22
Dalam masa yang sama, hubungan yang lebih baik antara kaum ini membolehkan prosesproses akulturasi, akomodasi dan amalgamasi berlaku secara semulajadi. Perkahwinan campur di antara kaum yang semakin banyak berlaku memberi harapan bahawa akhirnya masyarakat Malaysia akan mencapai perggabungan budaya bukan sahaja secara fizikal tetapi juga dalam aspek biologikal. Walau bagaimanapun, isu-isu perkauman dan perbezaan budaya adalah sensitif dan boleh menyebabkan pergolakan dan permusuhan antara kaum. Oleh itu, segala program hubungan etnik dan perpaduan bangsa yang dicadang dan dilaksanakan perlulah memberi penekanan kepada nilai-nilai menghormati dan memahami semua budaya kaum di Malaysia. Ketelusan amat kritikal bagi mengurangkan syak wasangka di kalangan kaum. Dengan cara ini, keikhlasan dan kemahuan untuk berkongsi sebuah negara bangsa yang sama akan membawa kepada perpaduan dan keharmonian negara bangsa yang diharapkan.
23
9.0
Penutup
Pembangunan bangsa dan integrasi etnik di Malaysia seringkali dianggap pada luarannya sahaja dan tidak sampai ke akar umbinya kerana aspek-aspek penting dalam proses pembangunan bangsa dan meningkatkan hubungan etnik itu sendiri kurang diberikan perhatian. Sekiranya keempat-empat aspek iaitu asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi digunakan untuk integrasi etnik di negara ini, maka kesemuanya ini akan menjadi proses asas untuk pembangunan negara bangsa. Perlaksanaan program-program integrasi nasional perlu mengambilkira kesemua elemen ini dan memastikan kesemuanya menuju kepada halatuju yang sama dengan latarbelakang demografi etnik di Malaysia yang unik. Konsep Rukun Negara, Bangsa Malaysia dan 1 Malaysia yang pernah diketengahkan dan memberi penumpuan kepada pembangunan bangsa Malaysia perlulah mempunyai visi dan misi jangkamasa panjang, selari dan sesuai dengan keadaan semasa dan masa akan datang serta menjamin keharmonian, kestabilan dan keamanan rakyat di negara ini.
Sepertimana yang dinyatakan dalam kertas tugasan ini, kefahaman tentang pendekatanpendekatan yang digunakan bagi meningkatkan interaksi dan integrasi antara kaum amat penting. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan di negara-negara pluralistik yang lain dengan kejayaan dan cabaran masing-masing. Harus diingat bahawa setiap negara bermasyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan apa yang diamalkan di negara lain perlu dijadikan teladan tetapi disesuaikan dengan acuan pembangunan dan perkembangan di negara sendiri.
Kesemua pendekatan yang dibentangkan di dalam kertas tugasan ini memainkan peranan tersendiri dan mempunyai potensi dan batasannya bagi meningkatkan integrasi antara kaum di negara ini. Oleh yang demikian, gabungan pendekatan ini perlu digunakan dengan cara yang berkesan bagi mencapai matlamat pembangunan bangsa Malaysia yang mengikut aspirasi yang telah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini. Hakikatnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana perbezaan pandangan, pendapat, kepentingan dan sebagainya akan terus menjadi halangan dan cabaran yang harus ditangani. Namun, sekiranya generasi baru dididik tentang penerimaan kaum, sikap toleransi dan memahami adat budaya kaum-kaum lain, maka Malaysia masih mempunyai harapan yang cerah untuk suatu hari nanti mewujudkan masyarakat majmuk yang boleh hidup bersama dengan keadaan rukun damai.
24
RUJUKAN
Abdul Rahman Embong (2006). Negara-negara: Proses dan Perbahasan (Edisi ke-2). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Abdullah, A. & Pederson, P. B. (2003). Understanding Multicultural Malaysia: Delights, Puzzles, and Irritations. Selangor, Malaysia: Prentice Hall, Pearson Abu Bakar Nordin, Norlidah Alias & Saedah Siraj (2013). National integration in multicultural school setting in Malaysia, The Malaysian Online Journal of Educational Science, Volume 1, Issue 1: 20-29 Bean, F. & Stevens, G. (2003). America‟s Newcomers and the Dynamics of Diversity. New York: Russell Sage Foundation Berry, J. W. (1980). Acculturation as varieties of adaptation. In: Padilla, AM., editor. Acculturation: Theory, models, and some new findings. Boulder, CO: Westview Berry, J. W. (2005). Acculturation: living successfully in two cultures, International Journal of Intercultural Relations, 29: 697-712 Chiok, P. F., Low, C. C. & Ang, S. M. (2012). Malaysian culture: views of educated youths about our way forward, International Journal of Intercultural Relations, 29: 697-712 Hirschman, C. (1986). The Making of Race in Colonial Malaya: Political Economy and Racial Ideology. Sociological Forum, 1 (2): 330-361. Hirschman, C. (1987). The meaning and measurement of ethnicity in Malaysia: An analysis of census classifications, The Journal of Asian Studies, 46 (3): 555-82. Hirschman, C. (2004). The origins and demise of the concept of race, Population and development review, 30 (3): 385-415. Goldberg, D. (1993). Racist culture: Philosophy and the politics of meaning. Oxford: Blackwell Gordon, M. (1964). Assimilation in American life. New York, NY: Oxford University Press Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010), dari laman web: http://www.statistics.gov.my Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Demografi Malaysia 2010, dari laman web: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=54:p opulation-updated-31072009&catid=35:key-statistics&Itemid=53&lang=en Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Lee Hock Guan (2000). Ethnic Relations in Peninsular Malaysia: The Cultural and Economic Dimensions, Social and Cultural Issues, No. 1 Malaysia (2012). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Akta 1260/2006, dari laman web: http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf Malaysia Insider (2009). Figuring out One Malaysia, Malaysia Insider, 12 April 2009 25
Mohd Arif Atan (2008). Antara akomodasi dan asimilasi, http://melayumoden.com/?p=167 Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan, Jurnal Hadhari, Bil. 3, 61-84 Mujibu, A. M., Badrul, A. M., Azlan, A. R., Zaherawati, Z., Nazmi, N., Jeniifah, N. & Mahazril, A. Y. (2012). Ethnic Plurality and Nation Building Process: A Comparative Analysis between Rukun Negara, Bangsa Malaysia and 1Malaysia Concepts as Nation Building Programs in Malaysia, Asian Social Science; Vol. 8, No. 13 Musa Hitam. (2007). Introduction. Dalam Zaid Ibrahim (Ed.), In good faith. Petaling Jaya: ZI Publication Nasir Sulaiman dan Tan, M. S. E. (2005) Ulangkaji Total Sejarah SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd Nazaruddin Mohd Jali, Ma‟rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Modh Rashid (2003). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Edisi kedua, Selangor: PrenticeHall Inc Nazaruddin Mohd Jali, Ma‟rof Redzuan, Asnarulkhadi Samah dan Ismail Mohd Rashid, (2005). Pengajian Malaysia. Prentice Hall, Selangor
Abu
Penny, J. & Khoo, S. E. (1996). Intermarriage: A Study of Migration and Integration, AGPS, Canberra Perry
(2009). 1Malaysia Concept – A vision of justice for all, URL: http:www.wiramalaysia.blogspot.com/2009/06/1-malaysia-concept-vision-of-justice.html
Rais Yatim (2006). Unsur-Unsur Dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negara Bangsa Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Ramlee Mustapha, Norzaini Azman, Faridah Karim, Abdul Razak Ahmad & Maimun Aqsha Lubis (2009). Social integration among multi-ethnic students at selected Malaysian universities in Peninsular Malaysia: A survey of campus social climate, AJTLHE, Vol. 1, No. 1, 35-44 Ruslan Zainuddin, Ku Halim Ku Arifin, Zaid Ahmad dan Ho Hui Ling (2006), Hubungan Etnik, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Salfarina Abdul Gapor, Mohd Zaini Abu Bakar and Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2009). Explaining Ethnic Relations in Malaysia Through the “Concentric Circle Model”: Case Studies of the States of Perak and Kelantan, Malaysia, European Journal of Social Sciences – Volume 12, Number 2 Shamsul Amri, Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Shamsul, A. B. (2009). Melestari Perpaduan, Memperkukuh Integrasi: Konsep Satu Malaysia sebagai Wahana Terkini. Dalam Kumpulan Dokumen-dokumen Seminar Gagasan Satu Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan. Kuala Terengganu: Kerajaan Negeri Terengganu & Universiti Malaya Sittamparam, R. (2009). PM: We welcome parties open to 1Malaysia Concept, News Straits Times, 11 October 2009 Schwartz, S. J., Unger, J. B., Zamboanga, B. L. & Szapocznik, J. (2010). Rethinking the concept of acculturation: implications for theory and research, Am Psychol., 65(4): 237-251 26
Shamsul, A. (2006). Identity contestations in Malaysia. Dalam Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad (Eds.), Inter-ethnic relations in Malaysia. Serdang: Universiti PutraMalaysia Press Syed Azwan Syed Ali (2009). 1 Malaysia Not Same As “Malaysian Malaysia”, Bernama, April 15, 2009 Syed Serajul Islam. (2008). National integration in Malaysia at 50: Achievements and aspirations. Singapore: Thomson Learning. Wan Norhasniah Wan Husin (2011). Nation-building and 1Malaysia concept: Ethnic relations challenges in the educational field, International Journal of Humanities and Social Science Vol. 1 No. 9 [Special Issue – July 2011] 228 Wong Khek Seng, Raminah Sabran dan Kok Meng Kee (2005), Pengajian Am Kertas 1 & 2 STPM, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
RUJUKAN INTERNET http://suhaney.wordpress.com/baba-nyonya-wedding/ http://peranakan-facts.blogspot.com/ http://peranakan.hostoi.com/IndianPeranakans.htm http://www.bharian.com.my/articles/KeistimewaanIslamtakperludipertikai/Article/ http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/2010/08/kebaikan-sekolah-wawasan_13.html
27