Pencapaian negara kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. dunia. Tidak kira diperingkat diperingkat mana sekali pun, tempatan tempatan atau antarabangasa, antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbaai acara… Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Pengurusan Antarabangsa Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia. Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang. Lain pula dengan arena sepak takraw. Walaupun dalam arena ini, pencapaian pasukan negara tidak memberangsangkan, memberangsangkan, namun kejayaan memungut pingat emas pada Sukan Asia di Hiroshima, menjadi azimat apit kanan negara, Zabidi Sharif, 26, untuk terus mempertahankan mempertahankan pingat itu walaupun menyedari musuh tradisi, Thailand bakal menjadi penghalang. Penantian berkurun lama akhirnya sepak takraw mendapat pengiktirafan negara dengan regu emasnya di Sukan Asia Hiroshima dianugerahkan dianugerahkan Olimpian 1994. Mungkin beberapa pihak mempertikaikan anugerah itu memandangkan sepak takraw belum melebarkan sayapnya menuju global, tetapi pengiktirafan itu adalah sebagai satu evolusi yang mencerminkan sukan tradisi itu mula membuka mata peminat dunia Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlit-atlit negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan mempertingkatan martabat negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.
Peruntukan Bukti Kepercayaan Kerajaan Kepada Sektor Sukan KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM365 juta untuk Kementerian Belia dan Sukan dalam Bajet 2011 menunjukkan kepercayaan kerajaan terhadap sektor sukan negara, kata Menteri berkenaan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Sehubungan itu, katanya, peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk pelbagai program pembangunan atlet dan memajukan lagi bidang sukan negara. Beliau berkata kementerian juga akan menggunakan peruntukan untuk mempersiapkan atlet negara bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia pada tahun depan dan program "Road To London 2012" dengan matlamat mencari emas pertama Malaysia dari Sukan Olimpik. Selain itu, peruntukan berkenaan juga akan digunakan untuk menjayakan kempen Tahun Industri Sukan pada 2011 yang bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat bahawa sektor sukan juga merupakan salah satu penjana ekonomi negara. "Untuk itu, Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan banyak kempen dan ekspo, yang semua ini memerlukan banyak perbelanjaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau ditanya mengenai peruntukan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Ahmad Shabery juga terharu dengan penghargaan kerajaan terhadap sukan negara terutamanya selepas pencapaian terbaik kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel di New Delhi, India. Pada temasya itu yang berakhir Khamis, kontinjen Malaysia membawa pulang 12 pingat emas, melepasi sasaran 10 emas dan merupakan pencapaian terbaik negara sejak mula menyertai temasya itu di Cardiff, England pada 1958.
Sejarah Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan. Kementerian Belia dan Sukan hanya d iwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan d asar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. [sunting]Menteri-menteri
KBS lalu
Rencana utama: Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Y.T.M. Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. (1964-1966)
Y.B. Encik Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)
Y.B. Dato` Hamzah bin Abu Samah (1969-1973)
Y.B. Dato` Ali bin Haji Ahmad (1973-1978)
Y.B. Dato` Samad bin Idris (1978-1980)
Y.B. Dato` Mokhtar bin Hashim (1980-1983)
Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (1983-1984)
Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud (1984-1986)
Y.B. Dato` Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1986-1990)
Y.B. Dato` Annuar bin Musa (1990-1993)
Y.B. Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman (1993-1995)
Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Yassin (1995-1999)
Y.B. Dato` Hishammuddin bin Tun Hussein (1999-2004)
Y.B. Dato' Seri Azalina Bt. Othman Said (2004-2008)
Y.B. Datuk Ismail Sabri Yaakob (2008-2009)
YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Visi KBS Rencana atau bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai.
Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa. [sunting]Misi
KBS
Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:
Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
[sunting]Objektif
KBS
Objektif KBS ialah: 1.Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ek onomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. [sunting]Strategi
KBS
Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut: 1.
Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
2.
Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
3.
Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
4.
Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
[sunting]Kumpulan
Sasaran
KOMITED UNTUK MENGHALA KEPADA KEPUASAN HATI PELANGGAN SECARA MAKSIMUM DENGAN KEUTAMAAN KEPADA KEHENDAK-KEHENDAK PELANGGAN DAN SENTIASA MENGAMBIL TINDAKAN YANG POSITIF TERHADAP PENAMBAHBAIKAN YANG MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN SUPAYA MENGHASILKAN PELANGGAN YANG TERLATIH, BERKEMAHIRAN DAN BERKEWIBAWAAN. [sunting]Objektif
1. Bahagian Pembangunan Kemahiran.
Memastikan 75% calon yang ditawarkan melaporkan diri;
Memastikan kurang daripada 20% bo rang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;
Memastikan lebih daripada 90% pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan
Memastikan lebih daripada 95% pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil pencapaian.
2. Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.
Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua kali setahun.
3. Cawangan Latihan
Melaksanakan 90% program latihan yang dirancang.
4. Cawangan Kewangan.
Menilai prestasi pembekal dalam tempoh dua kali setahun.
5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
Menawarkan 20 kursus dalam tempoh setahun setahun; dan
Memberi latihan kepada 100 peserta dalam masa setahun.
6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.
Memastikan 95% daripada pelatih mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).
1.Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal; 2.Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa; 3.Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan 4.Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa .
PENDAHULUAN Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukansukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia. FAKTOR-FAKTOR Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot. Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara. Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolahsekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu
sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik. Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negaranegara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi kejayaan yang membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai daripada jaguh yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu kini masih memegang jawatan penting dalam pentadbiran sukan di Malaysia. Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Dr Mani Jegathesan (Rome 1960, Tokyo 1964 dan Mexico 1968), yang juga dikenali sebagai "Flying Doctor", dan atlet lompat pagar Istiaq Mubarak (Mexico 1968, Munich 1972, Montreal 1976), terus menjadi penanda aras bagi kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu mencatat kehebatan dalam acara trek dan padang.Dua jaguh tersebut masing-masing telah mengambil bahagian dalam tiga sukan Olimpik berturut-turut, manakala kehebatan Dr Jega diingati hingga ke hari ini kerana kejayaannya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan Mexico). Beliau juga masih memegang rekod kebangsaan bagi acara itu (20.92 saat yang dicatatnya di Mexico pada 1968). Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan kehadiran Arthur Koh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, V. Arumugam dan M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita bukan saja tidak diendahkan oleh Myanmar, Vietnam atau Laos, malah gagal memenangi pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989 apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan. Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga keempat pada kejohanan Piala Dunia 1975, dengan barisan nama-nama hebat seperti Sri Shanmuganathan, Ho Koh Chye dan M. Mahendran, kini hampir luput daripada sebutan peminat sukan itu. Kita gagal melayakkan diri bagi menyertai kejohanan Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga kesembilan dalam pusingan kelayakan di Changzhou, China dan yang menyedihkan ialah Malaysia menduduki tempat tercorot daripada lapan pasukan yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan Azlan Shah baru-baru ini.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berbilion ringgit yang dibelanjakan bagi memajukan bidang sukan selama ini hanya merupakan pembaziran semata-mata. Satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat ialah jumlah pegawai yang dibayar gaji kerana terlibat dalam bidang sukan. Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot, rakyat Malaysia menyaksikan kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan bertaraf dunia di
merata-rata tempat serta pengaliran dana yang tidak putus-putus dalam sektor itu selain penubuhan jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan yang membuktikan kesunguhan kerajaan dalam memajukan bidang berkenaan.Di samping itu, lapan sukan teras dikenal pasti - hoki, bola sepak, olahraga, skuasy, gimnastik, akuatik, badminton dan boling - yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta daripada kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pesertanya. Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah lama mungkin terlepas pandang, antaranya kekurangan padang permainan atau kemudahan untuk orang ramai bersukan, ketiadaan program pembangunan di peringkat akar umbi, set minda yang tidak betul, tiada kekuatan mental dan sebagainya. Contohnya, satu dekad lepas, terdapat kira-kira 10 padang permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat bagi anak muda dan orang lama bermain bola sepak dan permainan lain. Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak, bola jaring, tenis dan olahraga. Tetapi, hari ini, ia sepi daripada kegiatan sukan kerana dikawal ketat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Padang Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah tiada, begitu juga padang Kelab Rekreasi China Selangor yang dulunya terletak bersebelahan terminal bas Puduraya. Dua padang di bekas tapak Kelab KTM di Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah dan antara daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud suatu ketika dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan, turut menyumbang kepada kemerosotan pencapaian negara dalam bidang berkenaan hari ini. Sepatutnya, apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia anjuran Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan oleh semua pihak di negara ini. Kata beliau: "Bagi membolehkan sukan di Malaysia kembali maju, perubahan set minda perlu dilakukan." Beliau berkata tanggungjawab melahirkan ahli sukan yang berkualiti tidak terletak di bahu persatuan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Kebangsaan sahaja."Kanak-kanak mesti digalakkan menyertai bidang sukan oleh ibu bapa atau guru mereka sejak kecil lagi," katanya.Najib yang mengetuai jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan turut membuat perbandingan tentang pencapaian Malaysia dan Ghana, yang turut mengecapi kemerdekaan pada 1957. "Kita jauh lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek pembangunan, kecuali sukan, kerana Ghana telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia," kata Najib. Untuk berlaku adil kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), punca kemerosotan pencapaian negara dalam sukan itu tidak sepatutnya diletakkan pada bahunya semata-mata kerana jentera yang diberi tanggungjawab bagi melahirkan pemain berkaliber telah berhenti daripada beroperasi.
Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui pertandingan di peringkat daerah dan negeri serta penutupan beberapa akademi bola sepak yang diusahakan oleh negeri, banyak menyumbang kepada kekurangan pemain handalan yang dapat mewakili negeri masing-masing atau mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh pemain kebangsaan pada masa akan datang. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menubuhkan bank tanah bagi membina sekolah baru yang lengkap dengan padang permainan memandangkan ada sekolah yang tidak lagi mempunyai padang. Bekas setiausaha agung NUTP Datuk N. Siva Subramaniam berkata padang permainan di sekolah, terutama di bandar raya, semakin lenyap akibat pembangunan, yang sekaligus menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah. Beliau berkata banyak aduan diterima daripada ibu bapa dan guru bahawa anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah termasuk menyertai acara sukan sepanjang tahun. Menurutnya Kementerian Pelajaran wajar membeli tanah semasa pasaran hartanah murah dan menyimpannya untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang. Beliau berkata sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan kesatuan itu memandang serius mengenai kurangnya sokongan guru besar dan pengetua sekolah dalam menggalakkan para pelajar menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. "Ada sekolah yang menumpukan aktiviti kokurikulum hanya untuk tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi memberi tumpuan pada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan manakala ada guru besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan dengan menggantikan waktu mata pelajar pendidikan jasmani dengan mata pelajaran lain. PENUTUP Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”
Sumber : http://prauniversiti6.blogspot.com
Reaksi: Penggiat Sukan Mahu Pembahagian Peruntukan Secara Efektif KUALA LUMPUR: Para penggiat sukan mahukan pembahagian yang efektif dan telus daripada keseluruhan peruntukan RM84 juta yang diumumkan kerajaan untuk sektor sukan dalam Belanjawan 2012 pada Jumaat. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata peruntukan itu secara keseluruhannya memberi faedah kepada industri sukan, apatah lagi dengan tambahan RM30 juta untuk tujuan pembangunan. "Bagaimanapun, macam mana pembahagiannya, implementasinya, kita masih belum tahu. "Jadi saya haraplah supaya pembahagian tersebut akan dijalankan secara efektif supaya persatuan-persatuan sukan kita akan lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat. Kerajaan pada Jumaat dalam Belanjawan 2012 mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta menjadikan keseluruhan 84 juta bagi program mengasah bakat atlet muda. Sukan-sukan berprestasi tinggi seperti bola sepak, badminton, skuasy, boling tenpin, terjun, memanah dan lumba basikal turut diberi tumpuan dalam belanjawan tersebut. Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai berkatatambahan peruntukan tersebut dilihat tepat pada masanya memandangkan persatuan itu bercadang mengambil jurulatih dari luar negara bagi membimbing beregu lelaki. "Terima kasih pada kerajaan kerana mengambil kira kepentingan persatuan-persatuan sukan, khususnya badminton. "Peruntukan ini juga akan memberi peluang kepada para pemain kami untuk menyertai lebih banyak kejohanan di luar negara supaya mereka dapat mencapai ranking yang lebih baik," katanya. Ng, bagaimanapun, mahu mengetahui lebih terperinci mengenai peruntukan tersebut dan turut berharap pembahagian akan dilaksanakan dengan adil. Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk NaimMohamed pula berkata peruntukan tersebut amat diperlukan dan akan digunakan untuk meraih pingat dalam Temasya Olimpik di London tahun depan. "Walaupun ada tajaan daripada pihak swasta tetapi ia tidak mencukupi. "Dengan adanya suntikan ini, para atlet daripada sukan-s ukan berprestasi tinggi, khususnya yang akan membawa cabaran negara ke London akan lebih bersemangat dan akan berjuang habis-habisan," katanya.- BERNAMA