Konsep dan ruang lingkup pragmatikFull description
Pengenalan kepada ilmu PragmatikFull description
KAJIAN IMPLIKATUR DALAM KEHIDUPAN BERBAHASADeskripsi lengkap
El gobierno de Venezuela impuso controles para que el envío de remesas al país se realice a través de canales oficiales y no del mercado negro de divisas, en medio de sus graves problemas de liquid...Descripción completa
nota lengkap
hajjsa
Descripción completa
Full description
Full description
jkjhl
dramaFull description
nota maths tahun 6
notaFull description
NOTA INDOPRINTDeskripsi lengkap
Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)
Nota PENGGAL 3
Pragmatik: KONSEP PRAGMATIK
1. KONSEP PRAGMATIK 1.1
Definisi Pragmatik
Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna sesuatu ujaran. Pragmatik mengkaji hal-hal yang meliputi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca. Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar.1 (Raminah Haji Sabran et al , 2013:79). Secara umumnya, pragmatik ialah bidang ilmu linguistik yang menjalankan kajian tentang makna ungkapan yang ingin disampaikan oleh ahli sesuatu masyarakat dalam aktiviti perhubungan mereka.
1.2 Ciri Pragmatik
Pragamatik seperti juga semantik mengkaji makna ujaran berdasarkan penggunaan bahasa sesuatu masyarakat. Kajian pragmatik lebih luas daripada kajian k ajian semantik. Selain sumber linguistik, kajian pragmatik melibatkan sumber falsafah bahasa, sosiolinguistik, dan antropologi.
2. ASPEK KAJIAN PRAGMATIK PRAGMATIK
Kajian pragmatik bahasa Melayu mengkaji bahasa dalam konteks budaya Melayu Bahasa dalam konteks budaya Melayu ialah bahasa yang digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menyampaikan maksudnya untuk sesama ahli masyarakat. Kajian pragmatik dalam budaya Melayu meliputi hal-hal yang berikut: Peribahasa Ragam bahasa Bahasa santun
1
Raminah Haji Sabran et al . 2013. Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 STPM . Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, hlm. 79