Nota Forografi Kursus WCC130/1-Seni Fotografi Digital SLR Asas Rose Samsuri Mamat
SEJARAH KAMERA Kamera merupakan sebuah kotak yang membuat gambar, gambar yang dirakam oleh kamera dipanggil forograf. Kamera pula ditemui lebih 1000 tahun dahulu di dalam khemah di kawasan timur tengah. Pelajar kaji bintang telah menggunakan kaedah ini sebagai satu cara melihat gerhana matahari tanpa menyakitkan mata. Mereka membin asebuah bilik(seperti sebuah rumah). Mereka mengadang supaya tiada cahaya yang masuk melalui pintu dan tingkap bilik tersebut. Kemudian mereka telah membuat satu lubang kecil yang menghadap matahari. Cahaya matahari masuk melalui lubang itu terpancar pada lantai. Dari situ satu baying-bayang bulat kelihatan seolah-olah bergerak melintasi bulatan cahaya pada lantai. Di sini bermulalah pelajar-pelajar tersebut dapat melihat gerhana matahari tanpa melihat terus kepada gerhana matahari tersebut. Kemudiannya tempat itu dipanggil dengan nama Latinnya iaitu “Kamera Obscura”. Satu lagi kegunaan bilik gelap itu dijumpai oleh pelajar tersebut apabila mereka membuat satu lubang halus yang menghala keluar. Mereka dapati pada hari yang amat cerah, cahaya masuk melalui lubang tersebut akan membentuk imej pada dinding yang bertentangan. Imej itu sama dengan permandangan yang terdapat berhadapan dengan lubang yang halus itu. Ada beberapa masalah yang timbul, iaitu imej tersebut tidak begitu jelas. Mereka mendapati bahawa dengan meletakkan satu kanta cembung pada lubang tersebut boleh menjadikan imej lebih terang dan jelas. Tidak beberapa lama kemudian, dua idea yang berikut itu membawa kepada kemuncak perkembangan Kamera Obscura: 1. 2.
Seseorang itu boleh menggunakannya sebagai alat bantuan untuk melukis. Kamera ini dikecilkan saiznya sehingga sebesar kotak kecil supaya mudah dibawa dari satu tempat ke satu tempat.
Perkataan fotografi adalah berasal daripada perkataan Greek, iaitu photos bererti cahaya dan graphein bererti melukis. Istilah ini diperkenalkan oleh Sir John Herschel pada tahun 1839 untuk menggantikan istilah holografi oleh Josep Nicephore Niepce yang amat cenderung dalam bidang litografi. Beliau tinggal di Chalon-Sur-Saone, kira-kira 305 kilometer ke arah tenggara Paris. Niepce bersama rakannya, Louis-Jacques-Mande Daguerre, seorang pelukis Perancis, sebelumnya dinamakan proses daguerreotype. Proses ini menggunakan beberapa jenis bahan kimia yang memakan masa yang lama untuk memperoleh hasilnya. Proses ini dilakukan dengan mendedahkan kepingan tembaga yang disaluti perak. Jenis dagurrero berjaya dihasilkan pada 7 Januari 1829. Cara ini amat popular kerana dapat menggantikan lukisan-lukisan potret yang sememamngnya amat popular pada masa itu. Pada tahun yang sama juga, iaitu pada 31 Januari 1829, seorang Inggeris, William Henry Fox Talbot berjaya mencipta hasil yang menjadi asas dalam bidang fotografi, iaitu penemuan proses negative dan positif yang dinamakan proses calotype. Sehinggalah pada tahun 1851, Fredrick Scott Archer memperbaiki kaedah ini dengan
1
mencipta collodian untuk disapu ke atas kaca dan disalutkan dengan bahan yang sensitive kepada cahaya. Ciptaannya menjadi fotografi semakin mudah dan popular. Sepuluh tahun kemudian, James-Ckerk Maxwell memperkenalkan asas fotografi warna di Royal Institution, London. Sehinggalah pada tahun 1888, apabila George Eastman dari Amerika memperkenalkan kamera tangan Kodak, bidang fotografi menjadi popular dan kian berkembang.
The camera obscura (the Latin for dark room), the earliest concept for photography
2
JENIS-JENIS KAMERA Kamera direka dalam berbagai bentuk dan saiz. Ia boleh dibahagikan kepada 4 jenis yang utama: 1.
Kamera Range Finder (Kamera Penglihatan Penentu Jarak)
Kamera jenis ini merupakan kamera jenis ciptaan lama. Ia popular di kalangan jurugambar amatur dan professional. Ia mempunyai dua cermin; satu cermin untuk melihat objek dan satu lagi disalurkan kepada lens. Untuk membuat focus apabila alat pemokusnya diputar (walau bagaimanapun kebanyakan kamera Range Finder tidak memepunyai alat pemokus). Terdapat juga kamera-kamera jenis sedan dan besar menggunakan system Range Finder ini, tetapi kebanyakannya alat Range Finder digunakan sebagai alat tambahan kepada kamera-kamera itu. Kebaikan kamera ini ialah mempunyai kuasa penutup lens yang amat pantas dan bunyi yang tidak kuat. Ia boleh merakam gambar dengan pantas sekalipun ia tidak mempunyai system speed seperti kamera SLR. Keburukan kamera jenis ini ialah ia tidak boleh merakam gambar pada jarak dekat yang maksima kerana apabila objeknya terlalu dekat, jarak peniliknya tidak sejajar dengan lensnya. Kamera jenis ini shutternya terbina pad lens (lens shutter). Kamera jenis ini telah diperbaharui mengikut kesesuaian kegunaan hari ini, contohnya kamera instantmatic.
2.
Kamera SLR (Single Lens Reflex) Kamera jenis ini mempunyai kanta tunggal (lens) Ciri-ciri: 1. Lensnya boleh ditukar ganti di antaranya seperti wide angle lens, master lens, telephoto lens dan zoom lens. 2. Mempunyai alat menilik objek yang disalurkan melalui lens. Ia dilengkapi dengan sekeping caermin yang disebut “reflex mirro”. 3. Menggunakan system focal plane shutter (shutter pada badan kamera). Meternya digerakkan oleh kuasa bateri dan mempunyai kuasa kepantasan hingga 1/4000 saat. Kamera jenis ini mudah digunakan dan praktikal, menyebabkan ia amat popular terutama di kalangan ahli fotografi professional.
3
3.
Kamera TLR (Twin Lens Reflex)
Merupakan kamera ciptaan lama, tetapi masih ada digunakan oleh ahli fotografi sekarang. Ia berbentuk kotak dan mempunyai dua lens. Lens di sebelah atas adalah untuk memfokus, manakala lens yang di sebelah bawah untuk merakam gambar. Kebanyakan kamera jenis ini lensnya tidak boleh ditukar ganti. Kebaikan kamera jenis ini ialah ia menggunakan filem ukuran 120. Apabila gambarnya dibesarkan kualitinya tidak terjejas. Keburukannya pula ialah saiz dan bentuknya menyukarkan pemiliknya membawa dan mengendalikannya. Ia ditambah pula dengan ciri-ciri kantanya yang tidak selari.
4.
View Kamera
View kamera merupakan kamera besar yang mempunyai pemidang lua, sofistikated dan amat besar gunanya. Di antara kamera jenis ini ialah Sinar, Horsman, Cambo dan lain-lain. Menggunakan filem dari ukuran 120, 4x5, 5x7 dan 8x10. Kamera jenis ini idanggap sebagai kamera mewah kerana harganya mahal dan hasil gambarnya berkualiti. Ia selalu digunakan oleh ahli fotografi professional untuk merakamkan gambar-gambar pembinaan, reprografi, iklan yang besar yang memerlukan mutu yang tinggi danlain-lain lagi. Kamera jenis ini badannya boleh dipisah-pisahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil. Lensnya pula boleh digerakkan ke kiri dan kanan, atas dan bawah mengikut kesesuaian objek yang iongin dirakamkan.
4
Kebaikan View Kamera: 1. 2.
Kamera jenis ini boleh digunakan untuk merakamkan sebarang gambar. Contoh dari sekicil-kecil objek sehingga sebesar-besar objek. Saiz filem yang besar dapat mengekalkan kualiti gambar walaupun saiznya dibesarkan.
Keburukannya pula ia besar dan berat untuk dibawa ke mana-mana.
Lain-lain kamera: 1.
Instant Camera
Kamera jenis ini boleh menghasilkan gambar dengan segera, dalam satu atau dua minit. Bahan kimia untuk menimbulkan imej telah tersedia pada setiap kertas gambar yang disediakan. Ia terbahagi kepada dua jenis: 1.
Jenis 4 lens. Menghasilkan 4 imej gambar yang sama pada satu keeping gambar. Saiz imej berukuran passport.
2.
Jenis satu lens. Menghasilkan satu imej pada satu keeping gambar.
Kebaikan kamera jenis ini ialah dapat menghasilkan gambar dengan segera. Keburukannya pula ia tidak mempunyai negative atau imej digital yang boleh diulang cetak.
2.
Under Water Camera
Ia direka dengan rintangan tekanan “water tight body” dan lens yang membolehkan ia digunakan di dalam air. Ia juga boleh digunakan di darat, lumpur atau pasir yang boleh merosakkan mekanisme sesuatu kamera yang tidak terlindung.
3.
Kamera Digital
Ia dapat merakam gambar tanpa menggunakan filem. Mempunyai pemidang LCD. Gambar boleh dicetak dengan menggunakan pencetak computer. Kamera jenis ini kini digunakan dengan meluasnya. 5
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAMERA DAN PENDEDAHAN (EXPOSURE)
SHUTTER SPEED Menjelang tahun 1940, perkataan Obscura telah dibuang dan diganti dengan nama kamera sahaja. Akhirnya sifat-sifat baru telah ditambah pada kamera tersebut. Salah satu daripadanya ialah Pengatup Kelajuan (Shutter speed) bertindak sebagai pintu kamera. Cahaya boleh masuk ke dalam kamera tetapi apabila ditutup, cahaya dihalang daripada memasuki kamaera. Biasanya nombor-nombor Pengatup Kelajuan ditanda seperti berikut: B, 30”….2”, 1.6”, 1.3”, 1”, 2, 4, 8, 15, ……8000 Nombor 1 bermakna satu saat. Nombor 2 bermakna ½ saat, dan seterusnya. Setiap ahli fotografi mestilah mahir memilih kelajuan yang betul bagi setiap penggambaran. Bagi kamera SLR, ia terbina pada badan kamera. Shutter akan terbuka dan filem akan didedahkan kepada cahaya matahari apabila butang shutter dipetik mengikut jarak masa yang telah dipilih. Jarak masanya ditanda pada satu gelgelang (shutter speed dial) pada badan kamera. Tugas Shutter Speed 1. 2.
Menentukan kelajuan yang dapat menghentikan pergerakan objek yang bergerak laju atau pantas. Menyesuaikan kelajuan dengan appacture yang digunakan supaya filem yang didedahkan dengan cahaya normal (pendedahan yang tepat).
APPACTURE Satu lagi sifat yang ditambah pada kamera dikenali dengan nama bukaan lens (appacture/ F/Stop). Bukaan ini merupakan satu lubang kecil di bahagian hadapan badan kamera (pada lens). Ahli fotografi boleh memilih bukaan yang sesuai untuk digunakan. Jika bukaan dibesarkan, lebih banyak cahaya yang akan masuk. Jika dikecilkan, hanya sedikit cahaya yang akan masuk. Nombor-nombor untuk bukaan appacture terbina pada gegelang lens. Angka yang besar memberikan bukaan yang kecil, sementara angka yang kecil memberikan bukaan yang besar. Oleh itu shutter speed dan bukaan appacture, kedua-dua nombor ini mempunyai persamaan yang betul untuk memperoleh dedahan yang tepat semasa mengambil gambar. Biasanya nombor-nombor penunjuk bagi bukaan tersebut: 1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16……64
6
Tugas-tugas appacture (f-stop) 1.
Menguasai jumlah cahaya yang memasuki kamera melalui lens.
2.
Untuk mendapatkan Jarak Jeas (Depth of Field)
3.
Membantu mendapatkan shutter speed yang dikendaki melalui pemilihan appacture yang sesuai, contohnya rajah di bawah.
7
DEPTH OF FIELD (JARAK JELAS) Untuk mendapatkan jarak jelas yang luas (infocus), jarak kamera hendaklah jauh dari objek. Kita memerlukan appacture yang kecil. Apabila kita menggunakan appacture yang kecil, kita hanya menggunakan bahagian tengah lens (the best definition in the centre of the lens). Jadi, apa keadaan sekalipun appacture yang kecil menajamkan objek. Jarak Jelas (Depth of Field) yang luas ditentukan kerana: 1.
Menggunakan appacture yang kecil – semua gambar menjadi jelas dan tajam.
2.
Jarak objek yang dekat dengan kamera menyebabkan jarak jelas menjadi sempit. Contohnya bahagian depan dan belakang objek yang difokus menjadi kabur. Terutamanya di bahagian depan. Oleh itu jarak jelas yang luas di sini ditentukan oleh kedudukan kamera yang jauh dari objek.
3.
Susunan kanta dalam lens sudut luas (wide angle lens), jarak jelas (DOF) lebih luas daripada menggunakan lens telephoto.
JENIS-JENIS “EXPOSURE METER” DI DALAM KAMERA Terbahagi kepada tiga bahagian: 1.
Jenis Kawasan Keseluruhan (Average Metering) Ia digunakan untuk menyukat cahaya daripada keseluruhan skrin (pemidang focus), tetapi adakalanya dedahan ini tidak sesuai digunakan, contohnya apabila menentang cahaya (back lighting) atau objek dikelilingi dengan keadaan yang gelap. Jenis ini sesuai untuk mengambil gambar permandangan.
Rajah: Kawasan Keseluruhan (Average Metering)
8
2.
Jenis Kawasan Tengah (Center Weighted Metering) Digunakan bagi tujuan menyukat cahaya dari kawasan tengah focusing screen, kerana kebanyakan objek yang penting terletak di kawasan ini. Exposure jenis ini dapat menyukat lebih tepat kepada objek yang penting.
Rajah: Kawasan tengah (Center Weighted Metering)
3.
Jenis Kawasan Setitik (Spot Metering) Meter ini hanya digunakan menyukat cahaya di dalam bulatan tengah pada finder screen atau focusing screen. Ia sesuai digunakan untuk mengambil gambar yang mana exposure yang tepat di bahagian tengah kamera. Jenis ini paling banyak digunakan. Gambar portrait paling sesuai menggunkan jenis exposure ini.
Rajah: Kawasan Setitik (Spot Metering)
Walau bagaimanapun, kamera jenis SLR autofokus hari ini mempunyai ketigatiga jenis “exposure meter” di atas, contohnya kamera Nikon F5, F4, F90X, Canon EOS1 dan lain-lain.
9
EXPOSURE S/S1/60 saat, WAKTU 6.30 pm. F/5.6 (UNDEREXPOSURE – 1 STOP) Apabila F/4 bertukar kepada F/5.6 (bukaan yang kecil), exposure meter pada kamera menunjukkan under 1 stop. Gambar yang terhasil menjadi gelap. - latarbelakangnya jelas (jarak jelas yang luas: depth of field)
F/4 (NORMAL EXPOSURE) Dengan menggunakan F/4, exposure Meter menunjukkan normal pada kamera. Gambar yang dihasilkan menjadi normal.
F/2.8 (OVEREXPOSURE – 1 STOP) Apabila F/4 diubah kepada F/2.8 (bukaan App yang besar), exposure meter menunjukkan Over 1 stop pada kamera. Gambar yang Dihasilkan menjadi cerah. -Latarbelakangnya menjadi kabur (jarak 10jelas yang sempit: depth of field)
Motorsport Fotografi motorsport selalu dikaitkan dengan lensa yang besar panjang, jenis yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan peminat fotografi amatur. Lensa sebegini bukan sahaja sangat mahal tetapi berat juga. Lagi pun kebanyakan pengguna lensa bazooka di litar lumba adalah jurugambar berita yang diberi akses untuk berada di kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh penonton biasa. Ini tidak bermakna amatur dengan kelengkapan dan akses terhad tidak boleh mendapatkan gambar yang elok. Bagi mereka yang tak biasa mengambil gambar panning, seeloknya cuba dahulu dengan menggunakan shutter yang laju, sekitar 1/200s, supaya boleh merasai bagaimana menggerakkan badan ketika panning. Turunkan kelajuan shutter sedikit demi sedikit apabila anda telah selesa, biasanya sekitar 1/80 ke 1/125. Susah juga nak kata apakah shutter speed yang sesuai sebab kelajuan kereta sentiasa berbeza di setiap lokasi. Dalam mengambil foto sebegini, ada 3 perkara yang kita harus diberi perhatian: 1. Gambar harus menunjukkan kereta lumba dengan tulisan/logo penaja boleh dilihat jelas. 2. Latar belakang yang lembut (Soft) dan menampakkan kesan pergerakan. 3. Putaran roda kereta dapat dilihat. Shutter speed yang terlalu tinggi akan mengakibatkan (2) dan (3) kelihatan kaku. Salah fokus dan panning yang tidak jitu mengakibatkan (1) tidak tercapai. Gambar motorsport akan lebih bermakna jika ada unsur drama. Ramai yang membayangkan kereta berlanggar atau terbabas. Perkara sebegini jarang berlaku dan cukup sukar untuk dirakam biar pun berlaku di depan mata kerana anda perlu peka dan pantas menukar setting daripada panning kepada high shutter speed. Apa yang lebih mudah diperolehi ialah keadaan seperti aksi memotong, brek atau api pada ekzos. Aksi sebegini lebih mudah dijangka dan anda boleh mendapat hasil yang memuaskan setelah mencuba beberapa kali.
11
Jangan terlalu kedekut melepaskan shutter kerana untuk mahir teknik panning anda perlu berlatih secukupnya.
12
Tip merakam gambar berdasarkan pergerakan subjek
1.
Teknik memberhentikan subjek utama - Setkan high speed shuter pada kamera anda boleh memilih Shutter 250, 500, 1000 dan 2000 @ Program spot @ TV @ S
2.
Halakan kamera mengikut pergerakan subjek seperti kereta bergerak ahli sukan sedang berlari, atau bola yang sedang melantun.
3. Dapatkan aperture mengikut meter dalam kamera yang akan mengukur cahaya pada masa gambar dirakam. 4. Sekiranya mengunakan program spot anda tidak perlu menggerakkan aperture kerana kamera set sendiri aperture
Depth Of Field (DOF) •
Jarak jelas
•
Menerangkan cara-cara mendapatkan gambar yang mengandungi semua objek jelas (in-focus) atau hanya sebahagian sahaja yang jelas.
Pengaruh DOF 1. Aperture
- Semakin besar lubang Aperture semakin kecil DOF Semakin kecil Lubang Aperture semakin luas DOF
2. Lens
- Semakin tele semakin sempit DOF Semakin wide semakin luas DOF
3. Fokus
- Semakin dekat jarak objek semakin sempit DOF Semakin jauh jarak objek semakin luas DOF
Istilah-Istilah DOF Deep DOF
- Latar belakang jelas
Shallow DOF - Latar belakang kabur
13
Kawasan Pandang Jelas
f no 2.8 Latihan 1
Latihan 2 f no 22
Perkara yang mempengaruhi D.O.F
-
Penggunaan pembukaan aperture
-
Jarak
-
Penggunaan lensa
Menzahirkan D.O.F (yang minima/sempit) -
Gunakan pembukaan aperture yang besar.
-
Jarak kamera yang dekat dengan subjek / micro.
-
Gunakan lensa telefoto.
14
Menzahirkan D.O.F (yang maxima/luas) -
Gunakan pembukaan aperture kecil
-
Jauhkan kamera dari subjek.
-
Gunakan lensa wide angle.
Penggunaan pembukaan aperture Aperture kecil D.O.F luas Aperture besar D.O.F cetek
F no. 1.4
2
4
5.6
8
11
16
22 Arah kamera
15
Aplikasi jarak Jarak jauh -D.O.F luas Jarak dekat -D.O.F cetek Jarak mikro -D.O.F lagi cetek
Jarak Fokus luas
Kamera Jarak dekat
Kamera Jarak jauh
Penggunaan Lensa Lensa wide angle -D.O.F luas Lensa telefoto -D.O.F cetek Jarak mikro -D.O.F lagi cetek
Jarak Jelas cetek
Jarak Jelas luas
16
Tip merakam gambar pemandangan yang memerlukan Ketajaman gambar (luas jarak Jelas) 1.
Setkan Aperture yang kecil samada f8, f11, 22. (atau setkan program landskap) @ AV @ A
2.
Gunakan lensa wide angle 35mm atau 28mm
3.
Hala kamera anda ke subjek yang hendak dirakam
4.
Dapatkan bacaan Shutter mengikut meter dalam kamera
5.
Pastikan anda menggunakan tripot bila bacaan shutter Rendah (low Speed Shutter) iaitu 30, 15, 8, 4, 2, 1
17
Digital Kamera/konvensional Elemen-elemen penting yang patut anda pelajari 1. Aperture 2. Shutter Speed (kelajuan bukatup) 3. Dedahan (Exposure) dan Pengukuran dedahan 4. Dept Of Field (Jarak Fokus) 5. Program/TV/AV 6. Kombinasi Shutter Speed dan Aperture 7. IS0 8. Teknik memokus 9. Lensa dan sudut pandangan (angle of View)
A = Aperture-priority Auto / Keutamaan Aperture Atau AV = Aperture value Pilih Aperture. Shuttter diselaraskan oleh kamera.
Tentukan aperture
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4
8
15
30
60
125
18
250
500
1000
S = Shutter-priority Auto / keutamaan Shutter Atau T.V = Time value Pilih Shutter secara manual, Aperture diselaraskan oleh kamera.
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4
8
15
30
60
125
250
500
1000
PORTRAIT Kamera akan memilih pembukaan aperture yang BESAR untuk mendapatkan ‘Kawasan Pandang’ yang SINGKAT. Manakala Shutter akan ditentukan secara automatik.
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4
8
15
30
60
125
19
250
500
1000
LANDSCAPE Kamera akan memilih pembukaan aperture yang KECIL untuk mendapatkan ‘Kawasan Pandang’ yang LUAS. Shutter akan ditentukan secara automatik.
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4
8
15
30
60
125
250
500
1000
NIGHT SCENE / Penggambaran malam Kamera akan memilih Shutter yang LAMBAT bagi mendapatkan pendedahan yang cukup untuk lampu-lampu. Manakala kamera akan mencari Aperture yang luas.
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4 saat
4
8
15
30
60
125
20
250
500
1000
Auto = Auto mode Kamera akan Selaraskan kedua-dua Shutter dan Aperture.
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4
8
15
30
60
125
250
500
1000
P = Program Kamera akan menyelaraskan Shutter dan Aperture secara bersepadu. Juru kamera boleh membuat pilihan gabungan shutter dan aperture yang sesuai tanpa mengubah nilai pendedahan.
22
16
11
8
5.6
4
2
1.4 Aperture
Shutter 4
8
15
30
60
125
21
250
500
1000
Mix Speed # Kepantasan merakam gambar boleh diubah-ubah # Setting ISO boleh diubah-ubah untuk meningkatkan kepekaan kamera
Mix ISO # ISO boleh diubah mengikut keperluan anda # Menentukan tempoh kemasukkan cahaya melalui lensa # Lebih tinggi ISO, lebih peka kamera bertindak pada cahaya – lebih mudah merakam gambar dalam keadaan cahaya yang malap.
22
Auto / Manual # Menggunakan set Auto lebih mudah (Shutter, Aperture dan Fokus ditentukan oleh kamera # Set Manual biasanya digunakan bagi mendapatkan efek-efek yang tertentu.
Pertukaran mode penggambaran dengan pantas menjadikan anda sentiasa bersedia
23
Pertukaran mode penggambaran dengan pantas
24
Mode dial- kawalan sepenuhnya sesebuah kamera Exposure Modes (mode dedahan) 1. Manual - Kawalan sepenuhnya oleh Jurugambar 2. Program – Kawalan sepenuhya oleh kamera 3. Shutter Priority (TV) Kawalan shutter oleh Jurugambar 4. Aperture Priority(AV) Kawalan Aperture oleh Jurugambar Mengandungi kawalan Program Yang dikawal oleh kamera 1. Auto 2. Portrait 3. Landscape 4. Close Up 5. Sports Gambar kecilLCD panel
Contoh gambar kesan kelajuan shutter speed
Slow speed Shutter 1/10 saat
Kelajuan Shutter 1/4000 saat
25
Program
- Shutter Speed dan Aperture di Tentukan oleh kamera.
Program speed
- Mengutamakan Speed tinggi (lambang Sukan)
Program Close Up - Merakam gambar close Up (Lambang bunga) Program Landskap - Merakam gambar wide Angle (Lambang gunung) Program potret
- Merakam gambar potret
Bagaimana menghasilkan gambar normal Kombinasi Dedahan Secara Manual - Shutter Speed dan Aperture ditentukan oleh jurugambar (jurugambar perlumengukur cahaya pada meter kamera Secara Auto
- AV- Aperture Value/priority (Keutamaan Aperture) Aperture ditentukan oleh Jurugambar Shutter Speed ditentukan oleh kamera. - TV – Time Value/Shutter Priority (Keutamaan Shutter speed) Shutter Speed ditentukan oleh jurugambar Aperture ditentukan oleh kamera
26
Teknik B Stop (Bulb) Tip Merakam keindahan malam tanpa flash 1.
Letakkan kamera anda pada Tripod supaya kedudukan kamera tetap dan tidak bergoyang
2.
Rakamkan secara breketing sistem subjek yang hendak dirakam iaitu sebagai contoh rakamkan dengan bukaan B Stop masa 5 saat untuk rakaman pertama diikuti 10
saat, 15 saat, 20 saat
Bandingkan keputusan dapatkan gambar yang terbaik 3.
Masa yang terbaik merakam gambar malam ialah waktu senja antara jam 7 malam hingga 8 malam kerana langit masih kelihatan kebiruan.
4.
Pastikan ada cahaya lampu. (jangan merakam tanpa
cahaya)
27
Lens/Lensa Mengandungi Elemen Kanta Cengkung dan Kanta Cembung Yang disusun berperanan membiaskan cahaya ke Filem/CCD Bahagian Lens 1. Gegelang Fokus 2. Gegelang Aperture 3. Gegelang Zoom Jenis-jenis Lens 1. Fish eye
- Lensa mata ikan 8 mm
2. Super Wide Angle
- 16/24mm
3. Wide Angle
-
4. Normal Lens
- 50 mm
Standard Lens 5. Telefoto Lens
-
70mm/100mm/135mm/200mm/300mm
6. Super Telefoto lens
-
600mm/1,000mm
7. Micro Lens
-
Untuk merakam gambar Close Up/objek Kecil
8. Zoom Lens
-
Angle yang boleh digerakkan
28/36mm
Bukaan 90 darjah
Keupayaan ZOOM # Kemampuan lensa membesar Subjek. # Optikal ZOOM. # Digital Zoom.
28
29
Sweet Spot: Di Mana Letaknya Ketajaman Gambar
Sweet spot adalah julat di mana imej adalah paling tajam. Terdapat 3 jenis sweet spot: 1. Aperture yang memberikan imej paling tajam. 2. Focal length (pada zoom). 3. Zon tajam dalam frame. Jika anda mengambil foto dengan ketiga-tiga faktor di atas berada dalam zon sweet spot, peluang untuk menghasilkan gambar yang tajam adalah lebih cerah. Mungkin anda pernah tertanya-tanya kenapa ada perbezaan dari segi ketajaman di antara foto yang diambil menggunakan peralatan yang sama. Mungkin ini adalah sebabnya. Sweet spot untuk aperture banyak bergantung kepada rekabentuk sesuatu lensa. Namun, secara umumnya ia terletak 2 stop daripada bukaan aperture terbesar dan terkecil. Contohnya jika lensa anda mempunyai julat aperture f/2.8-f/32, kemungkinan besar sweet spot berada antara f/5.6 dan f/16. Anda boleh membuat eksperimen sendiri untuk mengetahui julat sweet spot aperture bagi setiap lensa anda dengan mengambil foto contoh pada aperture yang berbeza kemudian membandingkan hasilnya. Pastikan faktor lain dikawal rapi dan hanya mengubah aperture dan shutter speed (tanpa gegaran) sambil mengekalkan nilai dedahan pada tahap yang sama. Subjek yang ideal untuk eksperimen ini ialah struktur yang mempunyai tekstur rapi agar perbezaan dapat dilihat lebih jelas. Untuk zoom pula, sweet spot biasanya berada di zon tengah hingga ke hujung tele. Kebiasaannya zoom menghasilkan imej yang lembut pada hujung wide dan semakin tajam ke arah tele. Contohnya bagi lensa 70-200mm, foto akan lebih tajam pada 200mm berbanding 70mm. Ada kalanya kita melihat hasil foto yang mana bahagian berdekatan tepi gambar agak lembut (Soft). Ini kerana frame imej tersebut adalah lebih luas daripada zon tajam. Fenomena ini biasanya dilihat pada kamera bersensor besar seperti full frame dan medium format. Kamera dengan sensor yang kecil jarang menampakkan kesan ini kerana sensor hanya meliputi bahagian tengah image circle yang terletak dalam zon tajam. Jika ketajaman adalah sesuatu yang penting untuk anda, teknik mengawal sweet spot boleh membantu anda tanpa memerlukan peralatan tambahan. Tetapi tidak semua jenis foto yang perlu begitu mengambil kira mengenai sweet spot. Contohnya jurufoto pemandangan biasa menggunakan focal length paling wide dan aperture yang paling sempit. Ini kerana bagi foto sebegini, depth of field yang sesuai adalah lebih penting daripada ketajaman.
30
STUDIO LIGHTING (ARAH MENURUN)
TOP
HIGHT
MEDIUM
LEVEL
FOOT
STUDIO LIGHTING (ARAH RATA)
REAR RIM SIDE REAR
SIDE
CROSS CENTER
OF CENTER
31
KOMPOSISI • Suatu pendekatan bagi menghasilkan gambar secara professional.
PELANGGAN (a) (b) (c) (d) (e)
Pelaksanaan tugas adalah mengikut selera pelanggan. Puaskan hati pelanggan melalui penyelidikan Hasil penggambaran perlu memenuhi piawaian/standard. Berikan khidmat perundingan Anda bebas untuk berkarya
MATLAMAT PEMBELAJARAN • • •
Mengenalpasti maksud komposisi Mengenalpasti komponen penting bagi membentuk komposisi Mengenalpasti 3 prinsip komposisi yang utama iaitu: a) Wujudkan subjek b) Wujudkan pusat tarikan c) Prinsip pembahagi
BEBERAPA PRINSIP KOMPOSISI • • • • • • • •
Wujudkan subjek Wujudkan pusat tarikan Prinsip pembahagi Utamakan 3 jenis ruang Memotong tubuh manusia Sudut kamera yang terbaik Meletakkan garisan ufuk Masukkan unsur kehidupan
DEFINISI KOMPOSISI Seni memilih, menyusun serta mengadun subjek utama untuk disesuaikan dengan latar hadapan dan latar belakang menjadi satu gambar yang menarik serta dapat diterima oleh kebanyakan orang Unsur kecantikan itu meliputi cantik, sedap mata memandang, mempunyai mesej dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
32
WUJUDKAN SUBJEK Kewujudan subjek adalah penting supaya mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Ada subjek, ada cerita
.
SUBJEK
Subjek Utama
Subjek Sampingan
CARA MERAKAM SUBJEK UTAMA • • • • • • • •
Kenalpasti subjek Menarik perhatian Saiz subjek Warna yang menyerlah Jelas dan tidak terlindung Kedudukan yang sesuai dalam bingkai (frame) Bergerak atau diam Ruang selesa di sekelilingnya.
WUJUDKAN PUSAT TARIKAN Serlah subjek utama supaya ia menjadi tumpuan melalui pendekatan: • Warna • Saiz • Kedudukan dalam bingkai (frame) • Rupa bentuk – yang berbeza/menarik • Pencahayaan
PUSAT TARIKAN Ada subjek ada tarikan. Mata akan tertumpu kepada satu bahagian dalam gambar dan tidak mencari-cari apa yang hendak dilihat dalam gambar itu.
33
PRINSIP PEMBAHAGI • • • •
Elak meletakkan subjek di tengah bingkai (frame) Bahagikan bingkai (frame) kepada tiga bahagian Sama ada secara menegak atau mendatar Letakkan subjek utama di garisan pembahagi
UTAMAKAN 3 JENIS RUANG • • •
Ruang pandang – lebihkan runag pandangan seseorang Ruang kepala – ruang di atas kepala tidak perlu terlalu luas atau terlalu sempit. Ruang pergerakan – ruang ini adalah bagi subjek yang bergerak.
MEMOTONG TUBUH MANUSIA • •
Kenalpasti bahagian sendi Elakkan pemotongan di bahagian sendi
SUDUT KAMERA YANG TERBAIK • • • • • •
Tinjau setiap sudut sebelum melakukan penggambaran Pusing 360 darjah Pilih sudut yang terbaik sahaja Gunakan low atau high angle Cuba elakkan sudut ketinggian mata Gunakan format menegak atau mendatar
MASALAH SEWAKTU PENGGAMBARAN • • • • • • • • • • •
Tersilap focus, gambar kabur Kamera goyang Yang mana satu subjek utama dan sampingan Takut atau malu ke hadapan Satu subjek satu shot Ambil belakang orang Latar belakang kelam kabut Cahaya dari belakang Bila perlu gunakan flash Berapa jauh subjek dengan kamera? Keadaan cuaca
34
GARIS PANDUAN ASAS PENGGAMBARAN • • • • • • • •
Pemilihan subjek Punca cahaya Latar belakang/ latar hadapan Sudut yang sesuai Mesej yang tersirat Masa dan ketika yang sesuai (peluang yang terbaik) Suasana/keadaan sekeliling yang membantu Melintang atau menegak
PERHATIKAN LATAR BELAKANG, LATAR HADAPAN • • • • • • •
Simple, tidak celaru Tidak mengganggu subjek Tidak menenggelamkan subjek Ada kaitan dengan subjek Menyokong keterampilan subjek Bantu dalam menghasilkan jarak Tidak terlalu memutih atau terlalu gelap
KEDUDUKAN CAHAYA MATAHARI • • •
Cahaya yang cerah Cahaya yang condong Arah cahaya 45 darjah
Elakkan dari: • Cahaya tegak • Melawan cahaya • Mendung • Terlalu terik • Subjek yang berhadapan dengan cahaya
SUASANA PERSEKITARAN YANG MEMBANTU • • • • • •
Langit yang membiru, merah Cahaya yang cerah Suasana lepas hujan Taman, tasik, bunga, bukit-bukau yang cantik Pepohon yang rendang Perabut/perhiasan yang tersusun
35
TIP FOTOGRAFI
Tips Membeli Kamera Digital Disunting oleh: Hasnuddin Adakah anda ingin membeli kamera digital anda yang pertama untuk diri sendiri? Saya pasti tentu anda agak keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beribu ringgit! Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera digital. Saya harap ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai untuk anda. Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang anda perlu pertimbangkan ialah: Jangka hayat bateri/sel Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Pertimbangkan samada anda perlukan kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang panjang atau pendek. Megapixel Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh dirakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel ialah dari 4 megapixel hingga 36 megapixel. Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan? Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih. (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak). Lensa Zoom Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!
36
Kawalan dedahan cahaya (Exposure Control) Kebolehan mengawal ‘exposure’ seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar! Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual. Kawalan Pengguna (User Controls) Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli - cuba dengan butang-butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda. Kesimpulan Akhir sekali saya berharap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kamera digital. Pada pandangan saya, jika anda masih baru dalam fotografi digital, tidak semestinya anda membeli kamera digital SLR yang tercanggih dipasaran! Bermula dengan kamera yang murah adalah lebih baik. Belajar, berlatih dan tingkatkan kemahiran fotografi anda terlebih dahulu. Jika anda sudah mahir, barulah ‘upgrade’ ke kamera yang lebih canggih! Ijam
37
Baru Beli DSLR Saya menerima soalan daripada seorang kenalan yang baru sahaja membeli DSLR pertama. Setelah beberapa hari bermain dengan kamera barunya kelihatan seperti ada sedikit masalah. Soalan yang diajukan ialah, kenapa gambar makronya kelihatan kabur. Apabila saya meneliti foto tersebut, saya rumuskan bahawa subjek di dalam gambar tersebut tidak difokus dengan betul. Apa yang saya syak ialah beliau cuba untuk menggunakan kit lens untuk melakukan mikro tanpa penggunaan aksesori lain. Sudah tentu gambar tersebut kabur kerana kit lens tidak mungkin boleh memperolehi jarak fokus yang rapat tanpa bantuan peralatan lain seperti extension tube atau close up filter. Memiliki DSLR boleh menyebabkan kita begitu seronok untuk menerokai alam fotografi, terutamanya ketika baru sahaja memilikinya. Kalau boleh rasa seperti tidak sabar untuk rakam apa sahaja di depan mata. Kita ingin menghasilkan foto seperti yang selalu dilihat di dalam majalah, surat khabar dan laman web. Namun begitu, kita perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap satu peralatan itu mempunyai batasan. Contohnya seperti rakan kita tadi yang cuba untuk mengambil gambar mikro menggunakan kit lens. Apa yang jelas ialah beliau tidak tahu tentang batasan lensa yang dimilikinya. Saya terangkan bahawa walaupun begitu, dia masih boleh mengasah kemahiran fotografinya dengan subjek lain yang tidak memerlukan peralatan tambahan. Sebagai contoh, gambar pemandangan boleh diambil dengan cantik hanya menggunakan kit lens, malahan kamera compact pun boleh memberi hasil yang memuaskan. Gambar potret juga boleh dihasilkan dengan baik menggunakan kit lens. Tetapi jika ini tidak mencukupi untuk anda, terpaksalah melabur untuk lensa yang lebih sesuai. Memang ada cabang fotografi yang memerlukan lebih daripada kit lens, tetapi adakah anda bersedia untuk mengambil langkah tersebut? Cadangan saya kepada beliau dan juga sesiapa yang baru sahaja membeli DSLR ialah tidak terlalu terburu-buru untuk membeli lensa hanya kerana terikut-ikut dengan rakan. Fotografi boleh dinikmati secukupnya dengan berbekalkan kit lens. Tiada lensa ajaib yang boleh menghasilkan gambar yang cantik tanpa perlu ada kemahiran dan pengetahuan fotografi asas. Yang penting ialah tahu menggunakan apa jua peralatan yang kita ada dan bagaimana untuk memanafaatkannya dengan penuh. Bagi yang baru berjinak dengan DSLR, asah bakat anda dengan kit lens dahulu dan dari situ anda boleh meneroka cabang fotografi yang anda minati.
38
Gambar ini dirakam menggunakan kit lens. Apa pendapat anda tentang kit lens yang anda miliki? Adakah anda rasa kebolehan anda terhad, atau adakah anda telah menggunakan sepenuhnya kebolehan kit lens anda Amir Ridhwan
39
APA ITU BULB? Pada kamera DSLR kita, kita akan jumpa pelarasan shutter speed yang dinamakan BULB. Apabila kita menggunakan setting BULB, shutter akan terbuka apabila shutter release button ditekan. Selagi kita tidak lepaskan shutter release button tersebut, selagi itulah shutter akan terus terbuka. Ini bermaksud, anda boleh tentukan sendiri berapa lama shutter ingin dibuka. Kebanyakan kamera DSLR mempunyai kawalan shutter speed diantara kelajuan 1/4000 saat sehingga ke 30 saat. Jika anda ingin membuka shutter lebih lama dari 30 saat, anda boleh laraskan kawalan shutter kepada BULB. Setting BULB biasanya digunakan dalam keadaan cahaya yang kurang seperti di waktu malam. Dengan membuka shutter dalam satu tempoh yang panjang, lebih banyak cahaya akan masuk. Dengan ini, suasana yang gelap akan dapat dicerahkan. Tapi, bila menggunakan slow shutter, anda perlu pastikan kamera berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang gegaran. Anda boleh gunakan tripod untuk mengatasi masalah ini. Anda juga perlu pastikan subjek anda tidak bergerak apabila menggunakan slow shutter. Mengapa BULB dinamakan BULB? BULB mendapat namanya dari ‘flash bulb‘. Pada zaman awal fotografi, apabila jurugambar ingin merakam gambar dengan flash bulb, mereka perlu membuka shutter dalam tempoh yang agak panjang. Setelah shutter terbuka, flash bulb akan dipancarkan secara manual oleh jurugambar. Setelah itu, jurugambar perlu menutup semula shutter. Sebab itulah, shutter perlahan dimana kita kawal bila ianya dibuka dan ditutup dinamakan BULB. Jurugambar zaman lalu perlu menggunakan BULB apabila ingin merakam gambar menggunakan flash. Ini berbeza dengan teknologi sekarang. Kini Flash boleh dipancarkan secara otomatik sebaik shutter terbuka. Ini juga disebut sebagai flash synchronization. Oleh: Hasnuddin
40
Perbezaan Back Light & Rim Light Konsep pergerakan cahaya adalah lurus. Ini bermakna cahaya bergerak dalam ruang secara lurus
Back Lighting Back Lighting bermaksud apabila sumber cahaya ialah dari belakang subjek/belakang sisi subjek dan menghala ke arah kamera/jurukamera, dan sekiranya cahaya tersebut terlepas boleh menerjah masuk ke dalam lensa. Apabila terdapat unsur keadaan sekeliling seperti kabus, asap, atau debu, back lighting ini mampu menimbulkan kesan cahaya yang dramatic.
Rim Lighting Bila cahaya datang daripada sudut tertentu (terutamanya dari belakang/backlight), ia akan mencetuskan highlight nipis (outline) pada bahagian tepi sekeliling tanpa jatuh ke permukaan hadapan subjek.
Side Lighting Side lighting bermaksud cahaya datang daripada bahagian tepi subjek yang berhadapan dengan jurukamera. Kebiasaannya side lighting akan memberikan kita imej yang mempunyai kontras yang ketara, boleh juga menghasilkan kesan bayang subjek yang panjang. Di satu topik lain kita boleh membincangkan dengan lebih lanjut sumber cahaya yang boleh dimanipulasikan menjadi back lighting, rim lighting dan side lighting. Peringatan: Sekiranya cahaya daripada back lighting tadi melepasi subjek dan menerjah memasuki lensa, maka akan terhasil kesan flare. Kesan flare ini adakalanya mencantikkan lagi imej, namun selalunya boleh menjejaskan imej. Aminorazmi
41
42
43
Aminorazmi
44
Hujan Untuk fotografi di luar rumah, cuaca yang baik adalah amat penting. Keadaan cahaya yang sesuai adalah penting untuk foto pemandangan dan senibina. Bagi jurufoto nature, cuaca yang elok akan memudahkan operasi memburu subjek. Tetapi ada kalanya kita terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak dirancang seperti hujan. Oleh kerana tumpuan saya iala nature macro, hujan biasanya membawa berita yang kurang elok untuk sebarang trip. Walaupun cuaca hari tersebut elok tetapi jika hujan pada hari sebelumnya, denai hutan akan menjadi becak dan pacat bermaharaja lela. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menikmati fotografi sepenuhnya. Memang hujan adalah halangan untuk aktiviti yang biasa saya ceburi tetapi hujan juga membawa peluang untuk kita mencuba beberapa jenis foto yang jarang dapat dirakam. Beberapa corak semula jadi dapat dilihat daripada sudut yang lebih menarik selepas hujan. Manik-manik di sawang labah-labah membawa seribu satu cerita bila dirakam dengan teliti. Titisan air di hujung daun juga adalah satu subjek yang sangat menarik bila menampakkan reflection kawasan sekitar.
Rangkaian titisan air di sawang labah-labah.
45
Awan hujan yang mendatang. Di kawasan bandar pula, reflection pada lopak air selepas hujan adalah antara subjek yang boleh diolah dengan pelbagai cara. Gambar sebegini akan memberikan impak yang bagus jika depth of field dikawal dengan rapi agar elemen selain subjek utama kelihatan maya. Jika renyai, gelagat manusia mengharungi kehidupan di kala hujan pun boleh menjadi subjek yang menarik seperti gambar orang melintas jalanraya sambil berpayung.
Reflection di lopak air. Hujan yang terlalu lebat dan tidak berhenti boleh mengakibatkan bencana alam. Kita boleh membawa kisah sebegini melalui foto. Tidak perlu kita merakamkan detik jambatan runtuh untuk mendapatkan foto yang bagus, cukup kalau kita dapat membawa
46
gambaran keadaan tersebut dengan drama yang jelas. Elemen kemanusiaan akan banyak membantu untuk menguatkan lagi drama, contohnya seperti petani yang mengheret kerbaunya pulang ketika hujan lebat.
Foto sebegini boleh dirakam dari tingkap rumah sahaja. Fotografi seharusnya dinikmati sepanjang masa tanpa batasan cuaca. Pernahkah anda mendapat sebarang gambar yang baik ketika hujan???
47
Mengenali Subjek Pengetahuan berkenaan subjek yang kita rakam adalah satu perkara yang penting jika kita ingin menghasilkan foto yang baik. Jurugambar profesional sentiasa mengkaji subjek yang mereka pilih agar dapat membuat persiapan yang sewajarnya. Perkara ni meliputi semua aliran fotografi tanpa mengira peralatan yang anda miliki. Jika anda ingin mendapatkan masterpiece, kenalilah subjek anda dengan lebih dekat. Jurufoto potret seringkali berinteraksi dengan subjek sebelum sesi penggambaran dimulakan. Mereka akan berbual tentang pelbagai perkara meliputi keluarga, pekerjaan dan kampung halaman. Saya sentiasa berbual kosong dengan subjek manusia ketika melakukan persiapan penggambaran supaya dapat membina kemesraan dan kepercayaan. Perbualan bukan sahaja bertujuan untuk ice breaking tetapi yang lebih penting ialah untuk kita mengenali peribadi beliau supaya ia dapat membantu kita untuk menzahirkan kecantikan asli subjek berkenaan. Foto yang cantik dihasilkan apabila subjek tersebut mengukir senyuman bukannya kepada kamera yang tidak bernyawa tetapi kepada jurugambarnya. Raut muka dapat dirakam dengan lebih neutral dan ikhlas, satu perkara yang sukar dicapai apabila bekerja dengan orang yang tidak dikenali. Apabila kita melakukan penggambaran dengan subjek bukan manusia, sudah tentu kita tidak boleh berbual dengan subjek berkenaan. Sebagai contoh apabila kita merakam pemandangan di kampung atau mercu tanda sebuah bandar, pengetahuan tentang tempat tersebut membolehkan kita tahu sudut apa yang terbaik untuk dirakam. Kita tidak perlu tercari-cari lokasi yang sesuai yang akan memenatkan badan dan merosakkan mood. Kita juga boleh menganggar waktu yang sesuai untuk mengambil foto di lokasi terbabit, mungkin cahaya lebih cantik di pagi hari apabila matahari naik di timur atau mungkin di bulan Mac ketika burung berhijrah yang memberikan impak kepada suasana. Untuk jurugambar nature, pengetahuan tentang subjek tidak dapat dielakkan. Penggemar burung sentiasa tahu waktu penghijrahan burung, habitat, tabiat dan makanan yang digemari setiap species. Jurufoto makro pula harus tahu bagaimana untuk mencari subjek yang diinginkan dan juga cara yang sesuai untuk menghampiri subjek tanpa mengganggunya. Menjangka tindak balas subjek tersebut sangat penting supaya kita boleh bersiap sedia untuk mendapatkan foto yang jarang dirakam oleh orang lain. Silap langkah walaupun sedikit akan menyebabkan peluang keemasan terlepas. Jurufoto harus belajar untuk membuat kaji selidik berkenaan subjek yang dipilih sebelum penggambaran dimulakan untuk mendapat hasil terbaik. Tiada jalan singkat untuk mengenali subjek anda selain daripada mengambil inisiatif sendiri untuk menimba maklumat yang diperlukan. Inilah antara perkara yang melampaui batasan teknikal dan kenapa sesetengah jurufoto terkenal hanya perlu berbekalkan peralatan yang minima ketika melakukan tugasan.
48
Pengetahuan yang mendalam tentang tabiat dan habitat tarantula tropika adalah penting untuk menjejak labah-labah ini yang sensitif dan hanya aktif di waktu malam. Apakah subjek kegemaran anda? Apakah bidang pengkhususan anda? Bagaimana cara anda mengenal subjek anda dengan lebih mendalam? Amir Ridhwan
49
Kreativiti Apabila kita membelek majalah yang mengandungi foto yang memberikan inspirasi, mungkin perkara yang bermain di minda tentang penghasilan foto berkenaan ialah, peralatan yang lengkap, kemahiran dan peluang (nasib). Untuk penggiat foto sebagai hobi hujung minggu, peluang mungkin jarang tiba manakala peralatan pula bergantung kepada budget masing-masing. Apa yang boleh diasah ialah kemahiran yang merangkumi aspek teknikal dan estetika. Kini terdapat pelbagai aksesori, kamera dan lensa yang memudahkan jurufoto mendapatkan kesan yang diingini tanpa perlu menggunakan teknik ortodoks yang agak leceh. Sebagai contoh, kamera moden yang mampu menghasilkan imej bersih pada ISO tinggi boleh mengurangkan pergantungan kepada kawalan cahaya yang rumit. Sistem Image Stabilizer pula membolehkan gambar yang stabil dirakam pada dedahan lama tanpa perlu menggunakan tripod. Jika masih ada kepincangan pada imej, ia boleh dibaiki dengan post processing yang boleh dilakukan dengan komputer peribadi. Teknologi banyak membantu kita untuk menghasilkan karya dengan mudah dan menjimatkan masa. Tetapi kesannya ialah aspek seni dalam foto itu sendiri yang menjadi semakin dipinggirkan. Acapkali apabila diperbincangkan tentang seni, kita akan merujuk kepada teknik komposisi. Akhirnya ada yang merumuskan kalau gambar itu mengikut rule of thirds, sudah dikira ada seni. Tetapi di mana ceritanya? Apakah yang gambar tersebut sampaikan selain hanya tompokan pixel atau dakwat? Foto yang dianggap masterpiece menimbulkan rasa “wow” bila dilihat. Ia bukan foto yang hanya menepati piawai teknik komposisi, pencahayaan dan memperagakan subjek cantik. Ia sepatutnya membawa sesiapa yang melihat ke alam lain dan menimbulkan riak emosi. Foto sebegini tidak dihasilkan dengan meniru gaya orang lain tetapi hasil daripada sanubari jurufoto itu sendiri. Foto-foto yang dipaparkan dalam majalah terkemuka dirakam dengan tujuan untuk membawa kisah daripada kawasan terpencil ke mata dunia, bukannya sekadar aplikasi teknik dan peralatan semata-mata. Ia lahir daripada keinginan untuk mendapatkan foto yang boleh membicarakan seribu satu coretan dan menarik perhatian pembaca untuk mengetahui lebih lanjut. Inilah kreativiti. Apakah masalah anda untuk menghasilkan gambar yang kreatif? Adakah anda ada tips lain untuk menjadi kreatif? Harap anda boleh kongsikan pengalaman dan pendapat anda dengan pembaca lain. Amir Ridhwan
50
Breaking The Rules. Mat Saleh kata, “Rules are made to be broken”. Orang-orang fotografi kita pun sibuklah nak break the rules of photography sebab nak jadi lain dari yang lain. Ada yang memang tak pernah ikut rules dah. Setiap kali shoot, mesti nak break the rules. Tapi, masalahnya, apa rules yang dia break, dia pun tak tahu. Boleh ke? OK, saya memang old school. Tapi, saya tak menolak pendapat bahawa kadang kala kita perlu break the rules sebab fotografi itu sesuatu yang kreatif. Penilaian karya fotografi juga adalah subjektif. Tapi, saya rasa, before kita break the rules, eloklah kalau kita tahu dulu apakah rules dalam fotografi. Biarlah kita break the rules secara berilmu dan bersebab. Macam jugak undang-undang jalanraya. Lampu isyarat merah tanda berhenti. Saya ingat lagi cikgu sekolah memandu saya cakap, “Kalau nampak lampu isyarat warna merah, kena jalan terus kalau ada polis trafik bagi arahan untuk jalan, kalau ada kecemasan dan kalau lampu isyarat tu rosak. Selain dari itu, nampak lampu merah, wajib berhenti” Jadi, maksudnya, nak langgar peraturan tu boleh, tapi kenalah ada sebab yang kuat. Memang ada jurugambar ternama yang melanggar peraturan fotografi dalam karyanya, tetapi hasilnya hebat. Dia break the rules dengan sebab yang kuat. Dia break the rules dan boleh jelaskan dengan panjang lebar mengapa dia break the rules. Janganlah jadikan break the rules sebagai alasan untuk kita tidak mempelajari asas peraturan fotografi. Pastikan bila anda break the rules, gambar anda jadi lebih hebat. Kalau gambar tak jadi hebat, tak payahlah nak break the rules. Buat rosak gambar saja. Hasnuddin
51
Ilmu Rahsia Fotografi Ilmu fotografi seharusnya dikongsi bersama tanpa menyembunyikan apa-apa rahsia. Namun, bukan semua ilmu akan diajarkan sewenang-wenangnya kepada semua orang. Ada beberapa ilmu yang tidak mudah didapati. Ilmu rahsia perniagaan atau ‘trade secret’ adalah ilmu fotografi yang paling susah untuk didapati. Ini kerana, ilmu ini, jika didedahkan kepada umum akan menjejaskan perniagaan seseorang itu. Bagi sesetengah orang, mendedahkan ilmu ini umpama membunuh diri sendiri. Biasanya, seseorang jurugambar tidak akan mendedahkan teknik tertentu beliau yang menjadikan karyanya unik. Jika beliau mendedahkan teknik ini secara umum, jurugambar tersebut tidak akan ada sebarang keistimewaan lagi. Jurugambar juga jarang ingin berkongsi pembekal (supplier) bagi produk tertentu. Pembekal kepada produk ini menjadi seakan ibu duit kepada perniagaannya. Jika semua orang ada produk yang serupa, perniagaan beliau dikhuatiri tidak akan mampu bersaing lagi. Contohnya, jika seseorang jurugambar mempunyai pembekal album gambar yang yang cantik tetapi murah, beliau amat berat untuk mendedahkan dimana beliau membeli album gambar tersebut. Walaupun jurugambar cuba merahsiakan beberapa perkara yang beliau ketahui, bukanlah bermakna rahsia itu tidak boleh didedahkan langsung. Sesuatu rahsia itu boleh didedahkan kepada orang yang tertentu. Jika seseorang itu menunjukkan minat yang mendalam, bersungguh-sungguh serta sedia membuat kebaikan kepada si penyimpan rahsia, rahsia itu tentu sekali boleh dibocorkan. Saya faham dan setuju, rahsia perniagaan harus dikawal rapi. Namun, ilmu fotografi umum harus dikongsikan bersama, tanpa rahsia. Bagi saya, orang yang kedekut ilmu ialah orang yang tidak cukup ilmu. Sebab itulah dia fikir, jika dia mengajarkan ilmunya, ilmunya akan cepat habis! Oleh: Hasnuddin
52
Etika Jurugambar Fotografi digital merupakan hobi yang sangat mengasyikkan. Ia memberi peluang kepada seseorang untuk menzahirkan kreativiti dengan cara yang agak mudah kerana apa yang perlu dilakukan ialah mencari subjek yang dikehendaki dan merakam foto dengan teknik yang sesuai. Lengkuk pembelajaran teknik juga agak mudah berbanding dengan bidang seni yang lain seperti seni lukis yang memerlukan tempoh pembelajaran yang lama. Dengan teknologi digital, sesiapa sahaja boleh menikmati fotografi dan mahir dalam tempoh yang singkat. Ditambah lagi dengan adanya internet, jurufoto boleh berkongsi ilmu dan juga hasil karya masing-masing. Dalam keghairahan untuk mencuba perkara baru dalam fotografi, sama ada teknik mahupun perubahan subjek, kita mungkin juga alpa dengan etika yang wajar. Apa yang dimaksudkan ialah bila mana fotografi itu menjadi gangguan kepada orang lain, terutamanya apabila kita merakam foto manusia. Tidak semua orang suka gambar mereka dirakam, terutamanya tanpa izin. Lebih lanjut, mereka mungkin tidak suka jika foto mereka dipaparkan di internet untuk dilihat oleh seluruh dunia. Ini lebih kritikal jika gambar tersebut tidak mencerminkan invididu terbabit sebagaimana yang dikehendakinya seperti gambar kandid ketika menyuap makanan. Saya rasa kebanyakan orang tidak mempunyai niat yang buruk untuk memalukan subjek di dalam foto sebegini, tetapi kita perlu juga sensitif terhadap keterbukaan individu berkenaan. Jika kita mengambil gambar jalanan secara kandid, adalah lebih elok jika indentiti manusia di dalam foto berkenaan tidak ditonjolkan dengan jelas agar kita tidak mendatangkan masalah dengan tidak sengaja. Apa yang lebih memeningkan ialah apabila ada segelintir jurufoto yang suka mengambil gambar candid berunsur seksual. Adakala saya melihat foto di forum yang hanya menunjukkan bahagian tubuh wanita yang mengghairahkan secara kandid. Pernah juga berlaku di majlis pertunjukan fesyen di mana seorang jurugambar dilihat cuba mengambil gambar dari bawah skirt seorang model. Perbuatan sebegini mencemarkan imej jurufoto secara keseluruhan dan membawa pandangan serong kepada penggiat foto. Etika tidak membataskan kreativiti dalam fotografi tetapi ia adalah garis panduan untuk melahirkan kreativiti dengan terpimpin. Jurufoto yang berhemah tidak perlu bergantung kepada populari murahan dengan menayangkan foto separa lucah yang tidak membawa apa-apa erti. Amir Ridhwan
53
Belajar Fotografi Dari Ramai Guru Kita tidak boleh terlalu taksub dengan seorang guru tertentu. Bila saya mengajar fotografi, saya akan ingatkan pelajar saya supaya jangan terima bulat-bulat pendapat dan cara saya. Saya juga selalu ingatkan supaya, selepas belajar dengan saya, belajarlah lagi dengan guru lain. Saya tidak tahu semua perkara dalam dunia fotografi. Tidak ada orang yang pakar dalam semua bidang. Jadi, belajarlah dari ramai guru kerana setiap orang guru mempunyai kepakaran yang tersendiri. Jika guru lain menyampaikan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang saya ajarkan, janganlah terus membuat tuduhan guru mana yang salah. Sebaliknya, gunakanlah akal fikiran sendiri untuk membuat keputusan, pendapat mana yang lebih sesuai dengan diri kita. Saya pernah terjumpa seorang jurugambar baru yang terlalu mendewakan gurunya yang seorang itu. Baginya, hanya seorang guru sahaja yang betul. Apa saja pendapat dari guru lain akan ditolak mentah-mentah. Alangkah ruginya jika kita bersikap seperti ini kerana ilmu kita takkan berkembang dan bertambah. Hasnuddin Abu Samah
54
MULA BOSAN DENGAN FOTOGRAFI? Adakah keseronokan anda dalam fotografi sudah mulai berkurangan? Kalau dulu tiaptiap hari pegang kamera, sekarang cuma pegang kamera sebulan sekali? Jangan risau, gejala ini memang biasa berlaku kepada peminat fotografi. Berikut ini saya berikan beberapa panduan agar anda sentiasa bersemangat untuk mengambil gambar: Cari minat anda yang sebenar dalam fotografi. Adakah anda beli kamera kerana sukakan teknologi atau kerana berpeluang untuk mengembara? Adakah anda beli kamera kerana suka merakam gambar anak-anak anda atau kerana ingin kelihatan glamour? Atau, adakah kerana anda suka bila gambar anda dipuji? Adakah anda membeli kamera untuk menjana pendapatan darinya? Fikirkan semula, kenapa anda menceburkan diri dalam fotografi? Tidak kira apa pun jawapannya, kekalkan halatuju anda seperti niat asal yang boleh memberikan kepuasan kepada diri anda. Tanpa minat, fotografi anda tidak akan kemana. Tanpa kepuasan, hobi anda tidak akan bermakna. Dapatkan subjek yang anda minati untuk dirakam gambarnya. Pilih bidang kepakaran anda dalam fotografi. Adakah anda minat merakam gambar sukan, gambar potret, gambar pemandangan atau gambar hidupan liar? Anda akan lebih seronok dalam fotografi bila anda merakam gambar subjek yang anda minati. Lebih-lebih lagi subjek yang mana anda adalah pakar mengenainya. Mungkin sebagai seorang arkitek, anda boleh merakam gambar senibina jauh lebih baik dari orang yang bukan seorang arkitek. Anda perlu ingat, fotografi adalah amat luas bidangnya. Ada bermacam-macam pecahan dan pengkhususan dalam fotografi. Pasti ada satu pengkhususan yang amat sesuai dengan jiwa anda. Persoalannya, mungkin anda belum berjumpa dengan subjek kegemaran anda. Teruskan belajar fotografi secara konsisten. Perbaiki kemahiran anda dari masa ke semasa dengan cara selalu merakam gambar. Ada banyak cara untuk belajar. Anda boleh membaca buku, majalah, artikel di internet, menghadiri kursus, belajar dengan rakan dan sebagainya. Apa yang penting, anda perlu sentiasa menambahkan pengetahuan anda di dalam fotografi agar anda akan sentiasa ada teknik baru untuk dipraktikkan. Dengan berbagai teknik baru yang digunakan, fotografi anda akan lebih menyeronokkan. Letakkan matlamat yang perlu anda capai di dalam fotografi. Letakkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Mungkin anda boleh letakkan matlamat supaya gambar yang anda rakam akan disiarkan di dalam majalah dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Atau, anda boleh letakkan matlamat untuk menguasai kemahiran penggunaan flash 1 bulan dari sekarang. Cabar diri anda untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan. Setiap kali anda berjaya mencapai matlamat ini, anda pasti akan mendapat kepuasan! Jika anda menjadikan fotografi sebagai hobi, cuba jana sedikit pendapatan dari fotografi. Pendapatan yang diperolehi tidak perlu banyak, cukup sekadar untuk menampung kos anda menjalankan hobi di dalam fotografi. Alangkah seronok jika kemahiran anda di dalam hobi ini boleh menampung sendiri kos anda untuk mengembara merakam gambar atau membeli kamera baru.
55
Cari rakan fotografi yang mempunyai minat, citarasa dan kemampuan yang sama dengan anda. Cari rakan yang serasi dengan anda. Tanpa kawan di dalam fotografi, memanglah sesuatu yang membosankan. Dengan adanya kawan yang baik, anda boleh saling berkongsi pengetahuan, pengalaman, malah anda boleh saling berkongsi peralatan kamera anda. Kawan yang sama minat juga akan saling memberikan motivasi untuk terus memperbaiki kemahiran kita di dalam bidang fotogafi. Jika anda seorang jurugambar yang minat memperbaiki kemahiran fotografi, anda mungkin tidak sesuai berkawan dengan jurugambar yang hanya berminat untuk membeli peralatan terbaru. Plih kawan yang sesuai supaya anda tidak rasa rendah diri atau rasa terlalu ketinggalan. Kini, tibalah masanya anda pertimbangkan semula hala tuju anda dalam fotografi. Ambil masa untuk berfikir dan merancang untuk menyegarkan semula minat anda. Jangan rakam gambar hanya kerana ikut-ikutan. Kenali diri anda sendiri. Jadi diri anda sendiri. Buat apa yang ingin anda buat. Hasnuddin
56
DSLR Terunggul
Amir Ridhwan Sejak 4 hari lalu seorang rakan lama acapkali menelefon saya untuk bertanya tentang kamera yang dia patut beli. Sehari sampai 3-4 kali beliau menelefon untuk bertanya DSLR apa yang bagus dan ciri-ciri yang dimiliki setiap satu model. Saya agak kebingungan untuk menjawab, kerana soalan tersebut terlalu umum. Setelah menerangkan perihal beberapa model popular di pasaran, saya bertanya kembali beberapa soalan kepadanya: 1) Beli kamera untuk apa? Adakah untuk ambil gambar keluarga dan percutian atau untuk dijadikan hobi? 2) Berapa budget sekarang dan adakah bersedia untuk menambah perbelajaan berkenaan kamera di kemudian hari? 3) Berapa kerapkan rasanya kamera tersebut akan digunakan? 4) Jika untuk hobi, gambar jenis macam mana yang minat untuk diambil? 5) Bersediakan untuk melabur masa dan wang untuk belajar teknik fotografi? Beliau tidak pasti tentang jawapan untuk kebanyakan soalan di atas. Akhirnya saya menasihatkannya untuk membeli kamera compact sahaja. DSLR bukan untuk kegunaan semua orang. DSLR juga tidak menjamin gambar anda 100% cantik.
57
Mattias Klum & Borneo hasnuddin
58
Mattias Klum adalah jurugambar dari Sweden yang mengkhusus dalam fotografi hidupan liar dan alam semulajadi. Beliau pernah tinggal berbulan-bulan di dalam hutan belantara negeri Sabah, merakam gambar untuk majalah National Geographic. Keunikan alam semulajadi di Sabah memang telah lama menarik minat pengkaji barat. Mereka kagum dengan apa yang kita ada. Jurugambar antarabangsa juga telah ramai yang datang ke Sabah dan membawa balik imej-imej yang sungguh hebat. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, tidak perlulah pergi terlalu jauh mencari-cari subjek menarik. Cubalah hayati dan hargai keindahan alam di sekeliling kita. Untuk melihat gambar-gambar oleh Mattias Klum, sila ke http://www.klum.se/main/main.aspx
59
Steve McCurry hasnuddin
Steve McCurry adalah salah seorang jurugambar idola saya sejak lama dahulu. Saya amat-amat meminati hasil kerja beliau yang selalu dipaparkan dalam majalah National Geographic. Saya petik sedikit kata-kata Steve - “Untuk merakam gambar yang baik, kita perlu melihat dan menunggu. Bila kita sudah menunggu cukup lama, subjek kita sudah tidak akan menghiraukan kehadiran kita lagi. Ketika inilah, jiwa sebenar subjek kita akan terserlah dan fotonya dapat dirakam dengan baik” Untuk melihat hasil kerja beliau, sila ke - http://www.stevemccurry.com
60
100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya ilmu fotografi. Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous light seperti HMI Arri. Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut. Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik… hanya satu dalam sejuta. Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita sentiasa memperbaiki diri. Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji. Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun untuk fotografi. Hasnuddin
61