KURSUS ASAS KAUNSELING
PROGRAM MEMBANTUAN PEKERJA UNTUK PENGURUS WAD PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA Basic Counseling Course Employee Assistance Programs For Wad Manager University Malaya Medical Centre
DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD SHUHMY SHUIB UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING PTJ SUMBER MANUSIA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA TARIKH: Friday, March 05, 2004
1
KURSUS ASAS KAUNSELING PROGRAM BANTUAN PEKERJA)
EMPLOYEE ASSISTANCE PROGRAMS (EAPs) PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.
PENGENALAN: Program Kaunseling Membantu Pekerja ( Employee Assistance Programs) ini membekalkan pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan motivasi untuk menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka menghadapi masalah ditempat kerja mereka. Program ini juga akan membantu seseorang pekerja itu mengatasi masalah kesihatan yang mungkin akan memberi kesan diatas perkhidmatan sesebuah organisasi. Memberi bimbingan melalui kaunseling kerjaya, dan juga cara membuat keputusan yang berkesan di dalam kontek organisasi Sumber Manusia. Penekanan program ini, melatih individu menghadapi tekanan untuk melaksanakan polisi organisasi, latihan, penempatan, rujukan, kaunseling dan perunding didalam sesebuah organisasi. Program Kaunseling Membantu Pekerja ini menolong individu yang menghadapi masalah hidup dengan tekanan, alkoholism. penagihan dadah, konflik keluarga, masalah interpersonal, tekanan kewangan dan lain-lain isu yang bersangkutan dengan kehidupan individu tersebut yang akan menjejaskan keberkesanan bekerja dan pengeluaran serta perkhidmatan.
KAUNSELING Pengurus yang cenderung menggunakan cara kaunseling ketika menangani masalah pekerja akan memberi perhatian yang lebih berat kepada mereka di segi menghormati perasaan, emosi, keperibadiaan, perhubungan atau pembawaan diri. Maklumat-maklumat itu akan didapati melalui \u201c1soalan-soalan selamat\u201d yang dikemukan kepada mereka. Soalan-soalan yang tidak mengancam perasaan pekerja agar mereka berasa selesa dan selamat. Maklumat hanya dapat dikumpulkan jika perhubungan pengurus dan pekerja berasaskan rasa hormat dan tidak menghukum. Pekerja akan berasa selamat untuk bercerita tentang diri dan masalahnya. Kemahiran asas kaunseling sangat perlu disini supaya dapat membina rasa selamat dan rasa empati. Suasana yang tidak menghukum, serta intraksi pengurus dengan pekerja yang menggalakkan terbukanya pemikiran menjadi pendorong kepada pekerja mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sendiri. Pengurus tidak perlu bertungkus lumus memikirkan penyelesaian yang terbaik, mereka sendiri mendapat celik akal (insight) dan berusaha menyelesaikan masalahnya dengan rasional dan objektif. Pengurus yang mengamalkan proses kaunseling tidak bertujuan untuk menyelesaikan semua masalah pekerja, tetapi sebagai penggalak supaya mereka menyelesaikan sendiri setelah bimbingan diberi. Ia tidak mengambil alih beban masalah pekerja bahkan menggalakkan mereka supaya bertanggungjawab mencari 1
Soalan yang diberikan semasa proses penerokaan klien supaya mereka merasa selamat dan sedia memberi kerjasama sepanjang sesi kaunseling. Mizan Adilah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996), Kaunseling Individu: Apa dan
Bagaimana, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2
ikhtiar dan ia sentiasa memberi sokongnan yang diperlukan. Tidak ada kepentingan peribadi terlibat kerana pengurus ini berasa yakin pada pekerjanya dan percaya mereka berpotensi untuk menghadapi sebarang cabaran. Apabila pekerja tidak bergantung kepada pengurus, ini bermakna pengurus telah berjaya melatih mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Pengurus tidak memberi nasihat atau memberi formula tetapi berupaya membantu menjelajah masalah itu dengan kemahirran bertanya supaya pekerjanya sendiri berfikir dan menganalisis masalah serta mencari penyelesaian yang objektif. Secara tidak langsung, pengurus menggalakkan pekerja belajar dan ia mengalami sendiri proses penyelesaian masalah supaya pada masa hadapan, apabila menghadapi masalah lain mereka tahu apa yang harus dilakukan. Oleh sebab pengurus berpusat kepada pekerja, ia lebih mengambil berat tentang perasaan pekerjanya kerana ia percaya perasaan mempunyai perhubungan rapat dengan masalah, terutama masalah peribadi. Tidak ada stail atau kaedah yang paling baik yang harus diikut oleh pengurus kerana setiap stail mempunyai ciri-ciri positif dan nagatif. Pengurus boleh mengukur stail mana yang paling sesuai kepada pekerja dan masalah yang dikemukakan. Stail kaunseling dianggap baik dan berkesan tetapi elakkan mengambil masa yang panjang dalam menjalankan sesi kaunseling sekiranya masalahnya adalah teknikal atau boleh diatasi dengan serta-merta. Jika masa yang diambil terlalu panjang, pekerja akan berasa keliru dan ragu-ragu. Kaunseling berguna dalam mengatasi masalah peribadi yang melibatkan emosi, perasaan, perhubungan atau personaliti.
PERGERTIAN KAUNSELING Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris \u201ccounselling\u201d yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
1. Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi
makna kepada kehidupan masing-masing. 2. Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. 3
3. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu
orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien. Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung. Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
TUJUAN KAUNSELING Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut. Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
4
Lima tujuan kaunseling iaitu: 1. Menolong mengubah tingkah laku klien. 2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. 3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu. 5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien. Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien: • • • • • •
Memahami diri dan situasinya; Mengenal pasti keperluannya; Menerima realiti hidupnya; Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya; Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya; Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
5
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar. Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling. Kaunselor memahami kliennya. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.
Kaunseling Harus Berasaskan Prinsip-Prinsip Berikut: 1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. 6
2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang
lebih tinggi 3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. 4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling: 1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi 2. 3.
4.
5. 6. 7. 8.
masalah atau kerunsingan. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
AKTIVITI KAUNSELING •
Perkembangan: Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
•
Pencegahan: Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
•
Intervensi: Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
•
Pemulihan: Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya
Rasional Perkhidmatan Kaunseling
7
1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja. 2. Ketidakseimbangan emosi. 3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan. 4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat. 5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus. 6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan. 7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik. 8. Masalah peribadi dan keluarga. 9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya. 10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku. 11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Mengapa Kaunseling Diperlukan 1. 2. 3. 4. 5.
Masalah Pencapaian Mutu Kerja Masalah Sikap Masalah Penyesuaian Diri Stress Di tempat Kerja Masalah Situasi
Lima Prinsip Kaunseling Pekerja 1. 2. 3. 4. 5.
Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru. Jangan bertelagah atau berhujah. Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja. Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.
Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi. Memberi nasihat. Menyokong dan menenangkan pekerja. Menilai diri. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi. Memajukan diri.
PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING Peringkat Permulaan 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu
8
Peringkat Pertengahan Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian: o o
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.
Peringkat Akhir Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan: o o o
Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut
Kaunseling Yang Beretika Kerahsiaan: o
o
Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri
SENARAI TUGAS KAUNSELOR Bimbingan Dan Kaunseling 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan 2. 3. 4. 5. 6.
dan Kaunseling staf PPUM. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pekerja PPUM melalui kejian keperluan soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pengurusan.. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pekerja. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pekerja melalui sebarang media yang sesuai. Mengelola dan melaksanakan aktiviri Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instruction) yang merangsang perkembangan pekerja secara optimun. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesionbal dan beretika.
9
7. Merancang , melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pekerja. 8. Merancang , melaksana , mengawalselia serta menilai progrdam dan aktiviti pekerja 9. Membuat penilian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dim PPUM. 10. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 11. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;
1. Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan 2. 3. 4. 5. 6.
harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan. Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu. Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya. Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan. Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut. Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’’ atau berasingan.
Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic? Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Effective counselors have an identity They respect and appreciate themselves They able to recognize and accept their own power They are open to change They are expanding their awareness of self and others They are willing and able to tolerate ambiguity They are developing their own counseling style They can experience and know the world of their client, yet their empathy is nonpossessive 9. They feel alive, and their choices are life-oriented 10. They are authentic, sincere, and honest 11. They have sense of humor 12. They make mistakes and are willing to admit them 13. They are generally live in the present 14. They appreciate live in the present 15. They are able to reinvent themselves 16. They are making choices that shape their lives
10
17. They have a sincere interest in the welfare of others 18. They become deeply involved in their work and derive meaning from it 19. They are able to maintain healthy boundaries
CIRI KAUNSELOR ISLAM Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:
Hikmah (bijaksana) Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.
Mau’izah (pengajaran yang baik) Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan
Mujadalah (dialog) Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.
Ilmu Allah Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa. Empat ciri-ciri yang dibincangkan ini juga menjadi pegangan kaunselor/terapis barat melalui teori yang dikemukakan oleh Carl Roger (Person Centered Therapy).
PROGRAM MEMBANTU PEKERJA (Employee Assistance Programs EAPs)
Secara realitinya, pengurusan personel pada hari ini sentiasa menekankan kepentingan pekerja sebagai sumber daya manusia yang perlu dihargai dan dijaga martabatnya. Kajian dan pengalaman, banyak menunjukkan kejayaan, kegagalan dan keberkesanan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada cara gaya pengurusan yang diamalkan. Sebagai seorang manusia, setiap 'pekerja' tidak dapat tidak akan berhadapan dengan berbagai masalah atau 'konflik'. Masalah dan konflik yang wujud dalam diri setiap pekerja sama ada pegawai atau kakitangan, sekiranya tidak
11
diuruskan dengan baik boleh mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Keadaan ini sudah tentunya boleh mempengaruhi pencapaian prestasi seseorang pegawai dan juga produktiviti sesebuah organisasi. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat hampir 10% daripada individu dalam sesebuah organisasi tidak mampu atau sentiasa berhadapan dengan masalah yang kronik. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pengurus personel untuk lebih prihatin terhadap masalah yang timbul dan mengambil langkah untuk menanganinya dalam bentuk pencegahan. Berlandaskan paradigma ini, kebanyakan organisasi moden pada hari ini telah mula memberikan perhatian yang sama penting dalam menyediakan satu bentuk perkhidmatan atau program ke arah membantu pekerja yang bermasalah serta menyediakan aktiviti- aktiviti pencegahan ke arah menangani isu ini.
KONSEP EAP Secara amnya konsep utama dalam Employee Assistance Program (EAP) adalah untuk membantu semua pekerja yang bermasalah termasuk masalah keluarga dan pada masa yang sama cuba untuk mengurangkan lain-lain masalah yang berpunca daripadanya yang turut menjejaskan produktiviti. Di samping itu, usaha juga diberikan dalam menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk pencegahan serta mengurangkan beban atau permasalahan yang ditanggung oleh para pekerja. Malah perkhidmatannya juga kini telah diperluaskan kepada pegawai dan kakitangan yang telah bersara. Mengikut Myers, 1992, "Employee Assistance Programs (EAPs) are employerprovided programs operated either in-house or by external consortia or contractors to prevent employee problems and treat and rehabilitate troubled employees". Program ke arah membantu pekerja yang bermasalah atau EAP telah lama berkembang di negara barat sejak 1940an lagi yang mana telah dipelopori oleh Dr.George Gehrmann, Pengarah Perubatan di syarikat Du Pont. Walau bagaimanapun, tumpuan pada masa itu semata-mata diberikan kepada usaha untuk menangani masalah pekerja-pekerja yang berkaitan dengan penagihan arak. Program tersebut didapati berkesan dalam memberikan pengetahuan mengenai kesan buruk penagihan arak serta bagaimana ia mempengaruhi pencapaian kerja dengan merujuk kepada laporan prestasi. Pada hari ini, program EAP telah berkembang dengan pesat dan secara amnya setiap organisasi mempunyai seorang kaunselor sama ada khas disediakan oleh organisasi itu sendiri (in-house) atau dengan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dari luar (external consortia). Sungguhpun demikian kebanyakan organisasi moden pada hari ini meletakkan fungsi ataupun tanggungjawab EAP di bawah pengawasan Jabatan atau Bahagian Personel masing-masing. Setiap pekerja yang dikenalpasti mempunyai masalah akan dirujuk kepada kaunselor atau mendapatkan perkhidmatan kaunselor yang pakar dalam sesuatu bidang.
MASALAH YANG DIRUJUK Secara umumnya, terdapat dua kategori permasalahan yang boleh wujud dalam diri seseorang seperti:.
1. Masalah yang berkaitan dengan masalah peribadi (personal problem), 2. Perkara yang kurang berkaitan dengan atau di luar kemampuan peribadi seseorang. Di antara masalah peribadi termasuklah masalah dari segi
12
kewangan, keluarga dan perkahwinan, dadah, judi, kestabilan emosi dan mental. 3. Manakala masalah-masalah lain termasuklah dari segi penempatan, kemajuan kerjaya, persaraan, hubungan antara perseorangan dan sebagainya. Perkhidmatan kaunseling dalam sesebuah organisasi kini kian menjadi penting. Terdapat tiga bentuk kaunseling yang boleh dijalankan di dalam organisasi iatu; 1. Memberikan maklumat asas mengenai menguruskan masalah peribadi; 2. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan yang lebih berbentuk teknikal seperti kaunseling kerjaya; dan 3. Mengadakan perkhidmatan terapi atau kaunseling yang lebih profesional seperti program pemulihan. Beberapa ciri asas bagi menjamin keberkesanan program yang disediakan ialah; 1. Perkhidmatan kaunseling hanya untuk satu tempoh jangka pendek tertentu. 2. Perkhidmatan adalah disediakan kepada individu sama ada dirujuk oleh majikan atau diri sendiri. 3. Segala maklumat dari perkhidmatan tersebut hendaklah dianggap sulit dan maklumatnya dirahsiakan. 4. Perkhidmatan kaunseling adalah selesa dan mudah untuk diperolehi.
BAGAIMANA EAP BERFUNGSI Terdapat lima langkah yang biasa dilakukan dalam sesebuah organisasi yang ingin melaksanakan program ke arah ini (Cascio,1992). 1. Mempunyai objektif dan matlamat program yang selari dengan kehendak dan objektif organisasi. Komitmen dan sokongan dari segi kewangan khususnya dari pihak pengurusan dalam usaha menjaga kebajikan pekerja. 2. Memberikan latihan kepada para pengurus, penyelia serta wakil kesatuan sekerja mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian. 3. Menyediakan peraturan dan prosedur dalam mengurus dan merujuk sesuatu masalah. 4. Menyediakan program penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan serta maklumat-maklumatnya adalah sulit dan dirahsiakan. 5. Penilaian yang berterusan dari segi objektif dan kaedah perlaksanaannya.
Program Berbentuk Pencegahan Salah satu program yang dijalankan di bawah EAP ialah program yang berbentuk pencegahan dalam pemikiran (prevention in mind). Program yang berbentuk ceramah atau bengkel dilaksanakan dengan tujuan memberikan pendidikan serta menambah pengetahuan dari segi konsep dan kesedaran yang berkaitan dengan kesihatan mental dan fizikal. Di antara topik yang menjadi perhatian termasuklah menangani masalah stress, kemahiran keibubapaan, kemahiran komunikasi, memperhebatkan hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Secara umumnya kebanyakan bengkel yang dijalankan dapat dikategorikan kepada tiga bentuk ( 2Lewis & Lewin,1986); 2
Lewin, K. (1948). "Resolving social conflicts: Selective papers on group dynamics." New York: Harper.
13
1. Menyediakan maklumat dan pengetahuan umum yang praktikal dan berguna kepada semua peringkat. 2. Memberi penekanan kepada usaha pencegahan yang khusus kepada sesuatu masalah yang wujud dalam organisasi. 3. Menyelaras dan menyediakan intervensi khas kepada sekumpulan pekerja yang dikenalpasti.
PROSES TINDAKAN EAP DAN PERATURAN DISIPLIN Setiap organisasi yang mengamalkan dasar EAP memberi landasan akan perlunya penyelia (ketua) menumpukan kepada pencapaian prestasi seseorang (to base referrals on job performance ) daripada cuba menyentuh atau mendiagnosis masalah peribadi. Oleh yang demikian, langkah pertama yang perlu ada ialah maklumat mengenai kelemahan atau kekurangan pencapaian prestasi kerja seseorang (job deficiencies). Di antara jenis tingkah laku (symptom) yang biasanya boleh dikenalpasti dan membantu dalam menyediakan asas rujukan ialah; 1. Kehadiran pejabat yang tidak menentu. 2. Melaksanakan tugas yang sama dengan masa yang lebih panjang dibandingkan dengan sebelumnya. 3. Melakukan sesuatu kesalahan yang sebelum ini mampu dilaksanakan dengan baik. 4. Menunjukkan rasa gelisah atau kerumitan dalam melakukan tugas yang rutin. 5. Menerima komplain atau rungutan daripada orang ramai. 6. Gagal memenuhi masa (deadlines) atau prestasi yang biasa (standards). Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari segi prestasi dan sebagainya, seseorang penyelia (ketua) hendaklah memberitahu akan kemerosotan prestasinya. Pada masa yang sama seorang ketua juga menawarkan atau merujuknya kepada perkhidmatan kaunseling sebelum sesuatu tindakan tatatertib diambil.
RANCANGAN RAWATAN DALAM KAUNSELING Jadi untuk menjamin kredibiliti perkhidmatan kaunseling, setiap kaunselor yang memberi khidmat kaunseling PERLU membangun dan memperkukuhkan kemahirankemahiran dokumentasi yang diperlukan oleh perancangan rawatan itu. Setiap kaunselor PERLU mendokumentasikan secara terperinci rancangan rawatannya bagi setiap kes yang dikendalikan olehnya. Bukan sahaja rancangan rawatan ini perlu didokumentasikan, ia juga perlu menjadi transparent kepada kaunselor dan klien. Kedua-duanya tahu secara termaklum apa-apa yang dirancangkan dalam aktiviti kaunseling yang mereka lakukan bersama itu. Secara tradisinya, dalam kaunseling, rancangan rawatan amat minima dilakukan. Malahan bentuk rancangan ini jika ada, adalah sama sahaja bagi semua klien. Tidak ada pengkhususan rancangan rawatan yang dicipta khas untuk seseorang klien itu. Jadi rancangan rawatannya begitu menyeluruh sehingga tidak kelihatan sebagai sesuatu yang unik untuk seseorang klien itu. Walaupun secara etikanya rancangan rawatan mestilah unik dan terkhusus, ini tidak dilakukan dengan baiknya. Jadi untuk menjamin perkhidmatan kaunseling dilaksanakan secara etika rancangan rawatan ini perlulah diadakan. Dengan adanya rancangan rawatan yang khusus, perkhidmatan kaunseling dapat memenuhi keindividuan dan keunikan klien seperti yang dilaungkan oleh penaja-penaja perkhidmatan kaunseling.
14
Kegunaan Rancangan Rawatan Rancangan rawatan yang berkesan memberi keuntungan kepada ramai individu yang terlibat secara langsung dengan proses kaunseling iaitu klien, kaunselor, pasukan rawatan, komiti insurans, agensi rawatan, agensi yang menggunakan khidmat kaunseling dan profesion kaunseling itu sendiri. Bagi klien rancangan rawatan bertulis yang merangkumi: 1. isu-isu yang menjadi fokus rawatan, 2. garis panduan yang menstruktur proses perkhidmatan kaunseling memberi jaminan bahawa khidmat kaunseling betul-betul terapeutik dan kaunselor tidak terbabas dalam mencapai matlamat kaunseling. Pada masa yang sama klien dapat mengesan dan menyelia perkembangan dirinya semasa menjalani proses kaunseling ini. Satu aspek penting rancangan rawatan ini ialah bentuknya yang dinamik, iaitu rancangan rawatan boleh berubah mengikut perubahan yang terdapat dalam diri klien. Apabila kedudukan, bentuk dan prioriti masalah berubah, rancangan rawatan turut berubah juga. Di samping itu rancangan rawatan boleh sentiasa dikemaskinikan ( updated) untuk mencerminkan sebarang perubahan besar mengenai masalah, definasinya, matlamat rawatan dan jenis intervensi yang digunakan. Seterusnya klien dan kaunselor pula mendapat keuntungan kerana rancangan rawatan ini memaksa keduaduanya memikirkan hasilan yang konkrit dari kaunseling. Mereka juga terpaksa mengemukakan objektif yang boleh diukur untuk menjelaskan tumpuan usaha rawatan. Melalui kaedah ini klien tidak perlu lagi meneka dan tertanya-tanya apakah yang ingin dicapai oleh kaunseling. Bagi kaunselor dan klien, matlamat yang jelas pula, membolehkan klien menyalurkan tenaganya kepada sesuatu perubahan yang khusus yang akan membawa kepada penyelesaian masalah bukan sahaja masalah terkini, tetapi juga masalah jangka panjang. Jadi melalui rancangan rawatan ini, proses rawatan dalam kaunseling, bukan lagi satu kontrak yang samar-samar di mana klien hanya perlu bercakap secara jujur dan terbuka sahaja mengenai emosi dan permasalahan mereka sehingga mereka berasa lega sedikit. Tetapi sebaliknya pula berlaku iaitu klien dan kaunselor sama-sama boleh dari awal-awal lagi menentukan bidang perhatian yang objektif dan khusus yang telah dikenalpasti melalui intervensi yang khusus juga. Tegasnya kontrak rawatan menjadi satu kontrak yang jelas, bermatlamat perubahan dan telus. Untuk kaunselor sendiri pula, melalui rancangan rawatan ini, boleh memaksa diri mereka sendiri untuk berfikir secara anaktikal dan kritikal mengenai intervensi terapeutik yang paling sesuai dan secocok dengan objektif kecapaian klien. Kaunselor juga tidak lagi follow the client dalam menentukan matlamat rawatan, tetapi menentukannya secara proaktif di peringkat awal lagi. Jadi kaunselor mestilah memberi perhatian lebih awal mengenai teknik, pendekatan, tugas dan sasaran katarsis yang akan menjadi rangka asas bagi intervensi kaunseling. Melalui dokumentasi yang jelas dari rancangan rawatan yang terperinci kaunselor dapat perlindungan dari disaman oleh klien. Dokumentasi ini mampu menjadi benteng atau perisai dalam hal samaran ini, terutama sekali jika apa-apa yang didokumentasi itu telah dikaji dan dipersetujui oleh klien. Lagipun nota progres
15
rawatan dapat dijadikan bukti tambahan untuk melindungi diri kaunselor yang berkaitan. Bagi pasukan rawatan pula, rancangan rawatan ini membolehkan crossreferal yang berkesan dapat dilakukan. Di samping itu, pembahagian tugas dan komunikasi yang jelas dapat dilaksanakan. Akhir sekali keseragaman dokumentasi dan akauntabiliti dapat diketengahkan. Perancangan rawatan bertulis formal dan sta ndard yang merangkumi definasi masalah, matlamat dan intervensi dalam setiap fail klien membolehkan keseragaman ini terjadi, lantas menyenangkan penyeliaan dan pengesanan rekod oleh audit sama ada audit dalaman dan luaran. Akauntabiliti pula mengutamakan aspek kontrak yang terapeutik lagi berstruktur yang mempunyai objektif yang boleh diukur dan intervensi yang jelas. Dengan terwujudnya rancangan rawatan yang terperinci, data hasilan lebih senang diperolehi dan dipertahankan dan semua ini secara langsung membantu peningkatan kredibiliti khidmat kaunseling yang dipasarkan itu. Rancangan Rawatan dalam kaunseling ini perlu ada untuk memastikan rekod klien atau pekerja itu di failkan untuk rujukan majikan serta profil personalitinya dipertimbangkan kearah yang lebih positif.
OBJEKTIF: Menyelesaikan masalah yang dialami oleh pekerja yang dialaminya semasa bekerja di tempat kerja mereka. Mereka diajar teknik-teknik dan kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan diri mereka. Melalui Program ini, Pengurus dapat menolong pekerja-pekerja dibawah selianya mempelajari kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Para pekerja dapat mempertingkatkan kesedaran tentang reaksi peribadi mereka serta kesannya terhadap orang lain. Dengan cara begini peranan kesepaduan diantara Kaunselor, Pengurus dan Ketua PTJ dapat membantu pekerja-pekerja mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja. Menentukan serta menilai langkah-langkah penyelesaian alternatif, untuk memberi laluan kepada pekerja menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah yang paling sesuai dan menilai hasilnya. Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya ini dapat memberi pemantauan terhadap tugas-tugas spesifik seperti menentukan langkah-langkah tindakan, memilih kerjaya atau mengubah tingkah laku mereka. Dari masa kesemasa unit ini membantu pekerja dengan mengadakan latihan-latihan untuk menambahkan kemahirankemahiran tertentu bagi mempertingkatkan prestasi kerjaya mereka. Peranan Pengurus, Penyelia dan Ketua akan cuba membantu pekerja mengenal pasti jenis masalah, menerokai cara-cara alternatif untuk menyelesaikan masalah dan menolong menetapkan suatu pelan tindakan untuk pekerja itu ikuti. Semasa sesi kaunseling, beberapa elemen perlu dipertimbangkan supaya tidak menjejaskan kejayaan sesi kaunseling, terutamanya dalam persekitaran tanpa perkataan dan kemahiran mendengar. Objektif utama bimbingan kerjaya ialah untuk menyumbangkan perkhidmatnnya kepada individu dan warga PPUM. Bagi individu, objektif bimbingan dan kaunseling kerjaya ialah untuk menolongnya ke arah pilihan kerjaya dan kepuasan mereka bekerja. Objektif Program Kaunseling Membantu Pekerja ini adalah untuk membuat satu tindakan diatas perkara-perkara berikut:
16
1. Memberi kefahaman berhubung dengan Program Kaunseling Membantu Pekerja. • Mengadakan sesi kaunseling berhubung dengan kerja dalam jangka pendek (Counseling Is Short-Term.) • Menawarkan khidmat kaunseling kepada pekerja dan membuat rujukan kepada individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling. 2. Melatih Pengurus, Penyelia dan Ketua sebagai kaunselor dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran dan teknik-teknik kaunseling kerjaya. Penyelia dan pengurus dilatih dengan supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mengatasi masalah-masalah pekerja dibawah jagaannya. 3. Memberi pendedahan dan latihan-latihan untuk mengendalikan sesi kaunseling kerjaya bagi membantu pekerja mengenal pasti masalah kerjaya, menerokai dan mengenalpasti beberapa cara-cara alternatif untuk menyelesaikan masalah (problem solving). 4. Memberi motivasi dan berkeyakinan kepada pekerja untuk menjalankan tugas serta tabah menempuh halangan-halangan yang bakal diterima di tempat kerja mereka.
MATLAMAT KAUNSELING Matlamat bimbingan dan kaunseling adalah untuk mengarahkan pekerja kearah kegiatan yang lebih produktif dan mendapat kepuasan dalam dirinya yang lebih bermanafaat. Matlamat asas bimbingan adalah untuk mengembangkan diri setiap individu hingga ke satu tahap kebolehan dan kemahiran untuk mengatasi masalah sendiri. Pada umumnya matlamat kaunseling ialah membiarkan klien dalam keadaan perasaannya sendiri. 3Shertzer dan Stone (1974) mengatakan, matlamat-matlamat yang dikemukakan oleh teori-teori kaunseling boleh mengambarkan keperluan dan kehendak klien itu sendiri. 4
Blackham (1977) bagaimanapun menyarankan kaunselor perlu menyediakan serba sedikit arah tujuan proses kaunselingnya. Jadi, terpulanglah kepada klien dan kaunselor untuk membuat pemilihan matlamat yang lebih mantap dan lebih berkait dengan diri kedua-duanya dan bagaimana mencapainya.
Matlamat dalam perkhidmatan kaunseling itu sebenarnya bertetapan dengan kehendak falsafah perkhidmatan itu sendiri. Didalam falsafah kaunseling itu sendiri menekankan bahawa kaunseling adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat, maka kehendak dan matlamat kaunseling juga adalah membantu manusia itu memahami serta melihat potensi dirinya dalam mencapai matlamat kesejahteraan hidupnya. Matlamat umum kaunseling ialah membiarkan kliennya dalam keadaan perasaan sendiri (5Muhd. Mansur, 1986). Matlamat yang dirancang oleh kaunselor adalah hasil daripada pemikiran mengikut kebolehannya dan mengikut matlamat klien sendiri. Enam matlamat asas mengikut kepentingan yang diperlukan atau diinginkan oleh klien itu sendiri. 1. Memperbaiki Hubungan, 2. Menyediakan Perubahan Tingkah Laku, 3 4 5
Shertzer dan Stone (1971). Fundamentals of Counseling, Houghton Mifflin Company, Boston. Blackham, G. J. (1977). Counseling: Theory. Process and Practice, Belmont Wardsworth, Publishing Co.
Muhd. Mansur Abdullah (1986). Proses Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
17
3. Mempercepatkan Seseorang Menjadi Rasional, 4. Membantu Mengambil Atau Membuat Keputusan dan, 5. Membentuk Kemahiran Daya Tindak. Seseorang penasihat6 kerjaya yang betul-betul berminat akan menganggap klien itu sebagai manusia bebas dan cuba menolong pertumbuhan peribadinya. Penasihat kerjaya yang sejati secara berhati-hati menyertai kehidupan klien dengan tujuan hendak menolongnya hidup dengan lebih sempurna lagi. Penasihat yang bijak akan merasa gembira apabila kliennya kerap dan berdaya menyelesaikan masalahnya dengan ikhtiarnya sendiri. 7Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1987, hal. 2) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai suatu aktiviti menolong klien mengenal dan menyedari dirinya serta hubungan kendiri dengan pekerjaan yang dilakukan dan juga hubungkaitannya dengan orang lain yang menjadi masyarakat.
PERKEMBANGAN DAN MAKLUMAT KERJAYA Mengikut 8Super (1957), kerjaya termasuklah persediaan sebelum seseorang itu menceburkan diri dalam dunia pekerjaan dan peranan lain yang dilakukan selepas bersara. Dalam proses kerjaya, pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh minat seseorang. Minat kerjaya merupakan segala minat terhadap aktiviti, hubungan dan tugas yang berhubung dengan pekerjaan. Perkembangan kerjaya pula adalah merujuk kepada satu proses seumur hidup dalam perkembangan nilai kerja. Proses ini nanti akan membantu menentukan satu identiti kerja di samping membantu seseorang individu itu mempelajari tentang peluang yang ada serta mencuba rancangan separuh masa, kerja lapangan dan kerja situasi yang benar (9Tolbert 1972). Didalam proses kaunseling kerjaya ada beberapa langkah untuk mendekati klien dan proses penerokaan dapat dilakukan terhadap klien. Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor mahupun klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya. Roger menekankan bahawa proses kaunseling ialah satu perbincangan, perbualan, perdebatan dan hujah-menghujah yang dikemukakan oleh kedua-dua orang yang terlibat secara langsung. Kaunselor akan membantu klien dalam proses perkembangan emosi, pemikiran dan akademik mereka ke tahap maksimum yang dapat menghasilkan matlamat dan perancangan pekerjaan yang realistik. Menjadi program bimbingan dan kaunseling berkualiti, kaunselor dapat memberikan keyakinan, membangkitkan motivasi mereka serta mempunyai sifat penerokaan, bernilai dan bersesuaian. Ujian personaliti akan memberi pekerja kefahaman tentang diri mereka dari segi fizikal, mental, moral, peribadi, keluarga sosial dan kritikan diri. Setiap orang mempunyai kepentingan yang berbeza-beza mengikut tahap dan taraf kehidupan masing-masing. Menentukan matlamat kerjayanya dan usaha-usaha untuk mencapai cita-citanya dengan memberi dorongan serta beberapa strategi bagi mengukuhkan pendiriannya berdasarkan trait-trait personaliti yang positif.
6 7 8
9
Penasihat terdiri dari Kaunselor, Pengurus, Penyelia dan Ketua PTJ mengendalikan sesi kaunseling pekerja. Muhd. Mansur Abdullah & Nordianar Mohd. Tamin, Proses Kaunseling , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987
Super, D. E. (1957). The psychology of careers. New York: Harper & Row. Tolbert, G. L. (1972). Counseling for Career Development, Houghton Mifflin Company, Boston.
18
Bimbingan kerjaya ialah suatu proses yang bertujuan menolong seseorang itu menghadapi masalah berkaitan dengan pilihan, rancangan dan penyesuaian pekerjaan. Proses ini berakhir dengan jalinan di anatara minat, keupayaan, nilai dan peluang-peluang yang sedia ada. Oleh itu dengan adanya program ini para pekerja dapat membuat pilihan melalui kaunseling dan memotivasikan mereka kearah kepuasan kerja. Didalam perkhimatan kaunseling, amatlah ditekankan bahawa bahawa kaunselor mestilah dapat memberikan kekuatan kepada klien atau pekerja untuk membina konsep kendiri mereka serta mempertingkatkan "self-esteem". Kaunselor dapat menyakinkan mereka dengan mudah, menarik minat mereka supaya dapat meluahkan isi hati dan segala rahsianya secara terbuka dan sukarela. Kesimpulanya, kaunselor haruslah berkemahiran serta berhati-hati merancang suatu perancangan, memilih beberapa pilihan daripada keputusan yang disogokkan. Disamping kaunselor menjadi model kepada kliennya.
LOKASI, PARTISIPASI DAN JADUAL PERLAKSANAAN Lokasi paling sesuai yang dicadangkan ialah di Tingkat 10, Menara Utama dan juga Tingkat 5, Menara Timur, (PTJ Latihan & Kemajuan Kerjaya) PPUM. Lokasi yang stratigis juga dapat memberi impak yang baik daripada kakitangan PPUM ini. Mengadakan tunjukarah yang jelas dan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling ini khas untuk Pengurus-Pengurus Wad di PPUM ini sahaja. Mereka dilatih mengendalikan sesi kaunseling dan mewujudkan Program Membantu Pekerja di Wad dibawah seliaan mereka. Mereka seramai 59 orang Pengurus Wad dalam perkhidmatan Klinikal.
1. Unit Anestesiologi 2. Unit Pemulihan 3. Unit Obstetriks dan Ginekologi 4. Unit Oftalmologi 5. Unit Pediatrik 6. Unit Perubatan 7. Unit Perubatan Psikologi 8. Unit Perubatan Rawatan Utama 9. Unit Surgeri 10. Unit Surgeri Ortopedik Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan (3 group). Setiap kumpulan dianggotai seramai 20 peserta untuk mengikuti Program Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling Membantu Pekerja. Program merangkumi pelbagai aspek yang di kumpulkan dalam enam modul. Diantara tenaga pengajar dicadangkan: 1. 2. 3. 4.
Mohamad Shuhmy Shuib Puan Noraziah binte Sini Puan Aini Ahmad Penceramah jemputan
Propgram berjalan berterusan. Sekiranya hari cuti atau ditunda kumpulan berkenaan akan mencari hari yang sesuaian untuk mengikuti program berkenaan, modul seterusnya tidak dibenar mengikutinya.
19
Berbagai program yang akan dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini untuk dimanafaatkan oleh warga PPUM ini. Untuk mencapai standard ISO kita perlu mempunyai satu organisasi yang mantap dan semua pekerja dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang. Unit ini menerima klien yang dirujukkan oleh Penguruspengurus Wad sebagai rujukan. Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling akan membuat rujukan dan susulan keatas kes-kes yang kritikal dan kronik kepada pakar untuk mendapatkan pengesahan dan juga bantuan rawatan klien yang bermasalah. Program ini juga akan melengkapkan peserta dengan pengetahuan, teknik dan kemahiran dalam bidang kaunseling (proses menolong) dan kaunseling perseorangan supaya mereka berupaya memberi khidmat kaunseling kepada golongan masyarakat yang menghadapi masalah sosial/peribadi. 1. Menjelaskan kefahaman mengenai diri sendiri dan orang lain dari segi kelemahan, kekuatan, nilai dan sikap; 2. Memberi kefahaman supaya peserta berkeupayaan mengendalikan satu interaksi dengan menggunakan kemahiran kaunseling dan temuramah kaunseling; 3. Mengembangkan kemahiran dalam cara-cara merespon dengan empati kepada perasaan berkonflik dalam menyelsaikan masalah klien; dan 4. Mengenalpasti masalah dan merangka rancangan tindakan bagi menyelsaikan masalah.
Jadual program yang dicadangkan: Minggu Pertama Hari Isnin Selasa
Kumpulan (Group) Kumpulan satu
Rabu
Kumpulan dua
Khamis
Kumpulan tiga
Jumaat Sabtu
-
Pagi
Petan g
Modu l
Penceramah
Modul 1 Modul 1 Modul 1
Shuhmy
Modu l
Penceramah
Modul 2 Modul 2 Modul 2
Puan Aini
Masa 3 jam
Minggu Kedua Hari Isnin Selasa
Kumpulan (Group) Kumpulan satu
Rabu
Kumpulan dua
Khamis
Kumpulan tiga
Jumaat Sabtu
-
Pagi
Petan g
Masa 4 jam
20
Minggu Ketiga Hari Isnin Selasa
Kumpulan (Group) Kumpulan satu
Rabu
Kumpulan dua
Khamis
Kumpulan tiga
Jumaat Sabtu
-
Pagi
Petan g
Modu l
Penceramah
Modul 3 Modul 3 Modul 3
Shuhmy
Modu l
Penceramah
Modul 4 Modul 4 Modul 4
Shuhmy
Modu l
Penceramah
Modul 5 Modul 5 Modul 5
Puan Aini
Modu l
Penceramah
Modul 6 Modul 6 Modul
Noraziah
Masa 4 jam
Minggu Keempat Hari Isnin Selasa
Kumpulan (Group) Kumpulan satu
Rabu
Kumpulan dua
Khamis
Kumpulan tiga
Jumaat Sabtu
-
Pagi
Petan g
Masa 4 jam
Minggu Kelima Hari Isnin Selasa
Kumpulan (Group) Kumpulan satu
Rabu
Kumpulan dua
Khamis
Kumpulan tiga
Jumaat Sabtu
-
Pagi
Petan g
Masa 3 jam
Minggu Keenam Hari Isnin Selasa
Kumpulan (Group) Kumpulan satu
Rabu
Kumpulan dua
Khamis
Kumpulan tiga
Pagi
Petan g
Masa
21
Jumaat Sabtu
6
-
SINOPSIS MODUL/KURSUS ASAS KAUNSELING PROGRAM BANTUAN PEKERJA UNTUK PENGURUS WAD PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
Modul 1 Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling Latar belakang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling; kepentingan perkhidmatan menolong; pendekatan dan proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kandungan Modul: T opi k 1 2 3 4 5 6 7
Tajuk Falsafah dan difinisi Bimbingan dan Kaunseling Konsep Bimbingan dan Kaunseling Sejarah/Latar Belakang kaunseling Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Pendekatan dan Proses Kaunseling Pengenalan kepada Kaunseling Individu/Kelompok Tugasan dan Soal Jawab Jumlah Masa
Masa 30 30 30 30
minit minit minit minit
30 minit 30 minit 3 jam sahaja
TUJUAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami falsafah, konsep, sejarah dan kepentingan bimbingan dan kaunseling.
Sumber Pembelajaran 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling 3. Bahan bacaan
Kaedah Belajar
22
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri. 2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut : " Fahamkan definisi perundingan dan bezakan dengan definisi kaunseling". Penulisan tidak melebihi 5 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.
Modul 2 Teori Kaunseling Pengenalan kepada bentuk, rasional, perkembangan, penyelidikan dan penggunaan teori-teori dalam kaunseling dan psikoterapi. Teori dan pendekatan dalam bimbingan dan kaunseling mengambil tiga aspek besar iaitu: Humanistik, tingkah laku dan Kognitif. Pandangan-pandangan utama merangkumi teori Psikoanalisis, Terapi Rasional Emotif, Teori Tingkahlaku, Analisis Transaksional, Psikologi Individu, Psikologi Analitikal, Psikologi Gestalt, Terapi Realiti. Teori-teori akan dikaji, satu persatu dan diperbandingkan. Kajian akan ditumpukan kepada penggunaan dan analisis kajian kes. T opi k 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Tajuk Teori dan Pendekatan Dalam Kaunseling. Teori PCC Pendekatan Modifikasi Tingkah laku Pendekatan Rasional Terapi (RET). Teori Gestalt Teori Realiti Teori Personaliti Tugasan dan Soal Jawab Jumlah Masa
Masa 30 30 30 30 30 30 30
minit minit minit minit minit minit minit 4 jam sahaja
TUJUAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami teori-teori kaunseling dan pendekatan yang perlu dilakukan semasa proses kaunseling.
Sumber Pembelajaran
23
1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Memahami teori kaunseling dan perbezaaan diantara teori. 3. Bahan bacaan
Kaedah Belajar Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri. 2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut : " Pilih salah satu teori kaunseling yang telah anda fahami dan terangkan dengan jelas definisi, proses dan matlamat kaunseling menurut teori yang anda pilih.". Penulisan tidak melebihi 5 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.
Modul 3 Kemahiran Asas Kaunseling Individu 1 Kemahiran kaunseling yang asas; ciri-ciri hubungan kaunseling dan kesannya ke atas proses kaunseling; sikap dan tingkah laku kaunselor; kesan sikap dan tingkah laku klien terhadap hubungan kaunseling. T opi k 1 2 3 4 5 6 7 8
Tajuk Pengenalan kaunseling Individu Proses kaunseling Penyelesaian Masalah Penyepaduan kemahiran kaunseling dengan teori dan teknik kaunseling Strategi dalam proses kaunseling Penyediaan laporan kaunseling. Latihan sesi kaunseling (penyepaduan) Tugasan dan Soal Jawab Jumlah Masa
Masa 30 30 30 30
minit minit minit minit
30 minit 30 minit 1 jam
4 jam sahaja
TUJUAN
24
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami dan boleh mengendalikan sesi kaunseling individu dengan baik Penggunaan kemahiran kaunseling dalam proses kaunseling; penyepaduan kemahiran kaunseling dengan teori kaunseling dan psikoterapi; strategi dalam proses kaunseling; penyediaan laporan kaunseling.
Sumber Pembelajaran 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Boleh mengendali sesi bimbingan dan kaunseling 3. Bahan bacaan
Kaedah Belajar Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri. 2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut : " Terangkan proses kaunseling dan buat satu laporan sesi kaunseling yang telah anda adakan. Terangkan dengan jelas masalah yang dinyatakan, proses kaunseling yang dilakukan, proses penyelesaian masalah (jika ada) dan tindakan yang diambil.". Penulisan tidak melebihi 10 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.
Modul 4 Kemahiran Asas Kaunseling Kelompok Diakhir kursus ini peserta akan dapat membentuk kelompok kaunseling perkembangan kerjaya diantara staf dan subordinate dibawah jagaannya. T opi k 1 2 3 4 5 6
Tajuk Pengenalan kepada kaunseling kelompok Pembentukan kelompok Proses kaunseling kelompok Kaunseling kelompok Laporan kaunseling kelompok Tugasan dan Soal Jawab
Masa 30 minit 30 minit 30 minit 1 jam 30 minit -
25
Jumlah Masa
3 jam sahaja
TUJUAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat mengendalikan sesi kaunseling kelompok.
Sumber Pembelajaran 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling 3. Bahan bacaan
Kaedah Belajar Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri. 2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut : “Bentukkan satu sesi kelompok di Wad anda, tuliskan laporan pemilihan dan pembentukan kelompok anda dan tuliskan laporan perkembangan kelompok.
Modul 5 Etika Kaunseling Tanggungjawab profesional dan etika dalam kaunseling; analisis etika kaunseling di tempat bertugas; pertimbangan undang-undang; isu semasa dalam kaunseling. T opi k
Tajuk
Masa
26
1 2 3
Pengenalan Etika dalam kaunseling Tingkah laku kaunselor Tugasan dan Soal Jawab Jumlah Masa
1 jam 1 jam 1 jam 3 jam sahaja
TUJUAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat memahami etika kaunselor.
Sumber Pembelajaran 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling 3. Bahan bacaan
Kaedah Belajar Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri. 2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut : " Jelaskan mengapa kaunselor perlu beritika". Penulisan tidak melebihi 5 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.
Modul 6 Latihan Kaunseling
27
Latihan kaunseling ini wajib kepada semua peserta. Setiap peserta perlu membuat latihan dan penyediaan program bimbingan dan kaunseling serta mengendalikan kaunseling individu dan kelompok ditempat kerjanya. Laporan aktiviti yang dilakukan itu hendaklah di tulis dengan lengkapkan jelas. Peserta dikehendaki membuat lima sesi kaunseling individu dan mengendali satu sesi kelompok. Laporan hendaklah diserahkan dalam masa dua minggu.
TUJUAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling.
dapat
memahami
serta
boleh
Sumber Pembelajaran 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Memahami Konsep bimbingan dan kaunseling 3. Bahan bacaan
Kaedah Belajar Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian 1. Berdasarkan laporan yang diberikan. 2. Sijil pengiktirafan dikeluarkan kepada peserta yang berjaya.
Sijil mengikuti program akan diberikan kepada peserta yang tamat dengan jaya mengikuti program Asas Bimbingan Kaunseling Membantu Pekerja di Pusat perubatan Universiti Malaya ini oleh PTJ Latihan dan Kerjaya.
28
KESIMPULANNYA: Orang-orang di Barat memandang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebagai suatu yang mesti dan wajib. Mereka yakin bahawa perkhidmatan begini dapat menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran kepada dua pihak; mempelajari sesuatu daripada kaunselornya, sebaliknya kaunselor juga banyak belajar daripada kesilapan kliennya itu buat dirinya, keluarganya mahupun kliennya yang datang. Oleh itu dapatlah kita katakan bahawa perkhidmatan Program Bimbingan dan Kaunseling Membantu Pekerja boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang bersedia dan mahu menggunakannya. Ini disebabkan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh kaunselor ialah cuba membantu, membimbing dan mententeramkan jiwa kliennya sehingga dia dapat hidup seperti manusia biasa yang lain dan menjalankan tugasnya dengan lebih berkeyakinan. Program Bimbingan dan Kaunseling Membantu Pekerja dapat mempengaruhi proses ia membuat keputusan. Akan tetapi, sangat kurang ataupun tiada langsung penyelidikan dibuat bagi menunjukkan bagaimana sebenarnya pekerja itu menggunakan maklumat pekerjaan, bagaimana pengetahuan ini berkembang, atau apakah jenis maklumat yang digunakan oleh pekerja dalam membuat keputusan. Dalam menentukan peranannya, Program Bimbingan dan Kaunseling Membantu Pekerja dapat menasihat pekerja dan memeriksa perhubungan antara majikan atau organisasi tempat mereka bekerja. Pihak majikan juga akan menggunakan khidmat program ini bagi meningkatkan lagi penggerak dan daya minat dunia kerjaya. Oleh demikian, masalah psikologi timbul berikutan seseorang tidak berupaya, mungkin tiada keberanian diri atau takut kepada halangan budaya masyarakat, menyebabkan diri asli tidak dapat dijelmakan. Seperti keperluan muklak kepada kepelbagaian bio untuk memungkinkan kelestarian alam, manusia juga perlu tumbuh secara asli dan sekali gus memancarkan kepelbagaian warna, tatalaku, sifat dan kreativiti. Banyak orang akan bertanya apakah dengan membiarkan seseorang itu tumbuh akan menyebabkan mereka cenderung menjadi jahat? Dan mungkin soalan itu boleh ditukar begini: apakah ada manusia semulajadinya jahat? Manusia bermasalah apabila tidak tahu apa yang hendak dilakukan dalam kehidupan, yakni apabila mengumpul pelbagai masalah sehingga masalah itu menjadi kusut tak terhurai. Seorang kaunselor terlatih akan menganalisis masalah klien itu atau menggunakan kaedah lain, berdasarkan keyakinan, sama ada psikoanalisis Freud, Transaksional Analisis (TA), Rasional-Emotif Terapi (RET), Gestalt atau Ekletik. Jawatankuasa Takrifan, Bahagian Psikologi Kaunseling Persatuan Psikologi Amerika pula memberi difinisi kaunseling sebagai : “Membatu individu dalam usaha menyelesaikan halangan terhadap pertumbuhan diri ke arah mencapai pembangunan optimum sumber personaliti.” (CH Patterson dalam bukunya Theories of Counseling and Psychotherapy, Harper & Row, 1986). Dalam bidang sains tulen termasuk bidang perubatan, ada hukum teratur yang mendasari segala kaedah rawatan dan doktor menggunakan kepakarannya bagi merawat pesakit. Segala perancangan bolehlah disusunatur dan menyediakan inventori rawatan bagi menerima klien untuk rawatan. Kelancaran rancangan penubuhan unit bimbingan dan kaunseling ini tidak dapat di wujudkan sekiranya tidak ada pengemblingan dari PTJ Sumber Manusia.
29
RUJUKAN American Psychiatric Association. (1980). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (3rd ed. rev.). Washington DC: Author. Aziz Salleh (1993), Kaunseling Islam Asas, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributers Sdn. Bhd. Mizan Adilah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar Kaunseling Individu: Apa dan Bagaimana, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(1996),
Mohd Salleh Lebar (1993), Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran Asas, Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd. Muhd. Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993), Kaunseling Kerjaya Teori dan Amalan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Muhd. Mansur Abdullah (1993), Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Noraini Ahmad (1996), Kauseling Senario, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Saedah Siraj, Zainun Ishak dan Tungku Mokhtar (1996), Motivasi Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd. Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd. Zunker. V. G. (1994). Career counseling: Applied concepts of life planning. Pacific Grove. CA: Brooks/Cole.
30