Unit Peperiksaan dan Penilaian 2015 SK BUKIT RAHMAT
maklumatFull description
Full description
MINIT MESYUARATFull description
meetingFull description
okFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
Minit Mesyuarat Pbs 2017 Bil 2 SK JALAN BELLAMY
Full description
MINIT MESYUARAT PBS PERTAMA TAHUN 2018
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1.
Pengerusi, Pn.R.Saroja, mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau
mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat PBS dan KSSR kali pertama pada tahun 2018. 1.2
Beliau menyatakan tujuan perjumpaan diadakan bagi memastikan setiap guru sentiasa menggerakan PBS dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah ini menerusi aktiviti PdPc yang berkesan.
1.3
PBS merupakan dasar kerajaan dan piihak sekolah perlu melaksanakan PBS. PBS hendaklah diperhalusi supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan diperingkat sekolah. Tindakan : Makluman semua guru
2.0
Pembentangan minit mesyuarat yang Pertama
2.1.
Tiada
3.0
Perkara – Perkara Perkara Berbangkit
3.1
Dasar baru kerajaan
3.1.1
Menyatakan semua guru akan menerima satu fail PBS yang mengandungi Surat Pelantikan sebagai pentaksir PBS, Carta Carta Organisasi PBS, Jadual Pengoperasian PBS. Fail PBS tersebut juga perlu dilengkapkan dengan DSKP, RPT dan borang transit. Borang transit perlu yang terkini. Meminta Cik S.Thurka Devi untuk menyediakan tapak borang transit terkini untuk dimasukkan ke dalam google drive.
3.1.2
Sebagaimana yang diarahkan juga borang transit perlu dibawa oleh guru sewaktu PDPC di dalam kelas.
3.1.3
Bermula tahun 2017, PBS lebih ditekankan. Peperiksaan UPSR telah ditukar kepada PPSR. Di dalam PPSR merangkumi PAJSK, PPSI, PBD DAN UPSR. PPSR lebih kurang sama dalam komponen PBS. Tindakan : Makluman semua guru
1
3.2
Perancangan PBS 2018 (Jadual Pengoperasian)
3.2.1
Pembentangan Jadual Pengoperasian PBS SJKT Ladang Tampin Linggi 2018. Terdapat banyak aktiviti yang disusun dan berharap agar semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
3.2.2
Antara aktiviti-aktivti PBS ialah mesyuarat PBS tiga kali setahun, sistem fail PBS, pelaksanaan PBD, aktiviti penjaminan kualiti, penandaan penguasaan murid, pelaksanaan PAJSK, PPSI, pelaporan murid, semakan fail dan sebagainya. Tindakan : Makluman semua guru
4.0 LANTIKAN JAWATANKUASA PBS TAHUN 2018
4.1
Diketuai oleh Guru Besar. Dan dibawahnya mempunyai 3 komponen utama yang diketuai oleh PK Pentadbiran (PBD & PP), PK HEM (Pembudayaan & PPS) dan PK KoKurikulum (PAJSK).
4.2
Dibawah PBD & PP pula mempunyai 4 unit iaitu : 1. Unit Latihan/ Penataran : Unit ini berfungsi untuk menganjurkan kursus, taklimat dan LADAP yang berkaitan dengan PBS. 2. Unit Penyelarasan : Unit ini berfungsi untuk memastikan keselarasan b ahan dan evidens dalam pemtaksiran PBS. 3. Unit Pementoran : Unit ini berfungsi untuk membantu guru-guru untuk melaksanakan PBS. 4. Unit Pengesanan : Unit ini berfungsi untuk memastikan segala keperluan dan bahan bahan PBS telah ada dan digunakan oleh guru-guru . Contohnya : Penerimaan Fail Pentaksiran PBS oleh semua guru.
4.3
Unit PPSI : Unit ini berfungsi untuk melihat kecenderun gan murid yang merangkumi pelbagai aspek.
4.4
Unit PAJSK : Unit ini berfungsi untuk mentaksir murid dari segi pendidikan jasmani, sukan dan aktiviti kokurikulum.
4.5
Di dalam carta organisasi PBS juga terdapat ketua panitia semua subjek. Tindakan : Makluman semua guru
2
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1
Guru Besar menyatakan PBD sangat dititik beratkan. Guru-guru mesti bersedia dengan kedatangan pemantau. Borang transit atau pelaporan perlu di isi setiap kali pentaksiran berlaku di dalam kelas. Template pelaporan terkini terdapat di laman web bpk.moe.
5.2
Puan Rani memaklumkan bahawa DSKP yang terbaru ada ruangan evidens. Dalam RPH perlu nyatakan pentaksiran apa yang digunakan dan objektif PDP mesti jelas .Sebagai contoh, murid dapat menjawab 6 daripada 10 soalan yang diberikan.
5.3
Guru Besar menyatakan bahawa PBD boleh dibuktikan dengan menunjukkan RPH dan borang pentaksiran / transit. Ianya perlu sentiasa dibawa semasa mengajar di dalam kelas.
5.4
Beliau telah memberi penerangan tentang PBS kepada semua ibu bapa ketika Mesyuarat Agong PIBG dan Perjumpaan Tiga Penjuru.
5.5
Guru Besar meminta penyelaras PBS, Pn.K.Tangkesvari untuk memastikan semua guru menggunakan DSKP dan RPT yang terkini. Beliau turut meminta penyelaras supaya menyimpan satu salinan DSKP dan RPT untuk semua kelas di almari PBS yang telah disediakan.
5.6
Guru Besar mengingatkan semua guru harus membawa DSKP dan RPH setiap kali masuk ke kelas.
5.7
Guru Besar berharap semua guru akan bersama-sama dapat membudayakan PBS sebaik mungkin. Setiap unit dalam PBS perlu melengkapkan fail dan pemantauan dalam perlu diadakan tiga kali setahun.