PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR MINIT MESYUARAT AKHIR TAHUN SESI 2016 Tarikh
: 24 NOVEMBER 2016
Masa
: 12.40 TENGAHARI
Tempat
: BILIK KOMPUTER S.K.P.B
Pengerusi
: ENCIK HAMIDI BIN MOHD JADI (GURU BESAR SKPB)
Kehadiran(Bilangan) Kehadiran(Bi langan) : 12/13 ORANG Turut Hadir (Jika ada) : -
1
PERUTUSAN PENGERUSI
Encik Hamidi Bin Mohd Jadi (Guru Besar SKPB) Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru SKPB ke mesyuarat akhir tahun sesi 2016. 1.1
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat akhir tahun pada tengah hari ini. Beliau memaklumkan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian. Tindakan : Makluman
1.2
Pengerusi memohon kepada semua guru panitia agar mengemas kini fail-fail panitia bagi tahun 2016. Tindakan : Makluman
1.3
Beliau memaklumkan bahawa dokumen rasmi perlu dilengkapkan sebelum guru-guru bercuti. Buku rekod ringkasan mengajar perlu pulang ke pejabat setelah dilengkapkan. Ini bagi memudahkan untuk di audit. Tindakan : Semua Guru
1.4
Beliau memaklumkan akan penetapan TOV bagi semua mata pelajaran yang akan dijadikan rujukan pada tahun 2017. Selain itu, gunakan TOV bagi benchmark untuk setiap tahun. Tindakan : Makluman
1.5 Pengerusi memberi peringatan agar semua guru mewujudkan hubungan baik dan sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa. Tindakan : Makluman 1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa bermula tahun 2017, setiap guru akan meletakkan satu bahan ilmu di bahagian Info Pendidikan. Bahan ini akan diubah 3 bulan sekali dan boleh mengadakan sesi soal jawab semasa perhimpunan Tindakan : Makluman 1.7 Pengerusi mohon kepada semua guru agar rujuk dan berjumpa dengan beliau jika ada sebarang masalah. Tindakan : Makluman
2.0
MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT Tiada
3.0
PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS 3.1
Dapatan daripada guru-guru mata pelajaran teras Tahun 5. 3.1.1 Pn. Shariah (Bahasa Melayu) - Pencapaian keseluruhan bagi kertas Pemahaman: Gred A – 4 orang Gred B – 4 orang Gred C – 3 orang - Pencapaian bagi kertas Penulisan pula : Gred A – 3 orang Gred B – 3 orang Gred C – 5 orang - Secara keseluruhan, pencapaian ini adalah lebih baik daripada Peperiksaan Pertengahan Tahun.
- Murid-murid Tahun 5 lemah dalam menjawab soalan objektif yang berkaitan dengan Tatabahasa. - Bagi Penulisan pula, murid-murid kurang idea dan isi. Ini adalah kerana sikap murid sendiri yang kurang membaca. Selain itu, murid lemah dalam membina ayat yang dramatis.
-
Formula bagi karangan berformat telah diberi. Walau bagaimanapun murid masih tidak mahu mengikut formula yang telah dipelajari. Tindakan: Makluman
3.1.2 En. Abdullah Ihsan (Bahasa Inggeris) - Pencapaian keseluruhan bagi Bahasa Inggeris Pemahaman: Gred A – 0 orang Gred B – 1 orang Gred C – 5 orang Gred D – 4 orang Gred E – 1 orang - Pencapaian keseluruhan bagi Bahasa Inggeris Penulisan: Gred A – 2 orang Gred B – 4 orang Gred C – 3 orang Gred D – 2 orang
- Murid lemah dari segi kosa kata dan pemahaman ayat Bahasa Inggeris. Kesalahan yang sama sering berulang adalah dari segi Tatabahasa. - Muhammad Zul Asyaraf sangat lemah dalam Bahasa Inggeris. Pendekatan yang digunakan ialah guru memberi bahan bacaan yang mudah terlebih dahulu kemudian ke peringkat yang lebih tinggi. - Murid-murid amat keliru dengan soalan KBAT yang berformat baharu. - Harapan En. Abdullah Ihsan, agar setiap murid memiliki satu kamus. Tindakan: Makluman 3.1.3 En. Baharudin (Sains) - Pencapaian keseluruhan bagi mata pelajaran Sains: Gred A – 0 orang Gred B – 7 orang Gred C – 2 orang Gred D – 0 orang Gred E – 2 orang
- Kebanyakan murid lemah pada bahagian A kerana soalan meliputi sub topik-sub topik dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Murid kurang membuat ulangkaji pada sub topik tersebut. -
Guru sains akan memperbanyakkan latih tubi bagi membantu murid-murid yang lemah dalam menjawab soalan untuk lulus sekurang-kurangnya. Tindakan : Makluman
3.1.4 En. Khairul Azmi (Matematik) - Pencapaian keseluruhan bagi mata pelajaran Matematik : Gred A – 0 orang Gred B – 1 orang Gred C – 2 orang Gred D – 6 orang Gred E – 2 orang
- Ramai murid tidak mendapat gred yang baik adalah kerana mereka tidak membuat jalan kerja pada Kertas 2. - Oleh itu, pada tahun 2017, tumpuan akan diberi lebih pada Kertas 2 yang meliputi 60 markah. - Bagi mengatasi masalah ini, kelas tambahan masih terus dijalankan dan dibantu oleh latih tubi. Tindakan: Makluman 3.2 Program Kecemerlangan Tahun 2017 3.2.1 Bahasa Melayu - Untuk meningkatkan prestasi bagi matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan, setiap murid akan digalakkan menggunakan teknik menyoal dalam setiap pembinaan ayat seperti Apakah, Bagaimanakah, Bilakah, mengapakah dan seterusnya. -
Hal ini adalah kerana murid yang kurang membaca dan tidak boleh mengeluarkan idea untuk mengolah isi dalam penulisan. Tindakan: Guru Bahasa Melayu 3.2.2 Bahasa Inggeris - Guru Bahasa Inggeris akan membuat kelas tambahan bermula pada minggu hadapan selama 2 jam bagi setiap sesi. - Selain itu, aktiviti “Set Words” yang melibatkan perkataan harian
akan dijalankan. Begitu juga dengan “Bring Me Home” iaitu murid dikehendaki membawa pulang 1 buku selama seminggu dan beri sinopsis atau isi-isi penting yang berkaitan pada guru atau rakan kelas. Tindakan: Guru Bahasa Inggeris 3.2.3 Matematik - Guru Matematik akan membuat kelas tambahan bagi semua murid Tahun 6 selepas waktu persekolahan. Tindakan: Guru Matematik 3.2.4 Sains - Guru Sains akan sentiasa membuat latih tubi, mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan dan mengadakan program motivasi. Selain itu, guru akan akan menggalakkan murid merujuk buku teks semasa membuat latihan. Tindakan: Guru Sains 3.2.5 Pendidikan Islam - Guru Pendidikan Islam akan mengadakan Bacaan Yassin dan Solat Hajat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Program ini akan bermula pada bulan Januari. Tindakan: Guru Pendidikan Islam
4.0
PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA Tiada.
5.0
HAL-HAL LAIN 5.1. LINUS - Program Linus hanya terlibat dengan murid Tahun 2 seramai 2 orang. Walau bagaimanapun, mereka telah melepasi Kemahiran Asas dengan baik. - Bagi Tahun 2017, keputusan yang diperolehi dari saringan Linus, hanya melibatkan 1 orang murid sahaja. Tindakan: Makluman
5.2 KBS/KCJ - KBS dan KCJ bagi tahun 2017 akan dilaksanakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Hal ini adalah untuk mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu jika dilaksanakan sebelum peperiksaan. Tindakan : Makluman 5.3 KOKURIKULUM - Encik Abdullah Ihsan memaklumkan bagi tahun 2017, semua program di bawah kokurikulum akan dilaksanakan seperti tahun 2016 melainkan perkhemahan bagi Unit Beruniform tidak dilaksanakan. Tindakan : Makluman 5.4 HAL EHWAL MURID - Puan Maswati memaklumkan pada tahun 2016, latihan kebakaran telah dilaksanakan sebanyak 2 kali. - RMT tahun 2017 akan bermula pada awal sesi persekolahan bermula. - KWAMP diberi sekali setahun. Bagi tahun 2017, maklumat permohonan telah mula dilengkapkan. - 2017 akan dikuatkuasakan setiap murid mesti memiliki buku disiplin. Oleh itu, semasa Program Transisi Penyayang, peraturan dan disiplin sekolah akan diterangkan kepada ibu bapa. - Pn. Maswati mohon kepada semua guru kelas agar menyimpan semua buku kesihatan dan fail peribadi murid diletakkan dalam almari kelas Tahun 1. - Selain itu, semasa Program Transisi Penyayang mohon kepada ibubapa agar melengkapkan surat kebenaran borang ibu bapa dan menyerahkan salinan surat beranak pada hari pertama persekolahan. Tindakan : Makluman
PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua guru dalam mesyuarat pada kali ini. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Disediakan oleh,
Disemak Oleh,
..........................................……… (NOR ATIKAH ZAKARIA ) Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar Tarikh : 30 NOVEMBER 2016
……...............................………. (ENCIK HAMIDI BIN MOHD JADI) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar Tarikh :