3.1.2 SAPS masih dalam penyelenggaraan. Setiausaha memaklumkan sebaik sahaja sistem boleh digunakan beliau akan mengedarkan kata laluan kepada guru-guru. Untuk pengetahuan semua guru, SAPS hanya digunakan untuk mengisi markah tahun 6 sahaja. Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan guru-guru mata pelajaran teras Tahun 6
3.2 Waktu Peperiksaan 3.2.1 Peperiksaan hanya akan dijalankan sebanyak tiga kali untuk peperiksaan dalaman iaitu pada bulan Mac, Mei dan Oktober. Cadangan Takwim peperiksaan telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang dimuat turun melalui SAPS. Setiausaha Peperiksaan akan membina takwim peperiksaan berdasarkan takwim peperiksaan tersebut. Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman
3.2.2 Jadual Pengawasan Guru akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan berdasarkan Jadual Waktu Persendirian Guru. Ini bermakna guru akan mengawasi peperiksaan mengikut jadual waktu persendirian masing-masing. Tindakan : Semua guru
3.2.3 Tarikh yang dicadangkan untuk peperiksaan awal tahun ialah pada 1 Mac 2015 – 4 Mac 2015. Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman
3.3 Penyediaan Kertas Soalan, Pengambilan Kertas Soalan dan Penyerahan Skema Jawapan 3.3.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun terutamanya untuk mata pelajaran teras akan disediakan oleh pihak Majlis Guru Besar. Guru-guru perlu membina sendiri soalan peperiksaan untuk mata pelajaran elektif. Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru
3.3.2 Guru-guru dikehendaki menyerahkan soalan yang telah dibina kepada Setiausaha Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan berjalan. Ini adalah untuk memudahkan Setiausaha Peperiksaan menyemak dan diserahkan kepada Puan Guru Besar untuk disahkan. Proses ini juga penting memandangkan soalan-soalan yang disediakan perlu diperbanyakkan. Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru
3.3.3 Pada hari peperiksaan guru-guru dikehendaki mengambil sendiri soalan di Bilik Peperiksaan dan menanda buku rekod yang telah disediakan. Guru-guru juga dikehendaki memulangkan skema jawapan murid-murid ke Bilik Operasi Pentaksiran. Tindakan : Semua guru
3.4 PBS / SBOA / PLBS / PEKA /PAFA 3.4.1 Untuk makluman semua guru PBS akan bermula pada bulan Februari. Surat-surat perlantikan akan diserahkan sendiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnah bt Mohd Noh. Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3.4.2 Ketua-ketua Pentaksir adalah seperti berikut : PBS / SBOA – Puan Khairul Adawiyah bt Malik Ridzwan PLBS – Puan Zaliha bt Mohamed PEKA – Puan Roseliana bt Rusli PAFA – Encik Abd Razak b Mohd Darom Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3.5 Rekod Transit KSSR Offline 3.5.1 Semua guru yang terlibat perlu menyediakan rekod tersebut dan diisi serta dimasukkan ke dalam fail PPPB sebagai bukti. Tindakan : Semua guru KSSR
PENUTUP a. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada petang dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama. Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.