SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 2/2018 TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis) MASA : 12.30 tengah hari hingga…Full description
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 1/2018 TARIKH : 5 Februari 2018 (Isnin) MASA : 12.30 tengah hari hin…Full description
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 1/2018 TARIKH : 11 Mac 2018 (Ahad) MASA : 12.00 tengah …Full description
Full description
pbppp
MINIT MESYUARATFull description
meetingFull description
okFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
Full description
Minit Messyuarat Pengurusan Asrama
kertas kerja rmt
minit msyuaratFull description
Full description
minit mesyuarat
Format Minit Mesyuarat RMt
Minit mesyuarat bahasa ibanFull description
jawatan kuasa pengurusan maklumat sekolahFull description
MINIT TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KALI PERTAMA TAHUN 2014 Tarikh :
25 Ogos 2014
Masa
:
1.00 – 2.45 petang
Tempat
:
Bengkel KH Sekolah Kebangsaan Perpaduan
Kehadiran : Tidak Hadir :
Rujuk Lampiran Rujuk Lampiran
Agenda 1: UCAPAN ALUAN 1 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadiri taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) .Pengerusi juga turut mengingatkan mengenai kepentingan guru memahami PBPPP. Tindakan : semua guru AGENDA 2: 2 LATAR BELAKANG PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN ( PBPPP ) 2.1 Memaklumkan bahawa PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan. 2.2 Memaklumkan PBPPP adalah penilaian baharu memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). 2.3 Memaklumkan Pembangunan instrumen PBPPP berdasarkan Standard Prestasi yang selaras dengan Government Transformation Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan) dan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah). 2.4 Memaklumkan Konsep Asas PBPPP akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan Instrumen Generik dan Fungsional serta Keberhasilan seterusnya dibahagikan kepada tiga kategori Prestasi iaitu: a. Prestasi Tinggi (90 – 100) b. Prestasi Sederhana (60 – 89.9) c. Prestasi Rendah (0 – 59.99) 2.5 Memaklumkan Penilaian yang sedia ada yang berkuat kuasa di KPM pada tahun ini masih dilaksanakan seperti biasa contohnya LNPT dan PBPPP akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015 apabila diluluskan. Tindakan : semua guru 1
AGENDA 3: 3 JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 3.1 Memaklumkan Jawatankuasa PBPPP terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam aspek pengkeranian dan tiada kuasa mengundi. 3.2 Memaklumkan bagi Jawatankuasa peringkat sekolah rendah,organisasinya dalah seperti berikut : Pengerusi : Guru Besar Setiausaha : Penolong Kanan Pentadbiran Ahli : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Kokurikulum,Penolong Kanan Petang Urus Setia : Pembantu Tadbir Tindakan : semua guru AGENDA 4 4 PEGAWAI PENILAI ( PP) DAN PEGAWAI YANG DINILAI (PYD) 4.1 Memaklumkan Penilaian adalah fleksibel iaitu sistem penilaian yang tidak terikat kepada sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berikut : a) Kesesuaian Masa : pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada majlis/ program) b) Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/ padang. c) Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian. 4.2 Memaklumkan proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu (PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada PYD adalah sulit. PP1 dan PP2 tidak boleh berbincang dalam proses pemberian markah PYD. 4.3 Memaklumkan pelantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti yang berikut: a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD dan mempunyai kemahiran menilai secara objektif. b)Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau Ketua Organisasi/ Penyelia. c) Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan antara PP dan PYD. 4.4 Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Tindakan : semua guru
AGENDA 5: 5 INSTRUMEN DAN WAJARAN 2
5.1 Memaklumkan konsep instrumen adalah : a)Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak dinilai. b) Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk). c) Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam satu tempoh yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen. 5.2 Memaklumkan Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik, Fungsional dan Keberhasilan. 5.3 Memaklumkan Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan aspek yang sama. 5.4 Memaklumkan Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing. 5.5 Memaklumkan komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan peningkatan berasaskan bidang tugas. (Kumpulan PdP dan PTA). 5.6 Memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP adalah seperti berikut : a) Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu D1 – Dimensi Profesionalisme (20%), D2 – Dimensi Tugasan Tambahan (10%) D3 - Dimensi Penglibatan (10%) b) Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%) c) Komponen keberhasilan (100%) 5.7 Memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen generik dan fungsional sebanyak 90% sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%. Tindakan : Semua guru AGENDA 6 : 6 SISTEM E-PRESTASI 6.1 Memaklumkan bahawa Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem Maklumat Guru(SMG). 6.2 Memaklumkan bahawa Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dalam laman sesawang http://apps.moe.gov.my/smg/10/ 6.3 Memaklumkan ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam talian melalui Internet, boleh dicapai menggunakan pelayar web utama, boleh dicapai pada bila-bila masa tertakluk kepada takwim penilaian yang ditetapkan oleh BPPK, tiada pendaftaran pengguna diperlukan dan pengiraan markah PYD adalah secara automatik.
6.4 Memaklumkan modul-modul uatama dalam E-Prestasi adalah : a) Pelantikan JK PBPPP di Peringkat Sekolah 3
b) Penetapan PP1 dan PP2 bagi PYD c) Penilaian oleh PP1 & PP2 d) Penyelenggaraan; - Pelaporan - Pelarasan Markah - Semula Kata Laluan e) Sub Modul Slip Keputusan Tindakan : semua guru Taklimat ditangguhkan pada jam 2.45 petang. Disediakan oleh :