Meteoroit adalah batu meteor yang menghentam permukaan bumi. Disebut juga meteor setelah menembus atmosfera bumi tetapi belum mencapai permukaan bumi. Meterorit merupakan asteroid kecil yang ketika memasuki atmosfera bumi, geseran udara menyebabkan meteor menjadi panas dan menimbulkan cahaya sehingga kadang kala disebut tahi bintang. Jaluran cahaya tersebut disebabkan oleh kepanasan yang dihasilkan oleh tekanan bukan oleh geseran, sebagaimana anggapan umum sebelum ini. Ketika meteoroid memasuki atmosfera. Meteor yang sangat terang, lebih terang daripada cahaya yang dilihat seperti Zuhrah, dapat disebut sebagai bolide. bolide. Jika suatu meteoroid tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan permukaan bumi, bumi, benda benda yang yang dihasilkan dihasilkan disebut disebut meteorit. meteorit. Meteor Meteor yang menghentam menghentam bumi atau atau objek lain dapat membentuk kawah.
4 jenis meteoroid Jenis-jenis Hujan Meteor
1. Hujan meteor Orionid
Hujan meteor orionid muncul pada setiap tahun, dan kemuncak kemuncak di sekitar 21 oktober. Hujan meteor ini sangat jelas kelihatan dan boleh dilihat sehingga 20 meteor hjau dan kuning pada
setiap jam. Orinoid adalah nama cahaya meteor yang berada dilangit dimana tempat titik mereka berasal. Komet meteor biasanya kelihatan di penjuru seluruh langit tetapi garis pergerakan mereka akan selalu menunjuk ke arah cahaya. Cahaya meteor orinoid terletak di kawasan Orion. Dan hujan meteornya disebabkan oleh Komet Halley yg terkenal yang kali terakhir dilihat pada tahun 1986 yang orbitnya sekitar 75-76 tahunan sekali.
Komet halley
2. Hujan Meteor Perseid
Meteor Perseid adalah meteor yg mungkin biasa kita lihat paling jelas dan biasanya kelihatan di bahagian bumi sebelah utara pada malam musim panas. Terang dan banyak, perseid dikaitkan dgn komet swift-tuttle yang menakjubkan. Meteor ini berasal dari cahaya di kawasan Perseus dan terjadi ketika bumi melewati aliran meteor yang dikenali dengan nama awan perseid yg sebenarnya adalah cahaya dari ekor komet swift-tuttle. Sebahagian besar debu dari awan Perseid berumur ribuan tahun, walaupun ada beberapa diantaranya adalah debu muda yg menguap dari komet pada tahun 1862. Hujan meteor perseid telah diamati sekitar 200 tahun dan biasanya kelihatan pada pertengahan julai dan kemuncak pada ogos setiap tahun.
komet swift-tuttle
3. Hujan Meteor Geminid
Meteor ini bukan seperti meteor lain yg lahir dari sebuah komet, melainkan mereka berasal dari sebuah asteroid, ia berasal dari planetoin berbatu berhampiran bumi yg bernama Phaeton 3200. Pada umumnya asteroid tidak menghasilkan debu ke angkasa dan bahkan diperkirakan asteroid ini sebelumnya adalah sebuah komet. Orbit Phaeton berbentuk elips seperti komet dan yang membawanya kedalam dekat matahari melebihi orbit merkurius. Geminid pertama muncul 150 thn yg lalu, dan semenjak itu mereka menghujani bumi secara biasa setiap tahun pada pertengahan disember. Meteor ini diperkatakan akan lebih banyak pada setiap tahun dan hujan meteor baru-baru ini telah kelihatan lebih dari ratusan meteor menghiasi langit.
Hujan meteor Geminid
4. Meteor Lyrids
Cahaya meteor itu akan kelihatan seperti garis. Kecepatannya ada yang seperti kilat, atau dalam beberapa detik.Warnanya pun bermacam-macam, sesuai material pembentuk meteornya. Namun umumnya berwarna putih. Kemungkinan meteor itu berbentuk bola api (fireball) bahkan sampai meledak di udara namun sangat jarang terjadi. Hujan meteor Lyrids boeh dilihat sekitar pukul 01.00 pagi hingga menjelang subuh. Pada waktu langit cerah, ‘bintang jatuh’ itu boleh disaksikan mulai 16-26 April. Di masa puncaknya, pada 21 atau 22 April, setiap jam boleh kelihatan 10-20 komet. Mereka umumnya sampai ke bumi dalam bentuk debu dan tidak beracun. Setiap tahun, bumi disiram 25 ton debu dari benda angkasa.
Meteorite adalah objek semulajadi yang berasal dari angkasa lepas yang jatuh dan menghentam permukaan bumi. Di angkasa lepas, meteorite dinamakan sebagai meteoroid dan apabila ia masuk ke dalam atmosfera bumi, geseran dengan udara akan menyebabkan meteoroid terbakar dan mengeluarkan cahaya seperti batu berapi dan dinamakan sebagai meteor atau tahi bintang. Sebaik sahaja meteor menghentam bumi, ia dinamakan sebagai meteorite. Meteorite juga dijumpai dengan banyaknya di permukaan bulan dan planet marikh. Di permukaan bumi kita pada hari ini, terdapat lebih 31,000 spesimen meteorite yang didokumentasikan dengan kira-kira
1,050 spesimen meteorite pernah disaksikan jatuh telah disimpan di dalam koleksi di serata dunia.
Meteorite sering dinamakan dengan nama tempat dimana ia jatuh dan biasanya nama meteorite diberikan dengan nama bandar, pekan, kampung ataupun lokasi geografi. Ada juga kes dimana banyak meteorite jatuh pada satu tempat maka namanya akan mempunyai gabungan huruf dan nombor contohnya Allan Hills 84001 atau Dimmit (b). Sesetengah meteorite mempunyai nama gelaran yang tidak formal sebagai contohnya meteorite Sylacauga juga dikenali sebagai "Hodges meteorite" selepas seorang wanita bernama Ann Hodges terkena serpihan meteorite ini. Meteorite Sylacauga yang membentuk kawah di Ngarai (Canyon) Diablo sering digelar dengan nama gelaran ini. Namun demikian, nama gelaran ini tidak digunakan sebagai nama rasmi oleh Meteoritical Society (Kesatuan Meteoritikal) serta saintis.
Meteorite secara tradisionalnya dibahagi kepada tiga kumpulan besar, meteorite batu (terhasil daripada batuan dengan mineral silika), meteorite besi (terhasil daripada besi-nikel metalik), dan meteorite gabungan besi-batuan. Pengkelasan moden pula membahagikan kumpulan meteorite mengikut struktur, komposisi kimia dan isotopik, dan mineralogi.
Jenis-jenis meteorite
1. Chondrite Hampir 86% meteorite yang dijumpai di bumi ini adalah chondrite kerana partikel yang kecil dan bulat yang dimiliki oleh meteorite tersebut. Partikel ini (juga dikenali sebagai chondrule) terdiri daripada mineral silika yang mencair ketika ia berada di angkasa lepas. Chondrite juga mengandungi sejumlah kecil bahan organik termasuk asid amino dan butiran prasolar (presolar grain) yang mengandungi partikel unsur termasuk karbon, silika, logam ringan dan lain-lain. Chondrite secara tipikalnya dianggarkan berusia lebih 4.55 bilion tahun yang merupakan material yang mewakili lingkaran asteroid di angkasa lepas yang tidak membentuk suatu badan yang besar. Seperti komet, asteroid chondritic merupakan diantara material yang paling primitif di dalam sistem solar kita ini. Chondrite sering kali dianggap sebagai blok binaan (building block) bagi
sesebuah planet.
Batuan chonrite
2. Achondrite Kira-kira 8% meteorite yang jatuh ke permukaan bumi adalah achondrite, sesetengahnya mempunyai sifat yang sama dengan batuan igneus mafic (batu yang kaya dengan silika atau gabungan besi-magnesium). Kebanyakan anchorite juga merupakan batuan purba, yang mewakili material daripada asteroid. Satu keluarga besar anchondrite (yang dikenali sebagai meteorite HED) berkemungkinan besar berasal daripada asteroid 4 Vesta (asteroid kedua terbesar di dalam lingkaran asteroid). Terdapat juga kumpulan lain yang dijumpai dari asteroid yang berbeza. Disamping itu juga, terdapat dua kumpulan kecil anchondrite yang istimewa, kerana mereka lebih muda dan tidak berasal dari lingkaran asteroid. Satu kumpulan berasal dari bulan (yang dibawa balik dari misi Apollo dan Luna) dan satu kumpulan lagi berasal dari planet lain.
Besi dengan aloi besi-nikel Meteorite besi dengan aloi besi-nikel yang terbentuk di bahagian dalam meteorite ini mewakili 5% dari jumlah keseluruhan meteorite yang jatuh ke bumi. Kebanyakan meteorite besi seperti kamacite dan taenite berasal dari teras sejumlah asteroid yang pernah mencair. Ketika di bumi,
logam yang lebih tumpat terpisah daripada material silika dan tenggelam ke bahagian tengah asteroid lalu membentuk teras. Namun demikian, ia akan hancur akibat daripada perlanggaran dengan asteroid lain.
Besi-batuan Meteorite besi-batuan hanya mewakili 1% daripada jumlah keseluruhan meteorite yang jatuh ke bumi. Meteorite ini terhasil daripada campuran besi-nikel dan mineral silika. Satu jenis yang dipanggil pallasite, dikatakan berasal daripada zon sempadan di atas teras dimana meteorite besi berasal. Satu lagi jenis meteorite besi-batuan ialah mesosiderite.
http://www.nusantaraheritage.com.my/permata/meteorite/index.html