TESIS PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVRSITI MALAYA
Tajuk;
" BUMI YANG DIJANJIKAN " MENURUT PERSPEKTIF YAHUDI DAN KAITANNYA DENGAN PENUBUHAN NEGARA ISRAEL (1948): SATU ANALISIS DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM.
Oleh: MOHAMAD FAUZI BIN ZAKARIA ( IHA 070093)
Penyelia PROF. MADYA DR. MOHD FAKHRUDIN BIN ABDUL MUKTI
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Menurut Yahudi berdasarkan covenant (perjanjian) dengan Tuhan sebagaimana yang tercatat di dalam kitab sucinya Jewish Bible (Old Testament Bible,) mereka telah dijanjikan dengan sebuah negeri kediaman di bumi Kanaan ( Land of Canaan)1. Covenant yang mengutarakan persoalan “Bumi yang dijanjikan“ kepada bangsa Israel ini merupakan satu konsep yang berasaskan Bible (Biblical concept). Walaupun “ Bumi yang dijanjikan “( A Promised Land) dari segi perkatan atau frasanya tidak disebut secara zahir di mana-mana tempat di dalam Bible, namun dari segi konsepnya ia adalah sangat jelas apabila dirujuk kepada istilah covenant. Ini kerana menurut tradisi kesarjanaan Yahudi2 ( yang pada umumnya diterima pakai sebagai tradisi kesarjanaan Barat), istilah covenant ( Heb. b’rith) yang disebut beberapa kali di dalam Bible adalah merujuk kepada makna “perjanjian”. Ia bermaksud
perjanjian
rasmi di antara Tuhan (Yehweh) dengan bangsa Israel melalui
Patriarchs dan para pimpinan mereka.
1
Bumi Kan’an adalah merujuk kepada satu kawasan yang terletak di sebelahan timur Laut Medeterranean yang kini merangkumi Negara Israel moden, Jordan dan sebahagian dari Syria. Lihat, Lavinia & Dan Cohn-Sherbok, Judaism: A Short History,(1994), One World Publication, Oxford, hal.1. 2 Lihat, The New Bible Dictionary (1962), The Intervarsity Fellowships, London, hal. 264. Lihat juga, The Encyclopedia of Jewish Religion (1967), ed. Dr. R.J. Zwi Werblowsky & Dr. Geoffrew Wigoder,Massada Press Ltd, Tel Aviv, hal. 214. Lihat juga, The Encyclopedia of Judaism (1989), ed. Geoffrew Wigoder, Jerusalem Publishing House Ltd. Jerusalem , hal. 181
2
Ini jelas terlihat kepada beberapa rentetan sejarah covenant yang bermula di sekitar tahun 2000 s.m. di antara Tuhan dengan Patriarch1 Abraham (moyang kepada bangsa Israel) dan seterusnya dengan pimpinan bangsa itu selepasnya. Covenant bermula apabila Abraham telah diperintahkan oleh Tuhannya meninggalkan negeri asalnya di Mesopotamia dan melakukan migrasi ke bumi Kanaan, negeri yang dijanjikan untuknya dan zuriatnya, bangsa Israel2.
Peristiwa migrasi inilah yang yang menjadi punca persoalan dan permasaalahan yang berpanjangan di bumi yang dipertikaikan itu.
Ini kerana kaum Yahudi mengemukakan
hujjah “ geotheology “ yang berasaskan Bible sebagai “ historical geography” untuk mengesahkan tuntutan hak mereka ke atas bumi tersebut. Menurut “ geotheology” Yahudi bahawa bumi Kan’an yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Abraham dan akan diwariskan kepada keturunannya adalah mengunjur dari Sungai Egypt di selatannya sehingga ke Sungai Besar Euphrates”
3
di utara.
Sumber-sumber penulisan para Rabbi (Rabbinic Writtings)
menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan “ Sungai Egypt” adalah Wadi al-Arisy di Sinai. Sementara kedudukan “ Sungai Besar Euphrates” lebih merujuk kepada Sungai Litani yang yang berpunca dari tanah tinggi Euphrates di Lubnan dan mengalir ke Laut Mediterranean4. Berdasarkan penjelasan “geotheology” dari Bible ini memang jelas ternyata
1
Patriarch adalah gelaran yang menggabungkan makna-makna bapa-datuk yang memimpin kaum. Gelaran ini diberikan oleh para pendita (Rabbi ) Yahudi kepada tiga generasi ketua keluarga iaitu Abraham, Isaac dan Jacob. Lihat, The Oxford Dictionary of World Religions (1977), ed.John Bowker, Oxford University Press, Oxford, hal. 740. 2 Genesis, 12 : 1-7 3 Lihat, Genesis, 15: 19 4 Lihat, Gudrun Kramer, A History of Palestine (2008), Princeton University Press, New Jersey, hal. 6. Lihat juga, Yohanan Aharoni, The Land of the Bible (1967), (tran. English, A.Rainey) Burns and Oates Ltd., London, hal. 58-59
3
bahawa bumi Kanaan yang dimaksudkan itu adalah bumi Palestin ataupun Negara Israel yang ada pada hari ini.
Mengenai zuriat Abraham pula kaum Yahudi bertegas bahawa ianya hanyalah merujuk kepada mereka sahaja, bangsa Israel sebagai zuriat keturunan Abraham yang sejati. Menurut mereka bumi Kanaan yang ditunjukan oleh Tuhan kepada Abraham supaya dilakukan migrasi kepadanya, itulah buminya yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham untuk diwariskan kepada zuriatnya Jacob (Israel). Oleh sebab itu mereka mendakwa bahawa mereka sahajalah pemilik yang sah terhadap bumi Kanaan atau Palestin yang dipertikaikan itu. Berdasarkan dakwaan ini bumi Kanaan juga dinamakan menurut tradisi Yahudi sebagai bumi Israel (Eretz Yisrael)1.
Konsep “Bumi yang dijanjikan” itu semakin jelas menurut Yahudi melalui covenant yang diperbaharui kepada Moses, pemimpin bangsa kaumnya
Israel yang dilahirkan pada zaman
mengalami penindasan Pharaoh (Ar. Fir’aun) di Mesir.
Apabila Tuhan
memerintahkan Moses supaya memimpin kaumnya keluar (Oxodus) daripada Mesir, dia diperintahkannya menuju ke negeri yang dijanjikan itu2.
Dengan perintah itu Moses telah
memimpin bangsa Israel menyeberangi Laut Merah untuk menuju ke Palestin. Mereka bagaimanapun hanya berjaya
menduduki negeri yang dijanjikan itu berikutan kejayaan
kempen Joshua ( pemimpin Israel sesudah kematian Moses) menduduki tanah suci yang dijanjikan itu sekitar tahun 1200 s.m.3 Tempoh sejarah yang disertai siri-siri covenant utama di antara zaman Abraham dengan Moses ini dikenali sebagai “ sejarah awal Bible”. 1
The Encyclopedia of Judaism, loc.cit. hal. 172. Lihat juga, A History of Palestine, loc,cit. Exodus, 6: 1-8 3 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 14, hal. 205. 2
4
Sejak bermula dengan saat kembali menduduki Kanaan di bawah pimpinan Joshua, selama 1000 tahun berikutnya mereka bermastautin di sana dengan mengharungi segala pengalaman nasib bangsa dari saat-saat kegemilangan zaman-zaman pemerintahan King David dan Solomon, kemudian terjajah sehingga mengalami diaspora1 (terbuang) dari bumi itu sejak tahun 70 masehi.
Itulah latarbelakang umum yang mendasari konsep “Bumi yang dijanjikan”, tema utama covenant di dalam Bible. Konsep inilah yang menjadi asas kepada tuntutan bangsa Israel terhadap apa yang dikatakan hak-hak mereka yang bersejarah ke atas bumi Palestin. Konsepsi yang berasaskan Bible ini bagaimanapun telah mendominasikan perspektif umum Barat terhadap Israel dan Palestin. Demikianlah di dalam penulisan Barat pada zaman ini umumnya, merujuk negeri Palestin sebagai tanah suci juga dipanggil negeri Israel ( Land of Israel ). Alasannya adalah kerana wilayah ini pada zaman silam adalah tapak kepada kerajaan Bangsa Israel (Israelite Kingdom ) pada zaman-zaman pemerintahan King Saul, David dan Solomon.2 Perspektif umum Barat jelas menggambarkan kuatnya pengaruh Bible dalam
membentuk perspektif mereka
mengenai kaum Yahudi (Hebrew) sehinggakan
sejarah kaum bangsa ini disinonimkan dengan sejarah Bible.
Dominasi Bible terhadap
perspektif umum Barat ini turut diakui oleh sebahagian dari cendekiawan Barat di dalam penulisan-penulisan merek3. 1
Istilah Latin (Eng. disperse) merujuk kepada pembuangan besar-besaran kaum Yahudi dari Palestin ke Eropah selepas kota Jerusalem dihancurkan oleh Titus tahun 70 m. Oleh itu masyarakat Yahudi yang terbuang ke Eropah berikutan peristiwa itu dikenali sebagai Yahudi diaspora. 2 , Encyclopedia of Knowledge, ibid. 205. Lihat juga , A History of the Jewish People, ed. H.H. Ben Sasson ( 1976 ), Weidenfeld and Nicolson, London, hal.4. Lihat juga, The New Encyclopedia of Britannica, vol.6, m.s. 538. 3 Di dalam penulisan-penulisan ini mereka mempersoalkan kesahihan dakwaan Yahudi terhadap bumi Palestin yang berasaskan kenyataan-kenyataan di dakam Bible. Lihat, Gudrun Kramer, A History of Palestin, loc.cit.
5
Namun menurut sudut pandangan
Islam konsepsinya mengenai bumi Palestin
berbeza dengan konsepsi bumi tersebut dari
perspektif Yahudi.
bertitik-tolak dari sumber rujukan utama kedua-duanya.
Perbezaan ini adalah
Sebagaimana konsepsi Yahudi
mengenai bumi tersebut adalah berasaskan kitab sucinya Jewish Bible, sudut pandangan Islam sebaliknya
menolak konsepsi ala-Yahudi itu, juga berasaskan kitab sucinya al-
Qur’an sebagai sumber utamanya.
Menurut Islam Palestin adalah sebahagian dari bumi
Syam yang berkat, di mana Bait al-Maqdis adalah ibu negerinya sejak zaman awal bumi ini diciptakan Allah (s.w.t.)1. Menurut beberapa nas yang sahih, kewujudan Bait al-Maqdis di atas muka bumi ini hanyalah 40 tahun terkemudian daripada pembinaan Bait-i-llah di Mekkah. Para Ulamak umumnya bersetuju bahawa kedua-dua rumah Ibadah kepada Allah (s.w.t.) ini adalah dibina sejak Adam (a.s.) dan anak-anaknya mendiami dunia ini 2. Dengan itu menurut Islam bahawa sejarah terawal kehidupan manusia di bumi Palestin khasnya di Bait al-Maqdis ( Jerusalem ) telah wujud sejak zaman Adam ( a.s.).
Berbeza dengan konsep Yahudi yang mengganggap bumi Kanaan ( Palestin) sebagai “Bumi yang dijanjikan “ untuk mereka, Islam pula melihat Palestin sebagai bumi Allah (s.w.t.) yang diberkatkan di dunia ini. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam tulisannya dalam satu journal mengenai Palestin berdasarkan rujukannya kepada beberapa ayat alQur’an bahawa Allah (s.w.t.) merujuk bumi Syam-Palestin sebagai bumi Allah s.w.t. yang hal. 2. Lihat juga, Michael Rice, False Inheritance- Israel in Palestin and the Search for a Solution (1994), Kegan Paul International Ltd. London, hal. 2 1 Lihat, Jamal Abd al-Hadi Muhamad Mas’ud (Ph.d.) & Wafa’ Muhamad Rifa’at Jumu’ah (Ph.d.) al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, (1422 H ), Dar al-Tauzi’ wa al-Nasysr al-Islamiyyah, Qahirah, hal. 26. 2 Lihat, Bakr Muhamad Ibrahim, Tarikh Bait al-Maqdis, ( 1424 H), Maktabah al-Quds, Qahirah, hal. 5. Lihat juga, Al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, j.6, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, cet.1 (1410 H), hal.504.
6
berkat1. Di antara ayat-ayat ini dirujuk ke zaman Ibrahim (a.s.) yang berkaitan dengan kenyataan Allah (s.w.t.) yang menghijrahkan Ibrahim dan Lut (a.s.) ke sana;
“ Dan kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang kami Telah memberkahinya untuk sekalian manusia”.2
Ayat kedua adalah merujuk kepada peristiwa hijrah beramai-ramai Bani Isra’il bersama Musa (a.s.) di zamannya dari Mesir ke Palestin;
“. Dan kami pusakakan kepada kaum yang Telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya[560] yang Telah kami beri berkah padanya. dan Telah sempurnalah perkataan Tuhanmu 1
Lihat, Majallah Dirasat al-Quds al-Islamiyyah , bil. 1(1997), terbitan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah, Qatar-UAE, sempena ulang- tahun ke 100 persidaangan pertama pertubuhan Zionis sedunia di Baal, Switzerland yang melahirkan resolusi penubuhan sebuah Negara kebangsaan Yahudi di Palestin. hal. 7-12. 2 Al-Anbiya’, 21:71). Kenyataan Allah (s.w.t.) di dalam ayat ini yang menyebut “ Kami selamatkannya ( Ibrahim) dan Lut ke negeri yang telah kami berkatkannya ” bermaksud dihijrahkan ke negeri tersebut. Ini merujuk kepada ayat lain merujuk kepada peristiwa ini; 26. “ setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (al-‘Ankabut, 29: 26)
7
yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. dan kami hancurkan apa yang Telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang Telah dibangun mereka “.1
Ayat ketiga mengisahkan kemudahan perjalanan Sulaiman (a.s.) yang dianugerahkan Allah (s.w.t.) dengan berbagai mu’jizat ke negeri tersebut;
“ Dan (telah kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami Telah memberkatinya. dan adalah kami Maha mengetahui segala sesuatu.”2
Ayat berikut nya adalah memperihalkan hubungan negeri Saba’ di zaman Balqis dengan Palestin di zaman Sulaiman (a.s.);
1
2
Al-A‘raf, 7: 137 Al-Anbiya’, 21: 81
8
“ Dan kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman”1
Ayat lain yang menyebut tentang bumi yang berkat itu adalah merujuk kepada peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku di zaman Rasulullah (s.a.w);
1. Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya[847] agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.2
Walaupun ayat-ayat ini tidak menyebut nama negeri tersebut namun para Ulama Tafsir (alMufassirin) sepakat mengatakan bahawa ia adalah bumi Syam- Palestin khasnya tanah suci Bait al-Maqdis. Lebih jelas lagi dalam hal ini apabila dirujuk kepada surah al-Isra’ yang menyebut dengan jelas nama Masjid al-Aqsa yang terletak di Bait al-Maqdis. Seterusnya bumi yang berada di sekeling Bait al-Maqdis yang disebut sebagai bumi yang berkat itu 1
Saba’, 34: 18 .
2
Al-Isra’, 17: 1
9
adalah Syam-Palestin1. Menurut al-Qurtubi berdasar penjelasan beberapa orang Sahabah seperti Ibn ‘Abbas (r.a.) bahawa bumi itu (Syam-Palestin) dianggap berkat kerana tanahnya subur, pohon-pohonnya mengeluarkan buah, sungainya mengalir dan yang terlebih penting dari segalanya itu adalah kerana ia adalah tempat bersemadinya jasad ramai para Nabi dan hamba-hamba Allah yang salih2.
Merujuk kepada Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis (Jerusalem ), yang dibina semula dengan penuh kehebatan pada zaman Sulaiman (a.s.), ianya tetap utuh dan tersergam indah sehingga berabad lamanya. Bagaimanapun nasibnya mula berubah apabila Bani Isra’il telah mengabaikan agama Allah (s.w.t.) dan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Akibatnya Allah (s.w.t.) telah menghukum mereka dengan membiarkan musuh-musuh Bani Israel menghancurkan kota suci itu dan mereka telah mengalami tragedi pembunuhan dan penawanan yang menyebabkan mereka terbuang daripadanya.
Al-Qur’an di dalam surah al-Isra’3 dengan jelas menyebut fakta-fakta sejarah ini bahawa Bani Isra’il melakukan kerosakan besar dalam masalah agama sebanyak dua kali dan setiap kesekian kalinya mereka mendapat pembalasan yang dahsyat dari Allah (s.w.t.);
1
Lihat, Abi Ja’far Muhamad Ibn Jarir al-Tabari, Jami’ al-Bayan,j.10, Dar al-Fikr, Beirut (1421 H), hal. 6045., Lihat juga, Abi Abdullah Muhamad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an,j. 9, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut (1966), hal.212., Lihat juga, Abi al-Fida’ Ismail bin Umar bin Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, tab’ah jadidah, Dar al-Akhyar li al-Nasyr wa al-Tauzi’, Riyadh (1424 H), hal. 961. Lihat juga, Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad al-Syawkani, Fath al-Qadir (1427 H), Dar al-Ma’rifah, Beirut hal.810-811. 2 Al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, j.11, loc.cit. hal.305. 3 Al-Isra’, 17: 4-7
10
Kali pertama mereka telah melakukan amalan syirik penyembahan berhala Allah (s.w.t.) pada abad ke 5 s.m. sekitar 400 abad sesudah kewafatan Sulaiman (a.s.). Akibatnya Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah diserang dan
dibumi-hanguskan oleh Maharaja
Nebuchadnezzar dari Babylon (586 s.m) dan Bani Isra’il telah menghadapi penghapusan etnik yang dahsyat1.
Kenyataan al-Qur’an ini disokong oleh kebanyakan Mufassirin. Menurut Ibn Jarir al-Tabari bahawa dalam peristiwa (yang pertama) itu seramai 70 ribu kaum muslimin dari Bani Israel telah dibunuh. Manakala seramai 70 ribu lagi sisa-sisa yang masih hidup di seret secara hina sebagai hamba abdi ke Babylon2. Ibn Kathir seterusnya di dalam
mengulas
kenyataan Ibn Jarir ini menyatakan bahawa tragedi yang dahsyat ini menyebabkan tidak ada lagi saki-baki Tawrah untuk dibaca dan dengan itu tidak ada lagi manusia yang boleh membaca kitab Tawrah3. Di dalam sejarah bangsa Yahudi peristiwa ini dikenali sebagai tragedi “pembuangan di Babylon " (Babylonian Exile) berlaku pada tahun 539 s.m. dan pada awal-awal tahun masehi. Perbuatan mereka ini telah menimbulkan kemurkaan Allah (s.w.t.).
Selepas kepulangan semula Bani Israel ke Palestin sesudah berlalu tempoh setengah abad “pembuangan di Babylon” dan bermulanya “zaman Haikal kedua” di Jerusalem, mereka kembali mengabaikan agama dan melakukan kemungkaran seperti apa yang telah dilakukan oleh generasi yang lalu. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan kepada mereka lalu
1
Filastin, al-Tarikh al-Musawwar, loc. cit. hal. 47 Lihat al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.9, loc.cit. hal. 5437 3 Lihat Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 850. Lihat juga, Tariq al-Suwaidan, Filastin; alTarikh al-Musawar, loc.cit. hal. 47 2
11
ianya mencetuskan isu-isu yang membawa kepada serangan dan penjajahan ke atas kota Bait al-Maqdis. Terakhirnya golongan elit pemimpin Bani Israel bersekutu dengan penjajah Roman penyembah berhala memusuhi dan menyakiti Nabi-Nabi Allah (s.w.t.) pada tahuntahun terakhir s.m. Bagaimanapun berlaku pergeseran di antara mereka yang mengakibatkan pada tahun 70 Masehi tentera Rom telah menyerang Bait al-Maqdis ( Jerusalem), menghancurkan " Haikal Sulaiman II " sehancur-hancurnya dan bangsa Yahudi ditawan dan dibuang (Lt. diaspora ) keseluruh wilayah-wilayah Roman di Eropah. Tragedi . kemusnahan Bait al-Maqdis (Jerusalem)ini di ingati di dalam sejarah Yahudi sebagai “ pemusnahan terakhir” ( final destruction). Sementara bangsa Yahudi menjadi bangsa yang terbuang oleh serangan “ pemusnahan terakhir” itu dikenali sebagai " Yahudi Diaspora " khususnya di Eropah. Kewujudan komuniti Yahudi Diaspora ini terus wujud sehingga ke zaman moden 1.
Para mufasir Muslimin di dalam tafsiran mereka jelas merujuk tragedi ini sebagai tragedi kedua, sebagaimana yang dibayangkan Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Isra’2. Ia adalah sebagai mengulangi tragedi pertama yang membawa kepada ‘‘pembuangan Babylon” dahulu. Tragedi kedua ini adalah pernyataan kemurkaan Allah (s.w.t.) akibat dari jenayah pemimpin (Bani Israel) membunuh nabi Allah Yahya (a.s.), sebagaimana mereka membunuh Nabi Allah Sya’ya (Isaiah) yang mengakibatkan tragedi pertama dahulu3.
1
Lihat, Filastin.. al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 66-67. Lihat juga; Encyclopedia of Knowledge,vol. 10, loc.cit. hal. 358. 2 Lihat, al-Isra’, 17: 4-7. 3 Sebagai contohnya lihat, Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad al-Syawk ani, Fath al-Qadir, Dar al-Ma’rifah, Beirut, cet.3, (1427 H), hal.811.
12
Semenjak peristiwa “ pemusnahan terakhir ” tahun 70 M., Bait al-Maqdis terus berada di bawah cengkaman penjajahan Romawi selama hampir 7 abad. Penjajahan Romawi ini hanya berjaya ditamatkan pada awal zaman pemerintahan Islam iaitu pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab tahun 15 H/636 M1
Hal ini telah dibayangkan oleh
Rasulullah (s.aw.) kepada para sahabahnya kepastian akan berlakunya peristiwa bersejarah pembebasan Palestin dan kota suci Bait al-Maqdis selepas kewafatannya. Penulis buku alTariq Ila Bait al-Maqdis memetik satu kenyataan (wasiat) daripada Rasulullah (s.a.w.) yang telah menyebut dengan jelas akan berlakunya pembebasan kota Bait al-Maqdis dan wilayah Palestin di sekitarnya sebagaimana yang diriwayat oleh al-Qadi Mujir al-Din alHanbali al-Maqdisi 2.
Semenjak dari saat pembebasannya, Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah dikembalikan fungsinya sebagai “Tanah Suci” agama Allah (s.w.t.) dan agama-agama warisan Ibrahim (a.s.). Sebagai menjaga kesucianya pemerintah Islam mempastikan tidak ada pembunuhan, penindasan atau pemaksaan menukar agama dan tidak ada pembakaran lambang-lambang Ibadah yang berbeza dari pemerintah berlaku di atas buminya. Ini kerana penguasaan Islam ke atasnya dibuat bukan semata-mata untuk berkuasa dan menjajah, tetapi demi kerana menjaga amanah agama Allah (s.w.t.). Syi’ar-syi’ar agama para pewarisnya samada kaum 1
Allah (s.w.t.) telah mentakdirkan bahawa tanah suci Bait al-Maqdis dan negeri Palestin di sekitarnya hanya menunggu kebangkitan Rasulullah (s.a.w.) dan para sahabahnya untuk membebaskannya dari cengkaman penjajahan Romawi. Buat permulaannya Allah (s.w.t.) terlebih dahulu membawa Rasulullah (s.a.w.) berkunjung menziarahi Masjid al-Aqsa di kota suci tersebut dalam peristiwa Isra’-Mi’raj pada tahun ke 10 perutusaan baginda (s.a.w.). Di situlah Allah (s.w.t.) menghimpunkan para nabi termasuk Ibrahim, Ishaq (a.s.) dan para nabi dari zuriatnya Bani Israel termasuk Musa dan Dawwud (a.s.) berimamkan Rasulullah (s.a.w.) di dalam satu solat berjama’ah. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah diperakukan sebagai pemimpin sebenar dan terakhir bagi seluruh umat. Lihat, al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, loc.cit. hal.59 2
Ibid. hal. 60-61. Bagaimanapun penulis gagal menemui rujukan asal hadith ini sebagaimana yang diriwayatan oleh al-Qadi Mujiruddin al-Hanbali al-Maqdisi..
13
Yahudi mahupun Nasrani sama seperti kaum Muslimin dihidupkan tanpa sebarang halangan. Semenjak dibebaskan dan kembali fungsinya sebagai Tanah suci agama-agama Samawi, Palestin terus menerus berada di bawah naungan pemerintahan Islam zaman berzaman sehingga ke zaman moden yang berakhir di tangan pemerintahan Turki Uthmaniyyah .
Sementara itu kaum bangsa Yahudi yang telah menjadi Yahudi diaspora akibat dibuang keluar daripada Jerusalem oleh penjajahan tentera Romawi tahun 70 m. telah terputus dari perkembangan bumi Palestin sejak hampir 2000 tahun lalu. Namun mereka terus mendakwa Jerusalem dan Palestin adalah tanahair milik mutlak mereka kerana ianya adalah bumi warisan yang dijanjikan ( the Promised Land ), untuk mereka berdasarkan kenyataan
di dalam Bible. Berasaskan dakwaan ini puak-puak Yahudi dispora di Eropah
sehingga pada zaman moden ini dikatakan menggerakan daya usaha untuk mengembalikan kaum-bangsa mereka bermustatin di Palestin.
Kemuncaknya di dalam satu persidangan
para cendekiawan Zionis Yahudi1 di Basle, Switzerland pada tahun 1899 pergerakan Zionisme (antarabangsa ) secara rasminya telah ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk memperjuangkan kepulangan kaum-bangsa Yahudi ke Jerusalem melalui penubuhan sebuah negara kebangsaan Israel di Palestin
Sewaktu penubuhan pergerakan Zionisme tahun 1898, Palestin masih merupakan satu wilayah yang berada di dalam penguasaan kerajaan Islam Turki ‘Uthmaniyyah. Pada mulanya pihak Zionis berusaha melalui jalan perundingan dengan pemerintah Turki ‘Uthmaniyyah untuk mendapatkan wilayah tersebut bagi dijadikan penempatan khas untuk
1
Merujuk kepada persatuan-persatuan Yahudi yang cintakan Jerusalem (Heb. Hibbat Zion) yang wujud di seluruh dunia khususnya Eropah.
14
kaum Yahudi.
Namun setelah segala daya usaha melalui jalan ini telah gagal pergerakan
Zionis memilih cara untuk mendapatkan Palestin melalui peperangan.
Dalam hal ini
pergerakan Zionis memilih menyertai Perang Dunia I yang tercetus pada tahun 1914 dengan membantu tentera Inggeris dan pasukan Bersekutu Eropah berperang melawan Perikatan German-Turki1. Setelah Turki ‘Uthmaniyyah di kalahkan di dalam peperangan tersebut, Palestin telah di duduki oleh British. dan diletakan di bawah mandatnya dengan persetujuan Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa2.
Sewaktu wilayah Palestin berada di bawah mandat British, impian perjuangan kaum Zionis Yahudi untuk mendapatkannya akhirnya menjadi kenyataan.
Ini berikutan
satu
pengistiharan penting yang dibuat oleh kerajaan British berkenaan masa depan Yahudi dan Palestin.
Di dalam pengisytiharan yang dibuat oleh Lord Athur Balfore Setiausaha Luar
British pada tahun 1917, dikenali sebagai “ pengisytiharan Balfore” telah
dinyatakan
bahawa sebuah negara bangsa Yahudi akan ditubuhkan di Palestin pada satu masa hadapan, tanpa merujuk kepada sebarang tarikh tertentu.
Bagaimanapun sejak awal tahun-tahun
1920an pihak Zionis Yahudi telah mempersiapkan pasukan bersenjata digelar “ Haganah”3 (pasukan pertahanan) sebagai persiapan perjuangan bersenjata untuk mempastikan “ pengistiharan Balfore” 1917 akan menjadi kenyataan.
1
Ada kajian mengatakan bahawa sebenarnya pergerakan Zionis yang mencetuskan Perang Dunia tersebut dan seterusnya melakukan provokasi yang menjerumuskan Turki Uthmaniyyah ke dalam peperangan. Lihat, Henry Ford, International Jew and the Protocols of the Elders Zion (1997) Global Books, Johannesburg, hal.196. Lihat juga Richard Deacon, The Israeli Secret Service, (1997), Sphere Books Ltd. London, hal, 12. 2 Selepas Perang Dunia ke II, 1945 nama Liga ini ditukar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation). 3 Asas pasukan ini dari segi latihan dan kepimpinannya telah bermula di Eropah di mana mereka telah telibat aktif membantu pasukan tentera bersekutu menghadapi German dan sekutunya (Ottomon/Uthmaniyyah) di dalam Perang Dunia I. Lihat, Richard Deacon, The Israeli Secret Service, loc.cit. hal. 15-16.
15
Seterusnya selepas Perang Dunia ke II (1945) kerajaan British telah menyerahkan kembali mandatnya ke atas Palestin kepada Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada Nov. 1947 (PBB) telah mengistiharkan pembahagian bumi Palestin kepada dua bahagian, Palestin Arab dan Israel. Langkah terbaru dari (PBB) ini, telah menimbulkan bantahan dan “penentangan rakyat” dari pihak Arab-Palestin, namun pihak Zionis Yahudi segera bertindak mengistiharkan penubuhan Negara kebangsaan Israel pada 14 Mei, 19481. Sebaik sahaja pengishtiharan ini dibuat di Tel Aviv oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion
, ia segera
mendapat pengiktirafan dari Presiden Henry Trumandari Amerika
Syarikat dan seterusnya dari Negara-negara blok Barat di Eropah2.
Ekoran dari pengistiharan Negara Israel, Negara-negara Arab telah mengisytiharkan perang ke atas Negara baru Israel yang telah mencetuskan Perang Arab-Israel I. Namun pasukan “pertahanan “ (Haganah) Israel telah bersedia menghadapi kemungkinan perang. Mereka yang lebih terlatih dan lebih berpengalaman dalam aspek peperangan menggunakan persenjataan moden pada masa itu3 memenangi peperangan yang berlangsung sehingga tahun 1949 dengan lebih banyak wilayah Palestin telah berjaya ditawan. Kejayaan Israel menawan lain-lain bahagian Palestin di dalam peperangan tersebut telah membolehkannya menambah keluasan sempadan negaranya meliputi lebih dari ¾ bumi Palestin. Kemenangan Israel di dalam Perang Arab-Israel I (1948-1949) itu juga telah memaksa negera-negara Arab yang terlibat seperti Mesir, Syria, Jordan dan Lubnan menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan pihak Israel. Perjanjian ini ditaja oleh tiga kuasa-kuasa Barat, Amerika, Britain dan Pranchis sebagai anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sebagai contohnya lihat, Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad al-Syawk ani, Fath al-Qadir, Dar al-Ma’rifah, Beirut, cet.3, (1427 H), hal.811. 2 Filastin .. al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal.274 3 Lihat, The Israeli Secret Service, op.cit. 1
16
tahun 1950. Ironisnya bersamaan dengan tajaan gencatan senjata ini Negara-negara tersebut telah menyatakan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pihak Israel1.
Bagi pihak Yahudi kejayaan penubuhan kerajaan kebangsaan Israel di Palestin pada tahun tahun 1948 adalah kemenangan mencapai matlamat perjuangan kaum bangsa mereka untuk kembali ke tanah air iaitu “Bumi yang dijanjikan”. Sebaliknya di pihak Arab-Palestin pula kejayaan kaum bangsa Yahudi mewujudkan Negara moden Israel merupakan “naqbah” (tragedi) kepada mereka. Tragedi yang telah berlaku semenjak menyebabkan ribuan Arab-Palestin telah kehilangan nyawa.
6 abad yang lalu telah
Begitu juga mereka telah
kehilangan tanahair dan kampung halaman kerana di rampas oleh pendatang Yahudi yang mengakibatkan seramai 700,0002 bangsa Arab Palestin telah menjadi pelarian di Negaranegara Arab yang berjiran.
Demikianlah ringkasan kitaran sejarah penghuni bumi Palestin yang diberikan amanah oleh Allah (s.w.t.) sebagai penguasa ke atasnya semenjak dari awal zaman Bible sehinggalah kepada sejarah zaman moden. Ianya dilihat secara berbeza oleh Yahudi dan Barat berbanding dengan Islam. Yahudi dan Barat yang pada umumnya berasaskan Bible menganggap Palestin adalah “ Bumi yang dijanjikan” untuk bangsa Israel. Ini berasaskan bahawa mereka telah bermustautin di sana selama hampir 1000 tahun sejak keluar dari Mesir bersama Moses demi memenuhi covenant Tuhan supaya pulang ke “ Bumi yang dijanjikan untuk mereka. Ia dikira bermula dengan penaklukan Joshua ( pemimpin Israel sesudah 1
Filastin…al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 280 Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian pada tahun 1993 pelarian Arab-Palestin ini telah meningkat kepada 3 juta orang. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 16, op.cit. hal. 9 2
17
Moses) ke atas Jerico, 1186 s.m sehingga kepada peristiwa pemusnahan terakhir Jerusalem di tangan Titus dari Romawi tahun 70 m.
Sementara dari sudut pandangan Islam pula bumi Palestin yang terletak padanya kota suci Bait al-Maqdis (Jerusalem) adalah bumi berkat lantaran ianya telah didiami dan telah bersemadi padanya para Anbiya’ (a.s.) dari kalangan Bani Israel. Menurut Islam bahawa Bani Israel terus berada di sana bersama para Anbiya’ mereka sebagai pemegang amanah ‘Aqidah dan Syari’at Allah (s.w.t.) berasaskan al-Tawrah . Sebaliknya apabila Bani Israel telah mensia-siakan amanah tersebut malahan berusaha untuk nabi-nabi tanpa sebab yang hak, Allah (s.w.t.) membiarkan mereka terhukum oleh serangan-serangan ganas kaum penjajah dan membiarkan mereka terbuang daripada tanah suci tersebut. Inilah akhirnya apa yang berlaku di dalam tragedi “ pemusnahan terakhir”
pada tahun 70 m. yang
menyebabkan kaum bangsa Yahudi mengalami “diaspora” di Eropah.
Bagaimanapun kaum Yahudi tetap merasakan Palestin dan Jerusalem (Zion) adalah hak milik mutlak bangsa mereka untuk selama-lamanya seperti dijanjikan Tuhan menurut kitab suci mereka Jewish Bible.
Pada zaman moden ini kaum Yahudi diaspora telah
menggerakan daya-usaha untuk kembali menempatkan bangsa mereka di sebuah “ Negara Israel” (Eretz Yisrael) yang berdaulat di Palestin, “ Bumi yang dijanjikan” (A Promised Land)
menurut mereka.
Di dalam menjayakan
usaha ini
mereka menggerakan
pertubuhahan-pertubuhan Zionis1 di seluruh Eropah dan Amerika. Kemuncaknya pada tahun 1898 para pemimpin Zionis dengan jayanya melancarkan penubuhan rasmi Pergerakan
1
Berasal dari istilah Zion iaitu tanah tinggi yang menjadi tapak kepada kota suci Jerusalem.. Zionis ialah pertubuhan-pertubuhan kaum Yahudi yang menganggap mereka sebgai para pencinta Zion (Jerusalem).
18
Zionisme dengan meletakan matlamat perjuangan seperti yang dinyatakan dengan jelas. Akhirnya pada tahun 1948 mereka telah berjaya mengisytiharkan penubuhan sebuah Negara kebangsaan Israel yang berdaulat di atas bumi Palestin,
1.2
Latar belakang masalah kajian.
Dua kitaran tragedi berlaku ke atas dua kaum bangsa yang berbeza, di atas bumi yang sama, Palestin dan Tanah Suci Jerusalem ke atasnya Tragedi ke atas oleh dua bangsa yang berbeza itu berlaku di dalam jarak masa yang lama. Kaum Yahudi terbuang dari Palestin tahun 70 m. akibat serangan Romawi. Sementara Arab-Palestin terbuang dari Palestin pada tahun 1948 m. akibat penubuhan Negara Israel. Ironisnya kedua-dua tragedi itu telah dijadikan asas tuntutan hak oleh kedua kaum bangsa ini ke atas bumi yang didakwa adalah milik mereka. Kini Bumi Palestin dan Tanah Suci Jerusalem
telah
menghadapi tuntutan bertindih dan pertembungan dakwaan yang memerlukan huraian dan penjelasan yang adil. Inilah faktor utamanya yang menarik penulis membuat kajian ini.
Di zaman moden ini semenjak 14 Mei, 1948 negeri yang sejak abad pertama Masehi dikenali sebagai negeri Palestin telah ditukarkan namanya kepada Israel. Sedangkan sebelumnya negeri tersebut telah dirujuk dengan nama Palestin seawal abad pertama Masehi pada zaman penjajahan Roman sehingga pada masa ianya berada di bawah mandat British selepas Perang Dunia I. Para pejuang Zionis yang bertanggungjawab mewujudkan Negara baru ini telah menukar dan memperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa oleh dengan
19
nama Negara Israel dengan hujjah bahawa ianya adalah tanah air bersejarah kepada kaum bangsa Israel. Asasnya adalah covenant yang menjanjikan kepada mereka
“ Bumi yang
dijanjikan” menurut Jewish Bible.
Bagaimanapun rakyat Arab-Palestin merasakan bahawa mereka yang dipaksa menjadi pelarian selepas “naqbah “ 1948 adalah warga sebenar kepada negeri Palestin yang telah ditukar namanya kepada Israel. Akibatnya mereka telah bertindak balas dengan mewujudkan gerakan-gerakan penentangan terhadap pendudukan dan pencerobohan Yahudi ke atas tanahair mereka. Gerakan-gerakan itu samada berupa gerakan massa yang tidak teratur pada awal-awal tahun “ naqbah”, mahukan pada zaman perjuangan “ sosialis- rakyat” yang berkiblatkan blok Soveit yang dipelopori Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO) pada tahun-tahun 1960an- 1970an . Begitu juga penentangan yang lebih terkini dan popular di kalangan rakyat berasaskan Islam pimpinan Gerakan Penentangan Islam (Hamas) sejak akhir 1980an, namun seluruh aliran perjuangan rakyat Palestin menentang pihak Yahudi sentiasa dianggap sebagai kegiatan pengganas oleh masyarakat di negara-negara Barat.
Pandangan seperti ini di kalangan masyarakat Barat adalah dianggap sebagai fenomena biasa kerana ianya terbina dari konsepsi sejarah yang berasaskan Bible, sumber utama kepada budaya pemikiran masyarakatYahudi dan Kristian di Barat. Tradisi kepercayaan berasaskan Bible ini telah wujud dan telah berakar umbi di dalam budaya pemikiran masyarakat Barat sejak ribuan tahun yang lampau. Oleh itu tidaklah menghairankan masyarakat Barat sentiasa mendokong Israel kerana kepercayaan mereka terhadap Torah of Moses di dalam Bible bahawa Tuhan telah menjanjikan kepada Abraham,
20
beliau akan dianugerakan bumi Kan’an (Palestin) dan akan diwariskan kepada zuriatnya Bani Israel.
Masalahnya golongan Barat ini mengganggap dan meletakan kedudukan mereka sebagai tonggak masyarakat antarabangsa (international community) . Dengan penguasaan politik mereka di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pengaruh mereka yang dominan ke atas mass-media dan sumber-sumber akademik di peringkat antarabangsa, sudut pandangan mereka terhadap isu Yahudi dan Palestin turut diterapkan menjadi pandangan dan persepsi umum masyarakat antarabangsa.
Bermula dengan pengenalan negeri Palestin di dalam sumber-sumber penulisan akademik terkini. Ia diperkenalkan sebagai Tanah suci yang bersejarah kerana di zaman silam ianya adalah bekas tapak kepada kerajaan Bani Israel1. Begitu juga dengan sejarah pergolakan di Asia Barat yang dibayangi oleh siri-siri Perang Israel dinyatakan bahawa pergolakan itu bermula dari Perang Arab Israel pertama pada tahun 1948-1949. Perang tersebut dikatakan tercetus kerana kedegilan pihak Arab yang menolak usaha BangsaBangsa Bersatu mewujudkan plan penyelesaian terhadap konflik awalan di Palestin iaitu pembahagian wilayah Palestin di antara kaum Yahudi dan Arab Palestin pada tahun 19472.
Sementara di dalam mengulas mengenai pergolakan semasa di Palestin sehingga ke hari ini persepsi umum masyarakat antarabangsa terhadap isu tersebut cuba dibentuk dengan penonjolan aktiviti-aktiviti penentangan yang berterusan oleh penduduk Arab-Palestin ke
1 2
Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 14, loc.cit. hal. 205 Ibid. vol.10, op.cit. hal. 267
21
atas Negara Israel. Para pemimpin Negara-negara Barat, Amerika dan Kesatuan Eropah yang merupakan kuasa-kuasa “de-facto” dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui kenyataan-kenyataan rasmi yang di siarkan oleh mass media antarabangsa sentiasa mengecam aktiviti-aktiviti penentangan tersebut dengan menyifatkannya sebagai aktivitiaktiviti pengganas dan anti perdamaian.
Berasaskan fenomena ini
penulis cuba mengusahakan satu kajian ilmiah untuk
menghuraikan asas pergolakan di Palestin, “Bumi yang dijanjikan” menurut Yahudi dan “Bumi yang berkat”
menurut
sudut pandangan Islam. Dakwaan
Yahudi yang
mendominasikan perspektif Barat umumnya adalah berasaskan Bible. Memandangkan kitab suci Judaism itu dikatakan berasaskan wahyu, kajian ini memfokuskan analisa terhadap dakwaan tersebut dari sudut pandangan Islam berasaskan kitab wahyu terakhir al-Qur’an . Analisa Islam juga turut diperkuatkan dengan kajian-kajian akademik Barat yang dianggap berwibawa sekurang-sekurangnya ia boleh dijadikan sebagai pandangan kedua kepada masyarakat antarabangsa.
1.2.2 Masalah kajian
22
Masaalah utama yang timbul di sepanjang kajian ini adalah persoalan disiplin akademik, yang berasaskan adil dan beramanah di dalam menerima dan merujuk fakta ( factual ) serta tidak berpihak (bias ) di dalam mana-mana polemik akademik. Merujuk kepada tajuk kajian atau hipotesisnya iaitu “ Bumi yang dijanjikan” Tuhan kepada Bangsa Israel adalah dianggap “ factual “ dari sudut agama Yahudi (Judaism). Ini adalah kerana “janji “ (covenant ) yang dimaksudkan itu memang tercatat di dalam kitab suci mereka Jewish Bible.
Bagaimanapun untuk menghasilkan tesisnya kajian ini turut juga memfokaskan analisa dari sudut pandangan Islam, di dalam menilai dan mentafsirkan covenant. Dalam hal ini, pandangan Islam yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap covenant juga mesti diambil kira dan diberikan perhatian. Ini kerana dari segi urutan sejarahnya Islam dan umatnya juga mempunyai hak dan kaitan “berkenaan” dengan bumi Palestin khasnya kota suci Bait al-Maqdis atau Jerusalem menurut kaum Yahudi dan Kristian.
Sebagaimana pihak Yahudi berpegang teguh dengan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ menurut kitab suci mereka, Jewish Bible, pihak Islam juga menolak dengan tegas konsep tersebut berdasarkan penjelasan kitab suci mereka al-Qur’an. Di dalam usaha mencari “ keadilan “ daripada konflik di antara kedua-dua sumber rujukan asasi ini, lain-lain sumber akademik
turut dirujuk sebagai
fakta sokongan. Antaranya beberapa kajian para
cendekiawan (scholars ) Barat yang mengkaji kitab-kitab suci Bible dan al-Qur’an seperti Dr. Maurice Bucaille. Begitu juga dengan mereka yang turut menyumbang beberapa fakta yang termuat di dalam The New Encyclopedia Britannica, The Americana Encyclopedia
23
dan American Educator Encyclopedia berkaitan dokumen sejarah dan beberapa pandangan berasaskan pemeriksaan
kritikal
(critical examination ) dari sudut ilmiah
terhadap
kandungan Bible dan juga al-Qur’an1.
1.3 Objektif kajian:
Pada umumnya kajian ini mengemukakan satu kenyataan (reality ) konflik yang telah berpanjangan berlaku di bumi Palestin ataupun di Negara Israel di antara pihak-pihak Arab-Palestin dan kaum Yahudi-Israel. Terdapat tiga objektif utama yang mendorong penulis memilih bidang ini untuk dibuat kajian.
Objektif pertama adalah untuk menjelaskan secara terperinci maksud Yahudi yang umumnya dilihat secara berbeza dari sudut Islam dan Barat. Penjelasan sebegini adalah penting kerana dari sudut pandangan Islam istilah Yahudi diguna pakai sama di dalam merujuk kepada bangsa dan agamanya. Sementara menurut Barat pula bangsa Yahudi (Jews) dan agamanya (Judaism) disebut dengan dua perkataan yang berbeza tetapi keduanya berasal dari akar kata yang sama, Judah. Kepentingannya sangat berkait rapat dengan keperluan memahami satu konsep pegangan mereka yang dijadikan hepotesis awal di dalam kajian ini.
Seterusnya objektif kedua dari kajian ini adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang konsep “ bumi yang dijanjikan” (promised land) menurut Yahudi. Ini 1
Lihat kritikan terhadap Bible, The New Encyclopedia Britannica, vol. 14, Encyclopedia Britannica Inc. London, ( 1998 ), hal. 903. Lihat juga, The Encyclopedia Americana, vol. 3, Grolier Inc. U.S.A., ( 1991 ), hal. 650. Lihat juga, American Educator Encyclopedia, vol. 2, United Educators Inc., New York ( 1991 ), hal. B.136-B.137.
24
memandangkan pihak Yahudi-Israel memasuki gelanggang pertikaian terhadap bumi ini dengan satu ‘aqidah kepercayaan. Mereka berpegang bahawa melalui covenant (perjanjian) dengan moyang mereka Abraham dan diperbaharui dengan pemimpin mereka Moses, Tuhan menjanjikan sebuah negeri kediaman (homeland) untuk mereka di bumi Kan’an atau dikenali juga dengan nama bumi Palestin.
Covenant ini adalah termaktub di dalam kitab suci
mereka, Jewish Bible sehingga ke hari ini. Oleh itu kajian ini akan “mengeluarkan “ setiap ayat di dalam Jewish Bible yang dikatakan merujuk kepada janji-janji Tuhan yang dimaksudkan itu untuk penelitian dan penilaian.
Berikutnya objektif yang ketiga dan terpenting di dalam kajian ini adalah untuk menganalisa setiap ayat-ayat dari Bible tersebut yang dikatakan menjadi dalil kepada janjijanji Tuhan kepada mereka dari sudut pandangan Islam. Objektif ini dianggap yang terpenting kerana konsep yang menjadi pegangan Yahudi ini berasaskan Bible. Memandangkan hujjah-hujjah pihak Yahudi-Israel adalah ayat-ayat dari
Bible yang
dikatakan berasaskan wahyu, maka analisa Islam akan dibuat berdasarkan sumber utamanya al-Qur’an, kitab wahyu terakhir dari Tuhan
Seterusnya objektif umum dari kajian ini adalah untuk memahamkan kepada para pembaca khususnya di Malaysia tentang perkaitan yang rapat di antara sejarah silam bangsa Yahudi yang berasaskan agamanya (Judaism) dengan penubuhan Negara kebangsaan Israel pada tahun 1948. Ini kerana di dalam penulisan-penulisan terkini di Barat dan kenyataankenyataan rasmi para pimpinan Israel bahawa bumi Palestin dirujuk sebagai Negara Israel berdasarkan ianya merupakan tapak kepada kerajaan dan Negara Israel di zaman silam
25
sebelum mereka dipaksa hidup dalam buangan oleh penjajahan Roman, pada tahun 70 m.1. Ini jelas menunjukan bahawa penubuhan Negara Israel moden tahun 1948 di Palestin mempunyai perkaitan yang jelas dengan sejarah silam kaum Yahudi dan pegangan terhadap agama mereka.
1.4 Kepentingan kajian.
Ketiga-tiga objektif daripada kajian yang digariskan adalah sangat penting. Dari sudut akademik, meskipun sudah banyak penulisan yang memperkatakan tentang Yahudi, Israel dan Negara Israel, namun penulis merasakan masih banyak yang perlu ditulis dan dihuraikan. Ini kerana dari sudut perspektif Barat, pada umumnya rujukan terhadap isu Palestin mahupun Israel terutama dari segi asas sejarahnya masih berakar umbikan tradisi sejarah berasaskan Bible. Sementara dari sudut perbincangan umum, kebanyakan daripada penulisan dan perbincangan yang dibuat mengenai Negara Israel lebih menekankan aspekaspek politik dan sejarah rantau Asia Barat selepas Perang Dunia Pertama.
Dalam hal ini penulis hanya mengambil sebahagian dari aspek mengenai Yahudi dan Palestin untuk di fokuskan sebagai bahan kajian. Aspek yang menjadi fokus kajian penulis adalah mengenai konsep “ bumi yang dijanjikan” menurut Bible. Memandangkan sandaran hujjah-hujjah kaum Yahudi adalah kitab suci yang didakwa sebagai kitab wahyu, penulis mendapati sandaran itu sangat memerlukan satu analisa yang teliti . Ini kerana hujjah-hujjah
1
Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal.263. Lihat juga , ucapan PM Benjamin Netanyahu di persidangan tahunan Jawatankuasa Hubungan Amerika-Israel (AIPAC), pada 23 March, 2010 di Washington.
26
yang dikatakan sebagai wahyu Tuhan itu tidak selaras dengan kenyataan-kenyataan daripada al-Qur’an, kitab wahyu yang terakhir.
Di dalam kajian ini penulis sempat menemui beberapa fakta sejarah yang menarik berhubung dengan usaha Yahudi hendak menubuhkan Negara kebangsaan Israel . tahun 1948. Adalah menjadi keyakinan kepada penulis bahawa kajian ini akan menjadi titik-tolak kepada kajian-kajian susulan dalam bidang ini seperti penjelasan yang agak terperinci tentang sejarah perkembangan Zionisme dan kaitannya dengan gerakan Freemasion dan sebagainya.
Begitu juga penulis mengharapkan akan lahir beberapa kajian akademik yang berupa cadangan yang membina dan adil untuk menyelesaikan konflik yang sudah begitu lama berpanjangan di bumi Palestin. Ini sangat penting memandangkan Palestin atau lebih khusus lagi Jerusalem adalah dianggap “tanah suci” oleh kaum Muslimin, Kristian dan Yahudi yang. mewakili lebih dari ¾ daripada keseluruhan penduduk dunia. Adalah dibimbangi jika cadangan-cadangan yang berasaskan penemuan-penemuan akademik yang adil tidak dapat dikemukan kepada masyarakat antarabangsa “ tanah suci” yang bergolak ini akan terus menjadi bom jangka yang bakal menghancurkan peradaban manusia sejagat. 1.5
Metodologi kajian
Pada umumnya kajian ini adalah bersifat kajian keperpustakaan, di mana perolehan datanya adalah dari sumber bertulis. Di dalam usaha mengumpulkan data-data kajian ini, penulis telah menggunjungi beberapa buah perpustakaan di dalam negara dan juga di luar 27
Negara. Di antara perpustakaan di dalam Negara ialah Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, termasuk cawangannya di kampus Nilam Puri, Kelantan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, termasuk cawangannya di kampus Petaling Jaya, Perpustakaan Pusat Islam, Kuala Lumpur dan Purpustakaan Islam Nur al-Zahrah, Kota Bharu, Kelantan. Sementara di luar Negara pula, di dalam kesempatan semasa penulis berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah, penulis turut memanfaatkan Perpustakaan Masjid Nabawi di Madinah dan juga Purpustakaan al-Haram di Maulud Nabi, Makkah al-Mukarramah.
1.5..1 Metod kajian.
Kajian teks dalam konteks kajian keperpustakan boleh dibuat melalui beberapa pendekatan. Dalam kajian ini penulis memilih untuk menggunakan dua metod utama. Pertama penulis melakukan metod kajian historis sebagai landasan teori. Ini terlihat di dalam bab II.
Di dalam bab II penulis melakarkan perbincangan mengenai sejarah bangsa
dan agama Yahudi. Lakaran-lakaran sejarah membantu penulis sampai kepada landasan teori yang dibina oleh kaum Yahudi yang mendakwa hak ketuanan mereka ke atas bumi Palestin.
Sementara itu di dalam bab-bab III dan IV yang merupakan kemuncak kajian penulis menggunakan metod komparatif. Di dalam bab III mengenai kitab-kitab suci agama Yahudi perbandingan utama dibuat mengenai kitab suci Torah yang merupakan 5 kitab pertama Moses di dalam Jewish Bible menurut Yahudi dengan al-Tawrah menurut Islam. Di dalam bab ke IV perbandingan utamanya adalah mengenai konsep covenant menurut Yahudi
28
sebagaimana yang terdapat di dalam Jewish Bible dengan mithaq menurut al-Qur’an. Covenant menurut Yahudi adalah “ perjanjian” Tuhan yang menjanjikan akan menganugerahkan bumi Palestin kepada mereka untuk selama-lamanya. Melalui perbandingan ini penulis dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dakwaan Yahudi dan juga analisa Islam mengenainya.
1.6 Kajian lepas (literature review)
Kajian ini bertitik-tolak daripada konsep “ Bumi Yang Dijanjikan “ menurut pandangan Yahudi. Memandangkan persoalan ini berasaskan Bible yang telah lama wujud, banyak penulisan yang berupa ulasan dan penjelasan telah dibuat mengenainya. Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa konsep ini dari segi istilah dan frasanya tidak disebut secara langsung di dalam Bible, tetapi difahami daripada istilah covenant (perjanjian) yang disebut beberapa kali di dalamnya. Melalui covenant ini Tuhan telah menjanjikan bumi kediaman (homeland) kepada Abraham dan zuriatnya Bani Israel di bumi Kan’aan yang juga dikenali pada zaman kini sebagai bumi Palestin. Bertitik-tolak dari covenant (perjanjian ) itu, kaum Yahudi menganggap bumi Kan’an ataupun Palestin sebagai “ bumi yang dijanjikan “ ( The Promised Land ). Di antara penulisan yang menjadi rujukan penulis adalah seperti berikut:
i-
Penulisan pertama dan utamanya di dalam persoalan ini adalah The Holy Bible 1 (King James Version), di mana ianya mencatatkan beberapa covenant yang utama. Di antaranya covenant Tuhan
1
The Holy Bible (2002) , Zondervan, Michigan
29
dengan Patriarch Abraham (Gen., 12: 1-7). Begitu juga covenant dengan pimpinan Bani Israel seperti Moses (Ex., 13: 5-11) dan David ( 2 Sam., 7: 4-16).
Konsep yang berasaskan Bible ini diperjelaskan lagi oleh rujukan tradisi penulisan kesarjanaan Yahudi. Di antaranya;
ii-
The Encyclopedia of Jewish Religion (1967)1, ed. Dr. R. J. Zwi Werblowsky & Dr. Geoffrew Wigoder. Di dalam menjelaskan maksud sebenar covenant dari sudut ‘aqidah kepercayaan agama Yahudi, ianya merujuk kepada janji Tuhan kepada Abraham untuk menganugerahkan bumi Kan’an kepadanya dan zuriat pewarisnya Jacob (Israel). Janji ini merujuk kepada Bible ( Gen., 12: 1-7).
iii-
The Encyclopedia of Judaism (1989)2, ed. Dr. Geoffrew Wigoder, merupakan edisi pembaharuan dari sumber sebelumnya , masih mengulangi penjelasan yang sama ketika membincangkan istilah covenant.
Begitu juga kebanyakan sumber-sumber dari encyclopedia Barat sama sebagaimana dua sumber penulisan kesarjanaan Yahudi di atas memberikan penjelasan yang sama terhadap makna sebenar bagi istilah covenant di dalam Bible. Di antaranya; 1
The Encyclopedia of Jewish Religion, Masada Press Ltd., Tel Aviv, hal. 214. The Encyclopedia of Judaism (1989), ed. Geoffrew Wigoder, Jerusalem Publication House, Jerusalem, hal. 181. 2
30
iv-
The New Bible Dictionary (1962)1, juga di dalam penjelasan
mengenai maksud covenant di dalam Bible ada merujuk kepada janji Tuhan kepada Abraham dalam kontek penganugerahan bumi Kan’an untuknya dan zuriatnya Bani Israel. v-
Encyclopedic Dictionary of Religion (1979)2 menjelaskan bahawa
beberapa covenant utama di dalam Bible iaitu dengan Abraham ( Gen., 12: 17
), dengan Moses (Ex., 13: 5-7) dan dengan David ( 2 Sam., 7: 4-16)
adalah membincangkan tema yang sama. Ia adalah janji Tuhan yang tidak boleh dipertikaikan mengenai penganugerahan bumi Kan’an kepada Abraham dan zuriatnya. vi-
Encyclopedia of Knowledge3,vol. 1 mengisahkan sejarah hidup
Abraham yang dikatakan bermigrasi bersama keluarganya dari Mosopotamia ke “ negeri yang dijanjikan” kepadanya dan juga untuk zuriatnya di Kan’an. Dalam vol. 5, kisah yang dikatakan berlaku di awal milinnium kedua( 2000 s.m.), dipetik dari Genesis (Gen., 15: 18) adalah merujuk kepada covenant di antara Abraham dengan Tuhannya. vii-
Atlas of the Bible (1981)4, di mana bab pertamanya (Historical Atlas
of Biblical Times ), perbincangan seluruhnya adalah mengenai “ Bumi yang dijanjikan” ( a Promised Land). Keterangan-keterangan ini meliputi tiga 1
The New Bible Dictionary (1962), The Intervarsity Fellowships, London. hal. 264 Dictionary of Religion (1979),Corpus Publication. Washington. hal. 936 3 Encyclopedia of Knowledge (t.t.), vol. 1, Grolier Incorporated, Danbury, Connecticut. hal. 54. Lihat juga. Ibid. vol.5, hal. 308 4 Atlas of the Bible (1981), Reader’s Digest Assc. Inc. New York. hal. 50-62 (passim). 2
3 Encyclopedic
31
bahagian iaitu, (World of the Patriarchs), (Abraham in the Land of Canaan) dan (Isaac, Jacob and Joseph). Bahagian pertama adalah penjelasan mengenai kedudukan geografi bumi Kan’an yang dikatakan “ Bumi yang dijanjikan”. Dalam bahagian kedua, kisah Abraham dengan “ Bumi yang dijanjikan” mula diperincikan perkaitannya. Dikatakan migrasi terawal Abraham dari Ur, Mesopotamia ke Haran bersama bapanya Terah dan keluarganya hanya berasaskan ilham dari Tuhan (divine inspiration), (Gen., 11: 29-33). Sesudah kematian bapanya di Haran, Abraham buat pertama kali menerima perintah Tuhan supaya mendatangi Kan’an “ Bumi yang telah dijanjikan” untuknya dan zuriatnya, (Gen., 12: 1-7). Setelah sampai ke negeri Kan’an Abraham menetap sementara di Beithel sebelum memasuki Mesir untuk kehidupan yang lebih baik. Setelah pulang dari Mesir dan menetap semula di Beithel, Tuhannya menunjukkan kepadanya “ Bumi yang dijanjikan” untuknya yang akan diwariskan selama-lamanya kepada zuriatnya, (Gen., 13: 14-16). Bahagian ke tiga mengisahkan kehidupan zuriat Abraham (Isaac, Jacob dan Joseph) di Kan’an. Isaac menetap di sana sehingga mati. Jacob dan anak-anaknya keluar dari Kan’an kerana mengikuti anaknya Joseph ke Mesir, (Gen., 46: 56). Namun akhirnya keturunan mereka di bawah kepimpinan Moses kembali semula ke Kan’an, “Bumi yang dijanjikan untuk mereka”, (Ex., 13: 5-11).
Sementara itu di dalam tradisi penulisan kesarjanaan Barat mengenai persoalan Israel dan Palestin yang pada umumnya menampakan terikat
32
dengan pengaruh dari konsep Bible. Ini adalah kerana sebahgian dari mereka adalah berlatar belakangkan tradisi Yahudi. Di antaranya yang menjadi rujukan penulis adalah seperti;
viii-
Theodor H. Robinson, A History of Israel (1932)1, membicarakan persoalan “ Bumi yang dijanjikan” secara tidak langsung di dalam bab ke IV ( Tradition of Israel’s Ancestry). Menurutnya sebagaimana yang tercatat di dalam Bible bahawa induk keturunan bangsa Israel berasal dari Patriarch Abraham yang bermigrasi dari Ur, Selatan Mesopotamia ke Palestin di sekitar 2000 s.m. Sumber ini juga tidak menyebut Palestin “ Bumi yang dijanjikan” secara langsung dari segi istilah mahupun frasanya. Namun konsep dari Bible (Biblical concept) itu dirujuk kepada maksud dari peristiwa migrasi tersebut. Migrasi Abraham dan penempatan zuriat terawalnya ( Isaac dan Jacob) di Beer-Sheba, di selatan Palestin disebut semata-mata kerana mematuhi perintah Tuhannya Yehweh.
ix-
G.T.Brit, Palestine and Transjordan (1943)2 dalam bab V (History) di bawah tajuk kecil (Biblical Period), mengemukan satu kenyataan bahawa konsep “ Bumi yang dijanjikan kepada Abraham di awal tahun-tahun 2000 s.m. hanya tercapai dengan penaklukan Palestin oleh Joshua pada tahun 1100 s.m. Semenjak itu dan seterusnya pada zaman-zaman kerajaan Israel ( Israelite’s Kingdom)
1
Theodor H. Robinson, A History of Israel (1932), Clarenton Press, Oxford, hal. 45. G.T.Brit, Palestine and Transjordan (1943), Naval Intelligence Davision (Geographical Handbook Series), t.tp., hal. 83-84 2
33
terutama pada zaman King Solomon konsep “Bumi yang dijanjikan” mencapai kemuncaknya dengan sempadannya menganjur dari Utara ke Selatan daripada “Dan hingga Beer-Sheba”.
x-
Nelson & Glneck, Rivers in the Deseart (1959)1 turut memperkatakan “ Bumi yang dijanjikan” dengan turut memilih memperkenalkan sebutan baru sempadannya. Sebelumnya semenjak awal covenant Tuhan dengan Abraham yang telah menjanjikan sempadannya memanjang dari selatan ke utara adalah dari “ River of Egypt ” di Sinai sehingga ke “ great river of Euphrates ( Litani) “di Lubnan ( Gen., 15: 18). Bagaimanapun kemudiannya pada zaman King Solomon kedua-dua wilayah di sempadan utara selatan ini sebagaimana keseluruhan wilayah di dalam Negara Israel (Kingdom of Israel) telah terbina kota-kota dan pusat-pusat kediaman Bangsa Israel. Bandar Dan dianggap pusat kehidupan yang paling ke Utara dan Beer-sheba adalah pusat kediaman bersejarah di selatannya. Semenjak itu sempadan “ negeri yang dijanjikan” juga terkenal dengan sebutan dari “ Dan ke Beer-sheba” (I King, 4: 25).
xi-
Richard R. Sanger, Where The Jordan Flows (1963)2,
membincangkan “ Bumi yang dijanjikan” di dalam bahagian I (In The Tents of Patriarch )menjelaskan bahawa disekitar tahun 2000 s.m. Abraham dan keluarga meninggalkan negeri kediamannya di selatan Iraq menyusur lembah
1 2
Nelson & Glueck, Rivers in the Desert (1959), Farar, Straus and Cudahy, New York, hal.15 Richard R. Sanger, Where the Jordan Flows (1963), Middle East Institute, Washington D.C. hal.1-2
34
Euphrates menuju ke utara sehingga sampai di Haran dan menetap sebentar di Bandar tersebut. Setelah itu meneruskan beliau dan keluarga meneruskan perjalanan melalui kota-kota di Syria seperti Damascus dalam perjalanan menuju ke bumi Kan’an, “ Bumi yang dijanjikan “ Tuhan untuknya dan zuriatnya. xii-
The World History of the Jewish People (1964)1, ed. B. Netanyahu, di dalam bahagian I – A (The Land to the North), cuba membuat penjelasan terhadap bumi yang pada zaman kini umumnya lebih dikenali sebagai bumi Palestin. Menurutnya negeri yang terbentang dari lingkongan Euphrates di bahagian utaranya ke dataran padang pasir Utara Arab di selatannya yang dikenali sebagai Palestin, sebenarnya menurut konsep Bible adalah negeri Kan’an. Di dalam bahagian I – B ( The Land of Israel) seterusnya dijelaskan bahawa bumi Kan’an di dalam Bible itu sebenarnya adalah “ Bumi yang dijanjikan”. Ia adalah seumpama buaian yang mendewasakan bangsa Israel.
xiii-
Efraim Orni & Elisha Efrat, Geography of Israel (1966)2,
dalam bahagian III ( The Archeological and Historical Background ) menegaskan bahawa bumi yang didakwa tanah suci kepada tiga agama (Yahudi, Kristian dan Islam) yang dipanggil Palestin sebenarnya adalah Tanahair kaum Bani Israel. Menurutnya walaupun terdapat beberapa 1
The World History of the Jewish People (1964), gen ed. B. Netanyahu, Jewish History Publication Ltd.,Israel, hal.7 & 81. 2 Efraim Orni & Elisha Efrat, Geography of Israel (1966), Israel Program for Scientific translations, Jerusalem, hal. 145
35
sumber yang memperkatakan tentang sejarah bumi ini, namun sumber yang paling lengkap dan paling boleh dipercayai adalah Bible. Walaupun semenjak zaman Paleolithics (12,000-10,000 s.m.) sehingga akhir zaman gangsa (2,000 s.m.) telah wujud penempatan manusia di bumi ini, tetapi semuanya itu adalah dianggap kehidupan pra-sejarah. Sejarah Israel hanya bermula dengan kedatangan Abraham ( Gen.,15) ke “Bumi yang dijanjikan “, pada akhir zaman gangsa. Sejarah ini juga di kenali dengan sejarah zaman Bible xiv-
Yohanan Aharoni, The Land of Bible (1967), di dalam
halaman pra-kata dinyatakan bahawa “ Tanah Suci” bersejarah ini lahir bersamaan dengan sejarah Bible itu sendiri. Tuhan Israel Yang Maha Kuasa yang menciptakan sejarah manusia. Namun Dia memilih untuk berurusan dengan Bani Israel, bangsa pilihanNya dengan menjanjikan untuk mereka “ Bumi Kan’an” sebagai negeri kediaman (homeland). Di dalam bab I bahagian 4 ( The Borders of the Land of Canaan)1 telah dijelaskan sempadan “ Bumi yang dijanjikan “ itu. Menurut sumber ini bahawa tiga sempadan bumi yang juga disebut Palestin secara semula jadinya telah ditentukan oleh Bible. Di baratnya laut besar Mediternean, sebelah timurnya Laut Mati dan Lembah Jordan. Manakala di selatannya disebut di dalam Bible2 “ River of Egypt “ ( Heb. Nahal Musur ). “ River of Egypt “ ini merujuk kepada laluan air cetek Wadi al-‘Arish di Sinai.
1
Yohanan Aharoni, The Land of the Bible (1967), tran. Eng. A. F. Rainey, Burns and Oates Ltd., London, hal. 58-59 2 Gen., 15: 18
36
Sempadan di sebelah utaranya kawasan pergunungan Euphrates Lubnan yang bersambungan dengan padang pasir dataran Syria. Inilah sempadan bumi Kan’an yang dijanjikan Tuhan buat pertama kalinya kepada Abraham di dalam Bible dari “ River of Egypt to Euphrates”1
xv-
John Bright, A History of Israel (1967)2 dalam bab II ( The
Patriarch ) di bawah bahagian pecahan C ( The Hebrew Ancestors and History), menyebut bahawa Abraham (moyang kaum Hebrew) telah bermigrasi dari Mesopotamia bergerak dengan berperingkat. Mula-mula berpindah dari selatan Mesopotamia bersama bapanya Terah menuju ke Haran. Setelah kematian bapanya Terah Abraham meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Kan’an, “ Bumi yang dijanjikan” kepadanya sebagaimana yang disebut di dalam Genesis.
xvi-
Di dalam bab pengenalan A History of Jewish People (1969)3, ed.
H.H. Ben Sasson, di dalam tajuk kecil (The People and it’s Land) terdapat satu kenyataan yang jelas menghubungkaitkan di antara kaum bangsa Israel, bumi Palestin dan rujukannya terhadap “ Bumi yang dijanjikan”. Kenyataan itu menyebut bahawa bumi (land) yang terbentang di antara Mesopotamia (negeri asal kepada moyang kaum Hebrew) di Timur dengan lembah Nil di Mesir menjadi pusat migrasi kaum Hebrew. Bagaimanapun kedatangan kaum Hebrew ke bumi ini di atas dasar ianya “Bumi yang dijanjikan “ oleh Tuhan 1
Ibid. John Bright, A History of Israel (1967), S C M Press Ltd., London, hal. 78-80 3 A History of Jewish People (1969), ed. H.H. Ben Sasson, Weidenfeld & Nicolson, London, hal.3 2
37
kepada mereka sebagai “ Bangsa pilihanNya”. Menurut sumber ini bahawa “Bumi yang dijanjikan “ dan Bangsa pilihan” adalah konsep yang disebut Bible, di mana menurut konsep ini bahawa hak kaum bangsa Israel terhadap bumi yang disebut bumi Palestin adalah ditentukan oleh Tuhan.
xvii-
Christopher Hollis and Ronald Brownrigg, Holy Place (1969),1 di
dalam bab I, bahagian pertama (The Jews and the Holy Land) membuat pendahuluan umum mengenai sejarah bangsa Yahudi dan hak milik mereka ke atas bumi Kan’an. Katanya berdasarkan kehendak Tuhan Patriarch Abraham (moyang kaum Yahudi) telah melakukan migrasi meninggalkan tanah airnya di Selatan Iraq ke bumi Kan’an. Perjalanan yang merentasi kota-kota di wilayah Syria sehingga akhirnya memasuki Palestin (Kan’an) dan menetap di satu tempat di sekitar Hebron. Selepas Abraham keluarga Patriarchy diterajui oleh anak dan cucunya Isaac dan Jacob (Israel). Walaupun Jacob dan anggota keluarganya berpindah ke Mesir pada tahun- namun beberapa abad kemudian. zuriat keturunannya kaum bangsa Israel di bawah kepimpinan Moses kembali semula ke “ Bumi yang dijanjikan “ untuk mereka. xviii- Yehuda Karmon, Israel- a Regional Geography (1971)2 di dalam bab ke III (The Heritage of the Past) membincangkan persoalan “ Bumi yang dijanjikan” dengan merujuk kepada awal kedatangan satu kaum dari Mesopotamia. Menurutnya bersamaan dengan berakhirnya zaman gangsa satu kaum daripada Mesopotamia dipimpin oleh Patriarch Abraham telah
1 2
Christopher Hollis and Ronald Brownrigg, Holy Place (1969), Weidenfeld and Nicolson, London, hal. 13-14 Yehuda Karmon, Israel- a Regional Geography (1971), Wiley – Interscience, London, hal. 41-42
38
dating ke Palestin, “ Negeri yang dijanjikan Tuhan” untuknya dan dan zuriatnya. Menurut sumber ini bahawa asas kenyataan ini tercatat di dalam Bible dan dengan itu kedatangan kaum tersebut telah memulakan era baru di dalam sejarah Palestin iaitu sejarah zaman Bible. xix-
Joan Comay, Temple of Jerusalem (1975)1, dalam bahagian I
(Covenant) menyatakan bahawa menurut Bible (Genesis) Patriarch yang bermula dengan Abraham dan keluarganya melakukan migrasi darpada Selatan Iraq ke negeri Kan’an “ yang dijanjikan” untuk mereka. Sewaktu di di Kan’an keluarga Patriarch ini menerima kelahiran Isaac dan seterusnya Jacob (Israel). Kemudiannya Jacob dan keluarganya berpindah ke Mesir. Bagaimanapun beberapa generasi kemudian Bani Israel mengalami penindasan di Mesir oleh pemerintahnya menyebabkan pemimpinnya Moses membawa kaumnya kembali ke “ Negeri yang dijanjikan”.
Bagaimanapun terdapat juga di kalangan penulis Barat yang mempertikaikan konsep “ Bumi yang dijanjikan” menurut Bible . Di antaranya;
xx-
Martin Noah, History of Israel (1958)2 adalah di antara penulisan yang
cuba membincang dan mempersoalkan konsep “ Bumi yang dijanjikan”. Di dalam bab I ( The Origins of the tribe of Israel ) di nyatakan bahawa asal nenek-moyang kaum bangsa Israel datang dari luar Palestin (Mesopotamia). Setelah itu mereka (keluarga Jacob) keluar lagi (mengungsi ke Mesir) dan
1 2
Joan Comay, Temple of Jerusalem (1975),Weidenfeld & Nicolson, London, Martin Noah, History of Israel (1958), Adam & Charles Black, London, hal. 53-54
39
hanya setelah berkembang menjadi bangsa Israel di sana, mereka mendatangi semula ke Palestin. Berdasarkan kepada sejarah ini penulisnya mempertikaikan hujjah kepada dakwaan Yahudi terhadap hak mereka ke atas bumi Palestin hanya semata-mata berasaskan Bible. xxi-
Roger Garaudi, The Case of Israel (1983)1, juga mempersoalkan
hujjah kaum bangsa Yahudi yang mendakwa Palestin adalah “ Bumi yang dijanjikan” Tuhan kepada Patriarch Abraham. Sedangkan tidak ada sebarang catatan yang boleh menjadi bukti bahawa Abraham pernah mebuat kenyataan dan tuntutan yang sama terhadap kaum-kaum yang telah mendominasikan tamadun Negara Kota di Kan’an pada zamannya itu. Sebaliknya catatan sejarah yang ada termasuk dari sumber Bible sendiri bahawa sejak mendatangi negeri baru ini Abraham memilih cara hidup semi-nomad di perkampungan Badwi yang terpencil di Beer-sheba, Selatan Palestin. Walaupun Isaac dan seterusnya Jacob ( Israel) lahir di sini, tetapi mereka tetap di anggap anak kepada pendatang asing oleh penduduk asli di Kan’an. Oleh itu mereka digelar sebagai kaum ( Hapiru / Hebrew) bermakna pengembara asing menurut bahasa tempatan penduduk Kan’an. xxii-
Michael Rise, False Inheritance – Israel in Palestine and Search for
a Solutin (1994)2 mempersoalkan dakwaan Yahudi yang mengenai keturunan (seeds) Abraham yang mendapat pewarisan bumi Kan’an “Yang dijanjikan “ itu. Berdasarkan seluruh keterangan dari pihak Yahudi bahawa keturunan yang dikatakan di dalam Bible itu adalah bangsa Israel. Ini kerana mereka adalah 1
Roger Garaudi, The case of Israel (1983), Shorouk International, London, hal. 29 Michael Rice, False Inheritance- Israel in Palestine and the Search for Solution (1994), Keagan Paul International Ltd., London, hal. 2 2
40
keturunan dari Jacob putera Isaac, satu-satunya anak Abraham yang diperolehi dari isterinya yang sah, iaitu Sarah. Sedangkan menurut Bible sendiri bahawa sebelum Isaac Abraham telah mempunyai anaknya yang pertama Ishmael dan juga mempunyai anak-anak yang lain hasil perkahwinan Abraham sesudah kematian Sarah. xxiii-
Gudrun Kramer, A History of Palestine (2008)1
menganggap
dakwaan bangsa Israel terhadap bumi Palestin yang hanya berasaskan teks dari Bible semata-mata adalah hujjah “ Geotheology “. Ianya tidak boleh dianggap sebagai hujjah yang boleh dipertanggung jawabkan tanpa sebarang sokongan bukti akademik dan saintifik seperti penemuan arkeologi ataupun catatan-catatan sejarah dari tamadun bangsa-bangsa yang berjiran dengan Palestin (Kan’an) seperti Mesir dan Hittie.
Di samping itu penulis juga merujuk kepada beberapa rujukan di dalam bahasa Arab yang turut juga mengulas dan memperkatakan konsep “ Bumi yang dijanjikan” menurut Yahudi ini. Di antaranya; xxiv-
Yang pertama dan utama ialah al-Kitab al-Muqaddas- al- ‘Ahd al-
Qadim wa al-‘Ahd al-Jadid (t.t) .2 Persoalan “Bumi yang dijanjikan” ( Ard alMi’ad) bermula dengan Tuhan menjanjikan pesoalan itu kepada Ibrahim melalui “perjanjian”Nya (Mithaq) dan (Mi’ad). Ianya bemula dari Safar Takwin, Ishah 12: ( 1-7 ). Persoalan ini diperbaharui di dalam mithaq dengan Musa di dalam
1
Gudrun Kramer, A History of Palestine (2008), Princeton University Press, New Jersey, hal. 6 Al-Kitab al-Muqaddas - al-‘Ahd al-Qadim wa al-‘Ahd al-Jadid (t.t.),Dar al-Kitab al-Muqaddas, Qahirah.
2
41
Safar Khuruj, Ishah 13: (5-11) dan dengan Dawwud di dalam Safar Samu’il II, Ishah 7: (4-I6) xxv-
Injil Barnaba (t.t.)1, (terj. ‘Ar. Dr. Khalil Sa’adah) Taqdim wa ta’liq,
al-Sayyid Muhamad Rashid Ridha wa Ahmad Hejazi al-Saqa. Di bahagian pengenalan kitab ini oleh Ahmad Hejazi al-Saqa, di dalam tajuk kecil- (Tahrif al-Tawrah wa al-Injil), diterangkan secara umumnya bahawa beberapa ayat dari kitab wahyu terutamanya telah di ubah-suaikan oleh kaum Yahudi. Pengubahsuaian ini juga telah diperkatakan dengan tegas oleh Barnaba salah seorang Hawariyyun dan penulis Injil Barnaba. Menurut Barnaba bahawa pengubahsuaian ayat-ayat di dalam Tawrah berlaku dalam tempoh pembuangan Bani Israel selama setengah abad di Babylon. Di antara ayat-ayat yang diubah-suaikan ialah konsep anak-anak kepada Ibrahim yang diberkatkan oleh Tuhan dan kaitannya dengan pewarisan bumi Kan’an sehingga menzahirkan bahawa zuriat Ibrahim yang dimaksudkan itu adalah Bani Israel semata-mata. Sedangkan di dalam kitab Tawrah jelas menunjukan bahawa Ibrahim mempunyai beberapa zuriat yang lain selain dari Bani Israel. Kenyataan bahawa Ibrahim turut mempunyai anak yang lain selain Ishaq itu bagaimanapun dinafikan dengan penegasan satu ayat bahawa satu-satunya anak yang sangat dikasihi oleh Ibrahim dan diberkatkan oleh Tuhan adalah Ishaq. Oleh itu hanya dia dan melalui puteranya (Israel) dijanjikan penganugerahan bumi kediaman untuk zuriat mereka (Takwin, 22:2).
Injil Barnaba (t.t.), Taqdim wa ta’liq al-Sayyid Muhamad Rasyid Ridha wa Ahmad Hejazi al-Saqa, Dar al-Basyir, Qahirah, hal.81-82. 1
42
xxvi-
Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad Ali ‘Umar, ‘Aqidah al-Yahud fi al-
Wa’d bi Filastin (2003)1, Di dalam bab I (al-Wa’d fi Asfarihim) membicarakan konsep “bumi yang dijanjikan” ini secara umum. Ia meliputi makna dan istilahnya dari segi bahasa dan istilah agama dari sudut agama Yahudi dan Kristian samada Katholik mahupun Protestant. xxvii-
Ahmad Ahmad ‘Ali al-Saqa, al-Bidayah wa al-Nihayah li Ummati
Bani Israel (2004) 2, dalam fasal pengenalan ( Tamhidi fi Dilalah Nusus Nubu’at al-Tawrah al-Samiriyyah ‘ala Thubut Nubuwwah Muhammad s.a.w.) turut membincangkan kesahihan dakwaan Yahudi mengenai mereka sebagai satusatunya warisan dari Ibrahim (a.s.) yang diberkatkan Tuhan dan dengannya dijanjikan bumi kediaman.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini adalah satu kajian di bidang pemikiran Islam. Ia memfokaskan analisa dari sudut pandangan Islam terhadap konsep “ Bumi yang dijanjikan “ ( a Promised land) menurut kaum Yahudi berasaskan kitab suci agamanya, Jewish Bible. Menurut konsep ini Tuhan telah mengadakan perjanjian/persetujuan (covenant) kepada Abraham, iaitu Tuhan menganugerahkan kepadanya Bumi Kanaan (Palestin) dan ianya akan diwariskan kepada keturunannya kaum bangsa Yahudi atau Israel.. Perkara covenant yang menyatakan bahawa Tuhan menjanjikan bumi kediaman (homeland) khas untuk bangsa Israel ini terus
Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad Ali ‘Umar, ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa’d bi Filastin, Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah athna’al-Nasyr, Riyadh. 2 Ahmad Ahmad ‘Ali al-Saqa, al-Bidayah wa al-Nihayah li Ummati Bani Israel, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Dimashq, hal. 70-71. 1
43
diperbaharui melalui siri-siri covenant dengan Moses dan seterusnya dengan King David pada zaman-zaman kepimpinan mereka ke atas Bani Israel. Covenant yang dikatakan mengandungi perjanjian Tuhan untuk menganugerahkan bumi kediaman (homeland) kepada Bani Israel ini juga turut menjadi persoalan yang dibincangkan di dalam Islam. Ini kerana ianya juga disebut di dalam al-Qur’an sebagai mithaq tetapi dengan konsep yang agak berbeza. Memandangkan persoalan ini turut disebut di dalam al-Qur’an, ia mewajarkan bagi Islam menganalisa konsep “ bumi yang dijanjikan “ menurut pandangan Yahudi tersebut sudut pandangannya secara saksama.
1.7.2 Kerangka kajian.
Pada umumnya kajian ini akan terbahagi kepada 6 ( enam ) bab termasuk bab pendahuluan dan bab penutup. Bab I adalah bab pendahuluan yang merupakan gambaran umum kepada kerangka kajian. Bab II dan bab III sebagai landasan teori kepada tajuk kajian. Persoalan utama dan kemuncak kepada kajian dikemukakan di dalam bab IV dan bab V . Keseluruhan dari kajian ini yang bermula dari bab-bab II dan III yang mengemukakan landasan teori sehingga kepada kemuncak kajian di dalam bab-bab IV dan V. Sementara bab VI akan menjadi bab penutup yang menyimpul dan merumuskan keseluruhan kajian di akhir kajian ini.
Bab I adalah pendahuluan meliputi pengenalan ringkas sejarah “ bumi yang dijanjikan” menurut Yahudi dan juga menurut pandangan Islam. Pengenalan ringkas sejarah ini diikuti latarbelakang masalah penyelidikan, seterusnya objejtif kajian, kepentingan
44
kajian, metodologi kajian, kajian-kajian lepas (literature review ) dan akhir sekali adalah skop kajian.
Bab ke II adalah permulaan kepada landasan teori kepada kajian iaitu pengenalan kepada Yahudi dari segi latar belakang sejarah bangsa dan agamanya (Judaism). Bab ini ini dianggap permulaan kepada landasan teori kerana kajian ini melibatkan kaum bangsa ini secara langsung. Ini kerana hipotesisnya bermula dengan satu pegangan kepercayaan kaum Yahudi iaitu konsep “ bumi yang dijanjikan” menurut kitab suci mereka, Jewish Bible.
Menurut kajian, istilah Yahudi adalah merujuk kepada makna-makna yang meliputi bangsa dan agama. Ini kerana istilah ini berasal dari Judah, merujuk kepada nama salah seorang putera Jacob (Israel). Nama Yahudi akhirnya menjadi sinonim dengan Israel kerana pada suatu masa keluarga ini adalah yang paling dominan di kalangan Bani Israel. Sementara Israel (Jacob) pula adalah keturunan Patriarch Abraham, Hebrew pertama yang menurut kepercayaan mereka diperintahkan Tuhannya berhijrah ke negeri Kan’an, bumi yang dijanjikan kepadanya dan juga zuriatnya. Perintah hijrah ke Kan’an adalah untuk Abraham memulakan agama baru , menyembah Tuhan yang satu. Ini berlaku pada alaf ke 2 s.m. Memandangkan sejarah bangsa dan agama Yahudi berjalan seiringan, bab ini akan dipecahkan kepada dua fasal. Fasal I akan lebih memfokaskan latar belakang Yahudi dari segi perkembangan etnik dan bangsa. Ia akan merangkumi daripada zaman awal Bible iaitu sejarah awal satu keluarga pendatang Hebrew dari Mesopotamia ( sekitar tahun 2000 s.m.), pembentukan bangsa Israel di zaman Moses ( sehingga tahun 1200 s.m.), pembentukan
45
Kerajaan Bani Israel pimpinan Shaul, David dan Solomon ( 1020 s.m. – 922 s.m. ), seterusnya zaman penaklukan kuasa-kuasa asing dan diaspora Yahudi yang terakhirnya tahun 70 masehi.
Fasal kedua seterusnya ialah sejarah perkembangan agama Yahudi (Judaism). Ia dikira bermula dengan covenant pertama di antara Tuhan dengan Patriarch Abraham di dalam Genesis. Semenjak dari saatnya yang pertama, Tuhan menuntut keimanan kepada konsep ketuhanannya yang Esa dan sebagai imbalannya Tuhan menawarkan kepadanya dan zuriatnya, bumi Kan’an sebagai “ bumi yang dijanjikan”. Pada peringkat awalan ini Judaism masih bersifat ’’ agama keluarga” bimbingan bapa (patriarchal) di kalangan keluarga Israel. Peringkat kedua Judaism mula menjadi agama bangsa Bani Israel. Mereka mula terikat dengan Torah atau “Undang-Undang Moses ” yang merupakan suruhan dan larangan, terkenal sebagai “ 10 commandment” yang diterimanya dari Tuhan di Gunong Sinai ( Mt. Sinai covenant ). Penerimaan Torah atau Undang-Undang Moses dari Tuhan, juga dikenali sebagai Mosaic covenant.
Seterusnya peringkat ke tiga Judaism adalah pada zaman berkerajaan terutama sesudah pembinaan “rumah Ibadat” di Jerusalem pada zaman King David. Bani Israel menerima covenant yang dikenali sebagai Davidid covenant. Melaluinya konsep “bumi yang dijanjikan” mendapat pengesahan dan jaminan rahmat (blessed) dari Tuhan dengan syarat Bani Israel terus setia bertuhankan Yehweh, Tuhan Israel. Ternyata sesudah itu Bani Israel melanggar persetiaan covenant sehingga terlibat dengan amalan penyembahan berhala sembahan kaum-kaum yang berjiran. Akibatnya mereka dilaknat (cursed) oleh Tuhan dengan
46
membiarkan mereka terjajah dan terlantar di negeri musuh, sehingga Tuhan menghantar Ezra sebagai penyelamat dan pemimpin baru bagi agama Yahudi. Peringkat seterusnya adalah era pembaharuan Judaism di bawah kepimpinan Ezra, dianggap sebagai era terakhir di dalam perkembangan agama Yahudi (Judaism). Tahap-tahap perkembangan ini tercatat di dalam kitab suci Judaism, TaNaKH (Jewish Bible).
Bab ke III, Kitab-kitab suci agama Yahudi juga merupakan sebahagian dari landasan teori Ini memandangkan ‘aqidah kepercayaan Yahudi mengenai konsep “ bumi yang dijanjikan “ adalah berasaskan “covenant” iaitu kenyataan-kenyataan yang berupa janji Tuhan. ‘Aqidah bersaskan covenant ini berakar-umbi di dalam kitab suci agama Yahudi, Jewish Bible.
Perbincangan di dalam bab ini akan dibahagikan kepada dua fasal. Fasal I
akan membicarakan tentang sejarah perkembangan penulisan kitab suci tersebut dari sudut pandangan Yahudi dan Barat. Menurut mereka sejarah penulisan Jewish Bible adalah selari dengan sejarah perkembangan kaum bangsa Yahudi. Menurut sudut pandangan ini Jewish Bible terbahagi kepada tiga bahagian utama, Torah, Neviim dan Ketuvim (Heb. TaNaKH) iaitu koleksi buku-buku yang tergabung di dalam satu kitab suci, yang dikenali sebagai Jewish Bible. Kitab-kitab suci ini seluruhnya dianggap berasaskan wahyu dari Tuhan.
Fasal ke 2 adalah perbincangan mengenai perbahasan mengenai kitab-kitab suci agama Yahudi dari sudut pandangan Islam. Kitab-kitab suci ini juga turut dibincangkan di dalam tradisi Islam tetapi dari sudut dan perspektif yang berbeza. Memandangkan Jewish Bible didakwa sebagai kitab yang berasal dari wahyu Tuhan, Islam menggunakan kaedahkaedahnyayang tersendiri di dalam memeriksa kesahihan kitab berkenaan sebagai kitab yang
47
berasaskan wahyu. Kajian dan pemeriksaan menurut kaedah-kaedah Islam mendapati bahawa Jewish Bible terutama bahagian pertamanya, Torah memang berasal dari kitab wahyu, namun telah mengalami pengubahsuaian dari teksnya yang asal. Begitu juga dengan apa yang disebut covenant (perjanjian) Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam Torah dan Jewish Bible pada umumnya adalah merujuk kepada perkara mithaq (perjanjian) di antara Allah (s.w.t.) dengan para Anbiya’ yang terdahulu dan umat-umat mereka terutamanya Bani Israel.
Bab ke IV merupakan penerusan dan perincian kepada bab III yang lalu. Bab ini akan memfokuskan perbincangannya kepada persoalan covenant dan konsep “bumi yang dijanjikan”yang menjadi tema utama di dalam Jewish Bible. Perbincangan di dalam bab ini merupakan permulaan kepada kemuncak kajian kerana ianya menyentuh
hubung-kait di
antara konsep “ Bumi yang dijanjikan” ini dengan asas dakwaan Yahudi terhadap pemilikan bumi Palestin. Pada zaman moden ini konsep “ Bumi yang dijanjikan “ sebagaimana yang tercatat di dalam Jewish Bible ini telah dikaitkan dengan kuat oleh pergerakan Zionis dalam usaha mereka memperjuangkan sebuah penubuhan Negara kebangsaan Yahudi di Palestin. Bab ini juga akan mengandungi dua fasal perbincangan.
Fasal pertama dari bab ini adalah
mengenai takrif dan konsep covenant dari perspektif Barat yang pada umumnya berasaskan Bible. Pada keseluruhannya Jewish Bible mencatatkan beberapa siri covenant yang meliputi beberapa zaman seiring dengan zaman perkembangan sejarah Bani Israel. Sementara fasal kedua pula adalah perkaitan di antara covenant dengan fahaman Zionisme di zaman moden yang mempelopori perjuangan menubuhkan kerajaan kebangsaan Yahudi di Palestin.
48
Bab ke V dan terakhir di dalam kajian ini adalah analisa Islam terhadap covenant dan juga asas penubuhan Negara kebangsaan Israel moden di Palestin. Perbincangan di dalam bab ini juga akan terbahagi kepada dua fasal. Fasal I adalah analisa Islam terhadap covenant dan konsep “bumi yang dijanjikan”. Analisa dibuat berdasarkan kenyataankenyataan di dalam al-Qur’an dan juga beberapa komentar yang bersifat akedemik. Seterusnya fasal ke II adalah analisa dan kritikan terhadap asas dakwaan Zionis Yahudi mengenai asas penubuhan Negara Israel , 1948. Analisa dan kritikan dibuat berdasarkan penubuhan Negara tersebut dibuat sebagai memenuhi konsep “ bumi yang dijanjikan” berasaskan covenant menurut Jewish Bible. Dalam hal ini penulis berjaya mendapatkan banyak juga penulisan-penulisan kesarjanaan Barat yang mengkritik hebat konsep berkenaan sebagai fakta-fakta sokongan kepada analisa Islam. Terakhirnya adalah Bab ke VI sebagai bab penutup yang merumuskan keseluruhan kajian penulisan ini yang bermula dari bab I sehingga ke akhirnya pada bab ke V. Rumusannya menjelaskan bahawa Palestin menurut dakwaan kaum Yahudi adalah “ bumi yang dijanjikan” menurut kitab suci mereka Jewish Bible. Bagaimana berdasarkan analisa yang berbuat dari sudut pandangan Islam menjelaskan ianya adalah tidak benar dan satu kekeliruan semata-mata.
BAB II
YAHUDI: BANGSA DAN AGAMA
49
Bab ini adalah permulaan kepada landasan teori kajian yang akan membincangkan sejarah perkembangan
Yahudi dari segi bangsa dan agamanya. Sebagaimana yang telah
disebutkan sebelum ini bahawa istilah Yahudi dari perspektif Barat adalah merujuk kepada satu entiti yang beresepadu meliputi elemen-elemen etnik, bangsa dan agama 1. Oleh itu perbincangan di dalam bab pertama ini akan merangkumi dua fasal. Perbincangan di dalam fasal pertama adalah mengenai konsep Yahudi dari segi etenik dan bangsa, manakala fasal keduanya adalah mengenai Yahudi dari sudut agama ataupun mengenai agama Yahudi (Judaism).
2.1 Yahudi: Latarbelakang sejarah etnik dan bangsa.
Bahagian pertama daripada bab ini adalah perbincangan mengenai Yahudi dari sudut sejarah etnik dan bangsanya. Ia adalah merujuk kepada sejarah perkembangan satu kaum bangsa yang berasal dari keluarga patriarch Abraham yang berasal dari Mesopotamia. Sejarah keluarga ini bermula di sekitar akhir alaf kedua s.m. sesudah patriarch Abraham berhijrah ke Palestin melalui patriarch Jacob, generasi ketiga daripada Abraham. Patriarch Jacob juga dikenali sebagai Israel dan dengan itu kaum bangsa Yahudi yang berasal dari zuriatnya juga dikenali sebagai Bani Israel (Israelites).
2.1.1. Yahudi menurut etimologi bahasa (Barat) 1
Grolier Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal. 356. Lihat juga, laman web, ; http// en.wikipedia org/wiki/Who is a Jews%3F. " Siapakah Yahudi " (Hebrew)? Menurut laman web mengenai Yahudi bahawa ini adalah soalan dasar mengenai identiti Yahudi. Seterusnya di jelaskan bahawa ada berbagai definisi mengenai Yahudi sebagaimana yang telah ditentukan oleh kaum ini mengenai pengenalan diri mereka. Ia boleh ditakrifkan sebagai etnik dan boleh juga dirujuk sebagai agama. Definisi traditional Yahudi terhadap Yahudi adalah " seseorang yang dilahirkan oleh seorang ibu Yahudi ataupun seseorang yang berugama Yahudi. Lihat juga; http://simpletoremember.com/vitals/Jewish History.htm
50
Pada umumnya mengikut tradisi literasi Barat khususnya di dalam bahasa Inggeris bangsa Yahudi dipanggil Jews. Menurut The Oxford English Dictionary1, Jews atau yang dikenali juga dengan nama kaum Hebrew berasal dari sebutan bahasa Greek Ioudios , yang dikembangkan daripada perkataan Yehudah di dalam bahasa Hebrew. Ia merujuk kepada asal-usul bangsa Yahudi atau Hebrew yang berasal dari nama Judah , putera keempat kepada Jacob dan Leah Menurut New Encyclopedia Britanica 2 orang-orang Yahudi ( Jews) yang pada umumnya dipanggil Hebrew, adalah Bani Israel yang hidup di Tanah Suci ( Palestin) semenjak awal kemasukan mereka ke sana. Sejarah awalnya merujuk jauh kembali ke pertengahan millinium ke 2 s.m., bermula dengan Patriarch3 pertama kaum Hebrew, Abraham yang berasal dari Mesopotamia telah berhijrah ke negeri Kan'an ( kini meliputi negeri-negeri Israel moden dan Lebanon ). Di sini lahirnya Patriarch Jacob ( cucu kepada Abraham ) yang juga dipanggil Israel dan zuriat kelahirannya dinamakan Bani Israel atapun kaum Hebrew.
Menurut Encyclopedia Americana4 perkataan Jews di ambil daripada perkataan Greek; Ioudaios ataupun perkataan Latin; Judaeus yang semuanya berasal daripada perkataan Hebrew; Yehudi.
Perkataan ini pula di dalam bahasa Hebrew asalnya
1
The Oxford English Dictionary, (1989), 2nd ed. Vol. 8, Clarendom Press, Oxford, hal. 337. New Encyclopedia Britanica, (1998) vol. 22, Encyclopedia Britannica Inc.,London,hal. 380 & 544. 3 Patriarch adalah istilah Bible , gelaran yang menggabungkan makna-makna bapa,datuk dan moyang yang memimpin kaum merujuk kepada Abraham, Isaac dan Jacob, Lihat ; The Oxford Dictionary of World Relegions, ed. John Bowker, Oxford University Press (1977 ),hal. 740 4 The Encyclopedia Americana (1991),vol.16, Grolier Inc., Connecticut hal. 71-72. Lihat juga; American Educator Encyclopedian, vol. 7, United Educators Inc., New York ( 1991 ), hal. .J-63 2
51
(sebagaimana yang tercatat di dalam Bible ) merujuk kepada nama keluarga Judah, salah seorang putera Jacob . Bagaimanapun akhirnya nama ini diguna pakai untuk merujuk kepada keseluruhan" Bani Israel " Dengan kata lain nama Bani Israel digunakan sebagai merujuk kepada nenek moyang kaum Yahudi. Menurut encyclopedia ini lagi, Israel adalah gelaran yang diperolehi oleh Jacob setelah berjaya mengalahkan Malaikat dalam satu pergelutan gusti. Dalam kontek hubungan dengan kelompok luar, mereka mengelarkan diri mereka " Ivrim " ( Eng: Hebrew ) bermaksud orang dari seberang sungai. Hidup secara nomad berkhemah di pinggir-pinggir kota kaum Kan'an.
Menurut Universal World Reference Encyclopedia1, Jews, Hebrew dan Israel adalah satu kumpulan manusia atau keluarga, dipimpin oleh Abram atau Abraham hidup ( secara nomad ) berpindah-pindah di " dataran subur bulan sabit " ( the Fertile Cresent ) 2 sekitar tahun-tahun 2000 s.m. dan akhirnya menetap di Palestin. Apabila berlaku kemarau yang dahsyat di Palestin, mereka berpindah ke Mesir.
1
Universal World Reference Encyclopedia, ( 1968 ), Consolidated Book Publishers, Chicago, hal. 2713. (Bagaimanapun sumber ini tidak menjelaskan apakah Abraham ataupun seorang daripada keturunannya yang mengetuai perpindahan keluarga ke Mesir.). 2 Nama yang dibeikan kepada satu kawasan penempatan tamadun terawal manusia di Timur Tengah hampir berbentuk bulan sabit mengunjur daripada persisiran Mediterenian ( Israel, Jordan, Lebanon ) merentasi Utara Syria, Selatan Turki Utara Iraq dan Selatan Iran. Lihat; Grolier Encyclopedia of Knewledge, vol. 7, loc.cit., m.s. 246.
52
Menurut The World Book Encyclopedia pula 1, kaum Yahudi merujukkan identiti moyang mereka kepada Abraham yang menetap di Mesopotamia. Di sekitar tahun 900 s.m. Abraham berpindah ke Kan'an, sebuah negeri yang kemudiannya dipanggil
Palestin
( sekarang ini negeri Israel). Di negeri baru ini Abraham memperolehi zuriat melalui anaknya
Isaac dan seterusnya putera kepada Isaac, Jacob yang juga dipanggi Israel
mengasaskan satu bangsa yang baru, Hebrew atau juga dipanggil Bani Israel.
Demikianlah asal perkataan Yahudi dari segi etimologi bahasa-bahasa Inggeris, Latin dan Greek yang berasaskan bahasa asalnya, Hebrew. Nama bangsa Yahudi ini asalnya diambil dari nama Judah, satu peribadi yang paling dominan di kalangan 12 putera-putera Patriarch Jacob ataupun Israel.
Berdasarkan akar kata tersebut difahami
bahawa asas bangsa Yahudi ini sangat berkait rapat dengan tradisi agamanya Judaism yang juga berasal daripada akar kata yang sama, Judah. Hal ini akan dapat di lihat dengan lebih jelas apabila mengikuti latar belakang sejarah kaum bangsa ini menurut kitab suci agama Judaism, Jewish Bible.
2.1.2
Sejarah perkembangan bangsa Yahudi menurut Bible.
1
The World Encyclopedia(1980 ),,vol. 11, World Book – Childcraft International Inc., Chicago hal. 98-99. Ibid. (Bagaimanapun anggaran tarikh yang diberikan oleh sumber ini (900 s.m.) berbeza dengan anggaran tarikh (2000 s.m.) yang diberikan kebanyakan sumber yang lain).
53
Sejarah pembentukan dan perkembangan kaum bangsa Yahudi ini menurut catatan Bible merentasi beberapa zaman, bertahap dari abad ke abad. umumnya ia terbahagi kepada empat peringkat;
i-
Pada
1
Zaman awal Bible yang merangkumi di antara zaman Abraham ke zaman Moses.
ii- Zaman kerajaan-kerajaan Bani Israel. iii- Zaman penaklukan kuasa asing dan pembuangan Bani Israel ke bumi asing. iv- Zaman pembinaan semula kota suci Jerusalem sehingga pemusnahan terakhir di dalam abad pertama masehi ataupun juga dikenali sebagai zaman awal Kristian .
i-
Zaman awal Bible (2000 s.m.- 1200 s.m.)
Pada umumnya zaman ini dianggap sebagai zaman perkembangan dan pembentukan kaum Yahudi daripada sebuah keluarga sehingga kepada sebagai satu bangsa. Ia dikenali sebagai “ zaman Bible “ (Biblical Period)2
ataupun “ zaman Perjanjian Lama “ (Old
Testament Times )3 . Lebih khusus lagi tempoh ini dikatakan sebagai zaman awal Bible ( Earlier Biblical Period).
Zaman ini bermula catatannya di dalam Genesis; 11. buku pertama daripada Torah yang merupakan bahagian pertama daripada Hebrew Bible. Bermula dengan sejarah Abram 1
Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 10, loc..cit. hal. 356-357. Lihat juga, American Educator of Encyclopedia, vol. 2, loc.cit. hal. J-63 2 Grolier Encyclopedia of Knowledge, vol. 10, loc.cit. hal. 356. 3 American Educator of Encyclopedia, loc.cit. hal. J-63
54
di Ur, Kaldan (Mesopotamia,). Pada satu masa berdasarkan satu perintah Tuhan Abram bersama isteri dan anak saudaranya Lot telah bermigrasi ke negeri Kan'an, negeri yang dijanjikan untuknya dan zuriatnya. Di bumi yang janjikan ini, akhirnya Sarah telah mengandung dan melahirkan untuk Abraham seorang putera dan dinamakan Isaac1. Di sini juga kemudiannya Tuhan menukarkan nama Abram menjadi Abraham dan Sarai kepada Sarah. Kisah-kisah ini tercatat di dalam Bible2.
Bible mencatatkan bahawa Isaac telah dianugerahkan dengan
dua anak lelaki
kembar, Esau dan Jacob3 atau Israel dimana daripada Israel inilah berlangsungnya kaum bangsa Bani Israel. Seterusnya menurut Bible4 lagi bahawa Jacob dan seluruh zuriatnya Bani Israel berhujrah ke Mesir dan anaknya Joseph menjadi gebenur di sana.
Keluarga Jacob ( Israel ) yang berhijrah ke Mesir terdiri daripada anak-anak melalui dua isterinya; Leah dan Rachel dan dari seorang hamba perempuan Zilpah. Mereka adalah Rueben, Simeon, Levi, Judah, Isaachar, Zebulun, Gad, Asher, Dan, Naphtali, Joseph dan Benjamin serta anak-anak mereka. Itulah induk pertama keluarga Israel yang jumlah mereka seluruhnya adalah seramai 70 jiwa5. Di sanalah mereka memulakan kehidupan baru dan berkembang biak menjadi satu kaum-bangsa, Bani Israel. telah berubah setelah kematian Joseph dan kemunculan
Bagaimanapun nasib Bani Israel Fir'aun yang baru.
Mereka
menghadapi penindasan dan perhambaan sehinggalah mereka dibebas dan dikeluarkan daripada Mesir oleh pimimpin mereka yang baru, Moses. 1
The Encyclopedia Americana, loc.cit. Holy Bible ( King James Version ), , Zondervan ( 2002 ). Genesis; 12 : 1-7, 21: 1-3, 3 Ibid. 25: 24-26 4 Ibid. 45 : 18 , 26, 47 : 27. 5 Ibid. Genesis; 46 : 8-28. 2
55
Di dalam Exodus diceritakan bahawa kehidupan Bani Israel dalam suasana perhambaan ini berterusan sehinggalah mereka berjaya di selamatkan oleh Moses, pemimpin baru mereka dengan membawa mereka keluar " (Exodus) dari Mesir dengan pertolongan tuhannya. Setelah keluar dari Mesir dengan menyeberangi Laut Merah mereka tersesat dan merayau-rayau di padang pasir Sinai mencari-cari jalan untuk menuju ke " negeri yang dijanjikan" (Palestin). Perjalanan dan pencarian ini dikenali sebagai " wilderness1 di Sinai mengambil masa sehingga 40 tahun sebelum Bani Israel berjaya memasuki Palestin," negeri yang dijanjikan ."
Tempoh " wilderness " ini adalah merupakan sebahagian besar daripada tempoh kepimpinan Moses yang dihabiskan dalam memimpin Bani Israel yang berlangsung di Sinai. Di dalam tempoh ini banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku dan dialami oleh kaum Yahudi yang turut mempengaruhi perkembangan agama mereka Judaism. Apa yang paling penting di antara peristiwa-peristiwa ini ialah Moses menerima perintah-perintah Tuhan yang terkandung di dalam Kitab suci, di Gunung Sinai sebagai panduan untuk mereka. Peristiwa-peristiwa ini tercatat di dalam empat daripada “ Buku-buku Moses yang lima “2 (Five Books of Moses) daripada Hebrew Bible. Kisah-kisah Moses dan kaumnya termuat di dalam Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy.. Di dalam tempoh " wilderness " ini
1
, Exodus ; 16 : 1-2, 2 , " Buku-buku Moses Yang Lima” bermula dengan Genesis,dan empat lagi yang disebutkan di atas adalah kitab-kitab Torah, bahagian yang pertama daripada tiga bahagian di dalam Bible. Di dalam al-Kitab alMuqaddas, buku-buku tersebut dinamakan Safar Takwin,Khuruj, Lawiyyin, ‘adad dan Tathniyyah.
56
jugalah Moses menemui kematiannya sebelum sempat membawa umatnya menjejakkan kaki ke " negeri yang dijanjikan "
ii-
Kepimpinan Hakim Bani Israel (1200 s.m. – 586 s.m. )
Era ini bermula sejurus selepas kematian Moses, di mana tanggungjawab memimpin Bani Israel diambil alih oleh Joshua , bekas pembantu nabi itu. Di bawah kepimpinannya, beliau telah berjaya memimpin Bani Israel memasuki Palestin, " negeri yang dijanjikan " iaitu di sekitar tahun 1200 s.m.1 Dengan kejayaannya ini satu era baru telah bermula iaitu era kepimpinan Bani Israel. Era ini dimulakan dengan zaman kepimpinan para Hakim di mana Joshua dianggap Hakim pertama Bani Israel.
Menurut Bible2. di bawah kepimpinannya Joshua telah berjaya menjadikan Bani Israel sebagai satu bangsa yang kuat dan telah berjaya menawan kota-kota di bumi Kan’an (Palestin ) bermula di Jerico dan membersihkannya daripada lain-lain suku- kaum dalam masa yang singkat. Namun selepas kematian Joshua, Bani Israel dipimpin oleh para pemimpin kaum yang lemah. Tercatat di dalam Bible kisah kepimpinan seramai 14 Hakim sesudah zaman Joshua di dalam tempoh hampir mencecah 200 tahun. Mereka adalah Judah ( Jud; 1: 2 ), Ehud ( Jud; 3:15), Deborah ( Jud; 4:3), Gedeon (Jud; 6:14), Abimelech ( Jud; 9:22), Tola ( Jud; 10:2), Jair ( Jud; 10:3) Jephthah (Jud; 11:11), Ibzan (Jud; 12:8), Elon (Jud;12:11), Abdon (Jud; 12:13), Samson (Jud; 15:20) Eli (Samuel; l4:18) dan terakhirnya nabi Samuel.
1 2
The World Book Encyclopdia, loc.cit. Lihat juga; Americana Educator Encyclopedia, loc.cit. m.s. J- 63. Joshua, 2-12. Lihat juga , Yasyu’, Ishah 2-12.
57
. Bagaimanapun sebagai Hakim yang juga merupakan seorang Nabi, beliau adalah yang bertanggung jawab menerima perintah Tuhan melantik Shaul sebagai raja kepada Bani Israel1. Dengan perlantikan itu King Saul telah mengasaskan kerajaan Bani Israel bersatu (Israelite United Kingdom ) yang kuat bermula tahun 1020 s.m.
Kerajaan bersatu Bani Israel yang diasaskan oleh King Saul seterusnya dipimpin oleh King David dan King Solomon (1020 s.m.- 922 s.m.). Para pemimpin Bani Israel di era baru ini kemudiannya berjaya mengalahkan musuhnya2 dan telah menjadikan kota suci Jerusalem sebagai ibu-kota kerajaan Bani Israel. Dengan ini
kerajaan Bani Israel telah
berlangsung sebagai kerajaan yang kuat untuk sekurang-kurangnya selama satu abad.
Selepas kematian King Solomon tahun 922 s.m. takhta kerajaan digantikan oleh puteranya Rehoboam, seorang pemerintah yang tidak bewibawa. Beliau tidak mampu menahan kerajaannya daripada mengalami perpecahan. Di zaman pemerintahannya sebahagian besar daripada kaum Bani Israel menentang pemerintahannya menyebabkan kerajaan Israel berpecah dua, kerajaan Utara berpusat di Samaria dan kerajaan Selatan berkuasa di Jerusalem.
iii- Zaman penaklukan kuasa asing dan pembuangan Bani Israel.
1 2
1 Samuel; 3 Iihat, I Samuel; 7:8 & 8: 9-12
58
Bagaimanapun menurut Bible selain dari bermusuhan sesama sendiri yang diharamkan di dalam agama, Bani Israel telah menyimpang lebih jauh dalam kehidupan beragama . Mereka yang mendokong kerajaan Utara telah mula menyembah berhala Baal dan tidak lagi beribadah kepada Tuhan Israel1. Ini telah mendatangkan kemurkaan Tuhan, menyebabkan Tuhan membiarkan penjajah Assyria menganyang Bani Israel di Utara dan kota Samaria telah dihancurkan. Ini berlaku pada pertengahan abad ke 7 s.m. ( 721 s.m.). Penjajahan ke atas kerajaan Utara dan kota Samaria telah menamat langsung sejarah kewujudannya. Begitu juga ia mengakibatkan sebahagian besar dari Bani Israel yang menjadi warga Negara kerajaan Utara telah hilang tanpa dapat di kesan2. Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa “ kehilangan sepuloh suku-kaum Israel “ ( the ten lost Israeli’s tribes )3.
Selepas peristiwa ini tinggallah kerajaan Judea (Judah ) atau kerajaan Selatan yang berpusat di Jerusalem sebagai satu-satunya warisan kerajaan Bani Israel dan ia terus bertahan sehingga satu setengah abad berikutnya. Pada masa inilah nama Judah (Jehudah/Yehudi) telah mendominasikan keseluruhan nama Bani Israel4.
Namun akhirnya pendokong kerajaan Selatan ini juga turut terpengaruh dengan penyembahan berhala Ba’al yang pernah diamalkan oleh penghuni kota Samaria. Kemungkaran ini sekali lagi menimbulkan kemarahan Tuhan sebagaimana kemarahanNya ke 1
2 King, 16: 10-16 Ibid. 17: 1-6 3 Maksudnya 10 suku-kaum Bani Israel yang mendokong kerajaan Utara hilang kesempurnaan jati diri mereka yang asli. Ini kerana penjajah Assyria, telah melaksanakan dasar asimilasi dan kesatuan bangsa di Samaria. Mereka memaksakan Bani Israel “ hidup bersama” dengan lain-lain etnik yang dibawa masuk oleh penjajah dan menghasilkan satu entiti bangsa yang baru, Samaritan. Lihat, History of Jewish People, ed. H.H. Ben Sasson, (1976), Weidenfeld & Nicolson, London. hal. 137. 4 Lihat, Encyclopedia Americana, loc.cit. hal. 71 2
59
atas kerajaan Utara dahulu. Tuhan mengutuskan nabi-nabiNya Isaiah dan Jeremiah, memberi amaran terutama kepada pemerintah Bani Israel di Jerusalem, supaya tidak terus syirik kepada Tuhan dengan menyembah lain-lain sembahan selain dari Tuhan Israel .
Apabila pemerintah Judea terus mengepalai rakyatnya
mengamalkan perbuatan
syirik penyembahan berhala dengan berleluasa, malah memenjarakan nabi Jeremiah1 utusan Tuhan, akhirnya amaran- amaran yang dibuat oleh nabi-nabi Isaiah dan Jeremiah menjadi kenyataan. Pada tahun 598 s.m. Nebuchadnezzar dari Babylon telah menyerang dan menghancurkan kota Jerusalem.2. Bani Israel telah mengalami penghapusan etnik yang dahsyat, dibunuh tanpa belas kasihan. Selebih dari itu mana-mana kaum Yahudi yang terselamat dari pembunuhan di heret ke Babylon sebagai tawanan perang.
Penaklukan Nebuchadnezzar ke atas Jerusalem pada tahun 587 s.m. bukan sahaja telah menamatkan sejarah kerajaan Judea, malah kerajaan Bani Israel seluruhnya. Peristiwa penawanan kaum Yahudi di Jerusalem dan di bawa ke Babylon telah dikenali di dalam sejarah sebagai peristiwa “ pembuangan di Babylon” ( The Babylonian exile )3. Tempoh pembuangan kaum Yahudi di Babylon mengambil masa sekitar setengah abad.
iv-Pembinaan semula Jerusalem sehingga pemusnahannya yang terakhir.
1
Jeremiah; 32: 2-3 Lihat, Joan Comay, The Temple of Jerusalem, (1976), Weidenfeld & Nicolson, London,. hal.72. 3 Lihat, History of Jewish People. loc.cit. hal. 159 2
60
Setelah kematian Nebuchandnezzar, Maharaja Cyrus dari Persia telah menyerang dan menamatkan kekuasaan Babylon pada tahun 539 s.m. Di bawah kerajaan Persia, kaum Yahudi di Babylon di benarkan kembali ke Judea dan membina semula kota Jerusalem sebagai pusat keagamaan Yahudi. Usaha pembinaan semula kota Jerusalem dipergiatkan dibawah pengurusan Nehemiah, pemimpin Yahudi yang dilantik sebagai gabenor oleh kerajaan Parsi, di antara tahun 445-433 s.m.1 Selari dengan pembinaan itu, Nehemiah juga dikatakan menempatkan satu kumpulan para pendeta yang dipimpin oleh Ezra2 untuk memimpin kehidupan beragama bangsa Yahudi.
Pendeta Ezra3 ini juga merupakan tokoh terpenting di dalam era pembangunan semula Jerusalem ini. Beliau merupakan pemimpin agama kaum Yahudi yang dikatakan bertanggung jawab membukukan “ Undang-Undang Moses “ ( Torah ) sewaktu di dalam pembuangan di Babylon. Kepulangannya ke Judea adalah dihantar khas oleh pemerintah Persia sebagai memenuhi permintaannya untuk menjayakan misi pembangunan semula Jerusalem khasnya dibidang agama.
.
Walau bagaimanapun keceriaan bangsa Yahudi menikmati kebebasan tidak berpanjangan apabila mereka kembali dijajah oleh bangsa-bangsa asing. Diantara akhir abad ke 3 s.m. sehingga ke awal abad ke 2 s.m. muncul satu kuasa baru pimpinan Alexander dari
1
Lihat, Katheleen M.Kenyon, Jerusalem, (19670), Thames and Hudson, London, hal. 106-107. Neh; 2: 13 2 Neh; 7: 73 & 8: 1-7. 3 Ezra; 7: 1- 11
Lihat juga,
61
Greek yang berjaya mengalahkan Persia. Berikutannya seluruh tanah jajahan Persia di Asia Barat termasuk Syria dan Judea dikuasai olehnya dan pewarisnya Seleucid1.
Di dalam tempoh ini dan sejak beberapa lama sebelumnya, budaya dan agama Helleniesm yang berpaksikan pemujaan dewa Zeus telah menjadi amalan yang berpengaruh besar di wilaya-wilayah persekitan Laut Medeterranean. Di zaman pemerintahan Seleucid, kerajaan ini menggalakan amalan ini dengan membina bangunan-bangunan untuk pemujaan dewa-dewa Greek di wilayah-wilayah jajahannya termasuk Judea. Di dalam tempoh ini sebahagian daripada kaum Yahudi telah turut terpengaruh dengan amalan-amalan ugama dan budaya baru ini.2 Walaupun wujud penentangan dari kalangan yang di katakan orthordok agama ke atas pentadbiran Seleucid seperti penentangan yang diterajui oleh keluarga pendeta Maccabes, namun ia tidak begitu berjaya. Sebaliknya apabila cengkaman kuasa Seleucid telah lemah ia telah diambil kesempatan oleh pemimpin oppotunis Yahudi, Herod dengan dinaungi oleh kuasa Rom3.
Herod yang oppotunis, menggelarkan dirinya sebagai “ Maharaja Bani Israel “ (King of Israel ) dan pewarisnya yang dinaungi oleh kuasa Rom di dalam sejarahnya adalah bersamaan dengan zaman awal Kristian. Rakaman sejarah ini tidak lagi disebut di dalam “ Perjanjian Lama “ (Hebrew Bible ) tetapi tercatat di dalam “ Perjanjian Baru “ ( New Testament) 4.
Di antaranya di dalam gospel St.Matthew5 zaman ini digambarkan sebagai
satu zaman yang menjijikan dari segi moral. Pada masa ini “ John the Baptis “, seorang 1
Grolier Encyclopedia of Knowledge, vol. 16, loc.cit. hal. 389-390 The Temple of Jerusalem, loc.cit. passim. hal. 109-112 3 Ibid. hal, 135 4 Gosspel of S.Matthew; 2: 1. 5 Ibid. 14: 3-11 2
62
pendeta atau nabi, gigih berdakwah kepada penduduk Judea khasnya kepada keluarga pemerintah agar meninggalkan kemungkaran yang akan membawa kepada kemurkaan Tuhan.
Amalan “ courupt “ seperti ini jelas mengulangi amalan yang telah berlaku di dalam zaman-zaman pemerintahan kerajaan Israel sebelumnya samada di Samaria ataupun di Judea menjelang saat-saat kejatuhannya.
Setelah kematian “John the Baptis” dakwah di Judea diteruskan oleh Jesus, seorang pemuda Israel keturunan King David. Beliau dilahirkan di Bethlehem, tempat asalnya King David tetapi digelar “ Jesus of Nazareth”1 kerana dibesarkan di Nazareth sebagai menggantikan tugasan “ John the Baptis “. Namun pendakwah Jesus ini turut dimusuhi oleh keluarga Herod yang disokong oleh sekumpulan pelampau agama Yahudi yang dipanggil Pharisee. Mereka mendesak Pontius Pilate gabenur Rom di Judea supaya menamatkan misi dakwah Jusus. Di atas desakan ini gabenor Pilate telah mengistiharkan hukuman bunuh ke atas Jesus2.
Walaupun peristiwa hukuman bunoh ke atas Jesus adalah sesuatu yang kontraversi tentang hakikat kebenarannya, namun ia menggambarkan kemuncak kepada “ korupsi “ moral kaum bangsa Yahudi. Mereka jelas mengulangi amalan-amalan buruk nenek moyang mereka dahulu yang sering menimbulkan kemarahan Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam Bible.
1 2
Ibid. 1 & 2 The Temple of Jerusalem, loc. cit. hal. 146.
63
Akhirnya dengan sebab-sebab korupsi politik mahupun peribadi, sekali lagi pada tahun 70 m. Tuhan membiarkan tentera Rom di bawah pimpinan putera Titus menyerang Judea dan menghancurkan kota Jerusalem dalam peristiwa yang dikenali sebagai kehancuran terakhir (final destruction ) ke atas kota tersebut. Ekoran dari serangan ini sebahagian daripada masyarakat Yahudi termasuk golongan pendeta mencari perlindungan di Babylon. Ini kerana Babylon yang berada di dalam kawalan Parsi, agak selamat daripada ancaman Romawi dan masyarakat diaspora Yahudi ini boleh terus mengamalkan agama Yahudi. Bagaimanapun sebahagian besar dari kaum bangsa telah mengalami pembuangan secara besar-besaran ke seluruh tanah jajahan Rom di Eropah. Inilah sebenarnya peristiwa yang dikenali sebagai “ diaspora “ Yahudi yang berpanjangan kewujudannya sehinga ke zaman moden. Penempatan-penempatan diaspora ini terus menghidupkan semangat cintakan Zion (love Zion) dengan slogan yang merupakan harapan dan cita-cita mereka untuk kembali ke Zion (return to Zion ). Bertitik-tolak dari semangat inilah tertubuhnya pergerakan zionis di Eropah pada abad ke 19 m. memperjuangkan gerakan mengembalikan semula kerajaan (kingdom) Israel di Zion, iaitu Jerusalem.
Demikianlah perjalanan sejarah kaum bangsa Yahudi berdasarkan kepada catatan Bible “ Perjanjian Lama “ ataupun Jewish Bible . Memandangkan catatan sejarah yang begitu menyeluruh tentang perjalanan sejarah Yahudi di dalam Jewish Bible jelas bahawa isi kandungan kitab suci Judaism ini adalah di dominasikan oleh sejarah kaum bangsa Yahudi.
64
Berdasarkan fenomena ini juga para penulis dan pengkaji sejarah di Barat turut menjadikan Bible selain dari ianya dianggap kitab suci juga dianggap sebagai buku rujukan sejarah.
2.2
Judaism.
Judaism sebagaimana nama yang lebih dikenali di Barat adalah merujuk kepada agama khusus untuk kaum bangsa Yahudi. Agama ini dipanggil Judaism kerana merujuk kepada perkataan Judea nama negeri yang dikuasai oleh keturunan Judah, tokoh yang dominan di dalam sejarah bangsa tersebut.
2.2.1. Judaism menurut etimologi bahasa.
Menurut The Oxford English Dictionary1 Judaism adalah kepercayaan dan amalan agama kaum Yahudi. berasal daripada perkataan " Judah ". Judah (Heb: Jehudah) adalah nama anak lelaki kepada Jacob. Beliau dianggap moyang kepada satu kabilah Yahudi purba yang mengasaskan kerajaan di Selatan Palestin. Menurut The Oxford Dictionary of World Religions2, Judah adalah putera ke empat kepada Patriarch Jacob daripada isterinya Leah., Beliau dianggap moyang kepada kabilah yang paling dominant di Selatan Israel, kabilah yang terus setia dengan warisan kerajaan King David.
The Oxford Dictionary of the Christian Church3 juga menyatakan, Judaism adalah kepercayaan dan amalan kaum Yahudi. Berasal daripada perkataan " Judah" dalam bahasa 1
The Oxford English Dictionary, (1989), 2nd ed.,: Clarendon Press, Oxford hal. .291. The Oxford Dictionary of World Religions, (1977), ed. John Bowker, Oxford University Press, Oxford:, hal..511. 3 The Oxford Dictionary of the Christian Church, (1958), Oxford: Oxford Universiti Press, , hal..748. 2
65
Hebrew yang asal, " Yehudi " Ia juga merujuk kepada kerajaan Selatan di Palestin yang berakhir dengan peristiwa "pembuangan Babylon " (586 s.m.). Demikian juga The Oxford Reference Dictionary4 menyatakan bahawa Judaism agama kaum Yahudi, berasal dari nama "Judah" satu daripada 12 kabilah Israel yang paling berkuasa. Selepas zaman pemerintahan King Solomon mereka bersama-sama dengan kabilah keturunan Benjamin
telah
mengasaskan kerajaan yang berasingan di Judea, selatan Palestin.
Begitu juga The New Bible Dictionary3 merujukan asal Judaism kepada nama Judah, anak lelaki ke empat kepada Jacob daripada isterinya Leah. Keturunan Judah muncul dan menjadi dominan selepas kematian King Solomon yang membawa kepada perpecahan kerajaan Bani Israel. Mereka berjaya menguasai dan memerintah bahagian Selatan (yang lebih luas daripada bahagian utara) dan mengasaskan kerajaan baru, Judea. Chambers's Biografical Dictionary4 juga mengatakan Judah adalah nama anak lelaki keempat Jacob dari isterinya Leah, moyang kepada kabilah yang terkuat daripada keseluruhan 12 kabilah Bani Israel.
Pada umumnya dari segi etimologi bahasa, agama Yahudi ataupun Judaism sebagaimana ianya dikenali di dalam tradisi Barat berasal daripada perkataan " Judah ", nama kepada salah seorang putera kepada Jacob yang juga digelar Israel. Kaum dari keturunan Judah ini menguasai kerajaan Selatan Israel selepas kematian King Solomon dan terus kekal menguasai saki-baki kerajaan Bani Israel selepas kehilangan kerajaan Utara di tangan penjajah Assyria. Golongan ini kemudiannya telah menghadapi tempoh pembuangan 4
The Oxford Reference Dictionary, (1986), Oxford: Clarendon Press, ,hal..446. The New Bible Dictionary, (London: The Intervarsity Fellowship,1962) m.s.666 4 Chambers's Biografical Dictionary, ed. J.O.Throne, (New York: St.Martin Press,revised ed. 1969), m.s.719 3
66
di Babylon namun tetap mengekalkan cara hidup beragama. Selepas kepulangan dan pemulihan semula kota Jerusalem, cara hidup beragama mereka terus dimantapkan. Dengan itu
nama agama ini akhirnya disinonimkan dengan nama Judea atau Judah dan dikenali
dengan nama "Judaism".
Kesimpulannya Judaism berasal dari nama Judah, kaum yang berpengaruh (dominant) dan berperanan besar di dalam perkembangan sejarah Bani Israel. Dominasinya yang besar ke atas Bani Israel telah mempengaruhi nama agama yang diamalkan oleh kaum bangsa itu walaupun nama Judaism ini tidak pernah tersebut di dalam Bible.
2.2.2. Judaism menurut perspektif Barat. Di dalam perspektif Barat, secara umumnya Judaism dikenali sebagai agama bagi kaum Yahudi. The Concise Oxford Dictionary1 secara ringkasnya menjelaskan bahawa Judaism adalah agama orang Yahudi yang percayakan Tuhan yang Esa berasaskan ajaran Musa dan para pendeta Yahudi. The Encyclopedic Dictionary of Religion2 juga dengan ringkasnya menyatakan bahawa Judaism, adalah istilah bagi agama dan kebudayaan orang Yahudi yang mereka kembangkan sejak di zaman kerajaan Judea dan Dispora Persia dalam period (539-333 s.m.) Seterusnya melalui zaman-zaman (penjajahan) Greek (333-63 s.m.), Roman (63 s.m.- 70 m.) Rabbis (70-400 m.) Pertengahan ( abad ke 7-16 M.) dan Emancipasi Moden ( abad ke 18-20 M.)
1
The Concise Oxford Dictionary, (1976)6th ed., ed. J.B.Skyes, The Clarendon Press, Oxford, hal.584. Encyclopedic Dictionary of Religion (1979), vol. F-N, Corpus Publication, Washington D.C. copyright, hal. 1941 2
67
Encyclopedia of Religions and Etics1 juga secara ringkas menerangkan Judaism adalah agama yang mula didakwahkan oleh Abraham dan ditandai oleh perintah "berkhatan" Ia adalah agama tertua yang wujud di dunia. Ajaran Judaism diasaskan di atas dua dasar, Percaya kepada Tuhan Yang Esa dan pemilihan bangsa Israel.
Menurut The World Book Encyclopedia,2 Judaism ( Joo-dee-ihz-uhm ) adalah agama anutan kepada 15 juta bangsa Yahudi di seluruh dunia. Ia adalah agama tertua di kalangan agama-agama besar di dunia dan yang pertama mengajar tentang monotheism ( keesaan Tuhan ). Malah menurutnya Islam dan Kristian juga berasal dari ajaran Judaism. Ini kerana Islam juga berakidahkan keesaan Tuhan sementara Kristian pula menerima dan percaya kepada "Hebrew Bible " yang disebutl di dalam Kristian sebagai " The Old Testament " Hukum-hakam agama Judaism yang asas ( menurut kepercayaan Kristian) terdapat di dalam "Torah",kitab pertama di dalam " Hebrew Bible " ataupun " Old Testament " Bagaimanapun tidak seperti Islam dan Kristian yang lebih bersifat terbuka, Judaism adalah agama untuk bangsa Yahudi sahaja.
Menurutnya lagi,. "Covenant with God" adalah perjanjian khas yang kaum Yahudi percaya termeterai di antara Tuhan dengan moyang mereka Abraham. Menurut Bible, Tuhan telah menjanjikan Abraham dan keturunannya akan diberikan berkat jika mereka terus beribadah kepadaNya. Tuhan seterusnya memperbaharui Covenant ini dengan Isaac putera Abraham dan Jacob putera Isaac. Jacob juga di gelar dengan nama Israel yang dengan itu keturunannya di panggil Bani Israel. Beberapa lama kemudian
1 2
Encyclopedia of Religion and Etics (1911), vol.7, T. & T. Clarck, Edinburgh, hal.581 The World Book Encyclopedia ( 2001), World Book Inc. , Chicago, copyright renewed hal. 179.
68
Tuhan menurunkan "Ten Commandment" dan lain-lain hukum kepada Bani Israel sebagai panduan melalui pemimpin mereka Moses1.,
Di dalam A Dictionary of Comparative Religion2, Judaism dijelaskan sebagai kepercayaan dan kandungan pengajaran kitab suci kaum Hebrew. Asasnya "Covenant" iaitu satu pengisytiharan perjanjian keimanan terhadap "Tuhan semasa" mengatasi seluruh tuhan-tuhan (berasaskan cekerwala) sembahan suku-kaum yang berjiran Ia bermula dengan Abraham, Hebrew pertama yang berasal daripada "Urr" (selatan Iraq), sekitar tahun 1900 s.m . Akhirnya istilah Hebrew ini diguna-pakai bagi merujuk kepada Bani Israel setelah mereka menetap di bumi Kanaan.
Secara lebih jelas menurut The Encyclopedia of Jewish Religion3, Judaism adalah agama kaum Yahudi, yang di dalam konteksnya yang lebih luas, merujuk kepada keseluruhan nilai, etika, sikap dan apa sahaja yang bersifat Yahudi. Istilah "Judaism " ini tidak terdapat di dalam Bible, tetapi mula didapati penggunaannya (Heb. Yehadut ) dalam kitab " Midrash " . Ia merujuk kepada keseluruhan pemikiran Yahudi, bermula daripada kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan segala etika yang berkaitan. Dalam hal ini Tuhan memanifestasikan hubungannya dengan alam dan sejarah, iaitu makhluk dan pergerakan mereka ( creation & exodus ) Dakwah dan etika serta Ibadah dan hukumhakam yang diajarkan oleh Nabi ( Prophets) dan Padri (Priest) tercatat di dalam Talmud Ia terus diberikan bimbingan oleh para pendeta Yahudi (Rabbis). 1
The World Book, ibid. A Dictionary of Comparative Religion, , (1970), gen.ed. S.G.F.Brandon, Weidenfeld & Nicolson, London,hal. 378. 3 The Encyclopedia of the Jewish Religion, ( 1967), ed. Dr.R.J. Zwi Werblowsky & Dr.Geoffrew Wigoder, Massada Press Ltd., Tel Aviv, hal. 218. 2
69
Demikianlah secara umumnya pengertian Judaism menurut persepektif Barat bahawa ia adalah agama bagi kaum bangsa Yahudi. Sebagaimana dengan kaum bangsa Yahudi, Judaism juga mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.
Berkenaan dengan perkembangan sejarah perkembangan Judaism, A Dictionary of comparative Religion1 menyatakan bahawa Judaism berkembang secara berperingkat. Pada peringkat pertama Judaism masih bersifat patriarchal, iaitu amalan agama yang dibimbing oleh bapa atau datuk yang berpengaruh ( Patriarch Abraham, Isaac & Jacob) Pada masa ini " pernyataan keimanan " menyaksikan penglibatan satu keluarga besar ke dalam satu "perjanjian eksklusif " di antara " God of Abraham " dengan Abraham , Isaac dan Jacob. Peringkat kedua ialah exodus iaitu keluarnya Bani Israel daripada Mesir bersama pemimpin mereka Moses pada abad ke 13 s.m. Pada ketika ini Tuhan Yahvist yang mengadakan covenant dengan Patriarch Abraham, Isaac dan Jacob dahulu mengadakan covenant yang sama dengan Moses di Mt. Sinai, di atas asas yang sama dalam bab ketuhanan. Malahan di dalam covenant pada kali ini Moses menerima hukum dan perundangan dikenali sebagai "Undang-Undang Musa" (Mosaic Law) yang menjadikannya asas kepada Judaism, agama rasmi untuk bangsa Yahudi.
Di dalam Historical Atlas of Religion of the World,2 juga dikatakan Judaism berkembang di dalam sejarah secara perlahan dan berperingkat sambil menyerap pengaruh-pengaruh kepercayaan dan kebudayaan bangsa-bangsa pra-sejarah yang 1
Ibid. Historical Atlas of Religion of the World , Ismail Faruqi/ David E.Sopher,: Macmilan Publishing Co.Inc., New York (1974), passim. hal. 139-141 . 2
70
bejiran. . Daripada peradaban dan kebudayaan Babylon tempat di mana Abraham dilahirkan. Hebrew mendapat suatu tradisi berasaskan undang-undang berasaskan konsep kehidupan manusia mesti diuruskan oleh satu peraturan yang adil. Menurut kepercayaan Bible, peraturan ini semestinya datang dari Tuhan yang berkuasa ke atas seluruh alam. Daripada Mesir tempat Hebrew pernah diperhambakan mereka mendapat semangat dedikasi yang kuat untuk hidup sebagai bangsa yang merdeka Daripada bumi Kanaan juga Hebrew turut terpengaruh dengan unsure-unsur ketuhananna tempatan setelah exodus ke sana.
Menurut buku ini lagi, berdasarkan kitab suci dan catatan lama kaum Yahudi, Judaism bermula sebagai agama Tauhid yang diwahyukan Tuhan terus kepada Abraham bagi diperkenalkan kepada manusia bahawa Tuhan pencipta alam ini adalah Tuhan kepada semua manusia. Isaac dan Jacob meneruskan ajaran ini. Bagaimanapun berbagai kepercayaan Jahiliyyah sempat menyerap dan memerosotkan tahap keagamaan Hebrew. Kepada Moses Tuhan mewahyukan bahawa "Dia adalah Penguasa Sejarah sekaligus sebagai Sumber Kebebasan dan Kecintaan". Di zaman-zaman muta'khir Judaism, para Rabbis mengkanunkan wahyu-wahyu Musa, dibukukan dan dipanngil " Torah of Mosses " Buku ini dianggap sebagai " Kitab Dakwah dan Qanun para Nabi Yang Terakhir "1
Di dalam The Universal World Reference Encyclopedia2 dinyatakan bahawa Judaism adalah istilah yang timbul pada awal abad pertama (masehi ) untuk menjelaskan 1
Ibid., m.s.139-141 (passim) The Universal World Reference Encyclopedia,:Consolidated Book Publisher, copyright, , Chicago, (1968) hal. 2749. 2
71
agama kaum Yahudi berasaskan hukum yang di wahyukan di Gunung Sinai. Prinsip asas Judaism adalah monotheism (kepercayaan kepada satu Tuhan). Walaupun kepercayaan monotheism ini telah mula dianuti pada zaman Abraham, namun Judaism sebagai agama secara rasminya terbentuk dan di asaskan oleh Moses. Sebagaimana yang nyatakan di dalam sumber sebelumnya, sumber ini juga menyatakan bahawa perkembangan Judaism sebagai agama bangsa Yahudi berlangsung dengan dipengaruhi oleh tahap-tahap perkembangan sejarah budaya dan sosial bangsa itu.
Menurut sumber ini bahawa di peringkat awal Bani Israel menduduki Palestin setelah keluar dari Mesir, amalan agama mereka hanya menekankan ibadat korban. Begitu juga pada masa ini segala keputusan berkenaan agama terletak sepenuhnya di tangan ketua penguasa agama (priesthood). Kemudiannya sepanjang tempoh " pembuangan di Babylon " Judaism berpaksi sepenuhnya di atas ajaran Kitab Torah. Pada abad ke 5 s.m. konsep monotheism
matang dan stabil (setelah Bani Israel
kembali ke Jerusalem), Tuhan Israel diisytiharkan sebagai Tuhan kepada seluruh manusia. Bagaimanapun berikutan dengan pemusnahan terakhir Negara Yahudi oleh penjajah Roman tahun 70 Masehi, Yahudi mengalami dispora di seluruh dunia. Pada zaman itu rumah Ibadat mereka ( Synagogue) menjadi nadi kehidupan Judaism dan para pendetanya (Rabbis) menjadi pemimpin kerohanian.1
Sementara itu menurut The Oxford Dictionary of World Religion,2 nama Judaism dikatakan hanya muncul pada permulaan zaman Kristian. Sebagaimana juga agama-
1 2
Ibid. The Oxford Dictionary of World Religion, loc.cit.hal. 512.
72
agama besar dunia, terdapat juga ketidakseragaman dalam kepercayaan dan amalan di kalangan penganut Judaism. Identiti bersama mereka lebih menonjol dilihat dari sudut bangsa yang berketurunan Abraham melalui Isaac dan seterusnya Jacob. Mereka menganggap bangsa mereka ini adalah bangsa pilihan Tuhan untuk menerima hidayahnya, Torah. Bagaimanapun konsep " " bangsa pilihan Tuhan " mula dipertikaikan sejak abad ke 20 (Masehi). Ini memandangkan munculnya golongan " " secular-cultural Jewish di samping " religious Jewish ". Golongan pertama hanya menerima sejarah dan nilai-nilai Yahudi tetapi tidak mengamalkan hukum-hakam Torah berbanding golongan kedua yang menrima ajaran Torah. Pun begitu di kalangan " religious Jewish " ini juga berlaku perbezaan dalam kontek menerima Torah.dan mengamalkannya di dalam kehidupan. Perbezaan ini melahirkan kumpulan-kumpulan. orthordox-conservative dan Reform-Progressive.
Menurut sumber ini1 lagi bahawa asal Yahudi dan Judaism bermula dengan keluarga Jacob ketika mereka mula-mula menetap di Canaan (Kan'aan.) Sebahagian daripada mereka berpindah ke Mesir dan secara dramatik mereka diperhambakan di sana. Selepas berjaya keluar daripada Mesir, " Tuhan ( Yahwh ) " mengadakan "covenant " dengan pemimpin mereka Moses di Mont Sinai. Melaluinya Yahwh mengisytiharkan bahawa Yahudi adalah bangsa suci pilihan Tuhan dan menggesa mereka sentiasa melakukan korban sebagai simbol Ibadah terhadapNya. Berasaskan semangat inilah David menduduki dan menguasai Jerusalem yang dibina padanya " rumah Ibadah " (temple ) untuk tujuan Ibadah dan Korban. " Temple " pada masa itu telah diperuntukan kawasan "dalaman-larangan" yang paling suci yang hanya boleh dimasuki oleh seorang 1
Ibid. m.s. 512-513
73
yang paling tinggi kedudukannya di dalam agama Yahudi.. Akhirnya Jerusalem dan " temple" dimusnahkan, serta Bani Israel terbuang di Babylon. Namun begitu agama ini tetap diamalkan. Sewaktu kehadiran Jesus, Judaism telah berada di dalam peringkat matang dan mula mengalami perbezaan-perbezaan pendapat di dalam mentafsir dan mengamalkan covenant. Di pertengahan abad pertama Masehi sekali lagi Jerusalem dimusnahkan dan bangsa Yahudi kehilangan tempat tinggal. Namun Judaism tetap di amalkan dengan bimbingan para "Rabbis"
Encyclopedia of Religion and Ethics1 juga turut menjelaskan bahawa Judaism juga telah mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Pada awalnya ia bermula dengan dakwah monotheism oleh Abraham dan menjadi agama para Patriarch. Kemudiannya ia telah berkembang menjadi agama kepada bangsa Israel. Di dalam mengulas perkembangan Judaism di zaman-zaman terakhirnya, Encyclopedic Dictionary of Religion2 menyentuh tentang perkembangannya di zaman penjajahan Rom sebelum berlakunya diaspora. Menurutnya John the Baptis yang berdakwah sewaktu Judaism telah berpecah kepada beberapa puak seperti Sadducees dan Pharisees. Begitu juga para pengikut Jesus yang terawal adalah sebahagian dari puak-puak di dalam Judaism di abad pertama masehi. Dalam perkembangan ini Encyclopedia of Jewish Religion3, melihat bahawa reformasi yang dimulakan oleh Ezra pada abad ke 5 s.m adalah bahagian yang sangat penting di dalam perkembangan agama Judaism. Usaha terpenting Ezra ialah penulisan semula kitab Torah4 di Babylon dan membacanya 1
Encyclopedia of Religion and Ethics, loc.cit. Encyclopedic Dictionary of Religion, loc.cit. hal. 1942 3 Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. (passim) hal. 373-375 4 Adalah dkatakan di dalam tempoh in Ezra, seorang pendeta telah menghafal Torah,dan membukukannya sebagai buku undang-undang Musa ( Law of Moses ) untuk dibacakan kepada khalayak tanpa terikat dengan kewujudan rumah ibadah. Sebagai seorang reformis agama, inilah yang dilakukannya apabila 2
74
kepada khalayak awam. Menurut sumber ini lagi, reformasi Ezra itu telah memperkenalkan ciri-ciri yang terus menjamin dinamika di dalam kehidupan beragama sehingga ke zaman moden. Ia juga dianggap perintis kepada penulisan Oral Torah sesudahnya oleh para Rabbi dan kepimpinan mereka di dalam Judaism khususnya di zaman-zaman diaspora. Di antara tokoh Rabbi yang terkemuka di dalam zaman diaspora ini adalah Rabbi Judah Ha-Nasi (m. 220 m.) yang telah menghasilkan penulisan Mishnah sebagai penjelasan-penjelasan kepada Torah. Menjelang tahun 500 m. sekumpulan para ahli hukum agama Yahudi menghasilkan Gemara iaitu beberapa komentar terhadap Mishnah. Kedua-duanya digabungkan kemudiannya di dalam kompilasi buku yang dipanggil Talmud bermaksud pengajaran (teaching )1, di mana isi kandungannya juga dianggap berasaskan konsep dan semangat Oral Torah. Akhirnya Talmud lebih diguna-pakai oleh para Rabbi di dalam memimpin pengajaran dan amalan agama Yahudi melalui institusi-institusi pengajian umum (Heb. Midrash) dan pengajian khusus ( Heb. Halakhah)
Demikianlah pada asasnya konsepsi umum Judaism dari sudut pandangan Barat bahawa Judaism ditanggapi sebagai agama khusus untuk bangsa Yahudi atau Bani Israel yang mengalami beberapa tahap perkembangannya. Sejarahnya bermula dengan
kembali semula ke Jerusalem. Di katakan di dalam tempoh Rumah Ibadah Sulaiman ( Solomon Temple ) masih di dalam pembinaan semula, Ezra mengumpulkan kaum Israel Judea yang memenuhi halaman malah di atas jalan di hadapan pintu gerbang utama rumah ibadah dan membacakan Torah secara langsung kepada mereka untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Sedang menurut tradisinya Torah hanya dibaca di dalam ruang yang paling suci di dalam Temple of Jerusalem. Sebelum zaman David mendapatkan penguasaan ke atas kota suci Jerusalem, buku-buku Musa hasil dari “ covenant ” di Mont Sinai tidak pernah dibacakan melainkan hanya tersimpan di dalam “ peti perjanjian Tuhan “ ( The Ark of covenant of God ). Dengan usaha ini Ezra juga dianggap sebagai pengasas sebenar kepada amalan di dalam Judaism , Lihat, Temple of Jerusalem, loc.cit hal. 104 Lihat juga, The book of Nehemiah; 8: 1-3 1 Lihat, Encyclopedia of Jewish Religion, op,cit. hal.373
75
"covenant" antara Tuhan dengan Patriach Abraham, Isaac dan Jacob (Israel) 2. Ia adalah persetiaan yang menuntut keimanan kepada Tuhan dan balasannya ialah Tuhan memberkatkan mereka dan keturunan mereka (Bani Israel) dengan menjanjikan bumi yang dianugerahkan Tuhan kepada mereka iaitu bumi Canaan ( Palestin ). Pembaharuan "covenant" seterusnya dikatakan berlaku di antara Tuhan dengan Bani Israel melalui pemimpin mereka Moses di Mont Sinai selepas mereka berjaya di bawa keluar daripada perhambaan di Mesir.
Melalui “ covenant “ di Mont Sinai inilah Tuhan memberikan “ 10 wasiat “ ( Ten Commandment ) yang dianggap sebagai asas kepada Torah, “kitab hukum nabi Musa “ ( Law of Moses ). Melalui pemberian kitab Torah ini bermulalah pembentukan dasar Judaism sebagai sebuah agama yang berasaskan hukum-hukum dari Tuhan. Proses perkembangan dan pembentukan Judaism sebagai agama kepada Bani Israel tidak terhenti dan berakhir dengan kematian Moses. Malah ajarannya terus terbina dan berkembang pada zaman nabi-nabi terkemudian seperti pada zaman King David dan King Solomon.
Pada zaman King David , Judaism telah memasuki satu fasa yang dianggap matang. King David telah berjaya menduduki Jerusalem dan telah secara rasmi 2
"Abraham, Isaac and Jacob, known as the Patriarchs, are both the physical and spiritual ancestors of Judaism. They founded the religion now known as Judaism, and their descendants are the Jewish people. Of course, technically, it is incorrect to refer to Abraham, Isaac and Jacob as Jews, because the terms "Jew" and "Judaism" were not used generally to refer to this nation until hundreds of years after their time; nevertheless, for convenience and in accordance with common practice, these terms had been used". Lihat; http://www.jewfaq.org/origins.htm
76
menjadikan kota suci itu sebagai pusat ibadah korban, simbol pengabdian terhadap Tuhan Israel. Penggantinya, King Solomon, telah membina satu rumah ibadah (Solomon Temple) yang tersergam hebat untuk Tuhan Israel di Jerusalem pada zamannya.
Bagaimanapun bermula dengan tempoh " pembuangan di Babylon " di abad ke 5 s.m. Judaism telah mengalami satu reformasi di dalam perkembangannya. Ini merupakan tempoh terpenting di dalam pekembangannya yang merujuk kepada reformasi agama Yahudi yang diusahakan oleh Ezra di Babylon. Beliau telah membukukan semula Torah dan membacakannya kepada umum sebagai panduan kehidupan kaumnya samada sewaktu berada di Babylon dan sesudah kepulangan semula ke Jerusalem. Pembaruan yang bermula di Babylon ini dibuat sesuai dengan suasana diaspora yang berjauhan dari “ Rumah Ibadah di Jerusalem”, di mana amalan utama sebelumnya iaitu ibadah korban yang dilakukan di rumah Ibadat Solomon tidak lagi dapat dilakukan. Bermula dengan reformasi ini pembacaan Torah kepada umum telah menjadi amalan utama Judaism menggantikan korban walaupun sesudah kaum Yahudi kembali ke Jerusalem.
Inilah bentuk dan peringkat perkembangan terakhir agama Judaism. Sebaik bermulanya diaspora di awal-awal abad Masehi, kehidupan beragama masyarakat Yahudi mutakhir berpusat kepada pimpinan dan bimbingan Rabbi. Di dalam perkembangan mutakhir Judaism ini, yang juga dikenali sebagai “ late-Judaism “ ia terpaksa bersaing hebat dengan kemunculan Kristian yang juga lahir dari kalangan Bani Israel di Palestin.
77
Itulah perspektif umum Barat mengenai konsepsi Judaism dan perkembangannya. Sebagai agama esklusif bagai kaum bangsa Yahudi perkembangannya adalah selari dengan sejarah perkembangan kaum bangsa ini. Pada dasarnya perspektif umum Barat terhadap agama ini banyak berasaskan kefahaman mereka berdasarkan sumber-sumber dari Bible.
Namun berdasarkan wujudnya sejarah persaingan yang hebat antara Judaisma muta’khir dan awal Kristian menyebabkan wujudnya juga beberapa sudut pandangan Barat yang agak skeptik, terhadap Judaism yang dikatakan berasaskan Jewish Bible atau “ Perjanjian Lama “. Umumnya aliran pemikiran seperti ini adalah daripada sumber-sumber pro-Roman Katolik yang sejak dari awal kelahiranya telah menampakan unsur-unsur persaingan dan permusuhan ke atas Yahudi dan Judaism.
Di antaranya menurut The Catholic Encyclopaedic Dictionary,1 Yahudi ( Heb. Y'hudah), adalah dikatakan nama salah satu daripada 12 kabilah Hebrew. Mereka asalnya adalah anak-anak dan keturunan Israel (Jacob) yang dipilih Tuhan untuk menerima Syariat berasaskan WahyuNya. Bagaimanapun selepas mereka menolak Jesus Christ, iaitu Messias/Messiah yang mereka nanti-nantikan kedatangannya sebelum itu, mereka telah dihukum Tuhan. Bangsa dan Negara Israel dihancurkan sepenuhnya apabila tentera Roman menyerang dan menghancurkan Jerusalem pada tahun 70 Masehi. Sejak itu bangsa Yahudi telah terbuang (dispora ) di seluruh pelusuk dunia. dan mereka adalah pengamal " gereja Perjanjian Lama " lantaran Tuhan telah menghantar “Perjanjian Baru “ melalui Jesus Christ.
1
The Catholic Encyclopaedic Dictionary, ed. Donald attwater,2nd ed. Cassel & Company Ltd, London, (1951 ) hal. 267.
78
Menurut sumber ini lagi, masalah yang terbesar dalam hal ini ialah sikap kaum Yahudi yang telah mengamalkan sikap " tutup minda " terhadap Kristianiti sejak tragedi kehancuran Jerusalem. Ini yang menyebabkan perhatian dan "ases " Kristianiti telah hilang daripada kehidupan mereka. Seterusnya kenyataaan mengenai Judaism 1 menurut sumber ini lebih jelas lagi menampakan unsur-unsur saingan atau permusuhan apabila ia dikatakan sebagai " agama yang di wahyukan Tuhan " pada asalnya kepada Bani Israel tetapi kini telah diwakili oleh Gereja Katholik kerana menerima misi Messiah , Jesus Christ, sedangkan Yahudi menolaknya.
Begitu juga Dictionary of Moral Theology2 turut menyatakan bahawa Judaism adalah agama kaum Hebrew juga dipanggil Yahudi, pada suatu masa dahulu dipilih Tuhan sebagai saluran untuk menerima Syariat berasaskan WahyuNya untuk manusia. Apabila Syariat itu diturunkan sepenuhnya melalui Jesus Christ, mereka menolaknya. Dengan penolakan ini mereka telah memencilkan kehidupan mereka dengan meneruskan kepercayaan dan upacara ibadat secara bersendirian. di luar lengkongan gereja (Katholik).
Begitu juga pandangan yang agak skeptic terhadap Judaism seperti ini datangnya daripada aliran sekular yang bersifat “ non-religious”. Golongan ini tidak terikat dengan perspektif umum Barat yang berasaskan Bible dan cuba mendasarkan pandangan mereka semata-mata berasaskan kajian akademik. Di antaranya menurut The New Bible Dictionary mengatakan bahawa menurut satu kajian sejarah, Judaism adalah kepercayaan agama kaum
1 2
. Ibid. hal. 269 Dictionary of Moral Theology, (London: Burb & Oates Publishers to The Holy), 1962, m.s. 665.
79
Yahudi yang dari segi faktanya tidak selaras dengan dasar "Kitab Perjanjian Lama"1. Ini kerana walaupun agama ini di katakan bermula dengan dakwah Abraham ( 2000 s.m.) tetapi kajian secara mendalam mendapati agama ini hanya di amalkan sepenuhnya sewaktu " pembuangan Babylon." (500 s.m.). Seterusnya di dalam tempoh-tempoh terakhir sebelum masehi sehingga ke tahun 70 Masehi, istilah Judaism ini lebih merujuk kepada beberapa elemen " pengubah-suaian " daripada konsep asal "Kitab Perjanjian Lama". Malah menurut sumber ini lagi, beberapa kajian menemukan bahawa istilah Judaism itu sendiri adalah pengaruh daripada sebutan dan ungkapan-ungkapan yang masyhur late-Judaism. Ia bermaksud pegangan agama kaum Yahudi ( Judea ) di zaman-zaman mutakhir iaitu di zaman kedatangan Jesus Christ.
Begitu juga dengan lain-lain penulisan yang mewakili aliran pemikiran sekular ini kelihatan begitu ketara cuba memisahkan sejarah kaum Hebrew (Yahudi) di Palestin dari perspektif Bible2.
Demikianlah beberapa tanggapan dari golongan sekular dan juga pro-Katholik yang dianggap kritikal terhadap Yahudi dan Judaism dan cuba memisahkan sejarah kaum Hebrew dengan tradisi Bible. Bagaimanapun secara umumnya kefahaman dan takrifan mengenai sejarah Yahudi dan Judaism menurut perspektif Barat adalah lebih didominasikan oleh sumber Bible sebagai rujukan utama. Ianya menetapkan bahawa dari segi sejarahnya kaum Herbrew ataupun Bani Israel adalah warisan daripada Patriarch Abraham dari segi keturunan dan juga amalan dan kepercayaan agama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa 1
The New Bible Dictionary, loc.cit.. hal. 670. Lihat, Martin Noah, The History of Israel, 2nd ed. (1982), Adam & Charles, London, hal. 3. Lihat juga, A History of the Jewish People, loc. cit. hal.3. 2
80
Bible pada pandangan Barat adalah juga merupakan sebuah dokumen sejarah. Hal ini lebih jelas apabila merujuk kepada kenyataan seorang sarjana Yahudi dari Universiti Colombia, bahawa catatan sejarah yang lebih bermakna berbanding dengan catatan-catatan peristiwa oleh Herodotus adalah catatan Bible1.
2.3 Yahudi dan al-Yahudiyyah menurut Islam.
Sebagaimana yang diterima umum di dalam perspektif Barat bahawa entiti dan identiti Yahudi merupakan satu gabungan kompleks di antara etnik, bangsa dan agama. Ironisnya kenyataan umum ini juga turut diterima di dalam tradisi Islam.
Namun begitu dalam
perkara-perkara perkaitan yang lebih khusus Islam mempunyai takrifan-takrifannya yang tersendiri terhadap istilah-istilah ini.
2.3.1 Bani Isra’il, ‘Ibrani dan Yahudi.
1
1- Columbia University historian, Joseph Yerushalmi, who wrote an excellent, highly-praised book called Zakhor: Jewish History and Jewish Memory, says that "If Herodotus was the father of history, the father of meaning in history was the Jews."This is a profound idea,.first, not only were Jews recording history well before Herodotus, but while Herodotus might record the events, the Jews were looking at the deeper meaning, and that deeper meaning can be found most importantly and most significantly within the Bible itself.
81
Dari sudut nasab keturunan Islam merujuk istilah Bani Israel kepada keseluruhan kaum-bangsa dari keturunan Ya’qub (a.s) yang digelar Isra’il, generasi kedua dari zuriat Ibrahim dari puteranya Ishaq (a.s.) melalui isterinya Sarah.1
Latarbelakang sejarah Ibrahim (a.s. ), berasal Kaldan (Iraq ) diperintahkan Tuhannya supaya berhijrah ke Kan'an ( Palestin ), sebagaimana yang diceritakan di dalam Bible, turut tercatat di dalam al-Qur'an. Di antaranya di dalam surah al-Anbiya'2;
71. Dan kami seIamatkannya ( Ibrahim) dan Lut ke sebuah negeri yang kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. 72. Dan kami telah memberikan kepadanya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). dan masing-masingnya kami jadikan orang-orang yang saleh
Di dalam ayat-ayat ini Allah (s.w.t) menyampaikan berita gembira kepada Ibrahim (a.s.) bahawa Allah (s.w.t) akan menganugerahkan kepadanya zuriat keturunan, Isma’il, Ishaq dan seterusnya Ya'akub (a.s.) yang juga bakal di lantik menjadi Nabi.
1
Dr.Sa’ud bin ‘Abd al- ‘Aziz al-al-Khallaf, Diraasat fi al-Adyan al-Yahudiyyah wa al-Nasraniyyah, (t.t.) j.1, Maktabah al-Da’awah al-Salafiyyah, hal. 36 2 Al-Anbiya’, 21 : 71-72
82
Ayat-ayat ini telah ditafsirkan secara meluas oleh para mufassir (Ulama’ Tafsir) sejak terdahulu.
Ibn Jarir al-Tabari3 (m. 310 H ) di dalam kitab Tafsirnya yang masyhur
“Jami’ al-Bayan” menjelaskan berdasarkan
satu riwayat daripada Ibn Ishaq, bahawa
Ibrahim (a.s.) keluar berhijrah ke (negeri yang diperintahkan Tuhannya) bersama isterinya Sarah dan anak saudaranya Lut (mengajak manusia) beribadah kepada Tuhannya ( daripada Kaldan di Selatan Iraq) terus ke Haran ( Utara Iraq), menuju ke Syam dan seterusnya Mesir sebelum kembali semula ke Syam. Akhirnya menetap di Bi’r al-Sab’
( ))بئرالسبعdi selatan
Palestin.
Begitu juga dengan
Ibn Kathir 2 ( m. 774 H ) mentafsirkan ayat (al-Anbiya’ :71-
72) ini di dalam kitab nya Tafsir al-Qur’an al-‘Azim atau yang lebih terkenal dengan nama Tafsir Ibn Kathir juga menyatakan hal yang sama dengan pentafsiran yang dibuat oleh Ibn Jarir. Pentafsiran Ibn Kathir terhadap peristiwa ini lebih jelas lagi di dalam kitabnya yang lebih khusus mengenai sejarah para nabi (a.s.) iaitu Qisas al-Anbiya
3
apabila dirujuk
kepada ayat-ayat di dalam surah al-‘Ankabut4;
3
Lihat al -Tabari, loc.cit., jil. 10, hal.6045. Lihat juga,Dr. Syawqi Abu Khalil, Atlas al-Qur’an (1423 H), Dar al-Fikr, Beirut, cet.ulangan, ,hal.43. 2 Lihat, Abu al-Fida' Ismail bin Kathir, Tafsir al-Qur'an al-'Azim ( 1424 H ), Dar al-Akhyar, Riyadh, cet. 1 hal. 961 3 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’,(t.t.), Tahqiq, al-Syeikh Qasim al-Rufa’ie, Syarikah Dar al-Arqam bin Abi alArqam, hal. 113 4 Al-‘Ankabut, 29 : 26-27
83
26-Maka Lut membenarkan (kenabian)nya. dan berkatalah Ibrahim: "Sesungguhnya Aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); Sesungguhnya dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.. 27- Dan kami anugrahkan kepda Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub, dan kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya, dan kami berikan kepadanya balasannya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat, benar-benar termasuk orang-orang yang saleh..
Di dalam kitabnya ini, Ibn Kathir menjelaskan kisah Ibrahim ( a.s. ) berhijrah dari Kaldan ( Iraq ) ke Kan'an ( Palestin ), dan secara tidak langsung mengaitkannya dengan bumi hijrah yang berkat. Katanya ketika berada bersama kaumnya ( di Iraq ) Ibrahim tidak mempunyai anak sebab isterinya mandul. Bagaimanapun setelah berhijrah (ke negeri Syam yang berkat )1 meninggalkan kaumnya kerana mengikut perintah Allah, bersama isterinya Sarah dan anak saudaranya Lut, Allah ( s.w.t.) telah menganugerahkan kepadanya anakanak yang saleh. Daripada zuriatnya yang saleh ini lahirnya para Nabi termasuk juga NabiNabi Musa (a.s.) yang menerima Kitab al-Tawrah dan Isa (a.s.) yang menerima Kitab alInjil.
Di dalam tradisi Islam, Ibrahim ( a.s.) digelar Abu al-Anbiya’ , (bapa kepada para Nabi). Ini berdasarkan " mafhum " yang dijelaskan di dalam al-Qur’an dan juga kitab suci ahl al-Kitab2 bahawa Allah (s.w.t.) menganugerahkan kepada Ibrahim (a.s.) dengan anak1
Syam adalah negeri yang meliputi Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan.. Lihat; Syawqi Abu Khalil, Atlas alQur'an ( 1423 H ),, Dar al-Fikr, Dimasyq, hal.42. 2 Lihat, al-Qur'an;. al-Anbiya’(21: 72) dan Ibrahim (14: 39). Lihat juga; Safar Takwin, 16: 15-16 dan 17: 18.
84
anaknya Isma’il dan Ishaq serta zuriat daripada kedua-duanya yang turut diwahyukan sebagai para Nabi dan Rasul (a.s.).
Ibn Kathir 1 menjelaskan Isma’il adalah bapa kepada bangsa Arab dan Ishaq adalah bapa kepada bangsa Yahudi.
Melalui
Ishaq dan puteranya Ya’akub (a.s.)
terlangsungnya kesinambungan para Nabi dan Rasul daripada Bani Isra’il sehingga berakhir pada 'Isa al-Masih (a.s.) Sementara daripada zuriat Isma’il (a.s.) lahirnya Muhammad (s.a.w.) penutup kepada Risalah Kenabian.
Ibn Kathir seterusnya di dalam menjelaskan kelahiran Ishaq dan Ya'akub ( a.s.) daripada zuriat Ibrahim ( a.s.) turut memetik kisah ini daripada kitab suci ahl alKitab;
" Allah berkata kepada Ibrahim; adapun isterimu itu namakan dia Sarah. Aku berkatkan ke atasnya dan akan ku anugerahkan kepadamu anak lelaki daripadanya …. Dengan sesunggohnya isterimu Sarah akan melahirkan seorang anak lelaki dan namakan dia Ishaq…… Aku akan berwathiqah ke atasnya dan ke atas keturunan selepasnya……. Akan ku berkatkan ke atasnya dengan membiakkan zuriatnya dengan banyak dan dia akan memimpin satu umat yang agung.2 "
Dalam menjelaskan hal ini Ibn Kathir memetik ayat al-Qur'an surah Hud;3
1 2 3
Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 1245 Qisas al-Anbiya', op.cit. Hud, 11: 71
85
Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum (ketawa ), Maka kami sampaikan .71 .kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub
Sebagaimana penjelasan yang dibuat oleh Ibn Kathir sebelum ini menjelaskan bahawa para Ulama dan sarjana kontemporari Islam juga turut menjadikan kitab suci ahl al-Kitab atau yang di sebut di dalam al-Qur’an1 sebagai Asfarsebagai rujukan sejarah terutama mengenai sejarah Bani Isra’il. Ini berasaskan keharusan yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk berbuat demikian berdasarkan satu hadith sahih;
بلغوا عني ولوا ية وحدثوا عن بني اسرائيل ول حرج ومن كذب علي متعم فليتبؤأمقعده من النار Maksudnya “ Sampaikan daripadaku walau satu ayat. Dan ceritakan tentang kisah Bani Isra’il, dan janganlah ragu dan bimbang. Maka sesiapa yang mengada-adakan cerita dusta dengan sengaja menyandarkan kepadaku, sediakanlah tempat tempat duduknya di dalam neraka .“2
Kebanyakan tradisi penulisan kontemporari Islam menggunakan kaedah bersepadu di dalam membicarakan tentang Yahudi di mana mereka terus menghubung-kaitkan bangsa Yahudi atau Bani Israel dengan agamanya al-Yahudiyyah (Judaism). Mawsu'ah al-Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib3,
Antaranya al-
sebuah encyclopedia mengenai
1
Al-Jumu’ah, 62 :5 Sahih al-Bukhari, Bab tentang Bani Isra’il, bil. 3461. 3 Al- Mausu'ah al-Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu'asirah ( 1424 H ), jil.1, Dar alNadwah al-'Alamiyyah li al-Taba'ah wa al-Nasyr, Riyadh, cet. 5 hal. 495. 2
86
agama-agama dan mazhab, di dalam permulaan pembicaraan mengenai agama Yahudi, terlebih dahulu memperkenalkan asal usul bangsa ini. Secara ringkas dijelaskan bahwa bangsa ’Ibrani yang terkenal dengan nama Bani Isra’il adalah keturunan daripada Ibrahim ( a.s.)
Begitu juga kaedah yang dibuat oleh beberapa orang penulis atau sarjana Islam seperti Ahmad Syalabi dan Rauf Shalabi di dalam memperkatakan tentang Yahudi. Mereka terlebih dahulu secara ringkas memperkenalkan identiti bangsa ini sebelum membahaskan tentang agamanya, al-Yahudiyyah. Pada umumnya pengenalan yang dibuat menyatakan bahawa kaum bangsa Yahudi atau ‘Ibrani ataupun Bani Isra’il adalah berasal dari keturunan Ya'kub (a.s.) yang terkenal dengan gelaran Isra’il. Ya'akub ( a.s. ) adalah putera kepada Ishaq ( a.s.) iaitu putera kepada Ibrahim ( a.s.) daripada isterinya Sarah1
Begitu
juga penulisan Islam kontemporari turut mengambil dan menggunakan
kaedah sama dengan para ulamak silam di dalam menjelaskan sejarah asal-usul Yahudi, ‘Ibrani dan Bani Isra’il. Mereka juga terlebih dahulu merujuk kepada petikan-petikan Bible sebagaimana para ulamak memetiknya daripada kitab-kitab ahl al-Kitab sebagai asas perbincangan. Bagaimanapun penulisan para sarjana Islam sebagaimana halnya dengan para Ulama silam
akhirnya
akan sampai kepada kesimpulan sesudah berdalilkan kepada
keterangan-keterangan daripada al-Qur'an.
Lihat, Rauf Syalabiyy ( Ph.d.), al-Tafkir al-Dini qabl al-Islam – Mutalaah fi Matabah Ulama' al-Malayu, (t.t.), Dar al-Thaqafah, Doha, hal. 353. Lihat juga; Ahmad Syalabi ( Ph.d.), alYahudiyyah( 1978), Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, cet. 5, hal. 48. 1
87
Hal ini di antaranya jelas terlihat di dalam buku Tarikh Bani Isra’il min Asfarihim. Di Dalam fasal yang bertajuk Tarikh Ibrahim wa Ishaq wa Ya'akub 'Alaihim al-Salam, penulisnya memulakan tulisannya dengan menyatakan bahawa Bani Isra’il di nasabkan kepada Ya'akub bin Ishaq bin Ibrahim. Diceritakan bahawa Ibrahim berhijrah ke negeri Kan'an ( Palestin )1. Walaupun kenyataan-kenyataan Asfar mengenai perjalanan hijrah Ibrahim dan keluarganya ini ada sedikit percanggahan, misalnya antara kitab 11 dan 12, namun pengarang buku ini membuat kesimpulan bahawa hakikat hijrahnya Ibrahim ( a.s.) dari Iraq ke Palestin adalah satu kenyataan dan diakui oleh semua pihak terutama alQur’an2.
Begitu juga pengarang buku al-Yahud fi al-Qur'an3, dalam menjelaskan kedudukan Ibrahim ( a.s.), sebagai " bapa " kepada Yahudi dan Arab telah menyebut bahawa beliau di anugerahkan dua orang putera, Isma’il dan Ishaq. Ishaq seterusnya beroleh seorang putera, Ya'akub yang digelar Isra’il Daripada beliaulah lahirnya 12 putera yang menjadi induk kepada Bani Isra’il. Sementara Isma’il pula menjadi moyang kepada Arab Hejaz yang melahirkan Nabi Muhamad ( s.a.w).
Penulis al-Madkhal Ila Dirasat al-Adyan wa al-Mazahib4, juga menggunakan pendekatan yang sama ketika menjelaskan asal Yahud. Katanya mereka adalah keturunan
Muhamad 'Izzah Darwazah, Tarikh Bani Isra’il min Asfarihim ( 1969 ), Maktabah al-'Asriyyah li alTaba'ah wa al-Nasyr, Beirut, hal. 26. 2 Ibid. 3 'Afif 'Abd al-Fattah Tarah, al-Yahud fi al-Qur'an ( 1965 ), Dar al-'Ilm li al-Malayin, Beirut, cet.9 hal. 97-98 4 Al-‘Amid ‘Abd al-Razzaq Mahmud Aswad, al-Madkhal Ila Dirasat al-Adyan wa al-Mazahib ( 1981 ), jil. 1, Dar al- ‘Arabiyyah li al-Mausu'at, Beirut, , hal. 143-144 1
88
daripada Ibrahim ( a.s.) yang hidup di sekitar tahun 2000 s.m. Berasal dari kota Urr, Kaldan ( Iraq ) dan berhijrah meninggalkan Kaldan ke beberapa tempat sehingga wafat dan dikebumikan di Hebron ataupun dipanggil al-Khalil di Palestin. Apabila membicarakan Ishaq ( a.s.) beliau mula memetik pandangan Bible yang mengatakan Ishaq berkahwin dengan sepupu perempuannya dan memperolehi dua anak lelaki kembar; 'Isau dan Ya'qub yang juga digelar Isra’il. Daripada nama beliau inilah timbulnya penamaan Bani Israel kepada keturunannya kaum Yahudi.
Sementara itu di dalam perbahasan mengenai asal kata 'Ibri atau ‘Ibrani (Hebrew ) penulis buku Qissah al-Diyanat,1 cenderung memilih pendapat yang mengatakan bahawa istilah ini berasal dari bahasa tempatan pribumi Kan’an. Merekalah
kaum
perintis yang menuturkan istilah ('Ibri ) yang merujuk kepada Ibrahim (a.s.) dan anggota keluarganya. yang bermigrasi (daripada Iraq) ke negeri mereka Kan’an dengan menyeberangi sungai-sungai Dajallah dan Furat. Selanjutnya zuriat Ibrahim (a.s.) yang terus menetap di bumi Kan’an selepas kewafatannya dipanggil (‘ – عبرانيIbrani )
Jelas apa yang ditekankan oleh penulis ini ialah kaitan nama ( ‘Ibri ) dengan perbuatan Ibrahim a.s. meneyeberangi sungai-sungai Dajjalah dan Furat2. Di dalam bahasa Arab perbuatan menyeberang sesuatu disebut (
عبر- ‘abara ). Dari sudut lain
pula penulis ini menjelaskan bagaimana timbulnya istilah Bani Isra’il. Menurut beliau
Sulaiman Muzhir, Qissah al-Diyanat, (1995), Maktabah Madbuli, Qahirah, hal. 322-323 Termasuk juga menyeberangi Sungi Litani yang di sebut di dalam Bible dan keterangan di dalam Rabbinic Writings sebagai” Great River of Euphrates” bermaksud Sungai Besar yang mengalir dari tanah tinggi Euphrates di Lubnan. Inilah sungai yang menandai sempadan Bumi Kan’an di bahagian paling utara, di antaranya dengan Lubnan. ) 1 2
89
lagi1 semenjak Ibrahim a.s. menetap di Kan’an, Allah s.w.t. telah menganugerahkannya seorang putera bernama Ishaq dan Ishaq pula beroleh putera bernama Ya’qub. Sementara itu Ya’qub ini pula mempunyai satu lagi nama atau gelaran iaitu Isra’il. Oleh hal yang demikian anak-anak dan zuriat kepada Ya’qub a.s. dinamakan Bani Isra’il.
Mengenai istilah (‘Ibrani ), ataupun (‘Ibri ), penulis Al-Yahudiyyah wa alSahyuniyyah bersetuju dengan pendapat seorang
Oreintalis Barat setelah satu
perbahasan yang panjang mengenainya.2 Menurut pendapat ini asalnya Bani Isra’il di peringkat permulaan, hidup secara nomad di bahagian yang bergurun di bumi Kan’an. Pribumi Kan’an dan juga orang-orang Mesir yang telah sedia hidup bertamadun memanggil Bani Isra’il dengan panggilan (‘Ibri ) bermakna orang nomad. Bagaimanapun sesudah Bani Isra’il mula mengenali kehidupan bertamadun, mereka lebih suka memperkenalkan kaum mereka dengan nama Bani Isra’il.
Dr. As’ad al-Sahamrani di dalam bukunya Min al-Yahudiyyah Ila alSuhyuniyyah3, juga menyebutkan bahawa ramai yang keliru apabila menyamakan istilahistilah ‘Ibriyyun, Isra’iliyyun, Yahudi dan Suhyuni. Katanya kekeliruan ini berpunca 1
Ibid. Ahmad ‘Abd al-Ghafur ‘Attar Al-Yahudiyyah wa al-Suhyuniyyah. (1972), Dar al-Andalus, (t.tp.), hal. 12 -13. 3 Dr, As'ad al-Sahamraniyy, Min al-Yahudiyyah ila al-Suhyuniyyah, ( 2000), Dar alNafa'es, Beirut, cet.2 hal.16-17 2
90
daripada buku-buku penulisan tradisi kaum Yahudi terutama penggunaan dua istilah ‘Ibri dan Yahudiyy seolah-olah keduanya adalah sesuatu yang sama. Sedangkan kedua-duanya adalah entiti yang benar-benar berbeza. Istilah ‘Ibri menurut beliau telah diguna pakai sejak ribuan tahun sebelum Musa (a.s.), lama sebelum wujudnya istilah Yahudi. Istilah ‘Ibri telah di fahami secara umum oleh bangsa-bangsa purba yang mendiami Tanah Arab, walaupun sedikit berbeza dailek di antara mereka sebagai, "golongan manusia yang hidup merayaurayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa negeri kediaman yang tetap".
Inilah yang berlaku kepada Ibrahim a.s. ketika mula-mula sampai ke Kan’an (bahagian utara bumi Arab) sebagai pendatang, beliau dikenali sebagai Ibrahim al-‘Ibri. Berdasarkan kenyataan ini, menurut Dr. As'ad bahawa bukanlah Ibrahim a.s. orang pertama di gelar al-‘Ibri ( Hebrew ) tetapi mana-mana pendatang yang asing bagi pribumi Tanah Arab akan dipanggil ‘Ibri.
Persoalannya mengapa kaum Yahudi menyamakan istilah ‘Ibri dengan
Yahudi yang sejarah kewujudan di antara keduanya berjarak ribuan tahun.
Sebagai
jawapannya beliau menyatakan inilah hasil usaha penulisan tradisi kaum Yahudi.1 Dengan menyatakan kaum mereka, Yahudi sebagai ‘Ibri atau ‘Ibrani akan menggesahkan tuntutan dan dakwaan bahawa merekalah bangsa pribumi Palestin dan negeri-negeri di sekitarnya (Kan’an) Ini adalah kerana istilah kaum ‘Ibri telah lama wujud dan terkenal sejak alaf kedua s.m.sebagai merujuk kepada kumpulan nomad yang hidup dalam keadaan sentiasa berpindah randah di dalam kitaran padang pasir Kan’an di bumi Syam.
Mengenai istilah. ‘Ibrani (Hebrew) yang sering diguna pakai di Barat bagi merujuk kepada Yahudi (Jews), Prof. Dr. Ahmad Syalabi di dalam bukunya Muqaranah al-Adyan 1
Ibid.
91
al-Yahudiyyah1 terlebih dahulu memetik pendapat beberapa orang sarjana Barat sebagai asas kajian dan perbandingan sebelum sampai kepada satu kesimpulannya sendiri. Beliau mengatakan sarjana Barat sendiri tidak sependapat di dalam menentukan asal makna (Hebrew), walaupun bersetuju bahawa rujukannya terakhirnya adalah kepada keturunan Abraham ( Ibrahim a.s.)
Di dalam polemik ini akhirnya Dr. Ahmad Syalabi bersetuju dengan satu pendapat yang mengatakan bahawa istilah (Hebrew ) dirujuk kepada tabiat kehidupan asal Bani Israel sewaktu mereka mula menghuni bumi Kanaan2. Ia bertitik-tolak daripada perkataan ( ‘Ibri ) yang difahami daripada konteks kedua-dua bahasa Ibrani dan Arab. Ia memberi makna menyeberangi jalan, atau lembah, atau sungai yang bermaksud bergerak dan berpindah randah yang merupakan ciri khusus kepada cara hidup penghuni gurun padang pasir. Unggapan ini dirujuk kepada Bani Isra’il pada peringkat awal kehidupan mereka di bumi Kan’an. Ini adalah kerana pada ketika itu mereka hidup secara nomad sentiasa berpindah randah dari lembah ke satu lembah yang lain bersama-sama kambing dan unta mereka untuk mencari sumber air dan pada rumput yang lebih baik pada satu-satu masa. Golongan yang mula-mula mengunakan unggkapan ( ‘Ibri ) ini adalah pribumi Kan’an dan orang-orang Mesir untuk merujuk kepada Bani Isra’il. Ini dikatakan untuk membezakan meraka yang telah hidup bertamadun di dalam lingkungan negara-negara kota, sedangkan Bani Israel mengungsi bahagian selatan bumi Kanaan yang bergurun hidup secara nomad
Ahmad al-Syalabi (Ph.d.), Muqaranah al-Adyan - al-Yahudiyyah cet.5, ( 1978) , Maktabah alNahdah al-Misriyyah, al-Qahirah, hal. 48. 2 Ibid.hal. 48-49 1
92
Inilah di antara beberapa contoh penulisan para sarjana kontemporari Islam mengenai Yahudi ( Jew ) ‘Ibrani, ( Hebrew ) dan Bani Isra’il (Israel). Berdasarkan fakta-fakta dan dalil-dalil penulisan yang kukuh, golongan ini memaparkan bukti yang jelas bahawa setiap satu daripada istilah-istilah ini membawa makna dan mewakili intiti yang tersendiri. Walaupun semua istilah-istilah ini saling berkaitan rapat di antara satu dengan yang lain, namun ianya bukanlah sesuatu yang sinonim sebagaimana yang diguna pakai oleh para sarjana Barat. Jelas bahawa latarbelakang setiap istilah-istilah tersebut adalah berbeza di antara satu dengan yang lain..
Sebagaimana penemuan-penemuan dari kajian ilmiah menunjukan di dapati bahawa istilah-istilah Yahudi, ‘Ibri dan ‘Ibrani adalah berbeza di antara satu dengan lain, istilahistilah Yahudi dan Bani Isra’il lebih lagi berbeza menurut konsep al-Qur’an. Menurut penulis al-Syakhsiyyah al-Yahudiyyah min Khilal al-Qur’an berdasarkan kepada keterangan-keterangan al-Qur’an dan tafsiran para’Ulama bahawa
istilah Bani Isra’il
adalah merujuk kepada makna umum termasuk para Nabi dan Salihin dari keturunan Ya’qub
(Isra’il) a.s.. Malahan
sejarah mereka bersama para Anbiya’
menghadapi
permusuhan kaum kafir dan zalim seperti tentera Fir’aun dan Bukhtansar (Nebuchadnezzar) adalah dianggap sebagai sejarah kaum Muslimin dari kalangan Bani Isra’il. Bagaimanapun al-Qur’an secara lebih khusus merujuk istilah Yahudi kepada keturunan dari kaum-bangsa
93
ini yang memusuhi Rasulullah (s.a.w.) serta mendedahkan tabiat buruk dan perancangan jahat mereka terhadap umat Islam pada zamannya di Madinah1.
Dengan ini jelas menurut Islam bahawa istilah-istilah ini khususnya dua istilah iaitu Bani Isra’il dan Yahudi ini adalah saling berkaitan, namun ianya masih mempunyai perbezaan dan wakili konsep yang tersendiri. Pada asasnya kaitan dan perbezaan di antara keduanya ialah di antara makna-makna umum dan khusus.
2.3.2. Al-Yahudiyyah menurut Islam.
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini di dalam kebanyakan penulisan Islam kontemporari yang membicarakan istilah-istilah‘Ibrani (Hebrew) dan al-Yahud, mengaitkannya dengan persoalan al-Yahudiyyah.
terus
Antaranya menurut al-Mausu'ah al-
Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib2 bahawa al-Yahudiyyah adalah dikatakan agama bagi kaum ' ‘Ibrani atau lebih terkenal sebagai Bani Isra’il yang bermula dengan Ibrahim ( a.s.) Seterusnya Allah ( s.w.t.) mengutuskan Musa ( a.s. ) kepada kaum ini sebagai nabi mereka dan diperkuatkan kenabiannya
dengan penurunan kitab al-Tawrah. Adapun nama al-
Yahudiyyah kerana dinisbahkan kepada bangsa Yahudi lantaran ia telah dijadkan sebagai agama bangsa kepada kaum-bangsa ini.
Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, al-Syakhsiyah al-Yahudiyyah min Khilal al-Qur’an (1998) , Dar alQalam, Dimasyq, hal. 39-40. Lihat juga, al-Tabari, loc.cit. j. 9, hal. 5437 2 Al-Mausu'ah al-Masirah, j.1, cet. 5, (2003), al-Nadwah al-‘Alamiyyah li al-Syabab al-Islamiyy ( WAMY ), Riyadh:hal. 495. 1
94
Demikian juga al-‘Amid ‘Abd al-Razzaq di dalam bukunya al- Madkhal Ila Dirasah al-Adyan wa al-Mazahib1 bahawa al-Yahudiyyah adalah agama perkauman2 pengikut Nabi Musa (a.s.). Mereka semuanya berbangsa Yahudi berketurunan Ya'qub bin Ishaq. bin Ibrahim (a.s.). yang berkembang di Mesir. Berasaskan
ini Yahudi
mendakwa bahawa Ibrahim a.s. adalah moyang pertama kepada kaum bangsa mereka.
Seorang sarjana kontemporari Islam Nusantara Dr H.O.K. Rahmat turut menulis mengenai al-Yahudiyyah. Di dalam bukunya yang di terjemahkan ke dalam bahasa Arab, alTafkir al-Diniyy fi al-‘Alam qabla al-Islam3, oleh Dr Rauf Syalabi beliau telah menghubungkaitkan istilah-istilah Yahudi, Bani Isra’il dan ‘Ibrani dengan al-Yahudiyyah. Menurut beliau perkataan Yahudi ( Judeh ) adalah satu kelompok daripada kabilah Bani Isra’il.yang telah wujud sejak 722 tahun sebelum kelahiran al-Maseh., dan dari keturunan ini lahirnya Dawwud (a.s.) Akhirnya nama Yahudi telah merangkumi keseluruhan kaum Bani Isra’il. Bagaimanapun menurut beliau bahawa di zaman moden ini istilah Yahudi lebih merujuk kepada agama dan istiadat kaum bangsa Yahudi . Dengan kata lain al-Yahudiyyah ( Judaism ) adalah agama perkauman khas untuk bangsa Yahudi.
‘Al-‘Amid ‘Abd al-Razzaq Mahmud Aswad, al-Madkhal Ila Dirasah al-Adyan wa alMazahib (1981), j.2, cet.1, , Dar al-‘Arabiyyah li al-Mausu'at, Beirut, hal. 141. 2 Ibid. hal. 149-150 3 Rauf Syalabi (Ph.d), al-Tafkir al-Dini qabla al-Islam, (t.t.) mutala'ah fi Maktabah ‘Ulama alMalayu ( Doha: Dar al-Thaqafah, hal. 353 1
95
Sementara itu Ahmad ‘Attar di dalam bukunya al-Yahudiyyah wa alSuhyuniyyah4 menyatakan
kebanyakan pendapat melihat Bani Isra’il, ‘Ibrani dan
Yahudi adalah sesuatu yang sama sedangkan sebenarnya ia tidak sama. Bani Isra’il di rujuk kepada keturunan al-Asbat iaitu 12 putera kepada Israel iaitu Ya'qub (a.s.) yang dibawa keluar daripada Mesir oleh Musa (a.s.). Adapun Yahudi hanyalah salah satu qabilah daripada al-Asbat, iaitu nasab keturunan daripada Yahuza ( Yehuda), putera keempat kepada Ya'qub (a.s.) Asalnya puak Yahudi ini menamakan diri mereka Yahudi untuk membezakan dengan lain-lain kabilah Bani Isra’il. Ini berlaku selepas perpecahan kerajaan Bani Isra’il ( sesudah kewafatan Sulaiman a.s.), di mana sebahagian yang lebih besar mengguna pakai nama kerajaan Israel manakala bakinya yang dikuasai oleh keturunan Yehuda dan Bunyamin mengambil nama kerajaan Yehuda. Golongan ini lebih panjang hayatnya dan lebih dominan dengan menguasai kota Jerusalem walaupun sesudah penaklukan kaum penjajah Assyria ke atas Samaria, ibukota kerajaan Utara Bani Israel, sehinggalah Jerusalem dijajah oleh Nebuchadnezzar. Bertitik-tolak daripada ini akhirnya qabilah Yahudi (Yehuda) telah mendominasikan keseluruhan kaum Bani Isra’il di mana nama kaum-bangsa itu telah disinonimkan dengan nama Yahudi dan telah turut mendominasikan agamanya sehinggakan agama mereka telah dikenali sebagai " agama Yahudi "
Islam sebagaimana
juga dengan perspektif umum Barat mengenai Yahudi dan
Judaism turut menjelaskan bahawa agama Yahudi (al-Yahudiyyah /Judaism ) mengalami proses perkembangannya dalam tempoh yang agak panjang sebelum wujud dalam bentuk nya yang terakhir. Proses perkembangan ini pula adalah selari dan selaras dengan proses 4
Al-Yahudiyyah wa al-Suhyuniyyah, loc.cit.
96
perkembangan sejarah bangsanya Yahudi atau Bani Isra’il, sebagaimana yang tercatat di dalam Bible.
Perkaitan di antara sejarah bangsa dan agama Yahudi ini telah
mendominasikan keseluruhan isi kandungan Bible – Old Testaments (Jewish Bible). Dominasi tersebut begitu jelas sehingga sebahagian terawal sejarah ini dikenali sebagai sejarah zaman awal Bible1.
1
Sejarah zaman awal Bible merujuk kepada sejarah di antara zaman-zaman Abraham sehingga ke zaman Moses, tercatat di dalam buku-buku Genesis dan Exodus. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal. 356
97
BAB III
KITAB SUCI AGAMA YAHUDI
Bab ini akan membahagikan perbincangannya kepada dua fasal.
Fasal
pertama akan membincangkan kitab-kitab suci agama Yahudi (Judaism) dari sudut pandangan Barat. Manakala fasal kedua adalah perbincangan mengenai kitab-kitab suci agama Yahudi dari sudut pandangan Islam.
3.1 Kitab suci Judaism menurut pandangan Barat.
Kitab suci asasi bagi agama Yahudi adalah " Hebrew Bible” ataupun “Jewish Bible”.
Bagaimanapun kitab suci ini
lebih dikenali sebagai " Old Testament "
( Perjanjian Lama ) menurut tradisi Kristian Barat. Kewujudan kitab ini dan sifatnya sebagai kitab suci agama Yahudi bukan sahaja diterima oleh Yahudi dan tradisi kesarjanaan Barat, tetapi juga diterima dan diperakukan oleh tradisi kesarjanaan Islam.
3.1.1 Kitab suci agama Yahudi menurut kesarjanaan Barat.
Pada umumnya menurut tradisi kesarjanaan Barat, kitab suci bagi agama Yahudi dikenali sebagai Jewish Bible. Menurut The New Encyclopedia Britannica1 bahawa Bible adalah kitab suci bagi kedua-dua agama Yahudi ( Judaism ) dan Kristian. Sementara 1
The New Encyclopedia Britannica, vol. 2, loc.cit. hal. 194.
98
Bible di sisi Kristian adalah terdiri daripada dua teks, Perjanjian Lama ( Old Testament ) dan Perjanjian Baru ( New Testament ), Bible di sisi Judaism hanyalah satu teks, iaitulah apa yang dikenali sebagai Jewish Bible atau Perjanjian Lama ( the Old Testament ) menurut Kristian. Begitupun dalam memperkatakan isi kandungan (Jewish Bible), ia dinyatakan sebagai gabungan kisah-kisah mengenai ketuhanan, kenabian, kependetaan, raja-raja dan lain-lain aspek seperti sastera dan lagu-lagu rakyat semakin menjadi bahan kajian kritikan intensif dari sudut akademik dan saintifiknya1.
Menurut American Educator Encyclopedia2 bahawa Bible adalah suatu koleksi penulisan purba yang mengandungi ayat-ayat yang dianggap suci oleh kedua-dua agama Kristian dan Yahudi. Demikian juga jelasnya bahawa Bible Kristian terbahagi kepada dua bahagian utama, (Perjanjian Baru).
The Old Testament
( Perjanjian Lama ) dan
The New Testament
Sedangkan Bible Yahudi ( The Jewish Bible ) hanyalah satu, sebuah
kitab suci rasmi, iaitulah
yang dirujuk sebagai " Perjanjian Lama" menurut Kristian.
Menurut sumber ini lagi bahawa perkataan
Testament itu sendiri bermakna
Covenent
bermaksud perjanjian ataupun persetiaan. Tema utama di dalam " Perjanjian Lama " adalah perjanjian atau persetiaan di antara " Jehovah " dan Yahudi, di mana " Jehovah " akan menjadi Tuhan kepada Yahudi dan Yahudi pula akan menjadi umatnya.
Mengenai bagaimana Hebrew Bible dihasil dan dan berlangsung di kalanagn Bani Israel, encyclopedia3 ini menyatakan pada asalnya ia adalah cerita-cerita lisan rakyat kaum Hebrew. Lama sebelum kaum ini tahu menulis, segala cerita-cerita rakyat, hukum-hukum 1
Ibid. vol. 14, hal. 903-904 American Educator Encyclopedia, (New York : United Educators Inc. 1964), m.s. 136-137 3 Ibid. hal.137 2
99
peraturan suku-kaum yang asas, puisi dan lagu-lagu semangat etenik, cerita-cerita pahlawan legenda dan catatan-catatan sejarah diturunkan dari generasi ke generasi secara tradisi lisan. Apabila bermulanya tradisi penulisan, ramai yang memberikan sumbangan memindahkan tradisi lisan tersebut kepada tulisan dan di dalam tempoh lebih dari 1000 tahun, ia menghasilkan satu himpunan koleksi yang akhirnya diterima sebagai Jewish Bible. Selain beberapa lembaran buku tulisan nabi-nabinya, ramai juga para penyair yang beremosi dan pencinta sejarah bangsa yang berimaginasi dan ramai ramai lagi yang tidak diketahui indentitinya secara umumnya turut menghasilkan penulisan Bible ini.
Menurut The Encyclopedia Americana1 pula Bible adalah Kitab ataupun koleksi kitab-kitab suci kepada Yahudi dan Kristian yang selalunya dipanggil " Kitab Suci Bible " ( The Holy Bible ). Ia terbahagi kepada dua bahagian, Perjanjian Lama ( Old Testament ) dan Perjanjian Baru ( New Testament ).
The Old Testament adalah Kitab Bible Yahudi
Purba ( ancient Hebrew Bible ), tersimpan sebagai khazanah bangsa itu sejak berabad-abad yang lalu.
Menurut sumber ini lagi2, bahawa teks asal Old Testament adalah berbahasa Hebrew dan kemudiannya diterjemahkan ke bahasa-bahsa lain di mana seawalnya ia diterjemahkan ke bahasa Aramaic, bahasa yang turut dipertuturkan oleh Yahudi di Palestin dan seluruh wilayah-wilayah di Timur Tengah selepas "zaman pembuangan (di Babylon ) ". Namun apa yang menarik di bawah tajuk “penulisan yang dipertikaikan” (disputed writings)
1 2
The Encyclopedia Americana, vol.3, loc.cit., hal. 647 Ibid. hal. 650
100
dinyatakan bahawa di dalam penulisan para nabi (Nevi’im) selain dari Torah dan juga penulisan para pendeta (Rabbinic writings/Kutuvim) terdapat bukti yang kukuh wujudnya penulisan yang dipertikaikan tentang penambahan dan pembuangan yang melibatkan beberapa buku selain dari Torah. Ini terhasil sewaktu proses penterjemahan ke bahasa Latin sejak awal abad ke 3 s.m.pada abad ke 6 s.m. Begitu juga berikutan dengan penjajahan "Alexander the Great " bahasa Greek menjadi bahasa yang berpengaruh (dominant), Jewish Bible diterjemahkan ke dalam bahasa Greek. Begitupun di dalam Kristian ia dianggap sebagai bahagian pertama daripada kitab sucinya yang mempunyai dua bahagian di mana bahagian keduanya dengan terjemahan bahasa Greek. dipanggil
" Perjanjian Baru " (New
Testament ).
Menurut Encyclopedia of Religion and Ethics1 perkataan Bible pada umumnya memberi makna buku (kitab ) suci khusus kepada Kristian dan juga Yahudi. Berasal dari bahasa Latin " Biblia " dalam kata-jamak yang memberi erti koleksi buku-buku. Ia sebenarnya jika dirujuk kepada konsep asalnya adalah gulungan lembaran ( rolls ) yang bertulis dengan ayat-ayat suci. Contohnya warisan koleksi kitab-kitab suci Hebrew yang dipanggil Old Testament hampir keseluruhannya tertulis di atas lembaran kulit.
Mengenai persoalan
kandungan di dalam penulisan Hebrew Bible ataupun Old
Testamen, encyclopedia2 ini menyatakan bahawa ia memuatkan empat perkara utama. Pertama lagu-lagu-lagu puisi purba Israel. Adalah lebih dari satu analogi bahawa permulaan literasi di kalangan bangsa Israel bermula dengan lagu-lagu puisi. Karekter lagu-lagunya
1 2
Encyclopedia of Religion and Ethics , vol. 2, loc.cit. hal. 562-563 Ibid., hal. 563-564.
101
berkisar tentang ketuhanan Yahweh ,( tuhan kepada Israel) dan juga tentang pergantungan nasib Israel sepenuhnya kepada Yahweh. Kedua penerusan sejarah Bani Israel di dalam bentuk prosa. Perkembangan literasi bangsa Israel berasaskan prosa mula berkembang maju pada zaman King David. Tema utama prosa pada zaman ini ialah peradaban dan kemajuan tamadun Bani Israel terutama pada masa pemerintahan King Solomon.
Seterusnya perkara ketiga yang menjadi kandungan penulisan Hebrew Bible ialah tentang penulisan nabi-nabi terdahulu. Ia lebih merupakan biografi nabi-nabi terdahulu ( sebelum Moses ) ataupun Patriarch (Abraham, Isaac dan Jacob ). Perkara keempat adalah sejarah hukum ataupun lebih di kenali sebagai " Kitab Musa ". Ini adalah kerana persoalan hukum kanun di kalangan Israel lebih di lihat sebagai wahyu Tuhan kepada Musa berbanding dengan nabi-nabi yang lain.
Encyclopedic Dictionary of Religion1 juga menjelaskan Bible berasal dari perkataan Greek ( biblia ) yang bermakna himpunan buku-buku. Ia ditakrifkan sebagai kitab suci yang tertinggi bagi agama Kristian dan Yahudi. Ia dipercayai ditulis oleh individu-individu yang yang mendapat petunjuk daripada Tuhan. Namun begitu, walaupun pada zahirnya bilangan buku-buku individu berkenaan
yang wujud adalah 39 buku, secara
rasminya hanya
sebanyak 24 buku-buku sahaja yang dikira dan termuat di dalam Hebrew Bible, ataupun apa yang dianggap sebagai Old Testament (covenant) oleh penganut Kristian.
Kenyataan-kenyataan dan penjelasan dari beberapa encyclopedia tersebut mengenai perkataan Bible/biblia menepati maksud asalnya kerana Bible menurut kepercayaan Yahudi 1
Encyclopedic Dictionary of Religion, vol. A-E, ( Washington D.C. : Corpus Publication,1979, m.s. 446.
102
dan Kristian adalah gabungan daripada beberapa buku yang dihasilkan oleh para Nabi dan Rabbi dari kalangan Bani Israel. Namun bilangannya menjadi pertikaian di antara dua kelompok agama ini, samada 24 ataupun 39 buku.
3.1.2 Kitab suci menurut tradisi Yahudi
Mengenai Jewish Bible, sebagai kitab suci agama Yahudi, The Encyclopedia of the Jewish Religion1 menjelaskan bahawa istilah yang berasal daripada perkataan Greek, Biblia ini sebenarnya terjemahan daripada bahasa Hebrew, sepharim ( himpunan buku-buku ). Selanjutnya encyclopedia ini menjelaskan bahawa Hebrew Bible lebih terkenal di kalangan kaum Yahudi dengan nama panggilan TaNaKH, singkatan daripada gabungan perkataan Torah ( Undang-undang ), Neviim ( Nabi-nabi ), Ketuvim ( penulisan ). Lain-lain nama bagi Hebrew Bible ini ialah; kitvei ha-kodesh
( kitab suci ) dan mikra ( bacaan –
menggambarkan bahawa kitab suci ini dibaca kepada orang ramai ( Yahudi ). ). Sementara di kalangan kaum Kristian Hebrew Bible ini di rujuk sebagai the Old Testamen ( Old Covenant ) yang bermaksud " Perjanjian Lama " ( di antara Tuhan dengan Bani Israel ) sebagai " kontra" kepada the New Testament ( New Covenant ) " Perjanjian Baru " (di antara Tuhan dengan kaum Kristian.)
Menurut encyclopedia ini lagi ,2
Bible adalah memaparkan catatan khazanah
sejarah budaya bangsa Israel purba yang besar sekalanya. Ia dihasilkan dalam tempoh lebih
1 2
The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit., passim. m.s. 65-67. Ibid.m.s. 66. Lihat juga; American Educator Encyclopedia, loc.cit.
103
dari seribu tahun, di berbagai lokasi negeri; Israel, Babylon dan lain-lain oleh beberapa orang penulis utama. Menurut tradisi kepercayaan Yahudi Hebrew Bible mengandungi gabungan 24 buku, sebagaimana berikut;
Torah Mengandungi 5 buku; Genesis Exodus Leviticus Numbers Deuteronomy
Neviim mengandungi 8 buku; Joshua Judge Samuel I & II Kings I & II Isaiah Jeremiah Ezekiel (12 Minor Prophet) Hosea Joel Amos Obadiah Jonah Micah Nahum Habakkuk Zaphaniah Haggal Zachariah Malachi
Ketuvim Mengandungi 11 buku; Psalms Proverbs Job (The five Megillot(scroll)) The Song of Songs Ruth Lamentation Ecclesiastes Esther Danial Ezra(include Nehemiah) Chronicles I & II
Torah (Pentateuch) juga dipanggil Khummash iaitu 5/5 ataupun dibahagi 5 kerana ia mengandungi lima buku (Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteromy ) Neviim terbahagi kepada dua bahagian. a. Neviim Rishonim ( Nabi-nabi terdahulu ); Joshua, Judge, Samuel ( I & II ), King ( I & II ) dan b. Neviim Aharonim ( Nabi-nabi mutakhir ); Isaiah, Jeremiah, Ezekiel dan 12 Minor Prophets, Ketuvim
mengandungi 11 buku;.Psalms,
104
Proverbs, Job, 5 Megill/ot, ( "scrolls" ), Danial, Ezra ( termasuk Nehemiah ), Chronicles ( I & II ). Bagi kaum Yahudi, penerimaan terhadap authority penulisan Jewish Bible sangat tinggi dan tidak ada pertikaian padanya. Penerimaan dan pengiktirafan ini dibuat berasaskan piawai yang disahkan oleh “ Canon of Bible “1 yang dianggap sebagai lembaga yang bertanggungjawab mengkonstitusikan Jewish Bible.
Walaupun
canon
ini bukan
merupakan badan yang zahir namun " spiritual quality " yang wujud padanya sangat berkesan, di mana ia telah mengeluarkan beberapa buku daripada Canon Hebrew Bible. Bagaimanapun buku-buku yang terkeluar dari Jewish Bible tersebut diterima dan wujud di dalam Bible puak Katholic.2
Di sebalik percanggahannya dengan Bible kepunyaan puak Katholik, Jewish Bible lebih banyak mempunyai persamaan terutama dari segi kandungan dengan Old Testament kepunyaan puak Kristian Protestant walaupun berbeza dari segi susunannya3. Menurut Old Testament Protestant bilangan buku-bukunya adalah seperti berikut;4 Genesis
Judges
Chronicles I
Exodus
Ruth
Chronicles II
Leviticus
Samuel I
Ezra
Numbers
Samuel II
Nehemiah
Deuteronomy
Kings I
Esther
Joshua
Kings II
Job
1
(Greek: Canon) bermaksud tali pengukur. Canon of Bible merujuk kepada piawai yang diguna-pakai oleh agama Kristian dan Yahudi bagi menentukan bilangan catatan dan penulisan yang diterima sebagai senarai rasmi sebagai kitab-kitab suci. Lihat, Encyclopedic Dictionary of Religion, loc.cit. hal. 448 2 The Encyclopedia of Jewish Religion, op.cit. hal. 66. 3 American Educator Encyclopedia, loc.cit. m.s. B-138. 4 Ibid. Lihat juga ; Holy Bible ( King James Version ) ( Michigan: Zondervan), hal, kandungan.
105
Psalms
Daniel
Zephaniah
Proverbs
Hosea
Haggai
Ecclesiastes
Joel
Zachariah
Amos
Malachi
The
Song
of
Songs
Obadiah
Isaiah
Jonah
Jeremiah
Micah
Lamentations
Nahum
Ezekiel
Habakkuk
Walaupun pada bilangan zahirnya terdapat 39 buah buku, namun Canon (of Jewish Bible ) telah menentukan bilangan buku-buku di dalam Jewish Bible adalah 24 berdasarkan perkiraan berikut;1 Samuel, Kings dan Chronicles tergabung dalam satu buku, Ezra dan Nehemiah mewujudkan satu buku dan 12 Minor Prophets terkandung di dalam satu buku.
Penjelasan mengenai kitab suci agama Yahudi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Encyclopedia of Jewish Religion sebelum ini turut diperkuatkan lagi oleh satu laman web Yahudi yang agak terkini mengenai kitab suci agama Yahudi khasnya Torah2. Katanya dalam kontek yang agak sempit " Torah " biasanya dirujuk kepada lima buku Moses; Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy. Namun sebenarnya
1 2
American Educator Encyclopedia, loc.cit. m.s. B-139. http://www.jewfaq.org/torah.htm
106
perkataan " Torah " juga boleh merujuk kepada keseluruhan Jewish Bible atau " The Old Testament " ( sebagaimana yang dikenali di kalangan bukan Yahudi ) atau " Tanakh3 " iaitu " written Torah " ( menurut kaum Yahudi ). Malah menurutnya lagi bahawa di kalangan kaum Yahudi sebenarnya tidak ada istilah " The Old Testament ". Ini kerana bagi mereka apa yang dipanggil " The Old Testament " oleh puak-puak Kristian adalah " written Torah ". atau " Tanakh", singkatan daripada gabungan nama-nama kitab Torah, Nevi'im dan Ketuvim.
Di bawah ini adalah senarai Tanakh ( Written Torah ) menurut laman web agama Yahudi ini; TORAH (The Law): Bereishith (In the beginning...) (Genesis) Shemoth (The names...) (Exodus) Vayiqra (And He called...) (Leviticus) Bamidbar (In the wilderness...) (Numbers) Devarim (The words...) (Deuteronomy)
• • • • •
NEVI'IM (The Prophets): • • • • • • • • o o o o o o 3
Yehoshua (Joshua) Shoftim (Judges) Shmuel (I &II Samuel) Melakhim (I & II Kings) Yeshayah (Isaiah) Yirmyah (Jeremiah) Yechezqel (Ezekiel) The Twelve (treated as one book) Hoshea (Hosea) Yoel (Joel) Amos Ovadyah (Obadiah) Yonah (Jonah) Mikhah (Micah)
Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 67.
107
o o o o o o
Nachum Chavaqquq (Habbakkuk) Tzefanyah (Zephaniah) Chaggai Zekharyah (Zechariah) Malakhi
KETHUVIM (The Writings): • • • • • • • • • • •
Tehillim (Psalms) Mishlei (Proverbs) Iyov (Job) Shir Ha-Shirim (Song of Songs) Ruth Eikhah (Lamentations) Qoheleth (the author's name) (Ecclesiastes) Esther Daniel Ezra & Nechemyah (Nehemiah) (treated as one book) Divrei Ha-Yamim (The words of the days) (Chronicles)
Demikianlah secara tradisinya di dalam Judaism, kitab suci mereka Jewish Bible dibahagikan kepada tiga bahagian1. Pertama Torah (hukum ) ataupun Pentateuch, kedua Nevi'im ( Nabi-nabi ) dan ketiga Ketuvim ( Kitab-kitab ) ataupun Hagiographa. Pentateuch (Torah) bersama dengan The Book of Joshua yang akhirnya dikenali sebagai Hexateuch menceritakan bagaimana Bani Israel berkembang menjadi satu bangsa dan juga bagaimana mereka dianggap sebagai pemilik kepada " bumi yang dijanjikan. " Nevi'im pula meneruskan kisah Bani Israel sesudah berada di " bumi yang dijanjikan " terutama pada zaman penubuhan kerajaan Bani Israel dan perkembangannya.
1
Sementara Ketuvim
Lihat juga, The New Encyclopedia Britannica, vol. II, loc.cit. hal. 149
108
memaparkan dakwah nabi-nabi kepada umatnya pada zaman kemunculan unsur-unsur jahat yang akhirnya memusnahkaan kehidupan Bani Israel di “ bumi yang dijanjikan” .
Jewish Bilbe ( Old Testament ) pada keseluruhannya ditulis di dalam bahasa Hebrew kecuali dengan sedikit elemen di dalam bahasa Aramaic1 . Hal ini berlaku pada suatu masa di mana bahasa Aramaic ini menjadi bahasa " lingua-franca " di seluruh daratan Timur Mediterranean Di atas dasar penyesuaian dengan perkembangan literasi para sarjana Yahudi menterjemahkan sebahagian daripada Jewish Bible kepada " bahasa semasa" sama halnya pada pertengahan abad ke 3 s.m. sewaktu bahasa Greek menjadi bahasa semasa yang dominant, para sarjana Yahudi juga telah menterjemahkan Jewish Bible kepada bahasa Greek2. Tindakan penterjemahan ini ternyata bermanfaat, di mana apabila sebahagian lembaran teks asal Jewish Bible yang berbahasa Hebrew telah hilang pada suatu masa dulu, teks-teks terjemahan inilah yang menyelamatkan kelangsungan the Jewish Bible.
Demikianlah di antara
beberapa penjelasan daripada sumber-sumber
penulisan kesarjanaan Barat tentang pengenalan Jewish Bible atau Hebrew Bible. Pada keseluruhannya pandangan-pandangan tersebut menerima
bahawa di dalam tradisi
Judaism, kitab suci asasinya adalah Hebrew Bible ataupun Old Testament menurut panggilan
pengikut Kristian.
Begitu juga pada keseluruhannya sumber-sumber itu
1
Bahasa Syria purba yang pernah menjadi " lingua-franca " dan digunakan secara meluas di kalangan kaum Yahudi dan lain-lain di zaman Jesus ( 'Isa a.s.). Lihat; The Concise Oxford Dictionary, loc.cit. m.s.47 2 Inilah factor yang melahirkan istilah-istilah Greek seperti Pentateuch bagi Torah dan Hexateuch bagi gabungan Torah dan Book of Joshua.
109
bahawa perkataan Bible berasal daripada perkataan Greek, Biblia. Pada asasnya ia adalah kata jamak kepada perkataan yang memberi makna buku-buku. Ini memberi maksud Bible adalah koleksi atau satu gabungan daripada beberapa buah buku yang disatukan. Ini memang menepati maksudnya kerana Bible menurut kepercayaan Yahudi dan Kristian adalah gabungan daripada beberapa buku yang yang dihasilkan oleh Nabi-Nabi dan Rabbi Bani Israel.
Menurut The Encyclopedia of Jewish Religion1 penulisan ini mengalami proses perkembangan sebelum ianya sampai ke tahap yang terakhir. Ini didasarkan kepada pembahagian Jewish Bible kepada tiga bahagian ( Torah, Neviim dan Ketuvim ), di mana Torah selesai ditulis pada abad ke 5 s.m., Neviim pada abad ke 2 s.m. dan Ketuvim pada abad pertama masehi. Pembahagian ini menggambarkan tahap-tahap perkembangan penghasilan Jewish Bible. Bagaimanapun keseluruhan bahagian-bahagian Bible ini adalah berasaskan wahyu dan dianggap suci. Namun begitu Torah ( Pentateuch) tetap menempati kedududkan pertama dan utama di dalam Jewish Bible, kitab suci agama Yahudi ( Judaism ).
Torah (Heb: Tohr'-uh)2 diambil dari perkataan Yarah (throw down) bermakna "panduan", "ajaran" dan "arahan" yang diturunkan Tuhan (diwahyukan ) (divine revealation). Isi kandungannya adalah menceritakan peristiwa-peristiwa yang bermula dengan penciptaan alam sehingga kepada kematian Moses.
Pada peringkat awalnya,
1
The Encyclopedia of Jewish Religion, loc..cit. Lihat juga; The Encyclopedia Americana, loc.cit. m.s. 855 Ini kerana pada asalnya ia adalah wahyu yang diturunkan Tuhan kepada Moses di Gunung Sinai dari Langit dalam bentuk arahan (10 commandment). Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. m.s.387. Lihat juga; Encyclopedia of Knowledge, vol.18, loc,cit m.s. 291 2
110
istilah ini difahami sebagai arahan-arahan pengajaran umum kepada Bani Israel. Dalam perkembangan berikutnya terutama setelah zaman “ pembuangan di Babylon” dan zaman “pembinaan semula Temple Jerusalem” maksud Torah yang merujuk kepada “lima Buku Undang-Undang Musa"1, Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy diperluas dan turut diguna-pakai untuk merujuk lisan para nabi dan pendita Yahudi yang dibukukan di dalam koleksi buku-buku tulisan mereka di samping “sebagai buku-buku panduan amalan dan perundangan kepada bangsa Israel.
Menurut tradisi kepercayaan Judaism, Torah atau " Ten Comandment " yang diwahyukan Tuhan kepada Moses
di Gunong Sinai ( Mont Sinai Covenant) dianggap
“Torah bertulis” (Written Torah). Ianya adalah sangat penting di dalam tradisi agama Yahudi (Judaism) kerana ianya merupakan asas kepada keseluruhan kandungan kitab suci agama mereka, Jewish Bible.2 Ini kerana di dalamnya telah tercatat seluruh sirisiri " perjanjian " yang lalu. Sementara itu seluruh penulisan sesudahnya oleh para Nabi dan Rabbi Bani Israel dalam tempoh lebih dari 1000 tahun adalah dianggap sebagai " the Oral Torah " yang ruhnya adalah berasaskan kepada " the written Torah "3. Gabungan di antara catatan semula semua " perjanjian " yang termetrai sebelum Torah bertulis dan penulisan lanjutan sesudahnya oleh para Nabi dan Rabbi Yahudi selepasnya menghasilkan sebuah kitab suci agama Yahudi, Jewish Bible ataupun Hebrew Bible.
1
Ia juga seringkali di sebut Pentateuch ( Gr: Pehn-tuh- took ) bermaksud " lima lembaran bergulung buku yang pertama ". Ini sesuai dengan makna fizikalnya yang sehingga kini sebagai lembaran ( scrolls ) " kitab suci " tersimpan di dalam peti-peti khazanah setiap biara Yahudi. Lihat, The World Book Encyclopedia, ( Chicago: World Book Inc. vol. 15, 2001,) m.s.274.. Lihat juga The Encyclopedia Americana, loc.cit. m.s. 855 2 Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 67. Lihat juga, The Oxford Dictionary of World Religion, loc.cit. hal. 242 3 Lihat konsep Oral Torah/Oral Laws, dalam Encyclopedia Jewish Religion, loc.cit. hal. 373.
111
Seterusnya sejarah perkembangan agama bangsa Yahudi menunjukkan bahawa perkembangan Torah yang makna literasinya adalah " pengajian " dan " pengajaran ", tetap berterusan walaupun selepas kematian Moses. Dengan demikian dikatakan bahawa kitab-kitab yang lain di dalam Hebrew Bible seperti Neviim ( nabi-nabi ) dan Ketuvim ( penulisan ), walaupun bukan Torah dari segi makna fizikalnya, tetapi dianggap Torah dari segi semangat " pengajaran ", " panduan " dan " perundangan "nya.
Begitu juga
sifatnya dengan lain-lain penulisan kependetaan Yahudi, seperti Kitab Talmud dari segi rohnya adalah dikira sebagai sebahagian daripada Torah. 1
Dalam hal ini
The Encyclopedia of Jewish Religion2 menjelaskan bahawa
Talmud adalah satu kerja penulisan yang unik, terhasil
dari kajian dan perbahasan
dalaman daripada Torah yang berterusan selama 800 tahun oleh seluruh sarjana bangsa Israel.
Walaupun tidak ditarafkan sebagai " Written Law " (Torah) yang diberikan
Tuhan kepada Moses di Gunong Sinai, namun rohnya tetap bertunjangkan Torah. Ini berasaskan bahawa " Oral Law " iaitu warisan lisan yang dipindahkan dari mulut ke mulut sejak dari zaman Moses juga adalah bersumberkan Wahyu suci yang sama dari Sinai di mana " Oral Law " adalah komplimentasi yang melengkapkan " Written Law " di dalam Torah. Hal ini adalah kerana "hukum-hukum " yang terkandung di dalam Torah memerlukan penerangan dan penjelasan, lalu wujudlah apa yang dikatakan pentafsiran lisan yang tidak bertulis sejak hari-hari pertama Torah di wahyukan.
1
The Encyclopedia Americana, Ibid. The Encyclopedia of The Jewish Religion, loc.cit. m.s.373. Lihat juga; The New Bible Dictionary, loc.cit. m.s.672. 2
112
Namun apabila berhadapan dengan kenyataan bahawa " Oral Law / Oral Torah " tidak mungkin mencapai penamat "sempurna" berikutan dengan perubahan dan pembaharuan yang berterusan di dalam peradaban kehidupan manusia, para Rabbi akhirnya mengambil keedah membuatkan kesimpulan terakhir ke atas catatan " Oral Torah " dan seluruhnya dihimpunkan di dalam sebuah kitab yang dipanggil Talmud, Ini berlaku di akhir abad ke 4 m dan kaedah ini diterima umum di dalam Judaism 1.
Talmud adalah kitab panduan ibadah harian dan hukum-hukum Syariat di dalam Judaism, gabungan daripada dua bahagian penulisan Rabbi, Mishnah dan Gemara2. Mishnah yang bermaksud " arahan-arahan " adalah satu koleksi " Oral Law " yang berjaya dibukukan oleh Rabbi Yehuda ha-Nasi pada tahun 220 m. Ia disusun dalam enam jilid dan dianggap sebagai sambungan dan penjelasan kepada Torah, lima buku Musa yang pertama daripada Hebrew Bible. Setelah terhasilnya Mishnah muncul satu kumpulan sarjana Yahudi yang dikenali sebagai " Amoraim '' ( Eng; commentators ) memberikan komentar dan mentafsirkan lagi isi kandungan Mishnah. Segala komentar ini disusun dan dibukukan pada tahun 499 m. di Babylon dengan nama Gemara. Istilah ini berasal dari bahasa Aramaic bermakna pengajaran. Gemara yang juga dikenali sebagai " Babylonian Talmud" (Talmud versi Babylon ) adalah yang lebih diterima pakai di sisi agama Yahudi sebagai kitab yang paling muktamad di dalam hukum-hukam syariat mereka3
1
The New Bible Dictionary, loc.cit. m.s. 672. Lihat juga , Grolier, Encyclopedia of Knowledge, loc. cit. New Bible Dictionary, ibid. Lihat juga ; Universal World Reference, vol. 8, loc.cit. m.s.2714 3 New Bible Dictionary, ibid. Lihat juga; Encyclopedia of Knowledge, loc.cit. m.s. 102 2
113
Demikianlah tradisi kepercayaan Judaism terhadap kitab suci mereka Hebrew Bible dan lain-lain penulisan kependetaan Yahudi (Rabbinic Writings). Di dalam tradisi kepercayaan penganut Judaism, bahawa kitab suci mereka terbahagi dua. Pertama adalah Hebrew Bible (Written Torah) yang berasaskan wahyu dari Tuhan Israel kepada Moses di Mt. Sinai. Ia terdiri daripada tiga komponen utamanya, Torah ( Law ), Neviim ( Prophets ) dan Ketuvim ( Writtings ) di hasilkan dalam tempoh lebih dari 1000 tahun.
Ia lebih menekan kepada dasar-dasar teologi dan
falsafah Judaism yang diterapkan melalui sejarah Bani Israel sejak zaman awal Bible. Teologi dan dan falsafah ini diterapkan melalui tema utamanya iaitu covenant di antara Tuhan dengan Bani Israel mengenai konsep-konsep “ bangsa pilihan” dan “ negeri yang dijanjikan”. Konsep-konsep ini menyatakan bahawa Tuhan memilih Bani Israel sebagai sebagai “bangsa pilihan”Nya dan sehubungan dengan itu mereka dijanjikan dengan bumi Kan’an (Palestin) sebagai “negeri yang dijanjikan”.
Manakala bahagian kedua kitab suci mereka adalah penulisan kependetaan (Rabbinic writing) ataupun perkembangan dari tradisi lisan (Oral Law) yang juga dikatakan bermula pada zaman Moses dan bersambungan oleh para Rabbi Yahudi sehingga ke abad pertama masehi. Kitab utama dari bahagian kedua ini adalah Talmud yang menggabungkan Mishnah dan Gemara lebih merupakan panduan amalan ritual harian di dalam Judaism.
114
Dalam hal ini, memandangkan kedudukan " Torah " sebagai lembaran bergulung ( scroll ) suci hanya tersimpan di dalam peti-peti khazanah di biara Yahudi ( Synagogue ), maka Talmud terutamanya Gemara
telah mengambil kedudukan sebagai kitab suci
popular yang menerangkan hukum-hakam agama dalam kehidupan seharian bagi kaum Yahudi.
Demikianlah sejarah penulisan dan perkembangan kitab suci agama Yahudi menurut pandangan Barat termasuk penjelasan dari para sarjana Yahudi sendiri. Pada umumnya dari sudut pandangan Barat bahawa kitab suci asasi di dalam Judaism adalah Jewish Bible. Ia bermula dengan wahyu Tuhan kepada Moses di Mt. Sinai dan disempurnakan penulisannya oleh para Nabi dan Rabbi Bani Israel dalam tempoh lebih dari 1000 tahun sesudahnya.
3.2 Kitab suci agama Yahudi menurut pandangan Islam.
Ada sedikit perbezaan dari sudut pandangan tentang kitab suci agama Yahudi menurut pandangan Islam berbanding dengan sudut pandangan Barat. Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa pada umumnya menurut pandangan Barat, kitab suci tersebut yang dipanggil Jewish Bible adalah koleksi kepada beberapa buku karangan para Nabi dan Rabbi Bani Israel di mana Torah adalah komponen utamanya. Tema utamanya 115
adalah mengenai covenant di antara Tuhan dengan Bangsa Israel yang berkisar kepada konsep-konsep Bangsa Israel sebagai bangsa pilihan Tuhan dan Palestin adalah bumi yang dijanjikan untuk mereka.
Bagaimanapun menurut tradisi kesarjanaan Islam samada para Ulama silam mahupun para sarjana Islam sezaman, mereka berpegang kepada fakta bahawa kitab suci bagi kaum Yahudi adalah Torah ( Ar: Tawrah ). Ini berasaskan kepada kenyataankenyataan Allah ( s.w.t.) di dalam al-Qur'an, di mana Allah (s.w.t.) menyebut nama kitab suci ini dalam bahasa Arab sebagai ( al-Tawrah ) dan di namakan juga (al-Kitab ). Sebutan itu dibuat dengan lafaz ma'rifah yang memberi makna khas iaitu kitab Syari'ah dan panduan hidup khusus untuk Bani Isra’il. Ia pada asasnya adalah kitab Wahyu dari Allah ( s.w.t.) kepada Musa (a.s.), nabi yang di amanahkan Allah untuk memimpin Bani Isra’il.
Di dalam al-Qur'an terdapat beberapa ayat yang menyebut perkataan al-Tawrah dan al-Kitab yang juga merujuk kapada kitab al-Tawrah. Mengambil contoh perkataan alTawrah ialah firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-Ma'idah1 yang bermaksud ;
43. Dan bagaimanakah mereka mengangkatmu menjadi hakim mereka, padahal mereka mempunyai Tawrah yang didalamnya (ada) hukum Allah, Kemudian mereka berpaling sesudah itu (dari putusanmu)? dan mereka sungguh-sungguh bukan orang yang beriman.
44. Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Tawrah di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, 1
Al-Ma’idah, 5: 43-46
116
disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. 45. Dan kami Telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Al Tawrah) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, Maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. 46.
Dan kami iringkan jejak mereka (nabi nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam,
membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Tawrah. dan kami Telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu Kitab Tawrah. dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orangorang yang bertakwa.
Al-Tabari ( m. 310 H. ) di dalam mentafsirkan ayat ke 43 yang tersebut di atas menjelaskan al-Tawrah sebagai kitab suci bagi kaum Yahudi, diturunkan kepada Musa (a.s.)1
Sementara di dalam mentafsirkan ayat ke 442 seterusnya beliau
menjelaskan
bahawa kitab al-Tawrah juga turut menjadi rujukan sumber hukum kepada para Nabi di kalangan Bani Isra’il. Mereka yang turut di amanahkan memimpin Bani Isra’il sesudah Musa (a.s.).
berhukum dengan hukum-hukum yang terkanun di dalam al-Tawrah di
dalam kes-kes jenayah dan juga kesalahan zina.
1 2
Al-Tabari, Jami' al-Bayan, j.4, loc.cit..hal. 3068. Ibid. hal.. 3069
117
Di dalam, al-Qur'an selain dari nama al-Tawrah Allah ( s.w.t.) juga menyebut kitab suci kaum Yahudi ini dengan nama al-Kitab. Ia bermaksud kitab suci yang menjadi petunjuk dan panduan kehidupan Bani Isra’il. Ini di antaranya tercatat di dalam surah alIsra' dan juga surah al-Sajadah. Di dalam surah al-Isra'1,
Allah (s.w.t.) berfirman yang
bermaksud;
1. Dan kami berikan kepada Musa Kitab (Tawrah) dan kami jadikan Kitab Tawurah itu petunjuk bagi Bani Isra’il (dengan firman): "Janganlah kamu mengambil penolong selain aku,
Sementara di dalam surah al-Sajdah2 Allah (s.w.t.) berfirman yang bermaksud;
23. Dan Sesungguhnya kami Telah berikan kepada Musa Al-Kitab (Tawrah), Maka janganlah kamu (Muhammad) ragu menerima (Al-Qur’an) itu dan kami jadikan Al-Kitab (Tawrah) itu petunjuk bagi Bani Isra’il.
Bagaimanapun para Ulama menegaskan bahawa apa yang disebut Allah (s.w.t.) dengan nama al-Kitab di dalam al-Qur'an itu adalah merujuk kepada al-Tawrah.
Ibn
Kathir ( m. 774 H ) dalam mentafsirkan ayat dari surah al-Isra' itu menjelaskan bahawa perkataan al-Kitab di dalam ayat ini merujuk kepada al-Tawrah. Ia adalah kitab panduan dan petunjuk kepada Bani Isra’il terutama di dalam konteks Ibadah, bahawa mereka dituntut hanya untuk beribadah kepada Allah (s.w.t.) sahaja tanpa sebarang sekutu 1 2
Al-Isra’, 17: 2 Al-Sajdah, 32:23
118
dengannya1. Di dalam mentafsirkan ayat dari surah al-Sajadah2 selanjutnya Ibn Kathir menerangkan bahawa maksud al-Kitab di sini adalah al-Tawrah. Sementara hidayah atau petunjuk di dalam ayat ini sama konteknya dengan apa yang terkandung di dalam ayat dari surah al-Isra' sebelumnya.
Sebagaimana yang termaklum bahawa kitab suci di dalam tradisi agama Yahudi terdiri daripada beberapa koleksi buku atau kitab selain dari Torah. Kenyataan ini juga turut disebut oleh para ilmuan Islam samada di kalangan para Ulama Islam silam, mahupun para sarjana sezaman. Dalam hal ini Ibn Qayyim al-Jauziyyah ( m. 751 H )3 telah menyebut nama lain-lain kitab suci bagi kaum Yahudi iaitu Mishnah, Gemara dan Talmud selain dari Torah.
Menurut beliau4. bahawa para " Fuqaha' " (Ulama Fiqh) Yahudi di zaman silam telah menghasilkan dua kitab Fiqh iaitu Mishnah dan Gemara. Kedua-dua kitab ini terhasil dalam jarak masa beberapa generasi, oleh beberapa orang penulis. Menurutnya lagi kitab pertama, Mishnah di hasilkan oleh beberapa orang Fuqaha' yang terdahulu. Namun para Fuqaha' di zaman kebelakangannya telah mentakwilkan beberapa bahagian daripada penulisannya lalu melahirkan kitab yang kedua, Gemara. Bagaimanapun para Ulama' dari generasi yang lebih terkemudian memandang bahawa pentakwilan dari golongan yang terkemudian terhadap penulisan golongan silam mungkin tidak berkesudahan. Akhirnya golongan Ulama mutakhir ini memutuskan bahawa tidak ada 1
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim loc.cit. hal., 849 Ibid. m.s. 1153. 3 yang hidup sezaman dengan Ibn kathir ( m. 774 H ) 4 Syamsuddin Mohamad bin Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Hidayah al-Hayara fi Ajwibah al-Yahud wa al-Nasara, ed. Sayyid ‘Imran, Dar al-Hadith, Qahirah (1424 H ) hal. 175. 2
119
lagi pentakwilan yang dibuat dan kedua-dua kitab yang telah ada itu disatu dan dimuktamadkan oleh dengan satu nama, Talmud.
Demikianlah penjelasan dan perbincangan mengenai kitab-kitab suci bagi agama Yahudi atau kitab suci bagi kaum Yahudi khasnya Torah ( Ar. Al-Tawrah ) menurut para Ulama silam. Mereka telah menyebutnya di dalam penulisan-penulisan mereka namanama kitab tersebut. Selain dari yang disebut di dalam al-Qur'an seperti al- Tawrah juga disebut nama-nama kitab lain yang dianggap suci oleh kaum Yahudi seperti Talmud yang terhasil dari gabungan antara Gemara dan Mishnah.
Sementara itu kalangan para sarjana Islam sezaman juga turut sama membicarakan nama dan isi kandungan kitab-kitab suci agama Yahudi. Ini terutamanya perbincangan dari kontek isu-isu ‘Aqidah yang terkini.
Di antaranya sarjana Islam tersohor di awal abad ke 20, Syaikh Muhamad ‘Abduh. Di dalam
mentafsirkan ayat
(al-Ma’idah, 5: 49 )1, beliau mengatakan, ayat ini
menerangkan bahawa al-Tawrah asalnya kitab petunjuk kepada Bani Isra’il, namun mereka menolak dari beramal kejahatan.
( berhukum ) dengannya apabila mereka melakukan
Menjelaskan selanjutnya beliau mengatakan bahawa Allah ( s.w.t.)
menurunkan al-Tawrah kepada Musa ( a.s.), kitab yang mengandungi panduan di dalam persoalan ‘Aqidah dan Syari’ah ke atas Bani Isra’il sesudah mereka dikeluarkan daripada Mesir yang mengamalkan penyembahan berhala yang sesat. Inilah juga kitabnya yang Muhamad ‘Abduh,Tafsir al-Qur'an al-Hakim, catatan dan terbitan Sayyid Muhamad Rasyid Ridha, ( al-Manar ), Dar al-Ma'rifah, Beirut, ( t.t.),hal . 397. 1
120
diguna pakai sebagai buku kanun perundangan bagi memutuskan hukum-hakam ke atas Bani Isra’il oleh para Nabi dan pemimpin kaum ini sesudah zaman Musa ( a.s.)
Demikian juga Sayyid Qutb1 di dalam mentafsirkan ayat yang membincangkan persoalan al-Tawrah ini, menyatakan bahawa al-Tawrah, asalnya kitab wahyu yang diturunkan Allah ( s.w.t.) kepada Musa (a.s.) untuk menjadi petunjuk kepada Bani Isra’il. Ia mengajarkan ‘Aqidah Tawhid dan Syi'ar-syi'ar Ibadah. Ia juga adalah kitab Syari'ah khas untuk Bani Israel. Seluruh
para Nabi, Ulama dan Rahib Bani Isra’il ( sesudah
Musa a.s.) tetap berhukum dengannya lantaran mereka telah di amanahkan Allah (s.w.t.) menjaga al-Tawrah dan menegakkan Syaria’ahnya. Dalam hal ini mereka telah berikrar dan bersaksi untuk menjaganya, namun mereka telah mengubah-suaikannya.
Sehubungan dengan hal ini penulis Izhar al-Haqq,2 (buku yang khusus mempersoalkan status Bible sebagai kitab suci), di dalam memperkatakan kitab suci di kalangan ahl al-Kitab, menyebut bahawa mereka membahagikan
kitab suci tersebut
kepada dua bahagian. Bahagian pertama dinamakan " Perjanjian Lama " dan keduanya dinamakan " Perjanjian Baru ". " Perjanjian Lama " adalah dianggap sebagai kitab suci bagi kaum Yahudi iaitu kitab-kitab yang diwariskan kepada mereka oleh nabi-nabi sebelum
’Isa (a.s.). Beliau menyebut bilangannya adalah sebanyak 38 buah kitab,
Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur'an, j. 2, cet. 10, Dar al-Syuruq, Qahirah ( 1402 H.) hal 859 & 896. Seorang sarjana yang diangap pakar di dalam hal-hal ahl al-Kitab, Rahmatullah bin Khalil al-Rahman alKairanawi al-Hindi, Izhar al-Haqq, ed. Abdullah bin Ibrahim al-Ansari, Syu'un al-Diniyyah bi Dawlah Qatar, Qatar (t.t.), hal. 95-96. 1 2
121
( hampir sama dengan 39 buah sebagaimana yang tercatat di dalam Bible Yahudi dan Protestant).
Nama-nama kitab itu yang disebut berdasarkan teks terjemahan bahasa Arab adalah seperti berikut;1
1-Safar al-Takwin, 2- Safar al-Khuruj, 3- Safar al-Ahbar, 4- Safar al-'Adad, 5- Safar al-Istithna'. Kelompok 5 safar (kitab) pertama daripadanya ini dipanggil Torah, dalam bahasa Hebrew bermakna pengajaran dan Syari'at. 6- Kitab Yusya' bin Nun, 7- Kitab alQadha', 8- Kitab Ra'us, 9- Safar Samu'il al-Awwal, 10- Safar Samu'il al-Thaniyy, 11Safar al-Muluk al-Awaal, 12- Safar al-Mulik al-Thaniyy, 13- al-Safar al-Awwal min Akhbar al-Ayyam, 14- al-Safar al-Thaniyy min Akhbar al-Ayyam, 15- al-Safar alAwwal li 'Izra, 16- al-Safar al-Thaniyy li 'Izra, 17- Kitab Ayyub, 18- Zabur, 19- Amthal Sulaiman, 20- Kitab al-Jami'ah, 21- Kitab Nasyid al-Insyad, 22- Kitab Asy'iya, 23- Kitab Armiya, 24- Muratha Asy'iya, 25- Kitab Hizqibal, 26- Kitab Daniyal, 27-Kitab Husya', 28- Kitab Yu'il, 29- Kitab 'Amus, 30- 'Ubdiya, 31- Kitab Yunan, 32-Kitab Mikha, 33Kitab Nahum. 34- Kitab Hiquq, 35- Kitab Safuniya, 36- Kitab Hujja, 37- Kitab Zakariyya, 38- Kitab Mulakhiyya.
Dalam hal ini
beliau menegaskan bahawa kitab wahyu daripada langit wajib
diterima dan beriman dengannya, iaitulah kitab-kitab yang ditulis melalui perantaran nabi tertentu dan sampai kepada kita melalui perantaraan yang tersambung dengan sanad yang sahih tanpa sebarang pengubahsuaian. Bagaimanapun apa yang dinamakan kitab Musa, 1
Ibid,
122
kitab Ezra, kitab ’Asyi’ya dan kitab Armiya ( kitab nabi-nabi sesudah Musa yang ada pada Yahudi sekarang ) tidak cukup kuat untuk mensabitkannya sebagai kitab wahyu yang asli lantaran ianya hanyalah berasaskan dari dakwaan-dakwaan yang bersumberkan ilham semata-samata.1
Sebagai menyokong pandangan ini, penulis buku al-Tawrah baina Fuqdan al-Asl wa Tanaqud al-Nas2 turut menegaskan bahawa teks asal kitab al-Tawrah telah hilang. Apa yang wujud kini adalah tiga teks klasik yang berbeza iaitu, teks berbahasa ‘Ibrani (Hebrew), teks berbahasa Yunani (Greek) dan teks al-Samiriyyah yang menjadi pegangan puak al-Samirah (Pharisees)3. Menurut beliau teks ‘Ibrani adalah teks yang berada di tangan kaum Yahudi mengandungi 39 kitab. Teks ini ditolak oleh Kristian Roman Katholik tetapi tetapi diterima oleh Kristian Protestant yang lahir pada abad ke 16 Masehi. Teks Yunani adalah teks yang menjadi pegangan Kristian Katholik setelah mereka menolak teks ‘Ibrani. Sementara teks pegangan puak al-Samirah tidak lebih dari 7 kitab dan selain dari itu dianggap tambahan dan pembohongan.
Mengenai persoalan ke manakah menghilangnya teks asal kitab al-Tawrah, penulis ini terus lagi merujuk kepada buku Izhar al-Haqq4 dalam mendapatkan jawapannya. Kenyataannya ialah teks asal al-Tawrah pertama kalinya telah hilang di dalam tragedi 1
Ibid. hal. 101 Nu'man Abd Razzaq al-Samarra'i (Ph.d.), al-Tawrah baina Fuqdan al-Asl wa Tanaqud al-Nas, Dar alHikmah,London (1424 ) H. hal. 3-4. 3 Satu puak Yahudi yang berasal dari kota purba al-Samirah (sekarang , Nablus). Di kalangan Kristian dikenali sebagai puak Pharisee, pelampau agama Yahudi di zaman Jesus. Golongan ini hanya berpegang kepada 7 (tujuh) kitab sahaja iaitu 5 daripada Torah Musa dan 2 kitab tambahan iaitu Joshua ( Yusya' ) dan Judge ( Qudah ) sebagai tambahannya. 4 Penulis buku al-Tawrah, Dr.Nu'man al-Samarra'i menyifatkan Syiekh Rahmatullah penulis kitab Izhar al-Haqq adalah Ulama yang mendalam ilmunya di dalam hal-ehwal kitab suci ahl al-Kitab. Lihat; alTawrah, ibid. hal.. 4-5. Lihat juga; Izhar al-Haqq. Op,cit. hal. 104. 2
123
serangan penjajahan Nebuchandezar ke atas Jerusalem1. Selepas peristiwa itu, menurut dakwaan ahl al-Kitab,
Torah ditulis semula oleh Ezra melalui perantaraan ilham.
Bagaimanapun teks yang dipertikaian tarafnya ini, sekali lagi hilang sewaktu terjadinya serangan penjajahan Greek ke atas Jerusalem yang diingati sebagai tragedi Antiochus2.
Sementara itu penulis buku ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa'di bi Filastini3 juga turut merujuk kepada buku Izhar al-Haqq
mengulangi pendapat penulisnya di dalam
memperjelaskan nama-nama dan pembahagian kitab suci di kalangan
ahl al-Kitab.
Menambah di dalam penjelasannya beliau mengatakan bahawa begitu ketara perbezaan di antara teks Bible Protestant berbanding dengan Katholik kerana Kristian Protestan lebih berpegang kepada susunan ( Canon ) Yahudi di dalam menyusun bilangan kitab-kitab di dalam Bible. Bagaimanapun dari segi bilangan beliau memperakui bahawa bilangan kitabkitab di dalam " Perjanjian Lama " adalah 39 sebagaimana mengikut kiraan Yahudi dan Protestant4.
Menjelaskan lagi dalam hal ini, penulis buku al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa ususuha5 membincangkan isu ini dengan agak terperinci. Beliau sebagaimana juga penulis Izhar al-Haqq menegaskan bahawa mengikut 'aqidah Islamiyyah, beriman dengan kitabkitab Samawiyy yang diwahyukan Allah ( s.w.t.) kepada para RasulNya adalah salah satu
1
Tahun 589 s.m. Sempena nama Antioch IV (214 s.m.-164 s.m.), pemerintah Greek di Syria yang bertanggung jawab terhadap serangan yang memusnahkan " 2nd Temple " yang dibina semula Yahudi bagi menggantikan " Solomon Temple "di Jerusalem sekembalinya dari buangan selama 500 tahun di Babylon. 3 Muhamad bin 'Ali bin Muhamad Ali Umar,'Aqidah al-Yahud fi al-Wa'di bi Filastini, Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah Athna' al-Nasyr, Riyadh (1424 H), hal.. 60. 4 Ibid.. hal.. 61 5 Abd. Rahman Hasan Hanbakah al-Maidani, Al-'Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha, Dar alQalam, Dimasyq, cet.11, (1423 H), hal. 465. 2
124
daripada rukun iman. Apa yang dimaksudkan dengan kitab-kitab tersebut adalah alQur'an, Suhuf para Nabi terdahulu, ( seperti Suhuf Ibrahim a.s.), Tawrah, Zabur dan Injil. Ini berdasarkan kepada beberapa kenyataan dari al-Qur'an seperti di dalam surah alBaqarah1;
285.
Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."
Begitu juga di dalam surah al-Nisa'2;
136. Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu Telah sesat sejauh-jauhnya.
Mengenai al-Tawrah, penulis ini menimbulkan satu persoalan,
apakah
ianya kitab yang di benarkan oleh al-Qur'an. Sebagai menjawabnya beliau menjelaskan bahawa al-Tawrah yang dibenarkan oleh al-Qur'an adalah kitab dasar yang diturunkan Allah (s.w.t.) kepada Musa (a.s.). Mengenai Torah yang wujud di kalangan Yahudi sekarang adalah suatu hasil penulisan yang tidak ada pertalian yang boleh dipertanggungjawabkan sebagai kitab wahyu Musa (a.s.). Ini adalah kerana Torah yang
1 2
Al-Baqarah, 2:285 Al-Nisa’, 4: 136
125
ada kini adalah sebuah buku yang dipenuhi dengan unsur-unsur penambahan dan pengubahsuaian yang menafikakan sifatnya sebagai kitab suci wahyu Ilahi. Selanjutnya penulis ini menjelaskan berdasarkan penjelasan-penjelasan dari alQur'an, bahawa isi kandungan al-Tawrah sebagai kitab suci Wahyu Ilahi mengandungi lima perkara utama;1 Pertama, seluruh isi kandungan yang terdapat di dalam Suhuf Ibrahim (a.s.) diulang kembali penurunannya di dalam al-Tawrah sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Najm2 yang bermaksud; 36. Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa? 37. Dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?
Kedua, adalah sejumlah hukum-hukam Syari'ah Rabbaniyyah disyari'atkan ke atas Bani Isra’il sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Ma'idah3; 43. Dan bagaimanakah mereka mengangkatmu menjadi hakim mereka, padahal mereka mempunyai Taurat yang didalamnya (ada) hukum Allah, Kemudian mereka berpaling sesudah itu (dari putusanmu)? dan mereka sungguh-sungguh bukan orang yang beriman.
Ketiga ialah berita gembira kepada umat manusia tentang pengutusan Nabi Muhamad (s.a.w.) dan penjelasan terhadap beberapa sifat baginda (s.a.w.) sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-A'raf 4 yang bermaksud; .157. (yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggubelenggu yang ada pada mereka[574]. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, 1
Ibid. hal. 473-476. Al-Najm, 53:36-37 3 Al-Ma’idah, 5: 43 4 Al-A’raf, 7:157 2
126
menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka Itulah orang-orang yang beruntung.
Keempat adalah penjelasan mengenai cirri-ciri dan sifat para sahabat Rasulullah (s.a.w.) sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Fath1 yang bermaksud;
29. Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud[1406]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu Kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.
Kelima adalah perintah berjihad pada jalan Allah dengan jiwa dan harta sebagaimana yang dijelaskan Allah di dalam surah al-Tawbah2 yang bermaksud; 111.
Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan
memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
1 2
Al-Fath, 48:29 Al-Tawbah, 9:111
127
Demikianlah berdasarkan penjelasan para Ulama dan sarjana Islam, bahawa Islam tidak dapat menerima Torah dan lain-lain kitab yang terkandung di dalam Jewish Bible sebagai kitab suci yang diwahyukan. Ini adalah kerana al-Tawrah yang disebut di dalam al-Qur'an sebagai kitab suci yang diwajibkan ke atas umat Islam beriman dengannya adalah kitab Syari’ah kepada Bani Isra’il yang diwahyukan Allah (s.w.t.) ke atas Musa (a.s.) di Gunung Sinai dengan sekali gus sahaja. Sedangkan Torah dan Jewish Bible yang berada di kalangan ahl al-Kitab sekarang, menurut dakwaan mereka adalah koleksi bukubuku karangan para Nabi dan Rabbi Bani Isra’il yang dihasilkan dalam tempoh 1000 tahun.
Begitu juga Islam tidak dapat menerima Torah dan Jewish Bible ini sebagai kitab wahyu Musa (a.s.) yang asli kerana teks asalnya telah tidak wujud lagi. Apa yang ada kini adalah tiga teks yang berbeza dan berlainan bahasa. Sehubungan dengan itu isi kandungannya telah mengalami pengubahsuaian.
Perkara-perkara
dasar di dalam di
dalam isi kandungannya telah berubah terutama di dalam aspek hukum-hukum Syari’ah. Kenyataan ini telah menjadi satu pengtahuan umum kepada umat Islam sejak di zaman Rasulullah (s.a.w.).
Ini berikutan
dengan pendedahan dari seorang Sahabah, iaitu
Abdullah bin Salam ( r.a.)1 yang asalnya adalah seorang pendeta Yahudi dan memeluk Islam,.
Di zaman kontemporari ini kenyataan tersebut telah diperkuatkan lagi dengan beberapa fakta seperti pendedahan oleh Sarjana Barat yang memeluk Islam dan juga fakta1
Lihat; Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-Azim, loc.cit. hal. 463.
128
fakta berasaskan kajian-kajian akedemik. Seorang sarjana Barat dari Peranchis , Maurice Bucaille yang telah memeluk Islam telah menulis satu perbandingan di antara al-Qur'an , Bible dan Sains moden.
Mengenai kandungan kitab Bible beliau mengatakan bahawa asal Bible adalah koleksi lagu-lagu rakyat Bani Israel.1
Di dalam menguatkan kenyataannya
beliau
mengambil pandangan rakan sarjana Baratnya Edmund Jacob yang mengatakan bahawa Bani Israel merakam segala peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah bangsa mereka dalam bentuk lagu-lagu puisi rakyat dan menghafalnya. Tambah Edmund Jacob lagi bahawa selain peristiwa-peristiwa sejarah, Bani Israel juga merakamkan beberapa peraturan suku kaum dan kata-kata perumpamaan oleh nabi-nabi di dalam mengajar Bani Israel dalam bentuk lagu-lagu puisi . Edmund Jacob akhirnya membuat kesimpulan dari keseluruhan penulisan kitab " Perjanjian Lama " bahawa para penulisnya berjaya menyelitkan kisah-kisah dongeng bersama dengan perjalanan sejarah Bani Israel kononnya berdasarkan dari riwayat Musa dan bapa-bapanya (patriarch) yang terdahulu. Adalah dipercayai bahawa lagu-lagu puisi ini dibukukan dalam bentuk prosa hanyalah setelah Bani Israel telah menetap dengan stabil di Kan'an iaitu di zaman Daud dan Sulaiman di antara akhir abad ke 13 s.m. sehingga awal abad ke 11 s.m2.
Kenyataan bahawa kitab (Jewish) Bible (Old Testament) berasal dari lagu-lagu puisi rakyat dan ditulis oleh beberapa orang penulis yang ramai dalam jangkamasa yang 1
Maurice Bucaille, Qur'an, Bible dan Sains (ed. Arab), Jam'iyyah Da'awah Islamiyyah, Tripoly, (1982), hal. 20-21. 2 Ibid.
129
panjang serta lain-lain kenyataan yang meragui keaslian Jewish Bible, turut tercatat di dalam beberapa encyclopedia Barat. Di antaranya Encyclopedia of Religion and Ethics, New Encyclopedia Britannica,
American Educator Encyclopedia, Encyclopedia
Americana dan juga The Encyclopedia of Jewish Religion1
Kesimpulannya Islam tidak menerima Jewish Bible termasuk Torah yang menjadi pegangan kaum bangsa Yahudi masa kini sebagai al-Tawrah yang diwahyukan Allah (s.w.t.) kepada Musa a.s. Penolakan ini berasaskan kepada beberapa faktor utama. Pertama teks asalnya tidak dapat dipastikan, lantaran terdapat tiga teks purba (ancient) yang berlainan bahasa. Ia berkaitan dengan peristiwa “ pemusnahan Jerusalem” oleh Nebuchadnezzar di abad ke 5 s.m. Menurut sejarah Barat yang berasaskan Bible bahawa kitab asal yang dibawa sejak zaman Musa a.s. (Moses) telah hilang dan lenyap di dalam peristiwa ini.
Faktor kedua adalah kewibawaan (authority) penulisannya tidak dapat dipertanggung jawabkan. Penulisan semula Torah oleh pendeta Ezra sesudah “ pemusnahan Jerusalem” dikatakan berasaskan ilham sewaktu berada di dalam “ pembuangan di Babylon” (Babylonian Exile) pada abad ke 5 s.m. Inilah yang dimaksudkan di dalam Encyclopedia of the Jewish Religion2 bahawa penulisan Torah disempurnakan secara rasminya pada abad ke 5 s.m. Sesudah itu teks Ezra yang masih dipertikaikan itu sekali lagi hilang dan lenyap dalam peristiwa serangan Antiochus IV dari Greek ke atas 1
Lihat, Encyclopedia of Religion and Ethics, vol. 2, loc.cit. hal. 562-563. New Encyclopedia Britannica, vol. 2, loc.cit. hal. 194, American Educator Encyclopedia, vol.2, loc.cit..hal. 136-137, Encyclopedia Americana, vol.3, loc.cit. hal. 647, The Encyclopedia of Jewish Religion,. loc.cit. hal. 65-66 2 Ibid.
130
Jerusalem yang dikenali sebagai “tragedi Antiochus” di akhir abd ke 2 s.m3. Sesudah inilah tampilnya berbagai kalangan para penulis yang tidak dapat dipastikan identiti mereka turut menambahkan koleksi Jewish Bible yang dianggap lengkap sepenuhnya dalam tempoh 1000 tahun.
Faktor ketiga adalah isi kandungan Torah di dalam Jewish Bible tidak sama dengan isi kandungan al-Tawrah sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Qur’an. Di antara isi kandungan yang tidak selaras dengan al-Qur’an adalah mengenai covenant atau mithaq iaitu janji Tuhan Ibrahim dan juga Tuhan Israel kepada Bani Isra’il. Covenant yang dimaksudkan adalah mengenai konsep Yahudi sebagai “bangsa pilihan” Tuhan dan Palestin sebagai “bumi yang dijanjikan”.
3
Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 10, loc.cit. hal. 357.
131
BAB IV
COVENANT DAN KONSEP BUMI YANG DIJANJIKAN
.
Bab ini merupakan kemuncak kepada kajian di mana perbincangannya berpusat
kepada konsep “covenant “ (Heb: b’rith ) iaitu “perjanjian” . Pada umumnya ia bermaksud “ perjanjian “di antara dua pihak. Namun secara lebih khusus di dalam kontek agama Yahudi, ia difahami sebagai perjanjian yang dibuat di antara Tuhan dengan nabi-nabi dan pemimpin kaum bangsa Yahudi. Tema utama dari seluruh “ perjanjian” ini adalah mengenai “ bumi yang dijanjikan”. Ianya merujuk kepada janji Tuhan sejak zaman Abraham bahawa Dia telah menyediakan kepadanya bumi Kan’an (Palestin) dan akan diwariskan kepada zuriatnya Bani Israel buat selama-lamanya. Covenant ini terus diperbaharui melalui para Nabi dan pimpinan Bani Israel Moses dan David sebagaimana yang tercatat di dalam Jewish Bible. Bab ini akan dipecahkan kepada dua pembahagian utama. Pertamanya adalah mengenai konsep covenant dari perspektif Barat terutama yang berasaskan Bible. Keduanya kaitan konsep ini dengan fahaman Zionisme yang menjadi penggerak di kalangan kaum Yahudi diaspora di zaman moden ini yang memperjuangkan hak bangsa Israel kembali ke Palestin.
4.1
Covenant dari perspektif Barat. Dari perspektif Barat, yang pada umumnya samada dilihat dari sudut etimologi
bahasa mahupun berdasarkan Bible, covenant bermakna perjanjian atau persetiaan atau persetujuan dan juga bermakna tawaran oleh Tuhan (Yahweh) kepada Bani Israel.
132
4.1.1.
Covenant dari sudut etimologi bahasa.
Menurut Britannica Concise Encyclopedia1, covenant (‘ka-ve-,nant) bermaksud satu persetujuan atau perjanjian di antara beberapa individu ataupun melibatkan di antara beberapa bangsa. Menurut The Oxford Dictionary of the Christian Church,2 “covenant” adalah ikatan yang dibuat di antara dua pihak secara sukarela dengan ikrar untuk melakukan sesuatu kepada pihak yang terlibat.
The New Encyclopedia Britanica3, pula menjelaskan bahawa “ covenant “ secara umumnya adalah janji yang mengikat hubungan di antara individu, atau kumpulan ataupun bangsa demi mencapai kepentingan bersama untuk jangkamasa panjang.
Sementara menurut Encyclopedia Americana4 pula “covenant” asalnya adalah satu istilah yang di ambil daripada Bible. Ia memberi makna persefahaman, persetujuan, bersekutu ataupun berliga. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada apa-apa perjanjian yang melibatkan mana-mana individu manusia.
1
Britannica Concise Encyclopedia, loc.cit. hal. 476 The Oxford Dictionary of the Christian Church, loc.cit. hal. 350. 3 The New Encyclopedia Britanica, vol. 3, loc.cit hal. 692.. 4 Encyclopedia Americana, vol. 8, loc.cit. m.s. 124. 2
133
Menurut Encyclopedia of Knowledge1 selain dari konsep agama, “covenant” lebih merujuk kepada makna kontrak di segi undang-undang. Ia adalah persetujuan yang berkuatkuasa di antara dua pihak ataupun lebih untuk melakukan atau menahan daripada melakukan sesuatu aktiviti. Malah The Encyclopedia of the Jewish Religion2 sendiri di dalam menjelaskan makna covenant secara umum mengatakan ia adalah satu persetujuan di antara dua pihak yang mengikat janji memasuki satu bentuk perhubungan yang khas secara sukarela. Ia boleh dibuat dalam hubungan antara sesama manusia dan boleh juga digunapakai dalam kontek hubungan di antara manusia dan Tuhan.
Demikianlah makna umum “covenant “ dari segi bahasa dari perspektif Barat.
Ia boleh diertikan sebagai perjanjian atau persetujuan atau memasuki satu
pertanggungjawaban bersama di antara dua pihak atau lebih untuk melakukan atau tidak melakukan terhadap sesuatu perkara yang dipersetujui bersama.
4.1.2.
Covenant menurut Bible.
Sebagaimana
yang disebutkan sebelum ini
bahawa aspek utama yang
mendominasikan isi kandungan Hebrew Bible adalah sejarah Bani Israel. Sementara itu pula Bani Israel mentafsirkan “covenant “ sebagai tema utama kepada sejarah perkembangan kaum bangsa mereka3.
Oleh yang demikian terdapat banyak contoh-
1
Encyclopedia of Knowledge, vol.5, loc. cit. hal. 307. The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 100. 3 Lihat, Dictionary of Philosophy and Religion ( 1980), Humanities Press, London, hal. 110. 2
134
contoh covenant tercatat di dalam Bible, sesuai pula dengan makna umumnya dari segi bahasa yang merujuk kepada satu persetujuan ( agreement ). Ia sama ada persetujuan sesama individu atau dengan kerajaan atau dengan lain-lainnya adalah di antara catatancatatan di sepanjang sejarah Bani Israel.
Di antara beberapa contoh “ covenant” (perjanjian ) di dalam Bible samada yang melibatkan perjanjian sesama individu seperti perjanjian di antara Jacob and Laban ( Gen. 31: 44 ), mahupun perjanjian
di antara kerajaan dan orang ramai seperti
persetujuan di antara King Zedekiah dan rakyat negeri Judah ( Jeremiah : 34 ). Begitu juga contoh perjanjian di antara kerajaan dengan kerajaan seperti perjanjian atau persetujuan King Judah dengan King Syria ( 1 Kings : 15 ).
Kesemuanya ini adalah
contoh-contoh yang merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Bani Israel.
Ini sesuai dengan tafsiran mereka terhadap sejarah dan “covenant” itu
sendiri.
Bagaimanapun apa yang dimaksudkan dengan covenant yang sebenarnya dalam kontek agama Yahudi adalah merujuk kepada janji Tuhan ( Yahweh ) kepada Bani Israel atau perjanjian rasmi di antara Tuhan ( Yahweh ) dengan Bani Israel melalui patriarch, nabi-nabi dan pemimpin mereka. Konsep asasnya Bani Israel menerima Yahweh sebagai Tuhan dan Yahweh menjadikan Bani Israel sebagai bangsa pilihanNya dan akan dianugerahkan mereka dengan satu negeri yang dijanjikan. Menurut kontek Bible, “ perjanjian “ (covenant) yang dimaksudkan adalah merupakan satu janji dan " commitment " yang serius daripada Tuhan kepada Bani Israel melalui Patriarch
135
Abraham, Isaac dan Jacob serta pemimpin kaum bangsa ini, Moses dan David dan lainlain Nabi mereka yang terakhir.
Di dalam Britannica Concise Encyclopedia,1 dijelaskan bahawa maksud “ covenant” di dalam konteks ini adalah perjanjian-perjanjian sebagaimana yang disebut di dalam kitab suci Hebrew terutama dalam kontek “covenant” ini adalah janji Tuhan kepada Noah, Abraham dan Moses
Begitu juga menurut Encyclopedia Americana2, “ covenant” di dalam kontek " theology " di dalam agama Yahudi adalah istilah yang diambil daripada Bible. Ia merujuk kepada perjanjian suci di antara Tuhan dengan Bani Israel. Pada umumnya ia adalah persetujuan " unilateral " daripada pihak Tuhan ( Yahweh ) yang menyatakan bahawa Bani Israel telah dipilih sebagai umat pilihanNya. Bani Israel dengan itu terikat dengan undang-undang dan peraturanNya, ( Exodus; 19: 5-7, 20: 1-6, 24: 7. 34: 10 ). iaitu Tuhan menjanjikan kepada Bani Israel jaminan kemerdekaan, keselamatan dan kemakmuran selagi mereka terus patuh kepada Tuhan dengan melaksanakan ajaran Torah. Sebaliknya jika tidak lagi mentaati Tuhan, Bani Israel akan dibalas dengan kecelakaan, kemiskinan, mengalami penindasan dan terbuang daripada negeri kediaman.
1 2
Britannica Concise Encyclopedia ( 2006 ), Encyclopedia Inc., London, , hal. 476 Encyclopedia Americana, vol. 8, loc.cit. hal. 124.
136
Menurut Encyclopedia of Knowledge1., bahawa “covenant” di dalam kontek agama adalah satu konsep bersifat ikatan perundangan berasaskan Bible, khususnya digunakan sebagai " metafora " untuk menggambarkan bentuk perhubungan di antara Tuhan dan manusia. Ia lebih merupakan bentuk tradisi “covenant” purba yang bersifat " jaminan pemerintah " ( Royal Grant ) dimana pihak atasan hanya mengikat pihak yang lebih rendah dengan janji dan jaminan tertentu. “ Covenant” seperti ini banyak diguna-pakai di dalam beberapa peristiwa yang melibatkan tawaran-janji Tuhan sebagaimana yang tercatat di dalam lembaran Bible. Inilah bentuk “ covenant ” yang telah dibuat dengan Noah ( Genesis, 9 : 8-17 ), dengan Abraham ( Genesis, 15 : 18 ) dan dengan David ( 2 Samuel 7 : 23 ) .
Sementara itu menurut sumber ini lagi2, “ covenant “ Moses di gunong Sinai ( Exodus, 19-24 ), adalah mewakili satu bentuk yang berbeza dengan model yang pertama. Ia lebih berbentuk perjanjian politik di antara " raja yang sangat berkuasa " dengan pihak yang lemah. Dalam “covenant” ini Tuhan yang maha berkuasa telah mengingatkan Bani Israel sebagai pihak yang lemah, bahawa Dialah yang telah menyelamatkan mereka dan dengan itu Dia
menawarkan kesejahteraan kepada Bani
Israel dengan syarat mereka terus tunduk kepada ketuhananNya . Sebaliknya jika Bani Israel menginkari covenant, Tuhan akan melaknat mereka.
1 2
Encyclopedia of Knowledge, vol. 5, loc.cit. hal. 308.. Encyclopedia of Knowledge, op.cit.
137
Demikian juga menurut The New Encyclopedia Britanica,1 “covenant” yang difahami dalam kontek Bible, didatangkan untuk mengikat Bani Israel supaya patuh kepada Tuhan. agama.
Di samping bertujuan menyatukan Bani Israel di atas asas
“Covenant” ini juga di bawa dalam bentuk yang sesuai dengan perjanjian-
perjanjian politik semasa pada zaman itu.
Di antara yang ketara ialah “covenant”
persetiaan Empayar Hittite yang termeterai pada abad ke 15 s.m. Persetiaan ini dianggap sebagai satu-satunya persetiaan yang tidak menindas dan turut memperakui hak-hak kaum yang dikalahkan di dalam peperangan.
Dalam kontek ini peristiwa Exodus yang menyelamatkan Bani Israel daripada perhambaan di Mesir pada abad ke 13 s.m, seterusnya diikuti dengan covenant " Ten Commandment " di gunong Sinai mempunyai banyak persamaan dengan " Persetiaan Empayar Hittite ".
Walaupun covenant " Ten Commandment " ini bersifat agama, ia
juga merupakan satu persetujuan politik yang mengikat Bani Israel ke dalam kerajaan Yahweh, Tuhan yang berkuasa ke atas seluruh alam semesta iaitu tuhan yang tiada selainnya mereka sembah dan beribadah kepadanya. Menurut The Encyclopedia of Jewish Religion2 bahawa dari sudut teologi, istilah
"covenant " (perjanjian ) itu sendiri sama maknanya dengan " testament "
seperti yang diguna pakai oleh kaum Kristian yang merujuk kepada Jewish Bible sebagai " Perjanjian Lama " ( Old Testament ). Ini untuk membezakannya dengan "
1
The New Encyclopedia Britanica, vol.3, loc.cit. hal. 692. Lihat juga, The Oxford Dictionary of World Religion, loc. cit. hal. 242 2 The Encyclopedia of Jewish Religion. loc.cit. hal. 66
138
perjanjian " Tuhan dengan kaum Kristian yang disebutnya sebagai " Perjanjian Baru " ( New Testament ).1
Di dalam The New Bible Dictionary2 terdapat penjelasan mengenai peringkatperingkat utama “covenant” yang berlaku dalam sejarah Bani Israel sebagaimana yang dijelaskan di dalam Bible;
“ Covenant” di zaman Noah sebelum Taufan (pre-diluvian Noahic cov.). “ Covenant” di zaman Noah selepas Taufan (post diluvian Noahic cov.). “ Covenant “ di zaman Abraham ( Abrahamic cov.) “ Covenant “ di zaman Moses ( Mosaic cov.) “ Covenant “di zaman David (Davidid cov.)
Demikanlah konsep " covenant" di dalam Bible.
Ia sama ada yang berlaku
sejak awal permulaannya melalui Noah dan Abraham, ataupun kemuncaknya dengan apa yang berlaku melalui Moses di gunung Sinai mahupun melalui David dan nabinabi sesudah itu sebagai pelengkapnya. Berasaskan konsep ini Bani Israel mentafsirkan bahawa tema utama yang mendominasikan isi kandungan Jewish Bible
adalah
“covenant” yang mengikat secara langsung sejarah bangsa mereka. Inilah yang menjadi asas kepercayaan kaum Yahudi
bahawa agama mereka adalah diasaskan
“covenant” yang ditawarkan oleh Tuhan ( Yahweh ) dan mereka menerimanya3.
1 2 3
Lihat juga, Brandon, The Dictionary of Comparative Religion, loc.cit. hal. 214 The New Bible Dictionary, loc.cit. hal. 264-266. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, loc.cit.
139
di atas
Tegasnya doktrin mengenai “covenant ” inilah yang menjadi asas kepada aqidah ketuhanan ( theocratic system ) di dalam Old Testament ( Jewish Bible ). Begitu juga ia menjadi asas kepada Perundangan Torah ( Pentateuchal legislation ) dan juga asas kepada penulisan terkandung
para Nabi dan Rabbi
yang melengkapkan ajaran yang
di dalam keseluruhan agama Yahudi. Begitu juga “covenant” ini turut
menjadi asas kepada perkembangan sejarah bangsa Yahudi.
Bagaimanapun seperti penjelasan yang dijelaskan di dalam beberapa sumber sebelum ini bahawa tidak semua “covenant” yang termeterai di antara Tuhan dengan Patriarch dan nabi-nabi yang mewakili Bani Israel berlangsung dalam satu bentuk yang sama.
Malah “covenant” pada umumnya
mewakili dua konsepsi yang berbeza.
Pertama ia mewakili satu bentuk " unilateral promise " iaitu penawaran janji dari pihak Tuhan semata-mata kepada Bani Israel melalui Patriarch dan nabi-nabi mereka. Sementara bentuk kedua adalah mewakili bentuk " obligation ," iaitu persetujuan untuk melaksanakan pertanggungjawaban oleh Bani Israel.
Beberapa “covenant” yang mewakili konsepsi pertama di antaranya boleh dilihat kepada “covenant” di antara Tuhan dengan Noah samada sebelum peristiwa banjir mahupun selepas banjir. “ Covenant “ sebelum peristiwa banjir (pre-diluvian covenant) adalah seperti mana yang tercatat di dalam Bible;
“ 17. And behole, I, even I do bring a flood of water upon the earth to destroy all flesh, wherein is the breath of life, from under heaven and every thing that is in the earth shall die. 18. But with thee will I establish my covenant ; and thou shalt come into the ark, thou and thy sons, and thy wife and thy son’s wives with thee….. ( Genesis: 6 )
140
Begitu juga dengan “covenant” yang berlaku sesudah musim banjir (past-diluvian covenant). Bagaimanapun “ covenant” pada peringkat inilah yang menyebut secara jelas tentang Rahmat (blessing) yang dijanjikan kepada Noah dan zuriatnya.
Ia
menyebut tentang janji Tuhan yang akan merahmati Noah dan anak-anaknya bahawa mereka akan berkembang biak dan akan memenuhi muka bumi. terbuka, Tuhan menjanjikan keberkatan kepada
Secara jelas dan
Noah dan anak-anak yang ada
bersamanya; 1- " And God blessed Noah and his sons and said unto them, Be fruitful, and multiply, and replenish the earth " ……………………………………………………. ……… " An God spake unto Noah, and to his sons with him, saying; And I, behold I establish my covenant with you and with your seed after you. ( 8-9) ....And I will establish my covenant with you ; neither shall all flesh be cut off any more by the waters of the flood …( 11 ) …And the God said, This is the token of the covenant which I make between and you and every living creature that is with you, for perpetual generation ( 12 ) …And God said unto Noah, This is the token of the covenant, which I have establish between me and all flesh that is upon the earth. And the sons of Noah, that went forth of the ark, were Shem, and Ham, and Japheth… ( 17- 18 ) " ( Genesis; 9: ).
Ini adalah “covenant” umum yang merupakan janji Tuhan kepada Noah dan anak-anaknya beserta keturunan mereka. Bagaimanapun satu kenyataan yang lebih khusus dan terperinci dijelaskan kemudiannya bahawa rahmat (blessed ) Tuhan kepada anak-anak Noah hanyalah dimaksudkan kepada Shem dan Japheth beserta keturunan mereka sahaja,
sedangkan
Ham dan
keturnannya dilaknat ( cursed ) oleh Tuhan; 1. 1
Hal ini bertitik tolak daripada doa daripada Noah sendiri kepada Tuhan terhadap anak-anaknya. Doa ini dibuat ekoran daripada layanan anak-anaknya terhadap Noah sewaktu beliau tidak sedarkan dirinya kerana mabuk setelah meminum arak. Shem dan Japheth di katakan berkhidmat kepada bapa mereka dalam keadaan mabuk itu sedangkan Ham dikatakan membiarkannya ( Genesis. 9: 21-26 ) Bible menyambung jurai
141
24 " And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him ". 25 " And he said, cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren " 26 " And he said, blessed be the Lord God of Shem and Canaan shall be his servant "
“Covenant” Tuhan yang menjanjikan rahmatNya kepada Noah dan zuriatnya (Noahic covenant) bersambung melalui Shem, terus kepada Abraham, moyang kepada Bani Israel.
Persambungan zuriat daripada Nuh melalui puteranya Shem sampai kepada
Abraham dihuraiankan sepenuhnya di dalam Genesis:10 & 11.
Sebaik memasuki
Genesis:12, bermulalah catatan mengenai “ Abrahamic covenant” di mana Tuhan memerintahkan Abraham meninggalkan negeri asal nenek moyangnya di Iraq dan berhijrah ke negeri yang dijanjikan untuknya dan zuriatnya, iaitu Bani Israel. Sebagai tanda penerimaan terhadap tawaran Tuhan, Abram beserta anggota keluarganya pada masa itu, Sarai isterinya dan Lot anak saudaranya berhijrah ke Kan'an.
Kenyataan yang bersumberkan Bible ini menjadi asas kepada penulisan Barat mengenai asal perkaitan di antara Abraham dan keturunannya kaum bangsa Yahudi. Di antaranya ialah Encyclopedia of Knowledge dan New Encyclopedia Britanica1 di dalam merujuk kepada asal-usul bangsa Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam Hebrew Bible bahawa moyang mereka Abraham berasal daripada Mesopotamia ( Iraq ) dan
keturunan anak-anak Noah sama ada yang di rahmat mahupun yang dilaknat di dalam Genesis; ( 10 - 11 ). Keturunan Ham yang dilaknat antaranya ialah Nimrod, raja yang berkerajaan di Babylon ( Gen. 10: 8-10 ), Philistine dan Canaan serta keturunannya, Jebusite, Amorite dan Ghirgasite (Gen. 10: 6-16 ) Keturunan Shem yang dirahmat ialah daripada Shem sampai kepada Abraham ( Gen. 11: 10-26 )..
1
Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal. 356. Lihat juga, New Encyclopedia Britanica, vol. 22, loc.cit. hal.380.
142
berhijrah ke negeri baru yang dijanjikan Tuhan untuknya dan sebagai warisan kepada zuriatnya.
Konsep mengenai “covenant” ini adalah sangat penting di dalam kepercayaan agama Yahudi. Dalam hal ini The Encyclopedia of the Jewish Religion1 menjelaskan lagi bahawa “ covenant “ pertama yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham dan seterusnya diperkemaskan lagi kepada Isaac dan Jacob sebagaimana yang disebut di dalam Bible adalah menjadi asas utama di dalam kepercayaan (‘aqidah) agama Yahudi. Melalui ”covenant” yang pertama Tuhan memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan Yang Memberikan Rahmat (Blessed) dan juga Tuhan Yang Berkuasa Mengenakan Laknat (Cursed). Dialah Tuhan yang menjanjikan (covenant) kepada Abram ( Abraham ) untuk menganugerahkan negeri baru ( Canaan ) untuknya dan akan diwariskan kepada zuriatnya. Tawaran-janji itu dibuat pertama kali ketika Abram masih berada di negeri asalnya Ur ( Iraq ) sebagaimana yang dicatatkan di dalam Genesis ;
" Now The Lord had said unto Abram, get thee out of the country, and from thy kindred, and from thy father's house, unto the land that I will shew thee, And I will make of thee a great nation, and I will bless thee, and make thy name great; and thou shalt be a blessing; ………………………. ……………………….. And Abram took Sarai his wife and Lot his brother's son …………………………………..and they went forth to go into the land of Canaan…………………. And the Lord appeared unto Abram, and said, unto thy seed will I give this land: (Genesis. 12: 1-7 )
1
The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 100.
143
Covenant seterusnya diperbarui sebaik sahaja Abraham telah berada di bumi Kan’an sebagai mengukuhkan covenant yang pertama sebelumnya. Melalui covenant ini juga Abraham diperintahkan supaya mendirikan rumah Ibadah untuk Tuhannya. Tempat rumah Ibadah yang didirikan oleh Abraham itu ditandai di dalam catatan Bible dengan nama Beth-el1 (Ar. Bait El) yang bermaksud rumah Tuhan.
Namun begitu, janji Tuhan kepada Abram untuk menjadikan kehidupannya berkat sesudah berhijrah ke bumi Kan'an tidak segera menjadi kenyataan. Sebaliknya apa yang berlaku negeri Kan'an pada masa itu dilanda bencana kemarau yang teruk memaksa Abram dan keluarganya menerusnya hijrah mereka ke Mesir untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Bagaimanapun suasana tidak mengizinkan dan mereka
segera kembali ke Kan'an2.
Bagaimanapun sebaik keluar dari Mesir dan kembali semula ke Kan’an, Tuhan terus mengukuhkan janjiNya (covenant) kepada Abram. Menurut The New Bible Dictionary3, bahawa diceritakan di dalam Genesis:13, sebaik Abram keluar dari Mesir dan pulang ke Kan'an, berlaku perselisihan di antara pengikut Lot dan Abram yang diselesaikan dengan pembahagian kawasan secara baik di antara pengikut mereka. Lot dan orang-orangnya memilih Lembah Jordan yang subur dan menetap di Sodom. Sementara Abram dan keluarganya terus menetap di Kan’an.
Sesudah peristiwa
pembahagian kawasan itu, Tuhan mendatangi Abram dan memantapkan janji 1
Genesis, 12: 8 Ini berikutan dengan Pharaoh telah berkehendakan Sarai kerana kecantikannya. Bagaimanapun Tuhan selamatkan nya dengan mengenakan wabak penyakit terhadap Pharaoh dan orang-orangnya. Ini menyebabkan Pharaoh melepaskan Sarai dan sebagai tanda baik menghadiahkannya sorang jariah tempatan (Hagar ) dan turut menghadiahkan Ibraham dengan sejumlah harta dan hamba sahaya yang banyak . 3 The New Bible Dictionary, loc.cit. hal. 6 2
144
kemakmuran dan pemilikan negeri ( Kan'an ) kepada Abraham dan zuriatnya.
Di
disebut di dalam Genesis: 13;
" And the Lord said unto Abraham, after that Lot was separated from him,Lift up now thine eyes and look from the place where thou art northward and southward, and eastward and westward.) For all the land which thou seest, to thee will I give it and to thy seed for ever. ( Gen, 13: 14- 15)
Tidak lama sesudah itu satu perikatan raja-raja Chedorlaomer telah menceroboh Sodom dan menawan penduduknya termasuk Lot dan keluarganya. Terkesan oleh rasa persaudaraan dengan Lot, Abraham bertindak menyerang balas ke atas pencerobohan tersebut. Bersama orang-orangnya mereka telah bersekutu dengan kaum Amorite dan berjaya mengalahkan kaum penceroboh dan menyelamatkan Lot. Bersama kemenangan ini Abraham telah memperolehi harta rampasan yang banyak menyebabkan Abraham menjadi kaya dan mendapat sanjungan1.
Dengan ini covenant Tuhan yang menawarkan kemakmuran kepadanya telah terlaksana sebahagiannya. Namun beliau masih juga belum memperolehi zuriat sebagaimana yang dijanjikan Tuhan kepadanya. Selanjutnya Abraham mengadu kepada Tuhannya dan menyatakan kemusykilan bagaimana Tuhan menjanjikan kepadanya negeri yang akan diwariskan kepada zuriatnya sedangkan beliau yang telah lanjut usianya pada ketika itu masih belum dikurniakan zuriat. Namun Tuhan tetap menegaskan bahawa Dia pasti akan menunaikan janjinya, di mana zuriatnya nanti
1
Lihat, Gen. 14:16-19.
145
bermula sebagai satu etnik yang lemah dan tersisih namun akan muncul sebagai bangsa yang agung1. Bagi kaum bangsa Israel covenant Tuhan dengan moyang mereka Abraham mengenai pewarisan “ Bumi yang dijanjikan” kepada mereka adalah jelas. Di dalam covenant tersebut Tuhan menyebutnya dengan jelas bumi itu akan “ diwariskan” dan Abraham meminta kepastian dari Tuhan tentang perkataan warisan itu dan Tuhan mengesahkannya2.
Setelah Abram berusia 90 tahun, Tuhan sekali lagi menjelma, mengukuhkan lagi covenant (perjanjian) Nya kepada Abram mengenai masa depan keluarganya, bangsa keturunannya dan juga tanah warisannya. Tuhan juga memberikan janji yang istimewa kepada isterinya Sarai bahawa beliau akan mengandungkan zuriatnya sendiri. Walaupun beliau sukar mempercayai kerana usia mereka sudah lanjut namun Sarai ( Sarah ) akhirnya melahirkan Isaac dan daripada Isaac lahir nya Jacob ( Israel ). Bersamaan dengan janji kelahiran Isaac, Tuhan mengubah nama Abram kepada Abraham. bermakna bapa kepada bangsa yang ramai. Menurut sumber ini3 tiga belas (13) tahun selepas perjanjian itu dibuat Isaac dilahirkan.
The New Bible Dictionary4 seterusnya menjuruskan penjelasannya bahawa apa yang dimaksudkan " benih " ( zuriat ) Abraham yang ramai sebagaimana yang tercatat di dalam Bible adalah Bangsa Israel. Ini merujuk kepada penjelasannya bahawa nama 1
Ibid., (15: 9-14) Op.cit.,15: 7-8 3 New Bible Dictionary, op,cit. 4 Ibid. hal. 5. 2
146
Abram ini hampir sama konteknya dengan nama Abiram dalam beberapa dailek Semitik yang bermakna bapa yang tidak mempunyai zuriat ataupun bapa kepada hanya seorang anak sahaja. Berbeza dengan Abraham ataupun Aba Ruham dalam bahasa Arab bermakna bapa kepada zuriat yang ramai. Penjelasan ini di jadikan hujjah oleh Bangsa Israel sebagai sokongan kepada anggapan bahawa bangsa merekalah yang disebut sebagai " benih " (seeds ) dari Abraham di dalam “covenant” itu; "In the same day the Lord made a covenant with Abram, saying, unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river, the river Euphrates: ( Genesis, 15:18)
Kenyataan umum ini dipertahankan oleh seluruh kaum Yahudi dan ini dapat dilihat
di dalam penulisan-penulisan mereka seperti The Encyclopedia of Jewish
Religion1 dan A History of The Jewish People2. Ini adalah kerana menurut mereka sewaktu Abram telahpun memperolehi puteranya ( Ishmael ), Tuhan masih memanggilnya dengan nama Abram, bukan
Abraham. Namun setelah Tuhan
mengisytiharkan akan menganugerakannya Isaac, namanya mulai ditukar daripada Abram kepada Abraham Di sini Tuhan ( Yahweh ) menegaskan janjiNya kepada Abraham tentang penganugerahan bumi yang luas buat diri dan keturunannya sebagaimana yang dijanjikanNya sebelum ini ( Gen. 15:18). Di sini seterusnya Tuhan menegaskan3;
5- Neither shall thy name any more be called Abram, but thy name shall be Abraham; for a father of many nation have I made thee. 6-……………………. 1
The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 67. A History of The Jewish People, loc.cit. hal. 3-4 3 Genesis; 17: 5-8 . 2
147
7- And I will establish my covenant between me and thee and thy seeds after thee in their generation for an everlasting covenant to be a God unto thee and to thy seeds after thee. 8- And I will give unto thee, and to thy seeds after thee, the land wherein thou art a stranger, all the land of Canaan, for everlasting possession, and I will be their God.
Covenant seterusnya dengan Bani Israel sesudah siri-siri covenant generasi patriarch Abraham, Isaac dan Jacob ialah covenant
dengan
dengan Moses,
pemimpin Bangsa Israel yang memimpin mereka keluar (Exodus) dari Mesir . Ini berikutan perhambaan dan penindasan yang menimpa Bangsa Israel di bawah pemerintahan Pharaoh ( Fir’aun ) di Mesir. Berikutannya
Tuhan memerintahkan
Moses membawa Bangsa Israel berhijrah (Exodus) ke Kan’an (Palestin) bumi yang di janjikan ( a promised land)1 untuk mereka sejak zaman Abraham.
2-
And God spake unto Moses, said unto him, I am the Lord,
3-
And I am appeared unto Abraham, unto Isaac and unto Jaco, by the name of God
Almighty, but by my name Jehovah was I not known to them. 4-
And I have also established my covenant with them, to give them the land of Canaan,
the land of their pilgrimage, wherein they were strangers. 5-
And I have also heard the groaning of the children of Israel, whom the Eyptians keep
in Bondage; and I have remembered my covenant. 6-
Wherefore say unto the children of Israel, I am the Lord, and I will bring you out
from under the burden of Egyptians……………….. 7-
………………………
8-
And I will bring you in unto the land, concerning the which I did swear to give it to
Abraham, to Isaac and to Jacob and I will give it you for and heritage; I am the Lord.
Covenant pada zaman Moses (Mosaic Covenant) disebut di dalam beberapa tempat di dalam Bible merujuk kepada beberapa keadaan dan peristiwa yang di alami di antara Moses dan kaumnya Bani Israel . Sebaik sampai di Sinai dalam perjalanan ke
1
Exodus; 6: 2-8
148
“negeri yang dijanjikan” (Palestin), Tuhan meminta Moses supaya menyampaikan janjiNya kepada Bani Israel bahawa Tuhan telah akan menjadikan mereka sebagai " bangsa pilihanNya " dan
mereka pula
dituntut
menegakkan sebuah kerajaan
ketuhananNya apabila telah berada di bumi yang dijanjikan nanti. Moses dengan itu telah mengumpulkan para pemimpin dari golongan dewasa Bangsa Israel untuk disampaikan tawaran tersebut.
Akhirnya mereka semuanya
bersetuju dan sedia
bertanggung jawab terhadap " perjanjian " itu. Ini dinyatakan di dalam Bible1;
5- …if ye will obey my voice indeed, and keep my covenant, then ye shall be a peculiar treasure unto me above all people, for all the earth is mine, 6- And ye shall be unto me a kingdom of priests and a holy nation. These are the words which thou shalt speak unto the children of Israel. 7- And Moses came and called of the elders of people, and laid before them all these words, which the Lord commanded him. 8- And all the people answers together, and said, all that the Lord halt spoken we will do….
Setelah persetujuan diberikan, Tuhan menurunkan Torah di mana kandungan utamanya adalah “ Sepuloh Arahan” (Ten Comandments) dari Tuhan yang merupakan asas dalam kehidupan beragama yang dituntut ke atas Bani Israel. “Sepuloh arahan” ini disebut di dalam buku yang sama iaitu2;
i-
“ Thou shalt have no other gods before me
ii-
“ Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of anything that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water.
iii-
“ Thou shalt not bow down thyself to them, nor serve them, for I the Lord thy God am a jeolous God..
1 2
iv-
“ Thou shalt not take the name of the Lord thy God in vain…
v-
“ Remember the Sabbath day, to keep it holy..
Exodus; 19: 5-8 Exodus; 20: 3-16
149
vi-
“ Honor thy father and thy mother..
vii-
“ Thou shalt not kill..
viii-
“ Thou shalt not commit adultery.
ix-
“ Thou shalt not steal.
x-
“ Thou shalt not bear false witness againt thy neighbour.
Di antara aspek yang dianggap penting mengenai " Ten Comandment ini ialah ia membawa satu pembaharuan di dalam “covenant”
berbanding dengan beberapa
“covenant” sebelumnya. Pembaharuan yang dimaksudkan
adalah di dalam “Mosaic
Covenant” ini wujudnya apa yang dikatakan sebagai ikatan undang-undang ( a legal binding ) bersamaan dengan penurunan ( revelation ) Torah kepada Moses.
Ini
kerana Torah dari segi maknanya merupakan " kitab Hukum dan peraturan hidup " ( A Legal Code and a Living System) kepada Bangsa Israel.
Sebelum dari itu itu kerana tidak ada mana-mana buku atau kod yang berkaitan dengan undang-undang mahupun peraturan dari Tuhan di turunkan ( revealation ) kepada Bani Israel. Sebagai Kitab Undang-Undang penurunannya telah mengikat Bani Israel untuk patuh kepadaNya. bersifat " obligation "
Inilah model kedua daripada “covenant” iaitu yang
berbanding dengan yang ada sebelumnya hanya janji-janji
( promises ) yang bersifat " unilateral " dari pihak Tuhan semata-mata tanpa sebarang tuntutan dan syarat.
Begitu juga covenant " Ten Comandment " di katakan istimewa kerana ianya dikatakan menjadi asas kepada agama Yahudi (Judaism) kerana ianya
150
meliputi
keseluruhan persoalan-persoalan ketuhanan ( Yahweh ), tatacara ibadah kepadaNya, hukum-hakam dan akhlak. Covenant ini tercatat sepenuhnya di dalam Exodus, 20.
Mengenai ketuhanan ia di antara lainnya dijelaskan; 9- I am the Lord thy God, which have brought thee out of the Land of Egypt… 10- Thou shalt have no other God before me. 11- Thou shalt not make unto thee any graven image or any likeness of anything… 12- Thou shalt not bow down yourself to them nor serve them for I the Lord thy God am a jealous God….
Sementara itu
sebagai urutan kepada persoalan ketuhanan di dalam
“ Ten
Commandment “ Tuhan menurunkan peraturan-peraturan mengenai hukum-hakam dan akhlak. antara lain dinyatakan beberapa etika berupa kewajiban dan larangan di dalam konteks hubungan dengan ibu bapa dan jiran tetangga. Hal ini antara lainnya dijelaskan di dalam Exodus, 20;
8
Honour thy faher and thy mother…
9
Thou shalt not kill.
10 Thou shalt not commit adultery. 11 Thou shalt not steal. 12 Thou shalt not bear false witness againt thy neighbour 13 Thou shalt not covet thy neighbour's house nor thy neighbour's wife nor his manservant nor his maidservant nor his ox nor anything that is thy's neighbour. ( Exodus, 20 : 8 – 13 )
Begitu juga dengan lain-lain undang-undang tambahan meliputi undang-undang keluarga sehingga kepada kanun jenayah (Ex; 21-23).
151
Selain dari " Ten Comandment " , lain-lain covenant atau " perjanjian " juga turut dibuat dengan Moses . Dalam hal ini Bani Israel di zaman Moses mendapat banyak keistimewaan dari Tuhan. Walaupun semasa berada di dalam kesesatan ( wilderness ) di Sinai, mereka tetap juga mendapat penerusan janji-janji dan jaminan yang bersifat Unilateral dari Tuhan.
Janji-janji mahupun jaminan yang seumpama ( the Royal
grant ) dari Tuhan seperti
yang telah
dijanjikan kepada Noah dan Abraham
sebelumnya dalam kontek bangsa yang berdaulat dan bumi yang dijanjikan terus dimantapkan. Namun apa yang terpenting di dalam Mosaic covenant di Sinai ini ialah pembaharuan semula covenant sebagaimana yang mula-mula ditawarkan kepada Abraham iaitu pengisytiharan negeri yang dijanjikan kepada zuriatnya, Bangsa Israel ;
Janji dan jaminan ini adalah pengukuhan terhadap apa yang pernah Tuhan janjikan kepada moyang-moyang mereka Abraham, Isaac dan Jacob
,
yang
digambarkan sebagai negeri yang penuh dengan susu dan madu; 1 Hal ini dijelaskan di dalam Exodus, 33;
1- And the Lord said unto Moses, Depart and go up hence, thou and the people which thou hast brought up out of the land of Egpyt, unto the land which I sware unto Abraham, to Isaac, and to Jacob, saying, Unto thy seed will I gave it. 2- And I will send an angel before thee, and I will drive out the Canaanite, the Amorite, and the Hittite and the Perizzite, the Hevite and the Jebusite: 1
Safar Khuruj, Ishah ke 33 : 1- 3. Negeri yang dijanjikan itu sebenarnya telah disebut dengan jelas di dalam Bible atau al-Kitab al-Muqaddas sebagai negeri Palestin. Lihat Ibid., 13 : 17 . Bagaimanapun istilah yang kerap di gunakan di dalam Bible ialah negeri Kan'an atau di dalam kontek "janji" dengan Moses dirujuk sebagai negeri yang dijanjikan kepada bapamu (Abraham ).
152
3- Unto a land flowing with milk and honey…
Begitu juga " perjanjian " dengan Moses dalam konteks ini tercatat di dalam Leviticus, 18;
1
And the Lord spake unto Moses saying,
2
Speak unto children of Israel, and say unto them, I am the Lord your god.
3
After the doings of the land of Egypt wherein ye dwelt, shall not do; and after the doings of the land of Canaan, whither I bring you, shall ye not do neither shall ye walk in their ordinance.
Selanjutnya di dalam Leviticus, 25; sekali lagi Tuhan memerintahkan Moses agar menyampaikan janji dan jaminanNya kepada Bangsa Israel mengenai negeri ( land ) yang dijanjikan;
1. And the Lord spake unto Moses in Mont Sinai, saying, 2. Speak unto the Children of Israel, and say unto them, when ye come into the land which I give you, then shall the land keep a sabaath unto the Lord.
Sementara di dalam Leviticus, 26; Tuhan telah menyebut perkataan " negeri kamu " (your land) merujuk kepada negeri ( Canaan ) yang sedang ditujui oleh Bangsa Israel dalam perjalanan mereka setelah keluar dari Mesir ( Egypt ), sebagai negeri yang dijanjikan untuk mereka. Tuhan menyebut persoalan ini dalam konteks memberikan beberapa peringatan awal kepada Bangsa Israel melalui Moses supaya tidak melakukan larangan-larangan agama sebagaimana sebagaimana sebagaimana yang termaktub di dalam Torah. Ini jelas tersebut di dalam Leviticus, 26;
153
1
Ye shall make you no idols nor graven image, neither rear you up a standing image, neither shall ye set up any image of stone in your land, to bow down unto it: for I am the Lord your God.
. " Mosaic covenant " seterusnya selepas “ Ten Commandment ” yang di sebut oleh Moses kepada kaumnya dan merupakan saat yang penting dan mencabar kepada Bangsa Israel ialah sewaktu Moses dan kaumnya itu telah sampai di perbatasan negeri Kan’an , negeri yang dijanjikan setelah menempuh perjalanan ( wilderness ) 1 yang panjang. Tuhan memerintahkan Moses membuat persediaan untuk memerangi penghuni negeri tersebut kerana mereka tidak beriman dengan Tuhan Israel. Hal ini dijelaskan sepenuhnya di dalam Numbers; 132. Di antara beberapa ayatnya adalah seperti berikut;
1
And the Lord spake unto Moses, saying,
Send thou men, that they may search the land of Canaan, which I give unto
the Children of
Israel: of every tribe of their fathers shall ye send a man ……. 2.
And Moses by the Comandment of the Lord sent them from the wilderness of Paran : all those men were heads of Children of Israel.
……………………………………………………. 17
18
And Moses sent them to spy out the land of the Canaan, and said unto them, get you up this way southward and go up into the mountain. And see the land, what it is, and the people that dwelleth therein, whether they be strong or weak,
few or many. ………………………………………………………………….. 1
Menurut Bible perjalanan “wilderness” bermula sebaik sahaja Bangsa Israel sampai di Sinai selepas tiga bulan perjalanan meninggalkan Mesir. Ia digambarkan sebagai satu perjalanan yang sukar dan tidak menentu terpaksa ditempuh kerana jauhnya perjalanan menuju ke bumi Kan'aan, negeri yang dijanjikan.Namun perjalanan tersebut mendapat panduan Tuhan yang selalu menjelma bersama awan di langit. Begitupun sewaktu “ wilderness “ inilah mereka menerima penurunan kitab Torah yang terkandung di dalamnya “wasiat sepuloh” (The Ten Commandment) dan lain-lain “covenant” yang pada keseluruhannya dikenali sebagai “ perjanjian di Gunong Sinai” (Mt. Sinai covenant) , Lihat, Exodus; 19: 5-8, Ex; 20-23, Ex; 33 2 Numbers, 13 : 1- 23
154
.
Bagaimanapun usaha perisikan itu tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Bani Israel. Ini kerana dari 12 orang perisik tersebut kecuali Caleb dan Joshua telah sepakat memberikan laporan yang menakutkan Bani Israel untuk berperang menentang penduduk negeri Canaan1 yang dijanjikan kepada mereka. Sejak dari saat itu sampai ke saat kematiannya, Moses dan Bangsa Israel masih belum berjaya memasuki Canaan (Palestin), bumi yang dijanjikan.
Kenyataan-kenyataan dari “ Mosaic covenant” ini juga merupakan di antara hujjahhujjah terpenting bagi kaum Yahudi terhadap dakwaan hak mereka ke atas bumi Palestin. Bagi mereka perintah Tuhan terhadap Moses supaya berhijrah dari Mesir ke “negeri yang dijanjikan” pada kali ini merupakan penegasan terhadap janji awal yang diterima oleh moyang mereka Abraham (Ibrahim a.s.), buat pertama kalinya ketika menerima perintah Tuhan supaya meninggalkan negerinya di Iraq dan berhijrah ke “ negeri yang dijanjikan”.
Covenant seterunya yang dikira penting di dalam tradisi kepercayaan Yahudi selepas zaman Moses ialah Davidid Covenant King David.
iaitulah " perjanjian " Tuhan dengan
Kepentingan covenant ini di lihat sebagai mewakili era baru di mana
Bani Israel pada masa itu telah mula hidup di dalam sebuah kerajaan ( Kingdom ) Bangsa Israel yang berdaulat. Memandangkan siri-siri “ perjanjian “ dengan King David 1
Ibid. 13 : 32-33
155
dibuat pada zaman Bangsa Israel sudah berkerajaan, “perjanjian “ ini juga dikenali sebagai " the monarchic periode of covenant " 1.
" Davidic Covenant " ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ianya merupakan suatu “ perjanjian “ yang telah berdiri di atas suasananya yang sebenar (on reality). Ini adalah kerana dari perspektif Yahudi, janji yang Tuhan kemukan sejak zaman Noah dan Abraham mengenai Bangsa Israel sebagai " zuriatmu yang akan menjadi bangsa yang agung di atas bumi ( negeri ) yang dijanjikan " ( thy seed who become a great nation- on the promised land ) hanya berlaku di zaman King David.
Covenant ini tercatat di beberapa tempat di dalam Jewish Bible yang jelas merujukkan kepada “perjanjian” Tuhan dengan King David (Davidid covenant). Di dalam Bible, terdapat dua bentuk “perjanjian”, yang melibatkan King David, iaitu secara tidak langsung dan secara langsung. Di antara contoh “perjanjian” secara tidak langsung adalah seperti yang tercatat di dalam 2 Samuel2;
" 4- An it come to pass that night, that the word of the Lord come unto Nathan, saying : 5-Go and tell my servant David, Thus saith the Lord, Shalt thou build me a house for me to dwell in. 13- Whereas I have not dwelt in any house since the time that I brought up the children of Israel out of Egypt even to this day but have walked in tent and in the tabernacle. 14- In all the places wherein I have walked with all the children of Israel spake I a word with any of the tribes of Israel,……saying, Why build ye not me a house of cedar. 15- Now therefore so shalt thou say unto my servant David. Thus saith the Lord of host, I took thee from the sheepcote, from following the Sheep to be the ruler over my people, over Israel. 1 2
Encyclopedic Dictionary of Relegion, loc.cit. hal. 936 2 Samuel, 7 : 4 -10
156
16- And I was with thee whithersoever thou wentest, and have cut off all thine enemies out of thy sight and made thee a great name, like unto the name of great men that are in the earth. 17- Moreover I will appoint a place for my people Israel and will plant them, that they may dwell in a place of their own, and move no more as beforetime
Di dalam ayat ini Tuhan menawarkan “perjanjian”Nya melalui Nabi Nathan di mana melaluinya Tuhan meminta disampaikan kepada ham pilihanNya David yang baru menjadi raja Israel supaya membinakan baginya “ rumah kediaman Tuhan “ yang istimewa1. Sebagai ganjarannya Tuhan akan mempastikan takhta kerajaan Bangsa Israel akan terus berkekalan di tangan King David dan zuriatnya buat selamanya. King David menerima dan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perjanjian ini2.
Seterusnya di dalam Psalm3
Tuhan menawarkan perjanjian seperti itu
secara terus kepada David, dengan menyatakan bahawa takhta kerajaan Bangsa Israel akan dianugerahkan kepadanya
dan zuriat keturunannya buat selama-
lamanya. Ini dinyatakan oleh Tuhan kepada King David di dalam Psalm; 894.
1
Ini kerana dikatakan telah lama Tuhan tidak ditempatkan ditempat yang istimewa sejak bersama Bani Israel keluar dari Mesir melainkan terkurung di dalam khemah kediaman sementara. Begitu juga Tuhan mengungkitkan pertolonganNya kepada David, bahawa sejak hari pertama Dia meletakan pemerintahan “ para Hakim “ dan menetapkan sebuah negeri kediaman khas untuk Bani Israel tanpa perlu berpindah randah seperti sebelumnya adalah semata-mata untuk mempastikan kelahiran David sebagai raja yang agung kepada bangsa pilihanNya Israel pada suatu hari nanti. Seterusnya Tuhan menjanjikan takhta kerajaan King David pasti akan diwarisi oleh zuriat keturunannya buat selamalamanya. Lihat, 2 Samuel, 7: 4-13. 2 Dikatakan sebagai tanda menerima “ perjanjian “ tersebut King David telah menawan kota suci Jerusalem yang telah sekian lama dikuasai oleh kaum penyembah berhala Baal. Berikutan itu King David telah membina rumah Ibadat khas dan ditempatkan padanya ( the Ark of Covenant of God) yang sebelum itu hanya ditempatkan di khemah sementara bersama penempatan kediaman Bani Israel. Serentak dengan itu juga King David telah mengisytiharkan Jerusalem kota suci King David (King David City). Lihat, The Temple of Jerusalem, loc.cit. hal. 25. 3 Lihat, Palsm, 89: 3-4. 4 Psalm, 89 : 3-4
157
3- I have made a covenant with my chosen, I have sworn unto David my servant. 4-
Thy seed will I stablish for ever, and build up thy thy throne to all
generation, Selah.
Di sebalik tawaran takhta kepada King David dan keturunannya nanti, isu utama di dalam “Davidid covenant” masih berkaitan dengan janji “ pewarisan bumi yang dijanjikan”, kepada Bangsa Israel sebagaimana janji-janji Tuhan yang dibuat sejak zaman-zaman Abraham dan Moses sebelumnya. Isu ini secara lebih jelas disebut di dalam Psalm 105. Antaranya ayat-ayatnya yang menyebut hal ini ialah; O ye seed of Abraham his servant, ye children of Jacob, his chosen, He is the Lord our God; His Judgment are in all the earth, He hath remembered his covenant for ever, the word which he commanded to thousand generation. Which covenant he made with Abraham, and his oath unto Isaac; And confirmed the same unto Jacob for a law and to Israel for an everlasting covenant; Saying, unto thee will I give the land of Canaan, the lot of your inheritance:
Memandangkan buku Psalm ini pada umumnya merujuk kepada himpunan nyanyian-nyanyian suci King David memuji dan menyeru Tuhannya, lalu seruan balas dari Tuhannya yang menyebut “kamu” (thee) dan “ Oh, benih Abraham” (O ye seed of Abraham) adalah merujuk kepada King David. Inilah kemuncak “Davidid covenant” yang dikatakan sebagai penegasan semula kepada “Abrahamic covenant” yang buat pertama kalinya disebut mengenai “ bumi yang dijanjikan”.
Di samping itu terdapat
juga covenant atau janji-janji Tuhan seperti itu ada juga dibuat dengan peribadi-peribadi tertentu dari kalangan Nabi-Nabi Terakhir seperti Jeremiah bahawa Tuhan menjanjikan
158
akan mengembalikan Bani Israel
ke Zion (Jerusalem)
jika hati mereka terus
mengingatinya1.
Pada asasnya terdapat dua bentuk atau tema covenant di antara Tuhan dengan Bangsa Israel.
Tema yang pertama berbentuk unilateral, iaitu janji atau jaminan
daripada pihak Tuhan semata-mata tanpa adanya sebarang syarat atau ikatan terhadap janji ataupun jaminan tersebut. Hal ini boleh di rujuk kepada bentuk-bentuk covenant di antara Tuhan dengan Noah dan Patriarch Abraham dan lain-lainnya yang menjanjikan akan menjadikan zuriat mereka sebagai bangsa yang agong (a great nation) dan akan dianugerahkan sebuah Negara yang dijanjikan di atas bumi Kan'an atau juga dikenali sebagai bumi Palestin.
Sementara covenant peringkat kedua dan satu-satunya covenant yang bertemakan obligasi atau kebertanggung-jawaban adalah apa yang disebut sebagai “ perjanjian Mt. Sinai “ ( Mt. Sinai covenant ), iaitulah penurunan (revelation ) Torah kepada Moses di Mont Sinai. Ini kerana dengan penurunan Torah yang bermakna Undang-undang atau peraturan membawa bersamanya ikatan undang-undang ( legal1
Jeremiah, 3: 14 & 4: 1. Janji Tuhan ini dibuat selepas berlakunya peristiwa “pembuangan di Babylon “ oleh Chandnezzar pada abad ke 5 s.m. Janji ini ternyata benar apabila Bani Israel dapat kembali dan membina semula Temple of Jerusalem setengah abad kemudian. Apabila Bani Israel sekali lagi telah terusir dari Palestin dan terpaksa hidup di dalam buangan (diaspora) di Eropah, sejak tahun 70 m. mereka tetap yakin terhadap covenant seperti di dalam buku Jeremiah itu. Kenyakinan ini telah terus menghidupkan semangat cintakan Zion ( Hibbat Zion ) di dalam kehidupan mereka. Berasaskan semangat ini akhirnya para pimpinan diaspora Yahudi telah menubuhkan pergerakan yang dinamakan Zionisme di Eropah pada awal abad ke 19 m. bertujuan untuk mengembalikan kaum Yahudi diaspora ke Zion (Jerusalem).
159
binding ) di antara Tuhan dan Bangsa Israel. Sebagai akibat dari pelanggaran atau tidak mematuhi covenant ini akan membawa balasan buruk Tuhan seperti tertindas oleh musuh-musuh ataupun terbuang dari tanah suci Jerusalem1.
Namun begitu berasaskan tema pertama yang lebih utama iaitu jaminan Tuhan bahawa Bangsa Israel telah dipilih sebagai bangsa kesayangan Tuhan, kesalahan mereka akan dimaafkan dan mereka tetap akan dibawa pulang ke Zion (Jerusalem). Hal ini tersebut sebagai janji Tuhan kepada Bangsa Israel di dalam kitab-kitab nabi terakhir seperti Jeremiah 2.
Begitulah secara umumnya covenant menurut Jewish Bible (Old Testament Bible), yang mendominasikan keseluruhan isi kandungannya.
Ianya melatari sejarah
kaum bangsa Yahudi atau Bani Israel dan perhubungan di antara mereka dengan Tuhan. Covenant di dalam tradisi agama Yahudi
menjelas dan mengungkapkan konsep
ketuhanan Yehweh, (Tuhan Israel) dan menuntut keimanan Bangsa Israel terhadapNya. Sebagai imbalan Yehweh menerima Bangsa Israel sebagai bangsa pilihanNya dan telah menjanjikan pewarisan untuk mereka sebuah negeri di bumi Kan’an (Palestin). menjelaskan bahawa covenant
Ini
yang terkandung di dalamnya konsep “bumi yang
dijanjikan “ adalah dianggap sebagai sesuatu yang faundamental di dalam agama Yahudi.
1
Lihat, Encyclopedia Americana, vol. 8, loc.cit. hal. 124. Lihat juga, Encyclopedia of Knowledge, vol. 5, loc.cit.hal. 308. 2 Lihat, Jeremiah, 3: 6-14.
160
Walaupun secara perbandingannya Mosaic Covenant yang bersamaan penurunan Torah di Mont Sinai dianggap covenant yang terpenting, namun bagi kaum Yahudi setiap bentuk mahupun tema covenant yang terdapat di dalam Jewish Bible adalah penting bagi mereka. Ini adalah kerana covenant yang bermakna janji ataupun jaminan Tuhan ( Yahweh ) kepada datuk moyang ( patriarch ) mereka Abraham dan lain-lainnya terutama mengenai pewarisan “bumi yang dijanjikan” walaupun hanya bersifat " unilateral " semata-mata, tetapi ia tetap penting dan faundamental kepada sejarah bangsa Yahudi ataupun Bangsa Israel. Inilah yang dijadikan asas oleh mereka terhadap tuntutan dan pengesahannya ke atas bumi Kana’an ( Palestin ) sebagai " bumi yang dijanjikan” Tuhan khas untuk mereka sehingga ke akhir zaman.
4.2
Covenant dan Zionism.
Sebagaimana yang difahami secara umumnya bahawa covenant menurut Bible adalah janji dan tawaran Tuhan kepada Bangsa Israel untuk menjadikan mereka sebagai bangsa pilihanNya dan akan mewariskan mereka dengan “ bumi yang dijanjikan “ ( a promised land ) di Kan’an iaitu Palestin. Janji ini dibuat melalui patriarch (Abraham, Isaac dan Jacob) dan pimpinan mereka seperti Moses dan David. Begitu juga janjiNya dengan Nabi-Nabi Terakhir seperti Jeremiah bahawa seandainya jika mereka terkeluar dari Zion (Jerusalem), mereka akan tetap dipulangkan ke sana mengingatinya.
161
jika mereka terus
4.2.1. Latarbelakang sejarah Zionisme
Istilah Zionisme adalah berasal dari semangat cintakan Zion yang sentiasa diingati oleh bangsa Israel. Sementara Zion pula menurut The Encyclopedia of Jewish Religion1, adalah nama yang merujuk kepada satu tanah tinggi yang menjadi tapak kepada kota suci Jerusalem, di mana Temple of Jerusalem telah diasaskan di atasnya oleh King David setelah menawannya dari tangan musuh. Di dalam Bible2 ia lebih ditonjolkan sebagai “Tanah Tinggi Suci Zion”.
Mengenai semangat “cintakan Zion” menurut catatan Bible ianya mula dilahirkan sewaktu kaum Yahudi buat pertama kalinya terbuang dari Jerusalem di dalam peristiwa “ pembuangan di Babylon ( abad ke 5 s.m.)“3. Inilah peristiwa yang menjadi pemula kepada latarbelakang sejarah Zionisme. Berasaskan premis bahawa semangat cintakan Zion (Heb. Hibbat Zion) ini telah hidup bersama sejarah kaum Yahudi semenjak dari zaman silam4, ini juga turut memberi makna bahawa benih-benih awal fahaman Zionisme ini telah wujud sejak zaman silam. Apabila berlaku pengusiran dari Jerusalem selepas peristiwa “ pemusnahan terakhir Jerusalem “ tahun 70 m. yang memaksa kaum bangsa Yahudi menjalani kehidupan diaspora di Eropah, ianya telah melahirkan semula semangat rindukan Zion5.
1
Lihat, The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 414.
. 2
Lihat, II Samuel (5: 6-9). Lihat juga Psalm (2: 6). Di dalam teks al-Kitab al-Muqaddas, perkataan Zion disebut Sahyun atau al-Quds. Lihat, Mazamir; 2: 6, 9: 11 & 20: 2. Ini menyamai dengan konsep al-Quds ataupun Bait al-Maqdis yang tertegak di atasnya Masjid al-Aqsa menurut pandangan Islam 3 Psalm 137 4 .Jay Y. Gonen, A Psychohistory of Zionism (1975), Mason / Chater, New York, hal.4 5 Dalam tempoh hampir 2 ribu tahun diaspora, kerinduan dan kecintaan Yahudi kepada Zion seolah-olah dirasakan kejatuhan Jerusalem hanya berlaku semalam. Lihat, A Psychohistory of Zionism, ibid. hal.6
162
Pandangan yang menyatakan bahawa idea Zionisme berakar umbikan di dalam Bible ini turut dijelaskan di dalam beberapa penulisan kesarjanaan Barat. Di antaranya adalah World Books1
yang menyatakan Zionisme adalah sebuah pergerakan yang
bermatlamatkan penubuhan sebuah Negara Kebangsaan Yahudi di Palestin, iaitu bekas negeri kediaman kaum bangsa Yahudi di zaman silam. Pada tahun-tahun 1800an wujudnya di Russia sebuah persatuan pemuda Yahudi yang menggelarkan persatuan mereka “ pencinta Zion” ( Lovers of Zion ) aktif melakukan penghijrahan Yahudi ke Palestin. Apabila pertubuhan Zionisme yang lebih besar dilancarkan tertubuhnya secara rasminya pada tahun 1897, aktiviti pemuda (lovers of Zion) diberikan pengiktirafan. Begitu juga menurut Universal World Reference Encyclopedia2, Zionisme adalah sebuah pergerakan yang bermatlamatkan pembentukan sebuah Negara Kebangsaan Yahudi di Palestin. Asal-usul pergerakan ini adalah berakar-umbikan janji-janji daripada Bible yang telah tersimpan di dalam sanubari kaum Yahudi sejak kemusnahan Jerusalem tahun 70 m. Suasana kehidupan kaum Yahudi yang tertindas di Russia dan lain-lain tempat di Eropah pada tahun-tahun 1880an dan kemunculan kumpulan yang menggelarkan diri mereka “ pencinta Zion “ yang mengatur beberapa siri penghijrahan Yahudi ke Palestin telah mempercepatkan lagi kelahiran pertubuhan ini. Melaluinya gerakan besar-besaran penghijrahan kaum Yahudi ke Palestin dibuat sebaik berakhirnya Perang Dunia I.
1 2
World Books ( 2001), vol. 21, loc.cit. hal. 599 Universal World Reference Encyclopedia, vol.15. loc.cit. hal. 5677.
163
Sementara itu Everyman’s Encyclopedia1, pula menjelaskan bahawa Zionism ataupun pergerakan Zionis adalah merupakan jelmaan semula pergerakan tradisional “ pencinta Zion “ dalam bentuknya yang moden dan yang sistematik. Ia dibangunkan secara sistematik sesuai dengan keperluan di zaman moden tetapi digerakkan
atas
semangat tradisionalnya untuk mengeluarkan kehidupan bangsa Israel dari alam diaspora
dan kembali bersatu
membina
semula kehidupan Yahudi di Palestin.
Menurut sumber ini bahawa berdasarkan semangat inilah “Persidangan Para Pencinta Zion Sedunia” anjuran Theoder Herzl dan rakan-rakannya di Basel, tahun 1889 yang telah dihadiri lebih dari 200 perwakilan dari seluruh dunia telah memutuskan satu resolusi yang amat penting, berusaha menubuhkan Negara Kebangsaan Israel di bumi Palestin. Mengungkap tentang pergerakan Zionisme yang ditubuhkan di Eropah pada abad ke 19 m., Encyclopedia Americana2 juga turut mengaitkan latarbelakang sejarahnya dengan inspirasi kaum Yahudi sejak dari zaman silam. Menurutnya sepanjang lebih dari 18 abad sesudah pemusnahan Jerusalem oleh tentera Roman ( 70 m.), hampir keseluruhan masyarakat Yahudi tinggal di dalam buangan (diaspora). Semenjak dari itu kaum Yahudi melalui sembahyang dan doa-doa mereka sentiasa memohon supaya Tuhan mengembalikan semula kepada mereka takhta King David dan mengumpulkan mereka semula di Tanah Suci Jerusalem. Di zaman moden ini pada tahun-tahun 1880an apabila T. Herzl dan rakan-rakannya mengumpulkan kumpulan-kumpulan para “ pencinta Zion” melalui pertubuhan Zionisme dan mula menggerakan program penghijrahan Yahudi ke Palestin, kaum Yahudi diaspora telah mendokongnya. 1 2
Everyman’s Encyclopedia, vol. 12, loc.cit. hal. 623 Encyclopedia Americana, vol. 29, loc.cit. hal. 783
164
Kenyataan tersebut di atas dijelaskan lagi oleh penulis A History of Zionisme1. Beliau menyatakan bahawa pada umumnya penulisan-penulisan akademik di zaman moden ini mentakrifkan Zionisme adalah Yahudi yang
sebagai suatu pergerakan politik nationalis
diasaskan oleh Theodor Herzl pada tahun 1897.
Bagaimanapun
menurutnya bahawa berdasarkan kajian sejarah menunjukkan asal fahaman ini berpaksi pada “ Zion “ (Jerusalem), nama satu tempat suci yang dirujuk oleh masyarakat Yahudi di dalam doa, ingatan, impian dan harapan mereka untuk kembali hidup (redemption) ke sana sesudah mengalami kehidupan “ pembuangan “(diaspora).
Semenjak dari itu
ucapan selamat “ semoga tahun hadapan bertemu di Jerusalem “ Jerusalem) sentiasa menjadi sebahagian
(next year in
dari ucapan dan doa selamat kaum Yahudi di
antara sesama mereka. Menurut penulis ini lagi bahawa impian kaum Yahudi diaspora untuk kembali ke Zion telah dimanifestasikan dengan kelahiran beberapa gerakan “ Messiah “ 2(Heb. 1
Walter Laqueur, A History of Zionism ( 3rd ed.2003), The European Jewish Publication Society, London. hal. 637-638). 2 Ibid. Menurut The Oxford Dictionary of World Religions (1997), ed. John Bowker, Oxford University Press. hal. 637, bahawa (Heb. Mashiah) seorang yang diutuskan khas oleh Tuhan dari keturunan David yang akan megembalikan kegemilangan kerajaan David di sana. Idea ini mula lahir sesudah bangsa Israel terbuang di Babylon. Namun menurut The Encyclopedia of Judaism, berdasarkan sumber-sumber penulisan para Rabbi seperti Kabbalistik, bahawa asal Mesiah telah wujud lama sebelum itu. Menurutnya roh Mesiah telah diciptakan Tuhan bersamaan dengan penciptaan Adam dan ditempatkan bersamanya di Garden of Eden. Roh ini buat pertama kalinya dibangkitkan di dalam sejarah manusia melalui diri King David untuk menyelamatkan Bani Israel di bumi Kanaan dari penguasaan musuh-musuh mereka, suku-suku kaum Kanaan yang menindas mereka. Sejak dari itu adalah menjadi kepercayaan di kalangan kaum Yahudi apabila mereka berada didalam keadaan terbuang di negeri-negeri musuh seperti dalam keadaan diaspora, Tuhan akan menghantar Messiah untuk menyelamatkan mereka dan mengembalikan kegemilangan kerajaan (kingdom) Israel di Zion. Menurut sumber ini bahawa semenjak berlakunya “ pembuangan di Babylon dan seterusnya di dalam era selepas pembinaan Temple kedua, telah muncul tokoh-tokoh yang dianggap sebagai Mashiah. Malahan ada segolongan kecil dari kaum Yahudi menganggap Jesus of Nazareth adalah Mashiah untuk menyelamatkan mereka dari penindasan kaum penjajah Roman. Begitu juga seterusnya Simeon Bar Kokhba ( 132 m.-135 m.) pemimpin revolusi pertama selepas Jesus yang juga dihapuskan oleh tentera Roman. Selanjutnya di sepanjang era diaspora juga telah lahir beberapa gerakan yang mendakwa membawa missi Messiah, tetapi tidak berjaya. Bagaimanapun menurut sumber ini pada zaman moden ini konsep dan missi Mashiah telah disekularkan apabila mentafsirkan Mashiah sebagai ejen perubahan yang memerlukan daya usaha dari kaum Yahudi untuk mencapai matlamat kembali ke Zion. Dalam hal ini Zionisme dilihat sebagai pembawa misi Meshiah yang telah disekularkan. Lihat, Geoffrey Wigodor, The Encyclopedia of Judaism (1989), Jerusalem Publishing House, hal. 483-484.
165
Mashiah) untuk menyelamatkan Bangsa Israel dan mengembalikan mereka ke Zion. Di awal zaman moden, gerakan "Messiah" ini pernah didominasikan oleh Sabbatai Zevi, seorang Yahudi Anatolia pada tahun-tahun 1650an. Dengan membawa slogan “kembali ke Zion” beliau mendapat dokongan yang besar daripada masyarakat Yahudi di Anatolia dan di Eropah.
Bagaimanapun Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah telah bertindak
menghapuskan gerakan ini1. Setelah missi Sabbatai Zevi digagalkan oleh kuasa Turki ‘Uthmaniyyah, pergerakan kaum Yahudi mengharapkan kewujudan sekutu baru bagi membantu menjayakan program “ kembali ke Zion”. Pada abad ke 17 harapan kaum Yahudi seakan tercapai dengan kelahiran Kristian di Eropah.
Protestan melalui gerakan pembaharuan
Aliran baru Kristian ini di samping berpegang kepada kitab
Perjanjian Baru (New Testaments) sebagai kitab suci utama, turut juga beriman dengan Kitab Perjanjian Lama (Old Testaments) yang menegaskan bangsa Yahudi berhak ke atas Palestin.
Dengan kepercayaan ini mereka juga turut dianggap sebagai Zionis
Kristian2. Semenjak abad ke 17 juga idea “ kembali ke Zion” juga mula memasuki fasa baru3. Idea yang sebelumnya hanya didominasikan oleh bimbingan para Rabbi melalui 1
Ibid. hal. 485. Lihat juga, Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal.359 Kristian Protestan lebih toleran terhadap Yahudi berbanding Roman Katholik yang menganggap Yahudi adalah pembunuh Tuhan Jesus Christ. Mazhab Protestan juga turut beriman dengan kebenaran dakwaan hakhak Yahudi ke atas Palestin sebagaimana yang terkandung dalam Kitab Perjanjian Lama. Berasaskan keimanan mereka terhadap hal-hal ini, pada abad-abad ke 16 dan 17 golongan Protestant juga turut menyokong idea mengembalikan Yahudi ke Zion. Berdasarkan pegangan ini aliran Kristian ini juga dikenali sebagai Kristian Zionis atau Zionis bukan Yahudi (non-Jewish Zionis). Lihat , Encyclopedia of Knowledge, vol. 15, op.cit. hal. 251, Lihat juga, Ben Halpern, The Idea of the Jewish State (1961), Oxford University Press, London, hal. 253. Dalam hal ada kajian yang menemukan bahawa kelahiran fahaman Protestan sebenarnya adalah hasil usaha penyerapan anasir Yahudi ke dalam tradisi Kristian itu demi memudahkan perlaksanaan matlamat perjungan mereka. Lihat, ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa'ad bi Filastin, loc.cit. hal. 71 & 86. Lihat juga, Dr. Muhsin Muhamad Saleh, al-Quwwat al-‘askariyyah wa al-Syurtah fi Filastin fi Tanfiz al-Siyasah alBritaniyyah (1996), Dar al-Nafa’is, ‘Amman, hal. 28. 3 Di dalam zaman-zaman kekusaan Gereja Katholik di Eropah pada abad-abad pertengahan kaum bangsa Yahudi di Eropah umumnya menderita mengalami penindasan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa Eropah. Ini memaksa mereka membina penempatan-penempatan tertutup untuk perlindungan dan keselamatan. 2
166
institusi-institusi pengajian agama Midrash dan Halakhah di dalam kehidupan Ghetto yang sempit telah mula disebarkan dengan lebih luas melalui penerbitan buku-buku dan akhbar, media massa pada masa itu. Pada abad ke 18, kesan dari Enlightenment1 nilai-nilai liberal yang lebih berasaskan rational dan pro-humanity mula menguasai masyarakat di Eropah. Berikutannya kebanyakan kerajaan–kerajaan di Eropah telah mengiktiraf hak-hak kebebasan sosial dan beragama semua anggota masyarakatnya termasuk kaum Yahudi. Bermula dari era ini idea “ kembali ke Zion “ tidak lagi menjadi agenda tertutup di kalangan kaum Yahudi. Ia mulai tersebar luas melalui media-media cetak di Eropah terutama apabila ia telah mendapat sokongan dari kerajaan-kerajaan tertentu di Eropah. Pada tahun 1797 Napoleon Bonarpate yang berusaha mendapatkan sokongan Yahudi Eropah di dalam kempennya untuk menduduki Mesir telah menyebarkan memoranda bercetak menjanjikan
bantuannya untuk mengembali mereka ke Palestin. Namun
kegagalan kempennya telah membantutkan rancangan itu2.
Sementara itu di England
Pembinaan penempatan seperti ini pertama kali dilakukan di Venice, dipanggil dalam dalam bahasa tempatan,Ghetto. Istilah ini diguna pakai untuk merujuk kepada penempatan seumpama itu di seluruh Eropah. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, op.cit. 1
Menurut Encyclopedia of Knowledge, enlightment adalah istilah sejarah merujuk kepada era kemunculan sains moden dan intelektual di kalangan masyarakat Eropah menjelang abad ke 18 mengantikan abad-abad pertengahan sebelumnya yang dipenuhi konflik agama yang berlarutan. Bermula dengan zaman ini corak pemikiran masyarakat Eropah lebih liberal dan rational, didominasikan oleh ahli-ahli Sains dan Falsafah mengantikan dominasi pemimpin-pemimpin Gereja (Katholik) sebelumnya, ibid. vol. 7, hal.70. Lihat juga, A History of Zionism, op.cit. hal. 40-43. Lihat juga, The Idea of the Jewish State, loc.cit. hal. 4-5 2
Kempen ini juga gagal menarik perhatian dan sokongan kaum Yahudi kerana faktor kepimpinannya berbangsa Peranchis iaitu pendokong Gereja Roman Katholik yang kuat sepanjang tempoh kekuasaan gerejanya di Eropah pada abad-abad pertengahan. Sedangkan sepanjang tempoh tersebut kaum Yahudi mengalami penderitaan yang pahit berasaskan tradisi Bible New Testament kaum Katholik yang menyalahkan Yahudi sebagai pembunuh Jesus. Di samping itu terdapat satu kepercayaan umum di kalangan Yahudi bahawa hanya “ King of England” ( yang turut mengalami sejarah perhubungan yang pahit dengan penguasa Gereja Katholik) akan memainkan peranan Messiah membantu kaum Yahudi kembali ke Palestin. Lihat, A History of Zionism, op.cit.
167
di dalam tempoh ini idea mengenai “ kembali ke Zion “ kelihatan lebih bebas tercetak di dalam akhbar-akhbarnya berbanding dengan bahagian-bahagian lain di Eropah. Suasana sebegini telah melahirkan satu kepercayaan umum di kalangan Yahudi diaspora bahawa “ King of England”1 adalah yang paling diharapkan memainkan peranan Messiah membantu Yahudi kembali ke Palestin. Bermula dari abad ke 18 juga lahirnya beberapa pemikiran dari kalangan cendikiawan modenis Yahudi di Eropah yang membawa pentafsiran baru terhadap missi Messiah. Mereka membawa pandangan yang menekankan bahawa missi Messiah ini bukan hanya merujuk kepada kepimpinan peribadi tetapi merupakan satu konsep yang memiliki “daya” (force) yang mampu mengubah nasib kaum bangsa Yahudi daripada tertindas di bawah penguasaan bangsa bukan Yahudi kepada menguasai mereka. Kelahiran pemikiran-pemikiran ini menandakan permulaan kelahiran Zionisme di zaman moden. Di antaranya adalah penerbitan buku Rom and Jerusalem (1862) oleh Moses Hess dan diikuti dengan terbitnya buku “ Der Judanstaat”2 pada tahun 1896 oleh Theodor Herzl. Penerbitan buku-buku ini terutama Der Judanstaat yang segera diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ( The State of Judaism) telah membuka minda lebih ramai golongan cendikiawan modenis Yahudi.
Pada tahun berikutnya, 1897
apabila T. Herzl dan rakan-rakannya menganjurkan persidangan pertama para cendikiawan Yahudi “ Hibbaat Zion” di Basle ia telah berjaya menarik kehadiran lebih
1
Kepercayaan ini juga telah membawa Dr.Chaim Weizmann, pakar kimia Yahudi, pemimpin kedua tertinggi Zionis selepas T. Herzl kelahiran Russia berpindah ke England pada tahun 1904 di atas keyakinan bahawa pembinaan “ Judanstaat” di Palestin tidak akan tercapai tanpa campur tangan British. Lihat, Norman Bentwich, Israel Resurgent (1960), Ernest Benn Limited, London, hal. 29 2 Penulis tidak menemui teks asal buku-buku ini melain sebutan dan rujukan lain-lain penulisan mengenainya.
168
dari 200 perwakilan dari seluruh Eropah3.
Melalui persidangan inilah Pergerakan
Zionisme telah dilancarkan secara rasmi.
4.2.2 Zionisme dan peranannya di dalam penubuhan kerajaan Israel, 1948.
Sebelum Pergerakan Zionisme Yahudi telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1898, pimpinannya telah mempunyai hubungan baik dan erat dengan pemimpinpemimpin Kristian Protestant yang lebih toleran terhadap kaum Yahudi di Eropah seperti German dan British. Tujuan pimpinan Yahudi itu mewujudkan hubungan baik dengan
para
pimpinan
Negara-negara
berkenaan
adalah
untuk
mendapatkan
pengiktirafan dan bantuan dari mereka menjayakan cita-cita Yahudi untuk kembali bermustautin di Palestin. Pada masa itu Palestin berada di bawah kekuasaan Turki ‘Uthmaniyyah. Dalam hal ini British dilihat lebih ketara berperanan sebagai Zionis Kristian kerana daya usaha mereka yang lebih terkedepan di dalam melaksanakan program penghijrahan Yahudi ke Palestin.
Pelaksanaan program ini
telah
mendahului
pergerakan Zionis Yahudi sendiri yang ditubuhkan secara rasmi, pada tahun 1898. Daya usaha kerajaan British ini telah dibuat semenjak mereka membuka Konsulatnya di Jerusalem pada tahun 18381. Usaha ini dilakukannya setelah berusaha mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah di Istanbul melalui saluran-saluran diplomatik supaya diberikan kebenaran untuk menubuhkan penempatan-penempatan 3 1
A History of Zionism, Ibid. Ibid. hal. 33 & 123.
Lihat juga, The Idea of the Jewish State, loc.cit. hal. 13-14.
169
bagi pendatang-pendatang Yahudi Eropah di Palestin. Begitu juga program penghijrahan itu dilihat begitu meningkat selepas selepas British menduduki Cyprus (1878) dan Mesir (1881).
Bersamaan dengan zaman kemunculan pergerakan Zionisme Yahudi ini, empayar Turki ‘Uthmaniyyah menyaksikan kemunculan pemimpin baru, Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1909) . Sultan baru ini digambarkan oleh para penganalisa sejarah Islam1 sebagai seorang yang kuat keazaman Islamnya tetapi dilahirkan di penghujung usia empayar warisannya yang telah nazak. Sementara kuasa-kuasa Eropah yang berjiran pada masa itu menganggap empayar ‘Uthmaniyyah keseluruhannya sebagai “ orang sakit Eropah ”.
Beberapa kelemahan di dalam aspek perundangan kerajaan
‘Uthmaniyyah telah dipergunakan oleh Negara-negara tersebut untuk menekan dan melemahkan empayar Islam tersebut. kelemahan-kelemahan
Kuasa-kuasa Eropah ini telah menggunakan
yang ada dengan
membantu melakukan penghijrahan dan
mewujudkan penempatan-penempatan Yahudi di Palestin2. 1
Sultan ‘Abd al-Hamid II mewarisi empayar yang sedang runtuh. Wilayah-wilayah di Mesir dan di rantau Balkan, Eropah telah membebaskan diri dari Empayar Uthmaniyyah. Wilayah-wilayahnya di Afrika telah dikuasai oleh kuasa-kuasa penjajah Kristian Eropah dan hutang Negara adalah sebanyak 150 juta pound British. Dalam suasana yang agak darurat inilah pemimpin pergerakan Zionis mengambil kesempatan untuk menyogok Sultan untuk melunaskan hutang Negara dan menyogok wang peribadi sebanyak 5 juta pound sebagai tukaran melepaskan wilayah Palestin untuk dijadikan Negara Kebangsaan Yahudi. Namun Sultan yang kuat keazaman Islam ini menolaknya. Lihat, Dr. Jamil ‘Abdullah Muhamad al-Masri, Hadir al-‘Alam al-Islami wa Qadayahu al-Mu’asirah(2002), Maktabah al-‘Ubaikan, Riyadh, hal. 115-116. Lihat juga, ‘Ali Muhamad al-Sulabi, al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah; ‘awamil al-Nuhud wa asbab alSuqut(2001), Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyyah , Port Sa’id, al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah, op.cit. hal. 444-445. 2
Di antaranya aspek kelemahan yang terdapat di dalam sistem perundangan kerajaan ‘Uthmaniyyah ialah apa yang dinamakan peraturan “ Keistimewaan rakyat asing”, merujuk kepada keistimewaan yang diberikan kepada para pedagang asing di mana mereka mendapat pelepasan pembayaran cukai jika menetap dan menjalankan perdagangan di dalam empayar ‘Uthmaniyyah. Begitu juga peraturan “ Perlindungan minoriti agama” di mana melalui peraturan ini kerajaan British melalui Konsulatnya di Jerusalem telah memberi
170
Sultan ‘Abd al-Hamid sejak awal telah memahami bahayanya
program
kerjasama Zionis-British dalam melaksanakan penghijrahan Yahudi Eropah ke Palestin. Menyedari perkembangan yang berlaku, ‘Abd al Hamid II pada tahun 1881 telah mengeluarkan "decree" mengharamkan Yahudi dari luar Palestin menetap di Palestin1. Mereka dibolehkan melawat Tanah Suci dan berada di sana dalam tempoh tidak melebihi tiga hari dan sama sekali tetapi tidak dibenarkan menetap di sana. Pada awalnya para pemimpin Zionis cuba memujuk Sultan menarik balik "decree" tersebut malah sanggup membeli dan membayar beberapa tanah yang telah menjadi penempatanpenempatan pendatang Yahudi di Palestin. Pada tahun-tahun sebelum penubuhan rasmi pergerakan Zionisme 1898, pimpinan Yahudi telahpun mengutuskan wakil-wakil mereka menemui Sultan ‘Abd alHamid , untuk meninjau pandangannya terhadap isu penempatan Yahudi di Palestin. Pada tahun 18962 Theodor Herzl telah mengutuskan Neolenski, seorang wartawan terkenal di Eropah menemui Sultan ‘Abd al-Hamid untuk menyatakan hasrat beliau mengenai pelepasan Palestin, namun Sultan menolaknya.
Selepas kegagalan itu,
pertubuhan pergerakan Zionis telah menggunakan khidmat pemerintah German, Kaiser William II yang juga sahabat baik kepada Sultan ‘Abd al-Hamid bagi memanjangkan hasrat yang sama. Bagaimanana pun usaha itu juga tidak berjaya. Oleh itu pada tahun 1901 Theodor Herzl telah berjaya mengusahakan satu pertemuan rasmi di antaranya bagi
segala kemudahan sepenuhnya terhadap para pendatang Yahudi membina penempatan dan mewujudkan aktiviti-aktiviti di bandar-bandar pelabuhan di Palestin serta perlindungan sepenuhnya terhadap mereka . Lihat, Hadir al-‘Alam al-Islami, ibid. hal. 305-306. 1 2
Filastin, Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 209. Hadir al-‘Alami al-Islami, op.cit. hal. 445-446
171
pihak pertubuhan bangsa Yahudi Sedunia dengan pihak Sultan. Di dalam pertemuan tersebut Theodor Herzl sendiri telah memohon untuk membeli wilayah Palestin dengan seberapa sahaja harga yang ditentukan oleh Sultan supaya wilayah itu dilepaskan untuk dijadikan sebuah Negara Kebangsaan bagi kaum bangsa Yahudi. Namun Sultan ‘Abd alHamid tetap menolaknya. Pada tahun 1902 Theoder Herzl, pemimpin pergerakan Zionis telah menemui Joseph Chamberlain, Menteri Tanah-Tanah Jajahan British untuk mendapatkan bantuan kuasa besar itu bagi menekan kuasa Turki ‘Uthmaniyyah supaya memenuhi tuntutan mereka.1 Pertemuan rasmi dengan pihak British dengan maksud yang disebutkan itu dibuat setelah segala perundingan yang diusahakan oleh Herzl dengan Sultan Turki telah gagal dan tidak menampakkan sebarang harapan.
Ianya juga berikutan dengan
keputusan yang telah diputuskan di dalam persidangan pertama Perhimpunan Zionis Sedunia, 1898 sebelumnya, iaitu seandainya Sultan ‘Abd al Hamid terus bersikap pasif terhadap permohonan Yahudi mengenai Palestin, pemerintah Turki ‘Uthmaniyyah dan kerajaannya mesti di jatuhkan. Ia akan dibuat melalui dua cara, iaitu mencetuskan kekacauan dalaman di wilayah-wilayah kerajaan dan serentak dengan itu mencetuskan satu Perang besar yang akan menghapuskan kerajaan itu2. 1
Melalui perhubungan rasmi ini, pihak Zionis Yahudi dapat memahami strategi jangka panjang British pada masa itu yang mementingkan kedudukan mereka di Mesir demi menjamin keselamatan Terusan Suez. Oleh itu British memerlukan sebuah “Negara penampan” (buffer state) diantara Mesir dan Turki. Dalam hal in British memerlukan sebuah Negara yang dihuni dan dikuasai oleh bangsa yang terus berbudaya Eropah dan asing dari budaya tempatan supaya dengan itu penghuni Negara itu akan terus mengekalkan hubungan baiknya dengan Eropah khususnya Britain. Memahami strategi British ini Zionis menekankan bahawa Palestin hendaklah dijadikan “Negara penampan” seperti yang dimaksudkan itu. Berasaskan keperluan strategi ini British menyokong sepenuhnya hasrat Zionis dan mendokong sepenuhnya program kependudkan Yahudi Eropah di Palestin. Lihat, Al-Quwwat al-‘Askariyyah wa al-Syurtah fi Filastin, loc.cit. hal. 34-35 Ibid. hal. 33 2 Lihat, Al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah, loc.cit. hal.449. Hal ini dinyatakan secara jelas di dalam Protocol VII, di dalam Protokol Para Cendikiawan Zionis. Lihat, Henry Ford, The International Jew and the Protocols of the Elders of Zion, Global Books, Johannesburg,(1997), hal. 196.
172
Langkah pertama gerakan Yahudi untuk menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah ialah dengan mengujudkan penentangan dalaman terhadap Kerajaan ‘Uthmaniyyah. Ini dibuat terutamanya melalui penubuhan " Persatuan Turki Muda", pimpinan Mustafa Kamal Ataturk1 yang melakukan penentangan terhadap pemerintahan Sultan. Akhirnya pada tahun 1909 Sultan ‘Abd al- Hamid dipecat dari takhta dan digantikan dengan Sultan boneka yang menurut telunjuk " Persatuan ".2 Berikutan tercetusnya Perang Dunia I, 1914 Zionis mengambil kesempatan menyertai Pasukan Bersekutu yang ditunjangi Inggeris, Peranchis dan Russia memerangi pakatan German-Turki3. Inggeris
Berikutan kekalahan Turki di Timur Tengah,
memasuki Palestin. Sebagai balasan kepada pertolongan Yahudi Zionis,
kerajaan Inggeris melalui Menteri Luarnya Lord Arthur James Balfour pada 2 Nov. 1917 telah mengistiharkan bahawa Negara Kebangsaan Yaudi akan didirikan di atas bumi Palestin.
Surat Pengisytiharan itu disampaikan dan dibaca secara rasmi oleh Lord
Rothschild, Ketua Persekutuan Zionis British4.
Pengisytiharan itu dibuat tanpa merujuk kepada sebarang tarikh cadangan, namun pihak Zionis Yahudi telah mempersiapkan pasukan bersenjata digelar “ 1
Beliau berasal dari Salonika yang merupakan satu penempatan Yahudi dan pusat gerakan Meshiah di Anatolia yang diasaskan oleh Sabbatai Zevi sejak abad ke 17. Setelah gerakan itu dihapuskan oleh kerajaan ‘Uthmaniyyah anggota-anggotanya berpura-pura menzahirkan Islam tetapi tetap kekal dengan agama Yahudi sehingga di zaman moden masyrakat mereka dikenali sebagai Yahudi Donmark. Lihat, al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah, ibid. hal. 440-442 2 Filastin, al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 215-216 3 Walaupun Perang Dunia ini telah tercetus sejak pertengahan akhir tahun 1914 di Eropah, namun sehingga ke akhir tahun tersebut Turki masih belum terlibat secara langsung. Turki hanya dilibatkan pada awal Jan. 1915 melalui serangan tentera Russia ke atas sempadannya di Kaukasia. Ini lebih menjelaskan lagi teori konspirasi Zionis untuk mengheret Turki ke kancah peperangan, memandangkan ramai daripada anggota Zionis Yahudi berkhidmat dengan tentera Russia. Lihat, Encyclopedia of Knowledge,vol. 20,loc.cit. hal.15. Lihat juga, The Israeli Secret Service (1979), Sphere Books Ltd.,London, hal. 8-9 4 Filastin, op.cit. hal. 226. Lihat juga, Encyclopedia of Knowledge, vol. 2, op.cit. hal. 349
173
Haganah”1 (pasukan pertahanan) sejak awal tahun-tahun 1920an sebagai persiapan perjuangan bersenjata untuk mempastikan “ pengistiharan Balfore” tetap menjadi kenyataan2.
Seterusnya selepas Perang Dunia ke II terutama kerajaan baru British dari Parti Buroh yang lebih liberal telah menyerahkan kembali mandatnya ke atas Palestin kepada Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada Nov. 19473 (PBB) telah mengistiharkan pembahagian Negara Palestin kepada dua bahagian, Palestin Arab dan Israel. Langkah terbaru dari (PBB) ini, telah menimbulkan bantahan dan “penentangan rakyat” dari pihak Arab-Palestin. Mengambil kesempatan dari “ penentangan “ tersebut, pasukan bersenjata pihak Zionis (Haganah)
Yahudi segera bertindak melancarkan “ perang
pembebasan bumi Israel” dan mengistiharkan penubuhan Negara kebangsaan Israel pada 14 Mei, 1948.
Dengan ini jelas bahawa penubuhan Negara Israel pada tahun 1948 adalah hasil sejarah perjuangan panjang kaum bangsa Yahudi.
Ianya berasaskan
‘aqidah
kepercayaan mereka bahawa bumi Kan’an (Palestin) adalah “ bumi yang dijanjikan” 1
Asas pasukan ini dari segi latihan dan kepimpinannya telah bermula di Eropah di mana mereka telah telibat aktif membantu pasukan tentera bersekutu menghadapi German dan sekutunya (Ottomon/Uthmaniyyah) di dalam Perang Dunia I. Lihat, Richard Deacon, The Israeli Secret Service, loc.cit. hal. 16-17. 2 Kebimbangan Zionis ini hampir menjadi kenyataan di mana selepas pilihanraya 1945, kerajaan British telah diperintah oleh Parti Buroh yang lebih liberal. Kerajaan baru ini lebih bersetuju dengan idea Palestin kekal statusnya sebagai sebuah negeri Arab, bagaimanapun kaum Yahudi juga mempunyai hak untuk mendiaminya dengan status sebagai pribumi yang sama. Pertukaran polisi di pihak British ini juga menyebabkan pergerakan Zionis di Palestin terutama pasukan bersenjatanya segera melakukan agitasi dan provokasi keganasan termasuk menentang mandat pendudukan British di Palestin. Di antara contoh-contoh provokasi ke atas British ialah pengeboman Hotel King David yang mengorbankan kaki tangan pentadbiran British dan serangan serta pembunuhan beramai-ramai ke atas kampung Arab Deir Yassin 1946. Lihat, Colin Scindler, The Land Beyond Promise (2001), I.B.Tauris & Co. Ltd. London, hal. 18-19 3
Encyclopedia of Knowledge,vol.14, op.cit. hal. 207
174
kepada mereka Bangsa Israel sebagaimana yang tercatat di dalam kitab suci mereka Jewish Bible.
BAB V
ANALISA ISLAM.TERHADAP COVENANT DAN ASAS NEGARA ISRAEL.
Bab ini adalah perbincangan mengenai analisa dari sudut pandangan Islam terhadap tema utama di dalam Covenant ( Ar. Mithaq ), iaitu konsep “ bumi yang dijanjikan “1oleh Tuhan kepada Bani Israel sebagai tanda bangsa pilihanNya. . Berasaskan konsep inilah para pendokong gerakan Zionism telah berusaha dan berjaya menubuhkan Negara moden Israel di atas bumi Palestin, pada tahun 1948. Bagaimanapun covenant dan konsep “bumi yang dijanjikan” yang berasaskan Bible dilihat berbeza
5.1.
dari sudut pandangan Islam yang berasaskan al-Qur’an.
Mithaq dari sudut pandangan Islam.
Sebagaimana yang termaklum covenant yang dimaksudkan di dalam Jewish Bible, adalah diertikan dengan siri-siri “ perjanjian “ Tuhan dengan patriarch dan 1
A Dictionary of Comparative Religion, loc.cit. hal. 214
175
pemimpin-pemimpin Bani Israel. Di dalam bahasa Arab sebagaimana yang disebut di dalam al-Qur'an siri-siri “ perjanjian “ ini disebut dengan sebutan
‘ahd () ) عهد
ataupun mithaq ( ) ميثاق. Ini adalah kerana di dalam bahasa Arab kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama seperti satu firman Allah ( s.w.t.) di dalam al-Qur'an;
)20 : ) الرعد 20. (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian1,
Ini pula selaras dengan sebutan yang digunakan di dalam al-Kitab al-Muqaddas2, iaitu kitab suci " ahl al-Kitab " gabungan " Perjanjian Lama" dan " Perjanjian Baru " dalam versi bahasa Arab. Persamaan tentang konsep " covenant " dan " Mithaq " atau " 'ahd " diperkuatkan lagi dengan kenyataan dan keterangan di dalam kamus al-Mawarid3 yang dianggap kamus rujukan dwi-bahasa ( Arab-Inggeris ) tersohor di masa kini.
Jika diteliti kepada kebanyakan ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut tentang “mithaq”, pada umumnya adalah merujuk kepada perjanjian di antara Tuhan dengan Bani Israel melalui nabi-nabi mereka. Di antaranya;
1 2 3
Al-Ra’d, 13: 20 Al-Kitab al-Muqaddas, Dar al-Kitab al-Muqaddas, ( t.t. ) Sunduq Barid 724, al-Qahirah. Munir al-Baalbakki, al-Mawarid, (2000), cet. 34, Dar al-'Ilm li al-Malayin, Beirut hal.225,
176
83 : البقرة
83. Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Isra’il (yaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.1
ِ Begitu juga di dalam ayat berikutnya yang hampir sama konteknya tetapi di dalam surah yang berbeza Allah (s.w.t.) mengulangi lagi sebutannya mengenai “ perjanjian “ ini.
70 : المائدة 70. Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari Bani Isra’il dan telah kami utus kepada mereka rasulrasul. tetapi setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebagian dari rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebagian yang lain mereka bunuh2.
Ayat-ayat ini menyebutkan tentang “mithaq “ samada dengan sebutan “ mithaq kamu “ ataupun
tentang “mithaq Nabi-Nabi “ ataupun “ mithaq ahl al-Kitab” semuanya
merujuk kepada perjanjian di antara Tuhan dengan Bani Isra’il. Di antaranya;
1 2
Al-Baqarah, 2:83 Al-Ma’idah, 5: 70
177
63 : البقرة 63. Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari kamu dan kami angkatkan gunung (Thursina) di atasmu (seraya kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada didalamnya, agar kamu bertakwa".1
Begitu juga dengan ayat; 81 : ال عمران 81. Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan hikmah Kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya"[209]. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para Nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu".2
187 :ال عمران 1 2
Al-Baqarah, 2: 63 Ali ‘Imran, 3: 81
178
187. Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima1.
Mengenai
maknanya, menurut Ibn Jarir al-Tabari (m. 310 H.), ketika
mentafsirkan ayat ( al-Baqarah : 63 ), menjelaskan bahawa mithaq adalah satu kata nama daripada wathiqah yang merujuk kepada makna memberi persetujuan samada secara bersumpah ataupun secara aku janji2.
Pandangan dan pegangan kaum Yahudi mengenai “covenant” yang berasaskan Bible atau mithaq di dalam bahasa Arab sebagaimana yang tercatat di dalam al-Kitab al-Muqaddas, pada asasnya mempunyai beberapa ciri persamaan dengan Islam.
Ini
kerana menurut Islam, sebahagian daripada isi kandungan Bible iaitu Torah yang sebahagian besarnya menceritakan kisah Bani Israel juga berasal dari kitab wahyu Allah (s.w.t.). Dalam hal ini Rasulullah ( s.a.w.) dengan jelas mengharuskan umat Islam percaya dengan kisah-kisah tentang Bani Israel dari kitab-kitab wahyu Allah ( s.w.t.) yang terdahulu selagi tidak bercanggah dengan al-Qur'an. Sabda Rasulullah ( s.a.w. );
بلغوا عني ولو ا ية وحدثوا عن بني اسرائيل ول حرج
1 2
Ali ‘Imran, 3: 187 Muhammad Ibn Jarir al-Tabari, Jami’ al-Bayan, jil. 1, Dar al-Fikr, Beirut, cet.1, 1421 H. hal. 421
179
Maksudnya: "Sampaikan olehmu sekalian daripadaku walau satu ayat, dan perkatakan ( kisah ) Bani Isra’il ( lantaran ) tiada salahnya"3
Menurut al-Qur'an, Allah (s.w.t.) telah menurunkan Syari’ahNya yang berupa suruhan dan larangan kepada para Rasul dan umat-umat mereka. Di antara para Rasul itu adalah adalah Rasul-Rasul pilihan utama yang digelar " Ulu- al-‘Azmi " yang dipertanggung jawabkan menyampaikan da'awah kepada kaum atau umatnya serta berusaha memimpin mereka dengan panduan dan Syari’ah Allah (s.w.t.). Mereka itu adalah Nuh ( a.s.), Ibrahim ( a.s.), Musa ( a.s.) dan Dawwud ( a.s.).
Bagaimanapun pada pandangan Islam isi kandungan kitab-kitab terdahulu seperti Torah telah mengalami beberapa pengubahsuaian. Ini kerana Tawrah ( Torah ) yang di turunkan Allah (s.w.t.) ke atas Musa ( a.s.) di Gunung Sinai menurut Islam adalah kitab Syari’ah kepada Bani Isra’il yang diturunkan sekali gus. Namun Torah yang ada sekarang menurut kaum Yahudi adalah sebuah koleksi kitab yang terhasil dalam tempoh lebih dari 1000 tahun2 hasil penulisan para Nabi dan Rabbi Bangsa Israel bermula dari zaman Moses.
Dengan berlakunya penambahan dan
proses
pengubahsuaian di dalam
penulisan kitab wahyu kaum Bani Isra’il ini menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan yang tidak selaras dengan pandangan Islam. Berhadapan dengan kenyataan wujudnya ketidak-selarasan di antara Bible dengan al-Qur’an mengenai persoalan mithaq atau covenant, 3 2
para ilmuan dan sarjana Islam menegaskan sandaran dan
Sahih al-Bukhari, Bab 50/51, bil. 3461. Lihat, The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 66.
180
pegangannya kepada al-Qur'an di atas sifatnya sebagai kitab wahyu Allah ( s.w.t.) yang terakhir.
5.2
Analisa Islam terhadap covenant dan konsep “bumi yang dijanjikan”.
Analisa Islam terhadap covenant ini akan dibuat berasaskan sumber utamanya teks al-Qur’an di samping pentafsirannya samada oleh para Ulama silam mahupun menurut para sarjana Islam sezaman. Di dalam melengkapkan kajian, analisa juga dibuat dengan bantuan sumber-sumber tambahan seperti sakibaki catatan asal daripada Torah, fakta-fakta sejarah dan juga pandanganpandangan berasaskan sumber
akademik yang berwibawa. Sementara analisa
terhadap asas penubuhan Negara Israel moden akan dibuat berdasarkan penulisanpenulisan moden mengenainya samada penulisan Islam dan juga dari sumbersumber penulisan Barat.
5.2.1 Analisa terhadap Covenant berdasarkan al-Qur’an dan sumber-sumber Islam.
Merujuk kepada kepercayaan umum kaum Yahudi terhadap konsep “covenant” yang dimaksudkan di dalam Bible, iaitu perjanjian atau persetujuan atau tawaran (mithaq ) Tuhan kepada Noah, Abraham, Isaac, Jacob, Moses dan David, di antaranya ada disebut di dalam al-Qur'an;
181
7. Dan (Ingatlah) ketika kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa putra Maryam, dan kami Telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh1.
Menurut Ibn Kathir yang mentafsirkan ayat ini di dalam kitabnya Tafsir alQur'an al-‘Azim yang dikenali juga dengan nama Tafsir Ibn Kathir2, bahawa Allah ( s.w.t.) secara khusus menceritakan tentang Rasul-Rasul " Ulu al-‘AzmiNya "3 yang berlima dan juga lain-lain NabiNya secara umum, bahawa Dia telah mengambil perjanjian ( mithaq) dari mereka seluruhnya di dalam menegakan agama Allah dan menyampaikan risalahNya. Ibn Kathir seterusnya menjelaskan bahawa Allah ( s.w.t.) mengambil mithaq dari mereka terutamanya " Ulu al-‘Azmi" sesudah mengutuskan mereka (kepada kaum-kaum mereka). Nama-nama mereka disebut dalam satu ayat lain yang hampir sama konteknya;
1
Al-Ahzab, 33:7 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim, loc. cit. hal. 1158 3 Istilah ini merujuk khas kepada 5 orang Rasul-Rasul Allah yang terpilih,, paling kuat menanggung amanah dan menghadapi ujian penentangan kaum dan umah. Mereka adalah Noh (a.s.), Ibrahim (a.s.), Musa (a.s.), Isa (a.s.) dan Muhamad ( s.a.w.). 2
182
13. Dia Telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang Telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang Telah kami wahyukan kepadamu dan apa yang Telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ‘Isa yaitu: Tegakkanlah agama[1340] dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).1
Namun “perjanjian”
ataupun “ persetiaan” itu semua hanyalah merupakan
pengulangan, pembaharuan semula ataupun pengingatan semula terhadap persetiaan Allah (s.w.t.) ke atas semua zuriat Adam ( a.s.) sewaktu mereka masih berada di alam ruh. Allah (s.w.t.) memperingatkan hal ini kepada kita melalui al-Qur’an;
171. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat Gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah Gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin Bahawa Gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah Dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) Yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa Yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang Yang bertaqwa"
1
Al-Syura, 42: 13
183
172. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anakanak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"1.
Bagaimanapun di dalam
teks " Perjanjian Lama " ataupun Jewish Bible, kitab suci
kaum Yahudi tidak ada catatan nama ‘Isa putera Maryam (a.s.) bersama dengan namanama Patriarch dan lain-lain nabi dari kalangan Bangsa Israel yang di katakan mengadakan “perjanjian” dengan Tuhan. Ini kerana kaum Yahudi bukan sahaja tidak mengiktiraf
‘Isa al-Masih ( Jesus ) sebagai salah seorang utusan Tuhan untuk
memimpin Bangsa Israel malah sebaliknya menganggap Jesus sebagai musuh Tuhan dan kerana itu mereka berusaha untuk membunuhnya2.
1
Al-A’raf. 7: 71-72 Ini kerana kaum Yahudi menganggap Jesus adalah ahli sihir yang terlalu biadab melanggar kesucian " Hari Sabtu " ( Sabath ) dengan mengamalkan ilmu sihir pada hari tersebut. Apa yang mereka maksudkan dengan pelanggaran kesucian Sabbath ialah Jesus mengubati orang sakit pada hari tersebut. Hal ini tidak tercatat di dalam " Perjanjian Lama " ataupun Jewish Bible tetapi terdedah di dalam teks " Perjanjian Baru " -Injil Yuhanna, (al-Ishah 7 :1, 19 & 20. Perihal kaum Yahudi menuduh Isa (a.s.) sebagai ahli sihir juga dijelaskan di dalam al-Qur'an, ( 61 : 6 ) 2
184
Mengenai “perjanjian” (mithaq) Tuhan terhadap Nuh (a.s.) pertama kalinya dinyatakan di dalam Bible atau al-Kitab al-Muqaddas sejurus sebelum berlakunya “Tawfan” iaitu iaitu banjir besar yang menenggelamkan dunia pada zamannya1; كفل مفا ففي الرض.فها أنا آت بتوفان الماء على الرض لهلك كل جسد فيه روه حيوة من تحفت السفماء ومففن كففل حففي مففن كففل. فتدخل الفلك أنت وبنوك وامراتك ونسآء بنيك معك. ولكن أقيم عهدي معك.يموت .ذي جسد اثنين من كل تدخل الى الفلك لستبقاآئها معك Inilah Aku bawakan Tawfan banjir ke atas bumi untuk menghancurkan seluruh jasad yang ada mempunyai roh di bawah langit. Seluruh yang ada di bumi akan mati. Tetapi Aku mengadakan perjanjian (‘Ahd) ku dengan mu (Nuh). Maka masuklah ke dalam bahtera, kamu dan anak-anak mu dan isteri mu dan isteri anak-anak mu bersama-sama mu dan semua haiwan setiap jenisnya sepasang dimasukkan ke dalam bahtera agar selamat bersama-samamu.
Menurut al-Kitab al-Muqaddas ( Bible) kisah mengenai Nuh bermula sejurus sebelum berlakunya peristiwa " Tawfan ". Menurutnya peristiwa taufan itu berlaku dengan kehendak Tuhan sendiri untuk menghukum manusia yang pada pandanganNya telah fasik dan jahat. Namun Tuhan menyelamatkan Nuh dan keluarganya dan juga haiwan kerana mereka telah dipilih untuk mendapat keberkatan Tuhan 2. Di sinilah Tuhan buat pertama kalinya mengadakan
“perjanjian” (mithaq / ’ahd ) dengan Noh untuk
memaklumkan limpahan berkat Tuhan kepadanya dan juga zuriatnya.
Sesudah itu “perjanjian” diperbaharui kembali sebaik tamatnya Tawfan
3
sebagaimana
yang disebut di dalam al-Kitab al-Muqaddas; .......... وبارك ال نوحا وبنيه وقا ل لهم اثمروا واكثروا واملوا الرض1 .. وها أنا مقيم ميثاقي معكم ومع نسلكم من بعدكم, وكلم ال نوحا وبنيه معه قائل8 1
Safar al-Takwin; al-Ishah al-Sadis (6): 17-20 Ibid. : 5-8. 3 Ibid., al-Ishah al-Tasi' ( 9 ) : , . 2
185
.... وحاما ابو كنعان,وكان بنو نوح الذين خرجوا من الفلك ساما وحاما ويافث-.18 1- " Allah memberkati Nuh dan anak-anaknya dan berkata kepada mereka, " membiak dan berkembanglah kamu sekelian sehingga memenuhi muka dunia,…… 8- “ Dan Allah berkata-kata kepada Nuh dan anak-anaknya yang bersamanya dengan kataNya; Inilah perjanjian (mithaq) ku dengan kamu dan keturunanmu selepas zaman kamu….. 18 - " Adalah anak-anak Nuh yang (selamat) keluar dari bahtera, Sam, Ham dan Yapeth. Dan Ham pula adalah bapa (moyang) kepada Kan’an.
Bagaimanapun janji keberkatan Tuhan kepada Nuh dan zuriatnya menurut al-Kitab alMuqaddas (Bible) tidaklah secara umum kepada seluruh zuriatnya tetapi dibuat secara terpilih. Keberkatan ini hanya dijanjikan kepada zuriat Nuh melalui keturunan Sam bin Nuh di mana daripada keturunannya akan melahirkan Ibrahim, moyang kepada Bani Isra’il1. Bersamaan itu dikatakan zuriat Nuh daripada keturunan Ham yang membawa kepada Kan'an ( sebahagian daripadanya Philistine ) dilaknatinya dan disumpah akan menjadi hamba abdi kepada keturunan Sam dan Japeth2.
Di dalam Bible tidak dijelaskan apa yang berlaku di antara Noah dengan manusia di sekitarnya sebelum peristiwa Tawfan itu berlaku. Apa yang kelihatan lebih penting di dalam Bible ialah pelunjuran keturunan Noah sesudahnya untuk menzahirkan kenyataan bahawa Tuhan memberkati zuriatnya yang dimaksudkan pada akhirnya ialah Bangsa Israel. Sedangkan menurut al-Qur'an, tempoh kehidupan Nuh di kalangan kaumnya sebelum berlakunya Tawfan adalah cukup lama dan digunakan sepenuhnya berdakwah
1 2
Ibid., al-Ishah 11: 36 , al-Ishah 11 : 27., al-Ishah 12 : 1 -3 Ibid., al-Ishah 9: 35 , ibid., al-Ishah ( 10 ) : 6 -14.
186
mengembalikan mereka kepada fitrah agama Allah ( s.w.t.). Hal ini diterangkan di dalam surah al-Ankabut;
14. Dan Sesungguhnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.. 15. Maka kami selamatkan Nuh dan penumpang-penumpang bahtera itu dan kami jadikan peristiwa itu pelajaran bagi semua umat manusia.1
Mengulas ayat-ayat ini
Ibn Kathir yang memetik satu riwayat yang sahih
daripada al-Bukhari2, menjelaskan bahawa tempoh zaman di antara Adam dan Nuh adalah 10 kurun lamanya dan berada di dalam suasana Islam. Sesudah itu manusia mulai menyembah berhala dan tidak lagi beribadah kepada Allah ( s.w.t.) serta melaksanakan kehidupan yang penuh dengan kesesatan.
Lalu Allah ( s.w.t.)
mengutuskan Noh (a.s.) sebagai rahmatNya kepada manusia.
Menurut pandangan Islam, tempoh Nuh bersama kaumnya selama hampir 1000 tahun sebelum banjir ( Taufan ) adalah tempoh yang lebih penting berbanding dengan
1 2
Al-Ankabut, 29: 14-15 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya', loc.cit. hal. 53
187
period sesudahnya. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut Nuh (a.s.) melaksanakan sepenuhnya tugasan dakwah sesuai dengan tabiat pengutusan para Rasul (a.s.) adalah di atas kepentingan dakwah. Dalam hal ini Nuh (a.s.) merupakan Rasul pertama yang diutuskan kepada umat manusia yang kufur dan beribadah kepada selain dari Allah ( s.w.t.). Hal ini sangat serius kerana ianya tidak pernah berlaku semenjak bermulanya sejarah manusia 1000 tahun sebelumnya’ walaupun ada sebelum itu kes-kes maksiat hatta kes pembunuhan, namun manusia masih belum kufur kepada Allah. Oleh kerana seriusnya persoalan " kufur " ini Allah ( s.w.t.) mengutuskan Noh ( a.s.) dengan diberikan tempoh masa yang agak lama dan Nuh (a.s.) pula menggunakan berbagai medium dakwah tanpa mengira masa, mengajak manusia kembali beribadah kepadaNya. Banyak contoh-contoh ayat al-Qur'an yang menyebut hal ini1. Di antaranya firman Allah;
( ) العراف 59.
Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku
sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), Aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)2.
1
Lihat al-Qur'an, ( 7 : 59 ), ( 10 : 71 ), ( 11 : 26 ), ( 21 : 76 – 77 ), ( 23 : 23 & 28 ), ( 26 : 105 -108 & 118 -120 ), ( 71 : 1 ). 2 Al-A’raf, 7: 59
188
5. Nuh berkata: "Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku Telah menyeru kaumku malam dan siang, 6. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). 7. Dan Sesungguhnya setiap kali Aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. 8. Kemudian Sesungguhnya Aku Telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan 9. Kemudian Sesungguhnya Aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diamdiam1.,
Namun, apabila dakwah Nuh ( a.s.) tidak dipedulikan oleh kaumnya, Allah ( s.w.t.) telah mendatangkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh alam sebagai balasanNya terhadap kekufuran manusia pada zaman itu.
Tidak ada yang
terselamat melainkan mereka yang beriman dengan Nuh ( a.s.) dan menaiki bahteranya sebagaimana yang diperintahkan Allah ( s.w.t.). Setelah selamat daripada banjir, Allah ( s.w.t.) mengucapkan selamat sejahtera kepada Nuh dan pengikut-pengikutnya yang beriman sebagaimana di dalam firmanNya;
)48 : ) هود 1
Nuh, 5-9
189
48. Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. dan ada (pula) umat-umat yang kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), Kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari kami."1
Ibn Kathir di dalam mentafsirkan ayat ini2 mengatakan bahawa Allah ( s.w.t. ) mengkhabarkan pernyataannya kepada Nuh ( a.s.) sesudah bahteranya selamat mendarat di gunung Juddi, bahawa Allah ( s.w.t.) mengucapkan selamat sejahtera keatasnya beserta orang-orang beriman bersamanya dan juga seterusnya ke atas setiap diri yang beriman dari zuriatnya sehingga ke hari qiamat.
Ucap selamat dari Tuhan di dalam ayat al-Qur’an;
ini kelihatan hampir sama konteknya dengan janji dan jaminan rahmat Tuhan kepada Nuh ( a.s.) dan zuriatnya seperti mithaq atau covenant sebagaimana menurut Bible atau al-Kitab al-Muqaddas3, namun perbezaan di antara keduanya tetap wujud dan lebih ketara.
Perbezaan pertama dan utamanya al-Qur’an menekankan kisah pengutusan Nuh (a.s.) sebagai pengutusan da'awah sehinggakan da'awahnya berlangsung begitu lama sebelum datangnya taufan. Ini berbeza dengan perspektif Yahudi yang tidak mengambil kisah 1
Hud, 11: 48 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim, loc.cit. hal. 729. 3 Lihat, Safar Takwin, Ishah ke 9. 2
190
tentang persoalan dakwah. Keutamaan mereka daripada kisah pengutusan Noh adalah untuk menzahirkan pernyataan Tuhan tentang berita kelahiran keturunannya melalui Sam dan seterusnya Ibrahim
dimana pelunjuran terakhirnya adalah kaum-bangsa
mereka Bani Isra’il yang diberkati Tuhan.
Perbezaan kedua adalah sifat Nuh sebagai Nabi dan Rasul. Di dalam al-Qur’an Allah (s.w.t.) menggambarkan bahawa semua Nabi dan RasulNya termasuk Nuh ( a.s.) bersifat mulia dan kasihkan umatnya. Begitulah Nuh (a.s.) sentiasa mengasihi ahli keluarga dan juga umatnya walaupun mereka telah kufur dengan tegarnya, namun Nuh (a.s.) terus berdakwah ke jalan yang benar walaun seribu tahun semata-mata kerana kasihkan mereka.1 Lebih ketara sifat kasih saying Nuh sebagai seorang bapa tertonjol di saat-saat paling akhir sebelum bumi ini tenggelam, Nuh (a.s.) terus menerus memujuk rayu seorang anaknya yang kafir supaya menyertai bahteranya; 1
Lihat al-Qur’an, 2 : 253, 7: 59, 29: 14 & 11: 42.
191
( )هود 42. Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. dan Nuh memanggil anaknya,[719] sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir." 43. Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari Ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha penyayang". dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; Maka jadilah anak itu termasuk orangorang yang ditenggelamkan. 44.
Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan Hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun
disurutkan, perintahpun diselesaikan[720] dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi[721], dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ." 45. Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan Sesungguhnya janji Engkau Itulah yang benar. dan Engkau adalah hakim yang seadiladilnya."1
Berbeza dengan sifat Noah di dalam Bible yang di ceritakan hanya mendoakan rahmat Tuhan secara terpilih terhadap anak-anaknya Syem dan Japheth serta zuriat mereka yang dimaksudkan akhirnya Bangsa Israel2. Sebaliknya Noah melempiaskan sumpah laknat yang berasaskan
perasaan dendam ke atas
putera bongsunya Ham dan zuriatnya
Kan’an. Ini kerana Ham dikatakan mengkritik bapanya lantaran Noh meminum arak sehingga mabuk dan tidak sedarkan diri sehinggakan terbuka auratnya.
Berdasarkan
laknat itu keturunan Ham dan seterusnya Kan’an iaitu suku-suku kaum pribumi Kan’an terutama Philistin3 di gambarkan di dalam Bible sebagai musuh yang terkutuk kepada Bangsa Israel. 1
Hud, 11: 42-45 Al-Kitab al-Muqaddas, Safar Takwin, Ishah 11: 36 3 Ibid. Ishah 10: 6-14 2
192
Di dalam konteks kitab suci dan akhlaq nabi-nabi kenyataan-kenyataan seperti yang tercatat mengenai Noah adalah mengelirukan. Malah dari segi rationalnya pun adalah amat berat untuk diterima bahawa Noah sebagai seorang nabi pilihan Tuhan diutus mengajarkan agamaNya yang suci dan memimpin kehidupan manusia berasaskan akhlak mulia, meminum arak sehingga tersangat mabuk dan tidak sedarkan diri. Apabila perlakuan buruk itu dikritik oleh anaknya, beliau berdendam terhadap anaknya itu dan melaknatnya sehingga kepada seluruh keturunannya. Ini adalah satu perlakuan buruk yang tidak berakhlak dan sangat mengaibkan kalaupun dilakukan oleh orang biasa. Apa lagi jika ianya dilakukan oleh seorang Nabi utusan Tuhan yang disebut di dalam Bible “ lelaki yang terbaik dan sempurna akhlak di dalam generasinya dan sentiasa berada di jalan Tuhan” 1.
Dengan polemik yang ada timbul persoalan tentang siapakah dari kalangan zuriat Nuh ( a.s.) yang berhak mendapat jaminan selamat sejahtera dan keberkatan dari Tuhan. Sementara Yahudi bertegas menyatakan merekalah zuriat yang dimaksudkan itu, sebagaimana yang dijelaskan didalam Jewish Bible, Islam pula mempunyai jawapannya yang tersendiri. Berdasarkan keterangan al-Qur'an dan tafsiran para Ulama'2 adalah jelas bahawa pernyataan salam sejahtera dan rahmat dari Allah ( s.w.t.) adalah kepada Nuh ( a.s.) dan mereka yang beriman bersamanya beserta seluruh keturunan mereka yang beriman sampai ke hari qiamat.
1 2
Ibid. Ishah 6: 9 Lihat, Tafsir Ibn Kathir, loc.cit. hal. 729
193
Secara rationalnya penjelasan al-Qur’an kelihatan lebih adil di mana salam dan rahmat dari Allah ( s.w.t.) ini dilimpahkan kepada Nuh ( a.s.) dan orang-orang beriman bersamanya serta seluruh jiwa yang beriman dari zuriat mereka sehingga ke hari kiamat tanpa mengira keturanan ataupun bangsa seperti dakwaan Bani Isra’il.
Di samping
pernyataan salam sejahtera dari Tuhan kepada mereka yang beriman
kepadaNya sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur'an tiada pula sebarang kutukan ataupun laknat Tuhan mahupun Nuh terhadap Kan’an dan zuriatnya Philistin seperti yang disebut di dalam Bible kerana dendamkan Ham yang mengkritik Noah. Seandainya benarlah kisah di dalam Bible ini ia pasti menimbulkan beberapa persoalan terutama berkaitan dengan keadilan.
Pertamanya adakah adil jika zuriat keturunan seseorang di generasi yang akan datang harus turut menanggung laknat daripada apa yang terhukum ke atas moyangnya di zaman silam. Persoalan seterusnya dalam kes ini apakah perlakuan “mabuk”nya Noah, sebagai seorang utusan Tuhan yang mulia di dalam generasinya masih dianggap “mulia” dan kritikan anaknya terhadap perlakuan tersebut adalah “dosa”. Ini kerana isu yang dizahirkan di dalam Bible bukan sekadar isu “mengambil minuman arak” tetapi mabuk yang melampau. Itulah yang dikritik oleh Ham ke atas bapanya Noah di mana dengan kritikannya itu telah membawa sumpahan laknat oleh Noah ke atasnya dan zuriat sesudahnya.
Begitu juga persoalannya mengapa laknat itu turut dikenakan ke atas
Philistin hanya kerana mereka di katakan sebahagian dari keturunan Kan’an. Sedangkan bukan hanya kaum Philistin sahaja berasal dari keturunan Kan’an mahupun Ham.
194
Berbeza dengan dengan Bible yang mencatatkan kisah Tuhan mahupun Noah melaknat sebahagian puteranya dan zuriat sesudahnya, al-Qur’an pula sebaliknya menyampaikan amaran dan ancaman dari Allah (s.w.t.) yang disampaikan melalui Nuh (a.s.) adalah ditujukan secara umum kepada sesiapa sahaja daripada keturunannya yang engkar dan kufur kepada Allah (s.w.t.)1.
Seterusnya di dalam kontek Bible (al-Kitab al-Muqaddas) kesinambungan “perjanjian” (mithaq) adalah daripada
Nuh kepada zuriatnya
Ibrahim.
Ianya
menjelaskan lagi kenyataan Tuhan kepada Nuh yang akan memberkati anak-anak dan keturunannya.
Lalu pada zaman Ibrahim (a.s.) Tuhan menjanjikannya
dengan
penganugerahan keturunan yang akan menjadi bangsa yang agung dan negeri yang dijanjikan untuk mereka. Di dalam al-Kitab al-Muqaddas, kesinambungan “perjanjian” ini adalah merujuk kepada mithaq di dalam Safar Takwin, al-Ishah ke 10, ke 11, ke 12, ke 13, ke 14, ke 15 dan ke 172.
Di dalam al-Qur’an, kisah ini turut dinyatakan di dalam surah al-Saffat3;
1
Ancaman dan amaran Allah ( s.w.t.) melalui Nuh ( a.s.) kepada manusia yang kufur akhirnya segera menjadi kenyataan di zamannya dengan mereka dibinasakan Allah ( s.w.t.) seluruhnya apabila mereka ditelan Taufan yang menenggelamkan seluruh muka bumi pada masa itu. Pengajarannya di dalam hal ini ialah amaran dan ancaman dari Allah ( s.w.t.) melalui Rasulnya pasti akan datang setelah manusia terus kufur dan menolak da'awah RasulNya seperti Nuh ( a.s.) yang telah berdakwah dalam tempoh yang sangat panjang. 2
Al-Kitab al-Muqaddas, Safar Takwin, (10: 21-25), (11: 10-26), ( 12 : 1 -7 ), ( 13 : 14 – 18 ), ( 14 : 19 – 21 ), ( 15: 18 ) ( 17 : 2 – 8 ). 3 Al-Saffat, 27: 75-83
195
( ) الصافات 75. Sesungguhnya Nuh telah menyeru Kami: Maka Sesungguhnya sebaik-baik yang memperkenankan (adalah Kami). 76. Dan kami telah menyelamatkannya dan pengikutnya dari bencana yang besar. 77. Dan kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan. 78. Dan kami abadikan untuk Nuh itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian; 79. "Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam". 80. Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. 81. Sesungguhnya dia termasuk di antara hamba-hamba kami yang beriman. 82. Kemudian kami tenggelamkan orang-orang yang lain. 83. Dan Sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya.
Menurut para mufassir1 seperti Ibn Jarir al-Tabari dan lain-lainnya di dalam mengulas ayat ke 83 di atas, menjelaskan bahawa dari kalangan zuriat Nuh (a.s.) yang mengikuti agamanya, cara hidupnya (berdakwah) dan turut menghadapi cabaran-cabaran pahit daripada dakwah tersebut adalah Ibrahim (a.s.).
Bagaimanapun berdasarkan
penjelasan para Ulama Tafsir ini, maksud penurut jejak langkah Nuh (a.s.) (Min Syi’atihi) adalah dari kalangan zuriat terdekatnya iaitu Ibrahim (a.s.), jelas berbeza dengan konsep kesinambungan “ perjanjian” ( covenant/ Mithaq) seperti yang dibawa oleh Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas. 1
Lihat, al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.12, loc.cit. hal.74. Lihat juga Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an alAzim,loc.cit. hal. 1244. Lihat juga, al-Syawkani, Fath al-Qadir, loc.cit. hal. 1244.
196
Konsep kesinambungan “perjanjian” (mithaq) yang dibawa oleh Bible (al-Kitab al-Muqaddas ) bermaksud kesinambungan janji Tuhan daripada generasi Nuh kepada generasi seterusnya. Ianya mengenai bakal kelahiran bangsa yang diberkati oleh Tuhan, iaitu Bangsa Israel yang mulia yang dijanjikan bumi Kan’an (Palestin) sebagai negeri kediaman khas untuk mereka. Kenyataan-kenyataan ini bermula di dalam Safar Takwin, Ishah ke 121, di mana Tuhan memerintahkan Ibram ( Ibrahim ) supaya meninggalkan negerinya ( Iraq ) dan berhijrah ke negeri ( Kan'an ) yang dijanjikan untuknya dan juga zuriatnya. Sebagai memenuhi perintah itu Ibram membawa isterinya Sarai, anak saudaranya Lut dan segala harta milik mereka berhijrah ke negeri yang dimaksudkan. Di dalam ayat-ayat seterusnya, dinyatakan bahawa
tidak lama
sesampainya di negeri Kan'an, negeri itu mengalami bencana kemarau yang dahsyat. Ini menyebabkan Ibram mendatangi negeri Mesir untuk mencari kehidupan yang lebih baik di sana. Bagaimanapun kedatangannya ke sini telah menimbulkan fitnah kerana Fir'aun yang memerintah Mesir berkenan kepada kecantikan isterinya Sarah menyebabkan dia segera pulang ke Kan'an. Di sinilah Tuhan memberikan janjiNya ( mithaq ) bahawa negeri itu ( Kan'an ) akan menjadi bumi anugerah kepada zuriatnya, buat selamalamanya2.
Di dalam al-Ishah ke 14 di sebutkan Tuhan memperingatkan Ibram bahawa
dia memperolehi berbagai pemberian daripada raja-raja di sekitar negeri Kan'an yang menjadikannya seorang yang kaya. Itulah di antara tanda-tanda berkat kepada Ibram apabila berhijrah ke negeri yang dijanjikan keberkatan untuknya. Di dalam aI-Ishah ke 15 seterusnya disebut Tuhan menjelma kepadanya memperkenalkan bahawa Dialah 1 2
Safar Takwin, 12: 1 Lihat, Safar Takwin, 13: 14-15
197
Tuhan yang memerintahkan Ibram berpindah ke negeri ( Kan'an ) yang dijanjikan keberkatan untuknya dan warisan abadi untuk zuriatnya. Malah Tuhan membayangkan bumi warisan untuk zuriat Ibram ini boleh diperluaskan lagi sehingga merangkumi kawasan daripada lembah sungai di Mesir sehingga ke lembah Sungai Furat.
Di dalam Safar Takwin seterusnya (al-Ishah ke 17: 5-6) sekali lagi disebutkan mithaq ke atas Ibram sebagai pengukuhan kepada beberapa mithaq yang terdahulu. Pertamanya Tuhan menukarkan nama Ibram kepada Ibrahim yang bermakna bapa kepada umat yang ramai. Ini kerana isterinya Sarah akan melahirkan seorang anak lelaki (Ishaq ) di mana anak ini akan melahirkan zuriat yang ramai, di antaranya berkerajaan memimpin umat ( Bani Isra’il ).
Di sini Tuhan secara rasmi
mengishtiharkan kepada Ibrahim, bahawa; واعطففي لففك,واقيم عهدي بيني وبينك وبين نسلك من بعدك في اجيالهم عهدا ابديا لكون الها لففك ولنسففلك مففن بعففدك .ولنسلك من بعدك ارض غربتك كل ارض كنعان ملكا ابديا واكون الههم " Dan Aku mengadakan PerjanjianKu dengan mu dan zuriatmu di kemudian hari sebagai janjiKu yang abadi, di mana Aku adalah Tuhan kamu sekeliannya dan Aku anugerahkan pemilikan bumi Ka'nan untukmu dan untuk zuriatmu di kemudian hari sebagai pemilikan yang abadi "1
Inilah di antara teks terpenting di dalam mithaq atau covenant di antara Tuhan dengan Ibrahim.
Namun begitu sama halnya seperti
dalam kisah Nuh ( a.s.)
sebelumnya, kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang dimaksudkan di dalam Bible itu ada sedikit perbezaan berbanding dengan tafsiran Islam yang berasaskan alQur'an. Terdapat perbezaan isu utama di dalam dua rujukan ini, Bible dan al-Qur'an.
1
Safar Takwin, Ishah 17:7-8.
198
Kaum Yahudi melalui Jewish Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas menanggapi kisah Ibrahim (a.s.) dan para Nabi sesudahnya sebagai sejarah eksklusif Bangsa Israel. Sementara menurut Islam yang berasaskan kitab sucinya al-Qur’an sebaliknya menjadikan kisah-kisah para Nabi dan Rasul yang dipaparkan sebagaimana kisah Ibrahim dan Nsebelumnya adalah sebagai sejarah da'awah para Rasul ( a.s).
Sebagaimana dengan kisah Nuh ( a.s.) sebelumnya, diutuskan Allah (s.w.t.) untuk berdakwah kepada kaumnya, demikian juga Ibrahim ( a.s.), diutuskan kepada kaumnya di Babylon supaya berda'awah untuk mengeluarkan
mereka
daripada
kesesatan penyembahan berhala kepada Tawhid dengan beribadah hanya kepada Allah ( s.w.t.).
Sebaliknya reaksi dari kaumnya sangat keras sehingga akan mengancam
nyawanya menyebabkan Allah ( s.w.t.) memerintahkan baginda ( a.s.) meninggalkan kaumnya di Iraq dan berhijrah ke Syam, negeri yang lebih berkat.
Menurut Ibn Kathir di dalam Qisas al-Anbiya'1 Ibrahim ( a.s.) dengan penuh akur terhadap perintah Allah ( s.w.t.), membawa bersama isterinya Sarah, anak saudara yang dibelanya Lut dan beberapa orang anggota keluarga terdekat. Mereka bertolak meninggalkan bumi Kaldan ( Iraq ) menuju ke bumi Kan'an ( Syam termasuk di dalamnya wilayah Palestin). Dalam perjalanan mereka menetap sebentar di Haran serta berdakwah kepada penduduk negerinya. Menurut Ibn Kathir lagi2 di sini Ibrahim ( a.s.) bermonolog dan berdailog
dengan penduduknya mengenai Tuhan berpaksikan
cekarwala. Ini kerana penduduk Haran sama seperti penduduk Syam umumnya pada 1 2
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya', loc.cit. hal. 101- 102. Ibid. hal. 105.
199
zaman itu menyembah bulan, bintang dan matahari. Ibrahim ( a.s.) menyerang idea penyembahan cekerwala sebagaimana dia menyerang idea penyembahan berhala kaumnya termasuk Namrud di Iraq sebelumnya. Sesunggohnya Ibrahim ( a.s.) benarbenar diutuskan Allah ( s.w.t.) untuk membenteras kesesatan manusia-manusia itu. Menurut Ibn Kathir lagi selepas menetap beberapa lama di Haran, Ibrahim dan keluarganya meneruskan perjalanan menuju ke Kan'an yang terletak padanya Bait alMaqdis1
Di dalam
Atlas al-Qur'an2, juga ada dirujuk nama-nama tempat yang menjadi jejak
perjalanan Ibrahim (a.s) sama seperti yang di sebut oleh Ibn Kathir di sepanjang jalur Sungai Furat dari muara ke hulunya sebelum menuju Syam ( Palestine), ke Mesir dan Makkah di Hejaz seterusnya pulang semula ke Hebron di Palestin.3
Dalam hal ini,
Ibrahim (a.s.) telah menempuh perjalanan hampir 2 ribu kilometer semata-semata kerana mentaati perintah Allah dan melaksanakan tugasan ( s.w.t.)
4
dakwah kepada Allah
. Itulah asas perjalanan hijrah Ibrahim ( a.s.) daripada Iraq ke Haran, ke
Syam, ke Mesir dan Makkah al-Mukarramah yang menurut pandangan Islam adalah perjalanan melaksanakan tanggungjawab dakwah berbanding dengan Bible yang menekankan konsep berhijrah ke “Bumi yang dijanjikan”. 1
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya' Op.cit. Dr. Syauqi Abu Khalil, Atlas al-Qur'an, Dar al-Fikr, (1423 H ), hal. 43. 3 Dari segi geografi laluan perjalanan ini membentuk lengkongan bulan sabit dan terkenal dengan panggilan " Lembah Bulan Sabit Yang Subur " merangkumi Lembah Furat dari Iraq ke Syria dan bertemu dengan Lembah Nil di Mesir. Jelas dari segi sejarah dan archeologi, bahawa lembah-lembah ini merupakan tempat-tempat tumpuan tamadun awal masyarakat manusia. 4 Lihat, Muhamad Baihaqi, Rahsia Bait al-Maqdis, al-Hidayah Publishers, K.Lumpur (2001), hal. 31 2
200
Sebagai salah seorang nabi " Ulu al-‘Azm " Ibrahim (a.s.) di utuskan kepada kaumnya di Babylon.
Menurut Ibn Kathir didalam kitabnya
Qisas al-Anbiya',1
penduduk negeri Babylon termasuk ahli keluarganya pada masa itu adalah penyembah berhala. Ibrahim ( a.s.) dengan beraninya menyanggahi aqidah kepercayaan kaumnya dan berhujjah dengan mereka.
Lebih jauh lagi Ibrahim bertindak menghancurkan
berhala sembahan kaumnya yang diketuai oleh raja Namrud. Berikutan itu Ibrahim (a.s.) ditangkap dan di hadapkan kepada raja Namrud. Namun Ibrahim ( a.s.) berhujjah mengenai ketuhanan
dengan Namrud dan apabila pihak berkuasa yang mewakili
penyembah berhala kehabisan idea untuk terus berhujjah mereka menggunakan kuasa. Raja Namrud menjatuhkan hukuman ke atas Ibrahim ( a.s.) dibakar sampai mati. Kisah cabaran da'awah Ibrahim ( a.s.) ini di rakam di dalam al-Qur'an2;
1 2
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 105 Al-Anbiya’, 21: 51-59
201
51. Dan Sesungguhnya telah kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun)[], dan adalah kami mengetahui (keadaan)nya. 52. (ingatlah), ketika Ibrahim Berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah Ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?" 53. Mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya". 54. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata". 55. Mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main 56.
Dan Sesungguhnya kami Telah perlihatkan kepadanya (Fir'aun) tanda-tanda kekuasaan kami
semuanya[927] Maka ia mendustakan dan enggan (menerima kebenaran). 57. Demi Allah, Sesungguhnya Aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya[962]. 58. Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. 59. Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan Ini terhadap tuhan-tuhan kami, Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim." 60. Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala Ini yang bernama Ibrahim 61. Mereka berkata: "(Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak, agar mereka menyaksikan".
202
62. Mereka bertanya: "Apakah kamu, yang melakukan perbuatan Ini terhadap tuhan-tuhan kami, Hai Ibrahim?" 63. Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar Itulah yang melakukannya, Maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara". 64. Maka mereka Telah kembali kepada kesadaran dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)", 65. Kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara."
Hal ini turut dijelaskan di dalam ayat yang lain; و ( ) النيياء 71. Dan kami seIamatkan Ibrahim dan Lut ke sebuah negeri yang kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.72. Dan kami telah memberikan kepada-Nya (Ibrahim) lshaq dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). dan masing-masingnya kami jadikan orang-orang yang saleh1
Ibn Jarir al-Tabari di dalam kitabnya Jami' al-Bayan2 mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawa Allah ( s.w.t.) telah menyelamatkan Ibrahim dan Lut ( a.s.) dari musuh mereka (Raja ) Namrud dan kaumnya di negeri Iraq ke negeri yang Allah (s.w.t.) berkatkannya di dunia ini iaitu negeri Syam. Maksudnya Allah ( s.w.t.) telah memisahkan Ibrahim ( a.s.) dari kaumnya dan agama mereka dan membawanya berhijrah ke Syam. Apa yang dimaksudkan oleh Ibn Jarir al-Tabari bahawa " Allah ( s.w.t.) selamatkan Ibrahim " diterangkan oleh Ibn Kathir di dalam kitabnya Tafsir alQur'an al-‘Azim3.
bahawa Allah ( s.w.t.) selamatkan Ibrahim ( a.s.) dari bakaran api
kaumnya dan dikeluarkan dari negeri itu dengan menghijrahkannya ke negeri Syam. 1 2 3
Al-Anbiya’, 21: 71-72 Al-Tabari, Jami' al-Bayan, j.10, loc.cit., hal. 6045. Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim, loc.cit. hal. 961
203
Melalui ayat ini juga terserlah perbezaan yang keseterusnya di antara al-Qur’an dan Bible di samping perbezaan di antara sejarah dakwah para nabi dengan sejarah esklusif kaum-bangsa Bani Israel. Perbezaan ini ialah tentang konsep bumi Hijrah Ibrahim (a.s.). Sebagaimana termaklum kaum Yahudi memfokuskan covenant/mithaq Ibrahim sebagai asas utama kepada konsep “bumi yang dijanjikan”. Bagaimanapun melalui ayat inidan lain-lain ayat seumpamanya, al-Qur’an menjelaskan satu konsep yang lain mengenai bumi hijrah Ibrahim (a.s.), berbeza dari konsep dakwaan kaum Yahudi. Dalam ayat ini
Allah (s.w.t.) menyebut di dalam al-Qur’an bahawa Ibrahim
diperintahkan berhijrah ke “bumi yang diberkatkan”.
Di bumi hijrah yang berkat,
Ibrahim (a.s.) dianugerahkan dengan anak dan keturunan yang saleh,
yang juga
diangkat menjadi nabi, iaitu Ismail, Ishaq dan puteranya Ya’qub (a.s.). Menurut Ibn Kathir1 penganugerahan anak-anak dan zuriat yang salih itulah di antara tanda bumi yang berkat kerana sejak beberapa lama sebelumnya sewaktu berada di negeri asalnya (Iraq), Ibrahim (a.s.) tidak memperolehi zuriat dan isterinya telah putus haid.
Merujuk kepada komentar Ibn Kathir sebelum ini bahawa sesunggohnya Ibrahim (a.s.) benar-benar diutuskan Allah untuk membenteras kesesatan manusia-manusia2, berkaitan rapat dengan berkat zuriat keturunannya yang soleh. Dalam hal ini Dr. Ahmad Hejazi al-Saqa di dalam Pengenalan kepada Injil Barnaba3 memetik dua ayat daripada Safar Takwin (17:5-6) yang menyatakan bahawa berkat kebapaan Ibrahim ( a.s.) wujud pada umat manusia di mana dia 1 2 3
akan
di anugerahkan dengan zuriat yang ramai dan
Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 113 Ibid. hal. 101-102 Injil Barnaba, ter.(Ar.) Dr.Khalil Sa’adah, Dar al-Basyir,Qahirah,(t.t.), hal. 41
204
dilahirkan daripada zuriatnya yang ramai itu raja-raja dan para pemerintah. Menurutnya mereka yang diberi ni’mat menjadi raja dan pemerintah sama-sama berjihad menegakkan Syari’ah Allah dan menghapuskan penyembahan berhala.
Ayat ini
sebenarnya menepati kenyataan Yasu’ (Isa a.s.) di dalam Injil Bernaba1 mengenai zuriat Ibrahim yang mendapat berkat sebagai Nabi Utusan Alah dan menikmati kekuasaan sebagai raja dan pemerintah. Di dalam kenyataannya itu disebutkan dua tokoh nabi sebagai pemimpin yang besar, iaitu Dawwud dari sebelah Bani Israel dan seorang lagi disebut sebagai “Rasulullah” yang turut menghancurkan berhala sebagaimana Ibrahim (a.s.) menghancurkan berhala sembahan kaum Namrud.
Dia
adalah Utusan Allah dari keturunan Ismail (a.s.), memiliki kuasa pemerintahan yang besar. Berdasarkan sifat-sifat “dia” yang disebutkan itu, tidak syak lagi bahawa nabi itu adalah Muhamad Rasulullah (s.a.w.) yang tercatat di dalam sejarah turut menghancurkan berhala di hari pembukaan kota Makkah.
Dr. Ahmad Hejazi al-Saqa2 menjelaskan lagi bahawa di dalam kitab suci al-Tawrah, Allah mengisytiharkan penganugerahan berkatNya kepada kedua-dua Isma’il dan Ishaq serta zuriat mereka. Ini berdasarkan kenyataan yang masih tercatat di dalam al-Kitab al-Muqaddas;
بل اسمها سارة واباركها وأعطيك ايضكا منهكا ابنكا أباركهكا فتككون أممكا." ساراي امرأتك ل تدعو اسمها ساراى 16 -15 : 17 )تكوين
“" وملوك شعوبا (
1 2
Ibid.( fasal: 43) hal. 136-137 Al-Saqa, loc.cit hal. 41-42
205
Teks (Takwin; 7:15-16)
1
ini menceritakan berkat kepada pihak Ishaq yang bakal
dilahirkan oleh Sarah. Sementara teks kedua (Takwin 21: 17-18) pula menceritakan berkat di sebelah Ismail اثنكى عشككر رئيسككا يلككد، ها انككا ابككاركه واثمككره واكككثره كككثيرا جككدا. واما اسماعيل فقد سمعت لك فيه: " فقال ال " وأجعله امة كبيرة 20 ) : 17 )تكوين
Hal ini jelas tergambar bagaimana Allah (s.w.t.) mengatur perjalanan Ibrahim ( a.s.) dan isterinya Sarah. Dari Palestin mereka mengunjungi Mesir dan hasilnya mereka telah memperolehi seorang jariah, iaitu Hajar dan di bawa pulang ke Palestin. Memandangkan mereka belum beroleh zuriat, akhirnya dengan persetujuan isterinya Ibrahim (a.s.) telah mengambil Hajar dan melaluinya telah dikurniakan zuriat iaitu Isma’il.
Apabila berlakunya hubungan yang kurang sihat di antara Sarah dan Hajar,
Ibrahim ( a.s.) telah diperintahkan Allah (s.w.t.) membawa isterinya Hajar dan anaknya Isma’il ke Makkah.
Hal ini sangat bersesuaian dengan kenyataan Ibn Jarir al-Tabari berdasarkan pendapat yang bersumber dari Ibn Abbas ( r.a.) bahawa Makkah juga termasuk di dalam kontek bumi hijrah yang berkat ini2. Apabila ditanya tentang bumi yang berkat Ibn Abbas di dalam hal ini menjawab; " Tidakkah engkau melihat firman Allah "3;
Mungkin perkataan yang lebih tepat ( ) ) أما لملوك وشعوباbermakna ibu kepada bangsa atau Bani Israel. Ini kerana di dalam Holy Bible perkataan di situ di sebut mother,. Ini juga bersesuian dengan konsep perbincangannya, di mana suaminya Abraham disebut sebagai father ( bapa) kepada bangsa atau Bani Israel. Wallahu A’lam. 2 Al-Tabari, Jami' al-Bayan, loc.cit. hal. 6047 3 Ali ‘Imran, 3: 96 1
206
96. Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia[214].
Mengenai penganugerahan anak yang soleh menurut Ibn Kathir di dalam Qisas al-Anbiya'1 Allah ( s.w.t.) menganugerahkan anak-anak dan zuriat yang saleh kepada Ibrahim ( a.s.) sebagai memenuhi munajatnya di saat Ibrahim (a.s.) bersiap hendak memulakan perjalanan hijrah meninggalkan negeri dan kaumnya di Iraq. Sebagai tanda memperkenankan munajatnya itu Allah (s.w.t.) telah menganugerahkan Ibrahim buat pertama kalinya dengan "anak yang penyabar " iaitu Isma’il. Walaupun ada perselisihan pendapat di dalam menentukan “ anak penyabar” samada Ismail ataupun Ishaq, namun para Ulama Tafsir Muslimin2 lebih cenderung mengatakan anak yang ditebus di dalam peristiwa " korban " di Mekkah itu adalah Ismail sebagaimana di dalam firman Allah;3 . 1
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya', loc.cit. hal. 123 Di dalam Tafsinya Imam al-Tabari mencatatkan perselisihan pendapat samada anak yang dikorbankan itu Ismail ataupun Ishaq. Kaum Yahudi mendakwa bahawa Ishaq putera sejati dari Ibrahim dan diperintahkan supaya dikorbankan sebagai tanda taat kepada Tuhan . Allah (s.w.t.) menjelaskan bahawa " anak yang penyabar " itu bukan Ishaq, sebaliknya Allah (s.w.t.) menjanjikan Ishaq ( a.s.) akan dilahirkan sesudah berlakunya peristiwa " korban " yang ditebus oleh Allah (s.w.t.) iaitu Isma’il di Makkah. Terdapat satu pendapat yang menark di dalam tafsir ini iaitu riwayat daripada Muhamad bin Kaab al-Quraizi, asalnya Ulama Yahudi setelah memeluk Islam telah menjelaskan persoalan ini kepada Khalifah Umar bin ‘Abd.al-‘Aziz bahawa kaum Yahudi mengtahui bahawaa Isma’ilah anak yang dimaksudkan itu. Namun mereka mengubah fakta tersebut kerana hasad dan dengki kepada Ismail yang mendapat pujian Tuhan kerana kesabarannya. Lihat al-Tabari, loc.cit. j.12, hal.7291. Lihat juga, Tafsir Ibn Kathir, loc.cit. hal. 1248. Lihat juga, Futh al-Qadir, loc.cit. hal. 1246. 2
3
Al-Saffat, 37: 99-101
207
( ) الصا فا ت
99. Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya Aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan dia akan memberi petunjuk kepadaku[1282]. [1282] Maksudnya: Ibrahim pergi ke suatu negeri untuk dapat menyembah Allah dan berda'wah. 100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. 101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283]. [1283] yang dimaksud ialah nabi Ismail a.s. 102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
.
Ibn Kathir1 di dalam memperkukuhkan hujahnya bahawa anak yang
dimaksudkan ditebus dari korban ialah Isma’il berdasarkan
kepada fakta bahawa
selepas berselang tiga ayat sesudah ayat “korban “ itu kemudiannya Allah menyebut 1
Tafsir Ibn Kathir, Ibid..
208
tentang berita gembira kepada Ibrahim ( a.s.), bakal di anugerahkan dengan seorang lagi puteranya Ishaq yang akan dilahirkan oleh Sarah, isterinya yang pertama;
112. Dan kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh. . 113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata1.
Namun begitu menurut kaum Yahudi anak kepada Abraham yang dijanjikan berkat itu adalah Isaac dan zuriatnya adalah mereka, Bangsa Israel. Mereka berhujjah bahawa nama Abraham, yang ditafsirkan selaras dengan perkataan (Ar. Aba al-Ruham ) sebagaimana di dalam The New Bible Dictionary2 membawa makna bapa kepada umat yang ramai. Mereka mengaitkan penamaan ini diberikan oleh Tuhan sempena dengan berita gembira menjelang kelahiran Isaac, anak kedua Abraham yang akan dilahirkan oleh Sarah. Begitu juga mereka berpegang dengan kenyataan bahawa di dalam Torah jelas Tuhan menegaskan kepada Ibrahim, bahawa Dia hanya akan mengadakan
1 2
Al-Saffat, 37: 112-113 Lihat, The New Bible Dictionary, loc.cit hal.5
209
“covenant” yang bersifat kekal abadi dengan Ishaq dan zuriatnya( Bani Israel),tidak dengan Ismail (Takwin; 17:21).
Melalui hujjah ini mereka cuba menidakkan kepentingan Ishmael, anak pertama Abraham dan zuriatnya. Malah lebih dahsyat lagi sebelum itu Ishmael digambarkan sebagai seorang anak yang membesar sebagai " orang liar atau ganas " wild man). Di dalam
( "تكوين16
(Gen: 16,
انسانا وحشيا: ،). Hal ini di sebabkan ibunya Hagar,
( seorang jariah ) membesarkannya dalam suasana liar di padang pasir di antara Kadesh dan Bered kerana melarikan diri daripada tuannya Sarai, isteri Abraham (Genesis, 16: 712).
Di dalam hal ini ‘Abd al-Wahab al-Najjar di dalam kitabnya Qisas al-Anbiya’1 menjelaskan bahawa pada asalnya di dalam teks Tawrah, Ishmael disebut ()وهو يهيى bermaksud “ insan yang kuat “ namun Ulamak Bani Isra’il yang berhasad dengki terhadap Isma’il telah menukarkan perkataan itu dengan “ insan yang liar” atau “insan yang ganas”.
Berdasarkan kenyataan ini tidaklah menghairankan bagaimana wujudnya satu kontradiksi yang ketara mengenai kedudukan Ishmael di dalam Torah (al-Kitab alMuqaddas) yang ada pada masa kini. Sementara di dalam (Takwin: 16 ) disebut Ishmael akan membesar sebagai anak yang liar atau ganas, tetapi di dalam (Takwin: 17) pula di sebut Ishmael mendapat rahmat dari Tuhannya sebagaimana yang di sebutkan sebelum
1
Al-Najjar, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 124.
210
ini1
bahawa Tuhan merahmati ke atas Ishmeil dan zuriatnya, di mana akan lahir
daripada mereka dua belas putera yang menjadi induk kepada bangsa Arab.
Namun menurut satu tafsiran Ibn Kathir2 dua ayat dari Torah yang kelihatan bercanggah ini, dapat di harmonikan. Ibn Kathir mentafsirkan bahawa maksud “ insan liar atau ganas” yang hidup mengatasi saudara-saudaranya ialah keturunan (nasl) Ismail. ( يده على الكل ويد الكل به ويملك جميع بلد اخوته، ويكون وحش الناس..... )
Maksudnya “ menjadi manusia paling gagah, tangannya (kekuasaan)
mengatasi
saudara-saudaranya ialah zuriat Ishaq (Bani Isra’il). Ini bererti zuriat Isma’il (bangsa Arab) berjaya menguasai bumi atau wilayah yang pernah dikuasai oleh zuriat Ishaq (Bani Isra’il).
Logik tafsiran Ibn Kathir ini adalah kerana Ismail hanya mempunyai saorang sahaja saudaranya iaitu Ishaq. Bagaimana boleh dikatakan Ismail hidup mengatasi saudarasaudaranya yang merujuk kepada jumlah yang ramai. Berasaskan tafsiran Ibn Kathir ini, boleh juga ditafsirkan bahawa maksud yang liar dan ganas itu adalah keturunan Ismail iaitu kaum Arab di zaman Jahiliyyah. Namun apabila telah menerima Islam mereka telah bertukar menjadi umat Islam yang kuat dan mulia. Hal ini terbukti berlaku apabila umat Islam bermula di zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab (abad ke 6
1
Lihat juga, Gen. (“ And as for Ishmael, I heard thee: Behold I have bless him, and will make him fruitful, and will multiply him exceedingly; twelve princes shall he beget , and will make him great nation” (Gen. 17: 20) 2
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 118-119.
211
Masehi) berjaya menguasai Syam dan Palestin, wilayah yang pernah dimiliki dan dikuasai oleh kerajaan Bani Isra’il di zaman Dawwud a.s. (King David) dan puteranya Sulaiman a.s. (King Solomon) di abad ke 10 s.m. yang silam.
Berkaitan dengan penganugerahan berkat kepada kedua-dua zuriat Ibrahim menurut alSaqa1, berkat daripada keturunan Ishaq (a.s.) bermula dengan pengutusan Musa (a.s.) di mana Bani Isra’il mula terbentuk sebagai satu umat dan seterusnya berkembang sehingga memiliki sebuah empayar yang memerintah umat manusia dan menegakan Syari’ah Allah (s.w.t.) berasaskan al-Tawrah.
Manakala berkat daripada keturunan
Ismail bermula apabila Allah (s.w.t.) menganugerahkan Ismail dengan duabelas orang putera. Daripada mereka inilah berkembangnya duabelas kabilah Arab yang mendiami Semenanjung Tanah Arab sehingga melintasi sempadan Syria. Kemuncaknya adalah kebangkitan Muhamad (s.a.w.) yang dilahirkan dari kalangan bangsa Arab sebagai pengutusan terakhir yang menyempurnakan seluruh perutusan Allah (s.w.t.) kepada umat manusia2.
Dalam hal ini menurut Dr. al-Saqa3 lagi, Musa (a.s.) telah memberikan peringatan kepada kaumnya Bani Isra’il pada zamannya bahawa Tuhan akan membangkitkan kepada mereka seorang nabi yang setaraf denganya dari keturunan saudara mereka
1
Injil Barnaba, loc.cit. hal.41-42. Al-Saqa, loc.cit. Lihat juga, Safiyy al-Raman Mubarakpuri, al-Rahiq al-Makhtum,(1423 H.), Dar alWafa’ li alTaba’ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi’, Mansurah, hal. 26. 3 Al-Saqa, ibid. hal.43. 2
212
(Ismail) dan memerintahkan mereka agar mendengar dan menerima Syari’ah yang dibawanya (Muhamad (s.a.w.) apabila tiba saat kebangkitannya. Kenyataan ini tercatat di dalam (تثنية: ); "15 :18 ،) يقيم لك الرب الهك نبيا من وسطك من اخوتك مثلي له تسمعون" ف) تثنية Maksudnya, “ Tuhanmu akan mengutuskan nabi kepada kamu dari kalangan saudarasaudaramu (Bani Isma’il) yang ianya sama sepertiku. Kepadanya kamu akan mendengar”1
Ini kerana Musa (a.s.) menjelaskan nabi akhir zaman adalah setaraf dengannya kerana sama-sama membawa Syari’ah Allah (s.w.t.).
Sebagaimana Syari’ah Musa (a.s.)
berasaskan Tawrah yang diturunkan di Tur (Gunung) Sinai, Syari’at seterusnya adalah berasaskan Wahyu yang diturunkan kepada Nabi (Muhamad s.a.w.) di Jabal Paran (Jabal Nur) di Makkah. Musa (a.s.) menerangkan hal ini kepada kaumnya Bani Isra’il sebelum saat kewafatannya berdasarkan satu riwayat daripada Torah;
هذه هي البركة التي بارك بها موسى رجل ال بني اسرائيل قبل موته فقال جككاء الككرب مككن سككينأ واشككرق لهككم مككن ( 2-1 : 33 ,سعير وتلءل من جبل فاران واتى من ربوات القدس ومن يمينه نار شريعة لهم ك ) تثنية Maksudnya: Inilah berkat yang di sebarkan oleh Musa, lelaki suruhan Allah terhadap Bani Israel sebelum kewafatannya. Dia (Musa) berkata; Tuhan telah mendatangi dari Sinai dan muncul dari Sa’ir untuk mereka dan memancarkan Cahaya dari Paran dan datang bersamanya para pendeta dan di tangan kanannya Syari’at untuk mereka.
1
Lihat juga, Deuteronomy, 33: 1-2
213
Menurut Dr. al-Saqa1 istilah (Paran) adalah sebutan dalam bahasa ‘Ibrani (Hebrew) merujuk kepada salah satu tempat tinggi berbukit, negeri kediaman Isma’il. Hal ini turut dijelaskan oleh ‘Abd al-Wahhab al-Najjar2 di dalam kitabnya Qisas al-Anbiya.’ Kenyataan kedua-dua sarjana Islam ini disandarkan kepada pandangan Ibn Manzur (m. 771), pakar bahasa Arab (ahl al-Lughah) tersohor di abad pertengahan Islam, sebagaimana yang di petik daripada kamusnya Lisan al-Arab3. Demikian juga ‘Abd alRahman Hassan Hanbakah, penulis kitab al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha4, turut menjelaskan perkataan Paran adalah jelas merujuk kepada negeri yang Allah (s.w.t.) jadikan tempat kediaman Ismail dan ibunya Hajar iaitu Makkah di mana dari sana lahirnya nabi yang agung dari keturunan Ismail sebagai pembawa Syari’ah terakhir dari Allah (s.w.t.).
Jelas berdasarkan teks ini, dan beberapa penjelasan mengenainya, Musa (a.s.) telah mengingatkan kaumnya
bahawa Tuhan akan membangkitkan nabi dari keturunan
Ismail, saudara kepada Ishaq yang setaraf
dengannya iaitu sama-sama membawa
Syari’at dari Allah (s.w.t.).
Hal ini juga turut dijelaskan oleh Yasu’ (‘Isa a.s.) di dalam Injil Barnaba5 ketika menjawab pertanyaan para pengikutnya dalam masalah yang sama. Tercatat di sana kenyataan bahawa Tuhan menjanjikan kepada Ibrahim bahawa Dia memberkati zuriat Ibrahim di mana melaluinya nanti Tuhan akan melimpahkan rahmatNya ke seluruh 1
Al-Saqa, ibid. hal.36. Al-Najjar, loc.cit. hal. 136. 3 Lihat, Lisan al-‘Arab,j.6, loc.cit. hal.348 4 Al-Maidaniyy, al-‘Aqidah al-Islamiyyah,loc.cit. 294. 5 Barnaba; fasal 43: 19-29 & fasal 44: 1-5 2
214
alam. Persoalannya daripada keturunan siapakah di antara Isma’il dan Ishaq yang Tuhan maksudkan dengan zuriat Ibrahim itu.
Ini kerana di dalam kitab Musa
(Tawrah) tercatat bahawa zuriat itu adalah daripada Bani Isra’il. Setelah membuat beberapa penjelasan akhirnya Yasu’ (Isa a.s.) menjawab dengan tegas bahawa dia adalah dari zuriat Isma’il dan mengenai apa termaktub di dalam kitab Musa itu, Yasu’ (Isa a.s.) menjelaskan ianya bukan ditulis oleh Musa (a.s.) tetapi oleh para pendeta Bani Israel yang tidak takutkan Allah.
Berasaskan penjelasan Yasu’ (Isa) terhadap penyelewengan fakta-fakta sejarah di dalam kitab suci oleh kaum Yahudi menjelaskan bahawa usaha meletakan keutamaan Ishaq mengatasi kedudukan Ismail dan sekaligus sebagai percubaan memadamkan keutamaan nya sebagai putera pertama kepada Ibrahim telah lama diusahakan. Usaha yang berterusan ini dapat dikesan sehingga di akhir abad pertama Hijrah (abad ke 7 Masehi), dalam bentuk penyebaran
unsur-unsur Isra’iliyyat.
Serangan pemikiran yang berlaku pada masa itu sedikit sebanyak turut mempengaruhi pola pemikiran golongan cendekiawan Islam di zaman yang juga dikenali sebagai zaman Tabi’in apabila mereka mentafsirkan al-Qur’an.
Dalam hal ini menurut Ibn Kathir1 riwayat berdasarkan Isra’iliyyat telah mewujudkan perselisihan pendapat di kalangan para Mufassirin. Misalnya dalam mentafsirkan ayat (al-Safat:101-102) yang mengisahkan anak lelaki Ibrahim (a.s.) yang diperintahkan Allah (s.w.t.) supaya dikorbankan telah mewujudkan perselisihan yang hebat di kalangan para Mufassirin. Dalam mentafsirkan ayat ini Imam al-Tabari (m. 310 H) 1
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal.126-127
215
contohnya telah mengutip sebegitu banyak riwayat ( 34 riwayat) berdasarkan Isra’iliyyat yang mengatakan bahawa anak yang diperintahkan korban itu adalah Ishaq. Namun beliau sendiri berpegang dengan pendapat yang mengatakan anak itu adalah Ismail1 dengan beberapa hujjah yang kuat.
Ibn Kathir2 mengatakan pilihan al-Tabari yang dianggapnya sebagai ikon di dalam tradisi penulisan Tafsir al-Qur’an adalah pilihan yang yang lebih sahih dan tepat. Ini selaras dengan pilihan Khalifah ‘Umar bin Abd al-Aziz (62 H -101 H ) yang telah menyaksikan perselisihan pendapat yang hebat di zamannya (zaman Tabi’in) di dalam masalah ini. Dia berjaya membuat
pilihan yang sahih itu setelah bertanya kepada
seorang rahib Yahudi yang telah memeluk Islam pada zamannya. Rahib itu turut menjelaskan bahawa anak yang dimaksudkan itu adalah Ismail tetapi para Ulama’ Yahudi mengubahnya kerana cemburu dengan pujian Allah (s.w.t.) terhadap Ismail (a.s.) yang memanggilnya sebagai “anak yang penyabar” lalu mereka mengubahnya di dalam catatan Tawrah bahawa anak itu adalah Ishaq.
Demikianlah kenyataan mengenai “mithaq” yang menjanjikan berkat terhadap zuriat Ibrahim berdasarkan beberapa saki-baki catatan asal daripada “Torah Musa”, Injil (Barnaba) dan juga al-Qur’an dan pentafsirannya. Kenyataan asal ayat-ayat dari kitab suci ini menunjukkan bahawa Allah (s.w.t.) menjanjikan keberkatan kepada kedua-dua putera Ibrahim iaitu Ismail dan Ishaq dan zuriat mereka yang beriman.
Oleh itu
sebarang kenyataan negatif yang menidakkan martabat dan keutamaan Isma’il dan 1 2
Lihat, al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.12, loc.cit. hal. 7282-7289 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal.126-127
216
zuriatnya seperti yang tercatat di dalam Bible (al-Kitab al-Muqaddas) di zaman kini adalah dipercayai hasil pengubahsuaian yang berlaku di zaman mutakhir, terutama
di
dalam proses penulisan semula Torah selepas peristiwa “ kemusnahan Bait al-Maqdis” oleh Maharaja Nebuchadnezzar yang membawa kepada berakhirnya kerajaan Bani Israel pada abad ke 5 s.m.
Mengulas apa yang telah disebutkan terutama ayat-ayat yang berkenaan dengan kenyataan-kenyataan Musa( a.s.)dan ‘Isa di dalam kitab-kitab suci yang terdahulu, antaranya Dr. Hejazi al-Saqa1 mengatakan, para Ulama Bani Isra’il pada mulanya membaca dan menerima nas Torah mengenai keberkatan zuriat kedua-duanya ini sehinggalah kepada peristiwa “pembuangan Babylon “ pada abd ke 5 s.m. Sesudah itu para Ulama’ Yahudi dikatakan telah mengubah suaikan Tawrah dengan menonjolkan konsep “barakah” hanya di pihak Ishaq dan mencatatkan bahawa “ janji “ Allah (s.w.t.) berkenan dengan berkat zuriat Ibrahim adalah dari keturunan Ishaq untuk selama-lamanya2. 1
Al-Saqa, op.cit. hal. 35. Penjelasan Dr. al-Saqa ini selari dengan penjelasan yang dibuat oleh Ibn Kathir berdasarkan pengakuan rahib Yahudi sesudah memeluk Islam kepada Khalifah Umar bin Abd Aziz berkenaan kalimah-kalimah perkataan di dalam Torah yang diubahsuai oleh Yahudi dengan sebab-sebab hasad dan dengki mereka terhadap Ismail dan zuriatnya. Malahan usaha Yahudi menidakkan berkat dan kelebihan Ismail (a.s.) dan zuriatnya tetap berterusan sehingga ke zaman moden ini. Seorang sarjana Yahudi, Prof. Raphael Patai dari Universiti Utah, di dalam bukunya, “ The Seed of Abraham “memberikan komentarnya berdasarkan teks dari Bible mengatakan bahawa Ishmael (Ismail) terus lenyap dari keluarga Patriarch (Abraham) setelah dibuang bersama ibunya Hagar oleh Abraham. Lihat, The Seed of Abraham, University of Utah Press, hal. 22, 2
Mengenai nas Torah yang menyebut duabelas putera Ismail, menurut Ibn Kathir ia adalah selaras dengan maksud sebuah hadith Rasulullah (s.a.w.); . اثنا عشر خليفة كلهم من قريش: عزيزا ك حتى يكون اثنا عشر أميرا وفي رواية: ل يزال هذا المر قائما ك وفي رواية Maksudnya; “ Akan tetap berterusan urusan (pemerintahan Islam) ini ditegakan, menurut riwayat lain – kuat- sehingga (di mana) akan lahir daripadanya (pemerintahan Islam ini) duabelas orang pemerintah, menurut riwayat lain, duabelas orang Khalifah, semuanya keturunan Quraish” ( alSyeikhan)
217
Seterusnya mengenai dakwaan kaum Yahudi bahawa “perjanjian” (mithaq) Tuhan yang menjanjikan berkatNya kepada Patriarch Abraham (Ibrahim a.s.), berterusan kepada Patriarch Isaac (Ishaq a.s.)1dan Jacob (Ya'qub a.s.)2, sebagaimana yang tercatat di dalam Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas juga ada kisahnya di dalam al-Qur’an.
Bagaimanapun di sebalik penerimaan Islam pada dasarnya tentang kenabian Ishaq dan Ya'akub ( a.s.), Islam mempunyai sudut pandangan yang berbeza terhadap maksud dan kontek “perjanjian” yang melibatkan mereka sebagaimana yang dikisahkan di dalam Bible. Ini berdasarkan perbezaannya dengan kenyataan-kenyataan di dalam alQur'an.
Menurut ‘Abd al-Wahab al-Najjar di dalam kitabnya Qisas al-Anbiya'3 bahawa di dalam al-Qur'an kisah mengenai Ishaq dan Ya'akub hanya diceritakan serba sedikit di dalam beberapa ayat dari surah yang berbeza, berbanding dengan pengkisahan mengenai mereka di dalam buku (Takwin) yang panjang di dalam al-Kitab al-Muqaddas (Bible). Bagaimanapun yang pasti di dalam al-Qur'an tidak ada mithaq daripada Tuhan yang Maksud hadith ini dijelaskan lagi oleh al-Sayutiyy(m. 774 H ) di dalam kitabnya Tarikh al-Khulafa’ bahawa mereka adalah para pemerintah umat Islam sesudah zaman Rasulullah (s.a.w.) yang diberikan persetujuan dan ketaatan (Bai’ah) oleh umat Islam sewaktu perlantikan mereka. Bilangan mereka yang mendapat Bai’ah ini adalah seramai duabelas orang, bermula dengan para Khulafa’ al-Rashidin, diikuti beberapa orang daripada Khalifah Umawiyyah dan beberapa orang dari Khalifah Abbasiyyah yang semuanya berketurunan Arab Quraish. Lihat, Jalal al-Din al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’,Tahqiq, Hamdi al-Damardash Muhamad, Maktabah Nizar Mustafa al-Baz,Makkah,cet.1(1425 H), hal. 14. 1
Al-Kitab al-Muqaddas, Kisah Ishaq tercatat sepanjang Takwin; Ishah 26-28. Kisah Ya'akub dalam Takwin, Ishah 28-38. Lihat juga, Gen; 26-28, 28-38 2 Ibid.; Ishah 28 : ( 1- 3 ). Lihat juga, Gen., 28: 1-3 3 Abd al- Wahab al-Najjar, Qisas al-Anbiya', Dar al-Hadith, Cairo ( 1425), hal.143.
218
menjanjikan zuriat yang ramai kepada Ishaq dan Ya'akub. Apa yang dijanjikan Allah ( s.w.t.) menurut al-Qur'an adalah Tuhan akan menganugerahkan mereka dengan zuriat yang saleh. Adalah sesuatu yang berbeza di antara “ zuriat yang ramai “ menurut Bible dengan “ zuriat yang saleh” menurut al-Qur'an. Pun begitu Allah ( s.w.t.) juga telah mengingatkan bahawa sebahagian dari kalangan zuriat Ibrahim, Ishaq dan Ya'akub ( Bani Israel ) juga akan lahirnya golongan yang zalim, iaitu golongan kufur, sebagaimana firman Allah (s.w.t.);1.
( ) الصا فات 113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata. ( al-Saffat )
Dalam hal ini Ibn Kathir di dalam mentafsir ayat ini2 menyatakan bahawa ayat ini sama kontek dan maksudnya dengan ayat (dari surah Hud )3;
1 2 3
Al-Saffat, 37: 112-113 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-Azim, loc,cit. hal. 1249. Hud, 11: 48
219
48. Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. dan ada (pula) umat-umat yang kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), Kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari kami." ( Hud )
Persamaan maksud dan kontek kedua-dua ayat ini ialah pada dasarnya Allah ( s.w.t.) menganugerakan jaminan kesejahteraan dan keberkatanNya ke atas Nabi-Nabi dan zuriatnya serta mereka yang beriman bersamanya. Namun begitu Allah (s.w.t.) menegaskan bahawa sesiapa yang menzalimi diri kerana menyeleweng dan kufur akan tetap dibalas dengan azab yang pedih walaupun mereka itu adalah zuriat nabi-nabiNya
Kenyataan al-Saqa sebelum ini bahawa berkat keturunan Ishaq bermula dengan pengutusan Musa1 adalah selaras dengan apa yang difahami daripada kontek “perjanjian” (covenant/mithaq) menurut kaum Yahudi. Seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa " perjanjian " seterusnya di antara Tuhan dengan Bani Israel sesudah zaman Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub, ialah " perjanjian " yang dibuat melalui Musa.
Al-Qur’an juga turut membawa satu ayat yang hampir sama maksudnya, mengenai Musa (a.s.). Diutuskan setelah berlalunya zaman Ya’akub (a.s.) dan putera-puteranya al-Asbat (permulaan Bani Isra’il) yang mula-mula datang ke Mesir.2 Pada peringkat awalnya Musa (a.s.) diperintahkan agar menyampaikan da’awah dan amaran Tuhan kepada Fir’aun (pemerintah Mesir yang baru). Namun apabila Fir’aun tetap meneruskan kezalimannya terhadap Bani Israel, Allah (s.w.t.) memerintahkannya 1
berhijrah
Al-Saqa, loc.cit. hal.42. Pada zaman dinasti Hyksos yang juga berketurunan Semetic sama seperti Bangsa Israel adil dan toleran dengan mereka pada tahun 1567 s.m. Manakala menjelang pengutusan Musa tahun 1250 s.m. dynasti Hyksos telah digulingkan oleh etnik tempatan yang menzalimi dan menindas Bani Israel 2
220
( Exodus ) menyelamatkan Bani Isra’il keluar dari Mesir dan membawa mereka ke " negeri yang dijanjikan ",( Palestin) juga disebut di dalam al-Qur’an1; . ( ) العراف
103.
Kemudian kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat kami kepada
Fir'aun[553] dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerusakan. 104. Dan Musa berkata: "Hai Fir'aun, Sesungguhnya Aku Ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta Alam,
105. Wajib atasku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah, kecuali yang Hak. Sesungguhnya Aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu, Maka lepaskanlah Bani Israil (pergi) bersama aku".
Sekali lagi menurut al-Qur’an isu utama di sebalik pengutusan Musa (a.s.) adalah kewajiban berda’awah para rasul (a.s.), berbanding dengan tanggapan ianya sebagai 1
Al-A’raf, 7: 103-105
221
sebagian dari sejarah ekslusif Bani Isra’il menurut kaum Yahudi.
Di dalam
melaksanakan tugasan da’awah, Musa (a.s.) sama halnya dengan Ibrahim (a.s.) dan Nuh (a.s.) sebelumnya, da’awah mereka menghadapi cabaran-cabarannya yang hebat sehingga
nyawa para utusan Allah (s.w.t.) ini terancam, mereka diperintahkan
berhijrah1. Sebagaimana dengan kosep-konsep “ perjanjian “ (Mithaq ) terdahulu yang mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara Bible dengan al-Qur’an, huraian dan kefahaman daripada “ perjanjian” di zaman Musa (a.s.) ini juga ada persamaan dan perbezaan.
Dari segi persamaan kedua-duanya merakamkan kisah Musa menerima wahyu dari Tuhannya di Tur2 (gunung) Sinai untuk panduan Bani Isra’il. Begitu juga keduaduanya menyebut peristiwa “wilderness” (kesesatan) yang dialami oleh Bani Isra’il selama 40 tahun di Sinai dan mengaitkannya dengan perjanjian ( Mithaq/ covenant) di Sinai. Namun begitu pentafsiran terhadap keseluruhan peristiwa tersebut adalah berbeza di antara kisah Bible dengan kisah al-Qur’an.
Sementara menurut Bible “wilderness” adalah satu perjalanan yang jauh dan sukar namun ianya sentiasa mendapat panduan Tuhan. Sebagai tanda kehadiran Tuhan di dalam “wilderness” itulah beberapa siri “covenant” yang dijanjikan Tuhan dengan mereka terutama “wasiat 10” (the Ten commandment). Bagaimana menurut al-Qur’an pula, Allah (s.w.t.) menurunkan kitab al-Tawrah ke pada Musa (a.s.) di Gunong Sinai 1
Begitu juga halnya dengan da’wah Rasulullah (s.a.w.) setelah 13 tahun berda’awah di negeri kelahirannya di Makkah. Dalam hal ini Musa (a.s.) diperintahkan berhijrah ke “Tanah suci” (Palestin). Lihat. AlSyawkani, Fath al-Qadir, loc.cit. hal.490. 2 Menurut Ibn Abbas dan lain-lainnya dari golongan Tabi’in, Tur di dalam bahasa Ibraniyy bermakna gunong. Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al –‘Azim, loc.cit. hal.83
222
sebagai panduan hidup Bani Israel sesudah mereka melakukan amalan Syirik sebaik sahaja mereka sampai di Sinai setelah Allah (s.w.t.) selamatkan mereka daripada penindasan Fir’aun di Mesir. Hal ini tercatat di dalam surah al-Baqarah1 ; 49.
Dan (Ingatlah) ketika kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka
menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. dan pada yang demikian itu terdapat cobaancobaan yang besar dari Tuhanmu. 50. Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan[47]. 51. Dan (ingatlah), ketika kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu[48] (sembahan) sepeninggalnya dan kamu adalah orang-orang yang zalim. 52. Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahanmu, agar kamu bersyukur.
53.
Dan (ingatlah), ketika kami berikan kepada Musa Al Kitab (Taurat) dan keterangan yang
membedakan antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat petunjuk.
1
Al-Baqarah, 2: 49-53
223
Seterusnya menurut Bible, setelah menerima Torah dan “ Ten Comamandment” Moses (Musa a.s.) meminta kaumnya Bani Israel memasuki bumi Palestin, bumi yang penuh dengan susu dan madu sebagaimana yang telah dijanjikan untuk mereka melalui moyang-moyang mereka, Abraham, Isaac dan Jacob1.
Namun sebagaimana “mithaq” (covenant) pertama yang secara khusus menyebutkan tentang “bumi yang dijanjikan”
dengan Ibrahim mempunyai banyak ruang untuk
diperbincangkan, begitu juga dengan “ Mosaic covenant” ini. Dalam hal ini Bible tidak menjelaskan bagaimana jawapan dan reaksi dari kaum Bani Israel terhadap perintah Tuhan yang disampaikan melalui Moses (Musa a.s.). Jawaban mereka itu di dedahkan oleh al-Qur’an di mana mereka ingkar
dari mematuhi perintah tersebut. Ini
menyebabkan Tuhan telah menghukum mereka tersesat merayau-rayau di Sinai selama 40 tahun. Inilah apa yang disebut di dalam al-Qur’an2;
1 2
Lihat, Safar Khuruj, 33: 1-3 Al-Ma’idah, 5: 21-26
224
( ) المائدة 21. Hai kaumku, masuklah ke tanah Suci (Palestina) yang Telah ditentukan Allah bagimu[409], dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), Maka kamu menjadi orang-orang yang merugi. 22. Mereka berkata: "Hai Musa, Sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah Perkasa, Sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya". 23. Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah Telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman". 24. Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, Karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami Hanya duduk menanti disini saja". 25. Berkata Musa: "Ya Tuhanku, Aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu". 26. Allah berfirman: "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."
225
Merujuk kepada frasa “ tanah suci yang telah ditentukan kepada kamu ” di dalam ayat ini, para Ulama silam1 di dalam mentafsirkannya membawa pandangan yang hampir sama. Secara umumnya ia merujuk kepada dataran Syam-Palestin.
Selanjutnya, al-Tabari2 menjelaskan Musa (a.s.) telah memperingatkan kaumnya bahawa Allah (s.w.t.) telah memerintahkan mereka memasuki tanah suci dan memerangi kaum yang telah menduduki bumi yang dicadangkan untuk mereka. Peringatan itu disertakan dengan amaran keras iaitu jangan ada di kalangan mereka yang sebaliknya mengingkari perintah tersebut kerana akibatnya nanti mereka akan kerugian iaitu akan kehilangan hak yang dijanjikan itu. Demikian juga penjelasan Ibn Kathir3 bahawa bahawa Musa (a.s.) meminta Bani Isra’il berjihad memasuki Bait al-Maqdis kerana pada masa itu kota suci tersebut telah dikuasai oleh kaum “mustakbirin” ‘Amaliqah yang kufur kepada Allah (s.w.t.). Jika mereka sebalik melarikan diri dari tanggungjawab jihad mereka pasti akan ditimpa kerugian.
Keingkaran Bani Isra’il itu mengakibatkan mereka menanggung kerugian. Kedua-dua Ulama silam al-Tabari dan Ibn Kathir jelas merujukkan maksud kerugian itu kepada ayat ke 26 berikutnya;
1
Lihat, Al-Tabari, Jami’ al-Bayan,jil.4, loc.cit. hal.2974-2975. Lihat juga, al-Shawkani, Futh al-Qadir, loc.cit. hal. 363. Lihat juga, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal.448. 2 Al-Tabari, ibid. hal. 2974. 3
226
26. Allah berfirman: "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."
Di samping itu, para sarjana Islam semasa turut memberikan pandangan dan pentafsiran yang sama maksudnya dengan pentafsiran para Ulama’ silam terhadap ayat ini. Di antaranya menurut Sayyid Qutb di dalam tafsirnya Fi Zilal al-Qur’an1, mengatakan bahawa ayat ini menjelaskan tabia’at semula jadi bangsa Israel iaitu mungkir janji sekalipun dengan Tuhan. Menurut beliau, memang Allah (s.w.t.) bersetuju mencadangkan untuk mereka tanah suci Bait al-Maqdis tetapi dengan syarat mereka hendaklah mengambilnya dengan usaha dan jihad.
Bagaimanapun menurut Sayyid Qutb lagi, Bani Isra’il tidak boleh menerima pra-syarat yang menyusahkan mereka. Mereka hanya bersedia menerima anugerah pemberian Allah itu dengan penuh kesenangan tanpa perlu bersusah payah menumpahkan daya usaha sebagaimana senangnya mereka menerima ni’mat “ al-Manna wa al-Salwa” 2. Bagi bangsa Israel ini kalaulah mereka terpaksa berjihad memerangi suku-kaum yang telah menghuni tanah suci yang dicadangkan kepada mereka, biarlah mereka mengundur diri dengan tidak dapat menduduki bumi yang dijanjikan itu tidak mengapa asalkan mereka tidak dikenakan
dengan kewajiban berjihad. Sikap Bani Isra’il ini sangat
mengecewakan Musa (a.s.) setelah begitu jauh menempuh perjalanan yang sukar semata-mata menurut kehendak Allah mendatangi bumi yang dijanjikanNya, namun 1
Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur’an,jil. 2, loc.cit. hal. 870-871. Menurut para Ulama “ al-Manna” ialah sejenis manisan berwarna putih lebih manis dari madu diturunkan Allah kepada Bani Israel di atas pokok-pokok seperti salji yang turun pada musimnya. Sementara “al-Salwa” adalah sejenis burung kecil seumpama burung punai digugurkan Allah ke atas Bani Israel bersama tiupan angin, lalu disembelih dan di makan semahunya. di Kedua-dua ni’mat makanan ini dipermudahkan Allah bagi Israel sewaktu mereka berada di Sinai. Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 7678. 2
227
sesampai sahaja mereka ke tempat yang dijanjikan kaumnya tidak bersedia menerima pemberian Allah. Bagi Musa (a.s.) kaumnya, Bani Isra’il adalah benar-benar manusia yang fasiq dan serentak dengan itu Musa (a.s.) memohon dari Allah (s.w.t.) agar memisahkan dirinya dan saudaranya Harun daripada kaum yang fasiq itu. Allah (s.w.t.) menerima rintihan isi hati nabiNya lalu dikenakan hukuman tersesat di padang pasir sebagai balasan yang sesuai dengan perbuatan kaum yang fasiq. Sayyid Qutb juga merujukkan hukuman tersebut kepada ayat (al-Ma’idah:26)
Sa’id Hawwa1 di dalam mengulas ayat ini juga memberikan komentar yang sama. Katanya Musa (a.s.) memberikan amaran kepada kaumnya supaya jangan takut kepada kaum kuffar yang menduduki tanah suci itu sehingga mereka lari berpaling ke belakang. Akibatnya nanti Allah akan membatalkan ketetapan yang telah ditentukan untuk mereka. Akhirnya amaran Musa (a.s.) menjadi kenyataan apabila Bani Isra’il enggan memasuki tanah suci kerana takut mendepani kaum kuffar yang menduduki tanah suci itu. Ini menyebabkan tanah suci yang asalnya ditentukan Allah (s.w.t.) untuk mereka sebaliknya telah
diharamkan ke atas mereka.
Menurut Sa’id Hawwa Bani Isra’il dihukum
sedemikian rupa kerana mereka telah menjadi manusia-manusia yang fasiq kerana memungkiri mithaq dengan Allah, iaitu janji hendak menegakkan agamaNya. Begitu juga mereka menjadi fasiq kerana lari dari tanggungjawab jihad. Apabila mereka enggan menolong Musa (a.s.) memerangi dan mengeluarkan golongan kuffar dari tanah suci supaya dapat ditegakan agama Allah padanya, ini bermakna mereka telah
1
Sai’d Hawwa, al-Asas fi al-Tafsir, jil.2, Dar al-Salam li al-Taba’ah wa al-Tawzi’ wa al-Tarjumah, Qahirah,(1405 H), hal. 1355-1356.
228
memungkiri (mithaq) dengan Allah. Maka dengan itu sewajarnyalah mereka mendapat hukuman dan laknat dari Allah.
Berdasarkan keterangan al-Qur’an dan penjelasan daripada pentafsiran para Ulama silam dan para sarjana Islam semasa jelas bahawa babak-babak kesesatan (wilderness) yang di hadapi oleh Bani Israel pada masa itu adalah balasan dari Allah (s.w.t.) 1.
Ia
adalah balasan keingkaran kepada perintah Allah yang pada asasnya adalah pelanggaran dan pemungkiran janji (Mithaq/covenant) yang mereka ikrarkan persetujuannya di Gunong Sinai. Ia hanya bermula
dari saat penolakan dan keingkaran Bani Israel
terhadap perintah Allah (s.w.t.) bukannya sejak awal perjalanan yang jauh dan sukar di Sinai sebagaimana yang tercatat di dalam Bible.
Mengenai kenyataan Bible bahawa ketika saat menjelang hijrah daripada Mesir, Musa merangsang kaumnya berhijrah ke “negeri yang dijanjikan” dengan menjanjikan bahawa negeri itu penuh dengan susu dan madu, tidak ada tercatat di dalam al-Qur’an. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an adalah sewaktu Bani Isra’il mengalami kesesatan di Sinai di dalam perjalanan menuju ke Bait al-Maqdis, mereka pernah mendapat sejenis makanan yang istimewa bagaikan madu di sebut “ al-manna”. Walaupun kaum Bani Isra’il telah diberikan makanan yang begitu istimewa, namun mereka masih belum berpuas hati dan meminta supaya Tuhan memberikan mereka dengan berbagai jenis lagi 1
Ini adalah hukuman Tuhan, bukannya satu perjalanan yang jauh dan sukar namun tetap mendapat pimpinan dan panduan Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam Bible. Kalau benarlah perjalanan itu mendapat panduan Tuhan mengapa perjalanan dari Sinai ke Palestin perlu mengambil masa sehingga 40 tahun. Sedangkan laluan itu adalah di pertengahan laluan biasa yang menghubungi Mesir dan Mesopotamia telah digunakan oleh Abraham, Jacob dan anak-anaknya seperti yang tercatit di dalam Bible. Namun tidak ada pula catatan yang menunjukan perjalanan mereka mengambil masa selama itu.
229
makanan. Dalam hal ini Musa (a.s.) mengingatkan mereka bahawa makanan yang mereka inginkan itu hanya boleh didapati hanya apabila mereka masuk ke Bait alMaqdis sepewrtimana yang mereka diperintahkan.
Ibn Kathir1 di dalam mengulas dua rangkaian ayat-ayat al-Qur’an2 mengenainya mengatakan hal ini berlaku sewaktu Bani Israel mengalami kesesatan di Sinai. Namun dengan ihsan Tuhan mereka masih lagi diberikan ni’mat-ni’mat makanan dan minuman yang dipermudahkan Allah (s.w.t.) kepada mereka seperti diturunkan dari langit “almanna” dan “ al-Salwa”. Begitu juga air minum bersih yang terpancar dari batu dengan berkat hentakan tongkat mu’jizat Musa (a.s.) ke atasnya. Bagaimanapun mereka tidak bersyukur dan terus meminta-minta dari Musa (a.s.) supaya disediakan juga lain-lain makanan yang remeh-temeh seperti bawang dan kacang. Musa menjawab karenah kaumnya itu dengan menyuruh mereka memasuki negeri yang diperintahkan Allah (s.w.t.) ke atas mereka memasukinya kerana di situ nanti, mereka akan dapat meni’mati segala jenis makanan dan minuman yang mereka idamkan.
Isunya di sini adalah di antara iman kufur. Kefahaman terhadap konsep-konsep ‘Ubudiyyah, Rububiyyah
dan Uluhiyyah. Sendainyanya
Bani Isra’il benar-benar
beriman dan patuh kepada perintah Allah (s.w.t.) supaya mereka memasuki tanah suci (negeri) untuk membebaskannya dari penguasaan kaum kuffar, mereka akan mematuhunya sebagai melaksanakan tanggungjawab ‘Ubudiyyah mereka kepada Allah. Ini kerana Allah (s.w.t.) yang “memerintahkan” dan mengarahkan” hamba-hambaNya 1 2
Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal.280. Lihat, al-Baqarah: 49-57 & 60-61.
230
itu adalah Rabb dan Ilah. Bani Isra’il pada masa itu sebagai pengikut Syari’at Musa (a.s.) adalah pemegang amanah Allah (s.w.t.). Seandainya mereka memahami makna kewajiban melaksana ‘Ubuddiyyah, bukan hanya susu dan madu sahaja yang menanti tetapi apa sahaja yang mereka harapkan, Allah (s.w.t) akan kabulkan. Namun begitu menurut al-Qur’an Musa (a.s.) menghadapi cabaran baru di dalam menegakan tuntutan-tuntutan agama Allah (s.w.t.), iaitulah kerenah kekufuran Bani Isra’il yang menganggap mereka adalang bangsa kesangan Allah. Cabaran baru yang dihadapi oleh Musa (a.s.) ini bermula sebaik sahaja
mereka berjaya sampai di Sinai setelah di
selamatkan daripada penindasan Fir’aun di Mesir dan berlanjutan sehingga kewafatan Musa (a.s.), selama 40 tahun.
Perjanjian (covenant ) seterusnya menurut pandangan Yahudi bahawa berkenaan “bumi yang dijanjikan”, yang terpenting sesudah perjanjian Musa (Mosaic
covenant)
adalah
perjanjian
King
David
(Davidic
covenant).
Sebagaimana yang disebutkan bahawa oleh kerana siri-siri perjanjian ini berlaku di zaman Bani Israel telah berkerajaan, ia dikatakan bahawa inilah kenyataan atau penjelmaan sebenarnya kepada konsep asal “perjanjian” (covenant) yang dijanjikan kepada Abraham. Ini kerana “perjanjian” asal dengan Abraham menyebut tentang penganugerahan zuriatnya yang ramai di “bumi atau di negeri yang dijanjikan” hanya berlaku di zaman pemerintahan King David.
Bagaimanapun siri-siri “perjanjian” King David ini didahului dengan “ perjanjian” penganugerahan kerajaan Bani Israel kepada David dan keturunannya.
231
Ini disebut di dalam beberapa tempat di dalam Bible samada secara tidak langsung dan juga secara langsung sebagaimana di dalam 2 Samuel1 dan juga di dalam Palms2.
Namun begitu sama seperti perbincangan mengenai perjanjian-perjanjian sebelumnya, al-Qur’an mempunyai kenyataannya tersendiri yang mempunyai persamaan dan perbezaan dengan kenyataan di dalam Bible. Merujuk kepada kenyataan Bible berkenaan penganugerahan kerajaan Israel kepada King David dan zuriatnya, yang dikatakan pendahuluan kepada “perjanjian King David (Davidid covenant), yang terus menerus berpaksikan konsep bumi Kan’an/Palestin sebagai “ bumi yang dijanjikan” kepada Bangsa Israel. Dalam hal ini al-Qur’an juga ada menyebutkannya di dalam beberapa ayat yang berbeza. Di antaranya Allah (s.w.t.) menyebutkan tentang hamba dan RasulNya Dawwud (a.s.), yang di berikan kekuasaan memerintah dan di anugerahkan dengan beberapa kelebihan. Di antaranya seperti yang disebut di dalam surah Sad; ) )ص . 17. Bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba kami Daud yang mempunyai kekuatan; Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan).
1 2
Lihat, 2 Samuel, 7: 4-12 Lihat, Psalm, 89: 3-4
232
18. Sesungguhnya kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi, 19. Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. masing-masingnya amat taat kepada Allah. 20. Dan kami kuatkan kerajaannya dan kami berikan kepadanya hikmah[1301]dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.1
Maksud kekuasaan
yang dianugerahkan
kepada Dawwud (a.s.)
adalah
pemerintahan ke atas kerajaan Bani Isra’il. Menurut Ibn ‘Abbas (r.a.)2 seluruh anugerah dan kemudahan-kemudahan ini adalah untuk menambahkan lagi kehebatannya sebagai pemerintah di mata kaumnya
Bani Isra’il. Di antara
anugerah itu adalah apa yang dimaksudkan di dalam kontek ayat (kami perkuatkan kerajaannya)3
Dalam beberapa ayat selepasnya, Allah (s.w.t.) memperjelaskan
lagi
anugerah
konsep
kepimpinan
kepada
hambaNya
Dawwud
(a.s.).
Dipertegaskan bahawa dia bukan sekadar ditakdirkan menjadi pemimpin atau pemerintah bangsa seperti kebiasaannya di kalangan manusia , tetapi diamanahkan Allah (s.w.t.) menjadi “ Khalifah”Nya di bumi ini;
Sad, 38: 17-20 Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 1256 3 Ini memandangkan tabiat Bani Israel yang lebih suka memandang rendah dan meremehkan kepimpinan kaum mereka tetapi memandang hebat sehingga begitu takut dan gementar terhadap musuh. Ini yang berlaku sejak zaman para Hakim yang memimpin Bani Israel selama 200 tahun. Malah mereka turut mempertikaikan kelayakan raja (Talut/Shaul) yang dipilih Allah sebagai memenuhi tuntutan mereka sebagai raja yang akan memimpin mereka memerangi kaum-kaum yang kafir.. 1 2
233
26. Hai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, Maka berhukumlah (jalankan pemerintahan) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, Karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orangorang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, Karena mereka melupakan hari perhitungan1.
Menurut Ibn ‘Abbas (r.a.)2 ayat ini merupakan arahan (wasiat) dari Allah (s.w.t.) kepada
wakil pemerintahanNya (Dawwud a.s.) di bumi ini
penguasaan yang besar iaitu
dengan bidang
melaksanakan pemerintahan di kalangan umat
manusia dengan menegakkan kebenaran berdasarkan panduan
(kitab) yang
diturunkan Allah (s.w.t.). Inilah konsep khalifah sebagaimana yang difahami dari sudut bahasa (Arab) dan istilahnya3.
Mengenai pewarisan kerajaan Bangsa Israel daripada David kepada zuriatnya sebagaimana yang disebut di dalam Bible, ia juga disebut di dalam al-Qur’an, selang beberapa ayat kemudiannya;
( )ص 30. Dan kami karuniakan kepada Daud, Sulaiman, dia adalah sebaik- baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)4, Sad, 38: 26 Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 1257. 3 Lihat, Abi Tahir Majd al-Din Muhamad bin Ya’qub bin Muhamad bin Ibrahim bin ‘Umar al-Shirazi, alQamus al-Muhit, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, Amman, 2004, hal.510. Lihat juga, al-Suyuti, Tarikh alKhulafa’,loc.cit. hal.15 4 Sad, 38: 30 1 2
234
Di dalam ayat yang lain Allah (s.w.t.) menjelaskan lagi bahawa Sulaiman (a.s.) menggantikan kenabian dan kerajaan bapanya nabi Dawwud (a.s.) serta mewarisi ilmu pengetahuannya dan Kitab Zabur yang diturunkan kepadanya.
( )النمل 16. Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud[1092], dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benarbenar suatu kurnia yang nyata"1.
Namun begitu dalam memperkatakan soal pewarisan samada kerajaan mahupun bumi (negeri) tempat tertegaknya kerajaan itu, konsepnya mulai berbeza di antara sudut pandangan Bible dengan al- Qur’an. Sebagaimana yang termaklum bahawa di dalam Bible dinyatakan Tuhan “menjanjikan” kepada Bangsa Israel secara umumnya bahawa mereka akan diwariskan dengaan bumi Kanaan (Palestin). Hal ini dinyatakan berkali-kali sejak di zaman Abraham, Moses dan King David. Bagaimanapun di zaman pemerintahan King David
pernyataan mengenai
pewarisan bumi Kanaan (Palestin) di dahului dengan janji bahawa Tuhan akan menganugerahkan pemerintahan kerajaan Bani Israel kepadanya dan akan diwarisi oleh zuriatnya buat selama-lamanya2. Begitu juga berikutan kenaikan King David 1 2
Al-Naml, 27: 16 Lihat, Psalm, 89: 3-4.
235
ke atas takhta kerajaan Israel (Israelite Kingdom), Tuhan menjanjikan bahawa Bangsa Israel akan terus mendiami “Bumi yang dijanjikan” itu buat selamalamanya1.
Ternyata kemudiannya bahawa janji Tuhan kepada king David (Dawwud a.s.) ini bercanggah dengan kenyataan dan fakta sejarah. Apa yang jelas sejarah mencatatkan Dawwud (a.s.) hanya sempat mewariskan kerajaannya kepada puteranya Sulaiman (a.s.) dalam satu generasi sahaja. Apa yang berlaku sesudah kewafatan Sulaiman adalah keturunannya telah kehilangan kawalan ke atas kerajaan Bangsa Israel dan pewaris dari keturunannya hanya menguasai kawasan yang terbatas di kota suci Jerusalem dan persekitarannya sahaja.
Begitu juga terbukti di dalam sejarah bahawa Bangsa Israel mengalami pengusiran dari Jerusalem dan “ Bumi yang dijanjikan”
sebanyak dua kali.
Pengusiran kali pertama dalam peristiwa “ pembuangan di Babylon” (Babylonian exile) pada tahun 598 s.m. oleh Nebuchadnezzar. Sementara pengusiran pada kali kedua berlaku dalam peristiwa “ pemusnahan terakhir “ (final destruction) kota Jerusalem oleh Titus dari Romawi tahun 70 m.
Jewish Bible ataupun Old Testament Bible ada mencatatkan peristiwa kejatuhan Jerusalem oleh serangan King Nebuchadnezzar dari Babylon yang berlaku sesudah zaman King David dan King Solomon2 . Ironisnya peristiwa
1 2
2 Samuel, 7:10 Jeremiah, 32: 1-4
236
kejatuhan kota suci itu dan sebab-sebab kejatuhannya telah di bayangkan sebagai amaran awal oleh Nabi Jeremiah, namun amarannya tidak diambil perhatian oleh pemerintah dan tragedi itu akhirnya menimpa Bangsa Israel1.
Namun al-Qur’an mencatatkan dengan kenyataan bahawa Bani Isra’il akan mengalami dua kali peristiwa pengusiran dari Tanah Suci Bait al-Maqdis2;
4. dan Kami menyatakan kepada Bani Israil Dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau. 5. maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali Yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami Yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji Yang tetap berlaku.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan dari Bible, al-Qur’an dan juga catatancatatan sejarah, covenant yang dikatakan janji Tuhan kepada David (Dawwud) 1 2
Ibid., 39: 1-8 Al-Isra’, 17: 4-7
237
sebelum ini tidak dapat diterima oleh Islam. Ini kerana seolah-olah Tuhan tidak berpegang pada janjiNya. Sedangkan hal seperti ini adalah mustahil menurut ‘aqidah Islam kerana di dalam Al-Qur’an sifat Allah s.w.t. dinyatakan secara tegas bahawa Dia tidak pernah akan memungkiri janjiNya1.
Mengenai konsep pewarisan sebagaimana yang dijanjikan Tuhan kepada David (Dawwud a.s.) Islam memahaminya dari konteks yang lebih menyeluruh. Dalam hal ini
al-Qur’an
menjelaskan bahawa konsep pewarisan adalah
berdasarkan kelayakan bukannya berasaskan nasab keturunan. Sebagaimana yang dicatatkan di dalam sejarah bahawa Dawwud (a.s.) memiliki ramai putera untuk diwariskan takhta kerajaannya. Namun hanya Sulaiman (a.s.) yang paling layak dan berhak ke atas warisan takhta kerana dialah yang paling beriman dan berilmu yang merupakan ciri-ciri utama kepada hamba Allah (s.w.t.) yang saleh. Ini kerana menurut prinsip umumnya sebagaimana yang isytiharkan Allah (s.w.t.) kepada Dawwud (a.s.) melalui kitab sucinya al-Zabur, bahawa bumi Allah (s.w.t.) diwariskan Allah (s.w.t.) kepada hamba-hambaNya yang saleh. Hal ini disebutkan kembali di dalam al-Qur’an2;
1 2
Ali-‘Imran: 9 & 194., Al-Anbiya’, 21: 105
238
105.
Dan sungguh Telah kami tulis didalam Zabur[973] sesudah (Kami tulis dalam) Lauh
Mahfuzh, bahwasanya bumi Ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh.
Mengenai bumi yang disebut di dalam ayat ini, menurut Imran N. Hosein di dalam bukunya Jerusalem in the Qur’an1, menegaskan bahawa bumi yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah merujuk khusus kepada “Tanah Suci Jerusalem”.
Ini berdasarkan kepada kenyataan yang hampir sama maksudnya
dengan kenyataan di dalam Psalm2; 12- What man is he that fears the Lord? Him shall he teach in the way that he shall choose. 13- His soul shall dwell at ease and his seed shall inherit the earth. 14- The secret of the Lord is with them that fear him, and he will shew them his covenant. ( 25: 12-14,)
Begitu juga ayat seterusnya; 11- But the meek shall inherit the earth, and shall delight themselves in.. (37: 11)
Berdasarkan kepada ayat-ayat dari buku Psalm sudah ada penjelasan bahawa Tanah Suci yang dijanjikan itu hanya selayaknya diwarisi oleh mereka yang salih dan bertaqwa kepada Tuhan sama seperti pandangan Islam yang berasaskan al-Qur’an. Namun yang bercanggah kenyataannya di antara satu dengan yang lain adalah Bible.
Demikianlah analisa yang dibuat dari perspektif Islam berdasarkan rujukan utamanya al-Qur’an terhadap beberapa “perjanjian” atau covenant atau mithaq
1
Imran N. Hosein, Jerusalem in the Qur’an (2002), Masjid Dar al-Qur’an , New York, hal. 52-53 Psalm, Buku Psalm adalah dipenuhi dengan munajat David kepada Tuhannya dan juga bisikan Tuhan kepadanya. Kenyataan “earth” di dalam ayat-ayat di atas khusus merujuk kepada tempat King David berkerajaan di “Holy Land- Jerusalem”. 2
239
yang utama di dalam Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas. Konsep “Bumi yang dijanjikan” di dalam covenant ini disebut berkali-kali oleh Tuhan bermula dengan “perjanjian Noh” (Noahic covenant) sebagai permulaan unjuran zuriat yang berkat untuk sampai kepada Abraham.
Seterusnya “perjanjian Ibrahim” (Abrahamic
covenant) sebagai asas di dalam persoalan covenant ini, diikuti dengan “perjanjian Musa” (Mosaic covenant) dan akhirnya “perjanjian Dawwud” (Davidid covenant) sebagai pengukuhan dan penerusan konsep “Bumi yang dijanjikan”.
Namun setelah “perjanjian-perjanjian” (covenant/mithaq) utama itu di analisa dengan menggunakan sumber al-Qur’an sebagai sumber wahyu yang terakhir, ternyata menurut pandangan Islam bahawa apa yang disebutkan sebagai janji Tuhan mengenai konsep “Bangsa pilihan Tuhan” dan “Bumi yang dijanjikan” yang dikatakan telah dibuat seawal zaman Nuh (a.s.) sehingga pada zaman Dawwud (a.s.) seluruhnya dipertikaikan kebenarannya.
Menurut Islam memang benar Bani Isra’il pernah menerima semua covenant tersebut yang diberikan melalui Patriarch dan nabi-nabi yang memimpin mereka terutama Musa a.s. dan Dawwud a.s. sebagaimana yang juga turut disebut di dalam alQur’an. Namun covenant tersebut bukan semata-mata berasaskan mereka adalah zuriat Ibrahim yang terpilih menjadi bangsa kesayangan Tuhan. Mereka dipilih menerima covenant tersebut kerana pada masa itu mereka adalah “ khalifah”1 Allah (s.w.t.). Sebagai khalifah, mereka adalah pemegang amanah 1
Syari’ah Allah (s.w.t.) yang
Pada asasnya konsep “khalifah” dan “amanah” telah dijelaskan di dalam seluruh ajaran agama para Nabi yang berasaskan wahyu dan akhirnya dijelaskan kembali di dalam al-Qur’an, sebagai wahyu Tuhan yang terakhir. Lihat, al-Ahzab: 72, al-Baqarah: 30 dan Sad: 26.
240
berasaskan kitab al-Tawrah (Torah). Sebagai pemegang amanah Syari’ah Allah (s.w.t.) mereka sepatutnya menerima semua covenant tersebut menegakkan agama Allah terutama
dengan penuh amanah,
setelah berjaya mengambil dan menduduki
Jerusalem pada zaman Dawwud a.s. (tahun 1000 s.m.).
Namun selepas zaman Dawwud a.s. dan Sulaiman a.s. mereka telah mensiasiakan amanah tersebut. Mereka bukan sahaja
mengabaikan agama Allah bahkan
malakukan Syirik dengan melakukan penyembahan berhala Baal seperti yang dilakukan oleh pendokong kerajaan Samaria (abad ke 6 s.m.) dan Judea (abad ke 5 s.m.). Dengan itu Tuhan telah menghukum mereka dengan menghadapi penghapusan etnik, pemusnahan kota Jerusalem (Bait al-Maqdis) dan pembuangan di dalam sejarah “ pembuangan di Babylon “ yang dahsyat di tangan Maharaja Nebuchadnezzar.
Walau bagaimanapun kaum Yahudi berpeluang kembali semula ke Palestin dari “pembuangan di Babylon” setelah kematian Nebuchandnezzar 50 tahun (awal abad ke 4 s.m.) dan membina semula kota Jerusalem dan Jerusalem Temple. Ini dijelaskan di dalam ayat berikut1;
1
Al-Isra’, 17: 6
241
6. kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum Yang lebih ramai pasukannya.
Namun menjelang tahun-tahun awal masehi, kaum Yahudi kembali mengulangi amalan-amalan buruk nenek moyang mereka yang yang pernah menimbulkan kemurkaan Tuhan sebagaimana disebut di dalam Bible. Di antara yang paling ketara ialah golongan elit Yahudi di bawah kepimpinan Herod bersekongkol dengan penjajah Roman penyembah berhala dan menerapkan unsur-unsur agama berhala Roman/Greek dan pelanggaran hukum-hukum Torah di dalam kehidupan Bangsa Israel. Apabila usaha itu ditentang oleh nabi-nabi Allah Zakaria (a.s.) dan Yahya (a.s.), kaum elit Bangsa Israel berkonspirasi dengan penjajah Roman menghapuskan (membunuh) nabi-nabi Allah itu.
Selanjutnya apabila dakwah nabi-nabi itu disambung oleh Jesus ( ‘Isa a.s.), kaum elit Yahudi ini terus merancang untuk menghapuskan (membunuh) ‘Isa (a.s.). Ironisnya tindakan kaum elit Yahudi ini dibiarkan sahaja tanpa sebarang teguran dan bantahan oleh kaum bangsa Israel.
Ini menyebabkan mereka kembali menerima
kemarahan Tuhan dan terakhir pada tahun 70 m. apabila berlaku pergeseran dalaman di antara penjajah Roman dan golongan elit Yahudi, Tuhan membiarkan kota Jerusalem dihancurkan oleh tentera Rom yang dikenali sebagai pemusnahan terakhir (final destruction )1 sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Maharaja Nebuchadnezzar pada 1
Lihat, Dr. Suwaidan, Filastin, Tarikh al-Musawwar, loc.cit.(passim.) hal. 56-66. Lihat juga,
242
abad ke 5 s.m. dahulu. Kenyataan mengenai pemusnahan besar buat kali kedua kota suci Jerusalem tidak lagi tercatat di dalam Jewish Bible (Old Testaments ) tetapi tercatat di dalam New Testaments1 akan mengalami sebagaimana pemusnahan besar kali pertama di tangan Nebuchadnezzar dahulu dijelaskan oleh ayat berikut2;
7. jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki Masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali Yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja Yang mereka telah kuasai, Dengan sehancur-hancurnya;
Para Mufassirin3 seperti al-Tabari dan al-Syawkani di dalam mentafsirkan ayatayat ini menjelaskan ianya adalah tragedi yang berlaku di dalam sejarah yang menimpa Bani Isra’il, iaitu pemusnahan kota suci Bait al-Maqdis (Jerusalem). Pemusnahan kota 1
The Gospel, St. Matthew; 2, 3 dan 4., dan St. Luke; 1, 2 dan 3.
2
Al-Isra’,17: 7 Lihat, Al-Tabari, Jami’ al-Bayan,j.9, loc.cit. hal. 5433-5434. Lihat juga, al-Syawkani, Fath alQadir, loc.cit. hal. 811. 3
243
suci ini yang merupakan peringatan dan balasan dari Allah (s.w.t.) berlaku sebanyak dua kali akibat dosa-dosa besar yang dilakukan oleh mereka. Pada kali pertama kerana memenjara nabi Armiya’(Jeremiah) dan membunuh nabi Sya’ya (Isaiah), lalu Allah (s.w.t.) memberi laluan kepada Nebuchadnezzar menyerang dan memusnahkan Bait alMaqdis. Sementara pemusnahan terakhir kerana mereka membunuh nabi-nabi Zakaria (a.s.) dan Yahya (a.s.) serta cuba melakukan pembunuhan ke atas nabi ‘Isa (a.s.), lalu berlaku serangan yang memusnahkan Bait al-Maqdis. Walaupun para Mufassirin itu di dalam tafsiran mereka tidak menyebut nama penyerang kota suci itu, namun menurut penulis Jerusalem in the Qura’an1 peristiwa itu jelas merujuk kepada peristiwa “ pemusnahan terakahir “ (the final destruction) oleh Putera Titus Romawi pada tahun 70 m.
Serangan ini benar-benar menghapuskan kewujudan Bangsa Israel dari Jerusalem. Sebahagian dari mereka kembali mencari perlindungan di Babylon2. Namun sebahagian besar dari kaum bangsa Israel terbuang (diaspora) di seluruh tanah jajahan Roman di Eropah di mana kewujudannya berterusan nya sehingga ke zaman moden. Menurut pandangan Islam3 berasaskan al-Qur’an kaum Yahudi yang telah terbuang dari Jerusalem dan mengalami diaspora sejak 2000 tahun yang lalu adalah sebagai hukuman terhadap pengkhianatan amanah Tuhan yang telah memberikan amaran demi amaranNya melalui nabi-nabiNya. Mereka membunuh nabi-nabi tersebut dan dengan itu 1
Imran N.Husein, loc.cit. hal. 60-61 negeri yang pernah menjadi tempat buangan bangsa mereka pada zaman Nebuchadnnezar dahulu. Apabila mereka dibenarkan pulang ke Jerusalem pada zaman Cyrus, sebahagian kaum Bani Israel memilih untuk tinggal dan membina penenmpatan tetap di sana. Ramai para Rabbi yang memimpin komuniti Yahudi di Babylon dan merekalah yang bertanggung jawab menghasilkan Talmud versi Babylon di awal-awal pertama masehi. ) 3 Lihat, al-Khalidi, al-Syakhsiyyah al-Yahudiyyah, loc.cit. hal. 107. 2
244
mereka dilaknat oleh Allah (s.w.t.). Akibatnya Allah (s.w.t.) telah membiarkan mereka terbuang ke serata dunia.
Dengan berlakunya peristiwa “ pemusnahan terakhir “, bermulalah pengakhiran kepada amanah “khalifah” kepimpinan umat manusia yang diberikan Allah (s.w.t.) kepada Bani Isra’il. Buat tempoh sementara waktu Allah (s.w.t.) telah mengutuskan ‘Isa (a.s.) untuk memimpin Bani Isra’il, sebagai persiapan menerima bakal kepimpinan baru yang diamanahkan oleh Allah (s.w.t.) memimpin umat manusia iaitulah kepimpinan Muhamad (s.a.w.) yang berasaskan al-Qur’an. Namun kaum Bani Isra’il tidak menerimanya sebagaimana juga mereka menolak pengutusan Muhamad Rasulullah (s.a.w.). Hal ini dapat difahami daripada maksud ayat al-Qur’an dari surah al-Saff 1;
6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keteranganketerangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"
1
Saf, 61: 6
245
Dalam hal ini pandangan Al-Qur’an mengenai zuriat Abraham (Ibrahim a.s.) dan tanggungjawab mereka memikul amanah agama dan Syari’at Allah (s.w.t.) lebih jelas berbanding dengan konsep Torah atau Bible.
Di dalam Islam tanggung jawab
memikul amanah ini adalah tanggungjawab asasi anak-anak Adam (a.s.), sebagai pemegang amanahNya (Khalifah). Sesudah Allah ( s.w.t,) memperingatkan perihal “persetiaanNya dengan zuriat Adam ( a.s.) sewaktu di alam Ruh, diperingatkan pula tentang persetujuan memikul amanahNya;
72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan
persediaan
Yang
ada
padanya)
sanggup
memikulnya.
(ingatlah)
Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.1
Dalam hal ini Al-Qur’an yang menyebut zuriat Ibrahim (a.s.) samada yang berasal dari keturunan kedua-dua puteranya Ismail dan Ishaq adalah semuanya zuriat 1
Al-Ahzab, 32:72
246
Adam yang telah disediakan Allah untuk memerima amanahNya itu.
Seandainya kaum
Yahudi benar-benar beriman dengan kenyataan Torah mengenai zuriat Abraham dan konsep bumi yang dijanjikan, mereka hendaklah menerima sudut pandangan Islam bahawa zuriat Abraham itu juga merujuk kepada Bani Isma’il iaitu bangsa Arab selain dari Bani Isra’il bin Ishaq iaitu kaum bangsa Yahudi. Seandainya Tuhan benar-benar berjanji akan mewariskan bumi Kan’an (Palestin) kepada Abraham (Ibrahim a.s.) dan zuriatnya, warisan itu adalah terbuka samada kepada Bani Isra’il dari kaum Yahudi mahupun kaum Nasrani ataupun kaum Muslimin daripada Yahudi juga
Bani Isma’il.
Kaum
hendaklah meterima hakikat bahawa “perjanjian” (covenant/mithaq)
Tuhan mengenai “bumi yang dijanjikan/bumi berkat” bukanlah janji yang dibuat secara mutlak kepada mana-mana jaluran keturunan Abraham. Akan tetapi ia adalah satu tawaran bersyarat yang lebih bergantung kepada golongan manakah yang lebih setia kepada tradisi agama Ibrahim (Abrahamic tradition/faith) samada kepada Torah, Injil ataupun al-Qur’an seperti yang diperingatkan kepada Dawwud (a.s.)1
Demikianlah mengikut SunnahNya Allah (s.w.t.) telah mengatur sebaik Yahudi mengalami diaspora, di awal abad masehi, kota suci Jerusalem diurus tadbir oleh para pendeta Nasara, pengikut kitab Injil yang dibawa oleh ‘Isa (a.s.). Hal ini berlanjutan sehingga Allah (s.w.t.) mengutuskan Muhamad (s.a.w.) sebagai Rasul akhir zaman pada abad ke 6 masehi.
Setelah 10 tahun pengutusan kerasulannya, Allah (s.w.t.) buat
pertama kalinya membawa Muhammad (s.a.w.) menjejakkan kakinya ke kota suci Bait 1
Lihat al-Qur’an, (al-Anbiya’: 105). Lihat juga Psalm 24: 1-4
247
al-Maqdis di dalam peristiwa Isra’ wa al-Mi’raj untuk menerima amanah kepimpinan umat manusia (khalifah). Sebagai lambang penerimaan amanah kepimpinan baru umat manusia, Rasulullah (s.a.w.) telah mengimamkan sembahyang berjamaah di Masjid alAqsa bersama-sama para Anbiya’ yang terdahulu1 termasuk nabi-nabi Musa (a.s.) dan Dawwud (a.s.) yang diutuskan Allah (s.w.t.) sebagai pemimpin Bani Isra’il.
Begitu juga semenjak peristiwa “diaspora Yahudi” tahun 70 M., selama hampir 7 abad berikutnya Bait al-Maqdis dan bumi Syam-Palestin umumnya terus berada di bawah cengkaman penjajahan Romawi yang
menganut agama trinity yang sesat2.
Penjajahanya hanya berjaya ditamatkan pada awal zaman pemerintahan Islam tahun 15 H/636 M3. Rasulullah (s.aw.) telah membayangkan kepada para sahabahnya kepastian akan berlakunya peristiwa bersejarah pembebasan Palestin dan kota suci Bait al-Maqdis selepas kewafatannya. Penulis buku al-Tariq Ila Bait al-Maqdis memetik satu kenyataan (wasiat) daripada Rasulullah (s.a.w.) yang telah menyebut dengan jelas akan 1
Lihat, al-Rahiq al-Makhtum, loc.cit. hal. 160. Agama Kristian yang berasaskan aqidah Trinity diformulasikan secara rasmi di dalam “Councils of Nicaea “ tahun 325 m. yang dianjurkan oleh Constantine I. Ia bertujuan menyelesaikan percanggahan pendapat mengenai hakikat Jesus. Gereja Timur ( Antioch, Jerusalem dan Iskandariah) mengatakan Jesus adalah makhluk kepada Tuhan Bapa. Sedangkan pendapat Gereja Rom meletakan Jesus sebagai Tuhan Anak setaraf dengan Tuhan Bapa berganding dengan Roh Qudus (pada Maryam) mewujudkan ketuhaanan Trinity. Constantine yang masih tebal dengan konsep trinity Greek (Zeus,son and his mother) terus menerima dan mengisytiharkan aqidah Trinity sebagai aqidah rasmi Kristian. Berikutan itu seluruh pengikut Gereja Timur ( Nasara pengikut ajaran Hawariyyin) dipaksa menerima aqidah Trinity ataupun menghadapi hukuman mati). Lihat, Tarikh al-Hurub al-Salibiyyah, (terj. Ar. Dr. Suhail Zukkar), j.1, Dar al-Fikr, Beirut, (1424 H), hal. 14-15. Lihat juga, Grolier, Encyclopedia of Knowledge, vol. 13, loc.cit. hal. 322. 3 Allah (s.w.t.) telah mentakdirkan bahawa tanah suci Bait al-Maqdis dan negeri Palestin di sekitarnya hanya menunggu kebangkitan Rasulullah (s.a.w.) dan para sahabahnya untuk membebaskannya dari cengkaman penjajahan Romawi. Buat permulaannya Allah (s.w.t.) terlebih dahulu membawa Rasulullah (s.a.w.) berkunjung menziarahi Masjid al-Aqsa di kota suci tersebut dalam peristiwa Isra’-Mi’raj pada tahun ke 10 perutusaan baginda (s.a.w.). Di situlah Allah (s.w.t.) menghimpunkan para nabi termasuk Ibrahim, Ishaq (a.s.) dan para nabi dari zuriatnya Bani Israel termasuk Musa dan Dawwud (a.s.) berimamkan Rasulullah (s.a.w.) di dalam satu solat berjama’ah. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah diperakukan sebagai pemimpin sebenar dan terakhir bagi seluruh umat. Lihat , al-Tariq Ila Bait alMaqdis, loc.cit. hal.59 2
248
berlakunya pembebasan kota Bait al-Maqdis dan wilayah Palestin di sekitarnya sebagaimana yang diriwayat oleh al-Qadi Mujir al-Din al-Hanbali al-Maqdisi 1.
Pada tahun ke 9 H/632 M, kenyataan Rasulullah (s.a.w.) petandanya.
mula menampakan
Ia bermula apabila pemimpin Arab Ghassan yang bersekutu dengan
Maharaja Heraclius Romawi telah melakukan provokasi ke atas kerajaan Islam Madinah2. Sebagai reaksi kepada provokasi
itu Rasulullah (s.a.w.) telah membuat
persiapan perang dan seterusnya telah menggerakan Perang Tabuk dan Mu’tah. Di akhir tahun ke 10 H/633 M. Bagaimanapun Rasulullah (s.a.w.) telah wafat tanpa sempat menyaksikan peristiwa bersejarah itu3. Namun penggantinya Khalifah Abu Bakr alSiddiq terus menyambung misi Rasulullah (s.a.w.) untuk membebaskan Bait al-Maqdis dan bumi Syam seluruhnya. Khattab yang menggantikan
Pada tahun ke 14 H/635 M. Khalifah ‘Umar bin alKhalifah Abu Bakr, telah memperhebatkan misi
Rasulullah (s.a.w.) untuk membebaskan Bait al-Maqdis dan Syam. Akhirnya pada tahun ke 15 H/636 M. Bait al-Maqdis, telah dapat dibebaskan sesudah 7 abad berada di bawah cengkaman dan penindasan penjajahan Romawi yang berbangsa Eropah4.
1
Ibid. hal. 60-61. Bagaimanapun penulis gagal menemui rujukan asal hadith ini sebagaimana yang diriwayatan oleh al-Qadi Mujiruddin al-Hanbali al-Maqdisi.. 2 Tahun ke 9 H adalah terkenal dengan nama “tahun perwakilan” ekoran kejayaan kerajaan Islam Madinah membebaskan Makkah. Ini menyebabkan seluruh kaum Arab di Semenanjung Tanah Arab telah menghantar perwakilan-perwakilan mereka menemui Rasulullah (s.a.w.) menyatakan perakuan mereka terhadap kepimpinan baginda (s.a.w.) ke atas bangsa Arab. Hal ini diambil kesempatan oleh pemimpin Arab Ghassan dengan berpura-pura mengadakan hubungan “diplomatic” dengan kerajaan Islam Madinah. Apabila Rasulullah (s.a.w.) mengutuskan sahabahnya al-Harith bin ‘Amir al-Adzari sebagai duta ke Ghassan, beliau dan anggota rombongannya telah dibunuh. Pada masa yang sama kerajaan Romawi telah mengumpulan 40 ribu orang tentera untuk Ghassan menyerang Madinah. Lihat, Safiyy al-Rahman al-Mubarakpuri, alRahiq al-Makhtum,(1423 H), Dar al-Wafa’,Qahirah, hal.433-.435. 3 Lihat, Filistin, Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 76 4 . Lihat, al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, loc.cit. hal. 64-65.
249
Tindakan itu hendaklah dilihat sebagai suatu usaha pembebasan tanah suci agama Allah (s.w.t.) dari kuasa penjajah berbangsa Eropah dan dikembalikan semula kepada pewaris yang lebih berhak ke atasnya. Mereka adalah kaum Muslimin berbangsa Arab, zuriat Ibrahim (a.s.) dari keturunan Ismail (a.s.) yang dipertanggung jawabkan oleh Allah (s.w.t.) memikul amanah Syari’atNya di akhir zaman.
Semenjak dari saat pembebasannya di zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah dikembalikan fungsinya sebagai “Tanah Suci” agamaagama warisan Ibrahim (a.s.). Tidak ada pembunuhan, penindasan atau pemaksaan menukar agama dan tidak ada pembakaran lambang-lambang Ibadah yang berbeza dari pemerintah. Ini kerana penguasaan Islam ke atasnya dibuat bukan semata-mata untuk berkuasa dan menjajah, tetapi demi kerana menjaga amanah agama Allah (s.w.t.). Syi’ar-syi’ar agama para pewarisnya samada kaum Yahudi mahupun Nasrani sama seperti kaum Muslimin dihidupkan tanpa sebarang halangan.
Walaupun di zaman
pengusaan Nasrani sebelumnya ada larangan terhadap kaum Yahudi supaya tidak memasuki kota suci Jerusalem, namun pada akhir zaman pemerintahan Khalifah Umar mereka dibenarkan kembali1.
Sejak hari pembebasannya di zaman Umar bin al-
Khattab, Bait al-Maqdis (Jerusalem) kekal sebagai tanah suci agama Allah (s.w.t.), di bawah naungan pemerintahan Islam (kecuali dalam beberapa tempoh fitnah2) melalui 1
Hal ini turut diakui oleh sebahagian cendikiawan Barat. Lihat, Karen Amstrong, Jerusalem, city of three faith, (1996), Alfred A. Knopf, New York, hal. 15. Lihat juga, John L. Esposito, Islamic Threat, myth or reality, (1999), Oxford University Press, hal. 24. 2 Fitnah yang dimaksudkan kekacauan agama berlaku pada akhir abad ke 10 M./ pertengahan abad ke 5 H. apabila muncul puak-puak (Ar. Firqah) yang terkeluar daripada dasar ‘aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, ‘aqidah asasi umat Islam yang berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah dan pegangan jumhur Ulama’ Muslimin. Mereka terdiri dari golongan Syi’ah Buwaih menguasai kota Baghdad pusat (Khilafah ‘Abbasiyyah) yang tetap dengan ‘aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan ini melemahkan kerajaan pusat itu. Sementara Syi’ah Batiniyyah Ismailiyyah telah menegakan pemerintahan yang digelar pemerintahan Fatimiyyah di Mesir dan Syria dengan kerjasama puak Quramitah, satu golongan sesat yang sangat jahat terhadap Islam. Semuanya memecahkan kesatuan umat Islam dengan membebaskan wilayah-wilayah mereka dari kesatuan
250
zaman-zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Umayyah, ‘Abbasiyyah dan Turki ‘Uthmaniyyah selama lebih dari 1000 tahun sehinggalah ke saat kejatuhan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah setelah dikalahkan oleh tentera Bersekutu Eropah melalui Perang Dunia I (1914-1918).
5.2.2 Analisa Islam terhadap asas covenant berdasarkan fakta-fakta sokongan dari sumber-sumber penulisan kesarjanaan Barat.
Analisa dari sudut pandangan Islam terhadap covenant selain dari menggunakan al-Qur’an, al-Hadith dan sumber-sumber penulisan kesarjanaan Islam, juga dibuat menggunakan rujukan dari sumber-sumber ahl al-Kitab dan penulisan kesarjanaan Yahudi sendiri.
Di samping itu sudut pandangan Islam juga mendapat sokongan dari
sumber-sumber akademik Barat yang berwibawa.
Pada pandangan Islam, kenyataan-kenyataan Bible yang mencatatkan siri-siri covenant itu sendiri adalah dipertikaikan kesahihannya.
Siri-siri covenant
terawal
terutama yang melibatkan Abraham1 dan Moses2 yang dianggap hujjah terpenting dan asasi kaum bangsa Yahudi di dalam dakwaannya terhadap “ Bumi yang dijanjikan” ikatan dengan Khilafah Islam ‘Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad. Dalam suasana fitnah inilah gerombolan tentera Salib dari Eropah mengambil kesempatan melancarkan Perang Salib untuk merampas dan menguasai kembali tanah suci Palestin daripada kuasa pemerintahan Islam selama 91 bermula (1098 M.) sehingga ditamatkan oleh pemerintah Islam yang berilmu dan beriman, Salah al-Din al-Ayyubi pada tahun 1187 M..
1 2
Lihat, Genesis, 12: 1-7, 15: 18 dan 17: 7-8 Lihat, Exodus, 6: 2-8, 33: 1-3, L eviticus, 18: 1-3 dan Numbers, 13: 1
251
tercatat di dalam Torah of Moses iaitu 5 buku terawal di dalam Jewish Bible. Buku Torah of Moses ini dikatakan ditulis oleh Musa (a.s.). Bagaimanapun di dalam Injil Barnaba terdapat penjelasan dari Yasu’ (‘Isa a.s.) yang telah menyatakan dengan tegas bahawa Torah Musa itu bukan di tulis oleh Musa tetapi oleh para pendeta Yahudi yang tidak takut kepada Allah1. Penegasan Yasu’ (‘Isa) ini dibuat sebagai menjawab kekeliruan di kalangan pengikutnya yang wujud pada pada masa itu mengenai beberapa percanggahan beberapa fakta terutamanya mengenai berkat ke atas anak-anak Abraham.
Begitu juga penulisan kitab suci ini yang mengambil masa lebih dari 1000 tahun oleh berbagai latarbelakang penulis yang tidak dapat dikenal pasti identitinya adalah
tidak dapat dipertanggungjawabkan.
Di samping itu turut juga menjadi
pertikaian dalaman dalam kontek kitab suci agama Yahudi ini ialah institusi yang menentukan kelayakan setiap satu buku yang akan ditarafkan sebagai “kitab suci”. Ekoran daripada itu berlakunya konflik di dalam menentukan bilangan dan nama-nama buku yang menjadi komponen
kepada Jewish Bible.
Pentarafan ini hanya layak
dilakukan oleh satu institusi yang dipanggil Canon of Bible atau singkatannya Canon. Bagaimanapun pembentukan Canon itu sendiri mengambil masa 500 tahun untuk diterima secara rasmi.
Kenyataan ini dinyatakan secara jelas di dalam The
Encyclopedia of Jewish Religion,2 yang di sunting sendiri oleh dua sarjana Yahudi, Dr. Zwi Werblowsky dan Dr. Geoffrew Wigoder yang diterbitkan di Tel Aviv.
1 2
Lihat, Injil Barnaba(t.t.).ed. Dr.Khalil Sa’adah, fasal 43: 19-29 dan fasal 44: 1-5, Dar al-Basyir, Qahirah. Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. (passim), hal. 65-67
252
Memandangkan penulisannya mengambil masa yang agak lama dan ditangani oleh ramai penulis tidak boleh dikenal pasti, isi kandungannya adalah diragui. Menurut The New Encyclopedia Britannica1, isi kandungannya yang mengandungi campuran kisah-kisah ketuhanan, kenabian, kependetaan, raja-raja dan gurindam lagu-lagu rakyat, semakin menjadi bahan kajian dan kritikan dari segi kesahihan ilmiahnya. American Educator Encyclopedia2 juga turut memberikan komentar terutama mengenai penulisan Bible yang mengambil masa sehingga seribu tahun. Ia dikatakan ditulis oleh berbagai penulis termasuk para penyair yang beremosi dan ahli sejarah bangsa Yahudi yang berimiginasi serta ramai lagi yang tidak diketahui identiti dirinya. Sementara itu The Encyclopedia Americana3 kelihatan lebih lantang di dalam melontarkan komentarnya terhadap penulisan Bible.
Di bawah tajuk kecil “ penulisan yang dipertikaikan “
(disputed writings) di nyatakan bahawa teks asal Old Testament (Jewish Bible) adalah berbahasa Hebrew dan ia mula mengalami perubahan apabila diterjemahkan ke bahasabahasa Aramic (selepas zaman pembinaan Temple kedua) dan seterusnya ke bahasa Latin (selepas penjajajahan Alexander ke atas Palestin). Selanjutnya encyclopedia ini dengan lebih lantang mengatakan bahawa terdapat bukti yang kukuh wujudnya beberapa penambahan dan pembuangan di dalam buku-buku penulisan para pendeta ( Rabbinic writings) selain dari Torah.
Begitu juga sebagaimana yang diketahui umum konsep “ bumi yang dijanjikan” adalah konsep berasaskan Bible (Biblical concept), merujuk kepada bumi (Palestin) yang didakwa sebagai
Kan’an
bumi warisan untuk Abraham (Ibrahim a.s.) dan
1
Lihat, The New Encyclopedia Bittanica, vol.2, loc.cit. hal. 194. Lihat, American Educator Encyclopedia, vol.2, loc.cit. hal. 136-137 3 Lihat, The Encyclopedia Americana, vol.3, loc.cit. hal. 647 2
253
zuriatnya. Dalam hal ini kaum Yahudi mendakwa bahawa zuriat Ibrahim yang di maksudkan itu adalah bangsa mereka, Bangsa Israel. Oleh itu bagi mereka bumi Kan’an/Palestin adalah hak milik mutlak mereka yang kekal abadi.
Dakwaan Yahudi dalam hal ini sejak sedari awal lagi telah mengandungi kekeliruan. Ini kerana menurut Torah, buku pertama di dalam Jewish Bible, selain dari Ishmael (Ismail a.s.)) dan Isaac (Ishaq a.s.), Abraham juga mempunyai beberapa anak lagi di antaranya Midian dan seterusnya melahirkan Sheba hasil perkahwinan baru Abraham selepas kematian Sarah1. Ini membuktikan bahawa zuriat Abraham bukan hanya tertentu kepada Bangsa Israel sahaja tetapi juga meliputi zuriat dari anak-anak Abraham yang lain. Fakta ini sahaja jelas menunjukan bahawa Bible yang menjadi sandaran asas kepada konsep ini oleh kaum Yahudi adalah tidak menentu (unconsistant).
Terdapat banyak perkara yang tidak menentu (unconsistant) di dalam soal pewarisan “Bumi yang dijanjikan”. Di antaranya jaminan atau janji Tuhan kepada King David tentang masa depan zuriatnya dan Bangsa Israel yang telah bercanggah dengan fakta sejarah yang telah berlalu. Antaranya menurut bisikan Tuhan kepada King David di dalam Psalm (25: 12-14, 37: 11, 37: 29) bahawa Tuhan akan memberikan amanah memimpin Bangsa Israel dari kalangan mereka yang jujur dan bertaqwa. Bagaimanapun ternyata ramai daripada raja-raja yang memerintah kerajaan Israel samada di Samaria atau di Judea adalah terdiri darpada golongan yang pasik dan tidak beragama. Malah di antara mereka yang menjadi penyembah berhala.
1
Genesis, 25: 1-4
254
Di dalam Psalm (89: 3-4) Tuhan menjanjikan kepada King David bahawa sebaik dia menaiki takhta kerjaan Israel, ianya akan terus diwarisi oleh generasi dari zuriatnya untuk selama-lama. Namun apa yang telah berlaku sebaik sahaja berakhir pemerintahan pewarisnya King Solomon, Kerajaan Bersatu Israel telah mengalami perpecahan menjadi kerajaan Judea dan Samaria. Sementara pewaris takhta King David terus kehilangan kuasa ke atas takhta kerajaan Israel dan hanya menjalankan pemerintahan ke atas lingkungan keluarga yang terbatas di sekitar kawasan Jerusalem sahaja. Di dalam 2 Samuel (7: 4-10) Tuhan menjanjikan kepada King David bahawa apabila beliau menaiki takhta kerajaan Israel dan membina rumah Ibadah Korban untuk Tuhan, Tuhan akan mempastikan Bangsa Israel akan berkekalan mendiami Tanah Suci Jerusalem. Nama apa yang berlaku ialah Bangsa Israel telah mengalami tragedi pengusiran besarbesaran dari Tanah Suci Jerusalem sebanyak dua kali, abad ke 5 s.m. dan pada awal abad pertama masehi.
Ketidak-tentuan dan ketidak-selarasan janji-janji Tuhan di dalam Bible dengan kenyataan sebenar sejarah yang berlaku hendaklah dipersalahkan kepada factor tiada kawalan terhadap penulisan Bible. Hampir semua sumber akademik yang berwibawa seperti New Encyclopedia Britannica, The Encyclopedia Americana dan Encyclopedia of Religion and Ethics, bersetuju bahawa catatan di dalam Jewish Bible ini di sumbangkan oleh pelbagai golongan penulis dari berbagai latar belakang dalam tempoh yang lama,1000 tahun.
255
Memandangkan kebanyakan janji dan gambaran masa depan bangsa Israel termasuk bakal-bakal pewaris takhta King David adalah berkaitan King David adalah dipercayai hal-hal ini ditulis pada zamannya dan juga zaman King Solomon. Ini kerana menurut Encyclopedia of Religion and Ethics1 sesuai dengan zaman itu sebagai zaman berkerajaan ia merupakan permulaan literasi bangsa Israel berasaskan prosa. Dipercayai ramai para penulis menyumbangkan tulisan mereeka dengan mengaitkan King David walaupun ternyata sesudah itu perjalanan sejarah sudah berubah. Walau bagaimanapun factor ramainya penyumbang di dalam penulisan Bible dari berbagai latar dalam tempoh yang menyebabkan wujudnya catatan-catatan yang tidak menentu dan tidak selaras dengan realiti yang sebenar. Kewujudan banyak perkara-perkara yang tidak menentu dan tidak selaras dengan fakta sejarah memberikan kesan dari segi keyakian terhadap taraf Bible sebagai kitab suci yang diwahyukan atau dengan kata lain fakta-fakta tidak menentu Bible ini menyebabkan kebenarannya
sebagai kitab wahyu adalah
dipertikaikan.
Demikianlah analisa Islam terhadap konsep “Bumi yang dijanjikan” yang terkandung di dalam siri-siri covenant yang menjadi tema utama dari keseluruhan Bible khususnya Jewish Bible ataupun yang lebih dikenali umum sebagai Old Testament. Analisa ini dibuat berdasarkan sumber-sumber rujukan asasi Islam, al-Qur’an, al-Hadith, penulisan-penulisan kesarjanaan Islam serta fakta-fakta sokongan dari saki-baki sumber asal kitab-kitab suci ahl al-Kitab kesarjanaan Barat sendiri.
1
Encyclopedia of Religion and Ethics, loc.cit. hal. 563
256
dan penulisan
Berasaskan analisa ini Islam menolak sama sekali kesahihan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ menurut dakwaan Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam Jewis Bible. Asas penolakan ini dibuat berdasarkan bahawa kesahihan dan keaslian Jewish Bible yang mendasari konsep itu sendiri sebagai kitab wahyu sebagaimana yang di dakwa ditolak oleh Islam mengikut kaedah-kaedah pemeriksaan yang berwibawa. Berikutannya
penubuhan Negara Kebangsaan
Israel yang di dakwa berasaskan sejarah covenant juga adalah tertolak dan tidak dapat diterima.
5.3 Analisa dan kritikan Islam terhadap asas penubuhan Negara Kebangsaan Israel moden.
Sebagaimana yang dijelaskan bahawa pertubuhan Zionis Yahudi menubuhkan Negara Kebangsaan Israel di Bumi Palestin pada 14 Mei 1948, di atas dasar memenuhi tuntutan perjuangan kembali kepada “ negeri kediaman (homeland) mereka yang bersejarah”.
Asas “negeri kediaman bersejarah “ Yahudi didakwa merujuk kepada
kenyataan di dalam siri-siri covenant di dalam Bible yang mengutarakan konsep “ Bumi yang dijanjikan” kepada Bangsa Israel.
Walau bagaimanapun Islam
mempersoalkan asas dakwaan tersebut berasaskan penjelasan mengenai hal yang sama menurut al-Qur’an.
Islam menolak dakwaan Yahudi tentang persoalan hak warisan mereka ke atas Bumi Palestin. Persoalan asasnya yang menjadi pertikaian di sini adalah konsep warisan
257
yang menjadi pegangan kaum bangsa Yahudi sebagaimana yang disebut di dalam Bible dan apa yang menjadi pegangan kaum Muslimin berdasarkan penjelasan al-Qur’an. Pada pandangan Islam dalil Bible1 yang menjadi pegangan kaum bangsa Yahudi dalam hal ini adalah terlalu umum. Dalil itu menyebut bahawa Tuhan akan akan menjadikan “Bumi yang dijanjikan” kepada Abraham itu sebagai warisan kepada zuriatnya. Bagaimanapun kaum Muslimin lebih berpegang kepada penjelasan Allah (s.w.t.) di dalam al-Qur’an mengenai janji-janji pewarisan bumi ini kepada hamba-hambaNya. Di antaranya janji Allah (s.w.t.)
kepada Dawwud (a.s.) sebagaimana yang dijelaskan
melalui satu ayat al-Qur’an2 bahawa bumi ini seluruhnya milik Allah dan ianya akan diwariskan kepada hamba-hambaNya yang Salih.
Demikianlah menurut Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi3,
apabila Allah
(s.w.t.) telah mengutuskan Muhammad (s.a.w.) kepada umat manusia , itulah pewarisnya yang terakhir dari warisan agama Ibrahim (a.s.), Ya’qub (a.s.) dan para nabi dari zuriatnya. Begitu juga umat Muhamad (s.a.w.) seluruhnya tanpa mengira dari zuriat sesiapa adalah pewaris kepada agama para nabi ini.
Oleh itu kedudukan hubungan
kaum Muslimin dari umat Muhamad (s.a.w.) dengan Isra’il iaitu Ya’qub (a.s.) dan para nabi dari zuriatnya
lebih utama dari sudut pewarisan agama berbanding dengan
Bani Isra’il sendiri yang telah menyimpang jauh dari agama Allah (s.w.t.) yang hakiki.
Pada asasnya pandangan Islam yang berdasarkan sumber asasinya al-Qur’an sebagai sumber wahyu Ilahi terakhir adalah kuat dan kukuh di dalam membuktikan 1
Lihat, Genesis. 15: 8 Lihat al-Anbiya’, (21:105) 3 Al-Khalidi, loc.cit. hal.39 2
258
bahawa dakwaan Yahudi mengenai Palestin sebagai “ negeri kediaman mereka yang bersejarah” adalah tidak berasas. Kekuatan asas pandangan Islam ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan-kenyataan dan pandangan-pandangan dari sumber-sumber kajian dan penulisan akademik para sarjana Barat. Di dalam kajian-kajian tersebut menemui
mereka
satu fakta iaitu dakwaan Yahudi mengenai konsep tersebut hanyalah
berasaskan cerita dari Bible semata-mata tanpa sokongan malah bertentangan dengan fakta-fakta kajian sejarah secara akedemik dan saintifik.
Penafian asas dakwaan Yahudi terhadap konsep “Bumi yang dijanjikan” dibuat oleh para cendekiawan Barat di dalam penulisan-penulisan mereka.
Di antaranya
menurut Roger Garaudi, seorang sarjana Peranchis di dalam bukunya The Case of Israel,1 bahawa konsep “ Tanah-air bersejarah” (historic-homeland) ini adalah konsep yang dipopularkan oleh pertubuhan Zionis. Ianya dikatakan adalah berasal dari konsep “ Bumi yang dijanjikan” untuk kaum Yahudi yang termaktub di dalam Bible dan telah digunakan secara rasmi di dalam “ Memorandum of the Zionist Organisation to the Peace Conference, 1919 yang berbunyi; “ This land is the historic home of a Jews”. Memorundum tersebut telah dipertegaskan bersama pengisytiharan penubuhan Negara Israel di atas bumi Palestin pada tanggal 14 Mei 1948, dengan sebutan bahawa Negara ini ditubuhkan; “ by virtue of the natural and historic right of the Jewish people”
1
Roger Garaudi, The Case of Israel (1983), Shorouk International, London, hal. 29
259
Roger Garaudi yang menjelaskan penggunaan konsep “tanahair bersejarah” oleh puak Zionis kemudiannya menimbulkan beberapa persoalan terhadapnya1. Pertamanya dipersoalkan mengapakah tiada ditemui sebarang catatan sejarah samada yang bertulis di kalangan tamadun bangsa-bangsa setempat seperti Mesir mahupun dari penemuanpenemuan akeologi mengenai sejarah kewujudan kaum Hebrew di Palestin sebelum dari abad ke 10 s.m. (zaman Musa a.s.) selain dari cerita yang terdapat di dalam teks Bible. Sebaliknya di atas bumi yang disebut sebagai
bumi Kan’an yang kemudiannya
dinamakan Palestin itu telah wujud sejarah tamadun kaum bangsa tertentu sejak ribuan tahun dahulu. Sejak awal zaman gangsa iaitu pada millennium ke 3 s.m. kesan-kesan arkeologi telah menunjukkan kaum bangsa tersebut telah menjalani kehidupan tamadun kota (urban civilisatioin ).
Berbeza dengan beberapa suku kaum nomad yang
mendatangi Kan’an pada millennium ke 2 s.m. samada dari Mesopotamia termasuk Hebrew
dan juga pendatang dari arah Laut Mediternean, terus mengekalkan cara
kehidupan nomad atau semi-nomad dan terpinggir dari kehidupan Tamadun Kan’an. Persoalan seterusnya bagaimana mungkin kaum Hebrew ( Israel) yang hanya mendatangi Kan’an pada millennium ke 2 boleh mendakwa mereka adalah pemilik yang sah terhadap negeri itu, sedangkan telah sedia terdapat di sana satu tamadun sejak millineum ke 3 lagi.
Berasaskan fakta ini R.Garaudi menganggap bahawa kenyataan kaum Hebrew Yahudi mengenai bumi Kan’an yang dikatakan sebagai “ Bumi yang dijanjikan” untuk
1
R. Garaudi, The Case of Israel, loc.cit. hal. 30-31.
260
mereka sebagaimana yang tercatat di dalam teks Bible tidak lebih dari mitos dari Bible (Biblical Myth) 1 semata-mata.
Gudrun Kramer pula di dalam bukunya A History of Palestin2, menonjolkan tuntutan kaum Yahudi ke atas Palestin sebagai Bumi Israel (Land of Israel) adalah tuntutan “ geotheology” yang berasaskan teks Bible semata-mata. Kramer juga turut mempersoalkan asas dakwaan ini memandangkan sejarah kedatangan kaum Hebrew ke sana hanya tercatat di sekitar tahun 1200 s.m.(selepas Exodus), sedangkan tamadun sistem kehidupan kota (urban civilization) di kalangan penduduknya telah wujud sejak zaman gangsa (3,200 s.m.).
Dalam hal ini Kramer menganggap cerita kepahlawanan pimpinan bangsa Israel selepas Exodus terutama tokoh seperti Joshua yang digambarkan di dalam Bible sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menakluki bumi Kan’an adalah tidak lebih dari kisah rekaan keagamaan (invented tradition ) semata-semata demi untuk merangsang semangat kebangsaan bangsa Israel. Sebaliknya berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi dan penulisan-penulisan terkini menunjukkan bahawa selepas datang dari Mesir di sekitar tahun 1200 s.m. mereka hanya menduduki sebahagian kecil3 sahaja dari keseluruhan “bumi yang dijanjikan” itu.
Selanjutnya penulis ini menyoroti dakwaan Yahudi berasaskan Bible mengenai pemilik sebenar “Bumi Kan’an yang dijanjikan4”. Berdasarkan janji Tuhan kepada 1
ibid. Gudrun Kramer, History of Palestine (2008), Princeton University Press, New Jersey, hal. 2-3. 3 Ibid. hal. 9. 4 Ibid. hal. 7 2
261
Abraham bumi tersebut dikatakan telah dijanjikan Tuhan kepadanya dan zuriatnya. Yahudi mendakwa bahawa merekalah yang dimaksudkan dengan zuriat Abraham yang berhak mewarisi bumi tersebut kerana mereka adalah zuriat Abraham melalui Isaac dan puteranya Jacob (Israel). Namun Kramer dalam hal ini mencadangkan agar kaum Muslimin berbangsa Arab turut mendapat pengiktirafan hak yang sama ke atas Palestin sebagaimana dakwaan kaum Yahudi kerana kaum Muslimin Arab juga berketurunan Abraham melalui puteranya Ismael.
Demikian juga Michael Rice di dalam bukunya False Inheritance1. mengemukakan satu hujjah di dalam mempersoalkan asas dakwaan kaum bangsa Yahudi ini. Katanya terlalu banyak alasan digunakan untuk mewajarkan kewujudan Negara Israel dan penerusannya di atas bumi Palestin. Pada umumnya ia berkisar kepada pentafsiran sejarah yang mendakwa mereka adalah keturunan langsung dari Abraham, Isaac dan Jacob yang telah menghuni “bumi yang dijanjikan” oleh Tuhan mereka sejak awal millinium ke 2 s.m. Oleh itu mereka mendakwa bahawa mereka sahaja yang berhak ke atas “ Bumi yang dijanjikan” (Palestin) itu lantaran meraka adalah dari keturunan Abraham.
Dalam hal ini Michael Rice berhujjah bahawa rakyat Palestin yang majoritinya Muslim hari ini menganggap diri mereka adalah keturunan dari Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya yang datang dari Tanah Arab. Berasaskan fakta ini jelas bahawa mereka juga adalah zuriat Abraham dari keturunan putera sulongnya Ishmaeil. Begitu
1
Michael Rise, False Inheritance; Israel in Palestine and the Solution (, ), Regan Paul International, London, hal.1-2
262
juga dengan golongan Kristian Palestin, bahawa mereka juga adalah dari keturunan Isaac dan Jacob, tetapi pada zaman Jesus mereka memilih untuk mengikuti ajarannya yang menjadikan mereka Kristian dan tidak dianggap Yahudi. Berdasarkan premis Yahudi ini rakyat Palestin hari ini samada Muslim mahupun Kristian juga adalah mempunyai hak yang sama dengan mereka ke atas bumi Palestin
Demikianlah beberapa kenyataan dan pandangan dari kalangan sarjana Barat yang turut sama mempersoalkan kesahihan dakwaan kaum bangsa Israel terhadap hak mutlak mereka ke atas Bumi Palestin yang mereka namakan sebagai Bumi Israel. Kenyataan-kenyataan berasaskan kajian-kajian akademik ini jelas menguatkan lagi hujjah-hujjah kaum Musliminm yang pada asasnya bersandarkan kepada sumber utamanya ,al-Qur’an,
Selain dari sumber al-Qur’an, lain-lain sumber tambahan seperti fakta –fakta dari sudut asas historico-geography samada menurut pandangan cendekiawan Islam mahupun Barat membuktikan tidak mungkin kaum bangsa Israel ini berhak mendakwa bahawa bumi Kan’an (Palestin) yang luas itu dikatakan “negeri kediaman mereka yang bersejarah”. Ini kerana bapa mereka Israel (Ya’qub) ( a.s.) walaupun dilahirkan di situ tetapi ia tetap dianggap sebagai anak kepada pendatang oleh warga pribumi Kan’an. Bapanya Ishaq (a.s) adalah anak kepada Ibrahim (a.s.), pendatang daripada Kaldan Iraq yang berhijrah ke Bumi Kan’an1. Kenyataan bahawa Ibrahim (a.s.) sebagai pengunggsi yang berhijrah dari Kaldan di Iraq ke bumi Kan’an adalah satu fakta sejarah yang jelas disebut samada di dalam Bible mahupun al-Qur’an. Berdasarkan kenyataan 1
Lihat, al-Suwaidan, loc.cit. hal. 28-29.
263
itulah keluarga Patriarch Abraham-Isaac-Jacob dipanggil “Hebrew” ( Egypt: Hapiru), oleh penduduk tempatan yang bermaksud pendatang asing1.
Sejak awal kedatangan Ibrahim (a.s.) ke Kan’an, beliau
dan keluarganya
(termasuk Ishaq) sewaktu hayat mereka hanyalah mendiami penempatan Badwi ( alBadiyah2) yang terpencil di Bir al-Sab’a (Beersheba3). Sejarah kehidupan awal mereka di Palestin hanyalah sejarah kehidupan sebuah keluarga ala Badwi yang terpencil dari arus perdana tamadun Kan’an yang telah wujud lama sebelum kedatangan Ibrahim ke sana. Sementara Ya’qub (Isra’il a.s.) dan keluarganya hanya menetap seketika sahaja di Bir al-Sab’a (Beersheba) sehinggakan mereka tidak sempat berkembang melebihi satu generasi sahaja kerana mereka semua berhijrah ke Mesir mengikuti anaknya Yusuf (a.s.) yang dilantik menjadi pembesar di sana. Hijrah keluarga Ya’qub ke Mesir ini adalah buat selama-lamanya sehingga mereka semuanya wafat di sana. Zuriatnya (Bani Isra’il) telah mendiami Mesir dalam tempoh yang lama sehinggakan mereka terbentuk sebagai satu kaum bangsa sewaktu berada di Mesir.
Apabila Bani Isra’il mula tertindas di Mesir, mereka
mendatangi Palestin
sebagai satu kaum bangsa di bawah kepimpinan Musa (a.s.) sekitar tahun 1000 s.m. Seterusnya mereka berjaya mendudduki Uraihah (Jerico), satu kota di Tebing Barat Palestin dibawah kepimpinan Joshua sesudah kewafatan Musa (a.s.). Namun
1
Lihat, Kramer, loc. cit. hal 2-3 Ibid. Yusuf, (12:100). Lihat juga, Filastin, al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 28-29 3 Lihat, Atlas al-Qur’an, loc.cit. hal. 43. Menurut Encyclopedia of Knowledge, lokasi ini terletak di selatan Palestin, jaraknya 89 km di Barat-Laut Jerusalem. Ibid. vol. 3, loc.cit. hal. 41 2
264
berdasarkan
penemuan-penemuan
arkeologi
dan
penulisan-penulisan
terkini
menunjukkan bahawa semenjak kaum bangsa ini memasuki Palestin di bawah kepimpinan Joshua dan seterusnya, mereka hanya mendiami sebahagian kecil1 sahaja dari keseluruhan “bumi yang dijanjikan” itu. Berdasarkan kajian-kajian
akademik para pengkaji Barat dan juga para
cendekiawan Islam, jelas membuktikan penempatan awal Abraham dan keluarga warisannya Bani Israel sehingga ke tahun-tahun selepas zaman Moses hanyalah di sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan “Bumi yang dijanjikan”. Sejarah Bani Israel dalam tempoh di antara Abraham dan Moses dikatakan sejarah awal Bible. Di dalam tempoh inilah berlakunya janji-janji (covenant ) utama Tuhan kepada Abraham dan Moses, yang menjanjikan bumi Kan’an yang luas. Walaupun sempadan Bumi Kan’an yang dijanjikan adalah seluas dari “ Sungai Mesir ke Sungai Euphrates” ataupun dari “ Dan ke Beersheba” namun kenyataan sejarah menunjukan Patriarch Abraham dan juga generasi terawal Hebrew hanya menjalani kehidupan di bahagian yang terpencil sahaja daripada keseluruhan “Bumi Kan’an yang dijanjikan”.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan sejarah ini dakwaan Yahudi bahawa kepulangan mereka menubuhkan Negara Kebangsaan Israel di Palestin, sebagai kepulangan ke “ negeri kediaman yang bersejarah”tidak dapat dterima. Ini kerana asas negeri kediaman bersejarah yang boleh dikaitkan dengan Abraham ataupun ke Moses langsung tidak wujud dalam kenyataan sejarah. Begitu juga akhirnya kaum Yahudi ataupun Bangsa Israel itu telah terbuang jauh ke Eropah dan telah terputus dari sejarah dan peradaban Palestin selama 2000 tahun sejak diusir dari sana oleh penjajajan Romawi 1
Kramer, loc.cit. hal. 9.
265
pada tahun 70 M.
Dalam pada itu di sepanjang tempoh tersebut Jerusalem telah
diurus-tadbir oleh para pendeta Nasara lebih dari dari 500 tahun sebelum mereka menyerahkannya dengan penuh hormat kepada umat Islam di zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab pada tahun 636 M. Sesudah itu kota suci Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah diuruskan oleh umat Islam dengan selama lebih dari 1000 tahun sebelum dirampas dari tangan pemerintahan Turki ‘Uthmaniyyah pada tahun 1917.
Bagaimanapun kaum bangsa Yahudi tetap berpegang bahawa Bumi Kan’an (Palestin), “yang dijanjikan “ itu adalah Tanahair bersejarah milik mutlak mereka. Mereka mengaitkannya dengan sejarah Kerajaan Israel (Israelite Kingdom ) pada zaman King David( Dawwud a.s.) pada abad ke 10 s.m. . Walaupun dari segi Islam isu berkenaan kerajaan King David adalah jelas . Ia adalah merujuk kepada kaedah umum iaitu bumi Allah (s.w.t.) di anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang saleh seperti Nabi Dawwud dan Sulaiman (a.s.). Namun kaum Yahudi tetap bertegas dengan pegangan mereka dan terus menghidupkan semangat cintakan Zion (Jerusalem) walaupun hidup di dalam pembuangan (diaspora). Sejak awal zaman moden ini mereka melahirkan pergerakan-pergerakan Yahudi yang berasaskan semangat cintakan Zion (Heb. Hibbat Zion) dengan slogan “ kembali ke Zion “ ( return to Zion) di penempatanpenempatan diaspora terutama di Eropah.
Kemuncak dari itu ialah berlangsungnya satu persidangan sedunia pergerakanpergerakan “cintakan Zion” (Zionis) di Basle, Switzerland pada tahun 1898 di mana hasilnya adalah penubuhan secara rasmi Pergerakan Zionis Yahudi Sedunia ataupun
266
secara ringkasnya Zioinis. Pergerakan ini menzahirkan matlamat perjuangannya yang dinyatakan dengan jelas, untuk mengembalikan semula bangsa Israel ke “ Tanah-air Yahudi yang bersejarah” ( Palestin)
untuk didirikan di atasnya Negara Israel.
Ia
dikatakan sebagai menghidupkan kembali kedaulatan kerajaan Bani Israel di Jerusalem yang diasaskan oleh King David pada zaman silam.
Sementara itu pula teks Bible khasnya Jewish Bible yang menjadi rujukan asasi kaum bangsa Yahudi di dalam perkara “Bumi yang dijanjikan” dari segi kandungannya tidak dapat diterima oleh Islam sebagai kitab wahyu Ilahi yang asli. Ini berdasarkan penjelasan al-Qur’an mengenai kisah-kisah Bani Isra’il dan nabi-nabi mereka jelas terdapat beberapa pengubahsuaian samada penambahan ataupun dan pengurangan di sana-sini. Pandangan dan tanggapan Islam yang mempertikaikan keaslian kandungan Bible juga turut didokong oleh sumber-sumber akademik yang yang berwibawa seperti beberapa encyclopedia Barat.
The Encyclopedia of Jewish Religion1 jelas memperakui bahawa penulisan keseluruhan Jewish Bible termasuk Torah mengambil masa lebih dari 1000 tahun. Tempoh selama ini yang diambil untuk menyempurnakan penulisan Bible memang akan mengundang banyak keraguan mengenainya. Dalam hal ini seorang lagi sarjana Peranchis Maurice Bucaille di dalam tulisannya yang terkenal mengenai perbandingan al-Qur’an, sains dan Bible2 telah memetik beberapa kajian para penyelidik Barat yang lain dan menyimpulkan bahawa isi kandungan “Perjanjian Lama” (Jewish Bible)
1 2
The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 65-67 Maurice Bucaille, Qur’an, Bible and Scinces, loc.cit. hal. 20-21
267
dipenuhi oleh cerita-cerita dongeng yang diselitkan bersama-sama kisah Musa dan para Patriarch yang terdahulu. Demikianlah The New Encyclopedia Britannica1 menyatakan bahawa terkini, isi kandungan Bible semakin menjadi bahan kajian kritikan intensif di kalangan para penyelidik akedemik dan saintifik.
Dalam hal ini Encyclopedia
Americana2 paling ketara menyatakan keraguan terhadap keaslian isi kandungan Bible. Di bawah perkara Bible, di dalam tajuk kecil “ penulisan yang telah dipertikaikan “ (disputed writings) jelas dinyatakan bahawa terdapat bukti yang kukuh wujudnya penulisan yang dipertikaikan terutama di dalam penulisan para Rabbi.
Ini berlaku
terutamanya sewaktu proses penterjemahan ke bahasa Latin pada abad ke 3 s.m.
Berdasarkan hujjah-hujjah Islam yang umumnya berasaskan al-Qur’an dan disokong oleh fakta-fakta penulisan kesarjanaan Barat yang berwibawa jelas bahawa Bumi Palestin yang dikatakan “ Tanahair bersejarah” untuk Yahudi yang berasal dari konsep “ Bumi yang dijanjikan”, di dalam Jewish Bible adalah tidak berasas. Memandangkan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ berasaskan Bible ini dijadikan asas oleh Zionis Yahudi bagi mendasari usaha penubuhan Negara moden Israel di Palestin pada tahun 1948, jelas bahawa penubuhan Negara ini adalah diasaskan di atas dasar yang tidak benar.
Bertitik-tolak dari penubuhan Negara Kebangsaan Israel di atas Bumi Palestin pada 14 Mei, 1948 yang berasaskan dasar yang tidak benar, ianya telah mencetuskan tragedi kemanusiaan yang terbesar pada abad ini. Sejak awal penubuhannya lebih dari
1 2
The New Encyclopedia Americana, vol. 2, loc.cit. hal.194 Encyclopedia Americana, vol. 3, loc.cit. hal. 647.
268
6 dekad yang lalu sehingga kini, ramai penduduk Arab Palestin telah terkorban selain lebih 3 juta telah menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian yang serba dhaif dan kekeurangan di luar bumi Palestin. Ini berlaku setelah mereka terpaksa keluar dari rumah tangga demi menyelamatkan nyawa dari keganasan pendatang-pendatang Zionis Yahudi Eropah yang melakukan operasi merampas kampung-kampung kediaman Arab Palestin secara tidak berperi kemanusian1. Bagi kaum Zionis Yahudi operasi mengambil semula negeri kediaman Arab Palestin mesti dilakukan di atas dakwaan mendapatkan kembali bumi kediaman bangsa Israel sejak zaman silam yang telah diduduki oleh kaum Arab Palestin.
Kemuncak dari operasi mengembalikan Bumi
kediaman (homeland) Yahudi di Palestin adalah dengan menubuhkan sebuah Negara yang baru, Negara Kebangsaan Israel.
1
Di antara tragedi yang terkenal di dalam operasi ini ialah tragedi Qustal dan Deir Yasin pada April, 1948. beberapa minggu sebelum pengisytiharan rasmi Negara Kebangsaan Israel. Dalam serangan pertama ke atas Qustal, di pinggir kota Bait al-Maqdis Barat yang turut juga menjadi kediaman kepada pemimpin masyarakat Palestin masa itu, ‘Abd al-Qadir al-Husaini, penduduknya telah melawan dan mepertahankannya. Keberanian mereka menentang puak penceroboh telah menyebabkan ramai para penceroboh mengalami kerugian jiwa. Namun akhirnya.Qustal telah jatuh ke tangan penceroboh setelah ramai daripada penduduknya terkorban Syahid termasuk pemimpinnya ‘Abd al-Qadir al-Husaini. Kejatuhan Qustal telah membawa kepada kejatuhan kampung-kampung lain di sekitar Bait al-Maqdis. Paling tragis ialah serangan ke atas kampung bernama Deir Yasin. Pihak penceroboh Zionis Yahudi telah melakukan serangan ketika penduduknya sedang bergembira meraikan sebuah majlis perkahwinan yang mengakibatkan seramai 250 orang termasuk lelaki, wanita, golongan tua dan kanak-kanak telah terkorban. Pengarah operasi itu Menehem Begin yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel ke 4 dengan bangganya memberikan komentar, bahawa kejayaan mereka di Deir Yasin menjadi pembuka kejayaan ke atas penguasaan Palestin seluruhnya. Ini kerana menurut beliau orang Palestin merasa takut dan gentar apabila mendengar kemaraan tentera Yahudi ke kampung halaman mereka dan dengan itu mereka terus bersedia meninggalkan rumah-tangga mereka kepada kita. Lihat, al-Suwaidan, loc.cit. hal. 266-267.
269
BAB VI
PENUTUP
6.1
Pendahuluan
270
Sebagaimana yang disebutkan sebelumnya bahawa kajian ini adalah satu kajian di bidang pemikiran Islam. Ia memfokaskan kepada analisa Islam terhadap konsep “ Bumi yang dijanjikan” menurut Yahudi
Konsep ini adalah berasaskan covenant sebagaimana yang termaktub di dalam kitab suci agama Yahudi, Jewish Bible. Konsep yang berasaskan Bible ( Biblical Concept) ini adalah merujuk kepada janji Tuhan (Yehweh) kepada bangsa Israel melalui Patriarch1 Abraham dan para pemimpin mereka. Dari sudut lain covenant ini boleh difahami sebagai satu persetiaan atau perjanjian yang mengikat bangsa Israel keturunan Abraham dengan Tuhan mereka (Yehweh).
Asasnya ialah bangsa Israel menerima
Yehweh sebagai Tuhan dan Tuhan menjadikan mereka sebagai “Bangsa PilihanNya”. Sebagai bangsa PilihanNya,
Tuhan telah
menjanjikan sebuah negeri kediaman
(homeland) untuk mereka di Bumi Kanaan.
Dengan kata lain covenant ini adalah
menjadi tema umum kepada Jewish Bible, kitab suci agama Yahudi ( Judaism).
Pada dasarnya agama Yahudi (Judaism) adalah agama monothesism warisan Abraham. Dari segi sejarahnya ia telah melalui beberapa tahap perkembangan selaras dengan perkembangan sejarah kaum bangsa Yahudi. Berikutan itu covenant juga turut mengalami beberapa kali pengulangan dan perkembangan sesuai dengan perkembangan sejarah bangsa Yahudi.
Begitu rapatnya hubung-kait di antara bangsa dan agama
Yahudi sehinggakan perkembangan awal sejarah kaum bangsa Yahudi ini di kenali sebagai sejarah awal Bible.
Sejarah awal Bible adalah merujuk kepada tempoh
1
Menurut The Oxford Dictionary of World Religion, Patriarch adalah gelaran yang menggabungkan makna-makna bapa, datuk dan moyang yang memimpin kaum. Para Rabbi Yahudi merujukkan gelaran ini kepada Abraham, Isaac dan Jacob.
271
permulaan sejarah keluarga Israel yang bermula dari Abraham di Kanaan, berkembang menjadi satu kaum bangsa setelah berpindah ke Mesir dan sehingga kembali semula ke Kanaan dibawah kepimpinan Moses.
Di dalam tempoh ini dan di dalam zaman
berkerajaan sesudahnya beberapa covenant utama dibuat di antara Tuhan dengan Patriarch Abraham bangsa
dan kemudiannya
Israel terutama
diperbaharui dengan pemimpin-pemimpin
Moses dan King David pada zaman-zaman kepimpinan
mereka.
Buat pertama kalinya covenant mengenai “ Bumi yang dijanjikan” dibuat dengan Abraham, di mana Tuhan memperkenalkan diriNya sebagai “Tuhan Yang Memberikan Rahmat” ( Blessed) dan juga “ Berkuasa Mengenakan LaknatNya” (Cursed). Melalui covenant yang pertama ini, Tuhan mengarahkan Abraham supaya berpindah dari negeri asalnya di Iraq ke negeri yang dijanjikan untuknya dan juga zuriatnya di Kanaan (Palestin)1.
Sesudah zaman Abraham beberapa covenant yang penting terus diperbaharui oleh Tuhan dengan para pemimpin bangsa Israel. Di antaranya adalah covenant yang dibuat dengan Moses. Pertama kali Tuhan mengadakan covenant dengan Moses di Mesir, dengan memperkenalkan bahawa Dialah Tuhan yang telah menjanjikan sebuah negeri kediaman untuk
Abraham
dan zuriatnya2.
Memandangkan bangsa Israel
mengalami tekanan kezaliman dari pemerintah Mesir, Tuhan telah memerintahkan
1 2
Genesis, 12: 1-7 Exodus, 6: 2-4
272
Moses membawa kaum bangsanya Israel keluar dari Mesir ke “ Bumi yang dijanjikan” untuk mereka di Kan’an.
Sesampainya di Sinai dalam perjalanan menuju Kanaan, sekali lagi Tuhan mengadakan covenant dengan Moses di Mont Sinai.
Covenant
ini mempunyai
keistimewaan dan dianggap yang terpenting sekali di dalam tradisi kepercayaan dan amalan agama Yahudi. Melalui covenant in Moses merima Torah (Heb. Tohr’-uh) bermakna arahan ( commandment ). Torah ini mengandungi 10 arahan dari Tuhan yang dengan itu juga ia dikenali
sebagai “ Ten Commandment”.
Di samping terus
memperkukuhkan persetian dan hubungan Israel dengan ketuhanan Yehweh, Torah ini juga menjadi asas perundangan atau Syari’ah di dalam kehidupan beragama kaum bangsa Yahudi.
Namun apa yang paling penting ialah covenant di Mont Sinai ini adalah dianggap sebagai asas kepada kitab suci agama Yahudi (Jewish Bible). Menurut The Encyclopedia of Jewish Religion, bahawa Torah adalah bahagian pertama dan paling utama di dalam Jewish Bible. Ia dianggap sebagai wahyu yang diturunkan secara langsung dari Tuhan dalam bentuk bertulis (Written Torah ). Sementara itu lain-lain bahagian dari Jewish Bible iaitu Neviim dan Ketuvim yang dikatakan penulisan para Nabi dan para Pendeta Yahudi dianggap sebagai ( Oral Torah ), iaitu penjelasan lisan dari Moses terhadap Torah yang di sampaikan dari satu generasi ke genesari yang lain. Bertitik-tolak daripada
(Oral Torah) ini terhasilnya penulisan agama yang lebih
terkemudian seperti Mishnah dan Gemara yang kemudiannya tergabung di dalam
273
Talmud sebagai penjelasan kepada hukum-hukum Torah. Bagaiamanapun samada “written Torah” ataupun “Oral Torah” semuanya dianggap suci kerana semuanya berasal dari wahyu dari Mt. Sinai1.
Sesudah zaman Moses covenant yang agak terkenal di dalam Bible ialah covenant dengan King David atau “Davidid covenant”. Ia adalah jaminan
rahmat
(Blessed) dari Tuhan ke atas kerajaan King David dan kaum bangsanya Israel di Jerusalem selagi mereka terus setia bertuhankan Yehweh (Tuhan Israel ). Berasaskan kenyataan-kenyataan ini kaum Yahudi terus menerus
mendakwa Palestin adalah
tanah suci warisan mutlak milik mereka, sebagaimana yang telah dijanjikan ( the Promised Land ) di dalam Bible .
Demikianlah covenant yang mengutarakan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ untuk Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam kitab sucinya Jewish Bible, kitab yang dianggap berasal dari wahyu Tuhan.
Dengan ini konsep yang berasaskan Bible
(Biblical concept) ini telah menjadi sebahagian dari ‘aqidah kepercayaan di dalam agama Yahudi. Berdasarkan covenant ini , kaum Yahudi berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa Tuhan telah menjanjikan
kepada mereka
sebagai bangsa
pilihanNya, sebuah negeri kediaman (homeland) di bumi Kanaan ( Palestin). Dengan itu mereka mempercayai sepenuhnya bahawa bumi Kanaan (Palestin)
adalah “ Bumi
yang yang dijanjikan “ untuk bangsa Israel ataupun kesimpulannya ia adalah bumi Israel ( Eretz Yisrael).
1
The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 65-66
274
Bagaimanapun persoalan covenant yang disebut di dalam Bible ini juga disebut di dalam al-Qur’an kitab wahyu Tuhan yang terakhir tetapi dengan konsep yang berbeza .
Memandangkan
persoalan ini disebut di dalam kedua-dua kitab yang
berasaskan wahyu tetapi dari perspektif yang berbeza, satu kajian yang teliti mesti dilakukan. Namun setelah diteliti setiap covenant khususnya yang memperkatakan konsep “ Bumi yang dijanjikan” jelas ia merujuk kepada apa yang di sebut sebagai mithaq di dalam al-Qur’an dan setiap
kenyataan covenant itu
memerlukan
perbincangan semula.
Secara umumnya siri-siri covenant yang dikatakan persetiaan Tuhan dengan Israel yang bermula dari Noah, Abraham, Moses dan David adalah mithaq Allah (s.w.t.) dengan para NabiNya.
Menurut Yahudi Tuhan mengadakan covenant
berasaskan terima- tara melalui Patriarch dan pimpinan Israel seperti Moses dan David. Apa yang dimaksudkan terima-tara
iaitulah
perjanjian/persetiaan bahawa Israel
bertuhankan Yehweh dan Yehweh menjadikan Israel sebagai BangsaNya. Menurut Islam pula berdasarkan penjelasan al-Qur’an, bahawa mithaq itu adalah persetiaan di antara Allah (s.w.t.) dengan para Nabi dan RasulNya mengenai tanggung-jawab menegakkan agamaNya tanpa dikhususkan kepada mana-mana etnik dan keturunan . Begitupun ada juga Allah (s.w.t.) secara lebih khusus telah mengadakan mithaq dengan Bani Isra’il melalui nabi-nabi mereka. Hal ini di antaranya di sebut di dalam alQur’an;
275
Teruslah bertaqwa kepada kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari )
.7
Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari Engkau sendiri (Wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa Ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia Yang 1
;(teguh (bagi menyempurnakan apa Yang ditugaskan kepada mereka
70. Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka Dengan membawa apa Yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh Yang sebahagian lagi2.
Mengenai Covenant yang terawal di dalam Bible di antara Tuhan dengan Noah, ia hanyalah mengenai janji Tuhan yang akan menganugerahkan Noah dengan zuriat yang baik sahaja3 tanpa rujukan kepada “Bumi yang dijanjikan”. Namun kaum Yahudi menghuraikan zuriat Noah yang baik dan mendapat keberkatan Tuhan itu adalah 1
Al-Ahzab, 33: 7 Al-Ma’idah, 5: 70 3 Genesis, 9 2
276
mereka, bangsa Israel. Ini dihuraikan sepanjang (Genesis, 10-11) di mana akhirnya di dalam (Gen., 11: 27) menyatakan kelahiran bapa mereka Abraham dari bapa-bapanya Terah putera kepada Nahor dari zuriat Shem). Sedangkan menurut al-Qur’an1;
48. Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) Dengan Selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat Yang bersama-samamu. dan (dalam pada itu) ada umatumat dari keturunan mereka Yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami Yang tidak terperi sakitnya".
Menurut Ibn Kathir, bahawa Allah (s.w.t.) mengucapkan selamat dan sejahtera ke atas Nuh (a.s.) dan ke atas para pengikutnya yang beriman sesudah selamat dari Tawfan dan seterusnya ke atas setiap diri yang beriman dari zuriat mereka itu sehingga ke hari Qiamat2. Difahami berdasarkan ayat dan tafsirannya ini bahawa ucapan ataupun jaminan selamat sejahtera (blessing) dari Allah (s.w.t.) adalah untuk seluruh jiwa yang beriman bermula dari awal zuriat Nuh (a.s.) sehinghga ke hari Qiamat.
Mengenai covenant yang menyentuh tentang “ Bumi yang dijanjikan “ iaitulah Bumi Kanaan buat pertama kalinya hanyalah dibuat oleh Tuhan pada zaman Abraham 1 2
Hud, 11: 48 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 729,
277
(Abrahamic covenant)1. Ia bermula sewaktu Abraham masih lagi berada di negeri asalnya, Kaldan di Iraq. Seterusnya
covenant seperti itu diulangi beberapa kali
sepanjang tempoh Abraham telah menetap di Kannan. Dalam hal ini Allah (s.w.t.) menceritakan di dalam al-Qur’an2;
71.Dan Kami selamatkan Dia (Ibrahim) dan Nabi Lut ke negeri Yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia. 72.Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang Yang soleh.
Menurut al-Tabari3, Allah (s.w.t.) selamatkan Ibrahim dan Lut dari bakaran api kaumnya dan ditempatkan ke negeri diberkati Allah (s.w.t.), iaitu Syam. Jelas menurut al-Qur’an dan tafsiran para Ulamanya bahawa Allah tidak pernah sekali-kali menjanjikan kepada Ibrahim mana-mana bumi yang dikhususkan untuknya dan zuriatnya yang di dakwa oleh Yahudi merujuk kepada mereka sahaja, bangsa Israel. Apa yang digambarkan di dalam al-Qur’an, pertama Allah (s.w.t.) selamatkan Ibrahim (a.s.) dari bakaran api raja kafir yang zalim di negeri asalnya Iraq. Seterusnya beliau digerakkan Allah (s.w.t.) bersama anak saudaranya Lut (a.s.) berhijrah ke negeri yang
1
Gen.,. 12, 13, 14, 15 dan 17 Al-Anbiya’, 21: 71-72 3 Al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.10, loc.cit. hal.6045 2
278
diberkatkanNya iaitu Syam dan dijanjikan penganugerahan anak-anak dan zuriat yang salih serta akan turut dilantik menjadi Nabi.
Berkenaan kisah Musa (a.s.) diperintahkan Allah (s.w.t.) membawa kaumnya Bani Isra’il memasuki Tanah Suci Bait al-Maqdis, juga di sebut di dalam al-Qur’an1;
1
Al-Ma’idah, 5: 21-26
279
21. (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) Yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang Yang rugi (di dunia dan di akhirat)". 22. mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum Yang gagah perkasa, dan Sesungguhnya Kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka Sesungguhnya Kami akan masuk (ke negeri itu)". 23. berkatalah dua lelaki di antara orang-orang Yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi Yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang Yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang Yang beriman" 24. mereka (Menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu". 25. Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya Aku tidak dapat Menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara Kami Dengan kaum Yang fasik itu". 26. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau Dengan bingungnya (di sepanjang masa Yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang fasik itu".
Melalui ayat-ayat ini jelas bahawa Musa (a.s.) mengajak kaumnya melaksanakan perintah Allah (s.w.t.) yang memerintahkan mereka memasuki Bait alMaqdis dan membebaskannya dari penguasaan kaum Kafir. Musa (a.s.) mengingatkan 280
perintah Allah (s.w.t.) itu beserta dengan larangannya iaitu jangan sesekali mundur ke belakang dan akibatnya jika Bani Isra’il enggan memasuki kota suci dan enggan memerangi kaum kafir itu, mereka akan mengalami kerugian. Ternyata kaum Bani Isra’il bertindak bertentangan 100% dengan perintah Allah dan RasulNya. Mereka enggan melaksanakan perintah Allah dan sebaliknya melanggar larangan Allah. Begitu juga akibat dari itu mereka telah menanggung kerugian. Allah (s.w.t.) wafatkan Musa (a.s.) dan seluruh kaumnya itu diharamkan (tidak diizinkan) oleh Allah untuk sampai ke Bait al-Maqdis. Mereka terpaksa merayau-rayau kerana tidak menemui jalan menuju ke Tanah Suci itu sehingga ke akhir hayat.
Mengenai janji Tuhan kepada King David (Dawud a.s.) tentang pewarisan “Bumi yang dijanjikan” melalui Davidid Covenant, mengandungi dua perkara utama. Pertama jaminan bahawa takhta kerajaan David akan berkekalan diwarisi oleh zuriatnya1. Seterusnya jaminan bahawa bangsanya akan mendiami Bumi Israel buat selama-lamanya di mana mereka tidak akan melakukan penghijrahan ke mana-mana lagi2.
Kenyataan dari Bible itu pertamanya tidak selaras dengan kenyataan al-Qur’an yang menceritakan bahawa
Allah (s.w.t.) telah menjelaskan kepada hambaNya
Dawwud (a.s.) tentang pewarisan bumi Allah ini.
Menurut al-Qur’an bahawa
pewarisan bumi Allah adalah terbuka kepada hamba-hambaNya yang salih 3. Selain dari itu kenyataan-kenyataan dari Bible itu
bercanggah sama sekali dengan fakta-fakta
1
Psalm, 89: 3-4 2 Samuel, 7: 10 3 Al-Anbiya’ : 105 2
281
sejarah. Pertamanya sejarah membuktikan bahawa takhta King David sebagai raja pemerintah kerajaan Israel seluruhnya hanya sempat diwarisi oleh pewarisnya dalam satu generasi sahaja iaitu puteranya King Solomon.
Sesudah itu kerajaan Israel
mengalami perpecahan dan takhta kerajaan terlepas dari warisan King David, kecuali terbatas di sekitar Jerusalem sahaja.
Fakta kedua yang paling jelas ialah sejarah pengusiran bangsa Israel daripada Tanah Suci Jerusalem sebanyak dua kali1. Ini jelas bercanggah dengan jaminan Tuhan kepada King David di dalam Bible. Kali pertama bangsa Israel diusir dan terbuang dari Tanah Suci Jerusalem melalui peristiwa “ pembuangan di Babylon (589 s.m.) oleh Nebuchadnezar.
Kali keduanya melalui peristiwa “ pemusnahan terakhir “ kota
Jerusalem (70 m.) oleh Titus dari Romawi yang telah membawa bangsa Yahudi menjadi Yahudi Diaspora di Eropah. Kewujudan Yahudi Diaspora di Eropah berkekalan sehingga ke zaman moden.
Demikianlah penjelasan-penjelasan al-Qur’an mengenai apa yang dikatakan covenant di dalam Bible. Kebanyakannya adalah merujuk mithaq (perjanjian) di antara Allah (s.w.t.) dengan para Rasul utusannya (a.s.) bersama-sama dengan umat mereka terutamanya Bani Isra’il.
Berdasarkan penjelasan dari al-Qur’an terutama mengenai tragedi kemusnahan kota Bait al-Maqdis dan pengusiran penduduknya Bani Isra’il, dapat difahami bahawa kaum Yahudi terbuang dari Jerusalem dan mengalami kehidupan diaspora selama 1
Hal ini turut dijelaskan oleh al-Qur’an, (al-Isra’, 17 : 4-7)
282
hampir 2000 tahun yang lalu kerana kemurkaan dan balasan dari Tuhan. Ini kerana mereka bukan sahaja telah mensia-siakan
amanah Allah (s.w.t.) dengan tidak
menegakan agamaNya, malah sebaliknya melakukan kemungkaran besar di Tanah Suci Bait al-Maqdis (Jerusalem). Selain dari al-Qur’an, Bible juga turut mencatatkan kisahkisah tentang kesesatan dan kejahatan golongan elit Bani Isra’il. Antaranya mereka telah menjadi penganjur amalan penyembahan berhala dan menyakiti para Nabi Utusan Allah (s.w.t.) serta membunuh sebahagian dari mereka.
Namun bagi pihak
Yahudi walaupun menjalani
kehidupan di dalam era
diaspora kepimpinan masyarakat mereka yang berpusat kepada para Rabbi terusmenerus menghidupkan ‘aqidah kepercayaan yang berasaskan Bible bahawa Tuhan telah menjanjikan untuk mereka negeri kediaman (homeland) di Kanaan . Memandangkan pada zaman moden ini wilayah yang disebut Kanaan di dalam Bible berdasarkan sempadannya yang ditandai dari “ Dan ke Beersheba” kenali sebagai Palestin, wilayah tersebut telah dituntut oleh kaum Yahudi Diaspora sebagai Tanah air bangsa Israel yang bersejarah.
Pada zaman moden ini kumpulan masyarakat Yahudi diaspora yang berjaya di dalam perjuangan mereka menuntut kembali ke Palestin ialah pergerakan Zionisme. Pergerakan ini telah menyerapkan konsep covenant sebagaimana yang tercatat di dalam Bible ke dalam The Protocols of the Elders of Zion1. Protokol-protokol ini merupakan dokumen mengenai dasar-dasar dan matlamat perjuangan pergerakan Zionisme yang
1
Lihat, Henry Ford, The International Jew and the Protocols of the Elders of Zion, (t.t.) Global Books, Johannesburg, hal. 163-164, hal. 210 & hal. 219.
283
ditubuhkan di akhir abad ke 19 untuk kembali menubuhkan sebuah kerajaan (kingdom) Bangsa Israel di Palestin yang berpusat di Zion, Jerusalem.
Walaupun pimpinan terawal pergerakan ini yang lahir di Eropah pada akhir abad ke 19 m., bukanlah terdiri daripada para Rabbi, tetapi umumnya adalah para sarjana dan ahli politik chauvanis Yahudi yang berjaya menggunakan sentimen dan aspirasi seluruh kaum Yahudi diaspora. Aspirasi dan impian kaum-bangsa mereka yang selamanya hidup dengan semangat “ kembali ke Zion” telah dipergunakan sepenuhnya oleh kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai “ zionis ”.
Walaupun pada hakikatnya latar belakang kelahiran pergerakan Zionisme adalah daripada ajaran Jewish Bible1, namun pada awal kemunculannya di Eropah pada akhir abad ke 19 pergerakan ini lebih ditonjolkan sebagai satu pergerakan bersifat sekular dan tidak membawa mesej perjuangan Negara teokrasi Judaism. Penonjolan imej sedemikian semata-semata merupakan satu strategi politik pergerakan ini untuk mendapatkan pertolongan daripada Negara-negara Kristian Eropah dalam usaha mereka mendapatkan hak ke atas bumi Palestin. Ini kerana latar-belakang golongan Yahudi dan Kristian pernah melalui sejarah permusuhan yang pahit di Palestin pada zaman-zaman awal Kristian di abad pertama Masehi.
Apa yang jelas dan ketara di dalam perjuangan kumpulan ini ialah mereka berpegang kuat dengan kenyataan-kenyataan Bible mengenai “ Bumi yang dijanjikan “
1
Nur Masalha, The Bible & Zionisme, ( 2007), Zed Book, London. hal. 135.
284
sebagai dokumentasi sejarah1.
Berasaskan dokumen-dokumen sejarah ini para
pemimpin Zionisme telah berusaha bersunggoh-sunggoh untuk merealisasikan sebuah penubuhan Negara yang disebutkan itu termasuk menghapuskan halangan-halangannya. Halangan terbesar bagi mereka terhadap usaha tersebut adalah Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang menentang keras usaha yang dibuat oleh pertubuhan Zionis ini.. Ini kerana pada zaman kemunculan Zionisme di abad ke 19 itu, Palestin berada di dalam pemerintahan Turki ‘Uthmaniyyah.
Oleh itu empayar Islam itu telah diusahakan
kejatuhannya melalui Perang Dunia I2.
Pembebasan Palestin daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah sesudah Perang Dunia I diikuti dengan pendudukan Inggeris yang diizinkan oleh Liga Pertubuhan Bangsa3 dengan sebutan istilah “ mandat British”. Di dalam tempoh “mandat British “ ini pergerakan Zionis Yahudi telah berjaya mendapatkan kenyataan rasmi dari kerajaan British berkenaan status masa depan Negara kebangsaan Yahudi. Kenyataan yang dikenali sebagai “ Deklarasi Balfour 1917 “ mengisytiharkan bahawa sebuah negara kebangsaan Yahudi akan ditubuhkan di Palestin. Berasaskan deklarasi ini pergerakan Zionis telah melakukan agitasi untuk mempercepatkan penubuhan Negara yang diisytiharkan. Agitasi Zionis yang berterusan ini menyebabkan British menamatkan pendudukannya dan ini memberi ruang kepada pergerakan Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Israel dengan rasminya pada tahun 1948. perkembangan-perkembangan
Berdasarkan
sejarah ini jelas bahawa penubuhan Negara Israel pada
1
The Bible & Zionism, op.cit. hal. 2. Lihat, International Jew and the Protocols of the Elders of Zion, op.cit. hal. 196. 3 kemudiannya selepas Perang Dunia ke II dikenali sebagai United Nation ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 2
285
tahun 1948 adalah berkait rapat dengan covenant yang mengutarakan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ sebagaimana yang disebut di dalam Jewish Bible.
Itulah serba ringkas latar belakang sejarah penubuhan Negara Kebangsaan Israel yang
berasaskan konsep “Bumi yang dijanjikan” menurut kepercayaan
Yahudi
sebagaimana yang termaktub di dalam kitab sucinya Jewish Bible. Namun dari sudut pandangan Islam, asas penubuhan Negara Israel yang berdasarkan konsep “ Bumi yang dijanjikan” menurut Bible adalah dipertikaikan. Memang diakui konsep tersebut adalah berasaskan siri-siri covenant sebagaimana yang termaktub di dalam Bible. Namun sepanjang analisa dari sudut pandangan Islam “perjanjian” (covenant ) di dalam Bible itu sendiri dipertikaikan. Pertamanya covenant di dalam Bible yang boleh dikatakan hampir menyamai (mithaq) di dalam al-Qur’an, tidak menyamainya dari sudut konsep dan maksud (maqasid ) umumnya. Tidak seperti penjelasan Bible bahawa covenant itu adalah “ perjanjian” atau “ persetiaan” yang hanya dibuat di antara Tuhan dengan bangsa pilihanNya Israel sahaja. Al-Qur’an sebaliknya menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.) mengambil persetiaan daripada Bani Isra’il melalui Nabi-Nabi mereka sebagai memperbaharui ikrar dan sumpah setia mereka sebagai anak-anak Adam (a.s.) yang diadakan semenjak berada di alam Ruh.
Begitu juga Allah (s,w.t.) mengambil mithaq dari Bani Isra’il kerana mereka sebagai pengikut Syari’ah berasaskan Tawrah (Torah) Musa (a.s.), adalah pemegang amanah Syari’ah Allah (s.w.t.) pada zaman itu. Allah (s.w.t.) sentiasa memperbaharui mithaqNya dengan Bani Isra’il setiap kali bersama dengan kedatangan Nabi-Nabi baru
286
yang menggantikan Nabi-Nabi yang telah wafat kerana mereka sering lalai dan mengabaikan kewajiban melaksanakan ‘Ubudiyyah setulusnya kepada Allah. Ini dapat disaksikan sendiri melalui catatan-catatan al-Qur’an dan juga Bible bahawa mereka pernah melakukan penyembahan berhala di saat ketiadaan Nabi-Nabi mereka.
Di samping bertentangan dengan penjelasan-penjelasan dari al-Qur’an , isi kandungan dan taraf Bible sebagai kitab suci berasaskan wahyu juga turut dipertikaikan oleh para sarjana Barat. Ini disebabkan punca utamanya adalah disiplin penulisan Bible yang tidak terkawal kerana di sumbangkan oleh terlalu ramai para penulis yang tidak diketahui latarbelakangnya. Penulisannya ini mengambil masa yang sangat panjang, iaitu lebih dari 1000 tahun untuk menyelesaikannya.
Kesimpulannya berdasarkan analisa Islam dan juga kenyataan-kenyataan para cendekiawan Barat mengenai isi kandungan dan keaslian Bible yang diragukan, Islam menolaknya sebagai kitab suci berasaskan wahyu. Berikutan itu juga Islam menolak covenant yang menjadi asas kepada
konsep “Bumi yang dijanjikan”. Ini kerana
covenant di dalam Bible yang semata-mata bersifat kebangsaan Israel adalah tersasar dari konsep mithaq dari Allah (s.w.t.) dengan para Nabi UtusanNya yang merangkumi seluruh umat manusia. Berikutan itu juga Islam tidak boleh menerima penubuhan Negara Kebangsaan Israel moden di atas bumi Palestin pada 14 Mei, 1948 yang jelas berasaskan konsep yang di pertikaikan kesahihannya.
Memandangkan
penubuhan
Negara tersebut sejak 6 dekad yang lalu ditegakkan di atas dasar yang tidak benar,
287
sehingga kini ia terus menjadi penyumbang kepada tragedi kemanusian terburuk pada zaman ini.
288
BIBLIOGRAFI
1
Al-Qur'an al-Karim.
2
Aali Umar, Muhammad bin Ali, 'Aqidah al-Yahudiyyah fi al-Wa'ad Filastin, cet.1, 1424 H. Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah athnaa alNasyr, Riyadh.
3
Encyclopedia of Knowledge, vol. 1,6,7,8,9,10,13,14,18 & 20, Grolier Incorporated, Danbury, Connecticut, U.S.A.
4
Ibn Kathir, 'Imaduddin Abu al-Fidaa' Ismail bin Umar, Tafsir al-Qur'an al-'Azim, Tab'ah jadidah musahhahah munaqqah,cet.1, 1424 H. Dar alAkhyar, Riyadh.
5
------------, Qisas al-Anbiyaa' Tahqiq wa Muraja'ah al-Syeikh Qasim alRifa'ei, Syarikah Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam li al-Tab'ah wa alNasyr, t.t. Beirut..
6
Al-Khallaf, Saud bin Abdul Aziz (Ph.D.), Dirasaat fi al-Adyan: alYahudiyyah wa al-Nasraniyyah, j.1, Maktabah al-Adwaa' al-Salafiyyah, t.t. Riyadh..
7
Al-Khalidi, Salah Abdul Fattah (Ph.D.), al-Syakhsiyyat al-Yahudiyyah min Khilal al-Qur'an' , Dar al-Qalam, t.t. Dimasyq.
8
Al-Maidani, Abdur Rahman Hassan Hanbakah, Al-'Aqidah al-Islamiyyah wa Ususaha, Dar al-Qalam, cet.11, 1423 H. Dimasyq.
9
Al-Masri, Jamil Abdullah Muhamad (Ph.D.), Haadhir al-'Alam alIslamiyy, vol.1, Maktabah al-Obeikan, cet.8,1423 H. Riyadh.
10
Al-Mawsu'ah al-Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab alMasirah, j. 1 & 2, cet. 5, 1424 H. WAMY, Dar al-Nadwah al-'Alamiyyah li al-Tiba'ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi', Riyadh.
11
Al-Mawdudi, Abu al-A'la, The Meaning of al-Qur'an, vol.3, cet.6, 1983, Islamic Publication Ltd., Lahore.
12
Mustafa, Mabruk Muhamad Abdul Sami' (Ph.D.), al-Ta'assub al-Yahud, cet.1, 1413 H. Maktabah al-Sadiq, Taif
13
The New Encyclopedia Britannica, vol. 6, ed.15, 2003.
289
14
Al-Saqa, Ahmad Ahmad Ali, al-Bidayah wa al-Nihayah li Umat Bani Israel, Dar al-Kitab al-'Arabiyy, cet.1, 2004, Qahirah.
15
Al-Sulabiyy, 'Ali Muhamad, al-Dawlah al-Uthmaniyyah: 'Awamil alNahdhah wa Asbab al-Suqut, cet.1, 1421 H. Dar al-Tauzi' wa al-Nasyr al-Islamiyy, Port Said.
16
Al-Suwaidan, Tariq (Ph.D.), Filastin…al-Tarikh al-Musawwar, Syarikah Ibda' al-Fikr, cet.1, 1425 H. Kuwait.
17
Al-Tabari, Abu Ja'afar Muhamad bin Jarir, Jami' al-Bayan 'an Ta'wil alQur'an, j. 9 & 10, cet.1, 1421 H. Dar al-Fikr, Beirut.
Daftar kandungan. hal.
No.
BAB IPENDAHULUAN……………………………………………………………….. 2 1.1
Pengenalan
……………………………………………………………..2 1.2
Latarbelakang kajian
…...………………………….
16 1.2.1
Masalah kajian
………………………………………………….19 1.3
Objektif kajian
……………………………………………………...20 290
1.4
Kepentingan kajian
…………………………………………………………...23 1.5
Methodologi kajian
…………………………………………………………..24 1.5.2
Method kajian
…………………………………………………………...25 1.6
Kajian Lepas
…………………………………………………………...26 1.7
Skop kajian
…………………………………………………………...35 1.7.1
Kerangka kajian
……………………………………………………………
36 BAB II – YAHUDI: BANGSA DAN AGAMA…………………………………………..41 2.1
Yahudi: Latarbelakang sejarah bangsa
……………………………….42 2.1.1
Yahudi menurut etimologi bahasa ………………………………………………
43 2.1.2
Sejarah perkembangan bangsa Yahudi menurut
Bible…………………………..46 2.2
Judaism
……………………………………………………………
57 2.2.1
Judaism menurut etimologi bahasa
……………………………………………...57 2.2.2
Judaism menurut perspektif
Barat……………………………………………….59 2.3
Yahudi dan al-Yahudiyyah menurut Islam………………………………………
74 2.3.1
Yahudi dan Bani Israel………………………………………………………….
74
291
2.3.2
Al-Yahudiyyah menurut Islam………………………………………………….
84 BAB III – KITAB SUCI AGAMA YAHUDI………………………………………….. 100 3.1
Kitab suci agama Yahudi menurut Barat………………………………………
89 3.1.1
Kitab suci agama Yahudi menurut kesarjanaan Barat………………………
90 3.1.2
Kitab suci agama Yahudi menurut tradisi keagamaan Yahudi………………..
94 3.2
Kitab suci agama Yahudi menurut pandangan Islam………………………….
107 BAB IV – COVENANT DAN KONSEP BUMI YANG DIJANJIKAN………………. 124 4.1
Covenant dari perspektif Barat…………………………………………………
125 4.1.1
Covenant dari sudut etimologi bahasa…………………………………………
125 4.1.2 127
Covenant menurut Bible 4.2
……………………………………………………
Covenant dan
Zionism………………………………………………………... 152 4.2.1
Latarbelakang sejarah Zionism………………………………………………...
153 4.2.2
Zionism dan peranannya di dalam penubuhan Negara Israel,1948……………
160 BAB V – ANALISA TERHADAP COVENANT DAN ASAS NEGARA ISRAEL….. 167
292
5.1
Mithaq dari sudut pandangan Islam
……………………………….
167 5.2
Analisa Islam terhadap covenant dan konsep bumi yang dijanjikan…………..
172 5.2.1
Analisa Islam terhadap covenant berdasarkan al-Qur’an dan sumber-sumber
Islam……………………………………………………………………………………. 173 5.2.2
Analisa Islam terhadap asas covenant berdasarkan fakta-fakta sokongan dari
sumber-sumber kesarjanaan Barat……………………………………………………… 235 5.3
Analisa Islam terhadap asas Negara moden Israel……………………………..
237 PENUTUP……………………………………………………………………………… 246
293