LAPORAN SEBELUM BIG
Pada semester kali ini iaitu semester dua, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan . Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain lain -lain yang dirasakan dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Sayong untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan.
Kami telah bergabung dengan kelas H2 dalam menjalankan program BIG ini. Kami telah menghantar beberapa orang wakil untuk bertemu dan berbincang tentang akitiviti BIG ini. Pihak sekolah SK Sayong telah memberi maklum balas yang positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan program motivasi kepada murid-muridnya. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan kami di SK Sayong.
Saya telah ditugaskan ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Anwar. Sebaga i AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah meminta senarai barang-barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan menguruskan ice -breaking, ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan.
Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang-barang yang diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini. Antaranya ialah kertas mahjong, pen marker, kertas A4 putih dan berwarna, fail poket, pensel, kertas laminate, dan pendent.
1
LAPORAN SEMASA BIG
Semasa program BIG berlangsung, kami telah membahagikan beberapa orang pelajar kelas kami untuk menjadi fasiltator. Kumpulan pertama iaitu murid tahun enam di bawah kendalian lapan orang rakan-rakan saya. Meraka ini menjadi fasiltator kepada kumpulan tahun enam.
Bagi tahun lima dan empat pula, mereka ini di bawah kendalian rakan-rakan saya yang lain terdiri daripada sembilan orang. Aktiviti pertama bagi tahun enam ialah sesi µice breaking¶ dan pembentukan kumpulan. Saya telah mengetuai aktiviti pertama ini dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Aktiviti seterusnya pula ialah sesi ceramah yang diketuai oleh saya iaitu Mohammad Taufik B.Ramli dan dibantu oleh Mohd Hisyamuddin b.Tolohah serta Azwan Hakim b.Abd Halim. Sesi ceramah ini menekankan tips-tips untuk menghadapi UPSR. Setelah selesai ceramah,murid-murid tahun enam meneruskan aktiviti ketiga pula iaitu LDK. Aktiviti ini diketuai oleh Syed Anwar b,Syed Mahamud. Aktiviti ini mengambil masa selama satu jam iaitu bermai n permainan bola beracun. Bagi aktiviti kumpulan murid tahun empat dan lima pula, mereka dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh Ekhwannul b,Tajuddin. Aktiviti mereka ini lebih berfokus kepada penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah.
LAPORAN SELEPAS BIG
Setelah selesai semua aktiviti, semua murid dan guru SK Sayong yang terlibat berkumpul di dalam dewan. Hal ini kerana kami mengadakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan saguhati daripada pelatih IPG Ipoh unit H3 dan H2 kepada murid-murid dan pentadbiran sekolah. Majlis tamat dengan ucapan daripada guru Besar SK Sayong dan semua tetamu dijemput menikmati sedikit juadah. Majlis bersurai.
2
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU, (KHIDMAT MASYARAKAT) DI SK SAYONG, KUALA K ANGSAR, KUMPULAN PISMP H3 AMBILAN JANUARI 2010, 8 OGOS 2010.
Pada semester ini iaitu 7 Ogos 2010, k elas H3 telah mengadakan serta menjalankan satu program Bina Insan Guru di SK Sayong. Program ini dijalankan selama tujuh jam iaitu kami semua harus membuat program Khidmat masyarakat di sesuatu tempat. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi. Program ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu murid tahun enam serta murid tahun empat dan lima. Oleh itu, kami telah membahagikan tugas-tugas itu sebelum kami bertolak. Tugastugas yang kami jalankan adalah seperti
Ice Breaking, ceramah, LDK
dan
muhasabah. Aktiviti yang dijalankan untuk tahun empat dan lima pula seperti permainan kecil dan penerapan sahsiah dan nilai -nilai murni dalam diri.
Saya telah ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Sebagai AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah meminta senarai barang-barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan ice-breaking, ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan.
Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang-barang yang diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini. Antaranya ialah kertas mahjong, pen m arker, kertas A4 putih dan berwarna, fail poket, pensel, kertas laminate, dan pendent.
Semasa program BIG berlangsung, kami telah membahagikan kepada beberapa orang kelas kami untuk menjadi fasiltator.Kumpulan pertama iaitu murid tahun enam di bawah kendalian lapan orang rakan-rakan saya dan meraka ini menjadi fasiltator kepada kumpulan tahun enam. Bagi tahun lima dan empat pula, mereka ini di bawah kendalian rakan-rakan saya yang lain seramai sembilan orang. Aktiviti pertama bagi tahun enam ialah sesi µice breaking¶ dan pembentukan 3
kumpulan dan diketuai oleh Muhammad Syamil bin Asanai dan dibantu oleh rakan rakan yang lain. Aktiviti seterusnya pula ialah sesi ceramah yang diketuai oleh Mohammad Taufik bin Ramli dan dibantu oleh Mohd Hisyamuddin bin Tolohah serta Azwan Hakim bin Abd Halim. Sesi ceramah ini menekankan tips-tips kepada pelajar untuk menghadapi UPSR.
Setelah selesai ceramah, murid-murid tahun enam itu meneruskan aktiviti ketiga pula iaitu LDK. Aktiviti ini telah diketuai oleh Syed Anwar bin Syed Mahamud. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu jam dengan bermain permainan bola beracun iaitu sesiapa orang terakhir memegang bola akan diminta menjawab pelbagai soalan. Bagi aktiviti kumpulan murid tahun empat dan lima pula, mereka dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh Ekhwannul bin Tajuddin.
Aktiviti
mereka
ini
lebih
berfokus
kepada
nilai -nilai
murni
dan
pembentukkan sahsiah yang cemerlang.
Setelah aktiviti yang dirancang itu tamat,kami semua telah berkumpul di dalam dewan untuk acara majlis penutupan,Majlis ini telah menggabungkan murid tahun enam dan murid tahun empat dan lima.Suasana sungguh meriah apabila murid-murid yang menyertai progra ini mendapat sedikit sumbangan daripada pihak kami.Kami berasa sungguh bertuah kerana dapat sama-sama merasai pengalaman begini dimana banyak perkara yang dapat kami pelajari
untuk mengadakan
sesebuah program.
Justeru itu, program yang telah kami jalankan di SK Sayong boleh dikatakan berjaya kerana kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat maklum balas yang positif.Sebagai contoh, apabila sesi ceramah dijalankan,keseluruhan murid tidak nampak mengantuk dan bosan. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti ini berjaya.Di samping itu, program begini merupakan program yang pertama pihak H3 lakukan.Oleh sebab itu, kami daripada H3 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
4
REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Pada 8 Ogos 2010, pelatih dari un it H3 PISMP Pengajian Melayu ambilan Januari 2010 telah mengadakan Program Motivasi untuk murid darjah 6 di SK Sayong di Kuala Kangsar. Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Saya telah dilantik untuk menjadi AJK alatan untuk program motivasi ini.
Pada 22 Julai 2010 saya telah berjumpa dan berbincang dengan ketua tentang tugas-tugas yang perlu saya laksanakan sebelum, semasa dan selepas program itu berlangsung. Selepas berbincang, saya telah mencari beberapa orang rakan saya untuk membantu saya menguruskan alatan yang diperlukan untuk program ini.
Pada 28 Julai 2010, saya dan beberapa orang rakan telah datang ke SK Sayong untuk berbincang tentang perjalanan program itu bersama pihak pentadbir dan guru-guru sekolah tersebut. Selepas berbincang bersama dengan guru besar, saya telah mengetahui bagaimana untuk menguruskan perjalanan dan alatan yang diperlukan dalam program motivasi tersebut.
Semasa program motivasi itu berlangsung, saya telah berjumpa dengan Guru Besar SK Sayong iaitu, En. Abdul Rahaman B Mohamed Shah untuk mengingatkan beliau untuk merasmikan majlis penutupan program motivasi tersebut. Selepas guru besar merasmikan majlis penutupan program tersebut pihak sekolah telah memberi cenderamata berupa labu sayong kepada pihak institut. Pihak institut juga tidak lupa untuk memberi sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan dari kami untuk menjalakan program Bina Insan Guru (BIG) ini.
5
Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program bina insan guru sememangnya menepati apa yang diperlukan oleh bakal -bakal guru untuk menjadi seorang guru yang berjaya dari sudut sahsiah, akhlak dan juga pemikiran yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan program ini. Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program ini benar -benar berkualiti dan mencapai tahap yang dikehendaki. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya Tn Hj Mokhtar B Rais di atas komitmen yang dicurahkan dalam membantu saya menjalani program bina insan guru ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat.
6
7
8
9
10
11
12