INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 6/2011 31 MAC 2011 20 11 HINGGA 3 APRIL APR IL 2 011 (KHAMIS ² AHAD) KEM TOK SAKAH, TELUK SENANGIN, SE NANGIN, PANTAI REMIS, PERAK
NAMA MENTOR
: USTAZAH SHARIFAH BINTI
ZAKARIA
NAMA PELAJAR
ABDULLAH
:
NOOR
AZLINDA
BINTI
PELAJAR
B
NAMA
:
NOOR AZLINDA BINTI ABDULLAH
NO. K /P
:
870801-02-5208
TAR IKH IKH LAHIR
:
01 OGOS 1987
TEMPAT LAHIR
:
HOSPITAL DAER AH AH SG. PETANI, KEDAH
UMUR
:
24 TAHUN
STATUS
: BUJANG
PEKER JAAN JAAN
:
GUR U PELATIH
:
013-2220871
NO. TEL ALAMAT R AS ASMI
SK BUKIT JALIL, JALAN 3/155A BUKIT JALIL GOLF R ESO ESOR T 57000 KUALA LUMPUR
ALAMAT TETAP
KG BEKA, KEDAH
NAMA INSTITUT/MAKTAB
:
:
MERBAU
PULAS 09300 KUALA KETIL
INSTITUT PENDIDIKAN GUR U DAR ULA ULAMAN JITR A KEDAH (IPDA)
:
TEMPAT MENGAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN LUMPUR (SK BJ)
KUR SUS SUS
:
KPLI SR LPBS j-QA j -QAF F
OPSYEN
:
PENDIDIKAN ISLAM
KELULUSAN AKADEMIK
IJAZAH SAR JANA JANA MALAYA
:
:
MUDA
BUKIT
KAMPUS
JALIL KUALA
USULUDDIN, UNIVER SITI SITI
PELAJAR
B
NAMA
:
NOOR AZLINDA BINTI ABDULLAH
NO. K /P
:
870801-02-5208
TAR IKH IKH LAHIR
:
01 OGOS 1987
TEMPAT LAHIR
:
HOSPITAL DAER AH AH SG. PETANI, KEDAH
UMUR
:
24 TAHUN
STATUS
: BUJANG
PEKER JAAN JAAN
:
GUR U PELATIH
:
013-2220871
NO. TEL ALAMAT R AS ASMI
SK BUKIT JALIL, JALAN 3/155A BUKIT JALIL GOLF R ESO ESOR T 57000 KUALA LUMPUR
ALAMAT TETAP
KG BEKA, KEDAH
NAMA INSTITUT/MAKTAB
:
:
MERBAU
PULAS 09300 KUALA KETIL
INSTITUT PENDIDIKAN GUR U DAR ULA ULAMAN JITR A KEDAH (IPDA)
:
TEMPAT MENGAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN LUMPUR (SK BJ)
KUR SUS SUS
:
KPLI SR LPBS j-QA j -QAF F
OPSYEN
:
PENDIDIKAN ISLAM
KELULUSAN AKADEMIK
IJAZAH SAR JANA JANA MALAYA
:
:
MUDA
BUKIT
KAMPUS
JALIL KUALA
USULUDDIN, UNIVER SITI SITI
PR AKATA AKATA Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Allah s.w.t. kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru ( BIG) Siri 6/2011 pada kali ini sehingga kami ka mi dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan bagi program BIG kali ini yang telah diamanahkan oleh mentor saya, Ustazah Sharifah binti Zakaria untuk diberi penilaian ke atas saya dalam memenuhi syarat lulus sepanjang saya bergelar guru pelatih KPLI SR LPBS j-QAF, opsyen PENDIDIKAN ISLAM ambilan Januari 2011 dengan mengikuti program BIG ini. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dan juga bonda, En Abdullah bin
Malek
dan Puan
Zaraiah binti Saleh di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya selama ini bagi meneruskan program BIG ini, sekali gus menyempurnakan laporan yang amat bermanfaat ini. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua fasilitator yang terdiri dari kalangan mentor dan jurulatih terutama Kem Komanden iaitu En Azman dan En
osli, R osli,
jurulatih-jurulatih aktiviti darat dan air, LDK serta semuanya yang telah
mengiringi dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Kepada fasilitator kumpulan PI 3, Ustazah Sharifah binti Zakaria jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekasaran dan kesilapan yang telah saya sa ya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Mungkin
ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak
menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya. Melalui
program BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang akan
saya curahkan dan kongsikan dalam laporan ini. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu sebagai guru yang mempunyai jati diri yang terbilang supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak. Sekian terima kasih.
ISI KANDUNGAN BIL
PERKARA
HALAMAN
1
PENGENALAN
1
2
OBJEKTIF
2
3
LAPORAN AKTIVITI HARIAN (BERMULA DARI HARI PERTAMA HINGGA HARI AKHIR)
3 - 18
4
REFLEKSI
19 - 25
LDK Aktiviti Air Aktiviti Darat (Kembara) Persembahan Kumpulan R efleksi Keseluruhan Program
5
LAMPIRAN
Gambar Aktiviti Kertas Kerja BIG Dokumen Berkaitan Dengan BIG
26
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk memenuhi syarat mendapat Diploma Perguruan
Malaysia.
Program ini diletakkan di bawah komponen
Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan KPLI. Pelaksanaan program
BIG
ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru merupakan pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru dan pendidik iaitu selaras dengan hasrat negara yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip R ukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek(JER I). Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri dalam menghadapi cabaran pada era globalisasi ini.
OBJEKTIF
Setelah tamat program BIG ini, para peserta diharapkan akan dapat mencapai objektif berikut: 1.
Meningkatkan
kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis
masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan. 2.
Menunjukkan
3.
Memupuk
sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan.
gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
4. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti. 5.
Melahirkan
modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan
akhlak keguruan yang selaras dengan norma-norma kehidupan. 6.
Meningkatkan
sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik. 7.
Meningkatkan
daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
LAPORAN AKTIVITI HARIAN (BERMULA DARI HARI PERTAMA HINGGA HARI AKHIR)
Pada 31 Mac 2011 sehingga 3 April 2011 baru-baru ini, saya telah menyertai Program Bina
Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman (IPDA) yang bertempat di Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Pantai R emis, Perak. Kumpulan kami merupakan program BIG siri ke 6/2011. Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam, iaitu bermula pada hari Khamis bertarikh 31 Mac 2011 hingga pada hari Ahad bertarikh 3 April 2011. Seramai 75 orang guru-guru pelatih KPLI jQAF ambilan Januari 2011 yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 58 orang perempuan telah mengambil bahagian dalam program ini. Guru-guru pelatih yang terlibat ini adalah dari KPLI j-QAF Kumpulan Pendidikan Islam 1, Pendidikan Islam 2 dan Pendidikan Islam 3. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pelatih, antaranya aktiviti mendirikan khemah, gotong-royong, LDK, slot pembinaan jati diri, ceramah, aktiviti darat (kembara), aktiviti air dan malam kebudayaan.
Banyak
pengalaman dan
pengetahuan baru serta kemahiran baru yang telah saya perolehi sepanjang program ini dijalankan.
HARI PERTAMA (31 MAC 2011, KHAMIS)
Aktiviti 1
: Bertolak ke destinasi
Pada pukul 8.00 pagi, semua guru pelatih telah bersiap sedia dengan berpakaian kemas dan berkumpul di hadapan bangunan GER KO, IPDA dan diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan kami ke lokasi program yang bertempat di Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Pantai R emis, Perak. Sebelum bertolak kami dikehendaki berbaris mengikut kumpulan kuliah masing-masing bagi memudahkan pengiraan ahli kumpulan yang hadir. Selepas ahli kumpulan mencukupi, kami dibahagikan pula kepada beberapa kumpulan kecil iaitu kumpulan 1 hingga kumpulan 6. Kami telah ditetapkan menaiki bas mengikut kumpulan baru yang telah dibentuk. Tepat jam 8.30 pagi, bas bergerak menuju ke destinasi. Setelah hampir 30 minit perjalanan, kami berhenti rehat di R NR Gurun dan diberi masa selama 30 minit untuk minum pagi. Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan berhenti rehat lagi di R NR Gunung Semanggol pada jam 11.25 pagi dalam masa 30 minit. Sekitar jam 1.45 petang, kami pun tiba di lokasi yang telah ditetapkan iaitu Kem Tok Sakah. Setibanya di sana, kami ditugaskan dan dipertanggungjawabkan untuk memunggah barang dari lori seperti alat memasak, air, khemah, bot, kayak dan peralatan lain yang dipinjam dari Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum dan pindahkan ke kawasan kem kami.
Aktiviti 2
: Mendirikan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan
Setelah selesai memunggahkan barang, sekitar jam 2.40 petang kami diberi tunjuk ajar untuk mendirikan khemah oleh Kem Komanden, En Azman. Beliau dengan tekun dan teliti memberikan tunjuk ajar kepada kami. Setiap khemah yang diberi telah ditetapkan ahlinya sebanyak 6 orang bagi setiap satu. Selepas diberitahu lokasi dan cara pemasangan khemah itu, kami pun mula mendirikan khemah kumpulan masing-masing. Akhirnya hampir 30 minit bertungkus lumus, kami berjaya memasang khemah tersebut. Pelbagai ragam yang dapat dilihat ketika pemasangan khemah dibuat. Semuanya ada cara tersendiri bagi membolehkan khemah mereka berdiri teguh. Proses mendirikan khemah ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar kerana kami telah diberi taklimat dan tunjuk ajar oleh En Azman. Sepanjang
proses mendirikan khemah, semua ahli telah menunjukkan semangat kerjasama yang jitu dan semua kerja telah siap dalam masa yang ditetapkan. Sesama ahli kumpulan bertoleransi dan dapat bekerjasama dengan baik tanpa mengira kelas dan status serta umur. Semuanya saling tolong-menolong. Sebagaimana pepatah
Melayu
ada
mengatakan ³Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing´. Selepas mendirikan khemah, kami juga membuat ampaian untuk menyidai pakaian di luar khemah dan membersihkan khemah untuk meletakkan barang-barang peribadi kami. Saya telah belajar teknik untuk memasang khemah dengan betul dan perkara perkara yang perlu diberi perhatian semasa mendirikan khemah melalui aktiviti ini. Semua ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya dan banyak pengetahuan telah saya perolehi dan mungkin dapat digunakan pada masa depan.
Aktiviti 3
: Latihan Dalam Kumpulan 1
Selepas selesai solat asar, kami telah diwajibkan mengikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pertama yang telah bermula tepat pada pukul 5.00 petang di dalam surau. LDK 1 ini telah dikelolai oleh Encik Shuib bin Hamid. Aktiviti ini dimulakan dengan ³ice breaking´
yang bertujuan membolehkan kami mengenali antara satu sama lain yang
kebanyakannya dari kumpulan kuliah yang berbeza dan mungkin tidak berkesempatan berkenalan antara ahli kumpulan yang lain sebelum ini. Kami diminta duduk dalam barisan mengikut kumpulan aktiviti masing-masing. Kemudian, kami dikehendaki bersalaman dengan rakan-rakan di hadapan, belakang, kiri dan kanan di samping mengucapkan salam perkenalan bagi yang belum kenal. Kami juga dikehendaki bergerak pantas mencari rakan yang lahir pada bulan yang sama, rakan yang memakai warna baju yang sama, dan macam-macam lagi.
Bagi
setiap
aktiviti yang dijalankan seorang peserta dikehendaki memperkenalkan diri secara ringkas kepada semua peserta. Selain itu, kami juga dikehendaki duduk dalam bulatan yang besar mengikut ketinggian yang teratur. Aktiviti LDK 1 ini lebih menjurus kepada sesi perkenalan antara peserta BIG di samping menguji tahap kepekaan dan kerjasama kami dalam menjadikan sesuatu aktiviti yang diamanahkan berjalan dengan lancar. Selain itu, ia juga bagi menanam sifat keyakinan yang tinggi dalam diri apabila dikehendaki memperkenalkan diri di hadapan khalayak ramai tanpa rasa gugup. Ini kerana, sebagai seorang guru kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang kadangkala
datang tanpa diduga. LDK 1 ini berakhir sekitar jam 6.00 petang. Kami berasa sungguh gembira dan terhibur dengan cara En Shuib mengendalikan aktiviti ³ice breaking´ ini, di samping dapat menambah kenalan baru.
Aktiviti 4
: Sesi Kerohanian
Tepat pukul 7.30 malam, kami dikehendaki berkumpul di tepi pantai, di mana kami bersembahyang secara berjemaah di situ. Suasana malam itu sungguh syahdu dilitupi oleh langit yang cerah dan bintang yang berkelipan. Solat maghrib pada malam itu telah diimamkan oleh mentor kami iaitu Ustaz Mohd Fikri b. Hj Ismail. Setelah selesai solat, kami diberikan sedikit tazkirah oleh beliau. Kemudian, kami mengadakan bacaan yassin secara berjemaah diikuti oleh bacaan tahlil sehinggalah masuknya waktu solat Isyak. Pada malam itu juga, kami telah diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti untuk keesokkan harinya. Dengan jumlah bilangan kami yang ramai, para jurulatih terpaksa membahagikan kami kepada dua kumpulan di mana kumpulan aktiviti 1, 2, dan 3 bercantum menjadi kumpulan A. Manakala kumpulan 4, 5, dan 6 menjadi kumpulan B. Ini bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan perjalanan aktiviti kami. Untuk hari kedua di sana, kami dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti lasak iaitu aktiviti darat (kembara) dan aktiviti air dengan mengikut kumpulan baru yang telah ditetapkan.
Aktiviti 5
: Latihan Dalam Kumpulan 2
Setelah semuanya selesai, tepat pukul 9.30 malam aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang kedua di tepi pantai. Dalam LDK 2 ini, kami telah diberikan tugasan. Sebelum memulakan tugas, kami telah diberikan penerangan ringkas oleh En Shuib berkenaan aktiviti yang harus setiap kumpulan aktiviti laksanakan. Situasi yang diceritakan oleh En Shuib ialah mengenai sebuah kapal yang pergi berlayar ke sebuah pulau dengan bilangan penumpang seramai 100 orang. Namun apabila tiba di pertengahan jalan, kapal ini mengalami masalah. Ianya semakin hampir karam. Oleh yang demikian, seorang demi seorang dibuang ke laut sehinggalah hanya tinggal 10 orang sahaja. Tetapi anda sebagai nakhoda kapal perlu memilih daripada 10 orang penumpang yang tinggal itu, hanya 4 orang sahaja yang dirasakan perlu dan layak berada di kapal tersebut supaya ianya tidak karam dan selamat sampai di sebuah pulau
nanti. 4 orang yang dipilih itu mestilah disertakan sebab dan alasan mengapa mereka dipilih. Apabila semuanya telah faham arahan dan situasi yang digambarkan oleh En Shuib, maka setiap kumpulan pun memulakan tugas berkumpulan. Kami diberikan masa selama 10 minit sahaja bagi menyiapkan tugasan ini. Kemudian, wakil bagi setiap kumpulan mesti tampil ke hadapan bagi membentangkan perbincangan yang telah diputuskan. Pelbagai jawapan telah diberikan oleh setiap kumpulan. R umusan
yang saya dapat dari aktiviti LDK 2 ini ialah bagaimana caranya kita
mengambil sesuatu keputusan yang tepat dengan keadaan diri yang bertenang dan tajam fikiran iaitu berfikir sedalam-dalamnya sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Sikap ini sangat penting bagi kita sebagai seorang guru dalam mengambil sesuatu keputusan tanpa menurut kehendak emosi semata-mata, bahkan memikirkan soal baik buruk sesuatu perkara itu. Di samping itu, LDK ini juga memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dalam mencurahkan idea dan memberikan pendapat serta pandangan yang bernas. Ini membantu minda kita supaya sentiasa berfikir ke arah yang positif. Aktiviti LDK 2 ini, diakhiri dengan tayangan slideshow berkaitan µsemangat angsa¶ iaitu semangat kekitaan yang perlu ada dalam diri setiap individu yang bergelar guru di samping irama nasyid yang menyentuh jiwa. Kemudian, kami dijamu makan ³ supper´.
Tepat jam 11.00 malam kami dikehendaki masuk tidur di dalam khemah
yang telah kami siapkan petang tadi. Ini bagi membolehkan kami mendapat rehat yang cukup untuk meneruskan aktiviti yang lebih mencabar pada keesokkan harinya.
HARI KEDUA (01 APRIL 2011, JUMAAT)
Aktiviti 1
: Sesi Kerohanian, Patriotik & Senaman Pagi
Pada hari kedua, semua peserta BIG dikehendaki berkumpul di surau untuk solat subuh berjemaah pada pukul 6.00 pagi. Setelah selesai solat, kami diberikan sedikit tazkirah oleh salah seorang rakan kami iaitu Saudara R azif. Tepat pukul 7.00 pagi, kami dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi menaikkan bendera seterusnya menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPDA. Kemudian, kami melakukan sedikit aktiviti senaman bagi menyihatkan badan. Pada pukul 7.30 pagi kami bersarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti seterusnya mengikut kumpulan baru yang telah dibentuk.
Aktiviti 2
: Aktiviti Darat (Kembara)
Selepas bersarapan pagi, tepat pukul 8.00 pagi kami telah berkumpul dan bersiap sedia untuk bergerak ke aktiviti seterusnya. Saya merupakan salah seorang ahli dari kumpulan B,
kami dikehendaki untuk bergerak ke kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti darat
iaitu kembara hutan. Kami ke sana hanya dengan berjalan kaki melalui laluan kawasan kelapa sawit yang basah dalam masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke kawasan pendakian. Aktiviti darat ini juga telah dibimbing oleh pensyarah kami yang lebih berpengalaman. Sebelum aktiviti kembara mendaki bukit ini dijalankan, Encik Azman bin Aris, ketua jurulatih kami telah memberi taklimat ringkas kepada kami. Beliau juga memberi penerangan mengenai keselamatan, laluan kembara dan sedikit peringatan yang harus dipelihara sepanjang kami di dalam hutan nanti. Beliau berpesan agar kami sentiasa menjaga percakapan, adab dan akhlak ketika berada di hutan. Selain itu juga, beliau berpesan agar sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan kembara itu. Di samping itu, setiap peserta dikehendaki sentiasa memastikan jumlah peserta yang terlibat dalam aktiviti kembara ini mencukupi iaitu seramai 37 orang. Selepas itu, Encik Azman menjemput Saudara Muhammad Mustaqim bin Basri untuk membacakan doa sebagai permulaan perjalanan kami agar dipermudahkan dan dijauhkan dari sebarang musibah atau pun perkara yang tidak diingini. Perjalanan kembara mendaki bukit bermula sekitar jam 8.30 pagi.
Perjalanan kami bermula dengan melalui laluan yang memerlukan pendakian. Cabaran pertama kami memang sangat mencabar kerana selepas 10 minit kami memasuki hutan, awan menjadi gelap dan hujan mula turun renyai-renyai. Tidak lama selepas itu, hujan mula turun lebat. Namun kami tetap meneruskan perjalanan untuk sampai ke ³check point´ pertama. Di ³check point´ pertama ini, kami diminta untuk memperkenalkan diri setiap seorang. Setiap daripada kami perlu menyebut nama, asal, status dan mengajar di sekolah mana. Ketika itu juga, hujan mulai lebat dan kami pun memakai baju hujan yang telah dibawa. Sesi suaikenal ini memakan masa hampir sejam bagi membolehkan setiap orang berpeluang untuk memperkenalkan diri. Ini bagi menonjolkan sifat keyakinan yang tinggi. Perjalanan kami seterusnya menjadi semakin mencabar apabila ³track´ yang kami akan lalui licin kerana air hujan yang turun membasahi laluan kami itu. Keselamatan ketika ini sangat diutamakan. Disebabkan laluan yang licin, kami terpaksa memegang dahan-dahan pokok yang berada berhampiran kami bagi mengelakkan tergelincir. Dalam keadaan seperti ini, kerjasama dan sikap tolong-menolong amatlah penting sesama peserta bagi mengelakkan perkara buruk terjadi. Selepas lebih 30 minit berjalan, kami berhenti rehat seketika di ³check point´ kedua bagi menghilangkan rasa penat berjalan dan mendaki di hutan berkenaan. Kami diberi makan roti setiap seorang dan minum air mineral yang telah dibekalkan kepada kami. Ketika ini kami dimaklumkan oleh Encik Azman bahawa terdapat lagi dua bukit yang harus kami daki. Setelah berehat seketika, kami meneruskan lagi perjalanan. Pada kali ini, laluan yang kami lalui masih dalam keadaan berbahaya walaupun hujan telah berhenti. Setiap daripada kami harus sentiasa berwaspada dengan keadaan tanah yang licin, dahan-dahan pokok yang berduri agar tidak terpegang di samping pacat yang banyak berkeliaran di sekitar kami kerana cuaca yang hujan. Ketika ini, rasa yakin dalam diri amat penting bagi membolehkan kami melalui cabaran tanah yang licin itu. Ini kerana, tanah yang licin itu menjadi bertambah licin apabila telah dilalui oleh rakan sebelum ini. Perjalanan kami juga sentiasa terberhenti kerana kami terputus dari rantaian rakan yang berada di hadapan mahupun yang di belakang. Selepas hampir 1 jam lebih kami mendaki, akhirnya kami mulai menuruni kawasan bukit itu. Kami juga dikehendaki melakukan aksi abseiling menggunakan tali yang dipasang oleh Encik
Azman bagi memudahkan penurunan kami ke bawah bukit. Pengalaman abseiling ini sangat menyeronokkan bagi saya. Sementara menunggu rakan lain menuruni bukit itu, kami dibenarkan berehat sebentar di satu kawasan bawah bukit itu iaitu ³check point´ terakhir. Sekali lagi kami berhenti bertujuan untuk memastikan bilangan peserta yang mengikuti aktiviti kembara ini mencukupi. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan sehingga akhirnya kami menemui jalan bertar. Kami pun meneruskan perjalanan untuk kembali ke kem kami. Kami dikehendaki bergerak dalam barisan. Perjalanan untuk sampai ke kem memakan masa selama lebih kurang 20 minit. Sekitar jam 12 tengah hari, kami pun memasuki kawasan kem. Kami dikehendaki berendam di tepi laut bagi membuang pacat yang mungkin ada melekat di badan mahupun anggota badan kami. Hampir 15 minit kami berendam, kami pun bergerak menuju ke kawasan kem. Apabila tiba sahaja di kem, kumpulan A (aktiviti air) telah pun menunggu kami untuk makan tengah hari bersama-sama. Kami terus diarahkan untuk pergi ke dewan makan untuk menjamu selera.
Aktiviti 3
: ³Water-Confidence´
Sekitar jam 3 petang setelah selesai kendiri, kami kumpulan B diminta untuk menunggu giliran bagi menjalankan aktiviti
³water
confidence´.
Sementara menunggu, ada di
kalangan kami yang mengambil peluang merehatkan diri setelah penat mendaki bukit pada sebelah paginya. Manakala, kumpulan A meneruskan aktiviti air iaitu berkayak kerana keadaan cuaca yang hujan pada pagi itu, tidak mengizinkan mereka menjalankan aktiviti berkayak. Kumpulan A yang berkayak mengambil masa sehingga dua jam lebih bagi menghabiskan aktiviti tersebut. Ini menyebabkan kami dari kumpulan menunggu lama bagi membolehkan kami menjalankan aktiviti
³water
B
terpaksa
confidence´.
Walaupun lambat, kami tetap meneruskan apa yang telah direncanakan. Encik Abdul Shukor bin Zainal Abidin, Encik Azemi bin Abdullah dan Puan Norashikin yang bertanggungjawab sebagai jurulatih aktiviti air telah memberikan tunjuk ajar kepada kami. Pada mulanya kami diajar cara memakai ³life jacket´ ataupun jaket keselamatan yang betul supaya tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini kelak.
Setelah semuanya siap memakai jaket keselamatan tersebut, kami diarahkan bergerak ke arah laut mengikut kumpulan-kumpulan kecil supaya senang untuk dikelolai oleh para jurulatih. Kumpulan saya dibimbing oleh Puan Norashikin. Kami dibawa ke dalam laut bagi memulakan teknik-teknik apungan dalam air. Terlebih dahulu, kami diminta untuk membuat dua barisan di mana setiap daripada kami perlu ada pasangan masing-masing di hadapan dan di belakang. Kami dikehendaki untuk tenggelamkan kepala bagi mencapai pasir di dasar laut menggunakan tangan dibantu oleh rakan yang berpasangan dengan kami. Kemudian, kami bergerak lagi ke hadapan untuk aktiviti seterusnya. Jurulatih kami telah menerangkan dan menunjukkan cara dan teknik apungan yang betul dengan menggunakan ³life jacket´. Setelah beliau memberikan penerangan dan demonstrasi, kami diarahkan untuk memegang tangan rakan sekumpulan dan cuba mengapungkan diri di atas air dalam kedudukan bulatan tanpa melepaskan tangan sesama kami. Kami diajarkan cara mengapungkan diri secara terlentang ke belakang dan terlentang ke hadapan. Selepas beberapa kali percubaan dibuat, akhirnya kami diminta pula mengapungkan diri dalam keadaan yang sama, cumanya kami dikehendaki melepaskan tangan rakan di kiri dan kanan masing-masing dan cuba berapung sendiri. Pelbagai ekspresi muka dapat dilihat dari mimik muka peserta. Ada yang cemas, ada yang gembira, ada yang risau dan ada juga yang kelihatan tenang sahaja. Ketika inilah juga dapat dilihat keyakinan diri bagi setiap pelatih. Ada peserta yang begitu yakin dan ada yang tidak begitu yakin ketika aktiviti apungan ini. Namun, semuanya berjaya menjalani aktiviti ini.
Aktiviti 4
: Aktiviti Kerohanian & Sesi Pembinaan Jati Diri
Pada pukul 7.30 malam, kami semua berkumpul semula untuk solat jama¶ maghrib dan isyak berjemaah setelah semuanya selesai makan malam. Pengisian kerohanian pada malam itu telah disampaikan oleh rakan kami iaitu Saudara Azhar Azizi. Tazkirah yang disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak menambahkan lagi ilmu kami walaupun sudah bergelar guru di samping sebagai peringatan di antara satu sama lain.
Beliau
menyeru semua supaya mencegah kemungkaran dengan cara yang telah diajarkan oleh Nabi dalam hadith baginda. Tepat jam 8.30 malam, aktiviti kami diteruskan dengan slot pembinaan jati diri yang dikelolai oleh Encik Faisal. Beliau memberikan penerangan mengenai persoalan jati diri seorang guru. Setelah itu, lami dikehendaki berada dalam kumpulan aktiviti yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu kumpulan 1 hingga kumpulan 6 bagi memudahkan untuk kami laksanakan tugasan yang diberikan. Tugasannya ialah setiap kumpulan diberi keratan akhbar yang mengandungi isu-isu berkaitan profesion keguruan ini. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan mengeluarkan isi-isi penting sifat atau ciri-ciri jati diri guru terbilang berdasarkan keratan akhbar yang diberi. Masa
yang diperuntukan untuk kami adalah selama 15 minit. Kami diminta
untuk membuat pembentangan tajuk yang telah diberi. Kumpulan saya mendapat keratan akhbar yang bertajuk ³M urid dak wa diketuk guru´. Hasil perbincangan kumpulan kami, kami mendapati tindakan guru tersebut adalah tidak wajar kerana wujudnya sikap negatif yang ditunjukkan beliau antaranya tidak dapat kawal emosi, tidak bertanggungjawab dan mematikan motivasi pelajar untuk ke sekolah. Seharusnya sebagai seorang guru mestilah menunjukkan ciri-ciri yang baik dalam usaha membentuk jati diri guru terbilang. Setelah hampir dua jam, sesi pembinaan jati diri ini pun berakhir. Walaupun para peserta kelihatan letih dengan aktiviti yang dilakukan pada siangnya namun berbekalkan semangat untuk belajar membolehkan kami meneruskan dan menamatkan sesi pembinaan jati diri ini dengan jayanya. Kemudian, kami bersurai dan bergerak menuju ke dewan makan untuk ³ supper´. Selepas itu, kami dikehendaki kembali ke khemah masing-masing untuk tidur. Manakala, peserta yang ditugaskan untuk kawalan malam terpaksa berjaga bagi menjamin keselamatan rakan-rakan lain.
HARI KETIGA (02 APRIL 2011, SABTU)
Aktiviti 1
: Nyanyian Lagu Patriotik dan Senaman Pagi
Tepat pukul 7.00 pagi, seperti hari sebelumnya, kami dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi menaikkan bendera seterusnya menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPDA. Kemudian, kami melakukan sedikit aktiviti senaman bagi merenggangkan otot dan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti seterusnya nanti. Setelah itu, pada pukul 7.30 pagi kami bersarapan pagi dahulu sebelum meneruskan aktiviti seterusnya mengikut kumpulan baru yang telah dibentuk seperti pada hari kedua.
Aktiviti 2
: Aktiviti Air
Sekitar jam 8.00 pagi, kami memulakan aktiviti air dengan teori berkayak di pantai terlebih dahulu. Jurulatih yang bertanggungjawab antaranya ialah Encik Abdul Shukor bin Zainal Abidin, Encik Azemi bin Abdullah dan Puan Norashikin. Para jurulatih memberikan penjelasan kepada kami tentang bagaimana cara yang betul untuk berkayak. Sebelum itu, kami diminta mencari pasangan masing-masing untuk berkayak. Kami diajar bagaimana hendak memegang pedal dan cara menggunakannya untuk mengayuh sama ada ke hadapan, mengundur ataupun untuk berhenti. Selain itu, kami juga didedahkan dengan penjelasan mengenai bahagian-bahagian tertentu pada bot kayak tersebut. Setelah semua peserta memahami apa yang disampaikan, kami dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Ini disebabkan bilangan bot kayak yang agak terhad dengan bilangan kami yang ramai. Satu kumpulan akan mulakan berkayak terlebih dahulu bermula dari kem, manakala satu kumpulan lagi akan bergerak menerusi darat dan menunggu di destinasi perhentian bagi kumpulan pertama akan berhenti nanti. Kumpulan kedua ini akan memulakan dengan aktiviti memasak dahulu. Saya merupakan salah seorang dari peserta yang memulakan aktiviti kayak terlebih dahulu. Disebabkan ini adalah pengalaman pertama saya berkayak di laut dan saya mendapat pasangan yang tidak pernah berkayak, maka saya menjadi agak bimbang dan cemas. Semasa kami berkayak, para jurulatih menaiki bot ke sekeliling kami dan membuat ombak untuk melihat tindak balas dan cara kami berkomunikasi dalam
mengawal bot daripada terbalik mahupun tenggelam. Alhamdulillah, saya dan rakan dapat mengawal situasi cemas ini. Setelah hampir setengah jam kami berkayak dan mula dapat sesuaikan diri dengan keadaan ombak yang agak kuat, tiba-tiba saya pening dan rasa hendak muntah. Nasib baik, rakan saya dapat memberikan kerjasama yang baik. Kami berhenti rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan kayak kami. Sepanjang perjalanan, kami akan berhenti rehat seketika sekiranya ada di antara kami yang kepenatan. Akhirnya, dengan usaha yang gigih dan semangat yang sentiasa berkobarkobar, kami berdua pun berjaya sampai di destinasi yang telah ditetapkan. Selepas sampai di sana, kami bertukar dengan kumpulan yang lagi satu. Kini giliran kumpulan tersebut pula untuk berkayak dan terus bergerak ke tempat di mana kami memulakan aktiviti kayak tadi. Kami pula bergerak ke pesisiran pantai untuk mula makan tengah hari dengan makanan yang telah dimasak oleh kumpulan tadi. Walaupun hanya makan sayur kobis dan ikan bilis, namun ia menjadi amat menyelerakan buat kami apabila sudah keletihan dan kelaparan selepas berkayak tadi. Kami dibenarkan untuk bermain air laut dan berehat di pesisiran pantai sementara melihat kumpulan lain berkayak. Pada pukul 1.30 petang, kumpulan saya dikehendaki pulang ke kem melalui darat dan kami ditugaskan untuk membawa semua barang-barang dan peralatan yang telah digunakan untuk memasak oleh kumpulan kedua tadi. Setelah hampir setengah berjalan kaki, kami pun tiba di pesisiran pantai berhampiran kawasan kem kami. Di sana, kami dikehendaki tunggu sehingga kumpulan lain yang tengah berkayak kembali ke situ. Sementara menunggu, saya dan rakan-rakan menghabiskan masa dengan mengutip µremis¶, iaitu sejenis hidupan laut umpama siput yang boleh didapati di pesisiran pantai. Sekitar jam 3 petang, kumpulan kayak tadi pun tiba. Kami semua dikehendaki bekerjasama untuk membawa naik bot kayak ke daratan lalu membersihkannya. Baju keselamatan yang telah dipakai juga perlu dibersihkan dan dijemur di tempat yang telah disediakan. Setelah itu, kami dibenarkan kembali ke khemah masing-masing bagi membersihkan diri dan berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya pada petang nanti.
Aktiviti 3
: Persiapan & Persembahan Malam Kebudayaan
Selepas menunaikan solat asar, kami dikehendaki berkumpul bagi membuat persiapan untuk malam kebudayaan. Saya dan rakan-rakan dari kumpulan Pendidikan Islam 3 ditugaskan untuk memasak bagi ³dinner´ pada malam itu.
Manakala
kumpulan lain
pula dikehendaki berlatih untuk persembahan bagi malam kebudayaan tersebut yang mesti bertemakan antaranya adat dan tradisi, patriotik ataupun masalah sosial. Setiap daripada kami menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang jitu dalam kumpulan masing-masing bagi melaksanakan apa yang telah ditugaskan. Tepat jam 8.00 malam, majlis pun bermula.
Majlis
dimulakan dengan ucapan
alu-aluan pengerusi majlis. Kemudian, dijemput pula seorang pelatih untuk membacakan doa makan. Sementara menjamu selera, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) iaitu En. Mohamed R ahmat Md
Yasin, sekaligus merasmikan majlis penutupan program BIG
pada siri kali ini. Dalam ucapan beliau mengatakan program BIG ini adalah satu platform pemprosesan dan pembinaan untuk menjadikan seorang guru itu insan yang mempunyai ketahanan dari segi mental, fizikal dan rohani. Beliau juga menasihati kami supaya sentiasa mengekalkan akhlak sebagai seorang guru yang berkualiti. Setelah ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh pengarah, majlis diteruskan dengan acara tayangan slide yang disediakan oleh unit multimedia. Dalam tayangan tersebut, dipaparkan gambar-gambar kami di sepanjang aktiviti kami di sana. Terdapat pelbagai gelagat dan telatah yang dapat dilihat dalam tayangan tersebut. Selepas itu, majlis diteruskan pula dengan persembahan oleh kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah menunjukkan kreativiti dan keyakinan masing-masing. Pelbagai jenis persembahan yang menarik telah diaturkan dan dirancangkan. Antaranya termasuklah sketsa, nyanyian dan lain-lain. Kumpulan saya yang pada mulanya dikecualikan dari membuat persembahan kerana terlibat untuk menyediakan makan malam, secara tiba-tiba diminta untuk membuat persembahan spontan. Kami yang kurang bersedia tetap pergi untuk tidak menghampakan permintaan rakan-rakan dari kumpulan lain. Salah seorang daripada kami cepat dan cekap mengatur strategi. Kami telah membuat persembahan dengan meniru gaya percakapan Kem Komanden iaitu Encik Azman ketika aktiviti darat sebelum ini. Setiap ahli kumpulan memegang satu peranan dalam lakonan tersebut. Kumpulan kami berjaya mempersembahkan lakonan tersebut dengan lancar dan
mendapat sambutan yang hangat daripada penonton walaupun tanpa persediaan awal sebelum itu. Suasana pada ketika itu amat hangat dan rancak. Semua peserta kelihatan gembira pada malam itu. Selepas persembahan daripada semua kumpulan, majlis malam itu diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil bagi setiap kumpulan, semua jurulatih dan juga para mentor yang terlibat.
Majlis
tetap diteruskan selepas itu
dengan acara bebas di mana, setiap peserta boleh meneruskan makan sampai kenyang. Sekitar jam 11 malam, majlis pun bersurai. Sebelum masuk tidur, setiap daripada kami ditugaskan untuk mengemas barang barang di dapur bersama kumpulan masing-masing bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa untuk keesokkan harinya. Tepat jam 12 malam kami semua dikehendaki ke khemah masing-masing untuk merehatkan diri.
Manakala,
kumpulan
yang ditugaskan untuk berjaga malam terus bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan.
HARI KEEMPAT (03 APRIL 2011, AHAD)
Aktiviti 1
: Menurunkan Khemah/GotongKhemah/Got ong-Royong Royong Membersihkan Membersi hkan Kawasan
Hari ini merupakan hari terakhir bagi program Bina Insan Guru. Selepas senaman pagi dan bersarapan, kami telah diberi tugas untuk menurunkan khemah masing-masing dan membersihkan members ihkan kawasan kawas an sekitar sekit ar kem itu. Kami pun mula menjalankan menjala nkan tugas masingmasingmasing dengan menurunkan khemah dan mengemaskan barang peribadi kami. Setelah itu, kami bekerjasama untuk melakukan kerja pembersihan kawasan kem mengikut kumpulan aktiviti. Ada yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip sampah-sarap di seluruh kawasan, ada yang membersihkan dewan dan juga dapur serta ada yang membersihkan tandas.
Aktiviti 2
: Refleksi Bersama Bers ama Mentor
Tepat jam 9.30 pagi, kami bergerak dan berkumpul mengikut kumpulan kuliah Pendidikan Islam masing-masing untuk slot refleksi bersama mentor. Mentor kumpulan kuliah saya ialah Ustazah Sharifah bt Zakaria. Dalam sesi refleksi ini, kami diberi peluang untuk menceritakan kembali perasaan kami sebelum, semasa dan selepas Program Bina Insan Guru ini. Setiap orang dari ahli kumpulan kami mula menceritakan pelbagai kisah yang terjadi sebelum datangnya ke BIG ini. Antaranya ada yang memberitahu betapa gembiranya dapat berkumpul dan berjumpa lagi bersama ahli kumpulan yang dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Manakala
perasaan semasa berada dalam program BIG selama 4 hari 3 malam
ini ada yang menyatakan perasaan gembira dan ada juga yang sedih dengan apa yang terpaksa dilalui. Namun, semua itu adalah pengalaman yang mengajar erti pengorbanan dan ketabahan untuk menjadi seorang guru. Seterusnya, selepas program BIG ini kami semua telah berazam dengan diri masing-masing untuk menjadi lebih cekal dan kuat dalam mengharungi cabaran dunia profesion prof esion keguruan ini. Setelah hampir dua jam kami meluangkan masa bersama mentor masing-masing, kami dikehendaki berkumpul untuk sesi penggambaran mengikut kumpulan kuliah bersama para jurulatih dan mentor. Semua orang kelihatan gembira dan seronok dengan program yang telah dilalui ini. Selepas itu, kami semua dibenarkan untuk berehat sementara menunggu bas dari IPDA tiba. Sekitar jam 2 petang, bas pun sampai dan
kami pun bergerak pulang ke Jitra. Sepanjang perjalanan kami semua berehat sepuas puasnya kerana kepenatan dengan program yang telah dilalui di Kem Tok Sakah. Pada pukul 6.30 petang, kami pun selamat sampai di IPDA. Keluarga kami sudah menanti kepulangan kami di sana. Semuanya gembira dapat berjumpa keluarga masing-masing.
REFLEKSI MENGIKUT AKTIVITI
Aktiviti
: Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1)
Tarikh & Masa
: 31 Mac 2011 (Khamis) & 5.00 petang
Tempat
: Surau
Dalam sesi LDK yang pertama ini kami lebih didedahkan dengan aktiviti ³ice breaking´ yang bertujuan membolehkan saya dan rakan-rakan dapat mengenali antara satu sama lain yang kebanyakannya dari kumpulan kuliah yang berbeza dan mungkin tidak berkesempatan berkenalan antara ahli kumpulan yang lain sebelum ini. Di samping itu, bentuk-bentuk aktiviti LDK 1 seperti duduk dalam bulatan sama ada mengikut bulan bula n kelahiran, kelahira n, rakan yang memakai mema kai warna baju yang sama, sa ma, dan macammacammacam lagi. Aktiviti seperti ini kami sebagai bakal guru dapat praktikkan apabila dikehendaki mengendalikan sesuatu program di sekolah kelak kerana aktiviti ini lebih bersifat santai dan sesuai dengan peringkat umur murid-murid. Aktiviti LDK 1 ini juga menguji tahap kepekaan dan kerjasama kami dalam kumpulan masing-masing untuk menjadikan sesuatu aktiviti yang diamanahkan berjalan dengan lancar. Selain itu, ia juga dapat menanam sifat keyakinan yang tinggi dalam diri apabila dikehendaki memperkenalkan diri di hadapan khalayak ramai tanpa rasa gugup. Ini kerana, sebagai seorang guru kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang kadangkala datang tanpa diduga terutamanya apabila pertama kali kita menjejakkan kaki ke sekolah. Kita mestilah bijak dalam menyesuaikan diri dengan situasi yang baru.
Aktiviti
: Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2)
Tarikh & Masa
: 31 Mac 2011 (Khamis) & 9.30 malam
Tempat
: Tepi pantai
Dalam sesi LDK yang kedua ini, setiap kumpulan diberikan tugas untuk menyelesaikan satu permasalahan yang berbentuk situasi. Input ataupun faedah yang saya dapat dari aktiviti LDK 2 ini ialah bagaimana caranya kita mengambil sesuatu keputusan yang tepat dengan keadaan diri yang bertenang dan tajam fikiran iaitu berfikir sedalamdalamnya sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Sikap ini sangat penting bagi kita sebagai seorang guru dalam mengambil sesuatu keputusan tanpa menurut kehendak
emosi semata-mata, bahkan memikirkan soal baik buruk sesuatu perkara itu. Di samping itu, LDK ini juga memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dalam mencurahkan idea dan memberikan pendapat serta pandangan yang bernas. Ini membantu minda kita supaya sentiasa berfikir ke arah yang positif. Sikap ini sangat penting kerana seorang guru yang berkualiti, dia akan sentiasa memberikan impak yang baik dengan cambahan idea yang bernas dan boleh membantu dalam sesebuah organisasi itu sama ada di bahagian pengurusan sekolah, sesama guru dan lain-lain.
Aktiviti
: Pembinaan Jati Diri
Tarikh & Masa
: 01 April 2011 (Jumaat) & 8.30 malam
Tempat
: Surau
Sesi Pembinaan Jati Diri lebih menekankan aspek bagaimana cara untuk kami membina dan membentuk jati diri seorang guru. Apa yang dimaksudkan dengan jati diri ini ialah di mana seorang guru yang mengalami proses untuk membentuk karakter sebagai seorang guru. Sebagai contoh, dengan menjalani program Bina Insan Guru (BIG) ini secara tidak langsung ia menekankan aspek pembinaan jati diri guru yang terbilang. Kami didedahkan dengan keadaan isu semasa yang berkaitan dengan profesion keguruan yang penuh cabaran ini. Setiap tindakan guru itu perlu dinilai sama ada ianya membantu dalam proses pembinaan jati diri ataupun sebaliknya. Di sini, kami diajar untuk bijak dalam mengambil sebarang keputusan supaya tidak membawa kesan yang negatif kepada diri mahupun pelajar di sekolah nanti. R umusannya,
jati diri seorang guru melibatkan aspek kreativiti, konsep pembelajaran
sepanjang hayat, sahsiah diri yang tinggi, kemahiran ICT, kemahiran psikologi, mahir berfikir dan membuat keputusan, berfikir positif, kemahiran komunikasi dan sosial serta mempunyai pendirian diri yang tetap tanpa terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Aspek-aspek ini boleh diperolehi bermula dengan semangat dan azam yang tinggi seorang guru mahupun pendidik dalam menyahut cabaran dunia serba moden ini.
Aktiviti
: Aktiviti Air
Tarikh & Masa
: 02 April 2011 (Sabtu) & 8.00 pagi
Tempat
: Laut
Semasa melakukan aktiviti water-confidence, kami telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara yang betul untuk melakukan apungan. Setiap daripada kami dikehendaki melakukannya bagi menguji tahap keyakinan diri yang ada dalam diri setiap peserta sama ada percaya pada diri untuk melakukan sesuatu yang mungkin tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Walaupun ada yang kelihatan cemas dengan situasi apungan ini, namun semua peserta dapat melakukannya dengan baik. Paling tidak, kami dapat mempelajari suatu perkara yang baru dan sangat berguna pada masa hadapan. Selain itu, semangat tolong-menolong juga dapat dilihat ketika aktiviti water confidence
ini di mana yang sudah yakin dan biasa dengan aktiviti ini membantu rakan
yang tidak pernah mahupun tidak biasa dengan aktiviti ini. Secara tidak langsung, sikap tolong-menolong ini dapat meningkatkan sedikit keyakinan rakan tersebut. Di samping itu, saya mempelajari bahawa kawan atau rakan amatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya.
Bersandarkan
kepada pegangan ³kawan akan menolong kawannya´
membuatkan ketakutan kita untuk melakukan sesuatu yang mencabar dapat diatasi dengan sokongan dan pertolongan dari rakan-rakan di sekeliling kita. Semasa mula berkayak pula, saya berasa sangat teruja untuk mencuba kerana ini adalah pengalaman pertama saya berkayak di laut yang bergelora. Sebelum ini saya hanya berkayak di kawasan tasik. Namun, setelah melihat ada rakan-rakan yang terbalik, saya berasa sedikit risau. Saya dan pasangan saya bersama-sama berazam supaya tidak terbalik. Ini bagi mengelakkan kami lebih panik sekiranya terbalik di tengah lautan yang bergelora dan berombak. Dengan itu, kami sentiasa bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik supaya kami dapat mengemudikan kayak kami dengan teknik yang betul. Simbolik yang boleh dikaitkan antara laut dengan realiti kehidupan ialah ombak di lautan itu ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita. Ada kalanya laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti ketenangan dalam kehidupan kita. Ada kalanya laut tadi bergelora dek ombak yang mengganas, ia umpama kehidupan kita yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sebesar mana pun ombak tersebut kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita.
Begitulah
juga
apabila ada masalah yang menimpa hidup kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut malah kita mesti menghadapinya dengan berani dan tabah. Melihat
kesungguhan pasangan rakan yang lain membuatkan kami lebih
bersemangat untuk cepat sampai ke destinasi walaupun dalam keadaan letih. Ketika ini tidak kira lelaki mahupun perempuan semuanya berjaya sampai ke destinasi. Apa yang penting di sini ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang betul, bukannya terletak pada kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba. Dalam profesion keguruan, kita mestilah sentiasa bersedia dan siapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita sebagai guru akan berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai karenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri, memudahkan kita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain itu, dalam kehidupan ini kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Usaha yang gigih seperti ketika berkayak tadi akhirnya membawa kejayaan dan kepuasan kepada kita kerana dapat mengharungi cabaran yang mendatang. Walaupun ketika berkayak itu ada kalanya kita tersalah langkah atau teknik mengayuh pedal kayak itu, ia tidak bermakna kita akan gagal.
Malah
kita jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang
kembali kesilapan tersebut pada masa akan datang.
Aktiviti
: Aktiviti Darat (Kembara)
Tarikh & Masa
: 01 April 2011 (Jumaat) & 8.00 pagi
Tempat
: Hutan
Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle tracking semasa program Bina
Insan Guru, saya tidak berasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui
pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti walaupun sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu. Semasa jungle tracking , kami dikehendaki mendaki bukit yang agak curam dan licin. Kami juga dikehendaki bergerak dalam satu barisan yang berantai. Sekiranya, terputus dengan rakan lain, kami harus menunggu terlebih dahulu. Ketika ini, semangat kerjasama dan tolong-menolong sangatlah penting supaya tidak ada perkara buruk yang berlaku. Walaupun kami belum mengenali dengan rapat rakan yang terlibat dengan
aktiviti kembara ini, namun kami dapat memberikan komitmen yang baik sama ada dalam bentuk bantuan mahupun komunikasi yang baik antara kami. Di samping itu, sikap hormat-menghormati antara satu sama lain juga wujud apabila saling menerima arahan dan dapat mengikutnya dengan senang hati sekalipun rakan kita itu bukanlah ketua. Dalam situasi kehidupan sebenar pun, kita perlu mempunyai sifat hormat-menghormati ini supaya diri kita ini disenangi oleh masyarakat di sekeliling kita. Yang muda menghormati yang tua dan begitulah sebaliknya. Senario hormat-menghormati ini sangat dititikberatkan terutamanya apabila kita sebagai bakal guru yang akan mula bergaul dengan para guru yang sudah senior di sesebuah sekolah kelak. Aktiviti
: Persembahan Kumpulan
Tarikh & Masa
: 02 April 2011 (Sabtu) & 8.00 malam
Tempat
: Tepi Pantai
Dalam aktiviti persembahan kumpulan pula, dapat dilihat bakat dan kreativiti yang ditonjolkan oleh setiap kumpulan.
Masing-masing
cuba mempersembahkan yang
sebaiknya. Setiap persembahan yang dilakonkan mempunyai maksud dan matlamat yang ingin dicapai. Umpamanya, sketsa berkaitan masalah sosial dan akhlak remaja sekarang yang kebanyakannya tidak menghormati ibu bapa dan boleh dikatakan derhaka terhadap orang tua. Situasi seperti ini ada kalanya berlaku dalam kalangan anak murid kita. Kita sebagai guru perlulah lebih mengenali latar belakang anak murid kita supaya masalah sosial sedemikian dapat dibendung. Selain itu, terdapat juga persembahan yang mempamerkan adat tradisi masyarakat
Melayu
yang tidak telan dek zaman, di mana adat merisik mahupun adat
meminang yang masih diamalkan dengan cara yang tersendiri. Umpamanya, persembahan adat merisik dan meminang tersebut kedua wakil mempelai saling berbalas pantun menggunakan dialek bahasa negeri kelahiran masing-masing. Apa yang boleh dipelajari daripada slot persembahan ini ialah kita sebagai seorang guru mestilah sentiasa mencari ilmu untuk menjadikan kita seorang guru yang berbakat, berkreativiti dan berinovasi. Selain itu, sifat yakin terhadap diri juga dapat dilihat apabila para peserta mengambil bahagian untuk melakonkan watak masingmasing. Kerjasama dalam kumpulan juga penting untuk membolehkan apa yang dirancang menjadi lebih berkualiti dan berjaya.
REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM Program Bina Insan Guru
merupakan satu program yang memberi banyak
pengalaman dan input yang berguna. Bermula dengan hari pertama hingga hari yang terakhir pelbagai aktiviti telah disusun atur. Semuanya untuk memberi informasi dan pendedahan kepada kami sebagai persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan sebagai guru yang masih panjang perjalanannya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya perolehi ini sangat bermanfaat dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang guru atau pendidik kelak. Program ini secara tidak langsung mendedahkan kami semua kepada bagaimana pelaksanaan untuk mengendalikan sesuatu program yang berbentuk perkhemahan. Ini kerana untuk menjayakan program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala persiapan perkhemahan. Dari pemilihan ahli jawatankuasa sehingga hal-hal yang lebih rumit. Semuanya diatur oleh para pelatih sendiri. Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya perlu mengendalikan program berbentuk perkhemahan untuk pelajar-pelajar di sekolah saya kelak. Selain itu, program ini juga mengajar kami bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Ini sebagai platform bagi setiap pelatih untuk belajar menyesuaikan diri dengan situasi bekerja dalam kumpulan. Tidak kiralah sama ada kumpulan itu kecil mahupun besar. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama dalam program ini mengajar kami pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Di samping itu, dapat juga dilihat nilai toleransi dan persefakatan dalam sesebuah kumpulan. Ini kerana, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua tugas akan menjadi berat. Ia terjadi apabila semua orang bersikap mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar pelajar kita menjadi mudah. Program BIG ini juga mengajar saya cara pengurusan diri dan masa dengan baik. Ini kerana pengurusan masa merupakan satu aspek yang sangat penting bagi kerjaya sebagai seorang guru yang berkualiti dan berjaya. Selama tempoh 4 hari 3 malamdi Kem Tok Sakah ini, saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah
ditetapkan dalam jadual. Saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah ditetapkan. Cumanya perlu kepada azam yang tinggi dalam diri dan membuat pembahagian tugas supaya ia menjadi mudah dan menyenangkan orang lain. Dalam dunia seorang guru, pengurusan diri seperti penampilan diri atau imej yang baik dan kemas sangat penting tidak kira di mana kita berada. Pengurusan masa pula boleh kita praktikkan apabila berada dalam kelas iaitu bagaimana kita menguruskan masa dalam menjalankan P & P yang berkesan. Sifat yakin kepada kebolehan diri sendiri juga dapat saya perbaiki dan tingkatkan dalam program BIG ini. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti air sama ada ketika berkayak mahupun water confidence. Walaupun agak cemas kerana keadaan ombak yang bergelora di laut, namun saya serta rakan dapat mengatasinya dan sampai ke destinasi yang harus dituju. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya menganalogikan ombak tersebut sebagai pelajar yang degil. Namun, dengan usaha yang gigih dan yakin pada kebolehan diri, maka kita tetap akan dapat mengatasi sikap kedegilan mereka. Seterusnya, apa yang dapat saya pelajari melalui program BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu bagi memantapkan lagi jati diri kita sebagai guru yang terbilang. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun, semua ilmu itu tidak akan datang dengan sendiri.
Malah
menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan menggali ilmu-ilmu
tersebut. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru mestilah meliputi dari segenap aspek.
Bukan
hanya
tertumpu pada bidang tertentu sahaja. Ini kerana, guru menjadi tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Kesimpulannya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan saya dapat mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya dan berusaha memperbaiki kekurangan itu. Pengalaman menjalani program BIG ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ia banyak mengajar dan melatih diri saya untuk menjadi seorang guru dan pendidik yang berjiwa kental, cekal dan tabah dalam menjana transformasi pendidikan negara kita 1 Malaysia.
Semua pelatih berkumpul
Suasana dalam bas
a T ib
d i Kem Tok Sakah, T eluk Senang i n
P ara
peser t a bekerjasama memunggahkan barang-barang
Sesi t akl i mat cara memasang k hemah
Sesi t akl i mat cara memasang k hemah
P ara
peser t a d i kehendak i memasang k hemah masi ng-masi ng
LD K
1 ³ i ce break i ng´
S olat jemaah d i t epi pant ai
P ara
peser t a berbi ncang bag i LD K 2
T azk ir ah
pag i
an P erbar is
dan Nyanyi an Lagu P at ri oti k
Ber henti rehat seketi ka
M eneruskan
perjalanan mendak i
Sesi suai kenal d i dalam hut an
Bergerak
pulang ke kem selepas berak hi rnya kembara hut an
Berendam
beramai -ramai d i dalam laut
Berendam
beramai -ramai d i dalam laut
Ahl i kumpulan yang d it ugaskan unt uk memasak
Suasana dewan makan
Salah seorang peser t a mengapungkan d ir i
Semua peser t a si ap memakai ³l i e jacket ´
Sl ot pembi naan jati d i ri
P embent angan
dar i para peser t a
Beberapa peser t a
P ara
duduk bersant ai sambi l menunggu kumpulan lai n ti ba
peser t a si buk mencar i dan menguti p µremi s¶
P eser t a
kayak ti ba d i persi si ran pant ai
Bekerjasama
membawa bot kayak
Kumpulan PI 3 ber tu ngkus-lumus menyed i akan makanan unt uk ³ Di nner´
Kerjasama yang d it unjukkan oleh ahl i kumpulan
Suasana keti ka ucapan P engarah IPD A
M enjamu
selera
P ara
AJK Unit M ul ti med i a set up unt uk persembahan
Ant ara aksi -aksi para peser t a persembahan
Sesi penyampai an cenderahati
M enurunkan
k hemah
Berg ot ong-r o yong
membersihkan kawasan kem
Sl ot refleksi bersama ment or