RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
1.0 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN
1.1 PENGERTIAN DAN TUJUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN YANG BERKESAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengertian organisasi ialah merupakan kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. (Contoh: menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta penyelarasan kewangan). Brech (1957) mentakrifkan pengurusan sebagai proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan juga merupakan usaha koperatif untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan dan merupakan proses pengintegrasian input organisasi iaitu manusia + bahan + alat.
1
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
TUJUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN YANG BERKESAN Tujuan organisasi bengkel yang berkesan ialah mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pelajar. Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor, inventori, stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pembahagian tugas dalam kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, mengikut peraturan dan bedisiplin. Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam bengkel. Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang masa. Pengurusan bengkel yang berkesan pula
ialah merancang meningkatkan
pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan produktif berteraskan konsep tanpa cacat
(Zero
Defect).
Mewujudkan
keselamatan
bengkel,
alatan
dan
bahan.
Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui interaksi antara guru dengan pelajar dan bengkel yang konduksif lagi selamat. Menghasilkan produk yang lebih bermutu, bahan dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancangkan. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.
2
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
1.2 SKOP ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL
ELEMEN PROSES PENGURUSAN BENGKEL ELEMEN Perancangan Mengelola Mengarah Menyelaras Mengawal
PERANCANGAN Perancangan bangunan, kurikulum, kelengkapan, peralatan dan pelajar sebagai kumpulan sasaran. Menyusun, mengatur, menyediakan peralatan. Melibatkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Menyelaras menuntut kerjasama setiap ahli yang terlibat dalam pelbagai aktiviti bengkel supaya matlamat dicapai. Mengawal kerja-kerja sepanjang aktiviti dijalankan.
Terdapat 7 aspek yang perlu ditekankan bagi merancang dan mengurus sesebuah bengkel yang afektif (George Storm: Managing the Occupational Education Laboratory: 1. Pemilihan bekalan dan peralatan : Kurikulum Aspek perlindungan keselamatan 2. Merancang kemudahan 3. Mengawal bahan 4. Penyelenggraan dan rekod 3
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
5. Keselamatan : Aspek fizikal Peraturan/ panduan sedia ada 6. Pengurusan kakitangan 7. Agihan peruntukan kewangan 1.3 PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Prinsip umum dalam sebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara (Henri Fayol): Pengkhususan/pembahagian kerja Pengkhususan
kerja
adalah
penting
dalam
sebuah
pengurusan.
Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian. Dengan ini, hasil kerja akan menjadi lebih konsisten dan meningkatkan lagi output. Kuasa dan tanggungjawab Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi daripada pejabatnya dan juga kuasa personal yang merangkumi beberapa ciri seperti kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak dan rekod perkhidmatan yang baik. Pelantikan ketua bengkel harus dilantik secara rasmi oleh kementerian pendidikan. Ketua bengkel berperanan untuk menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain. 4
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Disiplin Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat setia dan menghormati. Disiplin perlu untuk memastikan jentera pentadbiran sebauh pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin juga satu cabang pengurusan bengkel yang penting. Kesepakatan dalam perintah ( unity of command) Seorang kakitangan atau pekerja harus menerima arahan atau perintah daripada seseorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan bagi menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel. Kesepakatan dalam arahan (utility in direction) Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja dibawahnya. Aktiviti-aktiviti ini mempunyai objektif yang sama iaitu bagi memajukan bengkel. Kepetingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan. Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah organisasi adalah sama dengan pembentukan sesebuah negara atau bangsa, di mana kepentingan negara dan bangsa harus diutamakan. Penghargaan Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sesebuah organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut kemampuan.
5
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Pemusatan Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam sebuah organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan kepada kakitangannya. Rangkaian scalar Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah organisasi iaitu daripada yang paling atas kepada yang paling bawah. Rangkaian skala sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa semua lapisan dalam sebuah organisasi. Tersusun Secara asasnya setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuaiuntuk setiap kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh diterapkan ke dalam organisasi itu. Persamaan Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi. Kestabilan dalam pemegangan jawatan Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam tugasannya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan. Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbangkan rasa taat setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi.
6
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Inisiatif Merancang suatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan keinginan yang diharapkan.Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk setiap orang. Esprit de crops Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan perasaan harmoni antara anggotanya. Ini boleh mewujudkan team work yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.
1.4 SUSUN ATUR BENGKEL
STRATEGI ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL.
Sebuah program yang dibangunkan untuk mencapai objektif dan misi sesebuah organisasi STRATEGI Corak tindak balas sesebuah organisasi terhadap persekitaran di sepanjang operasi mereka. Strategi Organisasi Bengkel 1. Penyatuan manusia •
Penyatuan manusia untuk melakukan sesuatu tugas secara bersama.
•
Persefahaman antara satu sama lain dibina dalam kalangan manusia.
•
Penting untuk kesinambungan tugas dalam bengkel.
7
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Contoh: kita dapat lihat dan rujuk sistem penyimpanan rejod dan stok alatan dan kelengkapan yang terdapat dalam bengkel secara mudah. Kerjasama semua guru diperlukan supaya peralatan semua bengkel boleh direkod dan disimpan mengkut jenis dan bilangan. 2. Tempat meneroka ilmu •
Sesebuah tempat untuk menerokai ilmu mestilah satu tempat yang selesa.
•
Sesebuah organisasi bengkel mestilah teratur dan tersusun supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
•
Bagi memastikan kerja amali bengkel berjalan dengan lancar, strategi utama ialah memastikan semua peralatan dan bahan adalah teratur dan lengkap.
3. Mewujudkan pengalaman kerjaya yang baru •
Bertindak sebagai sumber untuk mewujudkan pengalaman baru dalam bidang kerjaya.
•
Contoh: panitia bengkel boleh menganjurkan program perkembangan staf untuk tujuan organisasi bengkel seperti kerja penyelenggaraan peralatan.
KEPERLUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL
Fasa keperluan
FASA PERTAMA - Perancangan dan pengelolaan
organisasi dan pengurusan bengkel
FASA KEDUA - Tenaga kerja
FASA PERTAMA: Perancangan Dan Pengelolaan Perkara-perkara ini perlu dirancang dangan dan dikelolakan dengan teliti:
8
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
1. Reka bentuk bengkel 2. Stesen-stesen kerja 3. Pendawaian 4. Perpaipan 5. Pengedaran udara 6. Penempatan alatan kelengkapan 7. Perabot 8. Stor 9. Keselamatan 10. Warna
FASA KEDUA: Tenaga Kerja Organisasi bengkel tidak mampu dilakukan oleh seorang individu sahaja. Penyelarasan perlu wujud dalam melaksanakan tugas ini. Kerjasama antara tenaga kerja yang bersedia untuk membantu amat diperlukan. Penyelarasan dalam kontek pengagihan bidang tugas juga perlu dan penting. Dalam fasa yang kedua ini mengarah adalah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Selepas merancang semua kerja yang perlu dilakukan, seseorang ketua akan bertindak untuk mengarah. Seorang pengarah akan menyusun kerja yang dilakukan supaya tidak bertindih. Selain daripada itu, proses mengarah penting dalam mengelakan salah faham dalam kalangan mereka yang membantu melaksanakan tugas. Dalam fasa ini mengawal dan melapor adalah satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan. Mengawal dan melapor merupakan salah satu keperluan organisasi bengkel. Tugas dan mandat ini biasanya dilaksanakan oleh ketua panitia matapelajaran. Mengawal- dilakukan untuk memastikan peningkatan atau kemajuan kerja yang dilakukan. 9
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Melapor- menyampaikan maklumat kerja kepada petadbir supaya segala kekurangan dan keperluan mudah mendapat batuan dan tindakan darinya. Keperluan yang terakhir dalam fasa yang kedua dalam keperluan organisasi dan pengurusan bengkel ialah belanjawan. Peruntukan kewangan adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi. Kewangan digunakan untuk melaksanakan segala perancangan yang telah dirancang. Sesebuah bengkel perlulah drancang dengan baik. Faktor yang dijangka berkaitan perlulah diperincikan oleh mereka yang pakar. Ini bagi memastikan bengkel mencapai maklumat yang dikehendaki selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk tujuan perancangan:
Rajah 1: Susun atur bengkel 10
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
a. Pelan lantai. Perancangan pelan lantai mestilah teratur. Ini merupakan salah satu petunjuk yang penting dalam merancang bengkel. Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu: i.
Pelan lantai proses (proses layout)
Mengumpulkan mesin-mesin di suatu lokasi mengikut jenis mesin. Ini akan menghasilkan satu ruangan kerja yang sama.
ii.
Pelan lantai produk (product layout)
Menyusun kelengkapan mesin mengikut langkah kerja untuk menghasilkan sesebuah produk.
iii.
Pelan lantai gabungan antara proses dan produk.
Dirancang mengikut gabungan ciri-ciri proses dan produk. Jenis pelan lantai ini kurang digunakan.
b. Kemudahan pengajaran. •
Kemudahan pengajaran akan memaksimumkan lagi pembelajaran dalam bengkel.
•
Dalam sesebuah bengkel, ruang untuk tunjuk cara dan syarahan perlu disediakan. Ruang terhad akan menyebabkan kesukaran kepada guru untuk melakukan aktiviti.
c. Bunyi •
Sebuah bengkel mungkin memerlukan bahan kalis bunyi yang sesuai. Ini bagi mengelakkan bunyi bising yang berlebihan yang akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.
•
Tahap kebisingan bagi sesebuah bengkel tidak boleh melebihi 150 dB (decibel). 11
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL •
TAJUK 1
Jika seseorang didedahkan dengan bunyi bising pada tahap 90 dBdalam jangka masa lapan jam, ianya boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran.
d. Warna. •
Pengunaan warna yang sesuai boleh meningkatkan tahap keselamatan dalam sesebuah bengkel.
•
Contoh,
penggunaan
warna
yang
sesuai
pada
bahagian
lantai
akan
mengurangkan kadar silauan dan menghasilkan suasana yang lebih ceria. e. Pencahayaan. •
Pencahayaan perlu diberi penekanan dalam dalam sesebuah bengkel. Sesebuah bengkel biasanya menggunakan lampu untuk menerangi dan menambahbaikkan kadar pencahayaan.
•
Cahaya asli daripada cahaya matahari perlu diberi keutamaan. Selain daripada menjimatkan kos, cahaya matahari lebih terang daripada cahaya lampu.
f. Bengkel am •
Bengkel adalah alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan di peringkat sekolah.
•
Perancang perlu mempunyai kepakaran yang tinggi merancang bengkel ini.
•
Bengkel-bengkel am ini jika berjaya dihasilkan perlu beroperasi secara unit-unit kecil bagi setiap bidang pembelajaran yang bersesuaian.
g. Sistem stor. •
Penyimpanan amat penting dan berkait rapat dengan saiz bengkel.
•
Dalam merancang sesebuah bengkel, bahan, mesin dan peralatan yang dimiliki haruslah disimpan di tempat yang sesuai. Sistem penyimpanan yang sistematik adalah sangat membantu dalam pembelajaran.
•
Antara kebaikannya ialah: Penyediaan bahan pembelajaran yang lebih pantas. Memastikan alatan berada dalam keadaan selamat. Mewujudkan bengkel yang lebih terurus dan tersusun.
•
Di sekolah terdapat 2 jenis stor bengkel iaitu: 12
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL i.
TAJUK 1
Stor am Menjadi tempat penyimpanan bagi semua jenis bahan yang dibeli oleh pihak sekolah. Terdapat di sekolah menengah teknik.
ii.
Stor khas. Tempat penyimpanan bahan, peralatan dan rekod-rekod yang berkaitan bagi setiap bengkel d sekolah. Terdapat di sekolah akademik bagi matapelajaran kemahiran hidup.
Rajah 2: Susun atur alatan di dalam bengkel h) Kebersihan (housekeeping) •
Aspek yang perlu dirancang ialah laluan pengangkutan bagi bahan, mesin dan peralatan bengkel, tempat bahan buangan, sistem penyedut bahan bertoksid, lekapan lain seperti bekalan elektrik, gas, udara mampat dan sebagainya.
•
Rangkaian sistem penghantaran bagi lekapan elektrik, gas,dan udara mampat sebaik mungkin berada di atas bangunan bengkel.
•
Punca-punca bekalan elektrik berada sehampir mungkin dengan bekalan elektrik.
13
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL •
TAJUK 1
Bekalan air perlu mempunyai singki yang baik yang baik dan sistem saliran yang sempurna berhampiran laluan keluar bengkel.
•
Gas dan bahan merbahaya perlu diasingkan dalam ruangan khas yang mempunyai perlindungan keselamatan yang baik.
•
Sistem pengumpulan habuk dalam sesebuah bengkel adalah penting. Sistem pengumpulan habuk perlu disediakan secara berpusat dan jika gagal disediakan, mesin penyedut mudah alih perlu disediakan mengikut kesesuaian bengkel. •
Sistem pengudaraan juga perlu dirancang dengan baik bagi mengelakkan pengumpulan haba yang tidak sesuai untuk proses pembelajaran dan pembelajaran.
Prinsip Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Mengikut Keperluan Keselamatan a) Ruang dan kawasan kerja. •
Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang kursus matapelajaran yang dijalankan.
•
Ruang yang sempurna memudahkan penyeliaan kerja.
•
Kawasan kerja menempatkan stesen-stesen kerja individu dan khas, kawasan untuk mesin-mesin, kawasan pengstoran, kawasan pameran, laluan untuk bekerja, kawasan unuk menempatkan alatan kesihatan dan kebakaran dan kawasan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
b) Pintu dan tanda keluar. •
Mengikut peraturan pihak bomba dan penyelamat, setiap premis mempunyai dua pintu.
•
Saiz pintu 1 ½ kali lebih besar daripada saiz piawai pintu rumah.
•
Diperlukan untuk memudahkan keluar masuk bahan dan mesin.
c) Kawalan kesihatan dan persekitaran. •
Merupakan aspek penting dalam pengurusan bengkel. Dilakukan melalui kawalan cahaya, kawalan pengedaran udara, kawalan bunyi dan kawalan pelupusan.
14
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
d) Peralatan perlindungan diri. •
Aktiviti amali dalam bengkel mendedahkan kita kepada risiko kemalangan. Oleh itu peralatan perlindungan diri dalam bengkel perlu disediakan.
•
Contoh: penutup hidung dan apron.
e) Perubatan dan pertolongan cemas. •
Peti kecemasan yang terdapat dalam bengkel perlu lengkap dengan alatan yang dicadangkan oleh pihak hospital.
•
Diletakkan di tempat berdekatan dengan stesen guru dan mudah dilihat.
•
Kawasan mencuci tangan perlu disediakan.
f) Pencegahan kebakaran. •
Dalam sesebuah bengkel, risiko untuk terjadinya kebakaran adalah tinggi. Ini kerana kebakaran boleh berlaku melalui litar pintas. Oleh itu
•
Pencegahan kebakaran dalam sesebuah bengkel perlu disediakan. Alatan yang biasa kita lihat dan mudah didapati ialah alat pemadam api. Ia boleh ditempatkan di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah dilihat.
•
Selain daripada itu, alatan seperti hos bomba, pengesan haba, dan sprinkler juga boleh dipasang.
g) Peralatan pemampat udara. •
Pemampat udara digunakan semasa kerja pembersihan bengkel dan mesinmesin. Pemampat udara amat dperlukan dalam sesebuah bengkel.
h) Penstoran bahan. •
Sistem penstoran yang sistematik pelu diwujudkan.
•
Sistem penstoran bahan akan memudahkan kita untuk meyemak bahan dan menyediakan perbelanjaan untuk membeli bahan yang diperlukan.
i) Mesin dan perlindungan mesin. 15
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
•
Setiap mesin dibina dengan alat perlindungan yang sesuai.
•
Alat perlindungan ini tidak boleh dialih untuk mengelakkan kemalangan.
j) Mesin berkuasa mudah alih. •
Mesin berkuasa mudah alih menjadi pilihan kerana harga yang murah.
•
Mesin ini juga merbahaya seperti mesin bukan mudah alih.
•
Mesin ini mudah rosak.
•
Guru
perlu
memberikan
perhatian
dan
pengawasan
ketika
pelajar
menggunakannya. Pemeriksaan Keselamatan Bengkel Pemeriksaan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup yang perlu diberi perhatian khusus oleh guru dan juga murid yang menggunakan bengkel KH ini. 1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan. 2. Pengguna
bengkel
mestilah
selamat
sebelum
menggunakan,
semasa
menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel 3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku: i.
Kecederaan dan kemalangan
ii.
Kejutan elektrik
iii.
Kebakaran
4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. 5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat. 6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai. 16
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999 8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel 9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik.
2.0 PENGURUSAN PERSONEL Greenlaw dan kohl 1986 menyatakan semua keputusan yang berkaitan dengan personel dalam sebuah organisasi. Hubungan manusia yang terdiri daripada motivasi, kepimpinan
dan
perhubungan
manusia.
Perjalanan
organisasi
dengan
mempertimbangkan reka bentuk kerja, kawalan pengurusan dan aliran kerja. Fungsi pengurusan personel yang bertanggungjawab terhadap pemgambilan, perkembangan dan ganjaran peribadi dalam organisasi. Torrington dan hall 1987 menyatakan bahawa memberi tumpuan kepada mencari dan melatih pekerja, menyediakan gaji, menjelaskan harapan pengurusan, mempertahankan tindakan pengurusan, memuaskan keperluan pekerja, menangani masalah dan berusaha mengubah tindakan pengurusan yang menghasilakan tindak balas ekerja yang tidak diingini. Tunjang kepada pengurusan ialah setiap personel dalam organisasi mempunyai hak untuk mendapatkan layanan yang sesuai dan hanya akan menjadi pekerja jika keperluan peribadi berkaitan kerja dipenuhi.
17
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
MODEL PENGURUSAN PERSONEL a) Model Karen Legge (1978) •
“Conformist innovators”- bertindak mengikut tujuan organisasi dan sesuaikan keadaan untuk mencapai tujuan. Kepakaran sebagai kuasa professional untuk memperbaikan kedudukan dalam jabatan.
•
“Deviant innovators”- mengubah keadaan dengan memperoleh penerimaan untuk kriteria yang berbeza bagi menilaian kejayaan organisasi dan sumbangan mereka. b) Model Shaun Tyson (1985)
•
Model pentadbiran / sokongan (The administrative / support model) yang pegawaipegawai personel memberi perhatin kepasa aktiviti rutin asas.
•
Model sistem/ reaktif ( The Systems / Reactive model) yang wujud dalam persekitaran hubungan industry yang lebih sofistikated dan bodang pengaruh adalah pembentukan dan pengekalan peranan kerja melalui polisi dan prosedur.
•
Model pengurusan perniagaan ( The business manager model) – ciri-ciri pakar personel:
•
Integrasikan aktiviti mereka secara rapat dengan pengurusan atasan dan pastikan mereka melaksanakan tujuan jangka panjang.
•
Ada kemampuan kenal pasti peluang perniagaan dan melihat bagaimana personel boleh berperanan membantu mencapai objektif syarikat.
PRINSIP PENGURUSAN PERSONEL
18
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Prinsip perkembangan individu-menawarkan peluang yang sama untuk meyedari potensi maksimum mereka. Prinsip pemilihan saintifik-memilih orang mengikut kemampuan dan kebolehan. Prinip aliran komunikasi bebas- membenarkan semua jenis bentuk komunikasi secara terbuka. Prinsip penyertaan-melibatkan semua dalam membuat keputusan. Prinsip upah- pembayaran upah yang adil berdasarkan kerja yang dilakukan. Prinsip ganjaran-beri ganjaran kepada pelaksanan tugas yang bail. Prinsip menghormati- horamt perkara yang dilakukan oleh pekerja. Prinsip semangat berkumpulan- galak kerjasama dan semangat berkumpulan. Prinsip sumbang untuk kemajuan negara- membekalkan kerja kepada pekerja agar menyumbang kepada kemajuan negara.
19
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
2.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL
CARTA ORGANISASI BENGKEL
PENASIHAT PENGERUSI KETUA PANITIA SETIAUSAHA AJK
20
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
CARTA ORGANISASI KELAS
ORGANISASI PENTADBIRAN KEMAHIRAN HIDUP Organisasi ialah kesatuan atau gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat telah ditetapkan (Kamus Dewan). Organisasi terbahagi kepada 2:
21
ORGANISASI DANFORMAL PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARATIDAK & HAJAR ORGANISASI ORGANISASI FORMAL
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
Terdapat aliran penurunan kuasa
TAJUK 1
Agensi yang mempercepatkan
untuk mencapai matlamat atau
tindakan untuk memcapai sesuatu
objektif yang ditetapkan bersama
tujuan yang dihasratkan.
ahli organisasi. Aliran penurunan kuasa penting untuk tentukan peranan setiap ahli organisasi. Contohnya, panitia Kemahiran
Contohnya, Guru Besar adalah ketua pentadbir di sekolah merangkap penasihat PIBG. PIBG boleh menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan untuk
Hidup, jawatankuasa disiplin dan
sesuatu aktiviti dengan persetujuan
unit ko-kurikulum.
Guru Besar dan jawatankuasa adhoc ini akan dibubar setelah aktiviti selesai.
TANGGUNGJAWAB PENTADBIRAN Membantu menentukan bidang tugas guru-guru Kemahiran Hidup. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guruguru Kelahiran Hidup. Membantu menyelaras kutipan data / maklumat berkaitan Kemahiran Hidup. Membantu menyelaras takwim sekolah khususnya berkaitan Kemahiran Hidup. Membantu menyelia kerja-kerja guru Kemahiran Hidup. 22
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Kemahiran Hidup. Membantu menyediakan penyata kewangan. TUGAS GURU BESAR Memastikan jawatankuasa panitia Kemahiran Hidup dilantik. Menentukan peraturan keselamatan sentiasa dikemaskini dan dipatuhi. Memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera. Mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan ketika kecemasan. PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN / KURIKULUM) Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan penolong kanan 1. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kauseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 23
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
TUGAS KETUA PANITIA Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar. Memberi bimbingan kepada guru-guru Kemahiran Hidup dan staf sokongan. Mengendalikan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi di bengkel. Memastikan bengkel selesa dan selamat digunakan oleh murid dan guru. Menjalankan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan mengadakan perjumpaan secara ad-hoc apabila perlu. TUGAS GURU KEMAHIRAN HIDUP Mematuhi jadual penggunaan bengkel. Menyediakan alatan dan bahan sebelum kelas bermula. Memastikan bengkel sentiasa bersih sebelum dan selepas digunakan. Mengawasi penggunaan bahan dan alatan ketika digunakan. Membantu tugas ketua panitia. Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. TUGAS FORMEN Membantu guru semasa di bengkel. Memastikan alatan tangan yang digunakan mencukupi dan diletakan semula di tempat asal selepas digunakan. Memastikan bengkel dalam keadaan bersih selepas digunakan. 24
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Melaporkan segera kemalangan yang berlaku kepada guru. Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid lain. TUGAS PENOLONG FORMEN Membantu tugas-tugas formen. Mengambil alih tugas formen jika formen tiada.
2.2 OBJEKTIF PENGURUSAN PERSONEL DEFINISI Greenlaw dan kohl (1986) Merangkumi semua keputusan yang berkaitan dengan personel dalam sebuah organisasi. Hubungan manusia yang terdiri daripada motivasi, kepimpinan dan perhubungan manusia. Perjalanan organisasi dengan mempertimbangkan reka bentuk kerja, kawalan pengurusan dan aliran kerja. OBJEKTIF PENGURUSAN Objektif-objektif
pengurusan
adalah sejajar dengan
objektif
keseluruhan
organisasi. Ini memberi keberkesanan kepada semua urusan sumber manusia. Ia bertujuan untuk menjayakan perancangan strategik organisasi. Perancangan strategik adalah perlu di dalam pengurusan tenaga manusia yang mana ia dikaitkan dengan pencapaian misi dan objektif-objektif organisasi. Organisasi, terutama sekali yang 25
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
mempunyai matlamat berbentuk komersial, ingin berjaya di dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan.
Ini memerlukan sumber-sumber seperti kewangan, hartanah, alat-alat, teknologi dan sebagainya. Sumber manusia dengan kebolehan dan pengetahuan mereka adalah sumber utama anda yang boleh membantu mencapai kejayaan organisasi anda. Tanpa pekerja, tidak ada organisasi yang mampu melaksanakan apa-apa aktiviti.
Semua organisasi mempunyai matlamat dan objektif masing-masing. Boleh dikatakan
semua
organisasi
yang
menjalankan
perniagaan (business
organisations) mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum berbanding pelaburan. Keempat-empat elemen utama sains pengurusan di atas perlu disempurnakan dengan berkesan supaya setiap organisasi itu dapat mencapai matlamat dan objektif. Cara bagaimana untuk mencapainya bergantung kepada keupayaan dan sumber yang ada pada sesebuah organisasi.
Hubungan baik di antara pihak pengurusan dan pekerja perlu dititik-beratkan supaya matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai tanpa sebarang masalah. Ini adalah penting kerana jika pekerja tidak memberikan kerjasama ke arah pencapaian matlamat, maka segala bentuk perancangan yang baik akan gagal. Oleh itu pekerja adalah aset utama yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana merekalah nadi penggerak sesebuah organisasi.
26
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Pengurusan sebagai proses perancangan, peyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mancapai matlamat organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN PERSONEL YANG BERTANGGUNGJAWAB 1. Penganalisian organisasi: Kaji
dan
analisis
organisasi
dari
sudut
tugas
dan
kakitangan
untuk
menyelaraskan kesesuaian struktur dengan tugas. 2. Perkembangan dan pembangunan organisasi: Melaksanakan peningkatan kualiti dan kemajuan dan memperkukuhkan keberkesanan dengan merancang: Merancang, memperkenal dan melaksanakan sistem dan struktur baru. Memupuk dan mengukuhkan semangat berpasukan di kalangan pekerja. Menjalin dan memupuk perhubungan, merancang serta menyediakan latihan utk mempertimbangkan kemahiran dan kepakaran. 3. Perancangan Personel: Membuat ramalan dan unjuran keperluan masa depan personel, tentukan keseimbangan bekalan dan permintaan 4. Peningkatan mutu kerja manusia dan latihan: Merancang dan melaksana program latihan dan pembangunan kerjaya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, daya pengeluaran dan bakat keupayaan. 5. Pembayaran upah dan gaji:
27
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
Membentuk sistem pembayaran upah yang wajar dan sistematik + ganjaran lain; elaun, pampasan, insurans, persaraan dan cuti sakit. 6. Perhubungan industri: Memupuk dan mengekalkan hubungan baik dengan pekerja dan kesatuan pekerja demi kelincinan pentadbiran. 7. Kebajikan pekerja: Memberi
perhatian
dan
ambil
berat
tentang
pekerja
termasuk
aspek
keselamatan, keselesaan, kesihatan, kemudahan riadah dan sukan. 8. Komunikasi dalam organisasi: Tentukan saluran komunikasi yang baik, dan berkesan untuk melicinkan pengaliran maklumat, dan idea, menggalakkan pengaliran idea yang bebas. 9. Disiplin: Wujudkan disiplin kerja yang sempurna di kalangan kakitangan organisasi, galakkan sikap akur dan patuh secara sukarela. 10. Sistem Maklumat dan Rekod Personel: Sediakan data dan maklumat yang lengkap dan terkini tentang pekerja.
28
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
2.3 PENGURUSAN PERSONEL DAN HIERARKI
Pengurusan telah diberi berbagai definasi semenjak bidang ini dikenalpasti sebagai satu cabang ilmu yang perlu dipelajari. Salah satu definasi pengurusan dalam pertukaran abad ialah:"Pengurusan adalah satu seni melakukan dan menyiapkan sesuatu kerja dengan cara mengelola dan menyelia kerjasama yang diberikan oleh orang lain". Dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi, "orang lain" di sini merujuk kepada pekerja-pekerja yang berada di bawah tanggungjawab seseorang pengurus.
Steers (1985) pula mendefinasikan pengurusan sebagai satu proses merancang, menganjur, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti pekerja-pekerja selaras dengan sumber yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Koontz dan O'Donnell (1976) juga menyatakan bahawa pengurusan boleh dibahagikan kepada beberapa fungsi yang utama termasuk perancangan, penganjuran, kepimpinan dan pengawalan.
Menurut Mary Parker Follet pengurusan adalah seni mencapai kerja melalui manusia. Pengurusan juga adalah proses mencapai matlamat organisasi melalui cara bekerja dengan manusia dan sumber organisasi lain (Certo 1997). Pengurusan ialah proses menyelesaikan sesuatu tugas melalui dan bersama orang lain (Institut Pengurusan Malaysia).
29
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
HIERARKI PENGURUSAN Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam organisasi. Perbezaan ini dapat dilihat di dalam dalam hierarki pengurusan. a) Pengurus atasan b) Pengurus pertengahan c) Pengurus atasan
a) Pengurus Atasan •
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.
b) Pengurus Pertengahan •
Tugas
pengurus
pada
peringkat
ini,
termasuklah
menyelaras
dan
menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.
30
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
c) Pengurus Bawahan •
Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan.
PENGURUSAN STAF Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini adalah hasil sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada masa lalu. Idea, konsep dan kaedah yang diketengahkan oelh mereka dapat membantu pengurus menguruskan organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing. Bagaimanapun tidak semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai untuk di amalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana teori yang difikirkan dapat membantu dalam menigkatkan orgnisasi. Juga tidak ada satu teori yang paling baik untuk digunakan bagi setiap keadaan atau situasi. Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka. Bergantung kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut bagi mendapat
satu
kaedah
yang
paling
berkesan.
Pengurusan
staf
melibatkan
perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program latihan keselamatan dan program kebajikan. 31
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
TAJUK 1
PERANCANGAN SUMBER MANUSIA Mengikut R Wayne Mondy dan Robert Noe (1986), perancangan sumber manusia adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah pekerja yang perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu. Dengan kata lain ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi.
32
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR