1.0 PENGENALAN
Malaysia, sebuah negara yang pesat membangun mengikut acuannya tersendiri. Kewujudan Bandar bukan sahaja menandakan jumlah penduduknya yang semakin meningkat tetapi juga membuktikan bahawa fungsi sesuatu kawasan itu sudah berubah mengikut perkembangan yang berlaku yang di kawasan tersebut. Bandar, mempunyai pelbagai tafsiran. Menurut Wan Ibrisam Fikry (1997), Bandar ditakrifkan sebagai pusat kepada kekuasaan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial dalam masyarakat. Di dalam sesebuah Bandar pula, lahir pelbagai inovasi dan kawalan pembangunan. Manakala menurut Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi Buletin KKLW 2011 mendefinisikan Bandar dalam Banci 2010 sebagai “kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih”.
Kewujudan Bandar selari dengan proses Perbandaran yang merujuk kepada proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar Bandar kepada Bandar. Ianya berlaku apabila petempatan Bandar berkembang menjadi Bandar yang lebih besar dan kompleks. Selain itu, perbandaran juga merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan sesuatu Bandar. Hasil daripada proses perbandaran, sesebuah Bandar itu akan menjadi pusat tumpuan kepada pelbagai aktiviti pentadbiran, perbankan, komersia dan perumahan. Keadaan ini menyebabkan kawasan bandar menerima pelbagai kemudahan berbanding keadaan di luar Bandar.
Kesan perbandaran telah mengakibatkan negara ini terdedah dengan masalah aktiviti globalisasi antaranya melibatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk. Setiap hari, ada sahaja laporan mengenai ancaman keselamatan penduduk samada jenayah ragut, pecah rumah, kemalangan jalan raya dan lain-lain lagi diberitakan oleh media-media tempatan samada oleh media cetak mahupun media elektronik. Aspek keselamatan menjadi begitu kompleks, kualiti hidup yang ingin dikecapi oleh rakyat terbatas dek kerana ancaman-ancaman yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru, 1
inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan Bandar Selamat dilihat kena pada masanya dan difikirkan perlu.
2.0 DEFINISI BANDAR SELAMAT
Konsep bandar selamat ini merupakan satu pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan isu keselamatan yang berlaku di dalam kawasan Bandar. Pada awalnya, konsep ini telah diutarakan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) pada awal 1998 yang mana YPJM telah mengemukakan cadangan supaya Kerajaan melaksanakan program yang bersesuaian sebagai langkah untuk menangani isu jenayah di Malaysia. Lanjutan daripada itu, Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Program Bandar Selamat pada 10 Ogos 2004.
Di Malaysia konsep bandar selamat boleh ditakrifkan sebagai bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental di samping persekitaran yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara. Sehingga kini, konsep bandar selamat di negara ini telah pun dilaksanakan berpandukan kepada garis panduan Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa. CPTED menggunakan 4 prinsip dan 3 strategi mudah untuk menghasilkan persekitaran fizikal yang selamat supaya dapat mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan jenayah dan mengurangkan perasaan takut berlakunya jenayah di samping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan.
2.1
Prinsip CPTED adalah: 2
2.1.1
Pengawasan semula jadi (natural surveillance) seperti kedudukan tingkap dan pintu yang membolehkan penglihatan yang jelas dan tidak terlindung. Ini akan mewujudkan risiko kepada penjenayah untuk melakukan kesalahan;
2.1.2
Pengawalan akses semula jadi (natural access control) dengan pintu, pintu gerbang, pagar, landskap kejur dan lembut, kad keselamatan atau elemen fizikal lain.
2.1.3
Kejelasan sempadan (territorial reinforcement) dapat menunjukkan pemilikan sesuatu kawasan dan dapat mengesankan penjenayah dengan cepat ; dan
2.1.4
Pengurusan dan penyelenggaraan (management and maintenance) secara berkala untuk mengelakkan tapak atau bangunan terbiar dan kosong yang akan mengundang aktiviti jenayah seperti sarang dadah dan penjenayah. :
Garis panduan tersebut mengandungi 15 langkah pendekatan pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta melalui pendidikan dan kegiatan kemasyarakatan. Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak berkuasa tempatan di peringkat majlis perbandaran dan majlis bandaraya.
Menurut Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, untuk menjadi bandar selamat, sesuatu kawasan itu perlu mempunyai 15 ciri-ciri keselamatan dan kebanyakan kawasan di negara ini mempunyai hanya enam ciri keselamatan termasuk cermin keselamatan, lampu jalan tambahan, rel penghadang antara pejalan kaki dan pengguna motosikal dan kamera litar tertutup (CCTV). Menurut beliau lagi, kawasan Bandar Selamat yang ada kini adalah Ara Damansara 1 dan Desa Park City di Kuala Lumpur, serta Setia Eco Park, Shah Alam1.
1
Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini dipetik dari laporan akhbar Utusan Melayu, bertarikh 5 April 2011 ketika beliau merasmikan Karnival Bandar Selamat 2011.
3
2.1
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Program Bandar Selamat. PBT merupakan hierarki ketiga dalam sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. PBT terletak di bawah Kerajaan Tempatan yang mana mempunyai hubungan dan urusan secara langsung dengan penduduk tempatan. Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memberi kuasa kepada PBT untuk menjadi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Ini bermaksud, majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya adalah PBPT di kawasan pentadbirannya. Pihak Berkuasa Tempatan pada umumnya diberikan kuasa oleh undangundang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan kondisi masyarakat setempat. Sebagai Kerajaan Ketiga yang berhubung secara langsung dengan masyarakat setempat, Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai peranan yang luas. Contoh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menggariskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan meliputi: (a) penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat (b) pewujudan pusat-pusat perdagangan seperti pasar, gerai-gerai dan sebagainya. (c) pengawalan ke atas kesihatan awam, kacau ganggu, keselamatan dan sebagainya.
(d) pelaksanaan tanggung jawab sosial yang meliputi pembangunan tempat-tempat awam, kolam renang dan sebagainya.
Dalam usaha menjayakan program Bandar Selamat ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan PBT menjadikan Program Bandar Selamat sebagai agenda tetap dala mesyuarat Majlis Penuh dan menghantar cabutan minit mesyuarat 4
tersebut kepada kementerian untuk tujuan pemantauan. Selain itu, PBT perlu memandang serius, bertanggungjawab dan fokus dengan menguatkuasakan setiap tindakan mencegah jenayah seperti penerapan konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) dalam kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kejuruteraan dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), melebarluaskan kesedaran awam, penyediaan papan tanda peringatan jenayah, CCTV, pemasangan tempat letak motosikal berkunci dan sebagainya di kawasan masing-masing.2
3.0 MATLAMAT PROGRAM BANDAR SELAMAT
Terdapat empat matlamat utama program Bandar Selamat iaitu: 3.1
Mewujudkan Bandar yang bebas daripada keganasan seperti kes kecurian, jenayah ragut, pecah rumah dan sebagainya yang menyebabkan kehilangan nyawa dan trauma, kerosakan harta benda dan sosial;
3.2
Mewujudkan Bandar yang bebas daripada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh;
3.3
Mewujudkan Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, integriti dan kerosakan moral; dan
3.4
Mewujudkan Bandar yang bebas daripada segala jenis kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya
2
Dipetik dari Teks Ucapan Perasmian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Majlis Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat bertarikh 5 April 2011 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.
5
4.0 LANGKAH / STRATEGI PELAKSANAAN BANDAR SELAMAT
Kertas kerja Pelaksanaan Bandar Selamat di negara ini telah dibentangkan untuk makluman Jemaah Menteri di Kabinet pada 14 Julai 2004. Strategi dan langkah-langkah pencegahan jenayah dirangka hasil daripada beberapa siri perbincangan dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institusi Pengajian Tinggi serta Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Gabungan PersatuanPersatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Bagi memberi gambaran yang jelas kepada semua pihak terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara, sebuah Buku 15 Langkah Bandar Selamat telah diterbitkan pada Julai 2010 bagi menggantikan Buku Panduan Edisi Keempat Program Bandar Selamat: Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan Jenayah yang telah diterbitkan pada Mac 2008 Urusetia Program Bandar Selamat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terdapat 3 strategi utama dalam pelaksanaan Bandar Selamat yang terkandung dalam buku panduan tersebut iaitu: 4.1
Strategi I : Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal
Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dari Laluan Bermotor. Pengasingan ini dilakukan bertujuan untuk mengasingkan laluan pejalan kaki dengan kenderaan bermotor bagi mengelak jenayah ragut dan kemalangan yang melibatkan pejalan kaki. Ia juga dapat memberi keselesaan sekaligus dapat mewujudkan suasana yang selamat kepada pejalan kaki. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui pilihan berikut:
Penyediaan laluan pejalan kaki khusus.
6
Gambar 1:
Laluan khas untuk pejalan kaki dibina untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Penyediaan bollard;
Gambar 2:
Bollard berantai untuk menghalang kenderaan bermotor melalui kawasan pejalan kaki.
Penyediaan rel penghadang;
7
Gambar 3:
Rel penghadang di bina bagi memisahkan laluan pejalan kaki dan jalan raya.
Penyediaan tanaman landskap; atau
Gambar 4:
Penanaman landskap untuk memisahkan jalan raya dan laluan pejalan kaki.
Penyediaan laluan motosikal khas.
8
Gambar 5: Motorsikal menggunakan laluan khas yang telah disediakan
4.2
Strategi 2: Memperkasakan Kawasan Sasaran.
9
Kawasan yang sering menjadi tumpuan jenayah atau kerap berlaku kes jenayah seperti ragut, rompak bersenjata, pecah rumah dan sebagainya akan dikenalpasti dan langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:
4.2.1
Penyediaan Balai Polis Tetap atau balai polis bergerak
Gambar 6:
Pondok Polis dan Balai Polis Bergerak
Ini bagi memudahkan pemantauan oleh pihak polis di tempat-tempat awam dan sekaligus memberi kesenangan kepada orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah dan tindakan segera dapat diambil memandangkan lokasi balai polis adalah berhampiran. 4.2.2
Penyediaan cermin keselamatan
10
Gambar 7:
Penyediaan cermin keselamatan memberi pendedahan keadaan di celah-celah bangunan dan disebalik lorong yang lazimnya sunyi dan merupakan temoat bermulanya segala aktiviti jenayah.
4.2.3
Penyediaan papan tanda peringatan jenayah
11
Gambar 8:
Papan tanda peringatan jenayah ini mengandungi peringatan agar orang awam dapat berwaspada, nombor telefon juga turut disediakan untuk memudahkan orang awam membuat aduan, menyalurkan maklumat dan mendapatkan pertolongan semasa kecemasan.
4.2.4
Penyediaan penggera keselamatan
12
Gambar 9:
Penggera ini dipasang dikawasan tumpuan orang ramai yang senang digunakan oleh mangsa atau orang awam apabila berlaku sesuatu kejadian ragut ataupun jenayah. Penggera ini boleh diaktifkan dengan menekan butang yang dipasang di tempat-tempat yang mudah ditemui oleh orang awam.
4.2.5
Penyediaan tempat motosikal berkunci.
13
Gambar 10:
Penyediaan tempat parking motorsikal berkunci ini dapat mengurangkan risiko kecurian kenderaan ini.
4.2.6
Pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV di premis perniagaan dan tempat awam.
Gambar 11:
Kamera litar tertutup merupakan sistem pengawasan yang mengandungi kamera dan peralatan yang berkaitan untuk pemantauan, transmisi dan pengawalan zon kawasan tertentu.
4.2.7
Pencahayaan 14
Gambar 12:
Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan pada waktu malam dilaksanakan agar kawasan tersebut mudah diawasi dan tidak menjadi tempat jenayah. Premis perniagaan juga perlu dipasang lampu yang lebih cerah bagi mewujudkan suasana yang selamat di sepanjang kawasan premis perniagaan tersebut.
4.2.8
Laluan awam tidak terlindung daripada pandangan awam;
•
Membersihkan atau mengemaskan kawasan semak yang terlindung. 15
Gambar 13:
Laluan awam seperti laluan pejalan kaki, lorong belakang bangunan dan tempat menunggu kenderaan awam dipastikan berada dalam keadaan bersih tidak dipenuhi semak samun mahupun sampah sarap bagi meluaskan
pandangan.
Hal
ini
dapat
mengelak
berlakunya kes jenayah di kawasan-kawasan sunyi dan tersorok. •
Tidak membenarkan perniagaan dan kenderaan diletakkan di laluan pejalan kaki
•
16
Gambar 14:
Tindakan
segelintir
masyarakat
yang
berdegil
meletakkan kenderaan mahupun kerusi dan meja makan premis perniagaan mereka mengundang ketidakselesaan kepada pejalan kaki. • Jejantas tidak terlindung dari pandangan awam
Gambar 15: Reka bentuk jejantas tidak menghalang pandangan awam. Oleh itu, reka bentuk jenis intricate ornate design atau bumbung condong hingga menghalang pandangan adalah tidak dibenarkan.
17
4.2.9
Penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah dengan jenayah
Semenjak abang ni berniaga kat sini, semakin ramai orang lalu-lalang di sini. Dia sebenarnya Semenjak abang membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini.
Kewujudan gerai-gerai atau apa jua bentuk perniagaan di kawasan yang sunyi boleh mengelakkan ia menjadi sasaran jenayah. Kewujudan aktiviti perniagaan kecil-kecilan di kawasan yang sebelum ini sunyi dan gelap ini mampu menjadikan kawasan tersebut terang, menjadi tumpuan orang ramai dan tidak lagi sunyi. Namun begitu, pembinaannya haruslah tidak menghalang lalulintas.
4.3
Strategi 3: Pengurusan, Penyertaan Komuniti dan Kesedaran Awam
4.3.1
Pendidikan, kesedaran awam dan publisiti;
•
Media Massa
18
Media massa merupakan medium perhubungan yang penting antara Kerajaan dan orang ramai. Maklumat-maklumat mengenai program Bandar Selamat, pendidikan mengenai tatacara mengelak dari dijadikan mangsa jenayah akan disalurkan melalui media massa. Semua maklumat yang ingin disampaikan boleh disalurkan melalui media cetak iaitu surat khabar mahupun media elektronik iaitu televisyen, blog dan laman web.
19
Gambar 16 : Contoh hebahan maklumat melalui media cetak.
•
Penyediaan papan iklan luar Penyediaan papan iklan luar ini bertujuan memberi maklumat, peringatan dan nombor-nombor yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan, jenayah mahupun aduan.
Gambar 17: •
Contoh papan iklan luar
Laman web Program Bandar Selamat.
20
Gambar 18:
Laman Web Majlis Rasmi Bandar Selamat
Penyediaan laman web ini akan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat. Maklumat-maklumat ini boleh dicapai dalam semua laman web Majlis Perbandaran dan
Majlis
Bandaraya dan juga laman web rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
•
Penyertaan awam dalam melaksanakan dan merancang langkah-langkah Bandar Selamat.
Semua pihak samada PBT, PDRM, NGO, Persatuan-persatuan penduduk mahupun orang awam perlu komited mengambil bahagian dalam melaksanakan dan merancang langkah-langkah Bandar Selamat ini. Penglibatan semua pihak akan mampu menjayakan program ini.
21
Gambar 19:
Penglibatan semua pihak dalam menjayakan Program Bandar Selamat amat dituntut.
4.3.2
Meningkatkan rondaan di kawasan perumahan. •
Mewujud, menggerak dan mengaktifkan jawatankuasa atau persatuan penduduk;
•
4.3.3
Mendapatkan khidmat pengawal keselamatan swasta;
Agenda tetap bulanan Mesyuarat Majlis Penuh PBT. •
Pelaporan status kadar jenayah dan pelaksanaan Program Bandar Selamat
•
Mengemukakan cabutan minit mesyuarat penuh PBT kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa. 22
5.0
KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT
Program Bandar Selamat yang selari dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah ternyata berjaya memberikan hasil yang positif apabila Malaysia diletakkan selangkah di hadapan Amerika Syarikat bagi Ketenteraman dan Keselamatan, dalam penilaian oleh Indeks Kedaulatan Undangundang 2011, World Justice Project (WJP). Menurut Laporan Tahunan GTP 2011, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-12 daripada 66 negara yang diliputi di bawah penilaian WJP dalam Ketenteraman dan Keselamatan. WJP meletakkan Malaysia di hadapan Amerika Syarikat (kedudukan ke-13), disusuli Britain, Belgium dan Perancis. Laporan tahunan itu menyebut WJP turut menempatkan Malaysia sebagai paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan menengah atas.
Justeru, tidak hairanlah jumlah pelancong yang mengunjungi Malaysia semakin meningkat saban tahun. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia meningkat 1.2 peratus kepada 9.45 juta orang bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2012 berbanding 9.32 juta orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2011. Secara tidak langsung ia turut menyumbang RM21.8 bilion kepada pendapatan negara bagi tahun 2012 berbanding RM21.4 bilion pada tahun 2011.3
Selain itu, Program Bandar Selamat ini juga telah menyaksikan bukan sahaja pertambahan Persatuan Penduduk
tetapi juga pemerkasaan terhadap persatuan-
persatuan penduduk yang sudah lama wujud. Mengikut belanjawan 2013, YAB 3
Kenyataan Menteri Pelancongan , YB Dr. Ng Yen Yen yang dikeluarkan Sinar Harian pada 9 Julai 2012.
23
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sebanyak 4,025 Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan diberikan geran berjumlah RM10,000 bagi menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan yang dilakukan persatuan terbabit. Tujuan pemberian geran ini adalah membantu mengurangkan jenayah dan mewujudkan bandar selamat.
Jelas sekali, keberkesanan program Bandar Selamat boleh diukur melalui statistik kes jenayah yang semakin menurun hari demi hari. Indeks jenayah mencatatkan penurunan yang baik saban tahun. Hal ini boleh dilihat melalui jadual di bawah:
Jadual 1:
Statistik Perbandingan Jenayah Indeks dan Jenayah (sumber dari laman web PDRM)
6.0
KESIMPULAN
24
Program Bandar Selamat yang telah diperkenalkan pada tahun 2004 ini telah menampakkan kesan yang positif terhadap usaha dan kesungguhan Kerajaan untuk memberikan jaminan keselamatan dan kualiti hidup yang bermutu kepada penduduk Malaysia. Dengan adanya Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)4 yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sistem pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutama dalam menangani jenayah jalanan di kawasan-kawasan PBT. Namun begitu, kesungguhan dan usaha dari Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis Diraja Malaysia sahaja tidak memadai jika orang awam tidak menunjukkan kerjasama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan.
Kebergantungan terhadap polis juga tidak mencukupi untuk menjamin kehidupan yang sejahtera dan selamat. Hidup bermasyarakat yang harmoni, bantumembantu dan saling ingat-mengingati perlu diterap dalam diri masyarakat di Bandar khususnya. Persatuan penduduk perlu diaktifkan dengan giat sekali memandangkan risiko kehidupan di Bandar amat besar dan pelbagai. Kejadian rompakan, pecah rumah dan samun bersenjata dapat dikurangkan sekiranya persatuan penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan rondaan di kawasan penempatan mereka.
Namun, harus diakui bahawa faktor cara hidup di Bandar mungkin menjadi penghalang kepada kewujudan Persatuan Penduduk. Akan tetapi, jika orang ramai serius untuk memastikan keselamatan mereka terjamin, adalah menjadi satu kebanggaan jika mereka dapat bersama-sama mencegah jenayah walau apa jua cara 4
Sistem Pemantauan Bandar Selamat – SPBS merupakan satu transformasi ke atas
Sistem Laporan Polis (PRS) PDRM yang telah diintegrasikan dengan elemen penandaan lokasi kejadian jenayah di atas peta digital secara online dengan menggunakan pelantar Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mempunyai koordinat. Sistem ini telah beroperasi pada 1 Januari 2011 dan digunapakai oleh 35 PBT dan 217 balai polis hotspot sehingga 2012.
25
sekalipun. Program-program pendidikan kesedaran mengenai bahaya jenayah terutamanya jenayah jalanan seperti ragut perlu diselitkan dalam aktiviti sekolah supaya para pelajar dapat di didik atau di ajar dengan pengetahuan untuk mengelakkan dari mendedahkan diri menjadi mangsa jenayah, teknik –teknik mempertahankan diri dan juga cara-cara menyalurkan maklumat mengenai kes-kes jenayah yang berlaku. Kesimpulannya, setiap individu, para perekabentuk seperti pemaju, akitek, akitek landskap, jururancang bandar, jurutera, pelukis pelan dan sebagainya perlu menyedari dan mengamalkan CPTED dalam semua rekabentuk bangunan dan pelan susunatur pembangunan. Dengan terlaksananya program Bandar Selamat ini, ianya mampu menjadi satu strategi pencegahan jenayah yang menjamin tahap keselamatan bukan sahaja penghuni di Bandar bahkan juga pelancong-pelancong di kawasankawasan Bandar.
26
7.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Sanusi Hassan (2005), Reka Bentuk Bandar Di Semenanjung Malaysia: Kuala Lumpur dan Bandar di Sekitarnya. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Author.(2012, September 13). Indeks Jenayah Menurun. Utusan Melayu. Diperoleh pada November 10, 2012 daripada. http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120913/je_05/Indeks-jenayah menurun#ixzz2Coz17lYP
Author. (2012, April 3). Negara Paling Selamat. Diperoleh pada November 15, 2012 daripada. http://www.hmetro.com.my/articles/Negarapalingselamat/Article/ Author. (2010, Disember 18) Program Bandar Selamat Diperluas. Diperoleh pada November 20, 2012 daripada. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramBandarSelamatdiperluas/ Article
Jamaludin Mustaffa. (2007). Aspek Keselamatan Awam dalam Pembentukan Bandar Selamat di Malaysia. Ph.D Dissertation. Universiti Sains Malaysia.
Siapakah Pihak Berkuasa Tempatan Anda. [Brochure].(n.d).Kuala Lumpur: Jabatan 27
Perancangan Bandar dan Desa
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2010, Julai 26). Panduan Bandar Selamat. Utusan Malaysia. Diperoleh pada November 10, 2012 daripada. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2010&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixz z2CoyS3s5l
Unit Khas NKRA Bandar Selamat. (n.d). Bandar Selamat (Pamphlet). Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Urusetia Program Bandar Selamat. 2004. Program Bandar Selamat: Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan Jenayah Yang Perlu Dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
28