Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun 1434H ini, untuk sekian kalinya Panitia Pendidikan Islam mengorak langkah mengadakan Kuiz Ihya’ Ramadhan sebagai salah satu aktiviti bagi menghidupkan bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan yang boleh menambah dan menyuburkan ilmu di kalangan pelajar khasnya dan warga SMKBB umumnya. OBJEKTIF:
1. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan kuiz dengan betul. 2. Menambah ilmu para pelajar berkenaan bulan Ramadhan. 3. Membentuk sikap berani dan yakin dengan ilmu yang dimiliki. 4. Membudayakan pelajar mengisi masa dengan sebaiknya di bulan Ramadan ini. 5. Mengeratkan silaturrahim antara guru dan pelajar.
MATLAMAT:
Melahirkan pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bulan Ramadhan dengan betul dan tepat.
1. Pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan 2. Guru membaca 5 soalan secara lisan. 3. Pelajar menjawab secara spontan di hadapan perhimpunan. 4. Hadiah diberi secara terus kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.
PENUTUP:
Diharapkan program yang dirancang ini berjalan dengan lancar .Semoga usaha kecil ini diberkati Ilahi dan dikira sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan neracaNya kelak. Amin.