Penternakan lebah kelulut adalah bidang usaha yang baru diterokai di Sabah. Saya telah memulakan projek ini pada awal Julai 2016. Dengan tunjuk ajar menantu lelaki saya serta membaca dokumen yang berkaitan, saya mula dengan menternak 12 koloni lebah kelulut jenis TRIGONA ITAMA. Pada 1hb Nov yang lalu saya telah mula menuai madu daripada koloni tersebut. Sebanyak 5 kg Madu telah di tuai. Oleh kerana projek ternakan kelulut ini amat sesuai di kawasan saya, maka saya ingin membesarkan projek ini. Berikut adalah kertas kerja cadangan yang saya siap kan untuk di kemukakan dan pertimbangan pihak RISDA.
atau sahaja (juga digelar ialah yang menghasilkan madu sama seperti Lebah Apis. Dianggarkan hampir 500 spesis Kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah Kelulut boleh didapati di kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan Tropika Amerika. Madu Kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan Madu Lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi . Madu Kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding Madu Lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Habitat Lebah Kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua Kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam golongan tunggul kayu dan dahan pokok dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan Tikus dan Burung Kakak Tua. Spesis lain pula tinggal di dalam Sarang Semut atau Sarang Anai-Anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona Thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon Rambutan, Manggis atau Durian. Bentuk sarang Kelulut berbeza daripada Lebah Madu. Lebah Madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang Kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, dimana semua Kasta muncul (lahir). Sarang Kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh Bitumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada Campuran Resin, Lilin dan pelbagai bahan seperti Lumpur, Minyak, Cat dan Kadang, najis haiwan. Ianya seperti Propolis hitam dan gelap. Bitumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debunga yang terdapat di kaki belakang. Sarang Lebah Kelulut kaya dengan Propolis berbanding dengan sarang Lebah Madu. Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada Lilin dan Propolis digelar Involkrum. Di luar Involkrum, Kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti Ular) untuk menyimpan Madu dan Debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, Tempayan Madu dan Tempayan Debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran. Kitar hidup Kelulut berbeza Lebah Madu. Di dalam sesebuah Koloni Kelulut, boleh terdapat dua atau lebih Ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah Ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran Ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah Ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun. Secara ringkas, jantina setiap lebah bergantung kepada Nomor Kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai dua set Kromosom (Diploid-satu set daripada Ratu) dan satu lagi daripada Lebah Jantan dan Dron. Dron hanya mempunyai satu set Kromosom (Haploid), dalam sistem Lebah Madu, Lebah Betina mungkin menjadi Lebah Pekerja atau Ratu Bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat Larva, (Ratu diberi makan Jeli Raja dan Lebah Pekerja diberi makan Debunga). Sistem Kasta dalam Kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan. Namun demikian, terdapat juga kompenan genetik sehingga 25% (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi Ratu. Sel Ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila Ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakan mati.
HabitatLebahKelulut
berasal daripada Sari Bunga (Nektar)| yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan antobodi dan metabolisme badan, menguatkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan. Insya ALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat berbagai jenis penyakit, diantaranya dan lain-lain. terbentuk dari bahan resin yang diambil Lebah Kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna Hitam, Kuning, atau Coklat Tua di Sarang Lebah Kelulut. Propolis berfungsi sebagai Antikulat, Antifungus, Antibakteria dan Antiradang. InsyaALLAH mampu merawat
1.Ternakan Kelulut amat mudah untuk diusahakan dan hanya memerlukan ruang yang kecil seperti di halaman ataupun di kawasan kebun. 2.Sarang Kelulut mudah untuk dipindahkan memandangkan ianya telah siap diletakkan di dalam kotak tidak seperti ternakan lain seperti Ayam, Kambing, dan Lembu yang memerlukan pembinaan reban dan kandang. 3.Tidak memerlukan kawasan yang luas. 1.Pengusaha memperuntukkan masa yang singkat untuk menguruskan ternakan. 2.Tidak perlu kepada memberi makan dan minum serta vaksin kepada ternakan Kelulut. 3.Boleh melakukan kerja ternakan lebah Kelulut secara sampingan. 4.Memberikan pendapatan lumayan sebulan yang mana dapat melonjakkan pendapatan keluarga. 1.Madu boleh dipasarkan di pasaran tempatan dengan harga sekitar RM 20.000 hingga RM 40.00 sebotol 100ml-200ml. 2.Propolis dijual kepada penguasa kosmetik dengan harga RM 150.00 sekilogram atau boleh diproses dan dipasarkan sebagai produk siap seperti Sabun, Cream dan cecair untuk kesihatan. 3.Beebread makanan minda dan boleh dipasarkan kepada penguasa produk kesihatan.
1.Mudah disimpan dan tahan lama serta mudah dipasarkan. 2.Permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan harga pasaran hingga RM 40.000 sebotol 200 gram dan RM 60.00 sebotol 300 gram. 3.Pasaran secara pukal kepada pemborong madu lebah Kelulut. Pasaran melalui internet. Masa tuaian hasil yang singkat dan tidak memerlukan untuk bekerja sepanjang hari. Dengan sumber makanan yang cukup setiap sarang kelulut mampu mengeluarkan 0.5 hingga 1.5 kilogram purata 3 minggu. Tiada musim tertentu untuk menghasilkan madu Kelulut berbanding Madu Lebah Tualang yang hanya sekali setahun.
1. BELIAN SARANG KOLONI LEBAH KELULUT DENGAN HARGA RM 250.00 SESARANG DARIPADA PEMBEKAL 2. PENJAGAAN KOLONI DI TEMPAT YANG SESUAI DAN SELAMAT DARI ANCAMAN MUSUH 3. PENUAIAN / PENGAMBILAN MADU
4. PENAPISAN DAN PEMBOTOLAN MADU
5. PERLEBIHAN DAN PENGSETORAN
6. PENGEDARAN DAN PASAR
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Koloni kelulut(Log) Kotak Madu Pump Madu Tiang Belian (3”x 3”x 7’ ) Papan (1”x 8” x 12’ ) Zink ( 2’x 12’ ) Paku pelbagai Plastik
10 btg 10 buah 1 buah 5 btg 5 keping 3 keping 5 kg. 1 gulung
220.00 30.00 250.00 25.00 25.00 35.00 8.00 180.00
2,200.00 300.00 250.00 125.00 125.00 105.00 40.00 180.00
1. 2. 3.
RACUN SERANGGA ANAI2 Gelen Asam cuka makan
2 Botol 60 pc 5 gelen
150.00 5.00 20.00
300.00 300.00 100.00 700.00
1. 2.
Madu Propolis
5 kg. 2 kg.
100.00 150.00
500.00 300.00 800.00 4,800.00
1. 2.
Madu Propolis
10 kg. 2 kg.
100.00 150.00
1,000.00 300.00 1,300.00
1.
Pulangan hasil
54
1,300.00
70,200.00
Beberapa kaedah dan justifikasi telah diselidik dan berpotensi untuk membuat aliran kewangan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku lebihan produk yang tidak dapat dipasarkan atau produk tidak laku. Kaedah-kaedah ini juga telah difikirkan dapat mencegah daripada menjaja di kaki lima. Antaranya adalah seperti berikut : 1. Jualan kepada Pemborong Madu Kelulut. Produk telah dipasarkan terus kepada pemborong pada harga 2. Jualan Terus. Jualan ini melibatkan kaedah labeling dan branding yang kemas, menarik dan menyakinkan. Kos yang perlu diambilkira adalah kos botol dan label pada kadar RM 6.00 bagi setiap botol 300 g. Secara purata kosnya adalah RM 20.00 bagi setiap 1kg. Selain daripada itu, madu juga boleh dijual dalam bungkusan yang lebih kecil seperti misalnya dalam bentuk “sachet” atau straw dan kaedah ini boleh meningkatkan lagi harga bagi madu. Dalam tempoh jangka panjang pula, penjual hendaklah mengambilkira keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak JAKIM dan juga mendapat pemantauan daripada semasa ke semasa oleh Pihak Jabatan Kesihatan memandangkan Madu adalah dalam kategori makanan. Kaedah jualan terus menawarkan keuntungan 100% daripada nilai produk berdasarkan bahawa Madu Kelulut di pasaran pada ketika ini dijual pada harga purata RM 60.00 atau lebih bagi setiap 300g bersamaan RM 200.00 bagi setiap 1kg. Namun begitu, harga jualan mungkin berubah pada masa akan datang bergantung kepada fenomena bekalan “VS” permintaan. Hasil produk boleh juga dipasarkan melalui rangkaian peniaga-peniaga kecil yang mengusahakan kiosk-kiosk dengan menawarkan komisen yang bersesuaian dan menarik kepada mereka.
Rajah 3.2.
Iklan memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sesuatu produk agar ianya dikenali ramai dan membangkit ras ingin tahu pelanggan untuk memperolehi. Pada masa kini, promosi boleh dijalankan dengan cara :
4. Pembangunan kepada produk adalah proses yang dilihat dapat membantu untuk mempersilakan produk ke peringkat yang lebih luas bagi pemasaran produk.
a) Laporan Pengesahan Produk (ni adalah bertujuan untuk mendapatkan bacaan mineral dan kandungan bahan yang terdapat dalam produk. Kos untuk membuat ujian bagi setiap sampel yang dihantar adalah sekitar RM 120.00 hingga RM 200.00 bergantung kepada beberapa jenis ujian yang dilakukan. Antara agensi yang dikenalpasti melakukan ujian makmal adalah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Kementerian Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan Jabatan Kimia Malaysia (Ujian HALAL). b) Pengenalan kepada produk (Label) Kesinambungan dari proses pengumpulan data kandungan serta khasiat yang diperolehi dari ujian makmal, Label atau jenama boleh dicetak dan ditampalkan ke setiap botol produk bagi mengukuhkan maklumat produk. Produk yang mempunyai jenama atau label dilihat lebih berdaya saing untuk dipasarkan berbanding yang tiada. c) Pembotolan dan pembungkusan penggunaan sumber botol yang terpakai adalah tidak digalakkan kerana kebersihan sesuatu botol itu tidak dapat dipastikan. Oleh yang demikianpenggunaan botol baharu adalah sangat digalakkan serta produk dibungkus di dalam kotak yang sesuai untuk memastikan produk tidak pecah semasa penghantaran.
a) Pengedaran secara terus (jualan terus) b) Pengedaran secara Pos (melibatkan kos penghantaran).
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Koloni kelulut(Log) Kotak Madu Pump Madu Tiang Belian (3”x 3”x 7’ ) Papan (1”x 8” x 12’ ) Zink ( 2’x 12’ ) Paku pelbagai Plastik
1. 2.
Madu Propolis
1. 2.
1.
50 btg 50 buah 1 buah 25 btg 25 kpg 16 kpg 10 kg. 2 gulung
220.00 30.00 250.00 25.00 25.00 35.00 8.00 180.00
11,000.00 1,500.00 250.00 625.00 625.00 560.00 80.00 360.00
25 kg. 10 kg.
100.00 150.00
2500.00 1500.00 4,000.00 24,000.00
Madu Propolis
50 kg. 10 kg.
100.00 150.00
5,000.00 1,500.00 6,500.00
Pulangan hasil
54
6,500.00
351,000.00
6. IMPAK DAN FAEDAH.
Impak dan faedah daripada projek penternakan lebah kelulut ini akan dapat meningkatkan pendapatan keluarga saya sebagai pekebun kecil RISDA.Di samping dapat mengeluarkan produk makanan yang sihat untuk menampung pengeluaran makanan super negara. Projek ini merupakan perintis di kampung Batu linting, sehandainya projek ini berjaya maka ia nya merupakan model pada lain –lain pesereta pekebun kecil RISDA yang berada di sekitar Kuala Penyu.
7. KESIMPULAN.
Sesuai dengan seranan kerajaan PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN maka saya ingin memaksima penggunan kawasan kebun saya, agar dapat mengeluarkan hasil pertanain yang bermutu tinggi.Oleh kerana sifat semula jadi kelulut adalah agen pendebungaan yang aktif, adalah diharapkan ianya dapat membantu meningkatkan hasil tanaman lain seperti kelapa, pisang dan lain-lain buah-buah yang berada dikebun saya.
SEKIAN TERIMA KASIH.