KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA PENDUDUK KAMPUNG BERIS KUBUR BESAR 16300 BACHOK KELANTAN
PENDUDUK KAMPUNG BERIS KUBUR BESAR 16300, BACHOK KELANTAN ( MEWAKILI PENDUDUK KAMPUNG 7 PETI UNDI DUN TAWANG)
Kepada ; YB SENATOR DATO' DR. AWANG ADEK HUSSEIN Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan, Aras 11, Blok Tengah, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA. Melalui ; Penduduk Kampung Beris Kubur Besar, 16300 Bachok Kelantan (Mewakili Penduduk Kampung 7 Peti undi Dun Tawang)
Tuan ; PERMOHONAN PERUNTUKAN PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA PENDUDUK KAMPUNG BERIS KUBUR BESAR Adalah dimaklumkan kepada tuan, seperti nama-nama disebutkan seperti dilampiran memohon peruntukan kewangan bagi tujuan menjalankan penanaman seperti berikut ; 1. Penanaman Kelapa Matag 1 Malaysia
i.
Projek Penanaman Kelapa Matag adalah bertujuan untuk menjana pendapatan penduduk kampung kerana Kelapa matag dapat memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk kampung dalam tempoh masa yang singkat
ii.
Projek Penanaman Kelapa Mantap ini dilihat akan memberi punca pendapatan sampingan yang lumayan kepada penduduk kampung kerana banyak hasil produk yang dapat dihasilkan melalui pokok kelapa yang ditanam
2. Bersama-sama ini kami sertakan kepada tuan butiran-butiran perincian mengenai projek penanaman Kelapa Mantap serta nama – nama penduduk kampung yang terlibat dalam Projek Penanaman Kelapa mantap ini. Sekian ;
…………………….. ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN Penduduk Kampung Beris Kubur Besar
CADANGAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA
1.0 RINGKASAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA Cadangan projek “PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA” adalah bertujuan untuk memberikan punca pendapatan sampingan kepada penduduk kampung 7 peti Undi Dun Tawang.Ini adalah kerana projek ini dilihat mampu untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan dalam tempoh jangka masa yang singkat seterusnya, meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk kampung kerana banyak manafaat yang akan diperolehi hasil daripada produk yang berasaskan pokok kelapa. Pemilihan Penanaman pokok kelapa Matag adalah kerana Kelapa Matag boleh mengeluarkan antara 30 hingga 40 ribu biji buah setahun sehektar. Selain itu juga kelapa Matag dapat mengeluaran hasil dalam tempoh paling cepat berbanding kelapa jenis lain iatu antara 3 hingga 4 tahun sahaja. Secara keseluruhannya, kelapa varieti Matag memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah Matag yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik. Saiz buah yang lebih besar serta mempunyai 2 kali ganda jumlah santan lebih banyak berbanding kelapa biasa. Permintaan yang tinggi terhadap kelapa dinegara kita menjadikan pemilihan Penanaman kelapa adalah rasional kepada penduduk kampung, untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan serta mendatang keuntungan dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai permulaan projek, penduduk kampung yang merangkumi 7 peti Undi Dun Tawang memerlukan peruntukan sebanyak RM20, 000 untuk menjalankan projek penanaman kelapa Matag 1 Malaysia ini. Dalam perancangan yang teliti serta prospek yang berdaya maju, kami seluruh penduduk kampung amat berharap jasa baik pihak YB dapat meluluskan peruntukan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.
2.0 PENGENALAN Produk yang berasaskan kelapa berkembang pesat dinegara kita,ini menjadikan kelapa menjadi sebagai produk yang berdaya maju dan fleksibel untuk pelbagai industri berasaskan makanan dan pembuatan produk yang menggunakan kelapa. Permintaan yang tinggi terhadap kelapa dinegara kita menjadikan pemilihan Penanaman kelapa adalah rasional kepada penduduk kampung, untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan serta mendatang keuntungan dalam tempoh masa yang singkat. Buah kelapa Matag sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan pengeluaran air Nira. Keadaan tanah dan iklim cuaca didaerah Bachok memang sesuai untuk penanaman kelapa Matag. Kajian mendapati permintaan tehadap kelapa Matag sentiasa mendapat sambutan tinggi didalam dan diluar negara. Inilah kerana kelebihan kelapa Matag mempunyai buah yang bersaiz besar dan jumlah santan 2 kali ganda lebih banyak daripada kelapa biasa.
3.0 TUJUAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA Projek penananan kelapa ini akan member peluang kepada penduduk kampung untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Pemilihan kelapa sebagai projek tanaman adalah kerana kelapa Matag dapat memberikan pulangan pendapatan yang lumayan dalam tempoh maa yang singkat. Pokok kelapa Matag akan mengeluarkan hasil dalam tempoh masa 3 tahun sahaja dengan bilangan buah yang banyak dan bersaiz besar berbanding kelapa biasa.Perkara yang utama tujuan projek penanaman kelapa Matag ini adalah untuk mengikuti seruan kerajaan Malaysia supaya meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk diluar bandar supaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Dengan wujudnya penanaman kelapa ini akan mengalakkan juga pertumbuhan kegiatan ekonomi penduduk kampung contohnya akan wujud kegiatan ekonomi seperti industri kecil dan sederhana (IKS). Ini akan member peluang kepada penduduk kampung untuk memulakan perniagaan produk berdasarkan pokok dan buah kelapa matag. Contohnya penduduk kampung boleh memasarkan produk santan kelapa,minyak kelapa, dan bermacam produk yang menggunakan kelapa. Seperti yang kita maklum permintaan dan penawaran terhadap produk berasaskan kelapa semakin meningkat dalam pasaran luar dan dalam Negara terutamanya santan kelapa. Ini memberikan penduduk kampung untuk merebut peluang keemasan untuk mengusahakan atau memasarkan kelapa yang ditanam melaui projek penanaman kelapa Matag. Projek ini mungkin akan membantu penduduk kampung untuk meningkatkan punca pendapatan dan keluar dari kepompong kemiskinan.
4.0 LATAR BELAKANG PERANCANGAN PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA Majoriti penduduk kampung ini menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama mereka. Asalnya projek ini dicetuskan oleh penduduk kampung, yang mengetahui mengenai kelebihan dan keuntungan penanaman kelapa mantap dari pejabat pertanian daerah. Tanaman kelapa yang telah ditanam terbukti telah membuahkan hasil dan memberikan sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Oleh itu ahli jawatankuasa kampung telah memandang serius untuk mencetuskan projek penanaman kelapa yang dilihat mampu menjana pendapatan bagi penduduk kampung.Setelah perbincangan oleh sebahagian penduduk kampung yang mewakili 7 Kawasan Peti undi Dun Tawang, telah berstuju utuk memberikan usul kepada pihak YB untuk menjalankan projek Penanaman Kelapa Matag 1 Malaysia.
5.0 LATAR BELAKANG PESERTA PENDUDUK KAMPUNG PROJEK PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA
Seramai 200 orang penduduk kampung yang merangkumi 7 Peti Undi Kawasan Dun Tawang terlibat dalam projek penanaman.Kebanyakan penduduk kampung sudah mahir mengenai penanaman kelapa matag dan pernah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada pejabat pertanian daerah bachok. Peserta kampung seramai 200 orang ini telah banyak pengalaman dalam mengendalikan tanaman kelapa kerana sebahagian penduduk kampung adalah pekebun yang sudah mahir dalam setiap aspek penanaman kelapa. Majoriti penduduk kampung ini menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama mereka. Keluasan tanah digunakan bagi tujuan pertanian di kampung ini adalah sesuai untuk aktiviti penanaman.
6.0 KEPERLUAN ASAS PENANAMAN KELAPA MATAG 1 MALAYSIA . Faktor Iklim Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun. Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa. Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC. Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa. Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%. Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit. Faktor Tanah Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur. Zon Tanaman Kelapa Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman. Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan Datuk, Perak; Sabak Bernam, Selangor; Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor. Di Pantai Timur pula, tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu dan Besut, Terengganu.
7.0
PROFIL KELAPA / RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI
1. Nama Biasa Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall 2. Nama Saintifik Cocos nucifera L 3. Keperluan Asas
Faktor Iklim Suhu purata harian 22°C- 33°C, 40-80% kelembapan bandingan
Faktor Tanah Toleran terhadap kebanyakan jenis tanah
4. Amalan Kultur
Penyediaan Benih o
o
Pemilihan buah kelapa dan penyemaian
Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis, bebas daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya.
Buah kelapa yang dipilih hendaklah disemai di atas petak semaian pasir berukuran 1.5 m lebar, 0.6 – 0.2 m tinggi dan panjang mengikut keperluan.
Semaian menggunakan polibeg
o
Polibeg berlubang (perforated) yang berukuran 45 cm x 45 cm x 0.5 cm lazim digunakan.
Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir.
Penakaian
Penyediaan kawasan o
Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia
o
Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan
o
Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.
Sistem penanaman o
Bilangan anak pokok yang dibuang daripada aktiviti penakaian ini biasanya 10 – 50%.
Jarak tanaman system segi tiga sama untuk kelapa MATAG ialah 8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha)
Pengapuran o
Kadar kapur pada 3 – 5 t/ha adalah disyorkan pada kebanyakan tanah di Malaysia.
o
Pengapuran dilakukan sekiranya pH tanah kurang dari 5.
Penanaman di Ladang o
Saiz lubang tanaman berukuran 0.45 m x 0.45 m x 0.45 m perlu disediakan.
o
Kemudian, 200 g baja fosfat dimasukkan ke dalam lubang dan digaulkan bersama-sama tanah atas.
o
Selepas 2 minggu, anak-anak pokok yang cergas ditanam ke dalam lubang tersebut. Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m
x 0.6m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah atas. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut. Anak-anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam. Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan. Menanam anak kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok. Pemangkasan Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minima dengan
penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua sahaja
8.0 ANALISIS MENGENAI KELAPA MATAG Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA. Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra). Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4. Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar. Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok
berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA. Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA. Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestic 9.0
RANCANGAN PEMASARAN
Sektor pertanian memberikan pulangan lumayan kepada mereka yang bijak menggunakan peluang yang ada di dalam sektor berkenaan. Berdasarkan harga bahan mentah seperti minyak dan getah yang melambung di pasaran, mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini pastinya mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga pasaran tersebut.. Salah seorang pengusaha ladang kelapa matag, Tuan Haji Azhari Haji Yunus yang juga Pengurus M. Z Rezeki Enterprise berkata, buat masa ini beliau tidak pernah menghadapi sebarang masalah untuk memasarkan kelapa matag kerana harganya lebih tinggi berbanding kelapa biasa. Beza antara kelapa matag dan kelapa biasa ialah pokok kelapa matag yang lebih rendah dan menghasilkan lebih banyak buah. Dengan hasil yang banyak ini memberikan beliau pulangan yang lumayan. Beliau yang mempunyai ladang kelapa matag dengan keluasan 1.6 hektar berjaya menjual 5,000 hingga 6,000 ribu biji kelapa matag dalam tempoh sebulan setengah. Kelapa matag beliau dipasarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan harga RM0.60 sebiji
10.0 STATISTIK PENGGUNAAN PERMINTAAN PENANAMAN KELAPA DIMALAYSIA
SUMBER : DOA
5.
KAWASAN-KAWASAN PENGELUAR UTAMA KELAPA MALAYSIA
6.KELUASAN KELAPA MENGIKUT NEGERI
KELUASAN (HA) KELAPA MENGIKUT JENIS TAHUN 2007
HARGA PURATA BULANAN KELAPA MENGIKUT PERINGKAT TAHUN 2008
SUMBER: FAMA
HARGA PURATA BULANAN KELAPA MENGIKUT PERINGKAT TAHUN 2008
PENGELUARAN KELAPA MENGIKUT NEGERI
Statistik senarai pengimport kelapa dan produk kelapa
10.0
ANALISIS PRODUK BERASASKAN KELAPA MATAG
Produk Minyak Kelapa Dara (VCO - virgin coconut oil) merupakan satu produk paling popular masa kini di Malaysia dengan khasiatnya tersendiri. Ramai pengusaha yang telah menjalankan projek memproses minyak VCO dengan tunjukajar dari beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dengan menghasilkan Produk seperti VCO Aliff (Batu Pahat) dan banyak lagi syarikat2. Harga pasaran lingkungan RM 25.00 satu botol mengandungi 250-300 ml. Minyak VCO mengandungi pelbagai khasiat untuk digunakan sebagai makanan kesihatan. Kandungan Asid Lauric didalamnya didapati sangat sesuai untuk menambahkan kesihatan kepada penggunanya. Lain-lain kandungan dalam VCO ada di nyatakan dalam kajiann oleh MARDI yang berjaya menghasilkan 'Enriched VCO' dengan tambahan beberapa nutrien dalam produk tersebut.
11.0
ANALISIS KEJAYAAN PENANAMAN KELAPA MATAG
Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang saya pantau dan di tanam pada tahun 2001 mendapat hasil setangkai sehingga 15 biji (terdapat 4-6 tangkai pada satu pokok). Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian. Di Johor kawasan tumpuan adalah Batu Pahat, Muar dan Pontian melibatkan kawasan penanaman antara 100 -150 hektar setahun. Bantuan berbentuk bahan input, anak benih, baja, tanaman kontan dan prasarana asas dengan kadar yang ditetapkan Program Tanaman Baru atau Program Tanaman Semula. Kawasan lain yang menanam kelapa MATAG seperti di Mersing dan Kota Tinggi. Selain dari penanaman kelapa, tanaman lain seperti pisang, nenas, serai, kontan di usahakan bagi mempercepatkan pendapatan petani. Petani lebih minat menanam kelapa sawit berbanding menanam kelapa kerana faktur pendapatan dan jaminan pasaran.
12.0
ANALISIS PEMASARAN
Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang. Di ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.
Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun atau lebih. Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun. PENGENDALIAN PASCA TUAI Pengendalian di rumah pembungkusan:
Buah kelapa dikutip dan dihimpun di ladang dan dihantar ke rumah pembungkusan untuk digredkan. Buah kelapa digredkan kepada Gred A, AB, ABC, ABCD / LONG dan Kelapa Belah berdasarkan lilitan buah seperti berikut:-
Gred
Lilitan (cm) A AB ABC ABCD /LONG Kelapa Belah
Harga (sen) Lebih 45 cm 40-45 cm 35-40 cm 30-35 cm
26 24 22 16 14
Pembungkusan dan pengangkutan hasil Buah-buah kelapa tidak dirawat atau dibungkus selepas dikutip. Buah-buah kelapa tua diangkut dengan lori. Tandan kelapa muda juga diangkut dengan lori tanpa pembungkusan.
13.0
HASIL DAN PULANGAN
memasarkan kelapa matag kerana harganya lebih tinggi berbanding kelapa biasa. Beza antara kelapa matag dan kelapa biasa ialah pokok kelapa matag yang lebih rendah dan menghasilkan lebih banyak buah. Dengan hasil yang banyak ini memberikan beliau pulangan yang lumayan. Beliau yang mempunyai ladang kelapa matag dengan keluasan 1.6 hektar berjaya menjual 5,000 hingga 6,000 ribu biji kelapa matag dalam tempoh sebulan setengah. Kelapa matag beliau dipasarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan harga RM0.60 sebiji.
14.0 Rumusan Produk yang berasaskan kelapa berkembang pesat dinegara kita,ini menjadikan kelapa menjadi sebagai produk yang berdaya maju dan fleksibel untuk pelbagai industri berasaskan makanan dan pembuatan produk yang menggunakan kelapa.
Penanaman kelapa adalah rasional kepada penduduk kampung, untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan serta mendatang keuntungan dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai permulaan projek, penduduk kampung yang merangkumi 7 peti Undi Dun Tawang memerlukan peruntukan sebanyak RM40, 000 untuk menjalankan projek penanaman kelapa Matag 1 Malaysia ini. Dalam perancangan yang teliti serta prospek yang berdaya maju, kami seluruh penduduk kampung amat berharap jasa baik pihak YB dapat meluluskan peruntukan permohonan kami bagi merealisasikan projek ini.