Sarjana Muda Kerja Sosial Sidang A kademik 201 2 /201 3
Wawasan
Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok
Misi
USM merupakan perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentranformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.
MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Alamat Penggal
Alamat Tetap
Alamat E-mel No. Telefon Rumah
No. Telefon Selular ( jika ada )
Pusat Pengajian
Program Pengajian
KANDUNGAN
PERKARA
HALAMAN
KALENDAR AKADEMIK 2012/2013 PEGAWAI-PEGAWAI UTAMA PUSAT PENGAJIAN KAKITANGAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN PANEL PENASIHAT INDUSTRI BAB 1
i ii iii vii
PENGENALAN
1
1.1 1.2
1 1
Pendahuluan Objektif
BAB 2
SISTEM AKADEMIK DAN MAKLUMAT AM 2.1 Aktiviti Pendaftaran Kursus 2.2 Takrifan Unit/Kredit/Kursus 2.3 Sistem Peperiksaan 2.4 Pengecualian Unit/Pemindahan Kredit 2.5 Intergriti Akademik 2.6 Program Mentor USM 2.7 Rancangan Pertukaran Pelajar
3 3 11 12 17 21 27 28
BAB 3
MAKLUMAT UNIVERSITI 3.1 Ringkasan Keperluan Universiti 3.2 Bahasa Malaysia
29 29 30
3.3 3.4
Bahasa Inggeris Pelajar Tempatan - Tamadun Islam dan Tamadun Asia/Hubungan Etnik/Teras Keusahawanan Pelajar Antarabangsa - Malaysian Studies/Opsyen Bahasa Ketiga/Ko-Kurikulum/Kursus Kemahiran/Opsyen
31 34
STRUKTUR RANCANGAN IJAZAH SARJANA MUDA KERJA SOSIAL 4.1 Matlamat dan Tujuan 4.2 Hasil Pembelajaran 4.3 Struktur Rancangan dan Kurikulum 4.4 Senarai Penawaran Kursus 4.5 Struktur Kurikulum Sarjana Muda Kerja Sosial Sidang Akademik 2011-2012 4.6 Syarat-Syarat dan Keperluan Am 4.7 Latihan Praktikum 4.8 Sinopsis Kursus – Kursus Wajib 4.9 Sinopsis Kursus-Kursus Elektif
41
MAKLUMAT LAIN PUSAT PENGAJIAN 5.1 Sistem Penasihatan Akademik 5.2 Jawatankuasa Pensyarah-Pelajar
57 57 57
3.5 3.6
BAB 4
BAB 5
35 36
41 41 42 44 45 46 46 48 53
5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 5.10 5.11 BAB 6
Hadiah Pingat Emas, Hadiah Buku, Hadiah Kepujian dan Anugerah Sijil Dekan Skim Belajar ke Luar Negara Rancangan Ijazah Tinggi (Mod Penyelidikan) Sarjana Pentadbiran Awam (SPA) Sarjana Pengurusan Ekonomi (SPE) Sarjana Kajian Antarabangsa (Kajian Eropah) Sarjana Kerja Sosial Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam Sarjana Sains Kemasyarakatan (Kajian Asia)
KURSUS SAINS SOSIAL INDEKS KURSUS MAKLUMBALAS PELAJAR
57 59 60 60 60 60 61 61 62 63
KALENDAR AKADEMIK SIDANG AKADEMIK 2012/2013 [10 SEPTEMBER 2012 ‐ 8 SEPTEMBER 2013 (52 MINGGU)] *Pendaftaran Diri Pelajar Baru 1 ‐ 2 September 2012 *Minggu Orientasi/Minggu Haluan Diri Siswa 3 – 9 September 2012 MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8 9
SEMESTER
AKTIVITI
SATU
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran
TARIKH Isnin, 10/09/12 - Jumaat, 14/09/12 Isnin, 17/09/12 - Jumaat, 21/09/12 Isnin, 24/09/12 - Jumaat, 28/09/12 Isnin, 01/10/12 - Jumaat, 05/10/12 Isnin, 08/10/12 - Jumaat, 12/10/12 Isnin, 15/10/12 - Jumaat, 19/10/12 Isnin, 22/10/12 - Jumaat, 26/10/12 Isnin, 29/10/12 - Jumaat, 02/11/12 Isnin, 05/11/12 - Jumaat, 09/11/12
CATATAN Hari Malaysia Ahad, 16/9/12
Hari Raya Qurban Jumat, 26/10/12
Deepavali Selasa, 13/11/12 10
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
Sabtu,10/11/12 - Ahad, 18/11/12
Maal Hijrah Khamis, 15/11/12 11 12 13 14 15 16
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran
SATU
MINGGU MENGULANGKAJI
17 18 19
20 - 23
Isnin, 19/11/12 Isnin, 26/11/12 Isnin, 03/12/12 Isnin, 10/12/12 Isnin, 17/12/12
- Jumaat, 23/11/12 - Jumaat, 30/11/12 - Jumaat, 07/12/12 - Jumaat, 14/12/12 - Jumaat, 21/12/12
Sabtu, 22/12/12 - Selasa, 01/01/13
Krismas -Selasa, 25/12/12 Tahun Baru- Selasa,1/1/13
Rabu,02/01/13 - Sabtu, 05/01/13
SATU
Peperiksaan
CUTI DI ANTARA SEMESTER
Isnin, 07/01/13 - Sabtu, 12/01/13 Isnin,14//01/13 - Jumaat, 18/01/13
Maulidul Rasul Khamis, 24/01/13 Sabtu, 19/01/13 – Ahad, 17/02/13
Tahun Baru Cina Ahad ,10/02/13
(4 minggu) 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
DUA
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
DUA
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran
MINGGU MENGULANGKAJI
41 42 43 - 52
Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran
Peperiksaan
Cuti Panjang/Latihan Industri/ KSCP (10 minggu)
Isnin, 18/02/13 - Jumaat, 22/02/13 Isnin, 25/02/13 - Jumaat, 01/03/13 Isnin, 04/03/13 - Jumaat, 08/03/13 Isnin, 11/03/13 - Jumaat, 15/03/13 Isnin, 18/03/13 - Jumaat, 22/03/13 Isnin, 25/03/13 - Jumaat, 29/03/13 Isnin, 01/04/13 - Jumaat, 05/04/13 Sabtu,06/04/13 - Ahad, 14/04/13 Isnin, 15/04/13 - Jumaat, 19/04/13 Isnin, 22/04/13 - Jumaat, 26/04/13 Isnin, 29/04/13 - Jumaat, 03/05/13 Isnin, 06/05/13 - Jumaat, 10/05/13 Isnin, 13/05/13 - Jumaat, 17/05/13 Isnin, 20/05/13 - Jumaat, 24/05/13 Isnin, 27/05/13 - Jumaat, 31/05/13 Sabtu, 01/06/13 – Ahad, 09/06/13 Isnin, 10/06/13 - Jumaat, 14/06/13
Hari Pekerja Rabu, 1/5/13 Hari Wesak Mei 2013
Isnin, 17/06/13 - Jumaat, 21/06/13 Isnin, 24/06/13 - Jumaat, 28/06/13 Sabtu, 29/06/13 - Ahad, 08/09/13
Hari Raya Puasa Hari Kebangsaan 31/08/13
STRUKTUR TEMPOH KURSUS SEMASA CUTI PANJANG (KSCP) 43 ‐ 45 46 ‐ 47 48 49 ‐ 52
3 minggu 2 minggu 1 minggu 4 minggu
Cuti Tempoh Mengajar Peperiksaan Cuti
Sabtu, 29/06/13 ‐ Ahad, Isnin, 22/07/13 ‐ Jumaat, Isnin, 29/07/13 ‐ Jumaat, Sabtu, 03/08/13 ‐ Ahad,
21/07/13 26/07/13 02/08/13 08/09/13
PEGAWAI-PEGAWAI UTAMA PUSAT PENGAJIAN PEMANGKU DEKAN
Dr. Nor Malina Malek TIMBALAN-TIMBALAN DEKAN
Dr. Mohammad Zaini Abu Bakar Pemangku Timbalan Dekan [Akademik & Pembangunan Pelajar]
Prof. Madya Chin Yee Whah Timbalan Dekan [Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat]
Prof. Madya Sivamurugan Pandian Timbalan Dekan [Pengajian Siswazah & Penyelidikan]
PENGERUSI-PENGERUSI RANCANGAN
Dr. Premalatha Karupiah
Dr. Saidatulakmal Mohd
Dr. Khoo Suet Leng
Pengerusi Rancangan Antropologi & Sosiologi
Pengerusi Rancangan Ekonomi
Pengerusi Rancangan Perancangan & Pengurusan Pembangunan
Dr. Noreha Hj. Hashim [Kajian Antarabangsa]
Dr. Azlinda Azman [Kerja Sosial] KETUA PENOLONG PENDAFTAR
Puan Bebe Fadeelah binti Zachariah Merican
Prof. Madya Kamarulzaman Askandar Pemangku Pengerusi Rancangan Sains Politik
Dr. Mohammad Zaini Abu Bakar [Hubungan Etnik]
KAKITANGAN AKADEMIK & PENTADBIRAN No. Samb.Tel. E-mel Pemangku Dekan Dr. Nor Malina Malek 3369
[email protected] PEMANGKU TIMBALAN DEKAN Akademik & Pembangunan Pelajar Dr. Mohammad Zaini Abu Bakar
3361
[email protected]
TIMBALAN DEKAN Pengajian Siswazah & Penyelidikan Prof. Madya Sivamurugan Pandian
3394
[email protected]
TIMBALAN DEKAN Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat Prof. Madya Chin Yee Whah 5069
[email protected]
Pengerusi Rancangan Antropologi & Sosiologi Dr. Premalatha Karupiah
4619
[email protected]
Ekonomi Dr. Saidatulakmal Mohd
5386
[email protected]
Kerja Sosial Dr. Azlinda Azman
5385
[email protected]
Perancangan & Pengurusan Pembangunan
Dr. Khoo Suet Leng
2652
[email protected]
Sains Politik Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk
4604
[email protected]
Kajian Antarabangsa Dr. Noreha Hj. Hashim
3358
[email protected]
Hubungan Etnik (SHE) Dr. Mohamad Zaini Abu Bakar
3346
[email protected]
Pengarah/Penyelaras Prof. Muhammad Syukri Salleh 2656
[email protected] (Pengarah) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Dr. Azlinda Azman 3955
[email protected] (Konvenor) Kumpulan Bertindak dan Penyelidikan AIDS (AARG) Prof. Madya Kamarulzaman Askandar 2123
[email protected] (Penyelaras) Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM)
Antropologi dan Sosiologi Prof. Madya Chin Yee Whah Prof. Madya Nor Hafizah Selamat Prof. Madya Sivamurugan Pandian Prof. Madya Sundramoorthy Pathmanathan Dr. Azrina Husin Dr. Lye Tuck Po Dr. Ong Beng Kok Dr. Premalatha Karupiah Dr. Shariffah Suraya Syed Jamaludin
5069 4608 3344 3352
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
4614 5383 4613 4619 2797
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
Ekonomi Profesor Dato’ Jamalludin Sulaiman Profesor Suresh Narayanan Prof. Madya Abdul Fatah Che Hamat Prof. Madya Andrew Tan Khee Guan Prof. Madya Lean Hooi Hooi Dr. Ch’ng Kean Siang Dr. Che Normee Che Sab Dr. Chua Soo Yean Dr. Jacqueline Liza Fernandez Dr. Lim Ee Shiang Dr. Loke Yiing Jia Dr. Nor Asmat Ismail Dr. Saidatulakmal Mohd
4618 2721 2716 2653 2663 4623 2654 3350 3427 4616 4615 2796 5386
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
2664
[email protected]
2650 4612
[email protected] [email protected]
5388 5385 4166 3356 4611 5387 4624 2801
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan Prof. Madya Osman Md. Yusoff 3347 Prof. Madya Tiun Ling Ta 4607 Dr. Khoo Suet Leng 2652 Dr. Nor Malina Malek 2651 Dr. Salfarina Abdul Gapor 2665 Dr. Zahri Hamat 2660 Puan Zainab Wahidin 4623
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
Dr. Zakaria Bahari Kerja Sosial Profesor Syarif Muhidin Abdurahman Prof. Madya Intan Hashimah Mohd. Hashim Prof. Madya Zulkarnain Ahmad Hatta Dr. Azlinda Azman Dr. Christopher Wayne Hodshire Dr. Mohd. Affandy Yusof Dr. Muhamad Fadhil Nurdin Dr. Nikku Balaraju Dr. Nguyen Thi Tung Uyen Dr. Norzarina Mohd Zaharim
Sains Politik Profesor Ahmad Atory Hussain Prof. Madya Kamarulzaman Askandar Prof. Madya Latif Kamaluddin Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk Dr. Benny Teh Cheng Guan Dr. Mohamad Zaini Abu Bakar Dr. Noreha Hj. Hashim Dr. Soon Chuan Yean Dr. Zainal Abidin Sanusi Pn. Arzura Idris
2798 4610 2662 4604 3349 3346 3358 3345 4606 4605
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
Pengurusan Pembangunan Islam Profesor Muhammad Syukri Salleh Dr. Fadzila Azni Ahmad
2656 4603
[email protected] [email protected]
STAF PENTADBIRAN Ketua Penolong Pendaftar Puan Bebe Fadeelah binti Zachariah Merican
3362
[email protected]
Penolong Pendaftar Ahmad Zaki Talhah Md Zain
4626
[email protected]
Ketua Pembantu Tadbir Rosni Md. Yusoff
3876
[email protected]
Penolong Jurutera (Perkomputeran) 3395 Siti Nur Faezah Ahmad
[email protected]
Juruteknik Komputer Nazrul Fitri Ahmad
3395
[email protected]
Setiausaha Eksekutif Jumizah Samsudin Suraya Abdullah Wan Nurul Husnaa binti Wan Azmi
3361 3369 3394
[email protected] [email protected] [email protected]
Penolong Pegawai Penerbitan Nor Diana Mohamad
5813
[email protected]
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Abd Aziz Razak 3842
[email protected]
Aniza AzlizaAbdul Akbar Malik Ali Hanim Noor Lee Sok Eong Mujadilah Abu Bakar Noor Shazila Ishak Norazrina Md. Jabarullah (REPUSM) Norhasliza Mohd Illias (AARG) Radziah Haji Abdul Manan Roslina Mohamed Idros Suzana Zulkifli
5393 5390 3422 3876 3360 3422 2123 3955 3832 5384 5390
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]
Pegawai Perangkawan Abdul Aziz Tahar
2800
[email protected]
Pembantu Am Pejabat Ishak Yahaya Mohd Nazri Din
3360 3360
[email protected] [email protected]
PANEL PENASIHAT INDUSTRI Antropologi dan Sosiologi Dr. Ooi Eng Hock Pengarah Urusan Menara Kerjaya Fasterners Sdn. Bhd. Federation of Malaysia Manufacturers (Northern Region) 1563 MK 15 Lorong IKS Simpang Empat 1 Tapak IKS Perda 14100 Simpang Empat Pulau Pinang Ekonomi Y. Bhg. Dato' Lee Ow Kim Pengarah Eksekutif Penfabric Sdn Bhd. Federation of Malaysia Manufacturers (Northern Region) Plot 117-119 and 200-202 Prai Free Industrial Zone 13600 Prai, Pulau Pinang Kerja Sosial Cik Norani bt Hj Mohd Hashim Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Aras 12,
No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Perancangan dan Pengurusan Pembangunan Y. Bhg. Dato' Haji Ayob Haji Awang Pengurus Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak No. 79A, Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Sains Politik Dato' Dr Syed Ahmad Hussein Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia Tingkat 14B Menara PKNS-PJ 17, Jalan Yong Shook Lin 46050 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
BAB 1 PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Program Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial mula diluluskan oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2010 untuk penawaran bermula Sidang Akademik 2011-2012. Sebelum ini rancangan Kerja Sosial yang telah ditawarkan sejak tahun 1975 merupakan salah satu pengkhususan major di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Program ini kemudiannya telah dinaiktaraf kepada Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial berdasarkan kepada keperluan semasa bidang tersebut selaras dengan arus pembangunan negara.
1.2
Objektif
Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial merupakan satu program pendidikan kerja sosial yang generik. Program ini ditawarkan untuk m emenuhi keperluan negara bagimelatih lebihramai lagi pekerja sosial yang profesional supaya dapat memberikan perkhidmatan di pelbagai agensi perkhidmatan kebajikan danpembangunan sosial diMalaysia. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pegawai-pegawai perkhidmatan kebajikan masyarakat dan lain-lain organisasi khidmat manusia kerajaan dan bukan kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah memberikan perkhidmatan khidmat manusia yang lebih cekap kepada golongan sasar dan masyarakat keseluruhannya. Objektif utama Program Sarjana Muda Kerja Sosial ini adalah seperti berikut:
Memenuhi keperluan tenaga manusia supaya responsif terhadap pelbagai masalah sosial dalam konteks masyarakat penyayang; Mengeluarkan graduan pekerja sosial yang mempunyai kecekapan, dan komitmen dalampraktis kerja sosial;
motivasi,
Meluas dan menambahkan pengetahuan pelajar sambil membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk melaksanakan perkhidmatan sebagai pekerja sosial; Mengeluarkan lebih ramai lagi graduan kerja sosial yang terlatih dan profesional untuk keperluan badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, industri dan sektor swasta;
1
Menawarkan kursus elektif dalam pelbagai bidang demi menggalakkan praktis kerja sosial khusus dan sekaligus responsif terhadap perubahan sosial semasa yang berlaku dalam masyarakat; Meningkatkan penyelidikan yang boleh mengembangkan ilmu kerja sosial dan membantu negara dalam pembentukan dasar-dasar sosial khidmat manusia.
2
BAB 2 SISTEM AKADEMIK DAN MAKLUMAT AM
2.1 SISTEM AKADEMIK DAN MAKLUMAT AM 2.1.1 Aktiviti Pendaftaran Kursus
Pendaftaran kursus merupakan aktiviti yang penting sepanjang tempoh pengajian setiap pelajar di Universiti. Hal ini merupakan langkah pertama pelajar ke arah menduduki peperiksaan pada penghujung setiap semester. Mendaftar kursus-kursus yang betul setiap semester akan membantu melancarkan proses pengijazahan setiap pelajar dari semester pertama hingga semester terakhir. 2.1.2 Urusetia Pendaftaran Kursus Sarjana Muda dan Diploma
Unit Pemprosesan Data & Rekod (UPDR) Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar (Aras 1, Bangunan Canselori) No. Telefon No. Faks Laman web
: : :
04-6532925/3169/4195 04-6574641 registry.usm.my/updr/
Pejabat UPDR merupakan urusetia/pengurus/penyelaras bagi pendaftaran kursus pelajar Sarjana Muda dan Diploma Universiti.
aktiviti
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai aktiviti pendaftaran kursus bagi pelajar Sarjana Muda dan Diploma boleh dibuat pada bila-bila masa kepada pejabat UPDR ini. 2.1.3 Platform Pendaftaran Kursus (i) E-Daftar
E-Daftar ialah kaedah pendaftaran kursus menerusi laman web. Pendaftaran kursus secara E-Daftar ini dilakukan menerusi portal Kampus Online (campusonline.usm.my). Tempoh masa untuk mendaftar melalui E-Daftar bagi Semester 1 bermula 1-2 hari selepas keputusan peperiksaan ’Rasmi’ Semester 2 dikeluarkan sehingga sehari sebelum Semester 1 bermula (biasanya pada bulan Ogos-September). Tempoh masa untuk mendaftar bagi Semester 2 pula bermula 1-2 hari selepas
3
keputusan peperiksaan ’Provisional’ Semester 1 dikeluarkan sehingga sehari sebelum Semester 2 bermula (biasanya pada bulan Februari). Tempoh pendaftaran sebenar melalui E-Daftar akan diumumkan oleh Unit Pemprosesan Data & Rekod, biasanya semasa Minggu Ulang Kaji pada setiap semester dan akan dipaparkan juga pada papan-papan buletin pusat pengajian/pusat/desasiswa dan pada laman sesawang USM. Melalui E-Daftar, pelajar boleh mendaftar semua kursus kecuali kursus Kokurikulum. Pendaftaran Kokurikulum masih di bawah tanggungjawab dan pentadbiran Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum di Kampus Induk, Penyelaras Kokurikulum di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Kursus-kursus Kokurikulum ini akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam akaun pendaftaran kursus pelajar yang terlibat sebelum aktiviti E-Daftar, hanya jika permohonan pradaftar mereka berjaya. (ii) Capaian ke Sistem E-Daftar oleh Pelajar
(i) Sistem E-Daftar ini boleh dicapai menerusi portal Kampus Online (campusonline.usm.my). (ii) Pelajar perlu berdaftar dengan portal ini untuk menjadi ahli (member). Setiap ahli akan diberikan ‘ID’ (Kata Pengenalan) dan ‘Password’ (Kata Laluan). (iii) Pelajar menggunakan ‘ID’ dan ‘Password’ ini untuk mengakses (login) ke laman profailnya yang akan mengandungi satu menu bertajuk ‘ EDaftar’. (iv) Seterusnya pelajar perlu klik menu ‘E-Daftar’ ini untuk mengaksesnya dan seterusnya mendaftar kursus-kursus yang berkenaan. (v) Pelajar boleh/dinasihatkan untuk mencetak slip pengesahan pendaftaran kursusnya selepas selesai mendaftar atau selepas setiap kali mengemaskinikan (gugur/tambah) senarai pendaftaran kursusnya semasa dalam tempoh E-Daftar. (vi) Sistem E-Daftar akan dibuka pada suatu tempoh tertentu. (vii) Panduan untuk berdaftar/mengakses portal Kampus Online ini ada disediakan pada halaman utama portal ini. (iii) Pendaftaran Kursus Dalam Talian (PKDT)
Aktiviti PKDT ini dilakukan di Pusat-pusat pengajian/Pusat dan hanya dibenarkan kepada pelajar bertaraf akademik aktif dan Percubaan (P1/P2). Pelajar yang tidak sempat mendaftar kursus atau mempunyai masalah mendaftar kursus dalam tempoh E-Daftar boleh mendaftar
4
kursusnya semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT. Setiap pusat pengajian bertanggungjawab untuk menjadualkan aktiviti ini. Pelajar mesti merujuk jadual di pusat pengajian masing-masing. Tempoh rasmi aktiviti PKDT biasanya adalah pada hari pertama semester bermula (tidak dikenakan denda RM50.00). Selepas tempoh rasmi ini, aktiviti pendaftaran kursus akan masuk ke fasa lewat (dikenakan denda RM50.00, jika tanpa alasan munasabah). Aktiviti PKDT dari minggu pertama hingga minggu keenam semester adalah di Pusat-pusat pengajian/Pusat. Selepas minggu keenam (mulai minggu ketujuh), kesemua aktiviti pendaftaran/penambahan/pengguguran kursus adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pejabat Unit Peperiksaan (di bawah Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar). 2.1.4 Frekuensi Pendaftaran Kursus Dalam Satu Sidang Akademik
(i). Pengajian Semester biasa - 2 kali (awal Semester 1 & Semester 2) (ii). Pengajian Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP) - 1 kali (lebih kurang sebulan selepas peperiksaan Semester 2) - Hanya kepada pelajar-pelajar yang terlibat. 2.1.5 Panduan-Panduan Am Sebelum Pelajar Mendaftar Kursus
(i) Perkara/Maklumat/Dokumen Yang Perlu Diberi Perhatian/Dirujuk/ Dipertimbangkan Oleh Pelajar Sebelum Mendaftar Kursus -
Merujuk laman web Pusat-pusat Pengajian/Pusat berkaitan untuk mendapatkan arahan/maklumat terkini penawaran kursus atau berkaitan pendaftaran kursus.
-
Merancang senarai kursus yang perlu didaftarkan mengikut semester seperti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Rancangan Pengajian.
-
Menyenaraikan kursus yang akan didaftarkan berserta bilangan unit (nilai unit) bagi setiap kursus terlibat.
-
Menyediakan Penyata Cantuman Gred (Cangred).
-
Menyediakan Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran yang melibatkan kursus-kursus yang akan didaftarkan (untuk mengelakkan pertindihan jadual waktu kuliah/kelas).
-
Membaca dan memahami peringatan-peringatan tertentu mengenai polisi/syarat umum pendaftaran kursus Universiti.
5
(ii) Jumlah unit maksimum/minimum yang boleh didaftarkan setiap semester iaitu seperti dalam jadual berikut :Taraf Akademik
Minimum Unit
Maksimum Unit
Aktif
9
21
P1
9
12
P2
9
10
-
Bergantung pada taraf akademik pelajar
-
Penentuan taraf akademik bagi sesuatu semester berdasarkan prestasi keputusan peperiksaan pelajar (PNG) semester sebelumnya :-
* *
PNG 2.00 & ke atas = Taraf akademik Aktif PNG 1.99 & ke bawah = Taraf akademik Percubaan (P1/P2)
-
Pelajar yang telah memenuhi tempoh minimum bermastautin (6 semester bagi program pengajian 3 tahun, 7 semester bagi program pengajian 3.5 tahun atau 8 semester bagi program pengajian 4 tahun) dibenarkan mendaftar kursus kurang daripada 9 unit. Semester bagi pelajar yang bercuti tidak diambil kira dalam pengiraan tempoh permastautinannya.
(iii) Kod-kod jenis kursus semasa mendaftar :T E M U
= = = =
Teras Elektif Minor Universiti
Gred dan bilangan unit yang diperoleh daripada kursus-kursus di bawah kod-kod jenis ini akan diambil kira untuk tujuan pengijazahan
2 kod jenis kursus yang lain Y
=
Audit
Z
=
Pra-syarat
Gred dan bilangan unit yang diperoleh untuk kursus di bawah 2 kod jenis ini tidak diambil kira untuk tujuan pengijazahan. (iv) Nasihat dan kelulusan Penasihat Akademik. -
Kelulusan Penasihat Akademik diperlukan kepada pelajar bertaraf akademik Percubaan sebelum dibenarkan mendaftar kursus semasa
6
aktiviti PKDT. Pelajar bertaraf percubaan tidak dibenarkan mendaftar melalui sistem E-Daftar. -
Pendaftaran kursus secara E-Daftar oleh pelajar bertaraf akademik Aktif tidak memerlukan kelulusan Penasihat Akademik.
(v) Pelajar tidak dibenarkan mendaftar dan mengulang mana-mana kursus yang telah diambilnya yang bergred ‘C’ dan ke atas. 2.1.6
Maklumat-Maklumat/Dokumen Yang Diberikan Kepada Semua Pelajar Menerusi Portal Kampus Online (www.campusonline.usm.my)
(i) Maklumat Penasihat Akademik. (ii) Maklumat akademik seperti taraf akademik, nilai PNG, nilai PNGK dan tahun pengajian. (iii) Cangred dan Borang Daftar Kursus. (iv) Senarai kursus yang akan ditawarkan dari semua Pusat Pengajian/Pusat. (v) Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran dari Pusat-pusat Pengajian/Pusat/Unit di ketiga-tiga kampus. (vi) Senarai kursus pradaftar yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam rekod pendaftaran kursus pelajar yang berkenaan (jika ada). (vii) Peringatan-peringatan tertentu pendaftaran kursus Universiti.
mengenai
polisi/syarat
umum
2.1.7 Pendaftaran Kursus Bahasa dan Kokurikulum
a)
Pendaftaran kursus-kursus Bahasa secara E-Daftar dibenarkan. Walau bagaimanapun, jika berlaku sebarang masalah, pendaftaran kursus-kursus Bahasa masih boleh dijalankan/dikemaskinikan semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT, di pejabat Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan. Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursus-kursus bahasa adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pihak Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan. Sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus-kursus bahasa boleh dibuat kepada pihak Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan seperti berikut: Pejabat Am Pengerusi Rancangan Bahasa Malaysia Pengerusi Rancangan Bahasa Inggeris Pengerusi Rancangan Bahasa Asing
7
: 04-6534542 : 04-6533974 : 04-6533406 : 04-6533396
untuk pelajar Kampus Induk
Pengerusi Rancangan Kampus Kejuruteraan : 04-5995407 Pengerusi Rancangan Kampus Kesihatan : 09-7671252 b)
c)
Pendaftaran kursus-kursus Kokurikulum secara E-Daftar adalah tidak dibenarkan. Pendaftaran kursus Kokurikulum sama ada secara pradaftar sebelum semester bermula ataupun semasa dalam minggu pertama/kedua semester. Kumpulan pelajar yang terpilih sahaja akan dimasukkan datadata pendaftaran kursus Kokurikulum mereka. Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursus-kursus Kokurikulum adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, Kampus Induk (04-6535248) / Penyelaras Kokurikulum, Kampus Kejuruteraan (045995091) / Penyelaras Kokurikulum, Kampus Kesihatan (09-7677547). Pengguguran kursus-kursus Bahasa dan Kokurikulum, jika perlu, hendaklah dibuat dalam tempoh minggu pertama. Selepas minggu pertama, denda RM50.00 akan dikenakan.
2.1.8 Pendaftaran Kursus ‘Audit’ (berkod jenis Y)
Pendaftaran untuk kursus jenis Audit (berkod jenis Y) adalah tidak dibenarkan secara E-Daftar bagi mana-mana kursus. Hal ini hanya boleh dilakukan semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT di Pusat Pengajian masingmasing atau Pusat terlibat. Prosedurnya ialah pelajar yang berminat perlu mengisi borang pendaftaran kursus yang boleh dicetak melalui laman Kampus Online USM atau diperoleh di Pusat Pengajian dan perlu mendapatkan kelulusan pensyarah bagi kursus yang hendak diauditkan berkenaan [bertandatangan dan bercop] berserta kelulusan Dekan/Timbalan Dekan (Akademik) Pusat Pengajiannya [bertandatangan dan bercop] dalam borang pendaftaran kursusnya berkenaan. Pendaftaran kursus ‘Audit’ (kod jenis Y) TIDAK DIAMBIL KIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar. Gred yang diperoleh daripada kursus ‘Audit’ tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan. 2.1.9 Pendaftaran Kursus ‘Prasyarat’ (berkod jenis Z)
Pendaftaran kursus ‘Prasyarat’ (kod jenis Z) DIAMBIL KIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar. Gred yang diperoleh daripada kursus ‘Prasyarat’ tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan.
8
2.1.10
Pendaftaran Kursus Lewat/Penambahan Kursus Lewat
Pendaftaran kursus lewat atau penambahan kursus lewat tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak dibenarkan selepas tamat tempoh rasmi aktiviti PKDT. Berikut ialah beberapa maklumat am mengenai tempoh pendaftaran kursus lewat ini :(i) Pendaftaran kursus lewat/penambahan kursus lewat hanya dibenarkan dalam tempoh minggu pertama hingga minggu ketiga bersama-sama dengan kelulusan Dekan. Pelajar akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 jika alasan yang diberikan tidak munasabah. (ii) Permohonan untuk menambahkan kursus selepas minggu ketiga tidak akan dipertimbangkan, kecuali bagi kes-kes khas yang diluluskan oleh Universiti. 2.1.11
Pengguguran Kursus
Pengguguran kursus dibenarkan hingga akhir minggu keenam. Bagi tujuan menggugurkan kursus, pelajar mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang berikut :(i) Borang Gugur Kursus mesti diisi oleh pelajar dan ditandatangani oleh Pensyarah kepada kursus terlibat dan Dekan/Timbalan Dekan Pusat Pengajian pelajar berkenaan dan disampaikan kepada pejabat am Pusat Pengajian/Pusat yang bertanggungjawab menawarkan kursus yang terlibat. (ii) Pelajar yang ingin menggugurkan kursus bahasa mesti mendapat tandatangan dan cop Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan di samping tandatangan dan cop Dekan Pusat Pengajian masing-masing. (iii) Pelajar yang ingin menggugurkan kursus kokurikulum mesti mendapat kelulusan Pengarah Rancangan Kokurikulum (Kampus Induk) atau Penyelaras Kokurikulum di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. (iv) Kemudahan untuk menggugurkan kursus tidak boleh disalahgunakan. Pensyarah mempunyai hak untuk tidak memperakukan pelajar menggugurkan kursus sekiranya pelajar tidak serius terhadap kursus yang diambil seperti gagal menghadiri kuliah, tutorial dan amali dan tidak melaksanakan kerja kursus. Pelajar akan dihalang menduduki peperiksaan dan diberi gred 'X'. dan tidak dibenarkan mengulangi kursus semasa Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP).
9
2.1.12
Slip Pengesahan Pendaftaran Kursus
Slip Pengesahan Pendaftaran Kursus yang dicetak/diperoleh selepas mendaftar kursus hendaklah disemak dengan teliti untuk memastikan tiada kesilapan terutama dari segi kod-kod kursus yang telah didaftarkan berserta kod jenis bagi setiap kursus yang didaftarkan. Sebarang kesilapan data pendaftaran kursus mesti dibetulkan dengan serta merta sama ada ketika dalam tempoh E-Daftar (bagi pelajar bertaraf akademik aktif sahaja) atau di Pusat Pengajian semasa tempoh aktiviti PKDT. 2.1.13
Semakan dan Pengemaskinian Data/Maklumat/Rekod Peribadi dan Akademik Pelajar
Maklumat peribadi dan akademik boleh disemak setiap pelajar melalui portal Kampus Online (campusonline.usm.my). Pelajar dinasihati supaya sentiasa menyemak setiap maklumatnya yang dipaparkan dalam laman web ini. -
Sebarang permohonan/makluman untuk pembetulan/pengemaskinian data peribadi seperti ejaan Nama (ejaan nama perlu mengikut seperti dalam Kad Pengenalan), No. Kad Pengenalan dan Alamat (alamat tetap dan alamat surat menyurat) perlu dimaklumkan kepada pejabat Unit Pemprosesan Data & Rekod.
-
Sebarang permohonan/makluman untuk pembetulan data-data akademik seperti maklumat Major, Minor, keputusan MUET dan kod jenis kursus (selain data keputusan peperiksaan) perlu dimaklumkan kepada pejabat Unit Pemprosesan Data & Rekod.
-
2.1.14
Sebarang permohonan/makluman untuk pembetulan data-data keputusan peperiksaan perlu dimaklumkan kepada pejabat Unit Peperiksaan.
Penasihat Akademik
Setiap Pusat Pengajian akan melantik seorang Penasihat Akademik bagi setiap pelajarnya. Penasihat Akademik ini lazimnya terdiri daripada staf akademik (pensyarah). Kebiasaannya penetapan Penasihat Akademik ini akan dimaklumkan kepada setiap pelajar pada semester pertama pada tahun pertama pengajian mereka. Penasihat Akademik secara amnya berperanan memberikan penasihatan hal-hal berkaitan akademik kepada pelajar di bawah tanggungjawabnya pada bila-bila masa semasa tempoh pengajian pelajarnya berkenaan.
10
Antara penasihatan penting yang perlu diperoleh seseorang pelajar daripada Penasihat Akademiknya adalah penasihatan dari segi perancangan mendaftar kursus-kursus tertentu pada setiap semester sepanjang tempoh pengajiannya. Sebelum mendaftar kursus, pelajar dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan Penasihat Akademik masing-masing untuk menentukan kursus-kursus yang harus didaftarkan pada sesuatu semester. Pelajar tahun akhir dinasihatkan untuk berbincang dengan Penasihat Akademik sebelum mendaftar melalui E-Daftar untuk memastikan mereka melengkapkan keperluan pengijazahan. Pelajar bertaraf Percubaan (P1/P2) perlu mendapatkan kelulusan Penasihat Akademiknya sebelum mendaftar kursus pada sesuatu semester dengan kaedah pendaftaran kursus yang dibenarkan kepada pelajar kumpulan ini adalah secara PKDT (online) di Pusat Pengajian dan tidak dibenarkan secara E-Daftar.
2.2 Takrifan Unit/Kredit/Kursus
(a)
Unit
Tiap-tiap kursus diberi nilai yang dikenali sebagai UNIT. Unit yang diberikan berdasarkan skop kurikulum dan beban kerja pelajar dalam kursus yang berkenaan. Pada umumnya, unit ditakrifkan seperti yang berikut: Jenis Kursus
Takrifan
Kursus Teori
1 unit bersamaan dengan 1 jam kontak bagi tempoh satu minggu selama 13 - 14 minggu dalam satu semester.
Kursus Amali/Makmal
1 unit bersamaan dengan 1.5 jam kontak bagi tempoh satu minggu selama 13 - 14 minggu dalam satu semester.
Kursus Kemahiran Bahasa
1 unit bersamaan dengan 1.5 jam kontak bagi tempoh satu minggu selama 13 - 14 minggu dalam satu semester.
Kursus Latihan Industri/ Latihan Mengajar
1 unit bersamaan dengan 2 minggu latihan.
11
(b) Bentuk Kontak Kontak bersemuka antara sekumpulan pelajar dengan staf akademik lazimnya berbentuk kuliah, tutorial, seminar, makmal dan kajian lapangan. (c) Unit Kredit Terkumpul Unit yang telah didaftarkan dan lulus dikenali sebagai kredit. Untuk berijazah, pelajar mesti mengumpulkan jumlah kredit yang ditetapkan.
2.3 Sistem Peperiksaan
Peperiksaan diadakan pada akhir setiap semester. Pelajar mesti menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus yang didaftarkan semasa pendaftaran kursus kecuali bagi kursus-kursus 100 % kerja kursus. Setiap pelajar mestilah terlebih dahulu menjelaskan semua yuran dan juga memenuhi syarat keperluan kuliah/tutorial/amali dan keperluan-keperluan lain bagi setiap kursus sebelum layak menduduki peperiksaan bagi kursus-kursus yang didaftarkan. Penilaian kursus ditentukan berdasarkan prinsip penilaian secara berterusan daripada komponen kerja kursus dan peperiksaan akhir. Penilaian kerja kursus boleh mengandungi aspek-aspek seperti penglibatan dalam tutorial, ujian, esei, projek dan tugasan. Tempoh Peperiksaan Kursus Yang Bernilai
Tempoh Peperiksaan
2 unit
1 jam untuk kerja kursus melebihi 40%
2 unit
2 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah
3 unit atau lebih
2 jam untuk kerja kursus melebihi 40%
3 unit atau lebih
3 jam untuk kerja kursus 40% dan ke bawah
Penghalangan Peperiksaan Pelajar boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir jika tidak memenuhi sekurang-kurangnya 70 % keperluan kursus seperti tidak menghadiri kuliah dan tutorial serta tidak menyempurnakan keperluan komponen kerja kursus [kuiz, amali, ujian pertengahan semester]. Kursus yang dihalang akan diberi gred 'X' dan pelajar tidak dibenarkan mengulangi kursus berkenaan semasa Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP).
12
Sistem Purata Nilai Gred Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus dinilai mengikut skala berikut: Gred Abjad Nilai Gred
A
A-
B+
B
B-
C+
C
C-
D+
D
D-
F
4.00
3.67
3.33
3.00
2.67
2.33
2.00
1.67
1.33
1.00
0.67
0
Pelajar yang mendapat gred 'C-' dan ke bawah bagi sesuatu kursus boleh memperbaik gred dengan mengulangi kursus itu semasa KSCP (lihat di bawah) atau pada semester biasa. Pelajar yang mendapat gred 'C' dan ke atas bagi sesuatu kursus tidak dibenarkan mengulangi kursus berkenaan sama ada semasa KSCP atau semester biasa. Pencapaian dalam sesuatu semester dikira berdasarkan Purata Nilai Gred (PNG) yang diperoleh daripada semua kursus yang didaftarkan pada semester tersebut. PNG ialah ukuran untuk menentukan pencapaian Taraf Akademik pelajar bagi sesuatu semester. PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif yang dikumpulkan oleh pelajar dari satu semester ke satu semester pengajiannya. Rumus untuk mengira PNG dan PNGK ialah: n
Purata Nilai Gred =
Ui Mi ∑ i=1 __________ n
∑ Ui i=1 dimana n Ui
=
=
Bilangan kursus yang diambil Unit kursus bagi kursus i
Mi
=
Mata penilaian gred bagi kursus i
13
Contoh pengiraan PNG dan PNGK:
Semester I
Kursus
Unit
Nilai Gred (NG)
Gred (G)
Jumlah NG
ABC XX1
4
3.00
B
12.00
ABC XX2
4
2.33
C+
9.32
BCD XX3
3
1.67
C-
5.01
CDE XX4
4
2.00
C
8.00
EFG XX5
3
1.33
D+
3.99
EFG XX6
2
2.67
B-
20
PNG =
43.66 = 2.18 20
Semester II
Kursus
Unit
Nilai Gred (NG)
Gred (G)
ABC XX7
3
1.00
D
3.00
ABB XX8
4
2.33
C+
9.32
BBC XX9
4
2.00
C
8.00
BCB X10
4
2.67
B-
10.68
XYZ XX1
3
3.33
B+
18
PNG =
5.34 43.66
Jumlah NG
9.99 40.99
40.99 = 2.28 18
PNGK =
Jumlah NG Terkumpul 43.66 + 40.99 84.65 = = = 2.23 Jumlah Bil. Unit Terkumpul 20 + 18 38
Dalam contoh di atas, PNGK dikira sebagai jumlah nilai gred terkumpul bagi semua kursus yang diambil, dibahagi dengan jumlah bilangan unit yang didaftarkan. Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP) Kursus Semasa Cuti Panjang hanya ditawarkan kepada pelajar yang memperoleh gred 'C-', 'D+', 'D', 'D-', 'F' dan 'DK' sahaja dalam sesuatu kursus. Pelajar yang mendapat gred 'X' dan 'F*' tidak dibenarkan mengambil peperiksaan KSCP.
14
Tujuan KSCP adalah: (i) Memberikan peluang kepada pelajar yang menghadapi kesempitan masa untuk pengijazahan. (ii) Membantu pelajar yang memerlukan beberapa unit untuk pengijazahan. (iii) Membantu pelajar yang berada dalam taraf percubaan untuk memperbaik taraf akademiknya. (iv) Membantu pelajar yang perlu mengulangi kursus prasyarat yang tidak ditawarkan pada semester berikutnya. Walau bagaimanapun, peluang diberikan hanya kepada pelajar yang mengulangi kursus yang pernah diambil sahaja dan mereka yang mendapat gred seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya ditawarkan. Lazimnya, kuliah formal tidak akan dilaksanakan. Sebaliknya pengajaran dilakukan secara tutorial. Kursus Semasa Cuti Panjang mengambil masa selama 3 minggu, iaitu 2 minggu tutorial dan 1 minggu peperiksaan. Tarikh Kursus Semasa Cuti Panjang boleh diperoleh melalui Kalendar Akademik. Pelaksanaan KSCP (a) Pelajar dibenarkan mendaftar maksimum 3 kursus dan tidak melebihi 10 unit. (b) Markah/gred kerja kursus yang diambil kira ialah markah/gred kerja kursus yang tertinggi dalam kursus berkenaan yang telah diperoleh pada semester lepas sebelum KSCP. Penentuan gred akhir ialah: Gred Akhir = Markah atau gred kerja kursus tertinggi + Markah atau gred peperiksaan KSCP
(c) Pengiraan PNG bagi KSCP menggunakan gred TERKINI (yang diperoleh semasa KSCP) dan melibatkan kursus-kursus semester kedua serta kursuskursus yang diulang semasa KSCP. Jika PNG semasa KSCP mengikut pengiraan di atas adalah 2.00 atau ke atas maka taraf akademik pelajar ialah aktif walaupun taraf akademik pelajar pada semester kedua ialah percubaan. Walau bagaimanapun, jika PNG bagi KSCP (mengikut pengiraan di atas) adalah 1.99 atau ke bawah, taraf akademik pelajar berdasarkan taraf pada semester kedua. (d) Pelajar yang berijazah (memenuhi syarat pengijazahan) pada akhir Semester II tidak dibenarkan mengambil KSCP.
15
Taraf Akademik Taraf Aktif: Seseorang pelajar yang berjaya mendapat PNG 2.00 dan ke atas dalam peperiksaan sesuatu semester akan diberi taraf AKTIF dan dibenarkan meneruskan pengajian dalam semester yang berikutnya. Taraf Percubaan: Taraf percubaan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh PNG 1.99 dan ke bawah. Seseorang pelajar yang berada dalam taraf percubaan tiga semester berturut-turut (P1, P2, FO) tidak akan dibenarkan meneruskan pengajiannya di universiti ini. Walau bagaimanapun, jika nilai PNGK adalah 2.00 dan ke atas, pelajar dibenarkan meneruskan pengajian dan taraf dikekalkan sebagai P2. Dengan tiada prasangka kepada syarat di atas serta syarat-syarat peperiksaan yang sedia ada, Majlis Peperiksaan Universiti mempunyai kuasa mutlak untuk memberhentikan pengajian seseorang pelajar jika prestasi dan kemajuan akademiknya dianggap tidak memuaskan merujuk bilangan minimum unit kredit terkumpul sejajar dengan bilangan semester yang dihabiskan oleh seseorang pelajar seperti yang diberikan dalam jadual di bawah.
Bilangan Semester
Jumlah Unit Kredit Minimum Terkumpul
Tulen
Gunaan
Ikhtisas
Akhir semester ke-2
15
15
16
Akhir semester ke-4
35
35
38
Akhir semester ke-6
55
55
60
Akhir semester ke-8
75
75
80
Majlis Peperiksaan Universiti juga boleh menamatkan pengajian seseorang pelajar atas sebab-sebab tertentu (tidak mendaftar kursus, tidak hadir peperiksaan tanpa alasan), termasuk alasan perubatan, yang menyebabkan pelajar tersebut tidak lagi sesuai untuk meneruskan pengajiannya di universiti ini. Keputusan Peperiksaan Keputusan provisional (lulus/gagal) melalui talian Teleakademik: (600-837899), Portal Kampus Online (Campus Online) dan sms lazimnya diumumkan selepas Majlis Pusat Pengajian bersidang dan dijangka dalam jangka masa satu bulanPemeriksa selepas peperiksaan. Keputusan penuh (gred) melalui talian Teleakademik: (600-83-7899), Portal Kampus Online (Campus Online) dan sms diumumkan selepas Majlis
16
Peperiksaan Universiti bersidang dan dijangka 2 minggu selepas keputusan provisional. Keputusan rasmi (Semgred) diedarkan kepada pelajar pada minggu kedua semester berikutnya.
2.4 Pengecualian Unit/Pemindahan Kredit
Takrifan Pengecualian Unit Pengecualian unit ditakrifkan sebagai sejumlah unit yang diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus di USM yang dikecualikan daripada keperluan pengijazahan. Pelajar hanya perlu mengumpul sejumlah baki unit tertentu bagi tujuan pengijazahan, kelulusan atau gred kursus yang dikumpulkan atau diperoleh di USM yang diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) bagi tujuan pengijazahan. Peraturan dan Pelaksanaan Pengecualian Unit (a) Pelajar Lepasan Diploma daripada IPT Awam dan IPT Swasta yang diiktiraf. (i) Pengecualian unit hanya boleh diberikan kepada kursus-kursus yang diperoleh pada peringkat diploma. (ii) Kursus-kursus yang dipohon untuk pengecualian unit boleh digabungkan (meliputi dua atau lebih) untuk mendapatkan pengecualian unit untuk satu kursus pada peringkat ijazah. Walau bagaimanapun, sekiranya Pusat Pengajian ingin memperakukan satu kursus sahaja pada peringkat diploma untuk mendapatkan pengecualian unit satu kursus pada peringkat ijazah, kursus pada peringkat diploma berkenaan mestilah yang setara dengan kursus Universiti dan mempunyai unit yang sama atau lebih. (iii) Kursus-kursus yang telah diikuti semasa bekerja (dalam perkhidmatan) oleh pelajar lepasan diploma tidak boleh dipertimbangkan untuk pengecualian unit. (iv) Pencapaian minimum dalam peperiksaan bagi kursus-kursus pada peringkat diploma yang boleh dipertimbangkan pengecualian unit adalah sekurang-kurangnya gred C atau 2.0 atau setara. (v) Jumlah pengecualian semester tidak melebihi dua semester.
17
(vi) Untuk memperoleh pengecualian unit Latihan Industri, pelajar mestilah mempunyai pengalaman bekerja berterusan selama sekurangkurangnya dua tahun dalam bidang yang berkenaan. Sekiranya pelajar telah menjalani Latihan Industri semasa mengikuti program pengajian pada peringkat diploma, pelajar perlu mempunyai pengalaman bekerja selama satu tahun. Di samping itu, pelajar juga dikehendaki mengemukakan laporan tentang tahap kerja dan jenis kerja yang dilakukan. Pengecualian unit Latihan Industri tidak diambil kira dalam mempertimbangkan pengecualian semester kerana Latihan Industri untuk USM diadakan semasa cuti panjang. (vii) Pengecualian unit bagi kursus-kursus Universiti dan Opsyen hanya boleh diberi kepada kursus-kursus seperti Bahasa Malaysia (LKM400), Bahasa Inggeris, Tamadun Islam dan Tamadun-Tamadun Asia serta Kokurikulum. (b) Pelajar Lepasan Diploma IPTS Program Kawal Selia/Luaran USM. (i) Pelajar Lepasan Diploma IPTS Program Kawal Selia/Luaran USM diberi pengecualian unit mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh sesuatu program pengajian. Lazimnya pengecualian unit bagi pelajar dalam kategori ini adalah secara blok mengikut perjanjian antara USM (melalui Pusat Pengajian yang menawarkan program dengan IPTS berkenaan). (c) Pelajar daripada IPTA/IPTS yang diiktiraf sama ada dari dalam atau luar negara yang sedang mengikuti kursus pada peringkat Sarjana Muda memohon melanjutkan pengajian di universiti ini dan sekiranya berjaya, boleh dipertimbangkan pengecualian unit tertakluk kepada syarat-syarat berikut. (i) Kursus-kursus yang telah diikuti di IPT terdahulu adalah setara (sekurang-kuranya 50% kandungan kursus adalah sama) dengan kursus-kursus yang ditawarkan di USM. (ii) Bagi pelajar yang mengikuti kursus pada peringkat diploma lanjutan di IPT lain yang diiktiraf setaraf dengan kursus Sarjana Muda di USM, boleh dipertimbangkan pengecualian unit sama seperti pada (c)(i). (iii) Jumlah maksimum pengecualian unit yang dibenarkan tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keperluan unit pengijazahan.
18
Jumlah Pengecualian Semester Pengecualian semester bergantung pada jumlah pengecualian unit yang setara bagi satu semester bagi sesuatu program. Jumlah Unit dikecualikan <9 9-32 >32
Jumalah Semester dikecualikan 1 2
Tatacara Permohonan Bagi Pengecualian Unit Pelajar USM yang ingin memohon pengecualian unit perlu memohon dengan menggunakan 'Borang Pengecualian Unit’ yang boleh didapati daripada kaunter Unit Pengambilan & Kemasukan atau pusat pengajian masing-masing. Borang permohonan perlu dikemukakan untuk kelulusan Dekan/Timbalan Dekan Pusat Pengajian sebelum dimajukan kepada Unit Pengambilan & Kemasukan untuk pertimbangan. Takrifan Pemindahan Kredit Pemindahan kredit ditakrifkan sebagai pengiktirafan sejumlah kredit yang diperoleh seseorang pelajar USM yang mengikuti kursus di sesebuah IPTA lain dalam tempoh pengajiannya di USM, digabungkan dengan kredit yang diperoleh di USM untuk memenuhi syarat keperluan unit program pengajiannya. Keputusan peperiksaan atau gred yang diperoleh daripada kursus-kursus yang diikuti di IPTA lain yang dipindahkan akan digabungkan dalam pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Kategori Pelajar Yang Layak Dipertimbangkan Untuk Pemindahan Kredit Pelajar sepenuh masa program Sarjana Muda USM yang ingin mengikuti kursus tertentu pada peringkat Sarjana Muda di IPTA lain. Pelajar sepenuh masa yang mengikuti program diploma USM yang ingin mengikuti kursus tertentu pada peringkat diploma di IPTA lain. Syarat-Syarat (a) Kursus Asas dan Teras (i) Pemindahan kredit hanya dipertimbangkan bagi kredit yang diperoleh daripada kursus-kursus di IPTA lain yang lain yang setara (sekurang-
19
kurangnya 50% kandungan kursus adalah sama) dengan kursus-kursus yang ditawarkan oleh program berkenaan. (ii) Kursus-kursus yang boleh dipindahkan hanyalah kursus-kursus yang mempunyai bilangan unit yang sama atau lebih. Bagi kursus yang setara tetapi unitnya kurang, pemindahan kredit boleh diperakukan dengan menggabungkan beberapa kursus. Kredit yang dipindahkan adalah sama dengan unit kursus yang ditawarkan di USM. Gred purata bagi kursus yang digabungkan tersebut akan diambil kira dalam pengiraan PNGK. (b) Kursus-Kursus Elektif atau Opsyen (i) Pelajar boleh mengikuti mana-mana kursus tertentu yang bersesuaian di IPTA lain tertaluk pada kebenaran Pusat Pengajian serta kemampuan atau kesediaan IPTA lain. (ii) Kredit yang dipindahkan ialah kredit yang diperoleh daripada kursuskursus di IPTA lain. Tiada syarat kesetaraan kursus diperlukan. (c) Kursus Minor (i) Bagi pemindahan unit kursus-kursus minor, Pusat Pengajian perlulah memerlukan sama ada syarat (a) atau (b), dengan mengambil kira keperluan sesuatu program. (d) Bilangan maksimum unit yang boleh dipindahkan hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada keseluruhan bilangan unit pengajian. (e) Perpindahan kredit daripada IPTA lain hanya boleh berlaku sekali bagi setiap IPTA. (f) Keputusan peperiksaan yang diperoleh oleh pelajar yang mengikuti kursus di IPTA lain akan diambil kira bagi tujuan pengijazahan. Gred yang diperoleh bagi setiap kursus akan digabungkan dengan gred yang diperoleh di USM dalam pengiraan PNGK. (g) Pelajar yang telah memohon dan diluluskan untuk pemindahan kredit tidak dibenarkan untuk membatalkan kelulusan tersebut setelah keputusan peperiksaan diperoleh. (h) Pelajar dikehendaki mendaftar kursus di IPTA lain tidak kurang daripada jumlah unit minimum serta tidak melebihi unit maksimum yang ditetapkan mengikut program pengajian mereka. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu (contohnya pelajar mengulang tahun pengajian dan hanya
20
memerlukan beberapa unit untuk berijazah), Dekan boleh memperakukan pelajar mendaftar unit kurang daripada minimum, semester tersebut tidak akan diambil kira dalam syarat bermastautin. Dalam hal ini, pengiraan PNGK mengikut kaedah yang diamalkan bagi KSCP. (i) Pelajar-pelajar USM yang mengikuti kursus di IPTA lain dan jika gagal mana-mana kursus, dibenarkan menduduki peperiksaan ulangan sekiranya terdapat peruntukan untuk berbuat demikian di IPTA tersebut. (j) Sekiranya kaedah pengiraan markah peperiksaan di IPTA lain tidak sama seperti yang dilaksanakan di USM, kaedah penukaran gred akan dilakukan mengikut skala yang sedia ada. (k) Pelajar-pelajar USM yang telah mendaftar kursus di IPTA lain dan membuat keputusan untuk kembali mengikuti pengajian di USM, perlu mengikuti syarat-syarat pendaftaran kursus yang sedia ada di USM.
Tatacara Permohonan Untuk Mengikuti Kursus/Pemindahan Kredit Pelajar USM yang ingin memohon mengikuti kursus/pemindahan kredit di IPTA lain perlu memohon dengan menggunakan 'Borang Pemindahan Kredit'. Borang permohonan perlu dikemukakan untuk kelulusan Dekan Pusat Pengajian bagi program pengajian yang sedang diikuti dalam tempoh tiga bulan sebelum dimajukan kepada IPTA lain untuk pertimbangan. 2.5 Intergriti Akademik “Intergriti tanpa ilmu adalah lemah dan tidak berguna. Ilmu tanpa intergriti adalah berbahaya dan lemah”-Samuel Johnson
Menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia memerlukan pegangan kukuh terhadap nilai asas, integriti, tujuan dan maksud pendidikan universiti. Nilai yang paling penting diperlukan dalam akademik berasaskan prinsip mencari kebenaran dalam ilmu dan kejujuran berkaitan dengan harta intelek seseorang dan orang lain. Oleh itu, pelajar mestilah berani bertanggungjawab dalam mengekalkan prinsip tersebut dalam semua usaha akademik mereka. Ketidakjujuran akademik melanggar tujuan asas dalam memelihara dan mengekalkan integriti pendidikan universiti dan tiada tolak ansur dalam perkara ini. Berikut, walaupun tidak menyeluruh, ialah contoh amalan atau tindakan yang dianggap sebagai tindakan tidak jujur dalam akademik.
21
(a) Menipu Menipu ialah penggunaan maklumat atau bahan bantu lain tanpa kebenaran dalam sebarang latihan akademik. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang “tidak popular” dalam penipuan termasuklah:
Menyalin jawapan daripada orang lain semasa ujian atau peperiksaan. Menggunakan bahan atau alatan (kalkulator, PDA, telefon bimbit, kelui, dan lain-lain) semasa ujian atau peperiksaan. Meminta atau membenarkan pelajar lain untuk mengambil ujian atau peperiksaan bagi pihak diri anda dan sebaliknya. Berkongsi jawapan atau program bagi sesuatu tugasan atau projek. Sengaja merosakkan markah / gred kerja setelah ia dipulangkan, kemudian menghantarnya semula bagi pemarkahan / penggredan semula. Membenarkan orang lain membuat penyelidikan, penulisan, pemprograman, atau jenis tugasan yang lain. Menghantar kerja yang serupa atau sama dalam lebih daripada satu kursus tanpa berunding atau terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pensyarah yang terlibat.
(b) Plagiarisme Plagiarisme ialah “pencuri akademik”. Ia melanggar hak harta intelek pengarang. Secara ringkasnya, plagiarisme bermaksud penggunaan sebahagian atau keseluruhan kata-kata atau idea orang lain dan mendakwa ia sebagai milik anda tanpa merujuk pengarang asal. Plagiarisme termasuklah:
Menyalin dan memasukkan atau menambah maklumat, grafik atau media daripada internet ke dalam kerja anda tanpa menyatakan sumber. Memparafrasa atau meringkaskan penulisan atau kata-kata orang lain yang bukannya ilmu atau pengetahuan umum, tanpa merujuk sumber. Tidak meletakkan tanda pembuka dan penutup kata pada bahagian sumber yang diambil. Menggunakan hasil kerja orang lain, tugasan, projek atau penyelidikan yang bukannya hasil kerja anda dan menjadikan ia seolah-olah hasil kerja anda. Memberikan maklumat yang tidak betul tentang sumber rujukan. Tidak memberikan penghargaan rakan usaha sama dalam sesuatu tugasan, kertas, projek atau penyelidikan.
Walau bagaimanapun, plagiarisme sering disalahfahami. Terdapat banyak sumber daripada internet yang memberi memerihalkan tentang plagiarisme dan menerangkan cara yang boleh diterima untuk meminjam kata.
22
Di bawah adalah petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Universiti Sains Malaysia, Tatatertib Pelajar-Pelajar, Peraturan 1999 berkaitan larangan terhadap plagarisme (Bahagian II, Peruntukan 6):
6. (1) Pelajar tidak dibenarkan memplagiat sebarang idea, penulisan, data atau reka cipta kepunyaan individu lain. (2) Bagi tujuan peraturan ini, plagiat merangkumi: (a) tindakan
mengambil idea, penulisan, data atau reka cipta
individu lain dan mengaku bahawa idea, penulisan, data atau reka cipta tersebut adalah hak miliknya atau ciptaannya; atau (b) usaha atau tindakan, dalam apa jua cara, bagi menunjukkan bahawa idea, penulisan, data atau reka cipta adalah sumber asal, yang sebenarnya dipetik daripada beberapa sumber lain, (3) Tanpa prejudis kepada subperaturan (2), seseorang pelajar didapati memplagiat apabila: (a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang bagi abstrak, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang sepenuhnya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain; (b) bergabung atau membenarkan dirinya bergabung sebagai penulis bersama bagi abstrak, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, walhal dia tidak langsung menghasilkan sebarang penulisan yang menyumbang kepada abstrak, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku berkenaan; (c)
memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai pengarang bersama bagi sesuatu penerbitan, walhal dia tidak memberi sebarang sumbangan yang boleh melayakkannya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;
(d) mencedok atau menyari data akademik yang merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh daripada penyelidikan pustaka, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menyatukan data berkenaan sebagai sebahagian penyelidikan akademiknya tanpa memberi penghargaan terhadap
23
sumber sebenar; (e)
menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerjasama dengan beberapa orang lain, sama ada individu tersebut merupakan staf atau pelajar universiti, sebagai sebahagian daripada penyelidik akademik lain, atau bagi sesuatu penerbitan. Memasukkan namanya sebagai pengarang tunggal, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada penyelidik bersama untuk menggunakan data penyelidikan atau penerbitan mereka;
(f)
mentranskripsikan idea atau ciptaan orang lain dalam apa jua bentuk, sama ada bertulis, bercetak atau dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa jua bentuk pengajaran atau peralatan penyelidikan, atau dalam sebarang bentuk lain, dan tuntutan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang dia adalah pencipta akan idea atau ciptaan tersebut.
(g) menterjemah penulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa ke bahasa lain sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudiannya menerbitkan terjemahan tersebut dalam apa jua bentuk atau cara sebagai penulisan atau ciptaannya; atau (h) mencedok atau menyari idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat pengubahsuaian tertentu tanpa merujuk sumber asal dan mengolahnya dalam suatu cara yang menampakkan bahawa dialah pencipta idea tersebut.
(c) Pemalsuan Ciptaan yang tidak iktiraf, pindaan, pemalsuan atau penyalahgunaan data, maklumat atau petikan dalam mana-mana kerja akademik menyumbangkan pemalsuan.. Maklumat dipalsu, yang bukannya usaha sebenar pelajar atau bukannya kebenaran yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan atau kajian tertentu yang melanggar prinsip mencari kebenaran ilmu. Antara contohnya: • Mengubahkan data atau keputusan, atau menggunakan keputusan orang lain, dalam sesuatu eksperimen, tugasan atau penyelidikan. • Memetik sumber yang tidak digunakan atau dirujuk •• Sengaja menyenaraikan rujukan yang tidak betul atau untuk rekaan. kepentingan Memalsukan rekod atau dokumen akademik akademik. • Memalsukan tandatangan pemberian kuasa dalam mana-mana rekod akademik atau dokumen universiti yang lain.
24
(d) Bersubahat Pusat pengajian tidak membezakan antara mereka yang terlibat dalam tindakan ketidakjujuran akademik dengan mereka yang membenarkan atau menolong orang lain melakukan tindakan tersebut. Antara contoh bersubahat termasuklah:
Mengupah, merasuah atau membenarkan seseorang membuat tugasan, ujian / peperiksaan, projek atau penyelidikan untuk anda. Melakukan atau membantu orang lain dalam sesuatu tugasan, ujian / peperiksaan, projek atau penyelidikan bagi sesuatu pulangan. Membenarkan kerja anda dihantar sebagai kerja orang lain. Menyediakan bahan, maklumat, atau sumber kepada orang lain, dan sedar atau tahu bahawa bantuan yang sedemikian boleh digunakan dalam cara yang tidak jujur.
(e) Faedah Tak Saksama Seseorang pelajar mungkin memperoleh sesuatu faedah yang tak saksama dengan yang orang lain peroleh, yang juga merupakan suatu pelanggaran intergriti akademik, dalam beberapa cara termasuklah:
Mendapat akses kepada mencuri, menghasilkan semula atau mengedarkan semula bahan ujian atau peperiksaan sebelum masa yang dibenarkan. Menghalang orang lain daripada menggunakan bahan di perpustakaan dengan mencuri, merosakkan, memusnahkan atau menyorokkannya. Berniat mengganggu usaha orang lain daripada melakukan tugas akademik mereka. Mengubah atau memusnahkan hasil kerja atau program /fail komputer kepunyaan orang lain atau yang dimaksudkan untuk keseluruhan kelas.
(f) Kesan Pelanggaran Intergriti Akademik Pelajar dan staf akademik hendaklah menerima tanggungjawab dalam melindungi dan menyokong intergiti akademik universiti. Dalam keadaan yang melibatkan pelajar dengan kejadian ketidakjujuran dalam akademik, pelajar hendaklah melaporkannya kepada pensyarah yang berkenaan. Pensyarah berkenaan kemudiannya bertanggungjawab mengesahkan perkara tersebut dan digalakkan bersemuka dengan pesalah untuk berbincang fakta yang bersabit dengan tuduhan, dan melaporkannya kepada Timbalan Dekan atau Dekan pusat pengajian.
25
Sekiranya pensyarah berkenaan mendapati pelajar tersebut bersalah, maka suatu tindakan penggredan punitif akan dikenakan, bergantung pada tahap pelanggaran yang dilakukannya. Sebagai contoh, penggredan punitive yang diberikan adalah gred terendah atau “F” bagi tugasan, ujian, projek, atau gred terendah atau “F” bagi keseluruhan kursus. Jika pelanggaran dianggap serius oleh pensyarah, maka kes ini akan dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Universiti untuk tindakan sewajarnya. Sekiranya pelajar ditangkap semasa peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Universiti akan mengendalikan kes ini mengikut prosedur universiti. Hukuman yang boleh dikenakan ialah amaran, denda tidak melebihi RM200, dilarang memasuki mana-mana kawasan tertentu atau kawasan universiti dalam suatu tempoh tertentu, atau penggantungan daripada menjadi pelajar universiti dalam suatu tempoh tertentu, atau dibuang daripada universiti (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Universiti Sains Malaysia, Tatatertib Pelajar-Pelajar, Peraturan 1999). Di bawah ialah petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Universiti Sains Malaysia, Tatatertib Pelajar-Pelajar, Peraturan 1999 berkaitan dengan tataterib semasa peperiksaan (Bahagian II, Peruntukan 8):
8. Pelajar dilarang:(a)
membawa masuk atau mengambil sebarang bentuk buku, lembaran kerja, dokumen, gambar atau bahan lain, selain daripada yang dibenarkan oleh pemeriksa, ke dalam atau keluar daripada bilik peperiksaan, atau menerima sebarang bentuk buku, lembaran kerja, dokumen, gambar atau bahan lain daripada orang luar semasa berada di dalam bilik peperiksaan. Pelajar boleh menerima sebarang bentuk buku, lembaran kerja, dokumen, gambar atau bahan lain yang dicadangkan oleh pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan, dan dibenarkan oleh Naib Canselor.
(b)
menulis, atau membenarkan orang lain menulis, sebarang maklumat atau melukis gambar rajah yang berkaitan dengan peperiksaan yang diambil pelajar, pada mana-mana bahagian badan, atau pada pakaian yang dipakai pelajar.
(c) berhubung denganbentuk pelajar lain semasa melalui sebarang komunikasi, ataupeperiksaan berlangusng (d) menipu atau cubaan menipu atau berkelakuan dalam sebarang cara yang boleh ditafisrkan sebagai menipu.
26
Di bawah adalah petikan daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Universiti Sains Malaysia, Tatatertib Pelajar-Pelajar, Peraturan 1999 berkaitan dengan tataterib semasa peperiksaan (Bahagian II, Peruntukan 48):
48.
Pelajar yang melakukan kesalahan tataterbtib di bawah Peraturan ini dan didapati bersalah boleh dikenakan tindakan berdasarkan mana-mana satu atau mana-mana dua atau lebih daripada tindakan yang bersesuaian:(a) amaran; (b) denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit; (c)
dihalang daripada memasuki mana-mana atau premis tertentu di universiti bagi suatu jangka masa yang ditetapkan;
(d) digantung daripada menjadi pelajar universiti bagi suatu jangka masa yang ditetapkan; (e) dibuang daripada universiti.
2.6 Program Mentor USM
Program Mentor bertindak sebagai sokong-bantu yang melibatkan staf yang menjalani latihan khas sebagai perunding dan pembimbing kepada warga USM yang ingin berkongsi perasaan dan apa-apa jua aspek psikososial yang boleh menjejaskan kefungsian sosial mereka. Program ini mengurus isu psikososial dengan lebih berkesan dan akhirnya dapat meningkatkan kesejahteraan demi mencapai kehidupan yang lebih bermutu. Objektif (a) Sebagai mekanisme kerjasama dan saling membantu dalam kalangan warga untuk berkongsi segala tekanan, masalah psikososial dan sebagainya memperkukuhkan lagi kesejahteraan sosial warga USM. (b) Memupuk semangat kekitaan dan konsep saling bantu-membantu dengan menjadikan mentor yang dilatih sebagai agen sosial untuk mempromosikan masyarakat penyayang USM. (c) Melahirkan lebih ramai lagi ahli sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
27
(d) Mencegah kemudaratan dalam apa-apa jua aspek psikososial sebelum sampai ke tahap yang kritikal. Untuk maklumat lanjut lawati laman sesawang www.usm.my/mentor 2.7 Rancangan Pertukaran Pelajar (a) Skim Belajar Luar Negara (SBLN)
SBLN bertujuan memberikan peluang kepada pelajar USM untuk mengikuti pengajian di luar negara selama satu atau dua semester di mana-mana rakan institusi USM. Secara ideal, para pelajar digalakkan menyertai rancangan pertukaran ini antara semester ketiga hingga semester kelima mereka (program ijazah 3 tahun) dan antara semester ketiga hingga semester ketujuh (program ijazah 4 tahun). Pengajian di luar negara dirancangkan terlebih dahulu bersama Dekan atau Timbalan Dekan Pusat Pengajian yang berkenaan, juga dengan Pejabat Antarabangsa. Kredit yang diperoleh daripada rakan universiti itu boeh dipindahkan sebagai sebahagian daripada pengumpulan kredit untuk pengijazahan. (b) Rancangan Pertukaran Pelajar Antara IPT (RPPIPT)
Program ini membenarkan pelajar di pusat pengajian tinggi awam untuk menyertai program pertukaran pelajar selama satu semester di antara pusat pengajian tinggi awam sendiri. Pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang berkenaan dan boleh memohon pindahan kredit untuk kursus yang telah diikuti. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.usm.my/io atau hubungi Unit Usahasama Akademi, Pejabat Antarabangsa di talian +604 – 653 2775/2778.
28
BAB 3 KEPERLUAN UNIVERSITI
3.1 Ringkasan Keperluan Universiti
Pelajar dikehendaki mengambil 15-22 unit kursus Universiti/Opsyen berikut untuk keperluan Universiti: Keperluan Universiti
Unit
1
Kursus Bahasa Malaysia
2
2
Kursus Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris Tambahan
4
3
Pelajar Tempatan
6
Kursus Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) (2 unit)
Kursus Hubungan Etnik (2 unit)
Kursus Teras Keusahawanan* (2 unit)
Pelajar Antarabangsa
4
Kursus Malaysian Studies (4 unit)
Kursus Opsyen/Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris (2 unit)
Kursus Bahasa Asing/Kokurikulum/Kemahiran/Opsyen
3 – 10
Pelajar perlu memilih mana-mana yang berikut:
Kursus Bahasa Asing
Kursus Kokurikulum** (1 – 6 unit)
Kursus Kemahiran /Opsyen Jumlah
15 – 22
*
Pelajar daripada Pusat Pengajian yang mempunyai kursus yang sama seperti kursus ini dikecualikan daripada mengikuti kursus ini. Unit-unit berkenaan perlu diganti dengan kursus opsyen. ** Pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan diwajibkan memilih satu pakej kokurikulum berpakaian seragam. Pelajar dari Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian diwajibkan mendaftar dua unit kursus kokurikulum dalam tahun pengajian kedua. Pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan mestilah mengambil satu unit kursus kokurikulum. Perincian keperluan Universiti diberikan dalam bahagian-bahagian berikut.
29
3.2 Bahasa Malaysia
a.
Pelajar Tempatan Keperluan-keperluan berkenaan ialah seperti yang berikut: •
LKM400/2 - Bahasa Malaysia IV
Semua pelajar Malaysia perlu mengambil dan lulus LKM400 dengan gred minimum C untuk pengijazahan. Syarat kemasukan Bahasa Malaysia ialah seperti yang berikut: Bil.
Kelayakan
Gred
(a) SPM/MCE/SC (atau kelayakan setara)
1-6
1.
Peringkat Jenis Kemasukan
LKM400 (b) STPM/HSC (atau kelayakan setara)
U
P/S
Unit
Status
2
Keperluan Pengijazahan
Catatan: Untuk memperoleh unit kredit bagi kursus Bahasa Malaysia, minimum gred C diperlukan. Pelajar boleh mendapatkan nasihat daripada Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan jika mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang tertera dalam jadual.
b.
Pelajar Antarabangsa Pelajar antarabangsa yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains, Perakaunan, Sastera (ELLS), Pendidikan (TESL) dan Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Semua pelajar antarabangsa dalam kategori ini dikehendaki mengambil kursus berikut: Kod LKM100
Jenis U
Unit 2
Pelajar antarabangsa (bukan Indonesia) yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.
30
Pelajar antarabangsa dalam kategori ini dikehendaki mengambil dan lulus 3 peringkat Kursus Bahasa Malaysia Intensif sebelum memulakan rancangan Ijazah Sarjana Muda. Kod LKM101 LKM102 LKM201
Kursus Bahasa Malaysia Persediaan 1 Bahasa Malaysia Persediaan 2 Bahasa Malaysia Pertengahan
Tempoh 4 bulan 4 bulan 4 bulan
Keperluan pengijazahan Bahasa Malaysia bagi pelajar dalam kategori ini adalah seperti yang berikut: Kod LKM300
Jenis U
Unit 2
Pelajar antarabangsa (Indonesia) yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.
Keperluan pengijazahan Bahasa Malaysia bagi pelajar dalam kategori ini adalah seperti yang berikut: Kod LKM200 LKM300
Jenis U U
Unit 2 2
Catatan: Pelajar mesti lulus dengan minimum gred C untuk kursus jenis U.
3.3
Bahasa Inggeris
Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda perlu mengambil 4 unit kursus bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan Universiti untuk pengijazahan. (a) Syarat Kemasukan Kursus Bahasa Inggeris Bil.
1.
Kelayakan Bahasa Inggeris *MUET LSP401/402/403/404 †Budi Bicara Dekan
Gred
Peringkat Kemasukan
Status
Band 6 A-C
LHP 451/452/453/ 454/455/456/ 457/458/459
Wajib/Opsyen/ Jenis U (2 Unit)
31
2.
*MUET LSP300 †Budi Bicara Dekan
Band 5 A-C
LSP 401/402/403/ 404
Wajib/ Jenis U (2 Unit)
3.
*MUET LMT100 †Budi Bicara Dekan
Band 4 A-C
LSP300
Wajib/ Jenis U (2 Unit)
4.
*MUET †Budi Bicara Dekan
Band 3/2/1 (Skor 0 - 179)
LMT100/ Ulangi MUET
Prasyarat/ Jenis Z (2 Unit)
* †
MUET: Malaysian University English Test. Pelajar boleh mendapatkan nasihat daripada Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan jika mempunyai kelayakan bahasa Inggeris yang berbeza daripada yang tertera dalam jadual di atas.
Nota:
• Empat (4) unit kursus bahasa Inggeris diperlukan untuk pengijazahan. • Untuk memperoleh unit bagi semua kursus bahasa Inggeris, pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya gred C bagi kursus tersebut. • Bagi pelajar yang memperoleh skor 260 - 300 (Band 6) dalam MUET, 4 unit kursus Bahasa Inggeris mesti dikumpulkan daripada kursus peringkat maju (LHP451/452/453/454/455/456/457/ 458/459*) atau kursus bahasa asing dengan kebenaran bertulis daripada Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan. (Sila gunakan borang yang boleh didapati di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan). [*Bilangan unit kursus LHP457 ialah 4 dan bilangan unit kursus LHP451, 452, 453, 454, 456, 458 dan 459 ialah 2.]. • Pelajar yang mendapat skor MUET kurang daripada 180 perlu mengulangi MUET sehingga mendapat skor Band 4 ataupun mengikut kursus kemahiran LMT100 dan lulus dengan gred C.
32
(b)
Kursus Bahasa Inggeris (Unit Bahasa Inggeris Wajib) Kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan sebagai kursus Universiti adalah seperti yang berikut:
Bil
Kod/Unit
Tajuk Kursus
1.
LMT100/2
Bahasa Inggeris Persediaan
Pelajar daripada semua pusat pengajian
Pusat Pengajian (Jika Berkenaan)
2.
LSP300/2
Bahasa Inggeris Akademik
Pelajar daripada semua pusat pengajian Pusat Pengajian Bahasa, Literasi &
3.
4.
LSP401/2
LSP402/2
Terjemahan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (Sastera) Pusat Pengajian Seni Halus Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Bahasa Inggeris Am
Pusat Pengajian Sains Kajihayat Pusat Pengajian Sains Fizik Pusat Pengajian Sains Kimia Pusat Pengajian Sains Matematik Pusat Pengajian Teknologi Industri Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (Sains) Pusat Pengajian Sains Perubatan Pusat Pengajian Sains Kesihatan &
Bahasa Inggeris Saintifik dan Perubatan
Pergigian Pusat Pengajian Sains Farmasi LSP403/2
Bahasa Inggeris Perniagaan dan Komunikasi
Pusat Pengajian Pengurusan Pusat Pengajian Komunikasi
6.
LSP404/2
Bahasa Inggeris Teknikal dan Kejuruteraan
Pusat Pengajian Sains Komputer Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Pusat Pengajian Kejuruteraan
7.
LDN 101/2
Bahasa Inggeris Kejururawatan I
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
8.
LDN 201/2
Bahasa Inggeris Kejururawatan II
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
5.
33
3.4 Pelajar Tempatan - Tamadun Islam dan Tamadun Asia / Hubungan Etnik /Teras Keusahawanan
(a) Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kursus berikut diwajibkan lulus (dengan gred minimum C): HTU223 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (2 Unit) Kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar tentang sejarah, prinsip, nilai, aspek utama Tamadun Melayu, Tamadun Islam serta budayanya. Dengan pendedahan ilmiah tentang hal-hal budaya dan ketamadunan di Malaysia, diharapkan para pelajar akan menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang boleh menyumbangkan pemupukan budaya hormat dan harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Antara tajuk dalam kursus ini adalah Interaksi antara Pelbagai Tamadun, Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Cabaran Kontemporari yang dihadapi oleh Tamadun Islam dan Asia dan Prinsip Islam Hadhari. (b) Hubungan Etnik Kursus berikut diwajibkan lulus (dengan gred minimum C): SHE101 - Hubungan Etnik (2 Unit) Kursus ini merupakan pengantar pada hubungan etnik di Malaysia. Kursus ini dirangka dengan tiga objektif utama: (1) memperkenalkan pelajar terhadap konsep asas dan praktis persemuafakatan sosial di Malaysia, (2) mengukuhkan kefahaman asas terhadap cabaran dan masalah dalam masyarakat berbilang etnik, dan (3) memberikan kefahaman dan kesedaran dalam menangani kerumitan/kekompleksan hubungan etnik di Malaysia. Pada akhir kursus ini pelajar diharapkan berupaya untuk mengenal pasti dan mengaplikasikan kemahiran untuk menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia. (c) Teras Keusahawanan Kursus berikut diwajibkan lulus (dengan gred minimum C): WUS101 - Teras Keusahawanan (2 Unit) Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada pelajar tentang bidang keusahawanan dan perniagaan, dengan memberikan penekanan terhadap pelaksanaan aspek pembelajaran sambil mengalami proses
34
melaksanakan projek perniagaan di dalam kampus. Kaedah pembelajaran dilakukan secara syarahan interaktif, amali, penyediaan rancangan perniagaan, pelaksanaan projek keusahawanan dan pembentangan laporan. Pengalaman amali melalui penglibatan langsung pelajar dalam pengendalian projek perniagaan akan dapat mencetuskan minat dan memberikan gambaran dunia keusahawanan yang lebih jelas kepada pelajar. Hasil pembelajaran utama ialah penerapan budaya dan amalan murni keusahawanan dalam amalan harian pelajar. Inisiatif ini diambil untuk membuka minda dan merangsang semangat keusahawanan kepada kumpulan sasar yang berpotensi sebagai usahawan yang berjaya. Pendedahan ilmu keusahawanan kepada semua mahasiswa diharapkan dapat mempercepat usaha menambahkan bilangan usahawan negara kelas menengah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Panduan Rancangan Kokurikulum. 3.5 Pelajar Antarabangsa - Ma laysian Studies/Opsyen
(a) Malaysian Studies (Kursus ini dikendali dalam bahasa Inggeris) Kursus berikut diwajibkan lulus (dengan gred minimum C) bagi semua pelajar antarabangsa: SEA205E - Malaysian Studies (4 Units) This course investigates the structure of the Malaysian system of government and the major trends in contemporary Malaysia. Emphasis will be given both to current issues in Malaysian politics and the historical and economic developments and trends of the country. The discussion begins with a review of the independence process. An analysis of the formation and workings of the major institutions of government – parliament, judiciary, bureaucracy, and the electoral and party systems will follow this. The scope and extent of Malaysian democracy will be considered, especially in light of current changes and developments in Malaysian politics. The second part of the course focuses on specific issues: ethnic relations, national unity and the national ideology; development and political change; federal-state relations; the role of religion in Malaysian politics; politics and business; Malaysia in the modern world system; civil society; law, justice and order; and directions for the future. (b) Opsyen/Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris (2 Units) Pelajar antarabangsa perlu memenuhi 2 unit lagi kursus opsyen atau kursus bahasa Malaysia/bahasa Inggeris tambahan.
35
3.6 Bahasa Ketiga/Kokurikulum/Kursus Kemahiran/Opsyen
Pelajar dikehendaki memilih satu daripada yang berikut (A/B/C): (A) Pakej Bahasa Ketiga (6 Unit) Kursus Bahasa Ketiga ditawarkan sebagai kursus Universiti. Kursus berkenaan ditawarkan sebagai pakej 3 peringkat, 2 unit bagi setiap peringkat. Jumlah keseluruhan bilangan unit setiap pakej ialah 6. Pelajar dikehendaki melengkapkan kesemua peringkat (3 semester). Pakej yang ditawarkan adalah seperti yang berikut: Arab Komunikasi
Cina Komunikasi
Jepun Komunikasi
Jerman Komunikasi
Korea Komunikasi
LTA100/2
LTC100/2
LTJ100/2
LTG100/2
LTK100/2
LTA200/2
LTC200/2
LTJ200/2
LTG200/2
LTK200/2
LTA300/2
LTC300/2
LTJ300/2
LTG300/2
LTK300/2
Perancis Komunikasi
Sepanyol Komunikasi
Tamil Komunikasi
Thai Komunikasi
LTP100/2
LTE100/2
LTT100/2
LTS100/2
LTP200/2
LTE200/2
LTT200/2
LTS200/2
LTP300/2
LTE300/2
LTT300/2
LTS300/2
(B) Pakej Kokurikulum Berpakaian Seragam/Seni Silat Cekak (4 - 6 Unit) Pelajar yang memilih untuk mengambil kursus kokurikulum berpakej dikehendaki melengkapkan kesemua peringkat pakej berkenaan. Pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan diwajibkan memilih satu pakej kokurikulum berpakaian seragam dari pada senarai di bawah (tidak termasuk Seni Silat Cekak). Pakej kokurikulum yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
36
• Pakej Kokurikulum Berpakaian Seragam Bersenjata/Seni Silat Cekak (6 Unit) (3 tahun) PALAPES Tentera Darat
PALAPES Tentera Laut
PALAPES Tentera Udara
SUKSIS (Sukarelawan Polis Siswa)
Seni Silat Cekak Malaysia
WTD102/2
WTL102/2
WTU102/2
WPD101/2
WCC123/2
WTD202/2
WTL202/2
WTU202/2
WPD201/2
WCC223/2
WTD302/2
WTL302/2
WTU302/2
WPD301/2
WCC323/2
• Pakej Kokurikulum Berpakaian Seragam tidak Bersenjata (4 Unit) (2 tahun) Kelana Siswa
Bulan Sabit Merah
Ambulans St. John
WLK102/2
WBM102/2
WJA102/2
WLK202/2
WBM202/2
WJA202/2
• Pakej Kokurikulum Berpakaian Seragam tidak Bersenjata (2 Unit) (1 tahun) SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam) (ditawarkan di Kampus Kesihatan Sahaja) WPA103/2 WPA203/2
(C) Kokurikulum/Kursus Kemahiran/Opsyen (1 – 6 Unit) Semua pelajar digalakkan mengikuti kursus kokurikulum dan diberikan jumlah maksimum 6 unit bagi kursus kokurikulum Khidmat Komuniti, Kebudayaan, Sukan, Daya Usaha & Inovasi dan Kepemimpinan (Pelajar dari Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian diwajibkan mendaftar dua unit kursus kokurikulum dalam tahun pengajian kedua). Pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan mestilah mengambil sekurang-kurangnya satu kursus kokurikulum termasuk yang disenaraikan dalam (B) di atas sementara pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan diwajibkan memilih satu pakej kokurikulum berpakaian seragam daripada (B) di atas (tidak termasuk Seni Silat Cekak Malaysia). Pelajar yang tidak mendaftar kursus kokurikulum unit atau hanya mendaftar sebahagian daripada 3mana-mana unit perlu menggantikan berkenaan dengan kursus kemahiran/opsyen. Kursus kokurikulum, kemahiran dan opsyen yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
37
(i) Kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat, Kebudayaan, Sukan, Daya Usaha & Inovasi dan Kepemimpinan Berpakej (Pelajar perlu melengkapkan kesemua peringkat) Khidmat Masyarakat (2 Tahun)
Jazz Band (3 Tahun)
Karate (3 Semester)
Taekwondo (3 Semester)
WKM102/2
WCC108/2
WSC108/1
WSC115/1
WKM202/2
WCC208/2
WSC208/1
WSC215/1
WCC308/2
WSC308/1
WSC315/1
Bukan Berpakej (1 Semester) Kebudayaan
Sukan
WCC103/1 - Catan
WSC105/1 - Bola Tampar
WCC105/1 - Gamelan
WSC106/1 - Golf
WCC107/1 - Gitar
WSC110/1 - Memanah
WCC109/1 - Koir
WSC111/1 - Ping Pong
WCC110/1 - Kraftangan
WSC112/1 - Renang
WCC115/1 - Tarian Moden
WSC113/1 - Senamrobik
WCC116/1 - Tarian Tradisional
WSC114/1 - Skuasy
WCC117/1 - Teater Moden
WSC116/1 - Tenis
WCC118/1 - Wayang Kulit Melayu WCC119/1 - Senaman Qigong Asas
WSC119/1 - Badminton WSC122/1 – Selaman SCUBA
WCC 219 – Senaman Qigong Pertengahan
WSC123/1 - Kriket
WCC124/1 – Kompang Berlagu
WSC124/1 – Sepak Takraw
WCC122/1 - Seni Memasak
WSC 125/1- Futsal
WCC127/1 – Kesenian Muzik Nasyid
WSC 126/1 – Bola Jaring
Daya Usaha & Inovasi
Kepemimpinan
WCC120/1 - Canting Batik
WSC 127/1 – Pengurusan Acara 1
WCC121/1 - Seni Khat
WSC 227/1 – Pengurusan Acara 2
WCC125/1 – Seni Wau Tradisional WCC128 – Seni Sulaman & Manik Labuci WCC130 – Seni Fotografi SLR Digital
38
(ii) HTV201/2 - Teknik Berfikir. (iii) Kursus opsyen/kemahiran lain yang disarankan atau diwajibkan oleh pusat pengajian masing-masing (jika ada). (iv) Kursus Bahasa Inggeris Kursus berikut boleh diambil sebagai kursus Universiti untuk memenuhi keperluan Bahasa Inggeris wajib (bagi Band 5 dan Band 6 dalam MUET) atau sebagai kursus kemahiran/opsyen: Bil 1.
Kod/Unit LHP451/2
Tajuk Kursus Pembacaan Berkesan
2.
LHP452/2
Penulisan untuk Perniagaan
3.
LHP453/2
Penulisan Kreatif
4.
LHP454/2
Penulisan Akademik
5.
LHP455/2
Kemahiran Sebutan Bahasa Inggeris
6.
LHP456/2
Bahasa Inggeris Lisan
7.
LHP457/4
Penulisan Ucapan dan Berpidato
8.
LHP458/2
Bahasa Inggeris bagi Penterjemahan (Ditawarkan pada Semester II sahaja)
9.
LHP459/2
Bahasa Inggeris bagi Interpretasi (Ditawarkan pada Semester I sahaja)
(v) Kursus Bahasa Asing Kursus bahasa asing yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan boleh diambil untuk mencukupkan unit kredit sama ada sebagai opsyen atau wajib untuk pengijazahan. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu kursus bahasa asing secara serentak dalam satu semester. Mereka dikehendaki menamatkan dua peringkat bagi kursus bahasa asing yang sedang diambil sebelum dibenarkan mendaftar kursus bahasa asing yang lain. Walau bagaimanapun, pelajar tidak perlu menamatkan keempat-empat peringkat kursus jika tidak berkeupayaan. Kursus bahasa asing yang ditawarkan adalah seperti yang berikut: Arab
Cina
Jepun
Jerman
Sepanyol
LAA100/2
LAC100/2
LAJ100/2
LAG100/2
LAE100/2
LAA200/2 LAA300/2
LAC200/2 LAC300/2
LAJ200/2 LAJ300/2
LAG200/2 LAG300/2
LAE200/2 LAE300/2
LAA400/2
LAC400/2
LAJ400/2
LAG400/2
LAE400/2
39
Perancis
Thai
Tamil
Korea
LAP100/2
LAS100/2
LAT100/2
LAK100/2
LAP200/2
LAS200/2
LAT200/2
LAK200/2
LAP300/2
LAS300/2
LAT300/2
LAK300/2
LAP400/2
LAS400/2
40
BAB 4 STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KERJA SOSIAL
4.1
Matlamat dan Tujuan
Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial menyediakan satu rancangan pendidikan kerja sosial yang bersifat generik ke arah menghasilkan graduan-graduan yang telatih dalam bidang perkhidmatan khidmat manusia mengikut kehendak semasa. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada pegawai-pegawai perkhidmatan organisasi khidmat manusia kerajaan dan bukan kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah memberikan perkhidmatan khidmat manusia yang lebih cekap kepada golongan sasar dan masyarakat keseluruhannya. Program Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial ini dilihat dapat memenuhi keperluan tenaga manusia supaya responsif terhadap pelbagai masalah sosial dalam konteks masyarakat penyayang. Turut berupaya mengeluarkan graduan pekerja sosial yang mempunyai motivasi, kecekapan dan komitmen dalam praktis kerja sosial. Penumpuan terhadap kursus elektif dalam pelbagai bidang dilihat dapat menggalakkan praktis kerja sosial yang lebih menyeluruh dan sekaligus responsif terhadap perubahan sosial semasa dalam masyarakat. Menjadi matlamatprogram ini untuk mengeluarkan lebihramai graduan kerja sosial yang terlatih dan profesional untuk keperluan badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, industri dan sektor swasta.
4.2
Hasil Pembelajaran
Setelah pelajar menamatkan pengajian mereka dalam Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial, pelajar akan dapat:
Menguasai dan mempamerkan penguasaan bidang ilmu kerja sosial secara teoritikal mahupun praktikal. Membentuk dan menunjukkan kemahiran teknikal, praktikal serta kemampuan membentuk persepsi dan pemikiran kritis yang menjurus ke arah penyelesaian masalah. Membentuk dan mengamalkan kemahiran berfikir secara saintifik dalam mendapatkan sebarang maklumat danyang menjalankan memberikan perkhidmatan pertolongan berkesan. penyelidikan ke arah
41
4.3
Berkebolehan menguasai kemahiran berkomunikasi bagimengurus, mengolah, menganalisis dan mengaplikasi maklumat untuk memberikan intervensi yang berkesan di semua peringkat sistem. Melaksanakan tugas secara berpasukan permasalahan secara kerja kumpulan.
dan
mampu
menyelesaikan
Mengamalkan dan mempamerkan ciri-ciri etika dan profesionalisme pengurusan yang tinggi dan berpaksi kepada norma dan nilai masyarakat semasa memberikan perkhidmatan menolong kepada kumpulan sasar. Mengenalpasti dan menggunakan kemahiran teknologi ke arah perkembangan ilmu dari pelbagai sumber untuk memberikan khidmat pertolongan yang berpaksikan kelestarian . Kebolehan meneroka, membina dan mengenalpasti sumber atau peluang keusahawanan yang boleh meningkatkan lagi kefungsian sosial satu-satu kumpulan sasaran yang dibantu. Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dalam mengurus, menyelia, memainkan peranan dan membentuk kerjasama ke arah pencapaian matlamat pertolongan bersama kumpulan sasar
Struktur Rancangan dan Kurikulum
Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial ini ditawarkan selama empat (4) tahun. Tempoh pembelajaran 4 tahun ini adalah sejajar dengan keperluan pendidikan kerja sosial bersifat sejagat seperti ditetapkan olehInternational Association Schools of Social Work (IASSW) yang menekankan kepada keperluan praktis dalam pendidikan kerja sosial profesional. Program yang ditawarkan ini adalah program penggunaan (applied) yang memerlukan minimum 121 unit. Pada tahun pertama tumpuan akan diberikan kepada kursus-kursus Universiti, Sains Sosial dan Kerja Sosial. Pada tahun kedua, ketiga dan keempat, pelajarpelajar dikehendaki mengikuti kursus-kursus Teras dan Elektif. 15 unit 16 unit 70 unit 21 unit
Keperluan Universiti Kursus Sains Sosial Kursus Teras Kursus Elektif
122 unit
Jumlah
Kesemua kursus Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial ini berteraskan kepada empat (4) komponen utama seperti berikut:
42
a) b) c) d)
Teori dan Kaedah Kerja Sosial (16 kursus merangkumi kursus teras dan elektif) Praktikum (3 kursus) Dasar dan Perundangan (2 kursus) Konteks Situasi S ( ituational-Based Context ) (8 kursus merangkumi kursus teras dan elektif.
43
4.4
Senarai Penawaran Kursus
Senarai penawaran kursus Sains Sosial, Teras dan Elektif Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial adalah seperti berikut: KURSUS SAINS SOSIAL: 16 Unit SKW110/3 : Pengantar STU231/4: Asas-Asas SKW123/3: Statistik Antropologi dan Psikologi untuk Sains Sosial Sosiologi SKW321/3: Falsafah SKW105/3 : Pengantar Sains Sosial Sains Politik SSW110/3 SSW111/3 SSW112/4 SSW113/3 SSW200/4 SSW211/3 SSW221/4 SSW223/3 SSW224/6 SSW310/3 SSW312/4 SSW313/6 SSW322E/3 SSW352/4 SSW410/4 SSW411E/3 SSW412/6 SSW413E/4
KURSUS TERAS: 70 Unit Pengantar Kerja Sosial Falsafah, Nilai dan Etika Kerja Sosial Kemahiran Asas Kerja Sosial (Makmal) Tingkahlaku Manusia dan Persekitaran Sosial Kaedah Kerja Kes dengan Individu dan Keluarga Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial Kaedah Kerja Kumpulan Undang-Undang Untuk Pekerja Sosial Praktikum I Praktis Kerja Sosial di Sekolah Kaedah Kerja Komuniti Praktikum II Dasar dan Perancangan Sosial Penyelidikan Kerja Sosial Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya Organisasi dan Pentadbiran Khidmat Manusia Praktikum III Seminar Kerja Sosial
SSE373/3 SSE374/3 SSE375/3 SSE384/3 SSE394/3 SSE395/3 SSE461/3 SSE463/3
KURSUS ELEKTIF: 21 Unit (Pilih 7 kursus) Kerja Sosial Perubatan Kerja Sosial dengan Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga Pembangunan dan Pengelolaan Komuniti Kerohanian dan Kerja Sosial Seksualiti Manusia dan Intervensi Kerja Sosial Kerja Sosial dengan Komuniti Terpinggir Kesihatan Komuniti Terapi Keluarga
SSE464/3 STU244/4 SAU324/3 SAU325/3
Praktis Kerja Sosial dengan Warga Tua Tak Normal (silang senarai) Agama dan Hubungan Sosial (silang senarai) Hubungan Etnik dan Rasisme (silang senarai)
44
4.5
Struktur Kurikulum Sarjana Muda Kerja Sosial Sidang Akademik 20112012
Struktur kurikulum Sarjana Muda Kerja Sosial Sidang Akademik 2011/2012 adalah seperti berikut :
Semester 1
1
Semester 2
LKM400 LMT100
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Persediaan
2 2
HTU223 WUS101
Tamadun Islam dan Tamadun Asia Teras Keusahawanan
2 2
SKW110
Pengantar Antropologi dan Sosiologi Pengantar Sains Politik Asas-Asas Psikologi
3
SKW123 SSW110 SSW111 SSW112
Statistik Untuk Sains Sosial Pengantar Kerja Sosial Falsafah, Nilai & Etika Kerja Sosial Kemahiran Asas Kerja Sosial (Makmal) Tingkahlaku Manusia dan Persekitaran Undang-Undang untuk Pekerja Sosial Praktikum I
3 3 3 4
Kerja Sosial dengan Kanak-Kanak, Remaja & Keluarga Agama dan Hubungan Sosial (silang senarai)
3
SKW105 STU231
3 4
SSW113 LSP300
Bahasa Inggeris Akademik
2
SSW223
SHE101 SSW200
Hubungan Etnik Kaedah Kerja Kes dengan Individu dan Keluarga Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial Kaedah Kerja Kumpulan
2 4
Pilih 1
3
SSE374
4
SAU324
2 SSW211 SSW221
SSW224
Semester 1
SKW321 SSW310 SSW312 SSW313 3
3 3 4 6
LSP401 SSW322E SSW352
Pembangunan dan Pengelolaan Komuniti Hubungan Etnik dan Rasisme (silang senarai) Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya Organisasi dan Pentadbiran Khidmat Manusia Praktikum III
3
SSE384
3
SSE395
SSE373
Kerja Sosial Perubatan
3
STU244
SSE464
Praktis Kerja Sosial dengan Warga Tua
3
SSE394
Seksualiti Manusia dan Intervensi Kerja Sosial
3
Pilih 1
SAU325 SSW 410 SSW411E SSW412 4
3 6
3
Semester 2
Falsafah Sains Sosial Praktis Kerja Sosial di Sekolah Kaedah Kerja Komuniti Praktikum II
SSE375
3
Bahasa Inggeris Am Dasar dan Perancangan Sosial Penyelidikan Kerja Sosial
2 3 4
Kerohanian dan Kerja Sosial
3
Pilih 1
4
Kerja Sosial dengan Komuniti Terpinggir Ko-Kurikulum / Opsyen
3
SSW413E
3 1-2
Seminar Kerja Sosial
4
4
SSE461
PsikologiTak Normal (silang senarai) Kesihatan Komuniti
SSE463
Terapi Keluarga
3
6
Pilih 2
Pilih 2
45
3
4.6
Syarat-Syarat dan Keperluan Am
Syarat utama untuk pelajar Kerja Sosial adalah seperti berikut: a)
Pelajar-pelajar Kerja Sosial tidak perlu minor.
b)
Pelajar-pelajar yang dipilih melalui pengambilan khas daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dikehendaki mematuhi semua keperluan program dan universiti.
c)
Semua kursus praktikum adalah wajib. Prasyarat untuk Praktikum I, II dan III ialah kursus SSW112 Kemahiran Asas Kerja Sosial (Makmal). Praktikum I dijalankan semasa semester 4 berjalan. Praktikum II pula dijalankan semasa cuti antara semester 4 dan 5. Praktikum III dijalankan semasa cuti panjang antara tahun 3 dan tahun 4. Pelajar wajib lulus Praktikum I sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya.
d)
4.7
Kursus-kursus daripada kurikulum Program Sarjana Muda Kerja Sosial tidak boleh diganti kecuali dengan kelulusan Bahagian.
Latihan Praktikum
Komponen Praktikum merupakan komponen teras penting dalam bidang Kerja Sosial. Praktikum adalah proses interaksi terbimbing di antara pelajar dan situasi kehidupan yang sebenar. Situasi tersebut melibatkan isu-isu yang memerlukan tindakan sosial bagi membolehkan pembangunan manusia dan persekitaran. Oleh itu praktikum merupakan latihan amali yang bersifat pengajaran-pembelajaran. Latihan praktikum adalah komponen utama dalam disiplin kerja sosial yang disyaratkan oleh badan antarabangsa iaitu International Association of Schools of Social Work (IASSW). Struktur praktikum yang ditawarkan dalam programIjazah Sarjana Muda Kerja Sosial, USM adalah mengikut panduan piawaian IASSW yang telah diterima secara sejagat. Objektif Praktikum ialah: a)
Menawarkan pengalaman pembelajaran yang khusus dengan bimbingan penyelia/pengajar demi perkembangan profesional dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap;
b)
Membentuk sikap yang dapat membantu perkembangan diri profesional, meningkatkan kesedaran tentang limitasi dan keupayaan pelajar serta menghargai diri sendiri;
46
c)
Menolong pelajar mengecam dan memahami situasi sosial yang memerlukan intervensi profesional;
d)
Membolehkan pelajar melaksanakan rancangan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi.
intervensi
berdasarkan
Struktur Praktikum dalam Rancangan Di bawah program ini, pelajar dikehendaki mengikuti latihan amali wajib yang dijalankan sebanyak tiga (3) siri Praktikum, yang setiap satu latihan praktikum membawa jumlah 6 kredit pembelajaran. Ketiga-tiga siri ini memperkenalkan kepada pelajar beberapa kemahiran dalam kaedah dan teknik praktik kerja sosial. Pelajar juga diselia dan berpeluang untuk mengaitkan pengetahuan teoritis dan praktis dengan lebih kritis dalam keadaan yang sebenarnya. Penyeliaan tersebut juga mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh IASSW secara sejagat. Praktikum I & Praktikum II (Semasa) : Dua hari seminggu, selama empat-belas minggu diperuntukkan untuk latihan amali dan pelajar diwajibkan menulis rakaman harian (proses rekording intervensi) pada tempoh tersebut serta laporan akhir selepaspenamatan praktikum. Penyeliaan oleh tenagapengajar adalah wajib dan dijalankan sekaliseminggu secara individu bagitiap-tiap pelajar. Pelajar juga akan diselia oleh penyelia agensi yang mempunyai pengalaman bekerja sekurangkurangnya tiga (3) tahun dan sebaiknya di kalangan mereka yangberkelayakan dalam bidang kerja sosial. Pelajar terlibat dalam pelbagai latihan kemahiran yang diperlukan dalam proses menolong di agensi-agensi perkhidmatan sosial dan komuniti di mana mereka akan ditempatkan dalam tempoh 14 minggu tersebut, selama 8 jam sehari. Pelajar akan mendapat pendedahan kepada dasar perancangan, pentadbiran dan pelaksanaan perkhidmatan. Tumpuan jugadiberi kepada perkembangan diri dari segi peribadi dan profesional. Jumlah latihan praktikum I dan II adalah sebanyak 448 jam : Praktikum I - 224jam dan Praktikum II – 224 jam). Praktikum III (Blok): Pelajar akan ditempatkan dikomuniti tertentu untuk menjalankan intervensi kerja sosial secara berterusan selama lapan (8) minggu, selama 60 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad. Pelajar perlu bersama komuniti selama 8 jam sehari. Tempoh menjalankan Praktikum III ini adalah semasa cuti panjang antara tahun ketiga dan keempat. Jumlah yang perlu dikumpul untuklatihan Praktikum III ini adalah sebanyak 480jam. Pelajar diwajibkan tinggal dalam komuniti yang terpilih dan melaksanakan perkhidmatan sebagai pekerja komuniti berlandaskan teori-teori kerja komuniti yang telah dipelajari. Pelajar perlu menulis rekod kerja harian, laporan separuh penggal, laporan akhir dan menghadiri sesi viva. Penyeliaan oleh tenaga pengajar adalah wajib dan dijalankan dua kali
47
di sepanjang tempoh latihan. Pelajar juga akan diselia oleh penyelia agensi yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan sebaiknya di kalangan mereka yang berkelayakan dalam bidang kerja sosial. Latihan praktikum ini akan memberi peluang kepada pelajar mengapplikasi teori yang dipelajari kepada situasi realiti. Jumlah keseluruhan jam untuk ketiga-tiga latihan praktikum adalah sebanyak 928 jam. Jumlah ini adalah mengikut panduan IASSW yang memerlukan latihan praktikum di peringkat Ijazah Sarjana Muda di antara 900 – 1000 jam.
4.8
Sinopsis Kursus – Kursus Wajib
SSW110/3 - Pengantar Kerja Sosial
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada ide kesejahteraan sosial dan kebajikan sebagai suatu bidang ilmu. Ia mengkaji orientasi kesejahteraan sosial dan kebajikan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Selain daripada itu ia meneliti nilai-nilai yang berhubung dengan pengukuhan kesejahteraan sosial dan kebajikan antara rakyat dan pemerintah. Perbincangan mengenai kepentingan kewujudan suatu profesyen kerja sosial disebalik ide kesejahteraan sosial juga akan ditekankan. Pelajar-pelajar dijangka akan mempunyai kefahaman mengenai kepentingan pengajian kesejahteraan sosial dan kebajikan sebagai bidang ilmu dan praktis; mereka akan mampu menilai isu-isu sosial dari perspektif pemasalahan dan penyelesaian serta memahami dengan jelas asas pengetahuan profesyen kerja sosial. Pelajar dikehendaki mempunyai kesedaran tentang kemampuan, peranan dan tanggungjawab kerja sosial di dalam pembangunan dan perkembangan masyarakat.
SSW 111/3 - Falsafah, Nilai dan Etika Kerja Sosial
Kursus ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih mendalam asas nilai, dan penentuan masyarakat terhadap pembentukan nilai. Persoalan nilai peribadi, masyarakat setempat dan negara serta penyesuaian dengan nilai dan etika profesion akan ditinjau. Melalui kursus ini diharapkan pelajar dapat mencerminkan nilai profesion yang unggul dalam sikap dan perlaksanaan kerja bersama dengan pegangan etika.
SSW112/4 – Kemahiran Asas Kerja Sosial (Makmal)
Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar-pelajar beberapa kemahiran praktik kerja sosial. Umumnya, tumpuan dibuat untuk mempelajari kemahiran khusus bekerja dengan orang perseorangan dalam konteks situasi-situasi hidup yang memerlukan pembangunan diri dan penyelesaian masalah. Pengajaran dijalankan di dalam keadaan yang menyatukan pembelajaran mengenai ilmu dan kemahiran. Pendidikan secara berpenyertaan di dalam suasana makmal membolehkan pelajar mempraktikkan
48
kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kelas. Penyertaan pelajar-pelajar di dalam beberapa permainan rol, permainan-permainan tertentu dan latihan simulasi dalam makmal boleh mengupayakan pelajar-pelajar mula mencuba mengaplikasikan ilmu yang perlu di dalam praktik kerja kemasyarakatan.
SSW113/3 - Tingkahlaku Manusia dan Persekitaran Sosial
Kursus ini bertujuan untuk meninjau pembangunan dan perlakuan manusia dalam perspektif yang komprehensif dan mengambilkira sosiobudaya dan ekologi tempatan. Kursus akan mengaitkan kepentingan ilmu ini dengan perlaksanaan praktis kerja sosial.
SSW200/4 – Kaedah Kerja Kes dengan Individu dan Keluarga
Kursus ini mer upakan kursus asas dalam komponen praktik kerja sosial generik dan akan menyediakan pelajar supaya mempunyai “beginning professional level of proficiency”. Kursus ini akan (i) mendedahkan pelajar kepada beberapa keadaan, isu-isu dan teori berkait dengan praktik/amalan kerja sosial dengan individu dan keluarga dalam situasi yang memerlukan pembangunan diri dan penyelesaian masalah; (ii) memberi penekanan kepada nilai dan etika yang menjadi prinsip asas perkhidmatan kerja sosial serta beberapa teknik yang membekalkan perkhidmatan yang selaras dengan keperluan bidang kerja sosial. Pelajar akan didedahkan kepada proses menolong, pengurusan, penilaian dan terminasi dalam bekerja dengan individu dan keluarga.
SSW211/3 - Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial
Kursus ini bertujuan untuk meninjau dengan mendalam aspek-aspek konsepsi dalam falsafah, ilmu, nilai dan kemahiran kerja sosial. Tumpuan akan diberi ke atas kedudukan teori mengenai praktis dalam keadaan semasa yang menunjukkan kepelbagaian (diversity) dengan tema penyeragaman yang konsisten. Asas utama teori praktik kerja sosial adalah bagi memahami realiti kompleks yang menyelubungi manusia dalam situasi-situasinya. Kursus ini juga akan menyentuh teori-teori utama yang kerap digunakan dalam disiplin kerja sosial.
SSW221/4 - Kaedah Kerja Kumpulan
Kursus ini dibentuk untuk membantu pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan asas dan teori-teori kerja kumpulan sebagai satu kaedah intervensi. Tumpuan akan diberi kepada pengertian falsafah asas, nilai dan prinsip pembentukan kumpulan sebagai satu cara membangunkan ahli-ahli; kepada proses pembentukan, perkembangan dan dinamikdinamik kumpulan, kegunaan kumpulan-kumpulan dan proses-proses yang terlibat dalam pembentukan, pengekalan dan penamatan. Perhatian turut diberikan kepada isu-isu
49
identiti peribadi yang muncul dari dinamik kumpulan dan kaitannya dengan sistem di sekeliling.
SSW223/3 - Undang-Undang Untuk Pekerja Sosial
Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar pengetahuan mengenai undang-undang dan kesedaran mengenai implikasinya, kepakaran dari segi aplikasinya dan bila perlu, kebolehan untuk berkomunikasi dengan para peguam dan hakim yang menjadi keperluan asasi untuk sesiapa yang bekerja dengan jabatan kerja sosial ataupun organisasi yang terlibat dalam perkhidmatan sosial. Di akhir kursus ini pelajar dijangka akan memperolehi pengetahuan asas mengenai peraturan-peraturan dan rangka undang-undang yang menyentuh perkara-perkara penting dalam bidang kerja sosial. Pelajar juga akan didedahkan kepada peranan pekerja sosial di Mahkamah.
SW224/6 - Praktikum I
Kursus ini merupakan siri pertama latihan amali bagi pelajar-pelajar yang mengkhusus dalam Rancangan Kerja Sosial dan diwajibkan bagi semua pelajar yang mengambil program ini. Pelajar ditempatkan di agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk memberi peluang kepada mereka mengenali perkhidmatan sosial tempatan dari aspek (i) Dasar perancangan, pentadbiran dan pelaksanaan perkhidmatan. Tumpuan akan diberi kepada kerja dengan individu dan keluarga, (ii) Perkembangan diri dari segi peribadi profesional. Pada masa yang sama, pelajar dikehendaki menggunakan/mengapplikasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan kaedah-kaedah kerja sosial yang telah dipelajari. Latihan amali ini juga merupakan pendedahan awal ke tahap ikhtisas. Dalam tempoh 14 minggu pelajar dibimbing untuk mengaitkan pengalaman teoritis dan praktis dengan lebih kritis dalam keadaan yang sebenarnya. Pelajar berpeluang memperkuatkan lagi perkembangan diri peribadi dan profesional.
SSW310/3 – Praktis Kerja Sosial di Sekolah
Kursus ini akan membincangkan interaksi antara institusi sekolah, keluarga dan masyarakat serta pengaruhnya kepada golongan pelajar/ remaja. Golongan pelajar selakuremaja perlu melalui tahap perkembangan dan keperluan tertentu dan seringkali terkait dengan masalahmasalah sosial tertentu. Isu-isu semasa berkaitan pelajar di sekolah akan dikupas dan dibincangkan dengan mendalam. Model-model, jenis-jenis perkhidmatan dan kemahiran kerja sosial sekolah turut ditekankan bagi membolehkan pelajar mempelajari corak intervensi yang berkesan apabila bekerja dengangolongan remaja di sekolah.
50
SSW312/4 - Kaedah Kerja Komuniti
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar pelbagai bentuk dan pendekatan kerja komuniti. Selain daripada prinsip-prinsip amalan dan kemahiran yang diperlukan, kursus ini juga akan membincangkan tentang keperluan rangka analitis dan teoritis untuk amalan kerja komuniti. Walaupun bidang ini menitikberatkan amalan, ia juga akan memerlukan penganalisaan sosial dan pemahaman tentang struktur sosial dan hubungan sosiopolitik yang ada di sebalik amalan kerja komuniti yang bertujuan untuk memanfaatkan golongan atau masyarakat yang miskin dan yang tertindas. Isu-isu dan dilema yang dihadapi oleh pekerja komuniti juga diberi perhatian.
SSW313/6 - Praktikum II
Siri kedua kerja luar ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang meluas dan mendalam dalam kerja kelompok / kumpulan. Selain itu, pelajar berkesempatan dengan bimbingan pengajar, menilai (a) perkembangan diri peribadi dan diri profesional, (b) kemahiran dalam pengendalian perkhidmatan sosial, dan (c) pengalaman teoritis dalam keadaan sebenarnya. Kerja luar ini akan dijalankan selama lapan (8) minggu semasa cuti panjang akhir tahun kedua. Pelajar dikehendaki menulis rakaman kerja harian dan wajib menulis Laporan Kemajuan Separuh Penggal dan Laporan Akhir.
SSW322E/3 - Dasar dan Perancangan Sosial
Kursus ini bertujuan untuk memberi pelajar rangka teoritis dan konsepsi dalam memahami dasar dan perancangan sosial. Kursus ini akan meninjau isu-isu dan masalah sosial; perancangan sebagai satu proses yang kompleks yang membawa perubahan; pembentukan dan perkembangan dasar sosial, keutamaan negara dan kebajikan masyarakat; dan isu-isu berkait dengan perlaksanaan dan penilaian dasar sosial. Kursus ini juga akan membincangkan pendekatan-pendekatan, isu-isu dan masalah-masalah yang berkaitan dengan proses perancangan sosial serta kontroversi di sekitar perancangan konvensional dan perancangan berpenyertaan.
SSW352/4 - Penyelidikan Kerja Sosial
Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan penyelidikan dalam sains sosial, khasnya dalam bidang kerja sosial. Pelajar akan diberi satu kefahaman bahawa penyelidikan tidak sahaja perlu tetapi merupakan bahagian yang melengkapkan amalan kerja sosial dan perkembangan ilmu kerja sosial. Persamaan metodologi penyelidikan dan metodologi kerja sosial akan dihuraikan. Tumpuan kursus ini ialah ke atas metodologi dan kaedah penyelidikan alternatif yang lebih sesuai dalam amalan kerja kemasyarakatan. Latihan amali termasuk persediaan cadangan penyelidikan dan perjalanan penyelidikan yang relevan dalam bidang kerja sosial juga diperkenalkan.
51
SSW410/4 – Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya
Setiap seorang dari kita adalah warga dunia ini. Sama ada kita menerima atau tidak, masalah-masalah serta halatuju kita menjadi semakin berhubungkait. Pekerja sosial berpeluang memainkan pelbagai peranan dalam budaya global ini menggunakan kemahiran dan nilai-nilai penyayang dan pemerkasaan. Pekerja sosial terlibat dalam pelbagai aktiviti penting di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara aktiviti yang diceburi pekerja sosial adalah kaunseling dan bantuan kepada pelarian-pelarian; pemudahcaraan program anak angkat antarabangsa; menyediakan bantuan bencana semasa krisis; mengembangkan, menguruskan dan sumber manusia di peringkat antarabangsa bersama agensi seperti Pertubuhan Bulan Sabit Merah / Palang Merah; HIV/AIDS dan, meneliti isu-isu antarabangsa dengan penumpuan terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat dan mengatasi isu ketidakadilan sejagat. Kursus ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar untuk kerja sosial di peringkat antarabangsa dan / atau transnasional di negara-negara yang melibatkan pendatang asing, pelajar asing, program anak angkat antarabangsa dan sebagainya. Kursus ini juga relevan untuk pelajar-pelajar kerja sosial antarabangsa yang ingin mempraktikkan prinsip-prinsip kerja sosial di negara mereka masing-masing.
SSW411E/3 – Organisasi dan Pentadbiran Khidmat Manusia
Kursus ini membantu bakal-bakal pekerja sosial dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan sesebuah pertubuhan atau organisasi khidmat manusia. Penekanan dibuat ke atas bagaimana sesuatu perancangan strategik itu dibuat, kaedah-kaedah pemasaran, kualiti perkhidmatan dan peranan ahli-ahli lembaga dalam organisasi khidmat manusia.
SSW412/6 - Praktikum III
Kursus ini merupakan kursus wajib. Sebagai kesinambungan terakhir, kursus ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam satu-satu komuniti. Kursus ini dibentuk untuk pelajar memahami komuniti secara dekat dan menyelami idea perubahan komuniti dan pembangunan sosial secara meluas.
SSW413E/4 - Seminar Kerja Sosial
Kursus ni akan meliputi semua kaedah-kaedah kerja sosial yang telah dibincang di sepanjang pembelajaran pelajar. Pemahaman lebih mendalam dan kritis mengenai pelbagai kaedah kerja sosial akan dibincangkan sebagai kaedah unitari dalam praktis kerja sosial. Ia juga akan meninjau dengan kritis praktik-praktik kerja sosial yang dilaksanakan dalam masyarakat Malaysia pada masa sekarang serta isu-isu yang wujud
52
dalam masyarakat. Pelajar dijangka dapat mengaplikasi pengetahuan kerja sosial, dan berupaya menyelesaikan isu-isu di pelbagai peringkat dalam bentuk kerja sosial seminar.
4.9
Sinopsis Kursus-Kursus Elektif
SSE373/3 - Kerja SosialPerubatan
Kursus ini akan merangkumi aspek pengetahuan teori dan analisa praktis. Bahagian pengetahuan teori akan menyentuh konteks kerja sosial dalam bidang kesihatan, pembentukan, kepentingan serta fungsinya juga akan diperjelaskan. Bahagian seterusnya akan meneliti keperluan biopsikososial pengguna khidmat kesihatan dan seterusnya melihat isu status kesihatan dan penyakit sebagai isu asas kesejahteraan sosial. Untuk komponen penganalisaan praktis, kursus ini akan meneliti kesan kesihatan dan intervensi penjagaan kesihatan. Ia juga akan menilai corak perkhidmatan antara disiplin dan kesannya ke atas praktis kerja sosial kesihatan dan sekaligus meneliti etika praktis kerja sosial kesihatan.
SSE374/3 – Kerja Sosial dengan Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga
Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada ilmu pengetahuan dan amalan kerja sosial berkaitan kebajikan kanak-kanak, remaja dan keluarga. Isu, masalah dan kesejahteraan kekeluargaan dari perspektif intervensi kerja sosial yang bersesuaian akan dikaji. Pemahaman tentang konsep asas, nilai, rangka teoritis dan sejarah serta pelbagai pendekatan dalam amalan kerja sosial kekeluargaan akan ditumpukan. Lawatan pengajian dan kerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kebajikan keluarga dan kanak-kanak akan diwujudkan bagi membolehkan pelajar memahami dengan lebih mendalam dalam pengembangan amalan kerja sosial dengan kanak-kanak, remaja dan sistem kekeluargaan.
SSE375/3 – Pembangunan dan Pengelolaan Komuniti
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan penglibatan dengan golongan yang berkeperluan dan yang dipinggirkan dalam masyarakat. Penekanan dibuat mengenai unsur-unsur memperkasakan komuniti agar boleh menggalakkan kesedaran hak dan tanggungjawab kendiri, secara individu mahupun kolektif. Dengan kesedaran yang dibangkitkan dapat membantu komuniti mengenalpasti dan membentuk khidmat-khidmat berpusat kepada kehendak komuniti.
53
SSE384/3 – Kerohanian dan Kerja Sosial
Kursus ini bertujuan menunjukkan bahawa kerohanian dan kepercayaan agama adalah merupakan aspek asas kehidupan manusia dan pengamal kerja sosial seharusnya berkemampuan untuk berkecimpung dalam dimensi tersebut. Tumpuan terhadap dimensi kerohanian juga adalah satu petanda bahawa gerakan untuk beredar daripada paradigma modernis kerja sosial yang selama ini telah melihat dimensi kerohanian dan keagamaan dalam kerja sosial sebagai sesuatu yang bersifat sampingan sahaja. Diskusi tentang agama-agama mainstream akan ditumpukan dalam kursus ini. Ianya diikuti dengan melihat ciri-ciri kerohanian yang ada dalam setiap agama tersebut. Dengan pendedahan kepada kepelbagaian tersebut, kursus dapat memberi beberapa alternatif kaedah penyelesaian masalah kepada pelajar-pejar. Hipotesis alternatif perlu diketengahkan dalam diskusi akademik tentang permasalahan manusia dan cara mengatasinya.
SSW394/3 – Seksualiti Manusia dan Intervensi Kerja Sosial
Pelajar kerja sosial harus diperkasakan dengan pengetahuan yang berkaitan dengan seksualiti manusia terutama sekali apabila dunia sekarang sedang berhadapan dengan masalah HIV/AIDS dan juga penyakit-penyakit kelamin yang lain. Pekerja sosial sebagai agen pengubah (change agents) perlu bersedia untuk berhadapan dengan individu dan kumpulan yang mungkin mempunyai masalah yang berkaitan dengan isu-isu seksualiti manusia. Pekerja sosial sepatutnya mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan cara yang lebih yang lebih berkesan apabila membincangkan seksualiti manusia. Hanya dengan pengetahuan dan nilai-nilai yang murni tentang seksualiti manusia barulah pekerja sosial boleh memberi intervensi kerja sosial yang berkesan kepada kliennya.
SSE395/3 - Kerja Sosial dengan Komuniti Terpinggir
Kursus ini membenarkan pelajar memahami corak praktis kerja sosial yang tepat apabila bekerja dengan golongan komuniti terpinggir. Golongan sasar ini akan melibatkan mereka yang terdiri daripada golongan yang tertindas, masyarakat orang Asli, imigran, pelarian, golongan transeksual dan sebagainya. Penumpuan kepada kumpulan sasar ini dilihat penting bagi melatih pelajar kerja sosial memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan apabila bekerja dengan golongan ini.
SSE461/3 - Kesihatan Komuniti
Kursus ini meninjau kesihatan dari perspektif sosial dan pendidikan. Penekanan diberikan kepada kefahaman kesihatan asas dalam bentuk kesihatan awam dan meneliti kepentingan kesedaran kesihatan serta tindakanadvokasi ke atasnya. Kursus ini turut meneliti hubungan
54
sumber-sumber dalam penjagaan kesihatan dan bagaimana ia dilaksanakan dalam masyarakat. Pelajar akan dibawa meneliti persoalan kesihatansebagai aspek kesejahteraan dan kaitannya dengan kerja sosial.
SSE463/3 - Terapi Keluarga
Kursus pengenalan ini akan memberi tumpuan kepada kemahiran bekerja dengan keluarga. Isu-isu kekeluargaan akan dikupas dan dibincangkan dengan mendalam. Teori-teori berkaitan kaunseling kekeluargaan akan dibincang dan dipraktiskan dalam proses pembelajaran.
SSE464/3 - Praktis Kerja Sosial dengan Warga Tua
Kursus ini akan menfokus kepada isu-isuyang dihadapi olehgolongan warga tua. Kaedah intervensi kerja sosial dengan golongan ini akan dikupas dengan mendalam bagi membolehkan pelajar memahami cara untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan apabila bekerja dengan golongan ini.
STU244/4 – Psikologi Tak Normal
Kursus ini bertujuan memperkenalkan bidang psikologi taknormal. Ia akan membincangkan tentang apa itu tingkahlaku taknormal. Teori-teori psikologi taknormal akan dibentangkan berdasarkan DSM IV TR. Kursus ini juga akan menekankan kepada kaitan antara psikologi dan psikiatri.
SAU324/3 - Agama dan Hubungan Sosial
Kursus ini menghubungkait hubungan sosial dalam agama menerusi kegiatan kehidupan seharian; untuk memberikanpelajar satupengenalan kepada fenomena agama dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Fokus utama adalah ke atas definisi agama, kepentingan upacara dan institusi. Sumbangan agama dalam melentur perilaku seseorang individu akan dilihat melalui peranan yang dimainkan dalam proses sosialisasi, peranan dalam memberikan makna ke atas komuniti; dalam mencari titik penyelesaian sewaktu wujud konflik sosial dan peranan dalam mempromosi dan menyesuaikan diri dengan perubahan sosial. SAU325/3 - Hubungan Etnik dan Rasisme
Kursus ini akan membincangkan mengenai perhubungan keetnikan dan ras serta kepentingan hubungan tersebut dalam menghalusi perpaduan, integrasi dan keharmonian di Malaysia. Bahagian pertama kursus ini akan melihat kepada konsep, pendekatan dan teori yang digunakan untuk memahami hubungan etnik dan rasisme. Bahagian kedua pula akan
55
mengupas faktor kekuatan dan kerapuhan hubungan antara etnik serta mekanisme yang boleh digunakan untuk mengatasinya yang berbeza-beza mengikut kes kajian yang dibincangkan dalam konteks Malaysia.
56
BAB 5 MAKLUMAT LAIN PUSAT PENGAJIAN
5.1
Sistem Penasihatan Akademik
Untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pengajian pelajar, setiap pelajar diberikan seorang Penasihat Akademik dari kalangan pensyarah Pusat Pengajian. Pelajar Tahun Pertama pada Semester I dibahagikan secara umum, manakala mulai Semester II, mereka diberikan seorang penasihat mengikut bidang pengkhususan mereka. Tugas Penasihat Akademik ialah untuk memberi nasihat tentang pendaftaran kursuskursus sewaktu pendaftaran bagi tiap-tiap semester dan membereskan perkara-perkara yang berkaitan dengan proses pembelajaran. Selain dari itu, Penasihat Akademik perlu membantu pelajar dalam menyelesaikan apa juga masalah yang boleh menjejaskan prestasi pelajar serta membuat rujukan ke bahagian-bahagian yang tertentu sekiranya masalah pelajar memerlukan intervensi dari pihak-pihak lain. Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dasar dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar (termasuk soal-soal biasiswa, latihan industri, cuti dan sistem penasihatan akademik).
5.2
Jawatankuasa Pensyarah – Pelajar
Hubungan pensyarah-pelajar disalurkan melalui Jawatankuasa Pensyarah-Pelajar. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan di Pusat Pengajian bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pensyarah dan pelajar bagi membincangkan masalah bersama. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) dan diwakili oleh pengerusi-pengerusi rancangan dan wakil-wakil pelajar Tahun I dan pelajar-pelajar dari semua bidang pengkhususan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Jawatankuasa ini bertindak sebagai mekanisme maklum balas daripada para pelajar dalam hal-hal akademik, pengajaran dan pembelajaran, kebajikan, aktiviti bukan akademik, kemudahan yang disediakan dan lain-lain. Dari perbincangan dua-hala ini diharapkan sebarang kerumitan dan salah anggap dapat dihindarkan.
5.3
Hadiah Pingat Emas, Hadiah Buku, Hadiah Kepujian dan Anugerah Sijil Dekan
Hadiah-hadiah pingat emas dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam segala lapangan. Selain daripada hadiah-hadiah umum ini, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan juga boleh memenangi hadiah pingat emas dan hadiah buku yang
57
diberikan kepada pelajar yang terbaik keseluruhannya dan mengikut pengkhususan. Pelajar-pelajar cemerlang Tahun 1 dan 2 dalam satu Sidang Akademik akan dicalonkan ke pihak HEPP untuk anugerah Pelajar Terbaik Sidang Akademik berkenaan. Hadiahhadiah kepujian ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan juga merupakan satu galakan kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguhsungguh bagi mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Butir-butir lanjut mengenai hadiah-hadiah ini adalah seperti berikut. Hadiah Pingat Emas USM untuk Ijazah Sarjana Muda
[i]
Hadiah Pingat Emas Canselor
Dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda yang terbaik dalam segala lapangan. [ii]
Anugerah Pelajaran DiRaja Majlis Raja-Raja Malaysia
Dihadiahkan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan dianugerahkan kepada seorang pelajar Melayu dan seorang pelajar bukan Melayu Ijazah Sarjana Muda yang terbaik dalam segala lapangan. [iii]
Hadiah Pingat Emas Pelajar Wanita Terbaik
Dihadiahkan oleh Persatuan Wanita USM dan diberi kepada pelajar wanita terbaik dalam segala lapangan. Hadiah Pingat Emas USM untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan
[i]
Hadiah Pingat Emas USM Bagi Peringatan Puan Seri Haseenah Abdoolcader
Diberi kepada pelajar tahun akhir yang terbaik bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan – dihadiahkan oleh Tan Sri Dato’ Seri Eusoffe Abdoolcader. Hadiah Pingat Emas USM Bagi Bidang Pengajian
[i]
Hadiah Pingat Emas USM Kelab Rotary Pulau Pinang
Diberi kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam bidang Ekonomi dihadiahkan oleh Kelab Rotary Pulau Pinang.
58
[ii]
Hadiah Pingat Emas USM Peringatan Puan Bishen Kaur
Diberi kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Pembangunan Hadiah Buku USM Bagi Bidang Pengajian
[i]
Hadiah Buku USM untuk pelajar tahun akhir yang terbaik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang mengkhusus dalam bidang Ekonomi - dihadiahkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia (Wilayah Utara).
[ii]
Hadiah Buku USM untuk pelajar tahun akhir yang terbaik dalam bidang Kerja Sosial dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - dihadiahkan oleh Dato’ K. Ponnampalam untuk Peringatan Suseeladevi a/p Ponnampalam.
[iii]
Hadiah Buku USM untuk pelajar tahun akhir yang terbaik dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - dihadiahkan oleh Tetuan Presgrave dan Matthews.
Hadiah Kepujian
Hadiah Kepujian dalam bentuk wang tunai sebanyak RM500 dan sijil diberikan oleh USM kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam satu Sidang Akademik. Pelajar-pelajar cemerlang Tahun 1 dan 2 dalam satu Sidang Akademik akan dicalonkan ke pihak HEPP untuk anugerah Pelajar Terbaik Sidang Akademik berkenaan. Anugerah Sijil Dekan
Pelajar-pelajar yang mencapai PNG 3.5 ke atas bagi minimum 14 unit kursus yang didaftarkan akan dianugerahkan Sijil Dekan bagi semester berkenaan.
5.4
Skim Belajar ke Luar Negara
Universiti Sains Malaysia menawarkan Skim Belajar Ke Luar Negara kepada pelajarpelajar Tahun 1 dan 2 yang berminat untuk mengikuti pengajian selama satu semester di universiti luar negara. Skim ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pengalaman di peringkat antarabangsa serta membolehkan pemindahan kredit. Maklumat lanjut berhubung perkara ini dapat diperoleh dari Pejabat Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, USM.
59
5.5
Rancangan Ijazah Tinggi (Mod Penyelidikan)
Pusat Pengajian ini menawarkan dua jenis Ijazah Tinggi: Sarjana Sains Kemasyarakatan (M.Soc.Sc.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.). Kedua-dua ijazah ini dikendalikan secara penyelidikan. Kedua-dua jenis Ijazah Tinggi ini boleh diikuti secara penuh masa ataupun secara sambilan. Syarat-syarat am bagi Rancangan Ijazah Tinggi boleh didapati dalam Buku Panduan Rancangan Ijazah Tinggi Universiti. Butir-butir dan syarat-syarat khas bagi Pusat Pengajian ini boleh didapati daripada Pejabat Dekan Pusat Pengajian.
5.6
Sarjana Pentadbiran Awam (SPA)
Program Sarjana Pentadbiran Awam dibentuk untuk mereka yang sedang berkhidmat dalam sektor awam dan yang bercadang berbuat demikian. Ia juga ditujukan kepada mereka yang bertugas di sektor lain yang banyak berurusan dengan sektor awam. Tujuan utama program ini ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam asas, struktur dan fungsi sektor awam dan dalam analisis, pengurusan dan penyelidikan dasar serta untuk mendedahkan mereka kepada perkembangan global dalam teori dan praktis pentadbiran awam yang diperlukan untuk prestasi yang berkesan dalam suasana sekeliling nasional dan antarabangsa yang senantiasa berubah. Rancangan Sarjana Pentabiran Awam ini berbentuk pengajian penuh masa dan sambilan melalui kerja kursus dan mengambil masa 3 semester bagi pengajian penuh masa dan 6 semester bagi pengajian sambilan. Untuk pengijazahan, pelajar perlu mengumpul 44 kredit dari kursuskursus teras dan elektif.
5.7
Sarjana Pengurusan Ekonomi (SPE)
Program Sarjana Pengurusan Ekonomi adalah program unik yang menggabungkan ilmu ekonomi praktik dengan pendekatan yang berorientasikan isu. Ia direkabentuk untuk melatih pengamal ekonomi inovatif. Program ini menawarkan kombinasi teori utama dan kemahiran aplikasi praktik yang diperlukan oleh mereka yang terlibat dalam pengurusan ekonomi dan yang menghadapi pelbagai isu ekonomi. Program ini adalah satu program berstruktur yang menggabungkan kerja kursus dan penyelidikan. Program ini ditawarkan melalui pengajian penuh masa (12 bulan) dan sambilan (24 bulan). Untuk pengijazahan, pelajar perlu mengumpul 40 kredit daripada kursus-kursus teras, elektif dan pilihan.
5.8
Sarjana Kajian Antarabangsa (Kajian Eropah)
Program Sarjana Kajian Antarabangsa (Kajian Eropah) memberi penekanan khusus kepada memahami pembangunan politik dan ekonomi Eropah dalam penggubalan Kesatuan Eropah dan perkembangan seterusnya menggunakan kaedah berbentuk multidisiplin. Program ini memberi penekanan khususnya kepada institusi dan proses pembuatan dasar untuk memahami dan memudahkan interaksi masa depan antara
60
Malaysia dan Eropah. Program ini bertujuan menghasilkan graduat yang memahami teori hubungan antarabangsa tradisi dan dengan pengetahuan yang mendalam dan semasa tentang dasar, institusi dan hal-ehwal Kesatuan Eropah. Penekanan khusus diberi kepada hubungan Kesatuan Eropah dengan negara-negara membanguan, khususnya rantau Asia. Program ini dikhususkan kepada penjawat awam, diplomat, usahawan, penggerak masyarakat sivil, dan individu yang berminat tentang Kesatuan Eropah. Program ini berbentuk sepenuh masa, yang mana tempoh pengajiannya adalah minimum tiga semester (18 bulan) dan maksimum enam semester (36 bulan). Untuk memenuhi keperluan pengijazahan, pelajar perlu mengumpul 44 kredit daripada kursus teras (21 kredit), kursus kaedah penyelidikan (3 kredit) dan disertasi (20 kredit).
5.9
Sarjana Kerja Sosial
Program Sarjana Kerja Sosial menggabungkan ilmu kerja sosial dan latihan lapangan (praktikum). Ia direka bentuk untuk melatih pengamal kerja sosial di peringkat badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Program ini menyediakan pelajar untuk berkhidmat dalam lapangan kerja sosial di tahap mikro (individu dan kumpulan) dan makro (organisasi dan komuniti). Program Sarjana Kerja Sosial ini adalah satu program mod campuran, mengintegrasikan kerja kursus, praktikum dan penyelidikan. Calon dikehendaki mengumpul 44 kredit dengan pecahan seperti berikut: kursus teras teori (12 kredit), kursus pengkhususan (9 kredit), kursus perkaedahan (3 kredit) dan disertasi (20 kredit). Pelajar juga dikehendaki menjalani praktikum selama 600 jam. Rancangan pengajian ini ditawarkan kepada pelajar secara penuh masa dan sambilan. Jangkamasa minimum pengajian secara penuh masa ialah selama 3 semester (18 bulan) dan maksimum ialah 6 semester (36 bulan). Untuk pengajian sambilan, jangkamasa minimum ialah 6 semester (36 bulan) dan maksimum ialah 8 semester (48 bulan).
5.10
Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam
Program Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam ini ditawarkan dengan tujuan melatih dan mendidik calon mengurus pembangunan secara Islam. Ia merupakan program akademik ulung yang mengintegrasikan bidang pengkhususan dan pembangunan berteraskan Islam secara holistik. Program ini bersifat transdisiplin dan boleh diikuti oleh calon-calon daripada pelbagai bidang pengajian, sama ada disiplin sastera, disiplin sains atau pun daripada bidang Pengajian Islam. Jangkamasa minimum pengajian ialah 3 semester (18 bulan) dan maksimum ialah 6 semester (36 bulan). Syarat pengijazahan ialah calon perlu mengumpul 40 kredit yang terdiri daripada 4 kursus wajib (16 kredit), 1 kursus elektif (4 kredit) dan disertasi (20 kredit).
61
5.11
Sarjana Sains Kemasyarakatan (Kajian Asia)
Program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Kajian Asia) dirangka khusus untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan transformasi dan pembangunan ekonomi di rantau Asia. Program ini memberi perhatian khusus kepada transformasi Asia melalui pendekatan multi-disiplin. Selain daripada memberikan asas yang kukuh dalam kajian antarabangsa yang tradisional, program ini akan berfokus kepada analisis dasar, institusi dan proses yang menjana transformasi Asia. Ia merupakan pengajian sepenuh masa, mod campuran. Jangkamasa pengajian ialah 3 semester (18 bulan). Calon dikehendaki mengumpul sejumlah 44 kredit yang terdiri daripada 2 kursus wajib (6 kredit), 5 kursus elektif yang berfokuskan Asia (15 kredit), kursus kaedah penyelidikan (3 kredit), dan disertasi (20 kredit).
62
BAB 6 KURSUS SAINS SOSIAL
SKW110/3 - Pengantar Antropologi dan Sosiologi
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada asas-asas bidang antropologi dan sosiologi. Sosiologi ialah bidang kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial serta sebab dan akibat sosial tingkahlaku manusia. Ahli sosiologi mengkaji struktur kumpulan, organisasi dan masyarakat, dan melihat bagaimana manusia berinteraksi dalam kontekskonteks tersebut. Antropologi pula ialah kajian tentang kehidupan sosial manusia dan budaya kumpulan kecil. Pendekatan makro dan mikro digunakan dalam mengkaji proses sosial kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan konsep-konsep seperti sosialisasi, interaksi, stratifikasi, peranan dan kawalan sosial. Kursus ini juga mengkaji dinamika komuniti dengan meneliti sumber dan pola perubahan sosial, hubungan manusia dan persekitaran sosial.
SKW105/3 - Pengantar Sains Politik
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas-asas utama Ilmu Politik. Penegasan pengajaran dan pembelajaran kursus ini akan diberikan kepada aspek konsep dan teori serta aplikasinya dalam kehidupan alam nyata. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan para pelajar akan berkebolehan membuat penganalisaan yang wajar kepada isu-isu politik persekitarannya. Diharapkan juga di akhir kursus ini para pelajar akan sentiasa peka kepada persekitaran politik dan berkebolehan untuk menjadi penyumbang aktif dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan politik masyarakatnya. Perkara ini adalah sangat penting kerana kemahiran dalam bidang ilmu politik boleh mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. SKW123/3 - Statistik Untuk Sains Sosial
Kursus ini merupakan kursus yang bersifat pengenalan kepada statistik khusus untuk pelajar sains kemasyarakatan. Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada jenis data yang digunakan dalam analisis statistik dan analisis yang bersesuaian dengan data-data tersebut. Kursus ini membantu persembahan data. Kursus ini akan memperkenalkan statistik deskriptif dan inferential. Kursus ini memperkenalkan analisis bersifat univariat dan bivariat kepada pelajar. STU231/4 - Asas-Asas Psikologi
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan bidang psikologi. Ia akan membincangkan teori teori psikologi secara menyeluruh. Penyelidikan terkini dalam bidang psikologi juga akan turut dibincangkan. Antara topik-topik utama ialah ingatan, proses kognitif,
63
kecerdasan dan emosi. Kaitan bagaimana teori teori utama ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan dan kerjaya seseorang akan ditekankan. Pelajar yang mengikuti kursus akan dapat memahami teori-teori utama psikologi dan melihat kaitannya dengan kehidupan dan kerjaya mereka. Kursus ini juga menyiapkan pelajar untuk berhadapan dengan kursus-kursus lanjutan dalam bidang ini.
SKW321/3 - Falsafah Sains Sosial
Pengajian Sains Sosial merupakan suatu bidang ilmu yang sangat luas dan subjektif. Bagi memastikan ia difahami secara tepat dan mendasar, kursus ini bertujuan memperkenalkan falsafah bagi pengajian sains sosial. Falsafah ini merangkumi pengertian konsep ilmu pengetahuan dan sifat-sifatnya termasuk persoalan dan keperluan melihat kajian sains sosial sebagai suatu yang menyeluruh. Ia juga akan mengupas bagaimana falsafah sains sosial memberi kesan kepada kaedah penyelidikan dan kajian lapangan. Salah satu konsep asas yang akan diperkenalkan adalah kelestarian ilmu dalam konteks sains sosial. Kursus ini juga akan akan melihat implikasi ideal kajian sains sosial dalam melihat kejadian semasa.
64
Indeks Kursus
Kerja Sosial dengan Komuniti Terpinggir, 44, 45, 54 Kerja Sosial Perubatan, 44, 45, 53 Kesihatan Komuniti, 44, 45, 54 Organisasi dan Pentadbiran Khidmat Manusia, 44, 45, 52 Pembangunan dan Pengelolaan Komuniti, 44, 45, 53 Undang-Undang Untuk Pekerja Sosial, 44, 45, 50 Tingkahlaku Manusia dan Persekitaran Sosial, 44, 45, 50 Terapi Keluarga, 44, 45, 55 Teori-Teori dalam Praktis Kerja Sosial, 44, 45, 49 Statistik untuk Sains Sosial, 44, 45, 63 Seminar Kerja Sosial, 44, 45, 52 Seksualiti Manusia dan Intervensi Kerja Sosial, 44, 54 Psikologi Tak Normal, 55 Agama dan Hubungan Sosial, 44, 45, 55 Asas-Asas Psikologi, 45, 63 Dasar dan Perancangan Sosial, 44, 45, 51 Falsafah Nilai dan Etika Kerja Sosial, 44, 45, 48, Falsafah Sains Sosial, 44, 45, 64 Hubungan Etnik dan Rasisme, 44, 45, 55 Kaedah Kerja Kes dengan Individu dan Keluarga, 45, 49 Kaedah Kerja Komuniti, 44, 45, 51 Kaedah Kerja Kumpulan, 44, 45, 49 Kemahiran Asas Kerja Sosial (Makmal), 44, 45, 46, 48 Kerja Sosial Antarabangsa dan Silang Budaya, 44, 45, 52 Kerja Sosial dengan Kanak-Kanak
Remaja dan Keluarga, 44, 45, 53 Kerohanian dan Kerja Sosial, 44, 45, 54 Praktis Kerja Sosial di Sekolah, 44, 45, 50 Praktis Kerja Sosial dengan Warga Tua, 44, 45, 50 Praktikum III, 44, 45, 46, 47, 52 Praktikum II, 44, 45, 46, 47, 51 Praktikum I, 44, 45, 46, 47, 50 Penyelidikan Kerja Sosial, 44, 45, 51 Pengantar Sains Politik, 45, 63 Pengantar Kerja Sosial, 44, 45, 48 Pengantar Antropologi dan Sosiologi, 45, 63