20
1.0 Pengenalan
Warga pekerja merupakan penggerak utama dalam memastikan keutuhan ekonomi sesebuah negara. Setiap tahun, terdapat peningkatan dalam bilangan warga kerja. Bagi memastikan pekerja dapat berfungsi dengan cemerlang, keselamatan dan kesihatan pekerja perlu diutamakan di setiap tempat kerja, samada di sektor pembuatan, pembangunan, pertanian, perlombongan, perikanan atau pun perkhidmatan. Kemalangan di kalangan pekerja mendatangkan implikasi serius seperti kehilangan nyawa dan kecacatan yang menelan kos yang tinggi. Oleh itu, kerajaan berwawasan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja melalui aktiviti-aktiviti program promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, program latihan dan penguatkuasaan akta-akta serta peraturan-peraturan berkaitan.
Media Massa saban hari memaparkan berita kemalangan dan tragedi yang melibatkan kecederaan, kerugian harta benda atau wang ringgit serta kematian, berlaku di rumah, tempat kerja, di tempat awam dan sebagainya. Antara punca kemalangan-kemalangan ini berlaku adalah kecuaian manusia, kegagalan mematuhi peraturan, kegagalan fungsi sesuatu peralatan atau perkakasan, sikap sambil lewa terhadap langkah atau keselamatan dan pengawasan atau kemalangan yang memang sengaja dirancang.
Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan dan peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan
kesihatan. Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.0 Definisi Industrial Safety
Secara amnya keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah dilindungi oleh undang-undang. Justeru itu majikan khususnya pihak pengurusan tertinggi bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan kepada pekerja mereka. Pekerja pula bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri dan orang lain yang terlibat dalam pekerjaan mereka. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan, pekerja dikehendaki berbincang dengan majikan atau wakil majikan agar ianya dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan setiap pihak dilindungi.
Bagi mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja, beberapa faktor telah dikenalpasti, iaitu:
i. Komunikasi dua hala yang berkesan antara majikan dan pekerja akan mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.
ii. Pihak yang terlibat dalam aktiviti kerja (majikan, pekerja dan lain-lain) lazimnya merupakan pihak terbaik untuk memutuskan tindakan yang spesifik bagi memastikan tempat kerja selamat.
iii. Perlunya satu sistem pengurusan risiko yang sistematik bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
Komitmen negara kita dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dicerminkan melalui enakmen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), penubuhan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), dan penubuhan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).
Kemalangan industri di tempat kerja terus menjadi kebimbangan besar kepada kita semua. Seperti yang diusahakan ke arah Wawasan 2020, aktiviti-aktiviti industri dan ekonomi yang kian meningkat tidak dapat dielakkan. Aktiviti dalam sektor perkilangan, pertanian dan sektor perkhidmatan juga akan meningkat. Pelbagai bahaya yang dihadapi setiap hari oleh berjuta-juta pekerja di seluruh negara. Pekerja-pekerja inilah yang ingin kita lindungi. Pekerja perlu dilindungi dari aspek hak mereka untuk persekitaran pekerjaan yang sihat supaya mereka tidak akan terdedah kepada bahaya pengendalian bahan kimia, peralatan yang rosak, pendedahan bahaya yang berpanjangan dan lain-lain.
Bagi pekerja-pekerja di Malaysia, mereka bernasib baik kerana mempunyai rangka kerja perundangan yang kukuh untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan oleh pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Perlu ada kerjasama dan usaha oleh industri untuk memulakan prosedur dan melaksanakan sistem ke arah pematuhan OSHA. NIOSH membantu industri ke arah pematuhan dari segi menyediakan perkhidmatan seperti penilaian risiko kesihatan kimia (CHRA) serta kimia, perubatan dan pemantauan kesihatan. Dari segi pentadbiran dan pengurusan pihak majikan perlu menyediakan khidmat nasihat mengenai Keselamatan dan Sistem Pengurusan Kesihatan, Pembangunan dan Manual Prosedur, Audit Keselamatan, Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko, Kecemasan atau Pengurusan Krisis dan sebagainya.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menjelaskan bahawa pekerja turut rtanggungjawab dalam memberi perhatian yang munasabah bagi memelihara keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa bekerja. Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda. Oleh itu beberapa perkara penting perlu diberi penekanan adalah :
A. Kemalangan Di Tempat Kerja
Meliputi kemalangan yang:
1. Berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan iaitu kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan di tempat kerja yang berpunca dari pekerjaan.
2. Berpunca daripada perjalanan ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari, dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan dan berkaitan dengan pekerjaan.
B. Hazard
Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau esihatan. Hazard boleh dibahagikan kepada:
i. Hazard kimia – Pelarut, asid, alkali, gas, dan lain-lain.
ii. Hazard fizikal – Elektrik, haba, bunyi bising, radiasi, debu/habuk, dan lain-
lain.
iii. Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat, parasit, serangga pembawa penyakit, haiwan berbisa, dan lain-lain.
iv. Hazard ergonomik – Stesyen kerja yang tidak sesuai dengan pekerja, pengendalian manual, postur kekok (awkward posture), kerja berulang, dan lain-lain.
v. Hazard psikososial – Kerja syif, tekanan di tempat kerja, penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual, keganasan, dan lain-lain.
C. Risiko
Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan. Kebelakangan ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen yang berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama akta tersebut ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia.
Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat, pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi.
3.0 Definisi General Safety Regulation
Kebanyakkan kita menghabiskan masa di tempat kerja di mana kita akan terdedah kepada pelbagai punca bahaya. Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibatkan kemalangan dan penyakit yang berkaitan yang boleh memberi kemudaratan kepada diri dan keluarga dari segi sosial dan kewangan.
Setiap orang perlu menjaga dan peka dengan tahap keselamatan diri masing-masing. Seseorang itu perlu memahami dan mempunyai sedikit ilmu sekurang-kurangnya tentang keselamatan bagi menangani kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut kemanusiaan dan moral, perundangan dan kewangan.
Tangungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja dengan bahaya tersebut (pekerja) dan mereka yang mengujudkan bahaya tersebut (majikan).
Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka manusialah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard tersebut. Dengan demikian faktor manusia memainkan peranan yang sangat penting di dalam sesuatu kemalangan pekerjaan.
Beberapa punca kemalangan berpunca dari kelemahan manusia itu sendiri; seperti:
i. Sikap mementingkan diri
ii. Fokus yang salah
iii. Meremehkan akibat kemalangan
iv. Cuai
v. Tidak mementingkan keselamatan diri, peralatan dan tempat kerja
vi. Bekerja tanpa perancangan
4.0 Definisi Occupational Safety and Health (OSH)
Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) adalah satu dokumen perundangan lengkap yang digazetkan oleh Parlimen Malaysia pada 25 February 1994. Occupational Safety and Health Act (OSHA) diwujudkan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja. Akta ini telah berasaskan pada konsep peraturan diri pekerja dengan tujuan memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang mempunyai risiko.
Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) mengandungi 67 seksyen, dibahagikan pada 15 bahagian dan 3 Schedule. Tiga Bahagian utama pada awal Akta Occupational Safety and Health Act 1994 menyatakan tentang akta dan menyediakan infrastruktur kaedah pelantikan pegawai-pegawai dan Majlis Kebangsaan. Bahagian IV berkaitan dengan tugas-tugas am majikan, pekerja sendiri, pereka, pekilang, pembekal dan pekerja lain-lain.
Prinsip yang terkandung dalam akta Occupational Safety and Health Act 1994 adalah "To make further provision for securing that safety, health and welfare of persons at work, for protecting others against risks to safety or health in connection with the activities of persons at work, to establish the National Council for Occupational Safety and Health and for matters connected therewith."
5.0 Senarai Empat Personal Safety Rules Menurut OSHA
5.1. Pekerja perlu memberi perhatian yang munasabah bagi menjaga keselamatan dirinya dan orang lain semasa bekerja.
5.2. Pekerja perlu bekerjasama serta mematuhi arahan majikan atau orangorang
lain yang berkaitan.
5.3. Pekerja perlu menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindunganyang sesuai dengan tugas yang dijalankan. Contoh; memakai apron ketika melakukan kerja ketukangan kayu, tidak memakai baju lengan panjang atau lengan baju yang panjang hendaklah dilipat hingga ke siku ketika melakukan kerja-kerja melibatkan penggunaan mesin.
5.4. Memakai kasut bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya digalakkan. Bagi kerja-kerja mengangkat barangan, kasut tahan hentakan adalah dicadangkan.
5.5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh guru, penyelia atau papan-papan tanda dan bertanya sekiranya anda kurang jelas mengenainya.
5.6. Jangan makan, minum, bermain dan bergurau-senda sewaktu bekerja atau ketika berada di tempat kerja/bengkel.
6.0 Senarai Empat Workshop and Environment Safety Rules Menurut OSHA
6.1. Sediakan polisi atau dasar kesihatan dan keselamatan untuk organisasi anda.
6.2. Memberikan latihan dan pendidikan tentang amalan cara kerja yang selamat.
6.3. Pastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas.
6.4. Pastikan tempat laluan tidak terhalang. Jika perlu tandakan garisan kuning untuk menandakan laluan kecemasan.
6.5. Pastikan tahap pencahayaan yang mencukupi.
6.6. Paparkan tanda-tanda keselamatan di mana perlu, seperti JANGAN MEROKOK, LALUAN KECEMASAN dan sebagainya.
6.7. Sediakan kemudahan tandas, tempat cuci, tempat persalinan pakaian, tempat rehat dan sebagainya.
6.8. Sediakan peti kecemasan yang diisi dengan keperluan perubatan yang diperlukan.
7.0 Senarai Lima Tools and Equipment Safety Rules Menurut OSHA
7.1. Jangan menggunakan sesuatu alat atau perkakasan tanpa mengetahui cara yang betul menggunakannya.
7.2. Jangan menggunakan alat atau perkakasan tanpa kebenaran guru atau penyelia.
7.3. Peralatan dan perkakasan kerja mestilah disimpan di tempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari apabila diperlukan terutama ketika waktu kecemasan.
7.4. Gunakan penutup muka atau hidung di tempat kerja yang memerlukannya.
7.5. Tentukan alat atau perkakasan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Uji terlebih dahulu jika diragu keselamatannya.
8.0 Senarai Dua The Importance of OSH Menurut Akta 1994
8.1. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
8.2. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang -orang yang sedang bekerja).
8.3. Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
8.4. Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan- peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta.
8.5. Kepentingan Occupational Safety and Health merangkumi aspek kemanusiaan dan moral pekerja-pekerja, perundangan dan juga kewangan.
9.0 Senarai Lima Basic Principles of OSH for Workers Rights, OSH Policies, Information, Promotion and Education
Dalam merangka polisi dan prosedur yang jelas tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, majikan hendaklah berunding dengan pihak-pihak seperti pemegang amanah harta (stakeholder), kesatuan sekerja, wakil pekerja, anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, pegawai keselamatan dan kesihatan serta wakil majikan. Polisi ini hendaklah menggariskan tanggungjawab majikan dan pekerja. Ia hendaklah mencerminkan sifat dan keperluan tempat kerja itu sendiri dalam menangani isu-isu berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerja serta orang lain yang terlibat di dalam tempat kerja tersebut.
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 jelas menyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja. Contoh polisi tersebut adalah seperti:
9.1. Semua organisasi yang mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja mesti memiliki satu polisi keselamatan dan kesihatan bertulis yang dipamerkan dengan jelas di dalam syarikat.
9.2. Polisi keselamatan perlu ditandatangani oleh ketua eksekutif dan catitkan tarikhnya.
9.3. Sebaik sahaja polisi dipersetujui, semua pekerja mesti dimaklumkan. Salinan polisi patut diberi kepada setiap pekerja dan mereka mesti perakui secara bertulis, bahawa mereka telah terima satu salinan, faham dengan polisi tersebut dan setuju melaksanakannya dengan seberapa baik yang mungkin. Perakuan ini akan disimpan dalam fail rekod peribadi pekerja. Perkerja yang baru kerja dengan organisasi juga akan diberi satu salinan polisi semasa program induksi.
9.4. Polisi keselamatan tidak perlu dikemaskinikan atau diubah selalu. Selagi organisasi masih menjalankan jenis perniagaan yang sama, polisi tidak perlu berubah.
9.5 Majikan khususnya pengurusan tertinggi syarikat mempunyai kuasa dan pengaruh serta bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan persekitarannya.
9.6. Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang merupakan pernyataan bertulis mengenai dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, (pelan, kaedah, latihan, dan sebagainya) langkah-angkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
9.7. Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan secara selamat.
9.8. Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan dari masa ke Semasa.
9.9. Peranan pekerja dalam pencegahan kemalangan adalah sama penting dengan majikan. Tanpa kerjasama serta sokongan pekerja, segala langkah keselamatan atau peraturan yang ditetapkan tidak akan dapat dipraktikkan. Untuk mencapai timbal balas tanggungjawab tersebut, kerjasama yang baik antara majikan dan pekerja amat diperlukan.
9.10. Pekerja juga bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
9.11. Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang merupakan pernyataan bertulis mengenai dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, (pelan, kaedah, latihan, dan sebagainya) langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
9.12. Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.
9.13. Penyertaan pekerja dalam isu keselamatan dan kesihatan akan membawa kepada budaya yang mengutamakan keselamatan di tempat kerja. Secara amnya Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) ini menyediakan satu garis panduan bagi setiap pengusaha industri.
9.14. Polisi hendaklah disampaikan dan dipaparkan kepada semua pihak yang berkenaan dengan bahasa yang mudah dan jelas.
9.15. Polisi sentiasa disemak dan dikemaskini sejajar dengan keadaan dan perubahan semasa.
9.16. Polisi hendaklah selalu disemak, dikemaskini dan ditandatangani oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat apabila terdapat pertukaran pada pucuk pimpinan.
9.17. Pemeriksaan keselamatan biasanya dijalankan tiga bulan sekali, dan hasil pemeriksaan dikemukakan ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan. Audit keselamatan, yang mungkin melibatkan seorang juruaudit luar yang dibayar, sepatutnya dilakukan setiap tahun sekiranya organisasi di dalam industri merbahaya.
9.18. Pemeriksaan keselamatan akan lihat kepada kerja-kerja dan keadaan yang tidak selamat. Satu senarai semak boleh disediakan sebagai panduan kepada ahli jawatankuasa yang melakukan pemeriksaan.
9.19. Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan.
9.20. Sebahagian pekerja anda mungkin perlukan kelengkapan keselamatan (juga dipanggil sebagai kelengkapan pelindung diri (KPD). Dapatkan kelengkapan keselamatan berkualiti terbaik yang anda mampu. Pastikan bahawa kelengkapan tersebut sesuai dengan fungsi-fungsinya – melindungi pekerja anda daripada kecederaan.
9.21. Menguatkuasa Peraturan Memakai Kelengkapan Keselamatan.
9.22. Sekiranya kemalangan berlaku, tidak kira kecil atau besar, ia mesti disiasat. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan mesti diberi kuasa melantik satu jawatankuasa penyiasat khas setiap kali ada kemalangan. Penyiasatan mesti dimulakan tanpa penangguhan sebelum maklumat penting hilang. Penyiasatan ke atas suatu kemalangan boleh dijalankan oleh satu kumpulan terdiri daripada:
1. Pengerusi jawatankuasa keselamatan
2. Pegawai bertanggungjawab ke atas keselamatan di tempat kerja
3. Satu atau dua orang ahli jawatankuasa keselamatan
10.0 Dua Promotion and Education the Principle of OSH
Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994), majikan wajib mengambil segala langkah yang praktik bagi menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerja. Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat dan suasana kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja. Antara tanggungjawab majikan berkenaan Program Informasi, Pendidikan dan Latihan termasuklah:
10.1. Majikan hendaklah menyediakan program informasi, latihan dan pendidikan berhubung dengan keselamatan dan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan kepada pekerja mereka dengan hasrat dapat meningkatkan kesedaran terhadap sebarang bentuk bahaya dan risiko semasa bekerja. Maklumat dan pendidikan sedemikian hendaklah menjadi sebahagian utama daripada program pembangunan dan induksi pekerja serta disampaikan kepada semua pekerja. Sebagai sumber maklumat bagi majikan dan pekerja untuk meningkatkan pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan amnya serta aspek pencegahan kemalangan khususnya.
Sebagai garis panduan bagi majikan untuk merancang dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi dalam usaha mencegah kemalangan. Sebagai salah satu sumber maklumat bagi organisasi untuk menjalankan aktiviti promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mencegah kemalangan di tempat kerja dan di jalan raya.
10.2. Menganjur ceramah dan latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan. Tanggung jawab untuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat tidak hanya terletak di tangan pihak pengurusan syarikat. Semua pekerja sama-sama bertanggung jawab untuk memastikan tempat kerja berada dalam keadaan selamat.
10.3. Latihan merupakan bahagian integral dari Keselamatan & Kesihatan (Keselamatan dan Kesihatan Kerja). Latihan membolehkan pengurus, penyelia dan pekerja untuk memahami cara kerja sistem pengurusan keselamatan dan pematuhan undang-undang yang diperlukan. Mereka kemudian akan memahami tanggung jawab mereka sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masing-masing.
10.4. Setiap pekerja harus diberitahukan untuk peringatan dan pengajaran asas keselamatan dan bahaya apapun yang berkaitan dengan tugas-tugas tertentu atau kegiatan. Fokus utama dari program latihan adalah untuk melindungi pekerja daripada bahaya yang berkaitan dengan persekitaran kerja mereka. Apapun kaedah, latihan berpotensi akan mengakibatkan penurunan kemalangan kerja dan akhirnya penurunan kos operasi.
10.5. Menjalankan kerja-kerja promosi dan galakan seperti kempen dan menganjurkan pameran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan.
10.6. Mengumpul dan menyediakan maklumat serta bahan-bahan berkaitan keselamatan dan kesihatan untuk rujukan, pinjaman dan sebaran.
11.0 Act 1994 menurut International Labour Organization / Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP)
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.
Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas b ahagian iaitu Pe rmulaan (Preliminary), Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH), Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am Pekerja (General Duties of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri (Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan (Appeals), Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous).
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) adalah akta yang digubal bagi tujuan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja. Akta ini juga bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan orang lain yang berada di tempat kerja selain daripada mereka yang menjalankan aktiviti kerja. Antara tujuan lain Akta ini adalah untuk menggalakkan suatu persekitaran tempat kerja yang bersesuaian dengan keperluan fisiologi dan psikologi para pekerja. Akta ini juga berfungsi bagi mengekalkan atau memperbaiki piawaian keselamatan dan kesihatan. Ruang lingkup akta ini termasuklah mereka yang bekerja dan menerima gaji atau dibayar oleh sesuatu pihak yang dipanggil majikan. Ia juga meliputi pekerja dari syarikat lain yang diberi kontrak oleh syarikat.
Skop akta ini antara lain adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor yang dirangkumi akta ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam jadual pertama di bawah seksyen 1(2) iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air dan perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.
Majikan juga tertakluk kepada kod amalan ini di mana kewajipan am majikan atau orang yang bekerja sendiri terkandung dalam Seksyen 15 (Kewajipan Am Majikan dan Orang yang Bekerja Sendiri) manakala bagi kewajipan am pekerja pula termaktub dalam Seksyen 24 (Kewajipan Am Pekerja yang Sedang Bekerja)
Di Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)/Department of Occupational Safety and Health (DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggung jawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di sektor kerajaan dan swasta. Jabatan ini bertanggungjawab memantau,menilai Peraturan-peraturan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) 1994 seperti berikut:
11.1 Peraturan-peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) merangkumi:
i. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan (Pengecualian) 1995.
ii. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996.
iii. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
iv. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, pembungkusan dan Pelabelan bahan kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 1997.
v. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997
vi. Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997
vii. Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
11.2. Garis panduan berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994:
Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dimantapkan dengan adanya Garis Panduan (Guidelines) bagi membantu pihak majikan dan pekerja melaksanakannya secara berkesan. Antara Garis Panduan/Guidelines yang disediakan adalah :
i. Guidelines for Public Safety and Health at Construction Site- 1994
ii. Guidelines on Occupational Safety and Health in the Office - 1996
iii. Guidelines on First-Aid Facilities in the Workplace – 1996
iv. Guidelines on Method of Sampling and Analysis for Airborne Lead – April 1997
v. Guidelines for the Formulation of a Chemical Safety Datasheet – Dec 1997
vi. Guidelines for the Classification of Hazardous Chemicals - Dec 1997
vii. Guidelines for Labeling of Hazardous Chemicals –Dec 1997
viii. Guidelines on Occupational Safety and Health in Tunnel Construction – Dec 1997
ix. Guidelines for the Preparation of a Chemical Register – Sept 2000
x. Guidelines on Trenching for Construction Safety –Sept 2000
xi. Guidelines for the Registration of Assessors, Hygiene Technician and Occupational Health Doctor – Dec 2000
xii. Assessment of the Health Arising from Use of Hazardous Chemical in the Workplace (2nd Edition) – Dec 2000
xiii. Guidelines on the Control of Chemicals Hazardous to Health – August 2001
xiv. Guidelines on Medical Surveillance – October 2001
xv. Garispanduan Penyediaan Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat (Am) – 2001
xvi. Garispanduan Penyediaan Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat (Penstoran Gas Petroleum Cecair Di Dalam Silinder) – 2001
xvii. Panduan Bagi Pencegahan Tekanan Dan Keganasan Di Tempat Kerja – Oktober 2001
xviii. Guidelines on Monitoring of Airbone Contaminant For Chemicals Hazardous To Health – November 2002
xix. Guidelines on Occupational Safety and Health for Standing at Work – Sept 2002
xx. Guidelines on Reproductive Health Policy & Programmes at the Workplace –December 2002
xxi. Guidelines on Occupational Safety and Health in Agriculture – October 2002
xxii. Guidelines on Occupational Vibration - July 2003
xxiii. Guidelines on Occupational Safety and Health for Seating at Work – October 2003
xxiv. Guidelines on Occupational Safety and Health In Fishing and Agriculture Operation – 2003
xxv. Guidelines on Gender Issues In Occupational Safety and Health – 2003
xxvi. Guidelines on Occupational Safety and Health for Working with Video Display Unit (VDU's)- June 2003
11.3. Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (Department of Safety and Health), Majlis Negara (National Council), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National Institute of Safety and Health). Di antara fungsi-fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan adalah menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjalankan kerja galakan dan promosi, mengkaji perundangan sedia ada, memberi khidmat nasihat dan kepakaran, menjadi sekretariat kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
11.4. Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri Sumber Manusia pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Majlis Negara ditubuhkan bertujuan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan untuk menjadikan semua tempat kerja di Malaysia selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia, yang mana pelaksanaannya adalah berlandaskan kepada proses tripatisme.
Di antara fungsi-fungsi Majlis Negara adalah membincangkan, mengkaji dan menyiasat melalui proses tripatisme dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia, berhubung dengan perkara-perkara yang selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di semua sektor industri dan, tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dalam hal-hal berkenaan:-
i.
Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
ii.
Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
iii.
Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
iv.
Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
v.
Penganalisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan;
vi.
Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
vii.
Penggalakan Pembangunan dan penerimaan melaui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
viii.
Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.Ahli MNKKP adalah terdiri daripada tidak kurang daripada dua belas (12) orang dan tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Keanggotaan adalah terdiri daripada:-
i.
tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili majikan
ii.
tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja
iii.
tiga (3) orang atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
iv.
tiga (3) orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang wanita daripada organisasi atau badan professional yang aktiviti anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan yang pada pendapat Menteri Sumber Manusia boleh menyumbang kepada MNKKP
12.0 Senarai dua the Importance of Corporate Responsibility Menurut OSHA 1994
Antara Kepentingan Tanggungjawab Koperat menurut OSHA 1994 adalah seperti berikut :
12.1. Untuk menggalakkan perundingan dan kerjasama diantara pihak pengurusan dan pekerja untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
12.2. Untuk menyediakan komunikasi 2 hala dalam pengembangan dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
12.3. Untuk menggalakkan minat dan kesedaran semua kumpulan pengurusan dan
pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan.
12.4. Meningkatkan tanggungjawab majikan terhadap pekerja yang kelainan upaya (disable people).
12.5. Menyediakan hak kepada pekerja-pekerja dari aspek kesihatan dan keselamatan.
12.6. Memberi pembelaan yang sewajarnya sekiranya pekerja menghadapi kemalangan di tempat kerja.
13.0 Kesimpulan
Walaupun pelbagai usaha telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh JKKP dan NIOSH dalam memastikan pematuhan berterusan kepada undang-undang, syarikat-syarikat tidak boleh bergantung semata-mata kepada JKKP untuk menguatkuasakan undang-undang dan NIOSH untuk memberi latihan, perundingan dan perkhidmatan maklumat. Usaha ini perlu mendapat sokongan oleh komitmen syarikat individu dengan matlamat keseluruhan ke arah pelaksanaan penuh sistem pengurusan OSH.
NIOSH percaya akan persiapan tempat kerja yang selamat dan sihat bagi pekerja-pekerja bagi memperoleh peningkatan produktiviti bagi syarikat itu dan akhirnya membantu mengurangkan jumlah kemalangan industri dan penyakit di Malaysia. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP/OSHA) diwujudkan bagi melindungi dan memberi hak yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja di Malaysia kususnya dari aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
Akta ini perlu dimanfaatkan oleh semua syarikat atau organisasi di sektor kerajaan dan swasta agar kedua-dua pihak majikan dan pekerja dapat mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Suasana dan persekitaran kerja yang selesa akan memberi kesan yang baik terhadap produktiviti, kos, keselamatan, kepentingan syarikat serta akan mewujudkan hubungan yang baik antara pihak majikan dan pekerja. Apa yang penting adalah penguatkuasaan akta ini perlu diberi penekanan agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri.
Dengan penguatkuasaan AKKP/OSHA, dunia pekerjaan dan perindustrian di Malaysia telah memasuki era baru dengan perhatian yang serius diberikan kepada keselamatan dan kesihatan para pekerja. Kewujudan akta ini yang diperkenalkan kerajaan hingga ke hari ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu menyediakan suasana kerja yang selamat dan sihat bukan sahaja terhadap pekerja tetapi sesiapa sahaja yang berada di tempat kerja.
Rujukan
Ahmad Zainoreen Abdul Jalil, (2006). Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Telekom Malaysia Berhad. Johor: Tesis Universiti Teknologi Malaysia.
Institut Penyelidikan Keselamatan, (2008). Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Untuk Sektor Pengangkutan. Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Occupational Health Division, (2003). Keselamatan di Tempat Kerja: Tips Untuk Majikan dan Pekerja. Putrajaya: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, (2011). Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Zakaria Osman, (2011). Kamus Kejuruteraan Elektrik. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd..
http://www.docstoc.com/docs/103803801/Pengenalan-dan-Sejarah-OSHA-1994, Diakses pada 2 Februari 2014.
http://www.pbu.edu.my/pbuv4/images/files/polisi%20keselamatan%20kesihatan%20pekerjaan.pdf, Diakses pada 2 Februari 2014.
http://search.tb.ask.com/search/GGweb.jhtml?searchfor=Keselamatan%20DI%20Tempat%20Kerja&cb=ZR&p2=^ZR^xpt380^YYA^my&n=77fd797a&qid=26d6fcd5767440c28c05f2b41e34506f&ptb=9B3A9764-D2ED-4985-A8CE-A4A3D553F8DA&ct=PN&si=installldownload&pg=GGweb&ots=1393817259292&pn=4&ss=sub&st=hp&tpr=jrel2, Diakses pada 2 Februari 2014.
http://search.tb.ask.com/search/GGmain.jhtml?searchfor=undang-undang+keselamatan+persekitaran+dan+tempat+kerja+OSHA+1994&p2=^ZR^xpt380^YYA^my&n=77fd797a&ss=sub&st=hp&ptb=9B3A9764-D2ED-4985-A8CE-A4A3D553F8DA&si=installldownload&tpr=sbt&ts=1393817775851, Diakses pada 2 Februari 2014.
http://keselamatandankesihatanpekerja.blogspot.com/2010_07_01_archive.html, Diakses pada 2 Februari 2014.
http://www.mida.gov.my/bm/index.php?page=piaiwaian-perburuhan, Diakses pada 2 Februari 2014.
http://panpages.my/listings/my32854-sts-marketing, Diakses pada 2 Februari 2014.
LAMPIRAN
CONTOH KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Murid Cedera ditimpa Kipas
Kanak-kanak mati di hempap Tiang Gol
Kecederaan akibat kecuaian pekerja
Akibat kecuaian pekerja kehilangan tangan di tempat kerja