SOALAN 2 Huraikan keberkesanan langkah-langkah kerajaan dan masyarakat dalam usaha memelihara perpaduan kaum di negara ini. 1.0 PENGENALAN
Setelah Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, secara rasminya Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang bakal membangun dengan sendirinya tanpa ada campur tangan dari pihak British, khususnya. Selepas pelbagai rundingan dilakukan, Tanah Melayu membuktikan bahawa penduduknya sudah mampu untuk bertahan dan membangun. Pada ketika itu, Asia Tenggara menghadapi satu ancaman besar pasca Perang Dunia Kedua iaitu ancaman komunis yang menular. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Perdan a Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama sedar akan perkara ini dan bimbang akan risiko nya, lantas mengemukakan idea untuk mengadakan satu penggabungan bersama dengan Singapura, Sabah (Borneo Utara), Brunei dan Sarawak. Beliau mengumumkan idea ini di dalam satu majlis makan yang dianjurkan oleh Foreign Correspodents’ Association of South -East Asia di Singapura (Gullick, 1969). Idea ini diterima baik oleh pihak di Borneo Utara dan Sarawak serta mereka berminat untuk menyertai gagasan Malaysia. Setelah Malaysia ditubuhkan, maka bermulalah satu fasa di mana terbentuknya masyarakat baru yang bakal menghadapi cabaran dalam mendapat kesefahaman dalam pelbagai perkara dan usaha untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Hasil daripada peristiwa lampau yang pernah dihadapi oleh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,
negara
Malaysia
perlu
menangani
masalah-masalah
yang
timbul
daripada
kepelbagaian kaum yang wujud bagi mencapai satu cita-cita unggul iaitu pembinaan negara bangsa Malaysia. Oleh itu, kerajaan mahupun masyarakat di Malaysia telah bertungkus lumus untuk memperkenalkan pelbagai alternatif atau medium untuk memastikan wujudnya perpaduan kaum serta cuba menjamin kelansungan keutuhan yang telah lahir daripada usaha tersebut. Setelah 58 tahun merdeka, rakyat di Malaysia mampu menilai sendi ri bahawa adakah usaha yang telah dilakukan selama ini membuahkan hasil atau hanya sekadar rancangan semata-mata. Bagi rakyat Malaysia yang sedar akan perkembangan negaranya, satu persoalan timbul iaitu sejauhmanakah keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan serta masyarakat di Malaysia bagi memastikan keutuhan perpaduan antara kaum di negara ini?
2.0 USAHA YANG TELAH DILAKUKAN 2.1 POLITIK
Berdasarkan lipatan sejarah Malaysia iaitu sebelum terbentuknya negara tercinta ini, pengaruh politik telah memainkan peranan yang besar kerana acuan yang telah disemai oleh pihak British semasa mereka menduduki Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Mereka telah menindoktrinasikan politik di Tanah Melayu dengan ideologi demokrasi dalam politik. Hal ini telah menimbulkan bentuk politik berdasarkan parti. Dengan itu, maka lahirlah beberapa imej politik yang wujud sehingga ke hari ini. Penduduk di Malaysia sudah tidak asing lagi dengan beberapa parti politik yang telah wujud semenjak sebelum terbentuknya Malaysia seperti parti United Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA) serta Malaysian Indian Congress (MIC). Walaupun pada dasarnya parti-parti ini terbentuk dengan cita-cita memperjuangkan kaum masing-masing, tetapi sejarah negara ini telah membuktikan bahawa perpaduan kaum mampu dipupuk melalui kerjasama politik. Pada awalnya, kerjasama politik telah diusahakan oleh Kolonel H.S Lee yang mencadangkan pakatan kerjasama politik antara UMNO dan MCA. Dari cadangan ini maka terbentuklah Perikatan UMNO-MCA. Menurut J.M Gullick (1969), Perikatan ini telah memenangi Pilihan Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dengan kemenangan 9 daripada 12 kerusi. Selepas itu, MIC telah menyertai Perikatan ini dan sama-sama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Daripada penggabungan baru ini, Perikatan telah berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu setelah memenangi satu lagi pilihan raya iaitu Pilihan Raya Persekutuan. Di sini jelas bahawa kemenangan yang telah mereka capai adalah hasil daripada kepercayaan masyarakat ketika itu kepada kerjasama politik yang mampu memberikan manfaat kepada semua. Perikatan terus berjuang daripada sebelum dan juga selepas Malaysia ditubuhkan, akhirnya membentuk satu identiti baru iaitu Barisan Nasional (BN) yang merupakan usaha bagi memperkukuh kerjasama antara etnik dalam parti-parti politik di Malaysia. Di samping itu, terdapat juga satu pakatan lain di Malaysia yang turut menggunakan prinsip politik yang sama iaitu menggunakan kerjasama politik yang berbilang kaum. Kerjasama ini telah membentuk satu pakatan politik baru yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR). Pakatan ini disertai oleh tiga parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam ketiga-tiga parti politik ini turut merangkumi kaumkaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya. Di sini turut membuktikan bahawa walaupun pakatan ini merupakan pakatan pembangkang kerajaan, mereka turut mampu
melakukan kesepaduan kaum dalam berpolitik. Oleh kerana parti politik memainkan peranan yang besar di Malaysia, maka rakyat turut terpengaruh sama dengan perpaduan yang wujud dalam parti politik tersebut. Corak pemerintahan demokratik telah membawa kepada penglibatan secara lansung rakyat ke dalam arena politik Malaysia, justeru membolehkan pengaruh perpaduan politik turut dirasai sama oleh rakyat Malaysia yang menyokongnya. Buktinya jelas apabila rakyat yang berbilang kaum sebulat suara mener ima segala keputusan atau perancangan yang telah dikemukakan oleh parti politik yang disokong oleh masing-masing. Secara hakikatnya, parti politik yang memenangi kuasa untuk memerintah berperanan untuk menggerakkan usaha dalam memajukan negara. Jika dilihat secara mendalam, parti politik yang melakukan pakatan dalam parti ini sebenarnya merupakan satu usaha untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia ini. Justifikasinya adalah apabila keputusan dibuat melibatkan parti yang mewakili suara pelbagai kaum, maka jelas menunjukkan bahawa sesuatu keputusan telah dipersetujui oleh kesemua kaum berdasarkan wakil mereka. Hal ini merupakan satu contoh perpaduan antara kaum. Jika sesuatu parti politik tersebut hanya melibatkan satu suara iaitu suara satu kaum sahaja, maka berlaku ketidak-adilan bagi negara yang berbilang kaum. Akan timbul isu-isu yang membahaskan perkara seperti isu perkauman dan sebagainya. Oleh itu, jelas bahawa pakatan dalam parti politik merupakan satu usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat bagi menjamin kesejahteraan bersama. 2.2 EKONOMI
Selain daripada parti politik, usaha untuk menyatupadukan kaum di negara ini turut melibatkan aspek ekonomi. Salah satu usaha yang dilakukan adalah perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB merupakan satu program pemantapan ekonomi yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein pada tahun 1971. Fokus utama dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Bagi mencapai hasrat ini, DEB telah meletakkan kepentingan untuk mencapai sasaran sosioekonomi selaras dengan perkembangan ekonomi. DEB turut menyatakan dua strategi bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu usaha untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Sejak perlaksanaannya pada tahun 1971, DEB telah membawa Malaysia keluar daripada status kemiskinan yang tinggi pada tahun sebelumnya.
Terdapat faktor menyebabkan DEB dirancang dan menjadi antara usaha terbesar Malaysia untuk memantapkan perpaduan di negara ini. Berdasarkan matlamat utama DEB, jelas menunjukkan bahawa Malaysia pada era sebelum ianya dilaksanakan sedang mengalami bukan sahaja krisis ekonomi di mana peratusan kemiskinan yang tinggi malah turut mengalami masalah perpaduan kaum. Masalah perpaduan kaum ini merupakan satu cabaran besar bagi Malaysia sebagai negara yang baru membangun pada tahun 1960-an. Hal ini kerana kesan yang ditinggalkan oleh pemerintahan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Menurut Zaid Ahmad, et. al. (2013), pihak penjajah telah melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ di mana terbentuknya penempatan yang berasingan berdasarkan kegiatan ekonomi berdasarkan kaum. Pihak penjajah melihat perkara ini sebagai satu perkara yang menguntungkan kerana pergerakan ekonomi berasaskan kaum ini membolehkan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kaum yang sudah biasa di kawasannya mampu melakukan kerja dengan lebih cekap dan teratur. Misalnya, oleh kerana orang Melayu duduk di kampung dan mengusahakan kegiatan pertanian, maka mereka dikekalkan di situ bagi memastikan kestabilan hasil ekonomi berasaskan pertanian. Tambahan pula, mengganggu kegiatan kaum-kaum yang sudah biasa dengan penempatan ini akan menyebabkan kerugian di mana memperkenalkan mereka kepada kegiatan ekonomi lain akan membawa kepada keperluan untuk diberikan latihan, di mana ianya akan memakan kos dan perbelanjaan. Daripada kesan dasar ini, telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi di negara Malaysia sejurus selepas ianya dibentuk. Pelbagai rancangan telah dirancang oleh Malaysia tetapi ianya tidak menyentuh kepada satu isu utama yang menjadi masalah pada ketika itu iaitu isu kemiskinan. Menurut Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (2001), kebanyakan rancangan yang dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) tidak menyentuh lansung tentang isu kemiskinan orang Melayu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai rasional perlaksanaan DEB telah menunjukkan bahawa statistik pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 telah menunjukkan bahawa 67.6 peratus penduduk Melayu telah menjalankan sektor pertanian dan dalam sektor perlombongan pula dipegang oleh kaum Cina dengan peratusan 58.7 peratus. Dar ipada kesulitan ini, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah berlaku. Selepas peristiwa ini, barulah ada kesedaran kepada usaha pemupukan integrasi nasional. Oleh kerana DEB dilaksanakan, segala rancangan ekonomi yang dijalankan sehingga ke hari ini adalah berdasarkan matlamat yang digariskan oleh DEB. Walaupun keperluan pemantapan ekonomi berubah mengikut arus peralihan masa, unsur untuk menyatupadukan kaum tidak dilupakan dalam setiap rancangan ekonomi yang dijalankan. Segalanya adalah untuk memajukan rakyat tanpa mengira kaum dan menstabilkan ekonominya.
2.3 SOSIAL
Dari aspek sosial pula, kerajaan turut melaksanakan beberapa usaha bagi memupuk perpaduan melalui pelbagai rancangan dan dasar baru yang menyentuh aspek seperti pendidikan. Salah satu usaha dari segi pendidikan yang dilakukan adalah melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Daripada laporan ini, dasar pendidikan negara telah dikaji dan dirombak semula bagi memastikan elemen pemupukan perpaduan diselit dalam kurikulum di sekolah. Laporan ini merupakan titik tolak kepada pembentukan kurikulum sekolah yang dilaksanakan di Malaysia yang merangkumi aspek integrasi nasional. Hal ini kerana laporan ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 dan ianya dilakukan berikutan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Salah satu punca perpecahan kaum pada peristiwa berdarah itu adalah berpunca daripada sistem pendidikan yang tidak selaras di mana berbeza kaum mempunyai sistem kurikulum yang berbeza. Hal ini telah menyebabkan sukarnya integrasi kaum dilakukan. Oleh itu, daripada laporan inilah yang menjadi asas kepada bermulanya elemen penyatupaduan melalui pendidikan dijalankan dan dimasukkan ke dalam setiap pelan pendidikan. Jika dilihat pada masa kini, sistem pendidikan Malaysia sememangnya meletakkan nilai perpaduan pada tahap yang tinggi. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 (PPPM), ‘perpaduan’ merupakan salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia. Apa yang dihasratkan adalah sistem pendidikan di Malaysia mampu melakukan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak supaya menghargai kepelbagaian. Berdasarkan hasrat ini, sistem pendidikan di negara ini ingin mencapai tahap di mana kanakkanak yang belajar di sekolah mampu menjaga nilai kepelbagaian atau mencintai hidup dalam kemajmukan masyarakan yang berbilang kaum. Hal ini merupakan satu usaha bagi membentuk negara bangsa Malaysia yang menghasratkan kewujudan bangsa yang mempunyai satu identiti walaupun berbeza latar belakang. Apabila rakyat mampu mengikis rasa dirinya hanya bersama kaumnya sahaja, rakyat akan mampu untuk melihat orang disekeliling mereka sebagai saudara senegara. Dengan ini, perpaduan akan mampu dicapai seterusnya dikukuhkan. Selain itu, enrolmen kanak-kanak ke sekolah juga turut melibatkan kanak-kanak yang pelbagai kaum. Walaupun masih wujud sekolah yang mempunyai aliran seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu beraliran Cina, namun enrolmen murid ke sekolah tersebut masih melibatkan murid-murid bukan berbangsa Cina. Perkara ini adalah untuk memastikan suasana sekolah yang mempunyai interaksi antara kaum yang pelbagai. Misalnya, murid Cina dengan murid Melayu atau murid Cina
dengan guru Melayu dan sebagainya. Melalui interaksi ini, maka perpaduan akan mampu dicapai di mana berlaku usaha untuk memahami antara satu sama lain. Di samping itu, mata pelajaran di sekolah turut diselitkan dengan nilai-nilai sivik dan kewarganegaraan. Pengenalan kepada elemen merentas kurikulum dalam mata pelajaran yang fungsinya bukan untuk pengajaran nilai seperti mata pelajaran bahasa. Menurut Dokumen Standard dan Pentaksiran Kurikulum Bahasa Melayu, penerapan elemen merentas kurikulum adalah bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan. Penerapan elemen termasuklah elemen nilai seperti semangat bermasyarakat. Di sini menunjukkan bahawa dalam sistem pendidikan masa kini, pembelajaran mata pelajaran seperti Bahasa Melayu bukan sahaja memfokuskan sepenuhnya kepada pemantapan kemahiran bahasa semata-mata malah turut menekankan aspek nilai. Perkara ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Apabila rohani telah kukuh dengan nilai-nilai murni, maka aspek sosial seseorang itu akan dipengaruhi olehnya. Misalny a, seorang yang kukuh nilai kemanusiaan seperti sukakan perpaduan semestinya akan menjaga tutur katanya dan tingkah lakunya untuk menjaga hubungan baiknya dengan orang di sekelilingnya. Usaha lain kerajaan melalui pendidikan juga melibatkan peranan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Dalam menerajui era globalisasi yang mengakibatkan dunia tanpa sempadan ini, perpaduan negara dalam ancaman kerana pengaruh negatif dari lu ar mampu mengganggu-gugat perpaduan yang telah dibina. Oleh itu, timbul kesedaran bahawa pentingnya mata pelajaran Sejarah bagi membolehkan murid-murid di sekolah untuk mengenal negara sendiri bagi menimbulkan rasa cinta kepada negara. Dengan rasa cinta ini, individu akan sedaya upaya menjaga keharmonian negara termasuklah perpaduan antara kaum. Dengan ini, pihak kerajaan telah melaksanakan perubahan terhadap mata pelajaran ini. Menurut Datuk Seri Idris Jusoh (2013), keadaan di mana seseorang tidak mengenal sejarah negara akan menyebabkan hilangnya rasa cinta akan negara, seterusnya tidak menghargai keadaan masa kini. Pernyataan mantan Menteri Pendidikan Kedua Malaysia ini sangat jelas menunjukkan bahawa jika seseorang itu tidak kenal akan sejarah negara, maka keberangkaliannya untuk tidak menghargai keharmonian negara akan menjadi lebih ketara. Keharmonian di sini termasuklah perpaduan negara yang telah wujud. Apabila perkara ini berlaku, maka timbullah isu mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin terdahulu atas dasar pemupukan perpaduan dan toleransi antara satu sama lain. Perkara seperti ini perlu dicegah kerana risikonya untuk mengganggu-gugat keharmonian negara amat tinggi apabila terdapat ramai lagi yang
terpengaruh dengan isu sebegini. Oleh itu, wajarlah mata pelajaran Sejarah diangkat menjadi mata pelajaran wajib lulus diperingkat Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan diajdikan mata pelajaran teras diperingkat sekolah rendah. Segalanya atas dasar usaha untuk memupuk perpaduan dan mencapai hasrat yang digariskan dalam PPPM. Selain pendidikan, terdapat juga dasar lain yang menyentuh pembentukan sosial yang sihat di negara ini. Dasar tersebut merupakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini merupakan satu langkah kerajaan untuk dijadikan garis panduan kepada segala penerapan budaya yang relevan bagi usaha memupuk perpaduan antara kaum. Menurut artikel mengenai dasar ini, dasar ini akan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Apa yang dijelaskan disini adalah penerapan budaya dari pelbagai aspek mengikut kaum akan dilakukan bagi membentuk identiti sebuah negara, selaras dengan usaha pembinaan negara bangsa. Apabila wujudnya identiti, maka wujudlah rakyat yang bersatu padu di bawah satu nama bangsa iaitu bangsa Malaysia. Dasar ini berlandaskan tiga prinsip iaitu berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsurunsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Tiga prinsip ini menjadi asas bagi kerajaan untuk berusaha membentuk satu budaya yang akan menjadi identiti negara. Berdasarkan prinsip yang dinyatakan, rakyat perlu faham bahawa usaha ini merupakan satu usaha yang murni bagi menyatu padukan rakyat. Terdapat perkara yang perlu dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan iaitu prinsip Islam sebagai unsur terpenting. Perkara yang dimaksudkan oleh prinsip ini bukanlah ingin mengislamkan tetapi penerapan unsur-unsur bagi membentuk budaya perlu berlandaskan unsur Islam dimana perkara yang bercanggah dengan unsur Islam akan dihindari. Oleh itu, wujudnya prinsip kedua dalam dasar ini yang menjelaskan bahawa unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Perkara ini penting kerana budaya merupakan imej sesuatu bangsa. Oleh kerana Malaysia meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, imej bangsa Malaysia seharusnya mencerminkan unsur-unsur yang diterima oleh Islam dan juga masyarakat di negara sekelilingnya. Apabila masyarakat di Malaysia mampu menerima dasar ini, maka perpaduan akan mampu dipupuk. Oleh itu, pentingnya masyarakat
di
Malaysia
untuk
berpengetahun
agar
tidak
berlaku
kekeliruan
atau
ketidaksefahaman yang akan memecah-belahkan rakyat, seterusnya menggagalkan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan. Dalam dasar ini turut dijelaskan tentang matlamat yang ingin dicapai oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Antaranya adalah memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Pentingnya mempunyai keperibadian yang berasal daripada kebudayaan kebangsaan adalah kerana seseorang itu akan mampu meletakkan rasa cinta dan bangga kepada identitinya sebagai bangsa Malaysia. Sekiranya seseorang itu mencontohi kebudayaan dari negara lain yang mempunyai imej negatif, maka sukar bagi pemupukan perpaduan untuk berlaku kerana individu tersebut akan berselisih faham dengan mereka yang mempunyai kebudayaan kebangsaan. Hal ini kerana imej negatif tersebut sering menyimpang dari nilai norma masyarakat negara ini. Selain itu, dasar ini turut mensasarkan untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan. Oleh kerana dasar ini berasaskan tiga prinsip utama yang dinyatakan tersebut, maka jelaslah ianya mampu meningkatkan kualiti kehidupan di mana budaya yang baik dan wajar diterima sahaja akan digunapakai sepert i budaya kerja yang produktif. 3.0 KEBERKESANAN USAHA YANG TELAH DILAKUKAN
Daripada kesemua usaha yang telah dinyatakan, kesannya boleh disaksikan pada hari ini dan menimbulkan persoalan iaitu adakah berkesan usaha tersebut? Ada diantaranya menunjukkan kesan yang memberansangkan dan ada yang menunjukkan bahawa usaha ini masih perlu dipertingkatkan. Usaha seperti pakatan politik telah menunjukkan bahawa strategi untuk berkongsi kuasa politik memerintah sangat jelas mampu menyatu padukan rakyat. Sekian lama negara ini telah membangun, Barisan Nasional membuktikan bahawa perpaduan dalam berpolitik mampu dilakukan di mana pelbagai rancangan yang telah dilaksanakan adalah hasil daripada persetujuan bersama. Sehingga ke hari ini juga, Barisan Nasional masih mengekalkan pakatan mereka, menunjukkan bahawa pentingnya perpaduan bagi menjamin kelansungan keharmonian negara. Melalui pakatan ini, ianya turut mempengaruhi rakyat yang menyokong perjuangan parti ini. Justeru ini, rakyat turut mengikut jejak langkah parti ini dan mengamalkan sikap bersatu padu bagi menjamin kesejahteraan bersama. Selain itu, usaha dari segi ekonomi turut memberikan hasil. Kesan daripada perlaksanaan DEB, negara ini mampu menstabilkan ekonomi yang tidak lagi dikuasai oleh mana-mana kaum secara khusus. Kesannya jelas bahawa pelbagai kaum menerajui pelbagai sekt or dalam ekonomi masa kini. Menurut senarai individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes, 10 daripadanya melibatkan individu daripada pelbagai kaum seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Syed Mokhtar Albukhary. Perkara ini jelas bahawa rancangan yang telah dijalankan oleh Malaysia berlandaskan DEB sememangnya membuahkan hasil. Oleh kerana semua kaum terlibat dalam sektor ekonomi masa kini, maka jurang perbezaan dari segi pendapatan dan penempatan juga tidak begitu luas. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya
pemupukan perpaduan dalam sektor ekonomi. Hal ini juga kerana pengambilan pekerja masa kini melibatkan individu dari pelbagai kaum, membolehkan mereka berinteraksi dan bersamasama memajukan ekonomi negara. Selain itu, kemiskinan turut berkurangan. Kemiskinan yang merupakan salah satu punca kepada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah mampu dikurangkan melalui DEB. Menurut artikel Unit Perancang Ekonomi, kadar kemiskinan telah berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012. Hasil ini amat memberansangkan di mana kualiti hidup rakyat bertambah dan tiada lagi kesulitan mengenai kualiti hidup yang rendah. Oleh kerana kualiti hidup yang meningkat ini, maka tiada berlakunya ketidakseimbangan di mana semua kaum mampu untuk memiliki aset. Di samping itu, sistem pendidikan turut menunjukkan kesan yang baik terhadap usaha dalam memupuk perpaduan di negara ini. Jika masa dahulu sekolah hanya hanya menempatkan murid mengikut kaum dan kurikulum yang tidak selaras, masa kini telah wujud integrasi nasional di mana murid-murid berbeza kaum boleh ditempatkan dalam sekolah yang sama. Penubuhan sekolah kebangsaan dan lain-lain telah membuktikan bahawa murid-murid di sekolah mampu belajar bersama-sama dan berusaha bersama-sama untuk memupuk perpaduan. Toleransi juga wujud di sekolah di mana tiada bantahan terhadap mempelajari mata pelajaran Sejarah yang mengandungi topik-topik yang bersifat Islamik. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid di sekolah sedar bahawa kepentingan memahami topik ini dan perkaitannya dengan negara kerana ianya merupakan warisan negara. Toleransi ini turut menunjukkan bahawa rakyat di negara ini sudah mampu sedikit sebanyak faham akan kepentingan menjaga sensitiviti antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian negara. Justeru itu, perpaduan dikekalkan melalui tindakan ini kerana semua pihak ingin berusaha bersama-sama menjaga keamanan tersebut dengan bersatu padu, menjaga sensitiviti antara satu sama lain dan mampu bertolak ansur. Pendek kata, segala usaha kerajaan jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah mampu membiasakan diri untuk hidup bersama, kerja bersama dan berhibur bersama. Dalam sektor politik, sememangnya akan dianggotai oleh pelbagai kaum dan mampu berbincang dan duduk semeja untuk membuat keputusan. Dalam sektor pekerjaan, melibatkan pekerja yang berbeza kaum dan agama, bersama-sama berusaha untuk memajukan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam sektor pendidikan, semua murid, guru mahupun staf sokongan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mampu bergerak bersama-sama memastikan masingmasing bersama-sama menjalankan amanah demi cita-cita negara. Daripada penjelasan sebelum ini, dinyatakan bahawa negara ini sememangnya wujud perpaduan hasil daripada usaha kerajaan dan kerjasama masyarakat. Akan tetapi, masih wujud
golongan yang menyebabkan usaha kerajaan ini tampak kurang berhasil. Negara Malaysia pada masa kini tidak 100 peratus aman. Isu perpaduan masih menjadi isu hangat walaupun sudah jelas bahawa rakyat di Malaysia mampu hidup bersama dan sebagainya. Buktinya, adalah isu perpaduan baru-baru ini iaitu melibatkan perhimpunan yang didominasi oleh kaum seperti Himpunan Baju Merah pada 16 September 2015. Perhimpunan ini menjelaskan bahawa mereka berhimpun atas “perpaduan Melayu”. Akan tetapi terdapat mesej -mesej negatif yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara di dalamnya. Menurut Wan Mohd Salman Wan Sallam (2015), beliau mengatakan terdapat mesej-mesej menghasut, seolah-olah ada pihak yang mengganggu kedudukan orang Melayu-Islam untuk mendominasi negara ini. Mesej lain turut berbaur menyalahkan kaum lain atas kelemahan ekonomi dan status sosial. Selain itu, wujud invidiu yang sengaja mencetuskan kemarahan sesetengah kaum di negara ini seperti Alvin Tan yang sering mencetuskan kontroversi menyentuh sensitiviti penduduk Melayu di Malaysia. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya pecah belah di mana bersangka buruk akan menyebabkan kepercayaan seseorang terhadap individu berbangsa yang berbeza dengannya akan terhakis. Misalnya, tindakan Alvin Tan yang merupakan seorang lelaki Cina kemungkinan akan mencetuskan kebencian orang Melayu terhadap bangsa Cina dan sangka buruk orang Melayu di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan orang Cina membenci orang Melayu. Tindakan seperti ini adalah berpunca kepada mereka yang tidak tahu untuk menghargai keamanan yang selama ini dikecapi bersama. Mereka lebih bersifat tertutup dan pentingkan diri sendiri. Hal ini menyebabkan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kesejahteraan melalui pelbagai langkah seperti melalui pendidikan yang telah dinyatakan sebelum ini. 4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat sememangnya telah bertungkus lumus untuk menyatu padukan rakyat yang berbilang bangsa di negara ini. Hasilnya jel as dan mampu dinilai oleh rakyat Malaysia sendiri. Walaupun usaha ini tidak 100 peratus mencapai objektifnya, namun ianya menunjukkan hasil yang memuaskan. Ianya lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Oleh itu, semua pihak perlu sedar akan kepentingan untuk menjaga perpaduan negara bagi menjamin kelansungan keamanan di negara ini dan Malaysia akan kekal merdeka serta mampu maju menjelang tahun 2020.
RUJUKAN 1. Gullick, J.M. (1969). Malaysia. New York: Frederick A. Praeger, Publishers.
2. Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok Fee, … , Nazri Muslim. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3. Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonard Y. (2001). A History Of Malaysia Second Edition. Hampshire: Palgrave Publishers Ltd.
4. Pejabat Perdana Menteri. Dasar Ekonomi Baru. diakses pada 21 Sepetember 2015 dari laman web http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard dan Pentaksiran Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Bernama. (2013). Syarat wajib lulus Sejarah tak bebankan pelajar. diakses pada 21 September 2015 dari laman web http://www.sinarharian.com.my/syarat-wajib-lulus-sejarah-takbebankan-pelajar-1.218034
8. Portal 1 Klik. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. diakses pada 22 September 2015 dari laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/238-dasarkebudayaan-kebangsaan.html.
9. Forbes. Malaysia’s 50 Richest. diakses pada 23 September 2015 dari laman web http://www.forbes.com/malaysia-billionaires/.
10. Wan Mohd Salman Wan Sallam. (2015). Perhimpunan ‘baju merah’: Apa sebenarnya yang Melayu perlu takut?. diakses pada 22 September 2015 dari laman web http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perhimpunan-baju-merah-apa-sebenarnyayang-melayu-perlu-takut-73370.