EPPD2033 PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
SEMESTER 3 2012/2013
TAJUK PROJEK: KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM MUAMALAT ISLAM
DISEDIAKAN OLEH: SYAZA BINTI ABDONASRAH (A139526) NURLIYANA SYAZWANI BINTI KAMARULZAMAN KAMARULZAMAN (A139562) MUHAMMAT HANAPIE BIN ZAMZAMI (A139646) SARAH KAUSAR BINTI ABDUL JALIL (A140699)
DISEDIAKAN UNTUK: DR. NOR LIZA BINTI ABDULLAH
ISI KANDUNGAN BIL 1.
PERKARA
HALAMAN
Pengenalan
i.
Definisi Kaedah Fiqh
1
ii.
Faktor kemunculan ilmu kaedah Fiqh
2
iii.
Sumber pengambilan kaedah Fiqh
2
2.
Kedudukan kaedah Fiqh dalam perundangan Islam
4
3.
Kepentingan kaedah fiqh
5
4.
Kaedah Asas dan Pecahan dalam Kaedah Fiqh
6
5.
Aplikasi Semasa Kaedah Fiqh dalam Muamalat
i.
Setiap perkara dinilai berdasarkan niat
9
ii.
Keyakinan tidak hilang dengan keraguan
9
iii.
Kesukaran membawa kemudahan
10
iv.
Bahaya mesti dihapuskan
11
Adat menjadi hukum
12
v. 6.
Implikasi Penggunaan Kaedah Fiqh dalam Muamalat
13
7.
Kesimpulan
14
1) PENGENALAN
Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di dalam bidang muamalat. Hukum-hukum berkaitan bidang muamalat dinamakan Fiqh Muamalat. Fiqh Muamalat merupakan suatu ilmu Fekah berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia, yang lebih terkenal dengan ibadah umum atau muamalat. Undang-undang Muamalat bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara menjalankan urusniaga seperti pemilikan harta, gadaian, jual beli, sewa, pinjaman dan sebagainya. Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul (lengkap) dijadikan asas kepada ahli ekonomi dan kewangan serta pengurus perniagaan bagi membina suatu sistem perniagaan baik dan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kehidupan termasuk isu-isu muamalat seperti ekonomi, perniagaan, kewangan dan lain-lain. Syariat Islam melengkapi segala aktiviti kehidupan termasuk persoalan terhadap muamalat. Defini si K aedah F iqh
Dari segi bahasa, Kaedah Fiqh bermaksud asas manakala dari segi istilah pula bermaksud perkara yang dipraktikkan daripada perkara asas terhadap perkara- perkara furu‟ atau pecahan. Kaedah Fiqh juga bererti prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan cabang-cabangnya. Oleh itu, Qawaid fiqhiyyah merupakan kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas dalam memahami dan mengembangkan feqah Islam berkaitan kaedah-kaedah hukum (Muhammad al-Ruki, 1998). Ianya wujud selepas kewafatan Rasulullah dan segala hukum tidak ada pemansuhan. Namun begitu, ianya memerlukan penyelesaian hukum yang mudah beruba-ubah dalam memberikan peluang kepada manusia untuk menggunakan akal fikiran berpandukan nas dalam berijtihad. Melalui nas-nas, kaedah lain dapat dibentuk dalam menentukan hukum iaitu perubahan hukum mengikut perubahan masa (al-Dariy, 1997). Berdasarkan definisi di atas, skop perbahasan atau Mau‟du kaedah fiqh ialah mengenai perbuatan orang mukallaf dan objek kaedah fiqh ialah hukum syarak.
1
F aktor kemuncul an ilmu kaedah F iqh
Faktor utama adanya kaedah fiqh adalah disebabkan kewujudan nas-nas yang dapat ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Dengan terdapatnya nas yang berbentuk umum dan mutlak, pelbagai pendapat-pendapat terlahir dalam mengikat kedua-dua nas. Ekoran perselisihan para fuqaha‟ dalam dalil-dalil syarak, wujudnya kaedah Fiqh. Sebagai contoh apabila berlaku maslahah dalam menentukan samada sesuatu dalil itu dalil Qat’ie atau Zanni dan ianya menjadi suatu pegangan ataupun tidak. Selain itu, terdapat kekeliruan untuk menentukan kaedah-kaedah dalam perkembangan hidup manusia yang berlainan generasi disesuaikan dengan masalahmasalah furu‟. Dalam mendapatkan jawapan tersebut, ianya memerlukan sumber-sumber yang menggunakan akal fikiran untuk mengeluarkan sesuatu hukum yang mudah berubah-ubah dalam menghadapi permasalahan yang sentiasa wujud. Sumber pengambil an il mu kaedah F iqh
Para mujtahid menggunakan akal fikiran mereka berdasarkan ilmu dari sumber perundangan berkaitan konsep syariat yang sesuai untuk dilaksanakan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa. Mereka berusaha dengan berijtihad dan mempraktikkan kaedah-kaedah umum yang baru dan sentiasa muncul seperti Istihsan, Istishab, Masalih al-Mursalah serta pelbagai sumber lain. Oleh itu, apabila terdapat hukum furu‟ yang sama ‘illah atau sebabnya, maka ianya akan digabungkan dalam kaedah umum. Qawa‟id al-Kulliyah al-„Ammah atau dengan erti kata lain kaedah umum meliputi semua hukum furu‟ dan segala cabang-cabangnya. Sumber pengambilan hukum dan perkembangan Fiqh terbahagi kepada tiga peringkat: i) Peringkat Pertama (Zaman Rasulullah)
Pada zaman ini, al-Quran dan Sunnah Rasulullah sahaja digunakan sebagai sumber syariat. Daripada kedua-dua sumber ini, ijtihad Baginda yang memberikan segala jawapan serta fatwa dan jika sesuatu jawapan atau fatwa tidak tepat, wahyu daripada Allah akan diturunkan bagi memperbetulkan jawapan Baginda. Pada zaman ini juga, Rasulullah hanya membenarkan para sahabatnya berijtihad dalam keadaan tertentu sahaja sekiranya tidak ada jawapan atau fatwa dalam al-Qur'an dan Sunnah.
2
ii) Peringkat Kedua (Zaman Para Sahabat)
Pada zaman para sahabat masih berpegang kuat kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Para sahabat hanya berijtihad jika tidak terdapat hukum daripada al-Quran dan Sunnah. Pada peringkat kedua ini masih lagi mengikuti cara pada zaman Rasulullah dalam menentukan jawapan atau fatwa walaupun Rasulullah telah wafat. Para sahabat juga tidak menggalakkan ijtihad dan menggunakan akal fikiran semata-mata dalam menyelesaikan sesuatu hukum.
iii) Peringkat Ketiga (Zaman Tabi'in dan Tabi' al-Tabi'in)
Pada peringkat ketiga ini iaitu zaman tabi‟in dan tab‟ tabi‟in, usul fiqh mula ditulis dan dibukukan iaitu pada abad ke 2 hingga abad ke 4 Hijrah. Selain itu, pada zaman ini, Fekah Islam mula berkembang pesat apabila lahirnya 2 aliran Fekah iaitu: i)
Aliran Abu Hanifah (berpengaruh di Kufah).
ii)
Aliran Hadis Imam Malik (tertumpu di Madinah).
Maka bermula dari sinilah lahirnya usul fekah dan istilah-istilah fekah yang mana kitab Usul Fiqh yang pertama ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah karangan Imam al-Syafi'i. Pada zaman ini juga, kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fekah sahaja.
3
2) KEDUDUKAN KAEDAH FIQH DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Kaedah fiqh membincangkan sesuatu hukum fiqh berdasarkan kaedah yang dikumpulkan daripada hukum-hukum yang mempunyai persamaan‟illah dari pelbagai sudut. Antaranya, kaedah tentang niat, syak, mudarat, adat, rukhsah dan lain-lain. Kaedah fiqh bersifat aghlabiyyat (tidak menyeluruh). Namun begitu, sifatnya itu tidak mengurangkan ketinggian nilai ilmiyahnya dalam fiqh kerana kebolehan prinsip-prinsip fiqh umum dalam kaedah fiqh membuka landasan prinsip itu kepada hukum-hukum cabang yang mempunyai sama illah dengan beberapa kaedah memberikan gambaran yang menarik tentang kaedah fiqh. Selain itu, menurut Sulaiman (2010), ciri istimewa kaedah Fiqh ialah bersifat fleksibel dan sesuai untuk digunakan pada setiap zaman. Syariah Islam bukanlah beku dimana sesuatu hukum itu terlalu ketat seperti yang difikirkan oleh sesetengah masyarakat. Penentuan hukum-hukum Islam bukan sahaja terikat kepada nas-nas secara tekstual, literal dan zahir malahan hukum-hukum Islam hendaklah diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh apabila berdepan dengan masalah dan mengikut peredaran semasa. Berdasarkan Imam Al-Qarafi, syariat Nabi Muhammad mengandungi usul dan furu‟. Usul pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Usul al-Fiqh dan yang kedua ialah Qawaid Kulliyyah Fiqhiyyah. Menurut beliau, kebanyakan perbahasan menyatakan Usul al-Fiqh ialah berkaitan dengan kaedah-kaedah hukum yang timbul daripada lafaz-lafaz seperti al- Amr iaitu perkara yang menunjukkan kepada wajib dan al-nahyu yang menunjuk ke atas perkara yang dilarang serta lafaz-lafaz khusus dan umum. Qawaid Kulliyyah Fiqhiyyah pula merujuk kepada usul yang terbahagi kepada banyak cabang yang merangkumi banyak hukum-hukum furu‟. Qawaid fiqhiyyah penting dalam pengajian ilmu fiqh. Seorang faqih dapat diukur kemampuannya melalui penguasaannya ke atas qawaid fiqhiyyah kerana dengan ini dia dapat memahami cara mengeluarkan fatwa serta tidak perlu menghafaz banyak masalah juz‟iyyat kerana ia telah termasuk dalam qawaid fiqhiyyah dan dapat diselaraskan dengan mana – mana kaedah yang bersesuaian dengannya. Ketiadaan kaedah fiqh dalam perundangan Islam, hukum fiqh akan menjadi hukum furu‟ yang terpisah-pisah dan boleh menimbulkan pertentangan tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran dimana menerangkan alasan-alasan konkrit, menentukan arah perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur dan membandingkannya. Selain itu, ia akan menyebabkan seseorang itu perlu menghafaz masalah-masalah dengan terperinci sehingga tiada pengakhirannya. (Md. Saleh bin Hj. Ahmad, 1998). 4
3) KEPENTINGAN KAEDAH FIQH
Menurut Md Saleh (1998), terdapat beberapa kepentingan mengapa perlunya kaedah Fiqh. Antaranya ialah kaedah fiqh merupakan suatu ilmu yang penting sebagai panduan dan dasar untuk mengeluarkan hukum-hukum pecahan atau cabang (Juz‟iyyah). Selain itu, Qawaid Fiqhiyyah dapat membantu untuk mengetahui hukum-hukum terperinci serta menjelaskan berkaitan Fiqh Islam. Tambahan lagi, pecahan serta cabang masalah Fiqh akan dapat dikuasai dan diketahui melalui kaedah Fiqh sahaja. Ilmu kaedah fiqh dapat menjadikan seseorang itu lebih faham tentang penghayatan Fiqh dan mampu menghubungkan dan mengeluarkan hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada masalah-masalah yang tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa wujud sepanjang masa. Para fuqaha‟ juga tidak perlu menghafal masalah-masalah Fiqh yang mempunyai banyak jumlahnya kerana masalah Juz‟iyyah tercangkup dalam kaedahkaedah Kulliyyah Menurut Suraya Harun (2012), kaedah Fiqh penting untuk memenuhi keperluan umat seperti fiqh perbandingan, kenegaraan, ekonomi dan sebagainya. Ilmu kaedah Fiqh ini mempunyai keistimewaan tersendiri, di mana penguasaan kepada seluruh furu‟ Fiqh mungkin satu perkara mustahil bagi seseorang. Dari sini, ilmu kaedah Fiqh digunakan dalam membantu menghimpunkan pelbagai furu‟ yang sama jenis di bawah satu kaedah dan dapat memudahkan hafalan. Selain itu, ilmu kaedah Fiqh dapat memperkukuhkan penguasaan dan kemahiran fiqh seseorang dalam menyelesaikan pelbagai persoalan cabang feqah yang timbul dengan membandingkan masalah yang timbul dengan masalah-masalah yang serupa di bawah satu kaedah. (Abu Umair, 2008)
5
4) KAEDAH ASAS DAN PECAHAN DALAM KAEDAH FIQH
Kaedah Fiqh meliputi kaedah asas (Kuliyyah) dan pecahan (Juz‟iyyah). Daripada setiap kaedah asas, dapat dipecahkan lagi menjadi kaedah kecil yang banyak. Terdapat 5 kaedah asas (Kuliyyah) dalam Qawaid Fiqhiyyah. Antaranya ialah:-
1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (
).
Kaedah ini memberi makna dimana setiap perkara yang berlaku perlu bergantung dan diambli kira pada tujuannya.
2. Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (
).
Kaedah ini bermaksud setiap perkara yang diyakini telah berlaku tidak akan dibatalkan dengan sebarang keraguan yang datang pada masa akan datang.
3. Kesukaran membawa kemudahan (
).
Kaedah ini memberitahu apabila berlaku sesuatu kesusahan dalam melaksanakan amanah Allah maka dibenarkan untuk berbuat sesuatu yang boleh meringankan kesukaran.
4. Bahaya mesti dihapuskan (
).
Kaedah ini membawa maksud setiap perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya perlu dihapuskan
5. Adat menjadi hukum (
) (dalam kes yang tiada hukum asal)
Kaedah ini memberi makna dimana adat, uruf atau kebiasaan sesuatu tempat itu boleh dijadikan sumber hukum dalam menentukan hukum-hukum tertentu yang tiada dalil sumber hukum Islam yang sedia ada.
6
Berikut adalah kaedah pecahan (Juz‟iyyah) bagi setiap kaedah asas menurut Ab Latif (2000):-
1. Seti ap Perk ara Di ni lai B erdasark an Ni at (
i.
).
Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadah yang bukan jenis adat atau ia tidak akan ada kesamaran dengan yang lain (
ii.
).
Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta‟arrud terhadapnya sama ada secara ringkas atau terperinci, jika telah dita‟yinkan, maka ia tidak memudaratkan (tidak batal) ( ).
iii.
Melakukan apa yang tidak dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan (
iv.
).
Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz umum (
v.
).
Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya ( )
2. Keyakin an Ti dak H il ang Dengan Keraguan (
i.
)
Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan (
).
ii.
Apa yang ada semenjak dulu dibiarkan atas kedahuluannya (
).
iii.
Seseorang itu asalnya bebas daripada tanggungjawab (
iv.
Secara asalnya sesuatu itu adalah tiada (
v.
).
).
Asal pada sifat atau perkara baru mendatang ialah tiada ( ).
3. Kesuk aran M embawa Kemudahan (
i.
).
Sesuatu perkara jika menjadi susah, hukumnya menjadi luas (
).
ii.
Kemudaratan membolehkan benda yang dilarang (
).
iii.
Perkara-perkara darurat ditentukan mengikut kadarnya (
iv.
Apa yang diharuskan kepada orang yang uzur terbatal jika keuzuran tersebut hilang (
).
). v.
Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain (
)
7
4. Bahaya M esti Di hapuskan (
i. ii.
).
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan (
).
Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan (
).
iii.
Dipilih yang paling ringan antara dua keburukan (
).
iv.
Menolak kemudharatan adalah lebih utama daripada mengambil kebaikan ( ).
v.
Kemudaratan dibendung secepat yang mungkin (
5. Adat M enjadi H ukum (
i.
).
)
Apa yang telah diktiraf adat (sebagai harus atau haram) dihukum dengannya ( ).
ii.
Sesungguhnya adat yang diterima pakai ialah apabila ia berlaku berterusan atau secara kebiasaan (
).
iii.
Pengetahuan dengan keredhaan menafikan pengharaman (
iv.
Hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk adat (
v.
Perkara yang dilarang adat hukumnya diterima pakai (
). ). )
8
5) APLIKASI SEMASA KAEDAH FIQH DALAM MUAMALAT 1. Setiap Perk ara Di ni lai B er dasark an Ni at
1.1 Niat dan Motivasi dalam Kontrak Antara perkara yang diambil kira dalam masalah „akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamat sesuatu kontrak itu dan bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja. Contohnya, apabila seseorang berkata “Aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekiansekian dengan harga ini”. Lalu penjual menjawab, “Ya, aku akan jualkannya kepada engkau”. Sebagai contoh, kontrak wadiah (simpanan) adalah kontrak yang bersifat amanah di mana orang yang diamanahkan untuk menjaga barang tersebut tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan dan kehilangan. Tetapi apabila barang wadiah tersebut dipakai oleh si pemegang amanah dengan izin pemilik barang wadiah tersebut, maka kontrak wadiah berubah menjadi kontrak agensi, kontrak kerjasama atau kontrak hutang. 2. Keyakin an Ti dak H il ang Dengan Keraguan
2.1 Pembahagian Harta Pusaka Pada dasar prinsip ini, harta waris tidak dapat dituntut dari seseorang yang hilang, kerana terdapat kemungkinan yang ia masih hidup dan tiada bukti yang menunjukkan ia sudah meninggal dunia. Dalam kes ini, hartanya tidak dapat dibahagikan kepada ahli warisnya berdasarkan keraguan ini. Hartanya dapat diwariskan sekiranya terdapat bukti yang menyatakan bahawa ia meninggal dunia. 2.2 Hutang-Piutang Islam mengajar kita supaya berusaha mengelakkan sesuatu yang boleh mendatangkan syak kerana syak boleh mendatangkan kesusahan atau menimbulkan kekeliruan kepada kita. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mempunyai hutang, maka dia perlu merekodkan maklumat hutang tersebut atau menulis perjanjian. Galakan ini sebenarnya untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan yang mungkin tercetus akibat daripada kekaburan maklumat pada masa hadapan kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari terlupa.
9
3. Kesuk aran M embawa Kemudahan
3.1 Kemaafan Syarak Dalam Situasi Umum Balwa Umum al-Balwa merupakan sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku dan sukar dielakkan. Walaubagaimanapun, ia perlu dielakkan juga setakat mana yang termampu. Sekiranya dibiarkan dengan menggunakan alasan umum al-balwa maka ia adalah satu kesalahan. Sebagai contoh, syarikat bercampur didefinisikan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS) sebagai sebuah syarikat yang aktiviti utamanya terdiri daripada aktiviti yang dibenarkan Syariah, tetapi terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan yang haram tetapi jumlahnya kecil. Dalam mengharuskan syarikat bercampur dimasukkan dalam senarai Sekuriti Yang Diluluskan oleh MPS SS, MPS SS memutuskan beberapa kaedah fiqh sebagai sumber sokongan kepada beberapa penghujahan lain seperti maslahah, ʿurf dan berasaskan kepada pandangan fuqaha‟ silam dan semasa. Dalam kes syarikat bercampur yang aktiviti utamanya halal, MPS SS telah memutuskan beberapa kriteria dan ukur rujuk sebelum memasukkan syarikat bercampur dalam senarai Lulus Syariah. Kita perlu sedari bahawa Pasaran Modal dan Kewangan Islam yang ada di Malaysia pada hari ini adalah dibangunkan dalam kerangka Sistem Konvensional yang berasaskan riba sejak lebih daripada 500 tahun yang lalu. Sudah semestinya unsur-unsur gharar, riba, dan unsurunsur lain yang diharamkan oleh Syariah wujud dan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Bagi memastikan perkembangan Pasaran Modal Islam Malaysia setanding dengan Pasaran Modal Konvensional berasaskan situasi yang sedia ada, MPS SS menyatakan perkara tersebut sebagai ʿumum balwa iaitu situasi yang tidak baik yang meluas yang terkena pada kebanyakan orang yang sukar untuk menghindarkan diri.
10
4. Bahaya M esti Di hapuskan
4.1 Hukum Pencegahan (Hajr) Hukum Islam telah membuat batasan-batasan terhadap suatu pihak yang memiliki karakter yang boleh membahayakan orang lain dan batasan-batasan terhadap transaksi yang boleh membahayakan orang lain. Tindakan untuk mencegah seseorang dari transaksi tersebut disebut hajr dalam hukum Islam. Hajr ialah mencegah orang tertentu dari menyia-nyiakan hartanya. Hukum pencegahan telah diwajibkan syariah untuk menyelamatkan hak dan kepentingan masyarakat. Pencegahan dilakukan apabila: a) Safah atau pemborosan dimana dalam hukum Islam merujuk kepada penyalahgunaan harta
seseorang
yang
berlawanan
dengan
akal
dan
syariah
dengan
cara
menghabiskannya tanpa tujuan yang benar atau menggunakan harta secara berlebihan di luar keperluan. b) Orang yang mengalami penyakit yang mematikan dilarang melakukan transaksi atas seluruh harta yang dimilikinya kerana dia harus memikirkan kepentingan ahli warisnya. Sebagai contoh, transaksi seperti memberikan derma, waqaf, infaq dan sedekah akan dibatasi pada sepertiga dari hartanya. Dan sekiranya dia mempunyai hutang maka dilarang melakukan derma kerana harta yang ditinggalkannya itulah sebagai pembayar hutangnya kelak. c) Orang yang telah dinyatakan bankrup oleh pengadilan maka terlarang baginya untuk mempergunakan hartanya kerana hartanya itu adalah untuk melindungi hak kreditor (pemberi piutang) dan mencegah membuat transaksi yang membahayakan kreditor.
4.2 Mengharuskan Ta‟widh (Ganti Rugi) Sebagai contoh, mengharuskan pengenaan bayaran ta‟widh (ganti rugi) atas kelewatan membayar balik sesuatu pembiayaan Islam. Berdasarkan kaedah ini, tindakan penghutang melewatkan bayaran adalah sesuatu yang memudaratkan pemiutang. Hal ini perlu dielakkan agar urusniaga yang berjalan memenuhi prinsip istiqrar ta‟amul iaitu kelancaran perjalanan pasaran.
11
Dalam konteks taʿwid, iaitu sejenis denda yang dipersetujui bersama pihak yang melakukan akad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang sekiranya berlaku kegagalan atau kelewatan penghutang dalam membayar balik hutangnya. Kemudaratan pastinya wujud dengan kegagalan penghutang membayar balik hutang tepat pada masa perjanjian kerana pihak pemiutang akan kehilangan peluang untuk menggunakan dana yang dipinjamkan untuk melakukan pelaburan atau perniagaan lain. Dalam pelaburan dan perniagaan, aspek ketepatan masa adalah penting. Sesebuah syarikat mungkin akan kehilangan peluang pelaburan atau perniagaan sekiranya lewat mendapat bayaran hutang. Oleh itu, pengenaan denda seperti ini boleh menghilangkan kemudaratan yang ditanggung oleh si pemiutang. 5. Adat M enjadi H ukum
5.1 Syarikat Bercampur Sesuatu hukum itu boleh berubah dengan berlakunya perubahan sistem ekonomi kerana jika hukum tidak berubah selaras dengan keperluan semasa maka ia dianggap tidak praktikal lagi. Sebagai contoh, mengharuskan syarikat bercampur. Kaedah La Yunkar Taghayyur alAhkam bi Taghayyur al-Azman (Tidak diingkari berlaku perubahan hukum disebabkan perubahan zaman) ini membuktikan hukum ijtihad boleh berubah apabila berlaku perubahan zaman. Dalam keadaan ekonomi sekarang, sekiranya pendapat minoriti fuqaha‟ yang tidak mengharuskan syarikat bercampur digunapakai, ini akan menyebabkan pertumbuhan Pasaran Modal Islam terhalang. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini dan beberapa sumber-sumber lain, MPS SS mengharuskan syarikat bercampur untuk disenaraikan dalam senarai sekuriti Lulus Syariah.
12
6) IMPLIKASI PENGGUNAAN KAEDAH FIQH DALAM MUAMALAT
Daripada aplikasi kaedah Fiqh dalam muamalat yang telah disebutkan daripada topik sebelum ini, dapat dikenalpasti beberapa implikasi pemakaian kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu hukum dalam muamalat. Berikut adalah implikasi-implikasi penggunaan kaedah Fiqh dalam muamalat:i.
Kaedah Fiqh dapat dijadikan sandaran hukum apabila berlaku sesuatu permasalahan untuk membuat keputusan dalam muamalat seperti keraguan untuk membahagikan harta pusaka dapat dihilangkan akibat terdapat salah seorang waris yang hilang melalui prinsip keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
ii.
Kaedah Fiqh juga dapat membantu dalam mengenalpasti isu-isu yang dipertikaikan dalam muamalat. Contohnya, isu pengenaan bayaran ganti rugi dan sebagainya
iii.
Membantu dalam memutuskan sesuatu isu dalam muamalat yang dipertikaikan berdasarkan kaedah fiqh yang mempunyai sama „illah dirujuk melalui al-Quran dan asSunnah
iv.
Penggunaan kaedah Fiqh dapat dijadikan sebagai hujahan terhadap kepada isu-isu muamalat yang tidak mempunyai sumber hukum yang jelas seperti isu syarikat bercampur yang mana ianya diharuskan mengikut kaedah adat menjadi hukum sekiranya memberikan kebaikan dalam pertumbuhan pasaran modal Islam.
v.
Membantu untuk mengetahui hukum-hukum yang terperinci serta menjelaskan berkaitan dengan fiqh Islam terhadap permaslahan yang berlaku dalam muamalat seperti jual beli, sewa, simpanan, pinjaman dan sebagainya.
13
7) KESIMPULAN
Secara ringkasnya, kaedah Fiqh bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu hukum yang tidak ada jawapannya secara menerus di dalam al-Quran dan as-Sunnah tetapi mempunyai sama „illah dengan hukum-hukum yang telah wujud. Penggunaan kaedah fiqh ini mestilah disokong atau dibantu dengan nas-nas lain bagi menentukan sesuatu perkara itu dibolehkan ataupun tidak. Ilmu ini dapat dijadikan sebagai jalan dalam memahami apa itu fiqh, punca pengambilan dan lain-lain. Selain itu, seseorang itu akan lebih memahami tentang penghayatan fiqh dan mampu menghubung dan mengeluarkan hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada masalahmasalah yang tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa wujud sepanjang masa. Masalah yang sering wujud dalam bidang muamalat seperti perniagaan, jual beli, sewa, pinjaman, simpanan, pembahagian harta dan sebagainya memerlukan sesuatu kaedah yang fleksibel untuk kegunaan sepanjang masa. Dengan adanya kaedah Fiqh yang terdiri daripada 5 kaedah asas (Kuliyyah) iaitu setiap perkara dinilai berdasarkan niat, keyakinan tidak hilang dengan keraguan, kesukaran membawa kemudahan, bahaya mesti dihapuskan dan adat menjadi hukum memberikan jawapan terhadap masalah dalam muamalat. Penggunaan kaedah Fiqh dalam muamalat memberikan banyak implikasi yang baik dalam menentukan sesuatu hukum. Walaupun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh, namun ia tidak mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini disebabkan di dalam kaedah-kaedah itu, terdapat suatu gambaran yang menarik berkaitan prinsip-prinsip fiqh umum dalam membuka landasanlandasan prinsip itu daripada segi teorinya untuk menyelesaikan sesuatu hukum.
14
RUJUKAN
Ab. Latif bin Muda. 2000. Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise
Abu Umair, 2008. Pengenalan Ilmu Kaedah Feqah. Internet. http://abuumair.com/2008/08/07/pengenalan-ilmu-kaedah-feqah/
Mohd Qary Abd Ghapar, 2003, Qawaid Fiqhiyyah. Mesir: Al Azhar Media Enterprise
Muhammad al-Ruki. 1998. Qawaid al-fiqh al-islami. Damshiq: Dar al-Qalam
Muhammad Saleh bin Ahmad. 1998. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Muhammad Yusri bin Yusof. 2006. Aplikasi Usul dan Kaedah Fiqh dalam Pembangunan Pasaran Modal Islam di Malaysia. Disertasi Sarjana. UKM: Bangi.
Sulaiman, 2010. Kepentingan Kaedah-kaedah Fiqh, Internet, http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/23/kepentingan-kaedah-kaedah-fiqh/
Suraya Harun, 2012. Kepentingan Kaedah-kaedah Fiqh. Internet. http://produkseriputera.blogspot.com/2012/02/kepentingan-kaedah-kaedah-fiqh.html
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Hj Muhammad Nasri Hj Md Hussain, Mohd Hizam Hanafiah, 2005. Pengantar Perniagaan Islam. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd