Pengenalan Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan. Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang mudah diperolehi ialah diesel. Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan. Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board (Automatic Main Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan. Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan Manual. Janakuasa tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada bangunan yang menggunakan beban yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja. Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah mengikut jumlah kW. Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4-1.
(Gambarajah Janakuasa)
Kebiasaan janakuasa yang menggunakan enjin diesel beroperasi dalam dua cara: a) Sebagai janakuasa tunggu sedia. b) Janakuasa yang beoperasi secara terus
Bahagian Utama Janakuasa
Ciri-ciri Keperluan Janakuasa Enjin Block Air or Liquid Cooling Intake Air Mufflers Minyak Pelinciran Major brand of engine Electrical system and circuit breakers
PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA
1 fasa atau 3 fasa (single phase / three phases) Bergantung pada primis tempat anda. Kita pastikan bekalan yang digunakan pada penyambungan dengan TNB. Ampiar Genset Lihat pada panel papan suis yang sedia ada. Jika 100A, tak perlu beli Genset lebih besar. Atau kita boleh kurangkan saiz ampiar Genset (contoh kepada 60A) hanya untuk kegunaan beban penting sahaja. Diesel atau Petrol Adalah dicadangkan lebih baik menggunakan janakuasa enjin diesel kerana jangka hayatnya lebih panjang, kos operasi adalah 30%-50% lebih murah daripada petrol dan kos penyenggaraan yang lebih rendah. Kadar kelajuan janakuasa (rpm) Peralatan elektrik biasanya menggunakan bekalan kuasa pada ulangan tetap (fixed frequency) 50 Hz . Keluaran ulangan janakuasa bergantung kepada ketetepan kelajuan enjin dan jumlah kutub janakuasa (Number of pole). Untuk menghasilkan bekalan elektrik dengan ulangan 50 hz biasanya janakuasa beroperasi pada 1500 atau 3000 rpm. Bagi janakuasa yang beroperasi pada kadar 1500 rpm empat kutub (4 pole) adalah yang biasa digunakan pada janakuasa yang besar dan lebih mahal, ia mempunyai kecekapan dan jangka hayat enjin yang baik.Bagi janakuasa beroperasi pada kadar 3000 rpm dua kutub (2 pole) adalah janakuasa jenis kecil dan rengan sesuai untuk jenis mudah alih untuk penggunaan beban kecil. Jenama Engine Memilih janakuasa yang tidak berjenama atau terpakai, kurang di pasaran anda mungkin sukar untuk mendapatkan keperluan alat ganti yang tulin dan perkhidmatan selepas jualan kebanyakan enjin datang dengan kotak alat ganti. Pastikan anda memilih atau membeli janakuasa ang mempunyai perkhidmatan senggaraan. Sistem Elektrikal, Perlindungan & Circuit Breaker Sistem elektrikal di dalam Genset biasanya menggunakan 12V atau 24V sahaja (sama saiz bateri). Sistem elektrikal ini hanya bertujuan untuk Penghidup motor dan bateri. Bagi janakuasa besar mestilah mempunyai pengecas
i. ii.
alternator dengan solid state voltage regulator Enjin diesel yang besar mesti mempunyai pre-heat switch dan suis start/stop.
iii.
Semua janakuasa mestilah mempunyai perlindungan enjin untuk tekanan minyak rendah (oil pressure loss) kelajuan lampau (over-speed) lebih mengengkol (over-
iv.
crank) dan lampau panas (high water or operating temperature). Sistem pemutus litar (circuit breaker) bagi perlindungan janakuasa.
Saiz Genset Saiz mestilah dipilih bersesuaian dengan beban yang hendak disambungkan. Jika saiz Genset terlalu besar, janakuasa akan berkabon, minyak berlebihan , melilih dan mudah kerosakan enjin. Sekiranya anda memilih janakusan dibawah saiz ia akan banyak mengeluarkan asap dan alatalat elektrik akan jadi rosak. Untuk mendapatkan saiz yang sebenar adalah dengan mengambil kira jumlah beban yang akan di tanggung oleh janakuasa. Adalah dimaklumkan bahawa janakuasa tidak digunakan secara berterusan dengan beban yang kurang dari 40% sebaiknya beban adalah dari 50% hingga 75% adalah optimum.
Contoh: Jumlah beban kecemasan dalam watt = 15 KW Beban hendaklah didarab dengan 75% oleh kerana tidak semua beban digunakan secara serentak. Jadi saiz janakuasa adalah 15,000 x 75 = 11,250 watt 100 Atau saiz janakuasa ± 12,000 watt = 12 KW Janakuasa tunggu sedia yang diperlukan adalah 12 KW atau 14 KVA <-(12KW/0.85=14KVA)
Janakuasa mudahalih biasanya dari 3 – 15 KW dan Janakuasa tetap bermula dari 7 – 40KW atau lebih. Bagi janakuasa yang bersaiz besar biasanya diperlukan jika ada beban elektrik yang besar seperti motor pump, penghawa dingin berpusat. Purata saiz janakuasa untuk rumah kediaman adalah 10-12 KW (tanpa penghawa dingin berpusat).
Pengujaan (Exciter) Pengujaan yang sering digunakan adalah seperti berikut. 1- Pengujaan ujaan diri 2- Pengujaan PMG bantuan AVR 3- Pengujaan ujaan luar.
(Janakuasa ujaan diri dengan bantuan AVR (Automatic voltage regulator)
Papan Kegagalan Bekalan Utama Kendalian Automatik (Automatic Main Failure Board)
•
Fungsi utama papan AMF digunakan untuk menghidupkan enjin diesel apabila bekalan TNB mengalami gangguan.
•
Selain daripada itu ia juga melindungi enjin diesel dan janakuasa .
•
Apabila enjin diesel djalankan dengan jayanya,bekalan dari janakuasa akan disalurkan kepapan suis utama melalui suis tukar alih automatik empat kutub (Four pole automatic change over switch)
•
Suis tersebut perlu dilengkapkan dengan kait punca elektrikal dan mekanikal.
(Automatic Main Failure Board)
a) Janakuasa tunggu sedia
•
Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board (Automatic Main Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan.
•
Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan Manual.
•
Janakuasa tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada bangunan yang menggunakan beban yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja.
•
Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah mengikut jumlah kW.
Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4-1.
b) Janakuasa yang beoperasi secara terus •
Janakuasa yang berfungsi secara berterusan biasanya diguna dan di pasang pada sesebuah kawasan yang terpencil yang mana sukar untuk mendapat bekalan dari pihak berkuasa bekalan.
•
Kebanyakan loji janakuasa ini mempunyai lebih daripada satu janakuasa. Jika ia menggunakan beban yang tinggi melebihi keupayaan satu janakuasa maka ianya perlu di-segerakkan dengan janakuasa yang lain supaya dapat menampung beban yang diperlukan.
•
Loji janakuasa yang memiliki lebih dari satu janakuasa, sistem penyegerakkan (Synchronize) perlu dilaksanakan sama ada cara Manual atau Auto. Bagi melaksanakan tugas penyegerakkan seseorang itu perlu memiliki satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4 .
Sistem Bahan Api Sistem bahan api adalah untuk menakong minyak dan menghantar minyak daripada tangki ke injekter, penghantaran bahan api mestilah tepat dan mempunyai kuasa tekanan yang cukup untuk mengisi dan menyempurnakan kehendak kelajuan dan beban yang ditugaskan ke atas sesuatu enjin mengikut keadaan perjalanan enjin tersebut.
Bahagian Utama Sistem Bahan Api i.
Tangki minyak
ii.
Untuk menakung atau menyimpan bahan api. Paip saluran
iii.
Di mana bahan api mengalir dari tangki ke injekter. Penapis pertama/kedua
iv.
Sebagai penapis segala kekotoran yang terdapat pada bahan api. Pam bekalan Bahan api digunakan untuk menghantar bahan api dari tangki ke pam penyembur bahan api dengan tekanan yang tertentu mengikut pergerakan enjin.
v.
Pam penyembur bahan api Bertujuan untuk menghantar bahan api bertekanan tinggi ke injekter lenjang mampatan.
vi.
Injekter
Alat untuk menyemburkan bahan api ke dalam ruang pembakaran dalam bentuk semburan yang halus.
Sistem Penghantaran Bahan Api Sistem penghantaran bahan api yang biasa digunakan ialah: i.
Sistem kuasa tarikan graviti yang terdapat pada enjin-enjin kecil.
ii.
Sistem yang menggunakan kuasa mekanikal yang mana dipasangkan pam penghantaran bahan api.
iii.
Pam bahan api menggunakan kuasa elektrik jarang diguna pada enjin diesel.
Sistem Penyejuk
Sistem penyejuk berfungsi mengalirkan air penyejuk ke bahagian-bahagian enjin yang memerlukan penyejukan dan bertugas untuk mengalirkan haba yang tidak di kehendaki dari bahagian-bahagian enjin supaya masalah berikut dapat diatasi: i.
Panas berlebihan menyebabkan minyak kurang kelikatannya.
ii.
Panas berlebihan juga akan menyebabkan logam-logam akan hilang keupayaan.
iii.
Ketegangan di dalam atau antara bahagian-bahagian enjin di sebabkan suhu yang tidak seimbang.
Sistem Pelinciran Alat-alat yang perlu diganti pada masa yang sama ketika melakukan penyenggaraan: i.
Penapis udara.
ii.
Penapis minyak pelincir.
iii.
Mengganti air penyejukkan.
iv.
Penapis minyak diesel.
Pastikan bahagian pelinciran luaran dipam gris dan enjin sentiasa berada dalam keadaan bersih serta tiada bahagian yang longgar atau tidak bergegar semasa enjin dihidupkan.
Bateri Untuk Janakuasa Bagi set janakuasa bateri digunakan untuk menghidupkan enjin dan membekalkan tenaga elektrik kepada litar penunjuk seperti lampu, alat jangka dan alat kawalan. Bateri yang digunakan akan kehilangan kuasa dan perlu dicas semula supaya kuasanya dipulihkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sistem pengecas diperlukan untuk tujuan ini.
Sistem Cas
Sistem cas yang kerap digunakan ialah: •
Trickle cas - untuk menggantikan cas bateri yang hilang secara semulajadi/natural.
•
Boost cas
- mengecas bateri dengan arus tinggi dan masa yang pendek.
•
Float cas
- mengecas bateri yang sedang digunakan kuasanya.
Cas Bateri Terdapat beberapa cara mengecas bateri: •
Cas kering (Dry Charge) diperlukan untuk bateri baru. Kemudian dalam masa 24 jam selepas elektrolit diisi, ia perlu dicas semula. Jumlah arus elektrik yang diperlukan untuk mengecas bateri mestilah tidak melebihi 0.05 dari kapasiti bateri dan cas selama 5 hingga 10 jam.
•
Untuk cas biasa, bateri yang kurang tenaga arus elektrik 0.1 dari kapasiti bateri.
•
Jumlah masa yang perlu dicas boleh diperolehi dengan formula di bawah. = electricity discharge (AH) X Faktor ( 1.2 atau 1.5 ) Arus charging
Langkah – langkah Keselamatan •
Bateri perlu di letakkan tegak kecuali bateri kering
•
Memakai cermin mata keselamatan apsemasa bekerja
•
Menggunakan perkakas bertebat.
•
Memakai pakaian pelindung apabila berkerja dengan elektrolit.
•
Jangan merokok berhampiran bateri yang sedang dicas.
•
Elakkan elektrolit dari terkena kulit dan pakaian.
•
Jangan biarkan bahan-bahan logam terletak di atas bateri atau jatuh merentang tamatan.
•
Jangan memakai pakaian nylon kerana dikhuatiri menghasilkan elektrostatik.
Bilik janakuasa tunggu sedia Keperluan bilik janakuasa antaranya ialah: •
Cukup keluasan dan ketinggiannya.
•
Bersebelahan atau hampir dengan bilik Papan Suis Utama.
•
Laluan keluar masuk yang mudah untuk tujuan senggaraan.
•
Mempunyai peredaran udara yang mencukupi.
•
Mempunyai sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan diluluskan.
•
Mempunyai lampu dan soket 13A yang secukupnya.
•
Mempunyai tikar getah setebal 5mm di hadapan papan AMF dengan saiz yang tidak kurang dari lebar papan AMF itu sendiri.
•
Dilengkapkan dengan sistem pembumian untuk badan logam janakuasa.
•
Dilengkapkan dengan sistem penyerap bunyi.
•
Mempunyai “trench” jika berada di tingkat bawah.
•
Dilengkapkan dengan tanda notis bahaya dan kuncikan pintu masuk.
(Bilik Janakuasa)
Langkah Keselamatan Sebelum Memasuki Bilik Papan Kawalan Janakuasa Dan Janakuasa Tunggu Sedia
Pastikan anda berkompeten atau di bawah pengawasan orang kompeten. Penjaga
Jentera Elektrik,Kategori A4 / A4-1 Dapatkan permit kerja-secara bertulis Pastikan notis telah dikeluarkan Pembantu Bahagian yang terlibat Buka pintu Bilik Papan Kawalan Janakuasa untuk memberi laluan pengedaran udara. Hadang pintu masuk dengan tali penghadang dan gantung tanda amaran
(Tanda Bahaya)
Pengujian Janakuasa Tunggu Sedia Setelah siap pemasangan sistem janakuasa tunggu sedia adalah membuat ujian prestasi. Tujuan ujian ini dalah untuk memastikan setiap peralatan berfungsi dan mengukur prestasi keseluruhan untuk mengesahkan bahawa janakuasa tunggu sedia tersebut berfungsi mengikut sepesifikasi yang ditetapkan. Proses Ujian dan Pemeriksaan : i. ii. iii. iv. v.
Pemeriksaan Enjin Diesel Pemeriksaan Operasi Perlindungan Enjin Pemeriksaan Voltan keluaran janakuasa Pemeriksaan janakuasa keadaan kecemasan tunggu sedia Ujian janakuasa tanpa beban dan dengan beban.
Semua peralatan janakuasa mestilah diuji untuk memastikan peralatan perlindungan berfungsi dengan baik semasa keadaan kecemasan atau tidak normal. Setelah semua ujian mencapai tahap yang dikehendaki baru akuan terima janakuasa tersebut boleh dibuat.
Ujian janakuasa tunggu sedia 1. Ujian penglihatan ( Visual Inspection ) a) Pemeriksaan minyak enjin, bahan api, air radiator, keadaan bateri (voltan) b) Pemeriksaan bagi operasi lampu penunjuk dan peralatan. c) Pemeriksaan pendawaian dan sambungannya. 2. Ujian rintangan penebatan AVR mestilah diasingkan semasa ujian a) Rintangan penebatan Gelung Stator – setiap punca fasa dengan punca bumi mestilah lebih 2 M Ώ dengan penguji penabatan Megger 500 V b) Rintangan penebatan kabel – setiap punca fasa dengan fasa dan bumi. c) Sambungan fasa – Setiap kabel fasa adalah betul disambung dengan punca fasa. d) Rintangn bumi mestilah kurang dari 1 Ώ
3. Ujian tanpa beban ( NO LOAD TEST ) Suis jankuasa kepada mod manual a) Mulakan dan hidupkan janakuasa ( start and runs the genset) b) Periksa opersai peralatan perlindungan ( Proactive Devices) berikut :i. Tekanan Minyak Rendah Amaran dan terpelantik ( warning c) Periksa and trip) keluaran ii. Suhu air tinggi Amaran dan janakuasa terpelantik i. Voltan ( Volt ) 415 ( R-Y,Y-B,B-R) iii. Kelajuan lebih Terpelantik ii. Arus ( Current ) 240 ( R-N,Y-N,B-N) iv. Aras bahan api rendah tahap satu Amaran iii. Ulangan ( Frequency) 52.5 Hz v. Aras bahan api rendah tahap dua Terpelantik iv. Jangka jam hidup Periksa opersai d) Hentikan janakuasa 4. Suis janakuasa kepada ‘auto mode’ a) Putuskan bekalan TNB dengan membuka suis bekalan TNB (Off) ACB
i. ii. iii.
Periksa masa untuk menghidupkan janakuasa : masa biasa 5 saat ( typical time 5 second) Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan janakuasa selepas enjin mula hidup. Periksa keluaran janakuasa Voltan : 415 (R-Y,Y-B,B-R) 240 (R-N,Y-N,B-N) Arus
iv.
: Tiada arus [no amp (no load)]
Ulangan ( Frequency) : 52.5 Hz Periksa operasi jangka Hour run meter KW Meter KWh Meter Power factor Meter
b) Sambung semula bekalan TNB dengan menutup suis bekalan TNB ( On) ACB i. ii.
Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan TNB ( masa biasa 3 minit) (typical time : 3 minutes) Periksa masa berhenti janakuasa selepas tukar alih bekalan TNB dipulihkan ( masa biasa 5 minit) ( typical time : 5 minutes)
5. Suis janakuasa kepada “ TEST MODE” a. Periksa operasi peralatan perlindungan (protective devices) berikut:Gagal mula dihidupkan (Failure to Start) : Amaran dan terpelantik (typical time : 1 minute)
b. Mulakan dan hidupkan janakuasa (Start and runs the genset) c. Putuskan bekalan TNB degan membuka suis bekalan TNB (off) ACB d. Periksa masa tukar alih (changeover) kepada bekalan janakuasa (typical time : 10 second) e. Periksa keluaran janakuasa i. Periksa keluaran Voltan
: 415 (R-Y,Y-B,B-R) 240 (R-N,Y-N,B-N)
Arus
: amp (depends on load)
Ulangan : 50 Hz
ii.
Periksa operasi jangka Hour run Meter KW meter KWh meter Power Factor Meter
iii.
Sambung semula bekalan TNb dengan menutup suis bekalan TNB ( ON ) ACB Periksa masa tukar alih ( changeover) kepada bekalan TNB ( masa biasa 3 minit) ( typical time : 3 minutes) Periksa masa berhenti janakuasa selepas tukar alih bekalan TNB dipulihkan (masa biasa 5 minit) (typical time : 5 minutes)
6. Pemeriksaan Semula (Re-inspection) a) Periksa semula janakuasa dan peralatan untuk menguji turutan kerosakan b) Suis janakuasa kepada ‘Auto Mode’ 7. Menguji beban janakuasa (Load Test) a) Suis janakuasa kepada ‘Manual Mode’ b) Mula dan hidupkan janakuasa dengan beban 50% (KW load) menggunakan bank beban rintangan (resistive load bank) untuk selama satu jam. i.
Periksa keluaran Voltan
: 415 (R-Y,Y-B,B-R) 240 (R-N,Y-N,B-N)
Arus
: amp (depends on load)
Ulangan : 50 Hz
ii.
Periksa operasi jangka Hour run Meter
KW meter KWh meter Power Factor Meter
iii.
Periksa suhu enjin (engine temperature)
c) Ulang ujian seperti di atas pada beban 75% untuk selama satu jam d) Ulang ujian seperti di atas pada beban 100% untuk selama tiga jam e) Ulang ujian seperti di atas pada beban 110% untuk selama satu jam