šχθ/ç § ) s ϑ ß 9ø #$ $κp 5Í > Ü u ³ ô „o $ΖY Šø ã t Mata air yang meminum meminum dengannya oleh Para Muqarrabun. Muqarrabun.
VHÊ ´Ï PÐ ´Ê‘
−
GHAIBIYYAT FI MUKASHAFAT 'AINIYYAH 1433 - 1053 H Dari Karangan:
Hadhrat Imam Rabbani Ghauts Samadani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Quddisa Sirruhu Terjemahan Melayu:
'Abdu Dha'if Faqir Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin Fani Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiya 'Anhu
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
Rabbi Yassir Wa Tammim Bil Khair
1
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
P Bismillahir Rahmaanir Rahiim
M
aha Suci ZatNya yang mana pujian sebarang pemuji tidak dapat sampai hingga ke ZatNya Yang Qudus, bahkan penghujung segala pujian adalah pada Gerbang KemulianNya yakni kedudukan yang lebih rendah dari Asma dan Sifat. Dikau adalah Maha Suci dengan mana bahawa Dikau menyanjung DiriMu sendiri, Dikaulah Pujian Hamd dan Dikaulah Hamid Pemuji Yang Memuji dan Mahmud Yang Dipuji. Selain dari DiriMu adalah lemah dari melakukan maksud ini. Dengan PujianMu yang dari Haqiqatnya KekasihMu telah mendapat bahagian yang sangat besar pada Maqam Mahmud di Yaumil Mau'ud, iaitu hari yang dijanjikan.
Dan Wahai Allah, limpahkanlah ke atas Baginda Nabi Muhammad Rasulullah y dengan limpahan Rahmat yang sempurna sebanyak bilangan Syahid yang menyaksikan dan Masyhud yang disaksikan. Jesteru, sebagaimana kami adalah lemah pada melakukan Pujian Hamd, begitulah juga kami lemah pada mempersembahkan Selawat yang telah dijanjikan. Kedua-dua perkara tersebut kami serahkan kepadaMu dan melaksanakan segala hak Baginda adalah dengan apa yang ada di sisiMu. Dan ke atas Ahli Baginda dan ke atas Para Sahabatnya Z yang telah berjaya atas kesempurnaan pengikutan, yang telah sampai hingga ke Darjat Wilayat dan begitu banyak kesejahteraan telah turun ke atas mereka. Sesudah Pujian Hamd dan Selawat, adalah menjelaskan bahawa pada tahun 1051 Hijrah telah ditemui beberapa helaian warkah manuskrip ayat-ayat Qudsi karangan Hadhrat Qudwah Al-Muhahaqqiqin, Uswah Al-Wasilin, Hujjatullah Fil'Alamin, Pelindung Para Aqtab dan Para Nujaba, Mulla bagi Para Ifrad dan Para Budala, Sahib Wilayat Asliyyah, Bendahari Rahmat Ilahiyyah, Pewaris Kamil yang 'Alim, Mutakallim, Mukallim, Muhaddits, Imam Rabbani, Khalifah Rahmani, Imam dan Qiblah kami, Syaikh Ahmad Bin 'Abdul Ahad Al-Faruqi Qaddasallahu Sirrahu pada tangan sebahagian rakan-rakanya yang tidak dilaporkan nukilannya. Pada helaian warkah ini dengan kandungan lafaz-lafaz dan ibarat-ibarat yang berwarna-warni dan menggembirakan hati dan mengandungi himpunan rahsia-rahsia Khufiyyah yang tersembunyi dan suatu karangan berkenaan Ma'rifat pada martabat yang tinggi. Sya'ir, Pada setiap lafaznya adalah taman harapan, Dan di setiap barisnya ada rantaian permata.
2
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah Setiap helaian warkahnya adalah bagai pembimbing yang berbelas kasihan yang dapat menyampaikan kepada Ka'bah yang dimaksudkan. Setiap mukasuratnya adalah menghuraikan secara Ijmali berkenaan rahsia-rahsia Ma'bud Yang Disembah atas sekelian kejadian. Sya'ir, Pada setiap helaian warkahnya, Terdapat daftar catatan Ma'rifat. Di kalangan para pengikut yang setia, telah datang di dalam hati seorang daripada mereka bahawa supaya ianya dinukilkan dan permata-permata yang terlerai itu dihimpunkan dan disusunkan secara tertib dalam rantaiannya dan dipelihara kerana kebanyakan pengetahuan Ma'rifat dalam helaian warkah-warkah ini adalah daripada ilmu-ilmu pengetahuan yang terdahulu Hadhrat Syaikh. Maka kerana itulah untuk sebahagian daripada warkah-warkah ini, bagi menghasilkan pengetahuan tentangnya terdapat penjelasannya di dalam surat-surat Hadhrat Syaikh. Akan tetapi perbincangan di dalamnya yang begitu panjang lebar adalah perkara lain dan ianya tidak kosng dari sebarang faedah-faedah dan keterangan-keterangan tambahan. Kerana itulah sebagai memperolehi keberkatannya dinukilkan seluruh warna warkah-warkah itu pada kertas putih lalu disusunkan sebuah risalah dengan nama Mukashafat. Turut dinukilkan juga di permulaan Mukashafat, Syajarah-syajarah Para Masyaikh Qadiriyyah dan Para Masyaikh Naqshbandiyyah yang telah dinukilkan oleh Hadhrat Syaikh dan Surat-surat Ijazat yang telah dituliskannya kepada sebahagian Para Khulafanya sebagai mendapatkan keberkatan. Dalam kandungannya turut dinyatakan nama-nama Para Masyaikh Chishtiyyah yang mulia meskipun ianya bukan dinukilkan oleh Hadhrat Syaikh. Dan pada Khatimah penutup risalah ini dinukilkan empat puluh Hadits yang telah dihimpunkan oleh Hadhrat Syaikh. Setiap satu daripada Ahadits tersebut adalah Hadits Muttafaqun 'Alaih yakni yang telah disepakati oleh Hadhrat Imam Bukhari dan Hadhrat Imam Muslim Rahmatullah 'Alaihima. Turut dinyatakan juga Ahadits yang telah dihimpunkan oleh Hadhrat Syaikh berkaitan kelebihankelebihan Hadhrat Syaikhain yakni dua orang Syaikh iaitu Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina 'Umar Faruq Al-Khattab Radhiyallahu Ta'ala 'Anhuma. Di samping itu, turut disertakan juga sebuah Hadits yang menghimpunkan kebaikan dan membuahkan keberkatan. Dan pada Khatimah penutup Ahadits tersebut terdapat sebuah Hadits yang sampai kepada Hadhrat Syaikh menerusi rantaian Silsilah dengan Isnad dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah y Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Allah sahajalah yang telah mengurniakan Taufiq Haqq yang benar. Wahai Tuhan kami, janganlah menghukum kami sekiranya kami terlupa atau tersilap. Kini kami memulakan Risalah ini dengan Taufiq Allah Ta'ala.
3
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
SYAJARAH PARA MASYAIKH QADIRIYYAH QADDASALLAHU TA'ALA ASRARAHUM
H
adhrat Baginda Rasulullah y Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya bahawa perumpamaan bagi anak-anakku adalah sebagaimana bahtera Hadhrat Nabi Nuh 'Alaihissalam bahawa mereka yang sudah menaiki di dalamnya, mereka telah memperoleh kejayaan dan sesiapa yang tertinggal di belakang mengalami kebinasaan.
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
S
egala pujian bagi Allah yang telah mencahayakan hati-hati Para 'Arifin dengan Ma'rifatNya dan dengan kesempurnaan pengurniaan telah menganugerahkan kelebihan Ahwal Para Salikin atas sekelian alam. Dan semoga Selawat ke atas Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah y Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan ke atas seluruh Ahlinya. Allah Ta'ala telah berfirman:
3 ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# çνyŠ$t7Ïã ª!$# çÅe³t6ム“Ï%©!$# y7Ï9≡sŒ
3 4’n1öà)ø9$# ’Îû nο¨Šuθyϑø9$# ωÎ) #·ô_r& ϵø‹n=tã ö/ä3è=t↔ó™r& Hω ≅è% Itulah karunia yang dengannya Allah menggembirakan hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan amalan Salih. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali Mawaddah kasih sayang dalam kekerabatan keluarga.
4
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
Amma Ba’du,
H
amba yang mengharapkan Rahmat Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kaya, Ahmad Bin ‘Abdul Ahad Faruqi berkata bahawa setelah teguh melaksanakan amalan-amalan yang disukai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, daku telah memakai pakaian Khirqah Sufiyyah Qadiriyyah Fulan Bin Fulan iaitu seorang saudara yang Salih. Beliau telah memakainya daripada Hadhrat ‘Arif Billah Syaikh Kamal Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah memakainya daripada Syaikh Murshidnya, Qutub Awliya, Syaikhul Muhaqqiqin Hadhrat Shah Fudhail Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikh Murshidnya, Hadhrat Sayyid Gada Rahman Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Sayyid Shamsuddin Saharai Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Sayyid Bahauddin Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhul Muhaqqiqin, Hadhrat Sayyid ‘Abdul Wahhab. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Sayyid Syarafuddin Quttal Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerimanya daripada Syaikh Murshidnya, Sayyidus Sadat, Qutub ‘Alam, Sayyid ‘Abdur Razzaq. Beliau telah menerima daripada Syaikh dan Ayahandanya, Qutub Rabbani, Ghauts Samadani, Karim At-Tarafain, Al-Hasani, Al-Husaini, Al-Hanbali, Ash-Syafi’i, Hadhrat Amir, Sayyid Muhyiuddin Abu Muhammad ‘Abdul Qadir Jailani Qaddasallahu Ta’ala Sirrahu. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Qutub ‘Alam, Sayyidus Sadat, Hadhrat Shah Abi Salih Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Hadhrat Shah Sayyid Musa Janggi Dost Rahmatullah ‘Alaih. Belaiu telah menerima daripada Ayahandanya, Hadhrat Qutub ‘Alam, Shah Sayyid ‘Abdullah Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Sayyid Yahya Zahid Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Qutub ‘Alam, Hadhrat Sayyid Muhammad Mawrits Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Shah Sayyid Daud Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Shah Musa Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Shah Sayyid ‘Abdullah Mawrits Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Qutub ‘Alam, Hadhrat Shah Musa Jun Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Hadhrat Shah Sayyid ‘Abdullah AlMahdhz Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya Sayyidus Sadat, yang terhimpun segala berkat, Hadhrat Hasan Mutsanna Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Imamul Muttaqin, Qudwatul Muslimin, Imam Hasan Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu. Beliau telah memakai Khirqah ini daripada Ayahanda dan juga Ibundanya iaitu Hadhrat Sayyidina ‘Ali Murtadhza Bin Abi Talib Karramallahu Wajhahu Wa Radhiyallahu ‘Anhu dan Hadhrat Sayyidatina Fatimah Zahra Radhiyallahu Ta’ala ‘Anha Binti Sayyidul Mursalin Hadhrat Muhammad Mustafa Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Wa Ashabihi Wa Atba’ihi Ajma’in.
5
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
SYAJARAH PARA MASYAIKH NAQSHBANDIYYAH QADDASALLAHU TA’ALA ASRARAHUM
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
S
egala pujian bagi Allah yang telah menetapkan bahawa ketaatan kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah sebagai ketaatan kepada DiriNya dan telah memerintahkan kepada Para Mukminin mencari pendekatan Wasilah. Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman,
©!$# tí$sÛr& ô‰s)sù tΑθß™§9$# ÆìÏÜム¨Β Barangsiapa yang mentaati Rasul itu sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan Allah Ta’ala telah berfirman,
( s's#‹Å™uθø9$# ϵø‹s9Î) (#þθäótGö/$#uρ ©!$# (#θà)®?$# (#θãΖtΒ#u šÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya. Kerana itu, secara yakinnya bahawa barangsiapa yang mentaati Rasulullah, dia akan berjaya dan medapat kejayaan yang besar. Dan barangsiapa yang mencari pendekatan Wasilah terhadap Allah, dia akan sampai ke suatu darjat yang tinggi.
6
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah Dan Selawat dan Salam yang paling sempurna mohon dilimpahkan ke atas Rasulullah yang suci dengan pandangan yang bersifat,
4xösÛ $tΒuρ ç|Çt7ø9$# sø#y— $tΒ Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya. Dan Baginda telah melihat tanda-tanda kebesaran Rabbnya. Dan ke atas Para Ahlinya dan Para Sahabatnya dan ke atas Muttabi’in yakni Para Pengikut yang sempurna yang merupakan bintang-bintang Hidayat dan Wasilah-wasilah yang menyampaikan hingga ke martabat-martabat yang tinggi. Sesudah pujian Hamd dan Selawat, hamba yang bergantung penuh dengan Rahmat Allah Maharaja Yang Maha Perkasa, Ahmad Bin ‘Abdul Ahad Faruqi Naqshbandi, semoga Allah Ta’ala mengampuni segala dosa mereka berdua dan menutupi segala keaiban mereka ingin menyatakan bahawa menerusi Tawassut Hadhrat Fulan, semoga Allah mengurniakan keridhaanNya kepada beliau, terhadap hamba faqir yang sedikit barang dagangan ini daku telah masuk ke dalam Silsilah Iradat Para Masyaikh Naqshbandiyyah yang yang sangat berhak dan mustahak untuk dijadikan sebagai Iqtida tauladan dan Wasilah pendekatan. Kerana itulah bahawa Hadhrat Para Masyaikh ini telah memasukkan pencapaian penghujungan Nihayat pada permulaan Bidayat, melazimkan menuruti Sunnah Nabawiyyah dan menghindari dari terlibat dengan perkara Bida’ah. Semoga Allah Ta’ala memperkembangkan lagi jemaah-jemaah mereka dan memusnahkan orangorang yang Hasad dengki terhadap mereka. Mu’allim dan Syaikh beliau adalah Muayyid Ad-Din yang diridhai, Hadhrat Syaikh Muhammad Al-Baqi Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Syaikh Maulana Khwajagi Amkanggi Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Syaikh Maulana Darwish Muhammad Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Syaikh Maulana Muhammad Zahid Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Syaikh Qudwatul Abrar Maulana ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Syaikh Maulana Ya’qub Charkhi Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Qiblah Tariqat ini dan Imam kami Hadhrat Baha Al-Haqq Wad-Din Rahmatullah ‘Alaih yang masyhur dengan nama Naqshband, dan Syaikh serta Mu’allim Adab dan Tariqat beliau adalah Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘Alaih. Syaikh beliau adalah Hadhrat Maulana Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Khwajah ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih yang masyhur dengan nama ‘Azizan.
7
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah Syaikh beliau adalah Hadhrat Khwajah Mahmud Khair Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘Alaih, dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Maulana Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘Alaih. Dan Syaikh beliau adalah Ketua Tariqat ini Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih. Dan Ruhaniyat untuk diriku telah ditentukaan kadarnya dari Hadhrat Ketua Syaikh Naqshbandi, Imam Rabbani, Khwajah Syaikh Abu Ya’qub Yusuf Hamdani Rahmatullah ‘Alaih. Dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Syaikh Tariqat Khwajah Abu ‘Ali Faramadi Tusi Rahmatullah ‘Alaih. Dan Syaikh beliau adalah Hadhrat Qutub Rabbani Syaikh Abul Hasan Kharqani Rahmatullah ‘Alaih. Dan Syaikh beliau serta Murabbi Ruhaninya adalah Hadhrat Sultanul ‘Arifin Syaikh Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘Alaih. Dan Syaikh serta Murabbi Ruhani beliau adalah Hadhrat Sultan Imam Ja’far Sadiq Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu. Dan Syaikh beliau adalah datuk daripada keturunan ibunya iaitu Hadhrat Imam Qasim Bin Muhammad Bin Abu Bakar Siddiq Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhum. Beliau adalah dari kalangan Para Tabi’in yang terdahulu dan merupakan seorang dari kalangan Para Fuqaha Sab’ah yang masyhur iaitu tujuh orang yang paling Faqih dalam kefahaman tentang Syari’at Islam. Syaikh beliau adalah Hadhrat Salman Farisi Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu, seorang yang telah mendapat kemuliaan dari Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang telah menyatakan bahawa, “Salman adalah daripada Ahli Bait kami.” Dan Syaikh beliau adalah seorang yang telah berbai’at dengan Hadhrat Khairul Bashar Nabi Muhammad Rasulullah ‘Alaihis-Solatu Wat-Taslimat serta merupakan Amir pemimpin bagi Para Mukminin, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu. Dan Syaikh beliau adalah Afdhalul-Anbiya, Qudwatur-Rusul, Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang telah diutuskan sebagai Hidayat bagi Agama Islam Ad-Din Al-Haqq dan agar ianya mengalahkan segala agama yang lain.
8
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
SYAJARAH PARA MASYAIKH CHISHTIYYAH QADDASALLAHU TA’ALA ASRARAHUM
K
etahuilah bahawa Tuan Hadhrat kami, semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mensucikan kita dengan rahsianya yang suci, telah mendapat Nisbat Chishti daripada Ayahandanya seorang Buzurguar yang Salih dan telah mengambil Khirqah Para Masyaikh Chishtiyyah ini menerusinya. Beliau adalah seorang yang ‘Arif Rabbani, Uswatul Muhaqqiqin, Ustazul ‘Ulama, tempat berlindung Para Atqiya, seorang yang Jami’ Syari’at dan Haqiqat, Hadhrat Syaikh ‘Abdul Ahad Quddisa Sirruhu. Beliau telah memakai Khirqah ini daripada Qutub Daerah Wilayat, Petanda Hidayat dan Makhluk, Kamil Mukammil, Hadhrat Syaikh Ruknuddin Qaddasallahu Ta’ala Sirrahu. Beliau telah menerima daripada Ayahandanya, Hadhrat Syaikhul Islam, Qutub Aqtab, Syaikh ‘Abdul Quddus Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikhul Islam, Syaikh Muhammad ‘Arif Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya serta Ayahandanya, Hadhrat Syaikh Shamsuddin Ahmad ‘Abdul Haqq Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikh Jalaluddin Bani Baihaqi Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikh Shamsuddin Turkistani Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikh ‘Alauddin ‘Ali Ahmad Sabiri Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah Fariduddin Mas’ud Ajwadahni Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Qutub Millat Wa Din Khwajah Qutbuddin Bakhtiyar Ushi Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah Mu’inuddin Sanjari Rahmatullah ‘Alaih.
9
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah ‘Utsman Haruni Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah Haji Syarif Zandani Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Maudud Chishti Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikh Abu Yusuf Chishti Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah Abu Muhammad Chishti Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Abu Ishaq Bisami Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah Abu Ishaq ‘Uludinauri Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah Rahmatullah ‘Alaih.
menerima
daripada
Syaikhnya,
Hadhrat
Hubairah
Basri
Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikh Huzaifah Mar’ashi Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Sultan Balkh Ibrahim adham Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Fudhail Bin ‘Iyadh Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Khwajah ‘Abdul Wahid Bin Zaid Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Syaikh Hasan Basri Rahmatullah ‘Alaih. Beliau telah menerima daripada Syaikhnya, Hadhrat Amirul Mukminin, Imam Muslimin ‘Ali Murtadha Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu dan beliau telah menerima daripada Syaikhnya Hadhrat Risalat Rafi’ah Wa Qudsiyyah Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
10
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah SURAT IJAZAT PERTAMA Bismillahir Rahmanir Rahim.
S
esudah Hamd dan Solat, hamba yang bergantung penuh dengan Rahmat Allah Al-Malik Al-Wali, Ahmad Bin Syaikh ‘Abdul Ahad Faruqi Naqshbandi, semoga Allah Ta’ala merahmati ke atas mereka berdua, ingin menyatakan bahawa saudara yang Salih, ‘Alim, Siddiq, seorang yang Jami’ terhimpun dengan ‘Ulum Syari’at, Tariqat dan Haqiqat, Hadhrat Syaikh Hamid Banggali, semoga Allah menjadikannya hamba yang dikasihiNya dan semoga diberikan Taufiq untuk melakukan perkara-perkara yang disukaiNya, bahawa tatkala beliau menempuh tingkatan-tingkatan Manazil Suluk, beliau telah mendaki atas peningkatan Jazbah dan sampai sehingga ke Darjat Wilayat. Sesudah perkara itu, adalah bahawa terhasil martabat pencapaian penghujungan Nihayah di dalam permulaan Bidayah beliau, maka daku memberikan Ijazat keizinan supaya menuruti ajaran Tariqat Para Masyaikh Naqshbandiyyah Qaddasallahu Ta’ala Asrarahum, semoga Allah mensucikan segala rahasia mereka dan supaya dapatlah memberikan Ta’lim pengajaran kepada Para Talibin, Para Muridin yang Mukhlis dan Para Mustarsyidin setelah melakukan Istikharah dan menghasilkan keizinan. Dan adalah dimohonkan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar beliau terpelihara dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak elok dan tidak bersesuaian dengannya. Dan hendaklah menetapkan jejak langkah atas menuruti Hadhrat Sayyidul Mursalin ‘Alaihi Wa‘alaihimus Solawatu Wat-Taslimat.
SURAT IJAZAT KEDUA Bismillahir Rahmanir Rahim Nahmaduhu Wa Nusolli ‘Ala Nabiyyihi Wa‘ala Aalihil Kiram
S
esudah pujian Hamd dan Selawat, hendaklah diketahui bahawa saudara Fulan yang Salih, Salik Tariqat, Ahli Allah, ‘Arif Billah, Sayyid Kamil Muhammad Nu’man, semoga Allah Ta’ala mengurniakan Taufik keridhaanNya kepada beliau dan kepada kami, apabila beliau telah masuk ke dalam Halqah Iradat Naqshbandiyyah Qaddasallahu Asrarahum dengan perantaraan Faqir ini dan beliau telah berjalan atas Tariqah ‘Aliyah yang tinggi ini dan telah terzahirnya manafaat bagi Para Penuntut, maka daku telah memberikan Ijazat keizinan untuk mengajarkan jalan Tariqat Haqiqat ini. Semoga keselamatan ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk Hidayat dan beriltizam menuruti Hadhrat Nabi Muhammad Mustafa Rasulullah ‘Alaihi Wa‘ala Aalihis Solatu Wat-Taslimat.
11
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah SURAT IJAZAT KETIGA Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Liwaliyyihi Was-Solatu Wat-Tahiyyatu ‘Ala Nabiyyihi Wa’ala Aalihi Wa Ashabihil Kiram Ad-Da’iina Lil Khalqi Ila Dar As-Salam.
H
amba yang bergantung penuh pada Rahmat Allah Al-Waliy Al-Ghani, Ahmad Bin ‘Abdul Ahad Faruqi Naqshbandi, semoga Allah Ta’ala mengampuni segala dosa dan menutupi segala keaiban mereka berdua, ingin mengatakan bahawa apabila Allah Ta’ala telah mengurniakan Taufiq kepada saudara yang beramal, berkelebihan dan Syaikh yang sempurna, Hadhrat Muhammad Bin Tahir untuk berjalan di atas jalan Tariqat Para AwliyaNya dan telah masuk ke dalam Tariqat Naqshbandiyyah dengan sepenuh kesungguhan Himmat, maka telah terhasillah Hudhur, Syuhud, Qurbat dan Jam’iyyat dan petunjuk Hidayat telah menjadi dipermudahkan yang pencapaiannya terletak dipenghujungan. Kemudian, apabila telah berlalu hal keadaan ini untuk masa beberapa lama, maka telah terzahir bahawa dalam masa yang hampir beliau akan ditimpa dengan suatu bala musibah yang besar sehingga terlepas dari Sirat Mustaqim dan keluar ke arah jalan-jalan yang berlainan. Dan daripada Mazhab Haqq ini, beliau akan cenderung ke arah Mazhab Batil. Daku telah berfikir terhadap dirinya dan daku telah memohon secara keterpaksaan dengan Tadharru’ dan Khusyu’ di hadapan Hadhrat Allah Ta’ala supaya bala terjauh dari beliau dan bala musibah dapat terhindar darinya. Kemudian, sesudah bertadharru’ dengan sempurna, telah terzahir ke atas diriku bahawa dalam masa yang hampir, bala musibah ini akan terjauh darinya. Maka daku telah melakukan kesyukuran atas perkara ini. Sesudah tempoh masa yang singkat, perkara yang mula-mula terzahir padaku adalah bahawa beliau telah terkeluar dari jalan Tariqat lalu cenderung ke arah kejahatan yang keji dan daripada Haqq kebenaran beliau telah cenderung ke arah kebatilan. Atas keadaan ini, pengharapan juga telah terputus dan tiada lagi pengharapan untuk kembali ke arah kebenaran yang Haqq dan ke arah Istiqamah. Ketika beliau telah masuk ke dalam suatu jalan dari jalan-jalan yang lain, maka Allah Ta’ala telah menzahirkan ke atas diriku bahawa daku hendaklah bertawajjuh dengan memohon pertolongan Madad dan Taufiq Allah Ta’ala untuk memaksanya keluar daripada jalan tersebut. Dan sesudah itu, daku telah cuba berusaha untuk menghentikannya dari jalan tersebut supaya beliau tidak kembali kali kedua untuk cenderung ke arah hal keadaan tersebut. Hal keadaan ini telah berlaku selama berbulan-bulan bahkan setahun telah berlalu.
12
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah Kemudian, dengan sokongan Allah Ta’ala, perkara kedua yang telah terzahir adalah bahawa beliau telah kembali ke arah kebenaran Haqq dan sudah balik ke arah Sirat Mustaqim. Kemudian, beliau telah menempuh baki tingkatan-tingkatan Jazbah dan Maqamat Suluk dan beliau telah mahir sebagai ahlinya, bahawasanya beliau boleh memberikan pengajaran Ta’lim berkenaan Tariqah ‘Aliyyah yang tinggi ini kepada Para Penuntut dan Para Muridin. Maka telah datanglah perkataan ini dalam hatiku bahawa hendaklah diberikan Ijazat keizinan kepada beliau untuk mengajarkan Tariqat ini dan memberikan Tarbiyah kepada Para Penuntut. Adapun sesudah melakukan Istikharah dan Tawajjuh, daku telah memberikan Ijazat keizinan kepada beliau dan daku telah bermohon kehadhrat Allah Ta’ala agar mengurniakan kepada beliau dengan kesanggupan atas menuruti Hadhrat Sayyidul Awwalin Wal Akhirin Nabi Muhammad Rasulullah ‘Alaihi Wa’ala Aalihis Solatu WatTaslimat dengan Istiqamah. Dan oleh kerana Syaikh yang diisyarahkan kepadanya ini telah menghasilkan bahagian yang sepenuhnya serta bernasib baik dengan Silsilah Qadiriyyah dan Chishtiyyah, kerana itu daku telah memberikan Ijazat kepada beliau bahawa beliau boleh memberikan Khirqah Iradat Tariqah Qadiriyyah dan Khirqah Tabarruk Tariqah Chishtiyyah kepada Para Muridin. Adalah dimohonkan pemeliharaan dan Taufiq dari Allah Ta’ala. Hanya bagi Allah segala pujian di awal permulaan dan di akhir penghujungan iaitu Rabb Tuhan Pemelihara sekelian alam. Dan Selawat serta Salam ke atas Hadhrat Sayyidil Mursalin berterusan berkesinambungan dan ke atas Ahli-ahlinya yang agung dan Para Sahabatnya yang mulia.
SURAT IJAZAT KEEMPAT Alhamdulillahi Wasalamun ‘Ala ‘Ibadihil Ladzina Astafa. Sesudah pujian Hamd dan Selawat, bahawa setelah melakukan Istikharah dan merujuk kepada Allah, daku telah memberikan Ijazat keizinan pada saudara yang Siddiq dan Salih, Hadhrat Muhammad Hashim untuk mengajarkan Tariqat Sawab Naqshbandiyah ini. Sebagaimana Tuan Syaikhku dan Maulaku dan Penghuluku, Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Naqshbandi telah memberikan Ijazat keizinan kepadaku, semoga Allah Ta’ala menyampaikan beliau hingga ke tempat pengharapannya. Semoga kesejahteraan ke atas mereka yang menuruti petunjuk Hidayat.
13
Ghaibiyyat Fi Mukashafat 'Ainiyyah
MUKASHAFAT
14