1
Projek inovasi ini merupakan tugasan terakhir bagi pelajar Semester 8 PISMP untuk subjek Reka Bentuk Projek. Kami, para pelajar telah diberi tugas untuk menyiapkan satu unit projek permainan yang boleh dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) beserta dokumentasi mengenai permainan yang dihasilkan. Tugasan kami bermula dari peringkat mencari idea disusuli dengan menterjemahkan idea kepada lakaran. Reka bentuk permainan yang bakal dihasilkan bergantung pada kreativiti pelajar berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk melahirkan idea di samping penerapan elemen serta prinsip penghasilan reka bentuk yang telah dipelajari. Seterusnya adalah mengaplikasikannya kepada produk sebenar yang boleh dijadikan sebagai bahan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses menyiapkan projek ini banyak memberi impak yang positif dan menjurus ke arah pembacaan, perbincangan
akademik dan pengkongsian
maklumat secara pintar di kalangan pelajar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kerjasama di antara pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan
dan
mengakses
maklumat
dari
pelbagai
sumber
serta
dapat
mengaplikasikannya iaitu dari bentuk imaginasi (idea) kepada bentuk realiti (sebuah projek inovasi). Ini dapat mengaktifkan lagi daya pemikiran pelajar dan juga menambahkan menambahkan pengetah pengetahuan uan serta serta pengalaman pengalaman masing-masing. masing-masing.
2
3
2.1 : RASIONAL Membuat produk inovasi yang berkonsepkan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang kukuh dan stabil di samping mempunyai nilai estetika yang tinggi dan juga nilai egronomik. Produk Bahan Bantu Mengajar yang mempunyai nilai komersial yang bersesuaian dengan sasaran pasaran agar dapat dijual sekiranya produk itu dikomersilkan. Menyediakan produk permainan yang mengggunakan kos yang rendah dan berpatutan. Menyiapkan produk Bahan Bantu Mengajar yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Menghasilkan sebuah produk Bahan Bantu Mengajar yang mudah dialihkan dan ringan. Mencipta produk Bahan Bantu Mengajar yang simple dan moden.
2.2 : MATLAMAT Matlamat penghasilan produk inovasi yang berkonsepkan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) ini adalah untuk memberi pengalaman kepada bakal guru dalam pembuatan sesebuah produk. Projek ’Roda Serbaguna’ dihasilkan bertujuan sebagai bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat murid terhadap
aktiviti
pembelajaran
di
dalam
kelas
serta
memaksimumkan
penggunaan bahan terpakai seperti tayar basikal. Projek ini sesuai digunakan sebagai
bahan
bantu
mengajar
kerana
fungsinya
yang
menarik
dan
mempelbagaikan lagi corak pengajaran guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Projek ini juga bertujuan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam bidang pembuatan.
4
2.3 : OBJEKTIF Membolehkan pelajar menggunakan kemahiran reka cipta. Mewujudkan sifat daya cipta dalam kalangan pelajar. Membolehkan pelajar menimba pengalaman serta kefahaman yang berguna sepanjang penghasilan projek. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang kursus yang dipelajari. Menggalakkan pelajar yang juga bakal guru berfikir dengan lebih kreatif tentang kaedah pengajaran yang pelbagai untuk dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.4 : PERNYATAAN MASALAH Sebagaimana yang telah diketahui, terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar berunsurkan ’roda’ yang terdapat di pasaran. Melalui hasil pemerhatian mendapati bahawa bahan bantu mengajar berunsurkan ’roda’ yang sedia ada ini
mempunyai beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah ia menggunakan ruang yang agak luas serta mempunyai bentuk dan berat objek yang tidak relevan untuk dibawa ke mana- mana. . Malah, bahan bantu mengajar berkonsepkan roda yang terdapat di pasaran juga susah disimpan jika tidak digunakan dan ini mengakibatkan kerugian ruang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perabot yang lain. Bahan bantu mengajar roda impian yang telah dicipta ini dihasilkan daripada material yang berbeza-beza seperti roda, kayu, besi kertas warna yang menarik. Kami memaksimumkan penggunaan bahan-bahan terpakai bagi mengelakkan pembaziran berlaku. Penerapan unsur inovatif kami terapkan dalam menghasilkan projek inovasi ini.
5
2.5 : PENYELESAIAN MASALAH Setelah menjalankan pemerhatian, kami mencapai kata sepakat iaitu untuk menghasilkan sebuah projek bahan bantu mengajar ’Roda Serbaguna’ bagi membantu murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, beberapa idea dan pendapat telah dicapai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi 1.
Roda Serbaguna mudah dibawa dan disimpan.
Permainan roda yang mudah dibawa dan disimpan ini mudah dibawa dan disimpan bagi memaksimumkan ruang bagi kelas atau bilik darjah yang mempunyai saiz dan ruang yang terhad.
2.
Bentuk dan berat yang tinggi.
Melalui masalah ini, kami membina sebuah roda serbaguna yang sederhana dan
menggunakan material yang ringan dan mudah
dikendalikan. Bentuk yang dihasilkan bersesuaian dengan bilik darjah yang bersaiz kecil dan sederhana.
2.6 : PENCETUSAN IDEA Sebelum memulakan projek, kami terlebih dahulu mengkaji selidik dan membuat pemerhatian dari segi reka bentuk dan kualiti bahan bantu mengajar yang pernah dihasilkan sebelum ini. Apa yang bermain di fikiran saya ialah produk permainan yang paling menarik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kami memulakan tugas yang pertama iaitu membuat pemerhatian dengan mengumpul contoh-contoh permainan yang terdapat dalam laman sesawang. Pemerhatian kami terdiri dari pelbagai aspek antaranya ketahanan, berat, saiz, kestabilan warna dan reka bentuk yang menarik.
6
Idea untuk menghasilkan ‘Roda Serbaguna’ ini tercetus apabila sebelum
ini, kami melihat kebanyakan guru hanya menggunakan kotak atau polisterin sahaja untuk menghasilkan bahan bantu mengajar seperti ini. Kami mula terfikir untuk menghasilkan sebuah roda dalam bentuk 3D yang betul-betul berfungsi dan boleh digunakan berulang kali. Oleh sebab itu, kami telah memutuskan untuk menggunakan material yang ringan dan sesuai iaitu besi dan keluli agar ia tidak mudah rosak dan patah. Setelah idea ini terhasil, kami dengan segera membuat lakaran kasar produk permainan yang menarik hati dan dirasakan terbaik. Seterusnya, kami mengaplikasikan daripada apa yang dilakar dalam lukisan kepada produk sebenar.
2.7 : DESKRIPSI PROJEK Roda Serbaguna dihasilkan bertujuan bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian ilmu oleh guru. Produk ini sesuai digunakan bagi memantapkan ingatan murid-murid berkenaan sesuatu tajuk atau pelajaran. Bahan bantu mengajar ini dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap pengajaran guru dan lebih sesuai digunakan berbanding mengajar menggunakan kaedah ‘ chalk and talk ’. Tambahan pula, ia boleh digunakan dalam mana-mana tajuk yang
dirasakan sesuai oleh guru. Projek Roda Serbaguna ini menggunakan rim basikal yang berdiameter 20 inci dan 1.5 inci tebal. Ketinggian projek ini ialah 30 cm. Saiz ini adalah amat sesuai dengan projek dan mudah dibawa oleh guru ke mana-mana
sahaja.
Ia
juda
mudah
dialihkan,
mudah
disimpan
serta
tidakmenggunakan ruang yang besar. Walaubagaimanpun, ia tidaklah terlalu kecil dan sesuai dimainkan oleh sekumpulan murid antara 4-6 orang.
7
8
3.1 : LUKISAN PEMASANGAN
9
3.2 : LUKISAN CERAIAN
10
3.3 : PANDANGAN ATAS
11
3.4 : PANDANGAN HADAPAN
3.4 : PANDANGAN SISI
12
13
4.0) PROSES PENGHASILAN PROJEK
Setelah memutuskan untuk menghasilkan Roda Serbaguna, kami mengumpul bahan dan alatan yang diperlukan seperti rim basikal, jangka lukis, mounting board , gam, pisau penanda dan kertas warna.
Setelah mendapatkan bahan yang diperlukan, roda basikal itu perlu di’ welding ’ terlebih dahulu bagi mendapatkan tapak yang kukuh dan stabil untuk projek Roda Serbaguna tersebut.
14
Langkah kedua ialah menggunting mounting board tersebut kepada dua kepingan bulatan yang lebih kecil untuk menutup permukaan roda basikal.
Langkah ketiga ialah menampal mounting board tersebut di atas permukaan roda basikal dan melekatkan setiap kepingan tersebut dengan kemas dan kukuh.
15
Langkah seterusnya ialah melekatkan permukaan tersebut dengan kertas lain yang dipilih serta membahagikan bulatan kepada 8 bahagian.
Langkah terakhir ialah menghias roda tersebut dengan hiasan dan aksesori yang sesuai berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
16
17
REKA BENTUK MENARIK
Roda Serbaguna ini mempunyai reka bentuk yang menarik. Walaupun rekaan sebegini selalu dijumpai namun kita biasanya melihat roda yang dihasilkan menggunakan kotak atau polisterin. Tambahan pula, warna yang dipilih dalam menghasilkan Roda Serbaguna ini membuatkan ia tampak menarik dan ceria.
TAHAN LAMA
Roda Serbaguna ini mempunyai ketahanan yang tinggi dan tahan lama kerana keseluruhan badannya dihasilkan daripada besi dan keluli. Oleh sebab itu, ia tidak akan menyerap air, tahan bebanan haba yang tinggi serta tidak mudah patah.
PELBAGAI GUNA / MULTIFUNCTION
Roda Serbaguna yang dihasilkan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran dan tidak memfokuskan hanya kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Sebagai
contohnya,
guru
boleh
menggunakan
permainan
ini
untuk
memantapkan ingatan murid terhadap nama dan kegunaan alatan tangan dalam tajuk-tajuk Kemahiran Hidup dan murid akan lebih berminat terhadap kaedah pengajaran seperti ini.
NILAI KOMERSIAL
Roda Serbaguna ini bersesuaian dengan sasaran pasaran kerana reka bentuk yang menarik dan ceria, sifat katahanlasakan dan kestabilan yang tinggi serta mempunyai pelbagai kegunaan.
STABIL DAN KUKUH
Roda Serbaguna yang dihasilkan boleh menahan bebanan, serta mempunyai kestabilan yang tinggi. Selain itu, sifat permainan ini yang ringan dan kecil menjadikan ia boleh dibawa ke mana sahaja. 18
19
A) Kos Barangan
BIL
BARANGAN
HARGA
KUANTITI
JUMLAH
SEUNIT(RM)
1
Rim basikal
40.00
1 unit
RM 40.00
2
Welding
30.00
1 unit
RM 30.00
3
Mounting board
6.00
1 keping
RM 6.00
5
Gam UHU
2.50
1 unit
RM 2.50
6
Nylon Cable Tie
2.00
1 paket
RM 2.00
7
Kertas warna
0.20
10 keping
RM 2.00
Jumlah
RM 82.50
20
21
BULAN/MINGGU
OGOS
AKTIVITI
1
2
3
4
SEPTEMBER
OKTOBER
1
1
2
3
4
2
Mengenalpasti idea
Mencari contoh projek yang telah siap Membuat lakaran awal projek
Menghasilkan lukisan projek Mengumpul
bahan
dan
alatan
yang
diperlukan
Menyiapkan bahagian tapak roda Mencantumkan bahagian permukaan roda
Menghias roda Membuat dokumentasi
22
3
4
23
Alhamdulillah, akhirnya projek bagi Semester 8 yakni semester terakhir kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberi kekuatan untuk menyiapkan projek ini yang telah bermula selepas saya menjalani amali RBT 3116 iaitu bagi subjek Proses dan Kaedah Reka Bentuk. Pada detik-detik awal mendapat tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini sedikit sukar kerana tidak banyak bahan bantu mengajar berkonsepkan permainan yang boleh dihasilkan dengan reka bentuk yang menarik. Tambahan pula, permainan jenis ini adalah sangat terbatas dan saya tidak mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkenaan inovasi produk seperti ini. Namun begitu, apabila difikirkan kembali, saya menerima tugasan ini dengan ikhlas kerana memikirkan tanggungjawab sebagai seorang guru kelak. Seandainya seorang pendidik tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap, mana mungkin beliau dihormati oleh pelajar-pelajar. Atas rasa kesedaran itulah, saya berusaha untuk mencari maklumat dan membuat rujukan untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran tentang reka cipta produk yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah saya yang berdedikasi iaitu Encik Abdul Sukur bin Kamsir, saya akhirnya berjaya menyiapkan projek ini sedikit demi sedikit dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan beliau. 24
Proses menyiapkan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri dan projek yang dilaksanakan agar dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Proses dan Kaedah Reka Bentuk ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Akhir sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan inayahNya, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan sempurna.InsyaALLAH. Wassalam…..
25
26
Sumber Buku
Caborn, Mould dan Cave, (1989). Design and Technology. Nelson International Edition : Penang.
Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin,(2003). Buku Sumber Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Buku Sumber Pelajar Reka Cipta Sekolah Menengah Atas. Pusat Perkembangan Kurikulum : Kuala
Lumpur
Laman Sesawang
http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50170636/&docid=CJASnaqvN9KG cM&imgurl http://www.google.com.my/imgres?start=171&biw=1280&bih=699&tbm=isch&tbni d=43FAAQVerHILXM:&imgrefurl=http://www.archiproducts.com/en/products/323 59/museum-food-trolley-with-drawers-museum-529http://www.google.com.my/imgres?biw=1280&bih=699&tbm=isch&tbnid=mNnle9j xamnOOM:&imgrefurl=http://www.fastcompany.com/1239221/milan-furniturepreview-five-eye-popping-drool-worthy-desi
27