Sumbangan Kejuruteraan kepada masyarakat
Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal. Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera. Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara,Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Jurutera kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Mereka menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial.Mereka juga berperanan dalam mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya.Mereka juga menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan alat kelengkapan lain untuk memastikan bahan-bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain. Kejuruteraan awam ialah kejuruteraan yang merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Jurutera awam harus berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Kejuruteraan awam melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran
kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan. Bidang ini menjadi pekerjaan yang semakin dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan pengkomersialan telegraf elektrik dan bekalan tenaga elektrik. Bidang ini terdiri daripada beberapa subbidang, termasuk kejuruteraan kuasa, elektronik, sistem kawalan, pemprosesan isyarat, telekomunikasi. Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik.Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Mereka juga menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan. Kejuruteraan mekanikal ialah kejuruteraan dalam menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Peranan mereka telah membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Kejuruteraan mekanikal melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu.,mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu. Kerjaya jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara.dan membawa kepada kemakmuran masyarakat.Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang? Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.Konklusinya,sumbangan mereka amat penting perlulah kita hargai supaya masyarakat kita hidup dalam serba moden dan negara kita akan cemerlang,gemilang.dan terbilang.