KAJIAN LAPANGAN 1.0 PENDAHULUAN Kumpulan PISMP Tahun 2 Semester 1 seramai 81 oarang pelatih guru, telah membuat lawatan ke Penempatan Masyarakat Orang Asli di Daerah Baling, Kedah. Tujuan lawatannya adalah untuk mengetahui proses pengamalan dan pengekalan nilai-nilai asal dalam kehidupan mereka serta proses asimilasi dan intergrasi yang berlaku dengan kehidupan masyarakat setempat. Kami telah melaksanakan kajian lapangan berdasarkan pemerhatian, temubual, kajian perpustakaan untuk mengumpul data dan maklumat berhubung dengan Penempatan Orang Asli Baling, Kedah. 2.0 SEJARAH DAN MAKLUMAT KAMPUNG Di kawasan pinggir Daerah Baling, terdapat sebuah penempatan orang asli yang dikenali sebagai Perkampungan Orang Asli Lubok Legong. Ia terletak di Mukim Siong, 13 km dari Pekan Baling. Manakala, dari Bandaraya Alor Setar pula jaraknya ialah 188 km. Perkampungan ini didiami oleh Orang Asli Puak Kensiu. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2003), kawasan ini merupakan satu-satunya kawasan penempatan orang asli dan puak Kensiu ini adalah kumpulan Negrito tunggal yang wujud di Negeri Kedah khususnya dan di Semenanjung Malaysia amnya. Oleh kerana rupa mereka yang seiras dengan golongan Negro di Afrika maka mereka dikenali sebagai Negrito. 3.0 IDENTITI PENDUDUK KAMPUNG Identiti kaum Negrito adalah tersendiri dan boleh dilihat melalui kebudayaan, kebendaan dan kehidupan mereka. Mereka menunjukkan sedikit atau tiada tanda-tanda pertanian. Hal ini adalah kerana mereka ini adalah satu golongan Orang Asli yang nomad sepenuhnya. Bentuk kebudayaan kebendaan mereka termasuk penggunaan dalam mencucuk hidung dan pembinaan kediaman sementara untuk berlindung dari angin dan cuaca. Kaum Negrito mengembara dari setempat ke setempat kerana memburu dan mengumpul bahan makanan dan barang-barang hutan. Mereka tidak mengamalkan pertanian. Mereka mula bercucuk tanam seperti menanam ubi, padi, pisang dan jagung. Sehingga tahun 2000, jumlah penduduk Kensiu yang menganut agama Islam seramai 118 orang dan selebihnya masih mengekalkan kepercayaan animisme. 4.0 PENTADBIRAN DAN BANTUAN DI KAMPUNG Masyarakat Orang Asli Kampung Lubuk Legong adalah di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Perak dan Kedah yang beribu pejabat di Ipoh, Perak. Manakala
di peringkat daerah pula ianya di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Orang Asli Daerah Hulu Perak dan Baling yang berpejabat di Grik, Perak. Kawasan penempatan dilengkapkan dengan sebuah surau, sebuah dewan serbaguna, tabika dan terdapat 46 buah rumah milik penduduk yang dibina oleh JHEOA dan sebuah rumah milik petugas JAKIM. Penempatan juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan bekalan air masyarakat yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air. Di peringkat kampung pula seorang penghulu dilantik dalam kalangan mereka sendiri dan sebuah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan bagi membantu kerajaan. Sebagaimana masyarakat luar, seorang penghulu telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawab mentadbir kampung tersebut. Perlantikan penghulu di dalam masyarakat ini adalah berdasarkan kepada 2 kategori iaitu dari segi keturunan dan pemilihan. Kemahiran asasnya yang perlu ada untuk menjadi penghulu adalah seseorang itu perlu pandai membaca dan menulis. 5.0 PEMERHATIAN, TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK Kaedah soal selidik pula telah dilaksanakan dengan penyediaan sebanyak 50 soalan yang dikategorikan mengikut sub topik yang tersendiri. Antara kategorinya ialah mengenai adat istiadat perkahwinan. Selain itu, terdapat juga soalan yang menumpukan taraf sosioekonomi masyarakat Kensiu, kesanggupan untuk bergaul, pendapat mengenai politik, makanan, jenis aliran sekolah yang dipilih, taraf pendidikan, tahap kesedaran terhadap ilmu pengetahuan, bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian, dan seterusnya hubungan antara masyarakat Kensiu dengan etnik- etnik yang lain yang terdapat di kampung- kampung tersebut. 5.1 Latar belakang Hasil dapatan soal selidik ini telah menggambarkan sejauh manakah proses pengamalan dan pengekalan nilai-nilai asal dalam kehidupan masyarakat Kensiu secara terperinci. Kajian menunjukkan 39.0 peratus terdiri daripada lelaki dan 61.0 peratus perempuan di kampung tersebut. kebanyakannya terdiri daripada lingkungan umur 20 – 30 iaitu sebanyak 40.7 peratus. Diikuti dengan itu lingkungan umur 31 - 40 iaitu sebanyask 30.5 peratus. Selebihnya adalah 15.3 peratus dalam lingkungan umur 41 – 50 dan 13.6 peratus dalam lingkungan umur 51 – 60. Mengikut soal selidik hasil kajiannya menunjukkan hanya 5.1 peratus mempunyai jumlah ahli keluarga 0 hingga 2 orang. Manakala 49.2 peratus menunjukkan jumlah ahli keluarganya terdiri daripada 3 hingga 5 orang. Seterusnya 32.2 peratus pula terdiri daripada 6 hingga 8 oarang dan 13.6 peratus menunjukkan ahli keluarga yang paling ramai iaitu dari 9 hingga 11 orang. Dalam kalangan masyarakat Kensiu memungut hasil hutan menjadi pekerjaan utama iaitu sebanyak 42.4 peratus memilih pekerjaan ini. Merka telah memungut hasil hutan seperti kayu herba untuk membuat ubat,
memungut rotan atau balak untuk menjual, mengutip cendawan, petai, buluh dan sebagainya. Seterusnya mereka memilih pekerjaan menoreh getah sebagai pekerjaan utama iaitu sebanyak 30.5 peratus. Ada juga 10.2peratus dalam kalangan mereka bekerja dengan kerajaan dan swasta. Pekerjaan menternak binatang kurang dipilih oleh masyarakat Kensiu. Hanya 6.8 peratus memilih pekerjaan ini. Selebihnya iaitu 10.2 peratus daripada mereka adalah suri rumah tangga. Oleh sebab hanya suami seoarang yang memikul sara hidup keluarga, separuh daripada mereka iaitu 59.3 peratus tidak mempunyai simpanan daripada gaji bulanan mereka. Hanya 23.7 peratus menyimpan sebanyak RM 100 hingga RM 200, 10.2 peratus daripada mereka menyimpan dari RM 201 hingga RM 500 dan 6.8 peratus menyimpan lebih daridapa RM 500. Daripada soal selidik yang kami buat, dapat tahu bahawa 79.7 peratus adalah penduduk asal. Manakala 20.3 peratus masyarakat merupakan pendatang dari tempat lain seperti dari Perak, Ipoh dan sebagainya. 57.6 peratus masyarakat Kensiu di kampung ini telah mendapat bantuan untuk sara hidup manakala 42.4 peratus pula tidak mendapat apa-apa bantuan. Mereka hanya menyara hidup dengan gaji bulanan mereka sendiri. Pihak – pihak yang memberi bantuan adalah kerajaan 44.1 peratus, masyarakat lain 6.8 peratus, sekolah 1.7 peratus dan penghulu 1.7 peratus. Manakala ada juga yang tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak adalah sama dengan yang mendapat bantuan daripada kerajaan iaitu 44.1 peratus. Pada hal 1.7 peratus merunding belanjaan bulanan mereka dengan simpanan sendiri. Bantuan yang diterima oleh masyarakat Kensiu adalah dalam bentuk wang, pakaian, makanan, dan sebagainya. Segelintir masyarakat yang menerima bantuan dalam bentuk wang dari RM100 hingga RM 250 adalah 28.8 peratus manakala dari RM 300 hingga RM 450 adalah 6.8 peratus. Sebahagian besar yang mendapat bantuan dalam bentuk bukan wang adalah 64.4 peratus. 5.2 Taraf pendidikan Perkara yang mengkagumi kami adalah taraf pendidikan dalam kalangan masyarakat Kensiu. Hanya 11.9 peratus sahaja yang tidak bersekolah pada masa kini. Kemungkinan perkara ini adalah kurang kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan pendidikan. Kini statistik menunjukkan 59.3 peratus mendapat taraf pendidikan sekolah rendah, 25.4 peratus mendapat taraf pendidikan sekolah menengah, 1.7 peratus mendapat taraf pendidikan Diploma dan 1.7 peratus mendapat taraf pendidikan Ijazah / Sarjana / kedoktoran.
5.3 Pantang larang, adat resam, kepercayaan atau anutan agama Walaupun terdapat peningkatan dalam taraf pendidikan, masyarakat Kensiu masih mengikuti pantang larang, adat resam, kepercayaan atau anutan agama dalam kehidupan harian mereka. Sebahagian besar iaitu 61.0 peratus masyarakat masih mengikuti pantang larang manakala segelintir daripada mereka iaitu sebanyak 39.0 peratus tidak mengikuti pantang larang. Apabila kami menghujahkan beberapa soalan yang berkaiatan dengan adat resam maka kami dapat tahui bahawa 45.8 peratus daripada mereka sangat setuju dengan berpegang kuat kepada adat resam mereka manakala 8.5 peratus sangat tidak setuju. 6.8 peratus daripada mereka pula tidak setuju, 10.2 peratus kurang setuju dan 28.8 peratus setuju dengan berpegang kuat kepada adat resam. Terdapat juga perbezaan dalam kalangan generasi lama dan generasi muda dalam berpegang kuat kepada adat resam kaum Kensiu. Daripada soal selidik ini generasi lama sangat setuju dengan berpegang kuat kepada adat resam dengan peratus 52.5 manakala generasi muda sangat setuju dengan berpegang kuat kepada adat resam dengan peratus 8.5. Generasi muda iaitu 45.8 peratus kurang setuju dengan perkara ini. Manakala generasi lama pula iaitu 11.9 peratus kurang setuju dengan dengan berpegang kuat kepada adat resam. Selain daripada itu, didapati 33.9 peratus sangat setuju dengan kenyataan tentang generasi tua sentiasa mendidik generasi muda tentang kepentingan adat resam nenek moyang kaum Kensiu dan hanya 1.7 peratus sahaja sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. 35.6 peratus pula setuju, 15.3 peratus kurang setuju dan 13.6 peratus tidak setuju. 5.4 Penggunaan bahasa Selanjutnya kajian atas penggunaan bahasa melayu dan bahasa Kensiu dikaji. Penggunaan bahasa melayu dalam pertuturan harian telah sangat setuju oleh 44.1 peratus masyarakat Kaum Kensiu di kampung ini manakala 11.9 peratus sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. Diikutinya 20.3 peratus setuju, 8.5 peratus tidak setuju, dan 15.3 peratus kurang setuju. Masih sesetengah masyarakat Kensiu menggunakan bahasa suku Kensiu dalam pertuturan harian. Sebanyak 66.1 peratus sangat setuju menggunakan bahasa suku Kensiu dalam pertuturan harian. Manakala 6.8 peratus pula sangat tidak setuju atas kenyataan ini. 18.6 peratus masyarakat Kensiu setuju dan 8.5 peratus pula kurang setuju. 5.5 Tempat duduk dan tradisi Hasil kajian soal selidik menunjukkan 54.2 peratus masyarakat Kensiu sangat setuju bahawa mereka lebih selesa tinggal di kampung sendiri untuk menyara hidup keluarga. Terdapat juga 5.1 peratus masyarakat sangat tidak setuju dengan kenyataan diatas. Sebilangan masyarakat iaitu 33.9 peratus setuju bahawa mereka lebih selesa tinggal di
kampung sendiri untuk menyara hidup keluarga. Manakala 3.4 peratus kurang setuju dan 3.4 peratus yang sama tidak setuju hidup di kampung sendiri untuk menyara hidup. Ada juga 44.1 peratus sangat setuju untuk anak mereka juga tinggal bersama mereka dan mengusahakan kerja kampung. Hanya 6.8 peratus sahaja yang tidak menyokong dan sangat tidak setuju dengan amalan ini. Dari segi pengekalan tradisi masyarakat Kensiu pula 61.0 peratus sangat setuju dan hanya 5.1 peratus sangat tidak setuju. Disini nampaknya masyarakat kaum Kensiu ingin mengekalkan tradisi dan adat resam mereka dalam kehidupan mereka.