(a)
Bagaimanakah
kurikulum
sejarah
sekolah
rendah
mampu
menjadi
mekanisme yang efisien untuk mengukuhkan elemen kewargaan dan jati diri dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia khususnya generasi pasca merdeka?
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan mengukuhkan elemen kewargaan serta jati diri dalam kalangan masyarakat di negara kita 1( Ahamad Bin Rahim ,2011).
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah berperanaan untuk memupuk ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah serta menerap semangat patriotik melalui pengetahuan tentang sejarah silam yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran sejarah,dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dalam jiwa setiap murid. Kurikulum sejarah sekolah rendah yang bersistematik bersistematik dan efektif dapat membentuk Negara Bangsa Malaysia yang berdaulat. Pembentukan Negara Bangsa dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan sesebuah negara atau dengan kata lain pembentukan negara bangsa sering menjadi matlamat utama negara
yang
merupakan
hasil
dari
perpaduan
dan
integrasi.
Persoalanya,
bagaimanakah kurikulum sejarah sekolah rendah mampu menjadi mekanisme yang efisien untuk mengukuhkan elemen kewargaan dan jati diri dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia khususnya generasi pasca merdeka?
2
Menurut Aini Hassan, (2008) bagi melahirkan generasi pasca merdeka yang
patriotik, terdapat beberapa elemen yang telah diperkenalkan dalam Sejarah KSSR yang mampu membentuk Negara Bangsa Malaysia.
1
Ahamad Bin Rahim, Azwani Binti Ismail, Abdul Razaq Bin Ahmad, Zahara Binti Aziz & Sharifah Nur
Puteh. 2011. Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia. Jurnal Pendidikan dan Latihan 3(1): 1-17
2
Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. 2008. Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia
dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Terdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang menjadi aras untuk menerapakan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam matapelajaran Sejarah.
3
Dimensi
kewarganegaraan yang pertama ialah perkongsian sejarah yang berciri mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara. Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan antaranya adalah, berbangga dengan sejarah dan asal usul negara dan mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara. Elemen-elemen ini diterapkan dalam tajuk 7 tahun 5 iaitu perjuangan kemerdekaan negara. Elemen-elemen ini penting khasnya kepada generasi muda zaman sekarang untuk menjadikan pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Contoh peristiwa, campurtangan British di Tanah Melayu dalam memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara. Maka generasi muda pada masa sekarang perluah berusaha supaya peristiwa silam sebegini tidak diulangi lagi. Benarlah bahawa, melalui penerapan elemen-elemen ini, KSSR akan melahirkan semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan murid bagi pembentukan negara bangsa.
4
Dimensi kewarganegraan yang seterusnya ialah tanggungjawab warganegara.
Dimensi ini berciri mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati. Dalam dimensi ini elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang
diterapkan
ialah
menerima
perbezaan
kaum,
budaya
dan
agama.
Elemen-elemen ini diterapkan dalam tajuk 11 tahun 6 iaitu kita rakyat Malaysia. Dalam tajuk ini, murid didedahkan dengan perayaan-perayaan disambut oleh pelbagai etnik serta menjelaskan kepentingan menghormati kepelbagaian amalan dan sambutan perayaan di Malaysia. Contohnya, kaum India menyambut perayaan Deepavali
sebagai
perayaan
utama
maka,
sebagai
warganegara
yang
tanggungjawab kita perlulah meghormati amalan mereka. Tegasnya bahawa, melalui KSSR element-elemen kewarganegaraan ini generasi muda dapat menzahirkan idea 3
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah SejarahTahun Lima
(KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Hlm 35
4
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Sekolah Rendah Sejarah Tahun Enam
(KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Hlm 37
yang rasional tentang perayaan masyarakat Malaysia bagi membentuk sebuah negara bangsa yang berdaulat. 5
Dimensi kewarganegaran yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen
KSSR,
Sejarah
ialah
keterikatan
emosi
kepada
negara.
Dalam
dimensi
kewarganegaraan ini, antara elemen-elemen kewarganegaran dan nilai sivik yang akan diterapakan melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul negara, menghargai warisan negara, menghayati prinsip Rukun Negara dan berbangga dengan pencapaian negara. Elemen-elemen ini dipupuk dalam tajuk 10 tahun 6 iaitu Negara Malaysia. Melalui elemen-elemen ini murid dapat mengenali asal-usul nama negeri, ketua negeri dan lambang negeri di Malaysia. Murid juga dapat menghayati Rukun Negara yang menjadi asas pembinaan jati diri dan alat perpaduan ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. Kita tidak dapat dinafikan bahawa, elemen kewarganegaran ini menjadi mekanisme yang efisien dalam proses pembentukan Negara Bangsa.
Jelas sekali bahawa, pengukuhkan elemen kewarganegaraan dan jati diri ini dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh dimensi kewarganegaran yang telah digariskan
dalam
Dokumen
KSSR.
Sesungguhnya,
penerapan
elemen
kewarganegaraan dan jati diri melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam proses pembentukan Negara Bangsa Malaysia.
(b) Cabaran yang dihadapi oleh guru sejarah pada abad ke-21 untuk melahirkan generasi yang mampu menghargai warisan negara
Transformasi Kurikulum Sejarah
Perubahan yang berlaku dalam Kurikulum Sejarah perlu dipandang dari sudut yang positif untuk memartabatkan serta memperkasakan ilmu sejarah yang merupakan ilmu yang mempunyai kepentingan dalam pembinaan sesebuah negara . 5 Kementerian
Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Enam (KSSR).
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Hlm 32
Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan pendidik untuk menyediakan pelajar yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang tinggi pada zaman milenium ini .Pendidikan abad ke-21 adalah lebih mencabar dengan penggunaan pelbagai teknologi baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran 6 (Utusan Melayu,
2014).
Oleh
itu,
perubahan
yang
berlaku
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran memerlukan guru untuk memahami konsep dan penggunaan teknologi baru yang dibawa dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh,guru sejarah yang kurang mempunyai pengetahuan dalam konsep abad ke-21 dia tidak mampu menyemaikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan penggunaan ICT yang merupakan salah satu komponen dalam abad ke-21. Pelajar perlu belajar mengikut zaman mereka, sekiranya guru tidak mengikuti perkembangan ini maka murid akan mengalami kekangan dalam menghargai warisan negara. Hal ini demikian kerana, mereka akan berasa bosan dan kurang minat untuk berlajar mata pelajaran sejarah kerana guru gagal menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Betulah bahawa, tranformasi kurikulum sejarah merupakan salah satu cabaran yang besar kepada guru sejarah pada abad ke 21 untuk melahirkan generasi yang mampu menghargai warisan negara.
Menguasai pedagogi abad ke-21
Cabaran kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 juga bertumpu kepada kemahiran pengajaran guru. Penguasaan terhadap kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran atau pengetahuan pedagogi perlu ditingkatkan oleh semua guru termasuklah guru sejarah. Penggunaan pelbagai teknik dan pendekatan untuk menyampaikan pengajaran kepada murid mestilah sesuai dan lebih berkesan supaya matlamat pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat dicapai. Hal ini kerana, kemahiran guru dalam menyampaikan pengajaran amat mempengaruhi pencapaian akademik dan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Kalau guru sejarah tidak menggunakan pelbagai teknik, pendekatan dan strategi seperti simulasi, main 6
Utusan Melayu. 2014. Kenapa Kenapa Sejarah dianggap Membosankan. Membosankan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/ http://ww1.utusan.com.my/ utusan/Sastera/20140214/sa_0 20140214/sa_01/. 1/. Html
peranan serta demonstrasi dalam PdP, maka murid tidak akan menghargai warisan-warisan negara kita seperti budaya, bahasa, amalan dan banyak lagi kerana mereka tidak akan ada semangat cinta akan negara. Sebagai hakikat, ia menjadi halangan dan cabaran kepada para pendidik kerana mereka kurang peka terhadap transformasi kurikulum dan perubahan-perubahan baru darisegi teknologi dan maklumat.
Cadangan yang memberi agar menjadi guru sejarah yang berkesan
Meningkatkan Profesionalisme Guru
Guru yang profesional merupakan guru yang bersedia melengkapkan diri dengan segala aspek kualiti yang diperlukan supaya menjadi guru yang kompeten. Cabaran abad ke-21 memerlukan guru sejarah bersedia untuk menerima idea-idea baru dengan pemikiran yang positif. Tahap T ahap profesionalisme profesionalisme guru sejarah perlu ditingkatkan mengikut keperluan keperluan semasa. semasa.
Guru yang profesional profesional juga perlu menguasai menguasai mata
pelajaran yang diajar sepenuhnya supaya dapat menyampaikan ilmu dengan sebaiknya. Tahap profesionalisme juga dapat dipertingkatkan dengan menghadiri kursus, seminar, bengkel, lawatan dan sebagainya. Melalui cara ini pengetahuan dan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.
Penyusunan Semula Kurikulum Sejarah
Penyusunan dan penstrukturan semula kurikulum sejarah perlu dilakukan untuk meningkatkan taraf profesionalisme guru dengan menggunakan kaedah dan strategi pengajaran terkini yang bersesuaian dengan keperluan pelajar abad ke-21. Langkah ini dilakukan untuk menyediakan pelajar yang mempunyai kecekapan berkomunikasi,
penerapan
kemahiran
berfikir,
penggunaan
teknologi
maklumat
dan
mengembangkan potensi pelajar. Isi kandungan pelajaran sejarah tidak diubah cuma penyusunan semulakurikulum dilakukan supaya kurikulum yang sedia ada dapat diselarikan
dengan
keperluan
kemahiran
abad
ke-21
seperti
kemahiran
menggunakan ICT, KBAT, dan kemahiran insaniah. Kurikulum sejarah yang lebih menjurus kepada penghafalan fakta dan menggunakan kaedah konvensional itu perlu diubah kepada pendekatan yang lebih menarik untuk menggalakkan murid berfikir secara kritis dengan membuat perkaitan terhadap sesuatu peristiwa.
Kesimpulanya, kemahiran abad ke-21 ini memberi cabaran baru kepada guru sejarah untuk mewujudkan generasi muda yang mampu menghargai warisan negara. Menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 memerlukan usaha, pengorbanan dan komitmen yang tinggi daripada guru dan pelajar bagi memastikan generasi yang mampu menghargai warisan negara.Seorang guru sejarah yang berkesan darisegi proses pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk pelajar yang mempunyai jati diri kuat dan menjadi warganegara yang baik.
BIBLIOGRAFI
Ahamad Bin Bin Rahim, Azwani Binti Ismail, Abdul Razaq Razaq Bin Ahmad, Zahara Zahara Binti Binti Aziz & Sharifah Nur Puteh. 2011. Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia. Jurnal Pendidikan dan Latihan 3(1): 1-17
Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. 2008. Sejarah Perkembangan Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. Utusan Publications Publications and Distributors Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Lima (KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Enam (KSSR). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Pentaksiran.
Utusan Melayu. 2014. Kenapa Sejarah dianggap Membosankan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera http://ww1.utusan.co m.my/utusan/Sastera/20140214/sa_ /20140214/sa_01/. 01/. Html (25 September 2014)