KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PEMBINAAN DOMESTIK TING KA TA N EM PA T d a n LIM A
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
ii
Pendahuluan
1
Matlamat
1
Objektif
1
Organisasi Kandungan
2
Pendekatan Dan Penekanan
3
Pemetaan Kandungan
5
Format Huraian
6
Huraian Tingkatan Empat
7
Huraian Tingkatan Lima
20
iii
KATA PENGANTAR
Para 1 (kosong)
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Para 3 (kosong)
( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia iv
simen ferro serta serta kerja peranca. peranca. Kemahiran kemasan merangkumi kemasan cat emulsi, kemasan gerutu dan memasang jubin.
PENDAHULUAN
Apakah Mata Pelajaran Pembinaan Domestik?
Pembinaan Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. lima. Mata pelajaran pelajaran ini adalah lanjutan dan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Murid juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalam industri pembinaan. pembinaan. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
MATLAMAT
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang pembinaan.
Matlamat Mata Pelajaran Pembinaan Domestik
Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.
Matlamat mata pelajaran Pembinaan Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dalam kerja menerap bata, lepaan, konkrit, serta kerja membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembinaan. pembinaan.
OBJEKTIF Objektif Mata Pelajaran Pembinaan Domestik
Dalam kurikulum Pembinaan Domestik tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran dalam kerja menerap bata, kerja melepa, kerja konkrit bertetulang dan
1
Kurikulum Pembinaan membolehkan murid :
Domestik
adalah
untuk
1. Membuat kerja menerap bata dan melepa dalam pembinaan tembok, tiang dan gerbang 2. Membuat kerja merancang tanda tapak pembinaan dan memasang kerangka pintu dan tingkap
3.
Membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin
4.
Menghasilkan Menghasilkan kerja konkrit dan simen ferro
5.
Memasang dan menanggalkan peranca dengan selamat
6.
RANGKA KONSEP
PENGURUSAN TEMPAT KERJA
Mengguna dan menyenggara alatan dan mesin kerja bata
7.
Melakar dan mentafsir lukisan projek
8.
Mengenal pasti dan menggunakan bahan binaan dalam kerja pembinaan
9.
Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja
10.
Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.
BANCUHAN MORTAR KONKRIT
MERANCANG TANDA
TIANG TEMBOK GERBANG
MELAKAR MELUKIS PELAN
KERJA KONKRIT KONKRIT TETULANG KERJA BENTUK SIMEN FERR0
MENERAP BATA
KEMAHIRAN KEMAHIRAN PEMBINAAN PEMBINAAN MELEPA KEMASAN
TIANG TEMBOK GERBANG
KEMASAN GERUTU CAT EMULSI JUBIN BIRAI HIAS
ORGANISASI KANDUNGAN KEUSAHAWANAN
Rangka Konsep
Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:
KERJAYA MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI MENYUMBANG TENAGA KERJA INDUSTRI PEMBINAAN
2
KOMUNIKASI RANCANGAN PERNIAGAAN
Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Pembinaan Domestik adalah seperti berikut:
1.
3.
Keusahawanan
Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri pembinaan.
P en e n g ur ur u sa sa n Te Te m pa p a t Ke Kerja
Murid sentiasa mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja amali dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam pekerjaan, rawatan kecemasan dan memadam kebakaran. Di samping itu juga murid dilatih menguruskan tempat kerja secara berkesan dengan menitikberatkan kebersihan dan penyenggaraan alatan yang berkaitan.
PENDEKATAN DAN PENEKAN AN
2. Kem ahiran Pem binaan
Kemahiran melalui Latihan Amali
Dalam bidang pembelajaran ini murid menjalankan latihan amali yang disepadukan dengan teori berkaitan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang diperolehi termasuk mengenali bahan, komposisi bancuhan, merancang tanda tapak, jenis ikatan bata, cara sambungan, mengemas ikat, pembinaan gerbang bata dan menguji hasil kerja. Murid juga diberi latihan amali berterusan bagi melakukan kerja melepa dan kemasan seperti menggunakan menggunakan cat emulsi, kemasan gerutu, memasang jubin dan birai hias. Di samping itu murid didedahkan dalam kerja konkrit, simen ferro dan penggunaan peranca dalam pembinaan serta melakukan kerja memasang dan menanggal dengan mengamalkan langkah keselamatan.
Kemahiran yang Relevan
3
Pembinaan Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Bahagian teorinya diserap secara tidak langsung sema semasa sa menj menjal alan anka kan n kerj kerja a amal amali. i. Dala Dalam m mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara lakaran, lukisan, teori dan amali. Bidang pembelajaran Keusahawanan perlu digabungkan dengan bidang pembelajaran Kemahiran Pembinaan bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri pembinaan. Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri pembinaan dan relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.
BIDANG / UNIT / TAJUK TAJUK PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
PEMETAAN PEMETAAN KANDUNGAN
Jenis alatan, penggunaan dan penyenggaraan
1
a. Penyenggaraan
b. Rekod stok
Kemahiran Pembinaan
( 33 )
1.2
Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Pembinaan Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.
2.
2.1
Bilangan Masa pengajaran mata pelajaran Pembinaan Waktu Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang mana Seminggu setiap waktu ialah empat puluh minit.
Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 1.
Pengurusan Tempat Kerja 1.1
TINGKATAN 4 (minggu)
TINGKATAN 5 (minggu) 2.2
(2)
Organisasi bengkel
1
a. Peraturan dan langkah langkah keselamatan
b. Rawatan kecemasan
c. Memadam kebakaran
d. Etika dan budaya kerja kerja
e. Peraturan dan undang-undang kerja
f. Pemeliharaan alam alam sekitar dalam industri pembinaan
2.3
TINGKATAN 5 (minggu)
( 33 )
Kerja menerap bata a. Mengenali jenis jenis bata dan pelbagai bahan dalam kerja bata
½
b. Memotong bata mengikut bentuk bentuk dan saiz
½
c. Menyedia mortar
1
d. Menerap bata
9
e. Membina tiang
4
f. Membina tembok
6
g. Membuat bata
4
h. Membina gerbang
6
Kerja melepa a. Jenis lepaan
½
b. Bahan dan alatan
½
c. Melepa
5
5
Kemasan a. Pengenalan
1
b. Kemasan cat emulsi
3
c. Kemasan gerutu
2
d. Memasang jubin
5
TINGKATAN 4 (minggu)
5
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.4
2.5
3.
TINGKATAN 4 (minggu)
TINGKATAN 5 (minggu)
Kerja konkrit
FORMAT HURAIAN
a. Ciri konkrit
1
b. Pengkonkritan
2
c. Konkrit bertetulang
2
d. Kerja bentuk konkrit
1
e. Simen ferro
5
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur Tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil
Pembelajaran; Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Pembelajaran. Dalam
a. Pengenalan
½
b. Langkah keselamatan keselamatan kerja peranca
½
c. Memasang dan menanggal menanggal peranca
1
Keusahawanan Kemahiran berkomunikasi
3.2
Kemahiran membuat keputusan
3.3
Rancangan perniagaan
3.4
Agensi yang membantu usahawan
3.5
Pemasaran
3.6
Peluang kerjaya di industri pembinaan
JUMLAH
( 35 minggu )
pertama
bidang
pembelajaran,
unit
pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan Hasil dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran Pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh
(2)
3.1
lajur
Bidang, Unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. dan Tajuk Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa Pembelajaran
Peranca
diukur. Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran membantu guru merancang dan Cadangan bertujuan Aktiviti membekalkan pengalaman pengajaran dan Pembelajaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.
( 35 minggu )
Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:
6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PEMBINAAN DOMESTIK TING KA TA N EM PA T
7
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 1.
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Mengamalkan langkah keselamatan
Tayangan video atau slaid tentang kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja.
Pengurusan Tempat Kerja ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu ) 1.1 Organisasi bengkel a. Peraturan dan langkah keselamatan
Perbincangan untuk mengenal pasti punca berlaku kemalangan berdasarkan tayangan video atau slaid. Mengamalkan aktiviti 4M iaitu membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin. mendisiplin. NOTA : Amalan 4M ini perlu dipraktikkan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Membersih seperti membersih diri dari aspek fizikal dan minda. Menyusun atur seperti menyediakan jadual tugasan dan melaksanakan sistem penyimpanan penyimpanan alatan dan bahan.
8
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Menilai seperti menilai sendiri tentang diri, hasil kerja dan tempat kerja. Mendisiplin seperti mempraktik peraturan keselamatan dan mematuhi arahan.
b.
Rawatan kecemasan
Melakukan rawatan asas pertolongan cemas
Tunjuk cara rawatan pertolongan cemas dan merawat kecederaan ringan. Guru boleh menggunakan tayangan video, slaid atau carta pertolongan cemas serta keselamatan bagi memberikan kesedaran kepada murid.
c.
Memadam kebakaran
Menyatakan pelbagai punca kebakaran dan cara mencegah kebakaran
Menyenaraikan empat punca kebakaran yang dikenalpasti melalui aktiviti sumbangsaran. sumbangsaran. Murid dan guru membuat latihan kebakaran ( fire drill ). Tunjuk cara memadamkan kebakaran.
9
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
d.
Etika dan budaya kerja
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
mengamalkan
Perbincangan perlunya mengamalkan etika kerja.
Mengamalkan etika dan budaya kerja untuk menghasilkan kerja dan produk yang berkualiti
Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati waktu, amanah, produktif, akauntabiliti, patuh pada peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan semasa menjalankan kerja.
Menerangkan etika kerja
perlunya
Budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi. Menganalisis Menganalisis ciri pekerja berdasarkan cerita yang ditonton atau mengumpul biodata pekerja untuk mengenal pasti ciri seorang pekerja yang berjaya.
10
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Menepati masa dan menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan
Murid mematuhi jadual kehadiran, jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
Memastikan tempat kerja sentiasa sentiasa bersih dan teratur
Murid sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan. Guru memberikan helaian kerja dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan kerja yang diberi.
Mengenal pasti ciri peribadi yang sesuai sebagai seorang pekerja
Merujuk biodata tokoh pekerja untuk mengenal pasti keperibadian seorang pekerja yang berjaya. Menonton cerita mengenai cara bekerja seseorang dan menganalisis ciri pekerja yang boleh dicontohi atau yang perlu diperbaiki.
11
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
e. Peraturan dan undangundang kerja
HASIL PEMBELAJARAN
f.
Pemeliharaan Pemeliharaan alam sekitar dalam industri pembinaan
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Menyenarai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu kerja atau projek pembinaan
Perbincangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu tugas.
Menyatakan akta dan undang- undang yang berkaitan dengan pekerja
Perbincangan mengenai akta dan undangundang yang berkaitan dengan bidang pembinaan. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Menyatakan kesan mengabaikan peraturan dan undang-undang kerja di industri pembinaan
Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet. Contohnya bancuhan simen tidak mengikut piawaian, ukuran yang tidak tepat dan penggunaan penggunaan bahan yang tidak berkualiti.
Menerangkan kepentingan memelihara alam sekitar dalam konteks industri pembinaan
Guru dan murid berkerjasama menganjurkan ceramah oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar di sekolah atau mengadakan lawatan.
Mengenal pasti cara memelihara alam sekitar dalam konteks industri pembinaan
Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalah atau internet mengenai kesan mengabaikan pemeliharaan pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiap pekerja menjaga alam sekitar. Perbincangan mengenai cara memelihara alam sekitar dalam konteks industri pembinaan.
12
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.2 Jenis alatan, penggunaan dan penyenggaraan
a. Penyenggaraan
b. Rekod Stok
Mengenal pasti nama dan fungsi alatan Mematuhi prosedur penggunaan alatan Mengenal pasti cara penyenggaraan alatan
Guru menerangkan kegunaan alatan, cara menyimpan dan menyenggara alatan yang berikut seperti pemaras kayu, pemaras kayu panjang, pemaras pemaras keluli, keluli, sudip, sudip sikat, sudip kemas ikat, bekas pemegang mortar, aras spirit, tukul bata, pahat bata, skop, cangkul, kereta sorong, sorong, kotak sukat, baldi baldi plastik, sesiku sesiku pemidang, tolok lapis, benang dan pin.
Merekodkan stok secara sistematik
Perbincangan Perbincangan mengenai stok untuk projek yang dilaksanakan dari aspek bahan dan kuantiti yang perlu dibeli, pembekal, perbelanjaan dan cara menyimpan stok bagi bahan tahan lama, bahan mudah rosak, bahan lupus guna, bahan kawalan dan bahan beracun. Murid merekodkan semua peralatan yang digunakan sebelum dan selepas bekerja. Latihan merekod stok bagi bengkel pembinaan secara sistematik.
13
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.
Kemahiran Pembinaan
2.1
Kerja menerap bata
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
( Cadangan peruntukan masa ialah 21 minggu) a. Mengenali jenis bata dan pelbagai bahan dalam kerja bata
Mengenal pasti jenis bata Mengenal pasti jenis bahan kerja bata
Guru menerangkan jenis bata dan bahan asas kerja bata. Jenis bata ialah bata tanah liat dan bata simen. Bahan asas dalam kerja bata ialah pasir, kapur, simen, jaring exmet dan lapis kalis lembap.
b. Memotong bata mengikut bentuk dan saiz
Memotong bata mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki
Tunjuk cara memotong bata dengan menggunakan tukul bata dan pahat bata. Ukuran pemotongan bata asas ialah seperti bata kerat setengah, kerat tiga suku dan bata penutup setengah. Semasa menjalankan aktiviti, keselamatan hendaklah diutamakan iaitu memakai pelindung mata dan dan kasut kasut keselamatan.
14
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN c. Menyedia mortar
HASIL PEMBELAJARAN
Menyediakan mortar mengikut nisbah
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Alat tangan yang digunakan dalam proses membancuh mortar ialah skop, baldi, kereta sorong dan papan mortar. Bahan mortar yang digunakan ialah kapur dan pasir yang mana nisbah campuran di antara kapur dan pasir ialah 1:3 atau 1:4. Tunjuk cara membancuh mortar dan cara menebar dan melekap mortar. Jadual jenis mortar dan bahan campuran ( tidak termasuk air ). Jenis mortar dempul simen mortar kapur mortar simen mortar kompo konkrit
15
Bahan campuran
Nisbah Bancuhan
simen
-
kapur + pasir
1:3 atau 1:6
simen + pasir
1:3 atau 1:6
simen + kapur + pasir
1:2:6 atau 1:3:12
simen + pasir + batu baur
1:1½ :3 , 1:2:4, 1:2:6 atau 1:5:10
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Menerap bata i.
Cara ikatan bata
ii. Jenis ikatan bata
Mengenal pasti cara ikatan bata Melakar pelan dan pandangan hadapan ikatan bata
Ikatan bata yang baik mesti mengelak sambungan lurus dan melebarkan beban.
Mengenal pasti jenis ikatan bata
Jenis ikatan bata ialah ikatan Sisi Bata, Bata, ikatan Inggeris, ikatan Flemish Flemish dan ikatan ikatan Kepala Bata.
Menerap bata mengikut jenis ikatan
Murid membina tembok mengikut cara dan jenis ikatan bata.
Jenis tembok yang dipelajari ialah tembok lurus, tembok penjuru dan tembok simpang.
iii. Kerja bata bertetulang
iv. Pemasangan Pemasangan lapis kalis lembap
dan
Tunjuk cara pemasangan jaring exmet pada setiap tiga lapisan bata.
Melakukan kerja menerap bata dan memasang lapis kalis lembap
Tunjuk cara pemasangan lapis kalis lembab 150 mm dari aras tanah.
Membuat kerja menerap memasang jaring exmet
16
bata
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
v. Membuat kemas ikat
HASIL PEMBELAJARAN
Mengemas tembok
ikat
semasa
pembinaan
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Murid membuat kemas ikat kepada setiap projek yang dibina. Jenis kemas ikat yang dicadangkan ialah sambungan condong dan sambungan terbenam. Tayangan video jenis ikatan bata dan cara menerap bata.
vi. Bata laluan jalan kaki ( pavement brick )
Menyusun bata laluan jalan kaki
Bata laluan jalan kaki yang digunakan adalah mengikut bentuk dan warna yang terdapat di pasaran. Membuat aktiviti pemasangan bata jalan kaki secara kumpulan.
17
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
e. Membina tiang i.
Merancang tanda mengikut pelan
ii. Membina tiang tunggal dan tiang lekap beserta penapak bata
f.
Melakar pelan dan pandangan hadapan tiang tunggal dan tiang lekap Melukis pelan dan pandangan hadapan tiang tunggal dan tiang lekap
Melukis tiang tunggal dan tiang lekap dengan menggunakan menggunakan ikatan Inggeris dan Flemish berpandukan lukisan kerja.
Membina tiang tunggal dan tiang lekap beserta penapak bata
Merancang tanda, membina tiang tunggal dan tiang lekap beserta penapak bata.
Melakar dan melukis pelan dan pandangan hadapan tembok dan tembok sekat
Melukis tembok dan tembok sekat.
Membina tembok i.
Pengenalan Pengenalan tembok dan tembok sekat
ii. Merancang tanda, membina tembok dan tembok sekat
iii. Memasang kerangka pintu dan tingkap
Merancang tanda dan membina tembok dan tembok sekat mengikut cara dan jenis ikatan
Memasang kerangka pintu dan tingkap pada tembok mengikut pelan
18
Tunjuk cara merancang tanda, membina tembok t embok dan tembok sekat mengikut pelan seperti ikatan sisi bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.
Menggunakan kerangka pintu dan tingkap yang telah siap di pasaran dalam kerja amali. Saiz yang dicadangkan: Tingkap - 1200 mm X 1200 mm Pintu Pintu - 900 900 mm X 2100 mm
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
2.2
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Kerja melepa ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu ) a. Jenis lepaan
b. Bahan dan alatan
Mengenal pasti jenis lepaan
Jenis lepaan yang dipelajari ialah lepaan luar rumah dan lepaan dalam rumah.
Mengenal pasti bahan dan alatan melepa
Alat melepa adalah seperti kayu pemaras, pemaras kayu panjang (1500 mm), pemaras keluli, pemegang mortar dan aras spirit. Bahan melepa adalah simen, kapur dan pasir.
c. Melepa
Membuat kerja lepaan dua lapisan dan tiga lapisan pada tembok
Tunjuk cara dan membuat lepaan luar rumah dan dalam rumah secara dua lapisan dan tiga lapisan. Untuk latihan melepa, gunakan bancuhan kapur dan pasir dengan nisbah campuran campuran 1: 3 ( kapur : pasir ). Untuk kerja lepaan sebenar, bahan yang digunakan ialah simen, kapur dan pasir dengan nisbah campuran 1:1:6 ( simen: kapur: pasir ).
19
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
2.3
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Mengenal pasti kemasan yang sesuai digunakan pada tembok
Terdapat tiga jenis kemasan kemasan iaitu kemasan cat, kemasan gerutu dan kemasan jubin.
Menyediakan permukaan tembok untuk kemasan cat Mengecat permukaan tembok
Perbincangan perbezaan cat emulsi dan cat minyak.
Kemasan ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu ) a. Pengenalan
b. Kemasan cat emulsi
c. Kemasan gerutu
Membuat kemasan gerutu pada permukaan tembok yang telah dilepa
20
Selepas mengecat tembok yang telah dilepa, murid digalakkan mengecat bangunan sekolah sebagai projek keceriaan sekolah. Murid berasa bangga kerana dapat memberikan sumbangan kepada sekolah.
Tunjuk cara membuat kemasan gerutu. Nisbah campuran simen dan pasir bagi mortar kemasan gerutu ialah 1:1.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PEMBINAAN DOMESTIK TING KA TA N LIM LIMA A
21
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Kemahiran Pembinaan 2.1
Kerja menerap bata (Cadangan peruntukan masa ialah 10 minggu)
g.
Membuat bata i. Cara membuat bata
ii. Penghasilan Penghasilan bata simen dan blok berliang
Mengenal pasti cara menghasilkan bata
Membuat bata simen dan blok berliang dengan menggunakan acuan
Menghasilkan bata menggunakan acuan keluli dan acuan kayu. Nisbah campuran campuran mortar simen ialah ialah 1:6 atau 1:8 (simen : pasir) untuk penghasilan bata simen.
h.
Membina gerbang i. Pengenalan
Melakar pelan dan pandangan hadapan gerbang bata
Penerangan fungsi gerbang bata dan bahan yang digunakan.
Menyatakan fungsi gerbang bata
Guru menerangkan bahagian pemusat gerbang seperti tiang, rembat, penyokong, palang lintang dan baji.
Mengenal pasti bahan kerja gerbang bata
22
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
ii. Pembinaan pemusat gerbang
iii. Merancang tanda bukaan tembok gerbang
iv. Membina gerbang bata
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Membina pemusat gerbang
Murid membina pemusat gerbang dalam kerja kumpulan.
Merancang tanda dan membina tembok gerbang mengikut cara dan jenis ikatan
Tunjuk cara merancang tanda bukaan gerbang dan membina gerbang.
Memasang pemusat gerbang Membina gerbang bata mengikut spesifikasi dan u urutan rutan kerja kerja
Tunjuk cara membina gerbang ikatan Inggeris atau ikatan Flemish. Tunjuk cara membina gerbang mengikut langkah kerja yang sistematik. Murid mematuhi langkah kerja dalam pembinaan gerbang termasuk menanggalkan pemusat. Projek ini merupakan projek kumpulan. Dua jenis gerbang yang dicadangkan ialah gerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.
23
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
2.2
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Membuat kerja lepaan dua lapisan dan tiga lapisan pada permukaan belakang gerbang
Tunjuk cara dan membuat lepaan pada permukaan belakang gerbang secara dua lapisan dan tiga lapisan.
Kerja melepa ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu ) c. Melepa
Untuk latihan melepa, gunakan bancuhan kapur dan pasir dengan nisbah 1:3 (kapur : pasir). Untuk kerja melepa sebenar, bahan yang digunakan ialah simen, kapur dan pasir dengan nisbah 1:1:6 ( simen : kapur : pasir ).
24
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.3
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Kemasan ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) d. Memasang jubin i.
Jenis jubin
ii.
Memasang jubin
Melawat kilang membuat jubin atau kedai menjual Menyenaraikan Menyenaraikan jenis jubin yang terdapat jubin. di pasaran Mengenal pasti bahan dan alatan semasa Alatan yang digunakan ialah aras spirit, pemotong memasang jubin jubin, sudip jubin, sudip sikat dan playar jubin.
Merancang tanda pemasangan jubin Memasang jubin menggunakan simen biasa dan simen gam
Tunjuk cara merancang tanda dan memasang jubin dengan menggunakan simen biasa dan simen gam. Untuk latihan, murid disaran menggunakan menggunakan mortar kapur tetapi untuk kerja sebenar, dempul simen digunakan untuk memasang jubin.
Dempul simen ialah bancuhan simen dengan air sahaja manakala simen gam ialah bahan terus guna yang boleh diperolehi di pasaran.
25
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.4
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Kerja konkrit ( Cadangan peruntukan masa ialah 11 minggu ) a. Ciri konkrit
b. Pengkonkritan
Mengenal pasti ciri konkrit yang kuat dalam kerja pembinaan
Kekuatan konkrit dinyatakan sebagai kuat dari segi menahan daya mampatan, kalis air, tahan lasak atau tahan ketukan, mudah dibentuk, tidak reput dan tahan panas.
Menyediakan bancuhan konkrit mengikut nisbah untuk pelbagai kegunaan
Bahan konkrit ialah simen, pasir dan batu baur. Alatan tangan yang digunakan ialah cangkul, skop dan kotak sukat. Dua cara membancuh konkrit ialah membancuh dengan tangan dan menggunakan mesin penggaul.
Membancuh, menuang dan memadat konkrit
Tunjuk cara membancuh, menuang dan memadatkan konkrit secara manual. Tayangan video cara memadatkan konkrit.
Mematuhi prosedur mengawet konkrit
26
Selepas konkrit dituang dan mengeras ianya perlu diawet iaitu secara ditutup dengan guni basah atau siraman air.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Jadual contoh kegunaan konkrit mengikut nisbah bancuhan antara simen, pasir dan batu baur. Nisbah bancuhan konkrit ( simen : pasir : batu baur )
c. Konkrit bertetulang
Mengenal pasti tetulang mengikut kegunaan Memotong, membengkok dan mengikat besi dalam kerja tetulang
27
Contoh kegunaan
1 : 1½ : 3
konkrit tegas dahulu dan tangki simpanan air
1:2:4
konkrit tetulang bagi tiang dan rasuk
1:3:6
lantai dan konkrit jasad
1 : 5 : 10
tapak tembok dalam peparit pada tanah
Jenis tetulang yang biasa digunakan dalam kerja konkrit ialah keluli lembut terubah bentuk dan tetulang anyaman.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Kerja bentuk konkrit i.
Pengenalan Pengenalan kerja bentuk konkrit
Mengenal pasti alatan dan bahan kerja bentuk konkrit
ii. Membina dan menanggalkan kerja bentuk konkrit
Alatan tangan yang digunakan ialah sudip, pemaras keluli, tukul, playar, pemotong besi, pembengkok besi dan acuan pelbagai bentuk dan saiz. Bahan kerja bentuk konkrit ialah simen, pasir, batu baur, keluli lembut atau tetulang ayaman.
Membina ambang, pelapik tiang atau penutup parit
Projek membina ambang, pelapik tiang atau penutup parit dijalankan secara kumpulan.
Menanggalkan Menanggalkan acuan kerja bentuk konkrit mengikut prosedur
Projek ini juga boleh dijadikan projek jualan sekiranya terdapat pemintaan di sekitar sekolah.
NOTA : Acuan untuk projek pelapik tiang dan penutup parit boleh didapati di pasaran.
28
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
e. Simen ferro i.
Pengenalan
ii. Cara pembuatan simen ferro
Mengenal pasti bahan dan alatan yang digunakan dalam kerja simen ferro
Penerangan bahan dan alatan yang digunakan seperti pasir, simen, sudip, kasa dawai, playar, rod keluli dan pemotong besi.
Menghasilkan Menghasilkan satu projek simen ferro dengan cara membina kerangka dan melepa
Projek kumpulan yang dicadangkan ialah bangku taman, pasu bunga atau objek hiasan seni taman t aman seperti cendawan atau bangau. Projek ini sesuai dijadikan projek keceriaan sekolah. Murid berasa bangga kerana dapat memberikan sumbangan kepada sekolah.
iii. Kemasan
Membuat kerja kemasan dengan menggunakan menggunakan cat kilat dan cat emulsi
29
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN 2.5
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Peranca ( scaffolding ) ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu ) a. Pengenalan
Mengenal pasti peranca rangka tiub keluli
Terdapat peranca jenis lain iaitu peranca kayu dan peranca paip keluli. Guru menunjukkan gambar foto, slaid atau tayangan video bagi memperkenalkan peranca rangka tiub keluli.
b. Langkah keselamatan kerja peranca
c. Memasang dan menanggal peranca
Mengamalkan langkah keselamatan semasa memasang dan menanggalkan peranca
Memasang dan menanggalkan peranca rangka tiub keluli
30
Menerangkan peraturan dan langkah keselamatan semasa memasang, mengguna dan menanggalkan peranca.
Tunjuk cara memasang dan membuka peranca sebelum murid melakukan aktiviti.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3. Keusahawanan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )
3.1 Kemahiran berkomunikasi
Menyatakan maksud komunikasi
Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.
Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dalam konteks perniagaan pembinaan domestik
Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunkasi yang berkesan dalam konteks perniagaan pembinaan. Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kaedah pembayaran, kualiti, reka bentuk trend terkini dan tempoh t empoh siap.
Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain
Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, subkontraktor dan pekerja dalam skop perniagaan di industri pembinaan. Perbincangan kepentingan perhubungan baik antara kontraktor dengan majlis tempatan dan agensi lain yang berkaitan bekalan air, elektrik, kumbahan dan infrastuktur ICT.
31
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
3.2
Kemahiran membuat keputusan
HASIL PEMBELAJARAN
Mempratikkan langkah membuat keputusan dalam projek pembinaan
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula. Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai. Contoh masalah mengenai bantuan modal, bekalan bahan, sumber buruh, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga pembinaan. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.
3.3
Rancangan perniagaan
Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan
Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.
Menyediakan rancangan perniagaan mudah
Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek pembinaan domestik.
32
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
3.4 Agensi yang membantu usahawan
3.5 Pemasaran
3.6 Peluang kerjaya di industri pembinaan
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan
Perbincangan jenis perkhidmatan perkhidmat an dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen.
Mengenal pasti cara mendapatkan projek pembinaan
Projek pembinaan seperti membina, mengubah suai, membaikpulih dan menyenggara bangunan atau sebahagian daripada bangunan.
Mengenal pasti peluang kerjaya di industri pembinaan domestik
Perbincangan Perbincangan tentang kerjaya individu di industri pembinaan seperti bermula dari pekerja biasa, sub-kontraktor, kontraktor kecil, pembekal barang pembinaan hingga kepada penubuhan konsortium kontraktor pembinaan. Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998. Murid menyenaraikan kerjaya yang terdapat di sekeliling tempat tinggal mereka dalam skop pembinaan domestik.
33